bab 2.pptx

Post on 23-Jan-2016

242 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN DAN

PENTADBIRAN ORGANISASI

BADAN SUKAN KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN ORGANISASI

BADAN SUKAN KEBANGSAAN

• Akta Pembangunan Sukan 1997, (Akta

576) JADUAL KEDUA (Seksyen

19) :Perlembagaan Badan Sukan

bertindak sebagai badan pengelola

atau perwakilan bagi sukannya di

peringkat Kebangsaan.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diperuntukkan dalam perlembagaan :

1. Badan sukan hendaklah mempunyai tujuan dan matlamat :

menggalakkan dan membangunkan sukan.

mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan

badan pengelola dan pengawal seliaan antarabangsa.

memastikan bahawa perlembagaan dan kaedah- kaedahnya

dipatuhi dan diikuti oleh semua anggotanya.

mengawal dan menjalankan bidang kuasa ke atas semua

aktiviti berhubungan dengan sukannya di Malaysia dan oleh

wakil Malaysia di luar negara.

2.Aktivitinya dijalankan tanpa ada diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggotanya.

3. Prosedur pemilihan terbuka dan adil.

4. Akaun teraudit sepenuhnya ,laporan segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan wang yang sebelumnya dikemukakan kepada Pesuruhjaya berserta dengan apa-apa yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

FASAL PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN

FASAL 1 NAMA

FASAL 2 TEMPAT URUSAN• Alamat Berdaftar• Alamat Urusan

FASAL 3 DEFINISI

FASAL 4 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

FASAL 5 LOGO/LAMBANG

FASAL 6 KEAHLIAN•Ahli Gabungan•Ahli Individu•Ahli Bersekutu• Ahli Kehormat

FASAL 7 YURAN KEAHLIAN

FASAL 8 PERMOHONAN MENJADI AHLI

FASAL 9 KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI

FASAL 10 HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG Ahli Gabungan Ahli Bersekutu

FASAL 11 PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

FASAL 12 DISIPLIN AHLI, PEGAWAI DAN PEMEGANG JAWATAN

FASAL 13 KEBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

FASAL 14 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/ DWI TAHUNAN/ TIGA TAHUN

FASAL 15 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

FASAL 16 MESYUARAT AGUNG KHAS Mesyuarat agung Tahunan

FASAL 17 MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK(mengikut mana berkenaan)

FASAL 18 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK

FASAL 19 TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK

FASAL 20 MESYUARAT MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK

FASAL 21 JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL

FASAL 22 KEWANGAN

FASAL 23 JURUAUDIT

FASAL 24 DISKRIMINASI, EKSPLOITASI DAN GANGGUAN SEKSUAL

FASAL 25 KESELAMATAN, INSURAN DAN PERUBATAN

FASAL 26 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

FASAL 27 PENAUNG/PENASIHAT

FASAL 28 PINDAAN PERLEMBAGAAN

FASAL 29 LARANGAN

FASAL 30 PEMBUBARAN

FASAL 27 PERTIKAIAN DALAMAN

FASAL 28 PENAUNG/PENASIHAT

FASAL 29 PINDAAN PERLEMBAGAAN

FASAL 30 LARANGAN

FASAL 31 PEMBUBARAN

PENTADBIRAN ORGANISASI

SUKAN

PENTADBIRAN ORGANISASI BADAN SUKAN KEBANGSAAN

PENTADBIRAN??

• Cara sesebuah organisasi membuat keputusan dan mendorong

kegiatan ke arah mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki

melalui kerjasama sesama ahli.

• berfungsi mendorong kegiatan kerjasama yang berkesan bagi

mencapai tujuan-tujuan sesuatu organisasi (Visi & Misi)

Struktur pentadbiran

agensi-agensi sukan

di Malaysia

MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM)Presiden MOM sekarang ialah Putera Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar.

Ditubuhkan pada 1953 sebagai satu pertubuhan kebangsaan bukan kerajaan dan bukan berkeuntungan, juga diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

STRUKTUR PENTADBIRAN MOM

MOM terdiri daripada anggota-anggota berikut:

Presiden

Timbalan presiden

Naib presiden

Setiausaha kehormat

Penolong Setiausaha Kehormat

Bendahari kehormat

Penolong Bendahari Kehormat

CARTA ORGANISASI MOMPresiden seumur hidup : Tan Sri Hamzah Abu Samah

Presiden : Tunku Tan Sri Imran Ibni Tuanku Ja’afar

Timbalan Presiden : Datuk Dr.M.Jegathesan

Naib Presiden : Prof. W. Y. Chin, Low Beng Choo, Prof Datuk Dr. Zakaria Ahmad, Dato’ A. Sani Karim, Dato Roy Rajasingham

Setiausaha Kehormat : Dato’ Sieh Kok Chi

Pen. Setiausaha Kehormat : Latifah Tan Sri Yacob, Phua Tai Neng

Bendahari kehormat: Dato’ Seri Kee Yong Wee

Pen. Bendahari Kehormat: S.Jahendran

Presiden Seumur Hidup Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Hamzah Abu Samah,

• Dilahirkan pada 5 Januari 1924 di Pekan, Pahang.

• Meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan UM .

• Beliau telah menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia semenjak tahun 1976.

• Beliau juga menjadi ahli bagi IOC Juridical Commission dan Cultural Commission (1978-1982) serta Senior Vice President bagi Majlis Olimpik Asia (1982).

• Kebolehan dan kepimpinan beliau di dalam sukan turut meletakkan beliau sebagai Vice President bagi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sejak tahun 1982.

PERANAN MOM Menggalakkan prinsip asas Olympic

Movement program pendidikan selesai.

Bekerjasama dengan NSAs, agensi-agensi

kerajaan dan IOC untuk pembangunan dan

latihan atlet-atlet, jurulatih-jurulatih, pegawai-

pegawai teknikal dan pentadbiran-pentadbiran

sukan untuk sukan kompetitif serta sukan

untuk semua.

.

Mengumpul dana-dana dengan tujaun memenuhi objektif dan peranan majlis.

Bekerjasama dengan NSAs dalam persediaan atlet-atlet dan pegawai-pegawai bagi menyertai dalam Olimpik, Asia, SEA dan Sukan Komanwel

OBJEKTIF MOM

Untuk mengalakkan dan memajukan semua kegiatan sukan amatur di Malaysia.

Bertindak sebagai badan penyelaras untuk semua pertubuhan sukan amatur di Malaysia.

Untuk memgelola sukan Olimpik, sukan daerah atau sukan antara daerah di samping menaja pasukan-pasukan yang mwakili Malaysia untuk memgambil bahagian dalam sukan.

Menetapkan mutu kelayakan dengan berunding bersama pertubuhan sukan kebangsaan dan memiih pasukan yang sesuai untuk menyertai di dalam sukan.

Bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan untuk negara di sukan Olimpik , sukan Asia, sukan SEA, Sukan Komanwel dan di lain-lain pertandingan yang diiktirafkan oleh IOC. Ia mengurus hal kewangan, alat kelengkapan, pengangkutan dan penginapan.

Mengutip yuran dan menerima sumbangan daripada orang awam untuk mentadbir kumpulan wang dalam menjayakan sukan – sukan amatur kebangasan.

STRUKTUR TUGAS PEGAWAI MOM

Presiden bertanggungjawab menghadiri semua

mesyuarat MOM termasuk Jawatankuasa Kerja dan

bertanggungjawab mengawal disiplin, mengesah

pengundian, minit mesyuarat dan

menandatanganinya.

Timbalan dan naib presiden mengambil alih tugas

presiden semasa ketiadaannya. Sekiranya presiden

dan timbalan presiden tiada, seorang daripada naib

presiden akan mengambil alih tugas tersebut.

STRUKTUR TUGAS PEGAWAI MOM

Setiausaha kehormat bertanggungjawab dalam

pengurusan perniagaan MOM mengikut undang2 dan

mengemukakan arahan dalam mesyuarat

Jawatankuasa. Beliau bertanggungjawab membuat

surat menyurat, meyimpan buku, dokumen dan kertas

kerja kecuali akaun dan rekod kewangan. Beliau akan

menghadiri semua mesyuarat dn mencatatkan

tindakan selanjutnya.

Penolong setiausaha kehormat membantu

menjalankan tugas setiausaha kehormat semasa

ketiadaan pegawai tersebut. jika ada kekosongan

jawatan, seorang ahli Jawatankuasa Kerja boleh

mengisi kekosongan itu.

Bendahari kehormat, bertanggungjawab

dalam pengurusan kewangan akaun dan

pembetulan. Pada setiap akhir tahun, beliau

akan menyediakan Penyata Terima Bayaran

dan Kunci Kira-kira untuk diauditkan.

Penolong Bendahari Kehormat membantu

bendahari kehormat menjalankan tugas

seperti di atasan dan mengambil alih

tugasnya bila bendahari Kehormat tidak

dapt hadir. Kekosongan jawatan ini juga

boleh diisi oleh ahli jawatan kuasa kerja.

AHLI GABUNGAN MOMPersatuan Badminton Malaysia

(BAM)Persatuan Bola Keranjang

MalaysiaPersatuan Bola Sepak MalaysiaPersekutuan Gimnastik Malaysia

Persekutuan Hoki MalaysiaPersatuan Golf Malaysia

Dan lain-lain lagi…..

MAJLIS SUKAN NEGARA

Majlis sukan negara

LOGO

SEJARAH

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di

bawah Akta Majlis Sukan Negara

Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan

Negara (pindaan 1979).

Pelancarannya secara rasmi telah

dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak

b. Datuk Hussein, Perdana Menteri

Malaysia yang kedua pada 21 Februari

1972.

 

BAHAGIAN-BAHAGIAN

DAN SIMBOL

OBOR – Merupakan lambang sukan sebenarnya dan idea ini mula wujud diawal permulaan Sukan Olimpik. Boleh dikatakan setiap acara sukan peringkat antarabangsa, obor dimulakan dengan nyalaan sebagai tanda pembukaan dan perasmian.

Garisan – Menunjukkan satu pergerakan atau kelajuan. Garisan yang sama tebal melalui obor, garisan menjadi nipis bamelahirkan satu rekabentuk yang baru. Logo Olimpik juga terdapat garisan-garisan tersebut. Garisan juga memainkan peranan yang penting sebagai panduan di stadium, padang, gelanggang ataupun di trek. 

WARNA – PANTHRA TIGRIS MALAYENSIS 

Melambangkan kekuatan, kuasa, semangat dan ketangkasan sebagaimana harimau Malaya yang menjadi symbol perwatakan atlet Negara.

GELANG OLIMPIK – Rekabentuk

menggambarkan ‘satu gelang olimpik’

(olimpik ring) bertujuan melindungi

elemen-elemen logo di bahagia dalam.

Bagi menguatkan logo tulisan “Majlis

Sukan Negara Malaysia” diletakkan

didalam gelang olimpik dan dua titik

berfungsi sebagai keseimbangan

rekabentuk.

 

VISI&MISI

Peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih

ramai atlet bertaraf dunia.

MISIMemastikan program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan

secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat.

VISI

OBJEKTIF

OBJEKTIF Mempertingkatkan prestasi pencapaian atlet  di

pelbagai peringkat ke tahap kecemerlangan dunia

melalui pengurusan program latihan, khidmat sokongan

dan hal ehwal atlet yang lebih efisien dan menyeluruh.

Memperkukuhkan struktur pembangunan

kejurulatihan di pelbagai peringkat ke arah

meningkatkan bilangan jurulatih yang berkelayakan.

Memperkukuhkan struktur

pembangunan dan penganjuran kejohanan-kejohanan

sukan tempatan dan antarabangsa di pelbagai

peringkat secara lebih efektif dan kompetitif.

OBJEKTIF

Mempertingkatkan prestasi pencapaian

pembangunan kepegawaian teknikal dan pengurusan

sukan prestasi tinggi yang lebih efisien di pelbagai

peringkat.

Memperkukuhkan dan meningkatkan penyelarasan

pentadbiran Organisasi Sukan (Persatuan) yang lebih

efektif dan efisien.

1) Memberi nasihat kepada menteri tentang perkara-perkara yang berhubung dengan sukan.

2) Menyelaras kegiatan-kegiatan sukan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan.

3) Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara dan dasar untuk memajukan sukan dan melaksanakannya jika diluluskan.

4) Menggalakkan penyertaan dalam sukan di dalam dan luar Negara.

TUGAS MSN MENGIKUT AKTA 1971 :

- Program Pembangunan Atlet.

- Khidmat Sains dan Perubatan Sukan

- Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan

- Pengurusan dan Kepagawaian Sukan

- Kemudahan Sukan

- Skim Penggalakkan dan Anugerah Sukan

- Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

Aktiviti Utama Majlis Sukan Negara:

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI

VISI Melahirkan atlit-atlit yang cemerlang dan mampu

mengharumkan nama negeri dan negara.

MISI Kami komited memberi perkhidmatan yang komprehensif dan dijamin kualiti melalui :

Staf dan jurulatih yang cekap dan berkebolehan.Kemudahan-kemudahan tempat latihan dan peralatan

sukan serta jurulatih yang berwibawa.Kerjasama bestari.

MOTTO ‘TERENGGANU TERBILANG'

SEJARAH PENUBUHAN ditubuhkan pada tahun 1972 selaras dengan penubuhan Majlis Sukan

Negara. diletakkan dibawah tanggungjawab PEnolong Setiausaha Kerajaan Belia

dan Sukan. ditadbir secara khusus dengan pelantikan Pengarah Pertama pada

Oktober 1988.

PERANAN Untuk membangunkan sukan Untuk mencadangkan keperluan infrastruktur Menjadi pengubung / pengantara di antara Majlis Sukan Negeri dengan

Majlis Sukan Negara. Bertanggungjawab menganjurkan pelbagai kejohanan sukan, bertujuan

mencungkil bakat - bakat baru. Mengadakan program - program pembangunan bakat seperti Tunas

Harapan dan Bintang Cemerlang

OBJEKTIF Untuk memajukan pada amnya kepentingan sukan

dalam negeri dan khususnya mengadakan kemudahan yang cukup bagi kemajuan semua cawangan sukan di peringkat Negeri dan Daerah.

Untuk melakukan penyelarasan bagi Persatuan Sukan Negeri dan lain - lain agensi sukan dalam negeri itu.

Untuk mendapat dan mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan - tujuan Majlis berhubungan dengan Majlis Sukan Negara Malaysia.

Latar Belakang ditubuhkan pada 23 Januari 1984.

Tujuan PenubuhanUntuk memajukan pada amnya kepentingan sukan

dalam negeri dan khususnya mengadakan kemudahan yang cukup bagi kemajuan semua cawangan sukan di peringkat negeri dan daerah di negeri Pahang.

Untuk melakukan penyelarasan bagi persatuan sukan negeri dan lain-lain agensi sukan dalam negeri

Untuk mendapat dan mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan-tujuan majlis berhubung dengan Majlis Sukan Negara Malaysia.

VISI Kearah melahirkan atlet-atlet negeri Pahang bertaraf dunia

yang akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

MISIMenyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam

mengurus dan mentadbir semua kepentingan berkaitan sukan berprestasi tinggi di negeri Pahang dan menyediakan kemudahan sukan bagi tujuan pembangunan sukan sejajar dengan Dasar Sukan Negara.

MOTTO "SUKAN CEMERLANG, PAHANG GEMILANG"

VISI Kecemerlangan sukan dalam Negeri Melaka akan dapat dicapai ke tahap tertinggi

sekali dengan komitmen yang jitu dan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

MISI Komited kepada perkembangan dan kemajuan sukan prestasi tinggi yang mantap

bagi melahirkan atlit negeri yang berkualiti, cemerlang dan berdaya saing di pelbagai peringkat kejohanan dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej Negeri Melaka.

OBJEKTIF Merancang, merumus dan menyelarasn segala dasar dan matlamat sukan negeri. Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi

memenuhi keperluan asasi soasial melalui sukan. Untuk mencapai kecermalangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat

kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibbah dan imej negeri.

FUNGSI Menyelaras dan membantu persatuan-persatuan sukan prestasi tinggi Negeri Melaka; Mempergiatkan program-program pembangunan atlit Negeri Melaka; Mentadbir kewangan Majlis Sukan Negeri bagi mencapai objektif secara optima; Merancang dan menyelaras program-program sukan; Membuat syor-syor kepada kerajaan Negeri Melaka berhubung cara, langkah dan dasar yang perlu diambil bagi memudahkan kemajuan sukan.

KEMENTERIAN BELIA DAN

SUKAN

VISI,

MISI DAN OBJEKTIF

VisiPeneraju Dalam Mengupayakan Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Terbilang Dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang Tahun 2015. 

MisiMembina Bangsa Malaysia Yang Patriotik Dan Bersatupadu Melalui Program Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Strategik. 

Objektif“ Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.”

SEJARAH LATAR

BELAKANG

SEJARAH AWAL KEMENTERIAN

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia.

*Kerajaan telah menggabungkan tiga aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan di bawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1972.*Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian danPelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali sebagai KementerianBelia dan Sukan Malaysia.* (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

CARTA ORGANISASI

Majlis Sukan Negara

• ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia

1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979)

• Pelancarannya secara rasmi:

Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2

(21 Februari 1972)

• Matlamat: bertanggungjawab sepenuhnya ke arah

penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang

sukan pada pertandingan di peringkat tertinggi.

Perbadanan Stadium Merdeka (PSM)

• Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Stadium Merdeka 1963

• Peranan:- mengurus dan mentadbir Kompleks Sukan Negara

Bukit Jalil serta Kompleks Sukan Bukit Kiara- memberikan khidmat nasihat dan panduan kepada

penganjur acara- mempromosi dan mempelbagaikan acara- menyediakan kemudahan dan peralatan yang lengkap kepada para penganjur, pengguna dan penonton- menyewakan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil serta Kompleks Sukan Bukit Kiara lengkap dengan kemudahan dan peralatannya

Institut Sukan Negara (ISN)

• Penubuhan sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh

Kabinet pada 20 Januari 1988

• Pembinaan ISN mengambil masa kira-kira tiga tahun

• dirasmikan oleh YB. Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan ketika

itu pada 20 Oktober 1992

• menyediakan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan, penyelidikan

dan pembangunan serta pendidikan berterusan ke arah mencapai

kecemerlangan sukan negara

• pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu bermanfaat kepada jurulatih-

jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan

sukan negara

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA

MALAYSIA (IPPBM)

• pusat penyelidikan nasional di bawah naungan

Kementerian Belia dan Sukan

• dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun

Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005

bersempena dengan Hari Belia Malaysia

• menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan

belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku di

peringkat nasional, rantau dan antarabangsa melalui:

- melaksanakan pelbagai program penyelidikan,

menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar

- menerbitkan jurnal dan monograf hasil penyelidikan

serta mewujudkan program pendidikan dan latihan

• menyediakan kemudahan penyelidikan yang pelbagai,

termasuklah sebagai sebuah pusat sumber dan data mengenai

pembangunan belia

PROSES PENTADBIRAN

ORGANISASI SUKAN

PROSES PENTADBIRAN ORGANISASI SUKAN

PENGENALAN PERANCANGAN

PENGELOLAANPENGARAHAN

HAL KAKITANGAN

MENYELARAS/

KOORDINASI

LAPORANBELANJAWAN

PENILAIAN/KAWALAN

1. PENGENALAN seseorang pentadbir perlu menjalankan tugas

mengikut proses-proses asas.2. PERANCANGAN perancangan adalah penentuan terdahulu. Perancangan melibatkan tiga perkara; 1) Menentukan apa yang patut 2) Menentukan bagaimana ia patut dilakukan 3) Menentukan siapa yang akan melakukannya.

proses perancangan berkesan melibatkan lima perkara yang berterusan;

1) Tentukan objektif-objektif keseluruhan. 2) Tentukan objektif khusus. 3) Mengenalpasti strategi atau tindakan khusus untuk mencapai objektif. 4) Tentukan piawai prestasi khusus untuk pencapaian objektif. 5) Menilai kemampuan.

3. PENGELOLAAN satu proses yang melibatkan dua atau lebih

manusia bergabung tenaga dan sumber untuk mencapai tujuan yang tertentu.

- Leith (1990) : 4 prinsip pengelolaan; 1) pembahagian tugas dan delegasi tanggungjawab. 2) mengekalkan hierarki autoriti. 3) menetapkan panduan tingkah laku. 4) membuat keputusan berdasarkan keupayaan dan bukan personaliti.

4. PENGARAHAN- Frost & Marshall (1997), pengarahan merupakan suatu proses yang menyebabkan sesuatu tindakan itu berlaku.

- Proses itu melibatkan pemberian tunjuk ajar atau bimbingan, mempengaruhi orang lain atau membuat keputusan dan memberi arahan.

5. HAL KAKITANGAN -Tugas ini biasanya meliputi pemilihan

kakitangan untuk tugas yang sesuai bagi menjayakan sesuatu aktiviti organisasi.

6. MENYELARAS ATAU KOORDINASI - Penyelarasan program atau unit pentadbiran

serta memastikan operasi berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

7. LAPORAN - kaedah yang sistematik untuk menilai kemampuan kakitangan. - Boleh dilakukan setiap minggu atau setiap bulan mengikut projek tertentu.8. BELANJAWAN - Belanjawan adalah aspek penting dalam pentadbiran yang

tidak boleh diabaikan. - Mengikut Frost (1977), pentadbiran kewangan melibatkan

empat langkah ; 1) mengumpul data atau maklumat. 2) menyediakan belanjawan. 3) mempersembahkan belanjawan. 4) membelanjakan peruntukan.

9. PENILAIAN ATAU KAWALAN - Dijalankan untuk mengetahui sama ada organisasi itu berjaya atau sebaliknya.

PENGENDALIAN MESYUARAT

MESYUARAT:• Mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan

komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal.

Tujuan mesyuarat:• untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat.• menyelesaikan masalah berbangkit.• membuat keputusan.• memberikan maklumat dan mendapatkan

maklumat daripada pelbagai pihak.

Agenda Mesyuarat• Perutusan pengerusi• Pengesahan minit mesyuarat yang lepas• Perkara-perkara berbangkit• Laporan bendahari• Laporan setiausaha• Agenda mesyuarat• Hal-hal lain• Menetapkan tarikh mesyuarat yang akan datang• Penangguhan mesyuarat

PERMULAAN:• Agenda dan minit mesyuarat lepas diedarkan

kepada ahli yang tidak bawa. • Selepas dipastikan korum mencukupi,

pengerusi mengisytiharkan mesyuarat dibuka dengan rasmi.

PERKARA BERBANGKIT:• Mesyuarat meneliti perkara-perkara yg

tercetak dalam minit mesyuarat satu persatu.

• Ahli boleh membangkitkan soalan dan dijawab setiausaha/orang berkenaan.

• Hanya dibenarkan meminta maklumat.• Seterusnya, barulah presiden beralih

kepada perkara lain yang disusun untuk dibincangkan.

PENGESAHAN:• Bagi setiap pembetulan, presiden mesti

menurunkan tangdatangan ringkasnya. • Presiden mempelawa cadangan dan

seterusnya sokongan minit itu disahkan sebagai betul.

• Setelah disahkan, presiden menandatangani minit mesyuarat dengan menulis tarikh di tempat yang disediakan.

MENAMATKAN MESYUARAT:• Masa yang sesuai mesyuarat ditutup terpulang kepada

presiden.

• Sebelum menutup mesyuarat, presiden mengucapkan terima

kasih kepada ahli.

• Apabila segala telah selesai, presiden menjemput seorang

pencadang dan penyokong untuk mesyuarat ditamatkan.

• Tarikh mesyuarat yang akan datang ditetapkan terlebih

dahulu sebelum mesyuarat ditangguhkan.

PENGURUSAN KEWANGAN

PENGURUSAN BELANJAWAN

Melibatkan 3 langkah :

1. Pelan strategik belanjawan : pihak pengurusan atas menentukan tujuan dan objektif organisasi dan memperuntukkan wang yang dirancang.

2. Tanggungjawab belanjawan :mengesahkan peruntukan digunakan dengan sah dan cekap.

3. Rancangan teknikal dan mekanikal: mengadakan sistem perakaunan dan keselamatan, struktur kewangan dan proses belanjawan.

PERAKAUNAN

Terbahagi kepada 2 :1. Perakaunan statik : meliputi rekod angka

kedatangan kakitangan, inventori alat dan barang-barang.

2. Perakaunan kewangan : melibatkan rekod penggunaan peruntukan dalam organisasi.

• Objektif:-• Memberi maklumat bagi membuat

keputusan berkenaan pengurusan sumber yang terhad.

• Mengarah dan mengawal secara berkesan sumber kemanusiaan dan barangan.

• Mengurus dan melapor tentang penjagaan sumber.

PERAKAUNAN KOS• Dikenali sebagai ‘keberkesanan kos’/ ‘analisa

keuntungan kos’.• Tujuan :

– menilai keuntungan perkhidmatan yang diterima dalam unit yang boleh ukur.

– Menolong pentadbir organisasi menumpu perhatian ke atas penggunaan peruntukkan dengan cara yang paling cekap.

• Dilakukan dengan membandingkan kos-kos program

BELANJAWAN

• Ialah pelan kewangan yang digunakan sebagai alat kawalan untuk operasi. Ia menganggarkan kos masa depan dan merupakan pelan sistematik untuk penggunaan sumber manusia, bahan mentah ataupun sumber lain. (Kohler, 1961 ; Steddry, 1960).

• Ia dibentuk untuk memberi maklumat kepada pembuat keputusan dan menunjukkan keputusan-keputusan yang telah dibuat (Freeman, Shoulder & Lynn, 1988).

PROSES BELANJAWAN

• meliputi perancangan untuk memenuhi keperluan programpendidikan jasmani dan sukan, mengemaskinikan rekod dan mengawal sistem kira-kira

• Mengikut Frost(1977):– Mengumpul data ataupun maklumat– Menyediakan belanjawan– Mempersembahkan belanjawan– Membelanjakan peruntukan

KELEBIHAN MENYEDIAKAN BELANJAWAN

• Merupakan cara objektif untuk menganalisis program pendidikan jasmani dan sukan.

• Diguna untuk mempersembahkan keperluan kewangan dan untuk meminta sokongan dari pihak atasan.

• Pentadbir dapat menghapuskan aktiviti yang tidak boleh dibiayai lagi dan mengembang pelan jangka panjang

• Membenarkan pengukuran dan pengesahan kemajuan program dan membuat analisa.

• Membenarkan pemindahan sumber-sumber mengikut keutamaan

PRINSIP BELANJAWAN

• Bersikap konservatif kerana menggunakan wang orang ramai.

• Berdasarkan perbelanjaan dan pendapatan dari belanjawan sekurang-kurang tiga tahun yang lepas.

• Tumpukan perhatian kepada faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi perbelanjaan dan pendapatan.

• Rancangan seharusnya mengambil kira 10% peristiwa yang berlaku di luar jangkaan.

• Melibatkan semua individu secara langsung dalam proses perancangan.

• Dipersetujui pihak atasan.• Mengumumkan belanjawan kepada

pihak pengguna yang terlibat

JENIS BELANJAWAN

1. BELANJAWAN

LIPUTAN MASA2. BELANJAWAN

SEMASA (OPERASIONAL)

3. BELANJAWAN

HARTA4.

PENDAPATAN (REVENUE)

5. BELANJAWAN ITEM-BARIS

6. BELANJAWAN PRESTASI DAN

PROGRAM

Bibliografi

• Wee Eng Hoe (1994), ‘Organisasi dan Pentadbiran

Sukan dan Pendidikan Jasmani’: Penerbitan Fajar

Bakti SDN BHD.

• http://pps.kbs.gov.my/index.php/in/muat-turun/146-

borang-muat-turun

• http://www.kbs.gov.my/

• http://www.scribd.com/doc/48023514/PRESENT-PJ-

PP

• http://www.nsc.gov.my

top related