assignment ulum quran
Post on 26-Jun-2015
3.703 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ULUM AL-QURAN
1.0 PENDAHULUAN
Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf (tidak
boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu
bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib,
Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu'awiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan
al-'Ala' bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk Mekah al-Mukarramah manakala
dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka' ab, Zaid bin Thabit dan
al-Munzir bin Amru.
Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan
mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan Perang
Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu
mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini, Baginda
mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam. Akhimya
Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakannya penulis wahyu)
sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.
Pengajian dan metod tafsir telah mula berkembang sejak zaman Rasulullah dan para sahabat
lagi. Namun, didapati bahawa perkembangan penulisan dan pembukuan Ilmu Tafsir berlaku
agak lewat berbanding kewujudannya. Mengikut sumber sejarah, usaha pembukuan Tafsir al-
Ma’thur hanya bermula sejak kurun kedua Hijrah, iaitu pada akhir pemerintahan Kerajaan Bani
Umaiyyah dan awal pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah. Tafsir al-Ma’thur merupakan
kitab Ilmu Tafsir yang sangat rajih, kuat dan boleh dipercayai. Ini kerana pentafsiran ayat al-
Quran dilakukan dengan menggunakan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah serta riwayat para
sahabat dan tabi’in.
Walau Tafsir al-Ma’thur ini dikatakan kitab Ilmu Tafsir yang rajih dan boleh dipercayai, namun
kitab-kitab ini adakalanya boleh menjadi lemah kedudukannya. Antara sebab yang melemahkan
kedudukan kitab Tafsir ialah wujudnya banyak pendapat atau kata-kata yang diadakan, banyak
kemasukan unsur-unsur Israiliyyat dan terlalu banyak meringkas dan membuang sanad.
1
ULUM AL-QURAN
Kitab Tafsir al-Ra’yi merupakan kelangsungan dari kewujudan Tafsir al-Ma’thur. sejarah telah
melaporkan bahawa pengajian Tafsir al-Ra’yi ini adalah ilmu mentafsir al-Quran dengan Ijtihad
oleh seseorang pentafsir yang telah menguasai selok-belok Bahasa Arab, sebab turun ayat,
nasakh mansukh serta ilmu-ilmu lain yang diperlukan oleh seseorang pentafsir untuk mentafsir
ayat al-Quran.
Para ulama telah membahagikan ilmu Tafsit al-Ra’yi kepada dua iaitu tafsir al-Ra’yi yang
diharuskan dan Tafsir al-Ra’yi yang dicela serta tidak diharuskan. Bentuk pengajian Tafsir al-
Ra’yi ini dikatakan telah mula wujud sejak zaman Bani Abbasiyah lagi.
2.0 JAMI’ AL-BAYAN FI TAFSIR AL-QURAN
(Jami’ul Bayan Fi Tafsir Al- Quran) adalah “Keterangan Lengkap Tentang Tafsir Al
Quran” adalah yang paling terkenal di kalangan ulama dan pencinta ilmu pengetahuan. Ianya
juga lebih dikenali dengan sebutan Tafsir Al- Tabari yang merupakan kitab tafsir yang terbesar
dan termasyhur di kalangan umat Islam dan menjadi rujukan serta panduan utama bagi umat
Islam, para pentafsir serta para ulama’. Ianya juga dianggap sebagai kitab tafsir utama yang
paling sahih dalam ketegori Tafsir Bi al-Ma’thur . Kitab ini dikarang oleh Al Imam
Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Katsir bin Ghalib Abu Ja’afar al-Tabari.
2.1 Latar Belakang Dan Riwayat Hidup Ibn Jarir Al-Tabari
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Katsir bin Ghalib Abu
Ja’afar al-Tabari. Merupakan seorang yang berbangsa tabaristan dan dikatakan berasal dari
daerah Amol dan dilahirkan pada tahun 224 Hijrah. Beliau meninggal dunia di Baghdad pada
malam isnin 27 Syawal tahun 310 Hijrah dan dikebumikan di sana.
Beliau mempunyai perwatakan yang tampan, berbadan sederhana tinggi serta tegap. Beliau juga
fasih berbicara dan lancar lidahnya, amat dihormati oleh segenap lapisan masyarakat kerana sifat
warak, zuhud , taqwa dan mudah tersenyum. Beliau amat terkenal sebagai seorang ulama’ yang
unggul dan terkemuka dalam segenap jurusan ilmu pengetahuan. Misalnya dalam ilmu hadith,
2
ULUM AL-QURAN
penguasaanya begitu baik sekali beserta dengan sanad-sanadnya, dapat membezakan antara
Hadith Sahih dengan tidak sahih serta Nasikh dan Mansukhnya sehinggakan Imam Khatib al-
Baghdadi berpendapat bahawa Ibn Jarir merupakan pusat peredaran segala ilmu seperti tafsir,
fiqh, usul, bahasa arab, balaghah, hadith dan sejarah. Beliau juga amat berkemahiran dalam Ilmu
Qiraat dan dikatakan telah menulis sebanyak 18 jilid kitab berkaitan Qiraat, seorang hafiz dan
ahli tafsir yang hebat serta amat luas pengetahuannya sama ada berkaitan sanad dan riwayat itu
sama ada sahih atau dhaif. Disebabkan pengetahuannya yang luas, para ulama’ menggelarkan
beliau sebagai Eksplopedia Ilmu.
2.2 Metodologi Penulisan Tafsir Ibn Jarir Dalam Jami’ Al-Bayan
Ibn Jarir sebagai mana diketahui umum merupakan seorang ulama’ mujtahid.
Sehubungan dengan itu, di dalam kitab tafsir karangan beliau banyak membicarakan hukum fiqh
berdasarkan pendapat ulama’ dan mazhab. Di sini, beliau akan mentarjih pendapat-pendapat
yang paling kukuh berdasarkan pemahaman dari pendapat tersebut dan mengemukakan hujah
yang menyokongnya.
Metodologi penulisan yang digunakan oleh Ibn Jarir di dalam Jami’ al-bayan ialah :
i. Sebelum mengemukakan tafsir sesuatu ayat Al-Quran, beliau terlebih dahulu akan
mengemukakan pendapat berdasarkan pemahaman beliau terhadap tafsir dan ta’wil
kemudiannya mentafsirkannya berdasarkan pendapat para sahabat dan tabi’in.
ii. Mengemukakan riwayat sanad yang lengkap dalam mentafsir ayat iaitu menggunakan
Tafsir Bi Al-Ma’thur iaitu dengan mentafsir sesebuah ayat Al-Quran dengan riwayat
yang bersandarkan para sahabat dan tabi’in serta diyakini kesempurnaan sanadnya.
iii. Mengemukakan atau membentangkan semua riwayat yang berkaitan dengan ayat yang
hendak ditafsirkan. Seterusnya membicarakan riwayat-riwayat tersebut dan
membandingkannya di antara satu sama lain sebelum membuat tarjih di antara salah satu
riwayat-riwayat tersebut.
iv. Mengambil berat dan memberikan tumpuan utama terhadap permasalahan atau perkara
yang berkaitan dengan Qira’at. Beliau juga menyebutkan pelbagai jenis Qiraat serta
menghubungkan di antara qiraat-qiraat tersebut dengan memilih makna yang sesuai dan
tepat dengan sesuatu lafaz dan kedudukannya.
3
ULUM AL-QURAN
v. Menerangkan konsep i’rab serta mengistinbatkan sebahagian hukum serta membuat
penilaian terhadap pendapat dan mazhab ilmu nahu yang digunakan secara umum dan
meluas.
vi. Membuat kritikan dari segi sanad-sanad yang merangkumi hal berkaitan dengan
periwayatan atau pendapat-pendapat. Kemudiannya beliau akan membuat penta’dilan,
iaitu dengan menetapkan perawi yang adil terhadap beberapa perawi serta juga
mentarjihkan, iaitu dengan menetapkan sebagai perawi yang cacat terhadap perawi yang
lain yang telah terbukti kecacatannya.
vii. Menolak segala riwayat yang tidak diyakini kesahihannya, malahan setiap tafsir yang
diterima daripada para tabi’in contohnya seperti Mujahid dan al-Dahhak diberikan
penjelasan sanadnya dengan cukup sempurna.
2.3 Keistimewaan Tafsir al-Tabari
Tafsir Ibn Jarir merupakan sebuah kitab yang unggul, sempurna dan paling lengkap
berbanding dengan kitab-kitab tafsir yang lain. Di antara keistimewaannya ialah :
a) Disusun dan ditulis mengikut kaedah majoriti utama salaf, iaitu mentafsirkan ayat
berdasarkan hadith dan Athar.
b) Membentangkan dan menerangkan berkaitan ta’wil yang kukuh yang diperolehi daripada
para sahabat dan membuat penilaian tentang tak’wil yang paling hampir dengan
kebenaran.
c) Bermutu tinggi kerana di dalamnya terkandung pendapat yang tepat dari sudut bahasa
Arab serta membentangkan nas secara sempurna melalui sanad yang lengkap dan
sempurna.
d) Menghuraikan segala sanad itu dengan sanad itu dengan jelas, mendekatkan apa yang
jauh serta mengumpulkan apa yang tidak dapat dikumpulkan oleh penulis tafsir lain.
Berdasarkan pendapat-pendapat para ulama’ yang diutarakan dapatlah disimpulkan
bahawa sememangnya kitab Jami’ Al-Bayan Fi Tafsir Al-Quran adalah satu kitab tafsir yang
unggul dan terbaik dari segi metodologi penulisannya. Walau bagaimana pun, masih ada
sebilangan ulama’ berpendapat bahawa Ibn Jarir juga tidak terkecuali dari memasukkan unsur
4
ULUM AL-QURAN
hadis yang tidak mencapai taraf hadis sahih ini dikui sendiri oleh beliau walau pun sanadnya
dinyatakan dengan sempurna.
3.0 KITAB TAFSIR AL-KABIR ( MAFATIH AL-GHAIB )
Kitab Tafsir yang berjudul Mafatih al-Ghaib ini dikenali juga sebagai Tafsir al-Kabir
hasil karya Imam Fakhr al-Din, Muhammad bin ‘Umar al-Razi (wafat 606 Hijrah) dikenali
juga sebagai Fakhruddin al-Razi. Razi ini adalah nasab pada tempat yang disebut Rayy dalam
wilayah Dailam di utara Iran. Beliau merupakan antara ahli tafsir yang terkenal dengan pelbagai
ilmu berkaitan tafsiran al-Quran, juga faqih bagi mazhab al-Syafii.
Secara ringkasnya kitab ini mempunyai sedikit perselisihan berkaitan dengan penjenamaannya
atau judul yang diberikan oleh beliau. Ini kerana ada sebahagian ulama menamakannya sebagai
Mafatih al-Ghaib dan ada pula yang menamakan sebagai Tafsir al-Kabir.
3.1 Latar belakang ringkas al- Razi
Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin ‘Umar bin Hussin bin al-Hassan
bin ‘Ali al-Tayami al- Bakri al-Tabaristani al-Razi. Beliau dilahirkan pada 25 Ramadhan tahun
543 Hijrah di Rayy dan meninggal dunia di Harah pada hari Isnin 1 Syawal tahun 606 Hijrah.
Beliau juga terkenal dengan gelaran Ibn al-Khatib yang mengikuti mazhab As-syafi’I,
merupakan seorang ulama’ yang faqih, mempelajari berbagai ilmu pengetahuan yang meliputi
keagamaan atau diniyyah dan akliah. Beliau juga amat pakar dalam ilmu mantik atau logik,
falsafah dan terkenal dalam ilmu al-Kalam dan Lughah.
Al-Razi banyak mendapatkan ilmu dari ayahnya iaitu Dhiya’uddin yang juga merupakan
khatib yang terkemuka di Rayy. Beliau juga banyak bertemu dengan ulama’ yang hidup sezaman
denganya. Di antara hasil karya beliau, yang terpenting ialah kitab tafsirnya iaitu Mafatih al-
Ghaib, satu jilid tafsir surah al-Fatihah , kitab ilmu kalam iaitu al-Mathalib al’Aliyah, kitab usul
fiqh : al-Mahsul dan kitab Hikmah : al-Mulakkhas. Beliau juga menulis komentar (syarh) atas
kitab al-Isyarat oleh Ibn Sina. Dikatakan juga bahawa beliau juga turut menulis komentar
tentang kitab al-Mufassal dalam ilmu nahu yang dikarang oleh Zamakhsyari.
5
ULUM AL-QURAN
3.2 Tafsir al-Kabir atau Mafatih al-Ghaib
Tafsir Mafatih al-Ghaib karya Imam al-Razi merupakan sebuah kitab Tafsir Bil al-Ra’yi
atau Ta’wil yang terbesar. Ia mengandungi 8 jilid yang secara keseluruhannya membahaskan
ilmu akli. Namun demikian ia juga turut membahaskan pelbagai bidang keilmuan, ini
termasuklah juga ilmu kedoktoran, falsafah dan juga mantik.
Dalam membicarakan tafsir Mafatih al-Ghaib, persolan yang utama diperkatakan sama
ada al-Razi sempat atau tidak menyiapkan tafsirnya. Ada pendapat menyatakan bahawa Imam al-
Razi tidak berkesempatan bagi menyiapkannya. Para ulama’ tidak bersependapat dalam hal ini.
Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani berpendapat bahawa orang menyelesaikan tafsir Imam Fakhrurazi
ialah Imam Ahmad bin Muhammad Abi al-Hazm. Manakala pengarang kitab Kasyfu Al-Dhunun
pula menegaskan bahawa Syeikh Najmuddin Ahmad bin Muhammad al-Qamuli, wafat pada 727
Hijrah dan Qadhi Imam Syahabuddin bin Khalil al-Khawbi al-Dimasyqi yang wafat pada 639
Hijrah merupakan orang yang bertanggungjawab menyempurnakan apa yang kurang padanya.
Pendapat menyatakan, Imam al-Razi hanya sempat menyiapkan tafsirnya setakat surah al-
Anbiya’ sahaja.
Manakala al-Dhahabi pula berpendapat bahawa Imam al-Razi hanya sempat menyiapkan
kitab tafsirnya setakat surah al-Anbiya’ sahaja, yang selebihnya diambil alih dan disempurnakan
oleh Syihabuddin Ahmad Khalilal-Khawbi yang meninggal pada 637 tahun Hijrah. Beliau juga
tidak sempat menghabiskannya dan tugas ini diselesaikan oleh Imam Najmuddin al-Qamuli.
Berdasarkan kedua-dua pendapat, jelaslah bahawa Imam al-Razi tidak berkesempatan
menyiapkan penulisan tafsirnya. Usaha yang beliau jalankan telah disambung oleh para ulama’
selepasnya. Namun jika diperhatikan dari tafsir Mafatih al-Ghaib, didapati bahawa metode yang
digunakan adalah sama dari awal hingga akhir. Keadaan ini menunjukkan kesatuan pemikiran
yang ada pada ulama’-ulama’ tersebut dengan pengarang asal kitab tersebut.
Al-Dhahabi juga berpendapat bahawa pengkaji kitab ini mendapati bahawa manhaj yang
diguna pakai oleh al-Razi dan mereka yang menyempurnakannya adalah hampir sama dan
keadaan ini menyebabkan para pengkaji sukar membezakan antara hasil tulisan pengarang asal
dengan hasil penulisan ulama’ yang menyempurnakannya.
6
ULUM AL-QURAN
3.3 Masadir Tafsir al-Kabir atau Mafatih al-Ghaib
Imam al-razi turut mengumpulkan pendapat-pendapat ulama’ Mufassirin yang lain
seperti Ibn Abbas, Mujahid, Qatadah , Al-Suda, Said bin Jubair. Dari segi bahasa, beliau
mengambil pendapat Kibar al-Ruwat seperti al-Asma’I, abi Ubaidah serta ulama’ seperti al-
Fara’ dan al-Zujaj.
Beliau turut menaqalkan pendapat muktazilah seperti Abu Mas’um al-Asfahani, Qadhi
Abdul Jabbar, Zamakhsyari, pengarang tafsir masyhur iaitu al-kasyaf yang mana dalam tafsirnya
mengandungi maklumat yang mendalam tentang ta’wil dan tafsir serta ilmu lughah dan balaghah
yang turut member faedah kepada ulama’ mufassirin secara keseluruhannya.
3.4 Metode Penulisan Tafsir al-Kabir atau Mafatih al-Ghaib
Fakhruddin al-Razi telah menetapkan dan menggunakan teknik atau metodologi tertentu
dalam penulisan kitab tafsirnya iaitu :
i. Beliau menerangkan munasabah atau hubungan ayat dengan ayat yang berikutnya. Selain
dari itu, beliau juga telah menerangkan munasabah atau hubungan surah dengan surah
yang lain.
ii. Beliau membawa penerangan dan ulasan yang jelas hingga pembaca dapat memahami
penjelasan terhadap susunan ayat-ayat dan surah-surah tersebut.
iii. Beliau menerangkan tentang hikmat-hikmat penurunan ayat-ayat al-Quran daripada Allah
serta menghuraikannya.
iv. Beliau menjelaskan pelbagai disiplin ilmu serta membentangkan pendapat ahli Falsafah
dan ahli al-Kalam. Seterusnya beliau bertindak menolak pendapat ahli Falsafah, khasnya
dalam perkara yang berkaitan dengan akidah seterusnya membawa atau mempertahankan
dan menyokong pendapat akidah ahli Sunnah. Antara lain juga, Fakhruddin al-Razi
bertindak menolak pendapat golongan Muktazilah dan pegangan mereka.
v. Beliau telah membentangkan dan membincangkan pendapat-pendapat ahli feqah yang
berkaitan dengan ayat-ayat hokum. Selepas itu, beliau akan mentarjihkan di antara
pendapat-pendapat fuqaha’ itu dengan mengambil pegangan mazhab Syafi’I yang juga
menjadi pegangan dan ikutan beliau dalam perkara ibadat dan muamalat.
7
ULUM AL-QURAN
vi. Beliau akan mengenepikan al-Itnab ( االطناب) atau perkataan-perkataan yang panjang
–panjang , namun pun begitu beliau membincangkan dengan panjang lebar berkaitan
dengan Balaghah dan Nahu.
3.5 Keistimewaan Tafsir al-Kabir atau Mafatih al-Ghaib
1. Tidak banyak membicarakan perbincangan dan perbahasan. Berkata al-Safadi dalam
kitabnya al-Wafi bi al-Wafayat: al-Razi membawa penulisan yang tidak pernah ditulis
oleh tokoh sebelumnya dengan membuka setiap masalah dan mengkategorikannya dan
diterangkan pula sub-topik pada setiap kategori tersebut. Beliau juga banyak mengambil
ungkapan kata hukama dan ahli falsafah hingga menjadi takjub sebab macam-macam
ilmu terkandung di dalamnya sewaktu menghuraikannya. Namun, keperibadian al-Razi
cukup terserlah bila dia membicarakan mazhab falsafah yang diperkatakan pada masa
itu dengan kupasan ilmunya yang luas serta akal yang terbimbing.
2. Qiraat – dia turut membentangkan jajaran ayat berkait dengan Qiraat yang pelbagai.
Bahkan beliau turut mengeluarkan maknanya menurut bacaan Qiraat tersebut
berlandaskan ilmu bahasa Arab dan pakar nahu.
3. Hadis – beliau kurang bersandarkan pada hadis dalam tafsirannya ini hatta dalam
membicarakan soal fiqh dengan menyandarkan nama para ulama fiqh (kelainan yang
dibawanya ini mungkin untuk menyekat pengaruh ahli falsafah pada zamannya itu, jadi
logik akal lebih banyak digunakan daripada penggunaan dalil naqli yang bersandarkan
al-Quran dan hadis – ini antara kepakaran ulama Islam yang menguasai keilmuan Islam
yang luas dalam menghadapi seterunya dari pelbagai bentuk dan peringkat. Dalam
menghadapi dakyah Kristianisasi suatu ketika dulu, pakar Perbandingan Agama seperti
Ahmad Deedat cukup berkesan dalam menyekat kemaraan Kristianisasi sekalipun
sesetengah pihak menganggap beliau bukan seorang tokoh yang mahir dalam
menggunakan al-Quran dan hadis. Jadi Allah membezakan kita bagi memudahkan kita
untuk menyesuaikan diri kita mengikut kemampuan kita dalam menghadapi musuh-
musuh Islam. Contohnya sekiranya tiada pakar internet Islami, sudah pasti tidak ada
orang yang dapat menyekat pengaruh musuh Islam di arena tersebut.)
8
ULUM AL-QURAN
4. Syair – kebanyakan sajak dan puisinya adalah sebagai istisyhad. Sajak itu digunakan
dalam mengukuhkan pandangan berkaitan bahasa, sastera dan kalimah yang sesuai dalam
menghuraikannya. Ini cukup jelas dalam melihat pada keluasan ilmu dan pengetahuannya
dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Arab dan kecairannya di bidang tersebut.
5. Sebab penurunan atau Asbab al-Nuzul – jika dalam hadis disebut Asbab al-Wurud iaitu
sebab kedatangan/kemunculan. Dalam tafsir ini cukup banyak membicarakannya beserta
sandaran atau tanpa sandaran yang kebiasaannya disandarkan kisah tersebut kepada para
sahabat dan juga tabiin.
Kesimpulannya dapatlah diringkaskan bahawa Tafsir al-kabir mengikut pendapat majoriti
ulama’ hampir menyerupai sebuah eksiklopedia. Ianya dikategorikan sebagai sebuah kitab tafsir
yang diharuskan yang mana di dalamnya mengandungi segala disiplin ilmu, antaranya ialah
falsafah,ilmu tentang alam, ilmu tabi’I, fizik, falak dan kedoktoran. Imam al-Razi telah
membahaskan dan menghuraikan ilmu-ilmu tersebut yang mempunyai hubungan langsung
dengan ilmu tafsir.
Sebagai ahli falsafah, al-Razi tidak dapat lari daripada gaya penulisan seorang ahli
falsafah. Seperti kebiasaanya, ahli falsafah mempunyai corak pemikiran yang mendalam dan
sukar ditafsirkan. Dari itu, didapati hasilnya bahawa al-Razi telah menghuraikan tafsir satu-satu
ayat dengan tafsir yang panjang. Ini terbukti melalui tafsiran surah al-fatihah yang mencecah 300
helai muka surat. Kitab tafsir tersebut kemudiannya telah diolah dan diringkaskan oleh
Muhammad Abu al-Qasim al-Rifi yang meninggal dunia pada tahun 769 Hijrah dan menamakan
kitab ringkasan tersebut sebagai al-Tanwir Fi al-Tafsir.
4.0 TIGA PERBEZAAN PENGUMPULAN AL-QURAN ANTARA ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A DAN ZAMAN KHALIFAH UTHMAN AL-AFFAN R.A
9
ULUM AL-QURAN
Pertama, Sebab-sebab pengumpulan Al-Quran di antara Abu Bakar dan Usman adalah
berbeza.
Rasulullah SAW berpulang ke rahmatullah setelah beliau selesai menyampaikan risalah dan
amanah, menasihati umat serta memberi petunjuk. pada agama yang lurus. Setelah beliau wafat
kekuasaan dipegang oleh Abu Bakar Siddik ra . Pada masa pemerintahannya Abu Bakar banyak
menghadapi malapetaka, berbagai kesulitan dan masalah yang rumit, diantaranya memerangi
orang-orang yang murtad yang ada di kalangan orang Islam, memerangi pengikut Musailamah
al-Kazab. Peperangan Yamamah adalah suatu peperangan yang amat dahsyat. Banyak kalangan
sahabat yang hafal Al-Qur’an dan ahli Qurra’ mati syahid yang jumlahnya lebih dari 70 orang
huffazh ternama.
Oleh kerananya orang Islam menjadi bingung dan khuatir. Umar sendiri merasa prihatin
lalu beliau menemui Abu Bakar yang sedang dalam keadaan sedih dan sakit. Umar mengajukan
usul (bermusyawarah dengannya) supaya mengumpulkan Al-Quran kerana beliau risau dan takut
a-Quran akan lenyap dengan banyaknya bersama Huffaz yang gugur syahid , Abu Bakar pada
mulanya kali merasa ragu. Setelah dijelaskan oleh Umar tentang kebaikannya, beliau telah
bersetuju untuk menerima usul dari Umar .
Manakala pengumpulan kitab pada zaman Saidina Usman disebabkan oleh berlakunya
perselisihan tentang kaedah bacaan al-Quran. Kisah ini adalah berdasarkan kepada cerita
sebagaimana diceritakan oleh hadis Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas Ibnu Malik
bahwasanya ia berkata:
“Sesungguhnya Hudzaifah Ibnu al-Yaman datang kepada Usman, ketika itu, penduduk Syam
bersama-sama dengan penduduk Iraq sedang berperang menaklukkan daerah Armenia dan
Adzerbaijan. Tiba-tiba Hudzaifah merasa tercengang kerana penyebabnya adalah faktor
perbezaan dalam bacaan. Hudzaifah berkata kepada Uthman: “Ya Amirul Mu’minin
10
ULUM AL-QURAN
perhatikanlah umat ini sebelum mereka terlibat dalam perselisihan dalam masalah Kitab
sebagaimana perselisihan diantara kaum Yahudi dan Nasrani”.
Lanjutan daripada itu maka Saidina Uthman telah melakukan pengumpulan dan penulisan
semula Al-Quran dan dicetak dalam jumlah yang banyak dan disebarkan kepada seluruh umat
Islam.
Kedua, Cara pengumpulan ayat-ayat al-Quran di antara dua zaman adalah berbeza.
Pengumpulan al-Quran berlaku dengan timbulnya cadangan daripada Saidina Umar
untuk mengumpul semua ayat al-Quran untuk disatukan dan disimpan disuatu tempat. Saidina
Abu Bakar telah bersetuju dan menerima cadangan yang diutarakan oleh Saidina Umar dengan
baik . Rentetan daripada itu, beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit untuk mengumpul al-
Quran dan membukukan al-Quran. Pemilihan Zaid kerana beliau adalah orang yang paling layak
untuk melaksanakan tugasan ini memandangkan dia adalah penulis al-Quran pada zaman Nabi
Muhammad SAW.
Zaid bin Thabit mulai berusaha sungguh-sungguh mengumpulkan surah-surah dan
bahagian-bahagiannya dari segenap penjuru dan pelusuk . Pengumpulan ini termasuklah
mengumpulkan ayat al-Quran yang ditulis di atas daun-daunan, di atas batu putih, dan yang
dihafal orang. Setengahnya ada yang menambahkan, bahawa dia juga mengumpulkannya dari
yang ada pada lembaran-lembaran, tulang-tulang bahu dan rusuk unta dan kambing. Zaid tidak
menulis sesuatu ayat al-Quran melainkan ayat itu dibaca atau disaksikan leh dua orang
penghafaz.
11
ULUM AL-QURAN
Usaha Zaid ini mendapat kejayaan . Ia melakukan itu selama dua atau tiga tahun terus-
menerus, mengumpulkan semua bahan-bahan serta menyusun kembali seperti dengan menyusun
al-Quran ayat demi ayat.
Pada zaman Saidina Usman pengumpulan Al-Quran adalah dengan mengambil naskhah
yang telah dikumpul oeh Saidina Abu Bakar. Setelah Saidina Usman bersetuju untuk menulis
semula Al-Quran, Saidina Usman telah mengirim surat kepada Hafsah yang isinya:
“Kirimlah kepada kami lembaran-lembaran yang bertuliskan Al-Qur’an kami akan menyalinnya
dalam bentuk mushaf dan setelah selesai akan kami kembalikan lagi kepada anda”. Kemudian
Hafsah mengirimkannya kepada Usman. Usman memerintahkan kepada Zaid ibnu Thabit,
Abdullah ibnu Zubair, Said ibnu al-’Ash dan Abdurrahman ibnu al-Harits ibnu Hisyam lalu
mereka menyalinnya dalam mushaf.
Usman berpesan kepada ketiga kaum Quraisy: “Bila anda bertiga dan Zaid ibnu Thabit berbeza
pendapat tentang hal Al-Quran maka tulislah dengan ucapan lisan Quraisy kerana Al-Quran
diturunkan dengan lisan Quraisy”.
Setelah mereka selesai menyalin ke dalam beberapa mushaf, Usman mengembalikan mushaf asli
kepada Hafsah. Selanjutnya ia menyebarkan mushhaf yang baru tersebut ke seluruh daerah dan
ia memerintahkan agar semua bentuk lmushhaf yang lain dibakar.(HR. al-Bukhari).
Perkara ini telah jelas menunjukkan kelainan dalam cara mengumpulkan al-Quran sebagaimana
telah dilakukan oleh Saidina Umar.
Ketiga, Cara penulisan dan pembukuan yang berbeza.
Pada zaman Abu Bakar penulisan Zaid bin Thabit dalam mushaf Abu Bakar adalah yang terbaik,
beliau telah mengumpul al-Quran menggunakan pedoman yang amat tepat dan jitu, sehingga
menjamin kesempurnaan Al-Quran. Dia tidak sekadar dengan apa yang telah dihafal dalam
12
ULUM AL-QURAN
hatinya atau ditulis oleh tangannya atau telah didengar oleh telinganya, akan tetapi dia tetap
meneliti secara cermat dengan berpandukan dalam pengumpulan al-Quran pada dua sumber:
1. Sesuatu yang telah dihafal oleh para sahabat.
2. Sesuatu barang telah ditulis di hadapan Rasulullah saw.
Penulisannya adalah bedasarkan apa yang disampaikan oleh penghafaz al-Quran. Pada masa ini
tanda bacaan belum diseragamkan. Ayat al-Quran disusun ayat deni ayat dan belum dibahagikan
mengikut juzu;, surah dan belum diseragamkan baris dan tanda bacaan.
Pada zaman Saidina Uthman , beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit bersama tiga orang
yang lain untuk menyalin semula mushaf Abu Bakar dan menyemak serta menyeragamkan tanda
bacaan dan cara penulisan bagi memastikan semua umat Islam membaca al-Quran dengaan cara
yang sama tanpa ada perselisihan dan perbalahan. Pada masa ini, al-Quran telah disusun semula
dengan mengagihkan ayat kepada juzu’, surah dan setiap surah disusun rapi sebagaimana yang
al-Quran yang kita guna dan terdapat sekarang ini iaitu al-Quran .resam Uthmani.
13
ULUM AL-QURAN
5.0 TIGA KEBURUKAN YANG MUNGKIN BERLAKU SEKIRANYA PEMBUKUAN AL-QURAN TIDAK BERLAKU PADA KEDUA-DUA ZAMAN TERSEBUT.
Pertama, Al-Quran berkemungkinan besar akan hilang dan tidak wujud.
Kemungkinan besar al-Quran akan hilang dan dan tidak wujud lagi adalah amat besar.
Bedasarkan kata-kata Al-Bukhari telah meriwayatkan dalam sahihnya tentang kisah
pengumpulan ini. Kerana pentingnya maka di sini kami menukilnya sebagai berikut:
“Dari Zaid bin Thabit r.a. bahwa ia berkata: “Abu Bakar mengirimkan berita kepadaku tentang
korban pertempuran Yamamah, setelah orang yang hafal Al-Qur’an sejumlah 70 orang gugur.
Pada masa itu Umar berada di samping Abu Bakar. Kemudian Abu Bakar mengatakan “Umar
telah datang kepadaku dan ia mengatakan: “Sesungguhnya pertumpahan darah pada pertempuran
Yamamah banyak mengancam terhadap para penghafal Al-Qur’an. Aku takut kalau
pembunuhan terhadap para penghafal Al-Qur’an terus-menerus terjadi di setiap pertempuran,
akan mengakibatkan banyak Al-Qur’an yang hilang.”
Berdasarkan riwayat ini maka ini jelas menunjukkan bahawa jika tidak ada usaha untuk
melakukan pengumpulan al-Quran maka al-Quran akan hilang bersama penghafaz al-Quran
gugur di medan peperangan dan yang pasti kita tidak dapat menggunakan al-Quran
sebagaimana kita menggunakannya sekarang ini.
Kedua, Kemungkinan al-Quran akan menjadi beberapa jilid yang berlainan mengikut fahaman
ahli-ahli qiraat masing-masing.
Keadaan ini akan berlaku sekiranya pengumpulan al-Quran tidak dilakukan. Pada zaman Saidina
Usman berlaku peristiwa pertengkaran dan perselisihan faham tentang al-Quran tidak mustahil,
hasil daripada perselisihan ini maka akan timbul pelbagai naskhah al-Quran yang dikumpul dan
ditulis oleh orang yang berbeza.
14
ULUM AL-QURAN
Oleh itu tindakan Saidina Uthman mengirim surat kepada Hafsah yang isinya:
“Kirimlah kepada kami lembaran-lembaran yang bertuliskan Al-Qur’an kami akan menyalinnya
dalam bentuk mushhaf dan setelah selesai akan kami kembalikan lagi kepada anda”. Kemudian
Hafsah mengirimkannya kepada Uthman. Uthman memerintahkan kepada Zaid ibnu Tsabit,
Abdullah ibnu Zubair, Said ibnu al-’Ash dan Abdurrahman ibnu al-Harits ibnu Hisyam lalu
mereka menyalinnya dalam mushhaf.
Uthman berpesan kepada ketiga kaum Quraisy: “Bila anda bertiga dan Zaid ibnu Tsabit berbeza
pendapat tentang hal Al-Qur’an maka tulislah dengan ucapan lisan Quraisy kerana Al-Qur’an
diturunkan dengan lisan Quraisy”.
Setelah mereka selesai menyalin ke dalam beberapa mushhaf, Utsman mengembalikan lembaran
asli kepada Hafsah. Selanjutnya ia menyebarkan mushaf yang baru tersebut ke seluruh daerah
dan ia memerintahkan agar semua bentuk mushhaf yang lain dibakar.(HR. al-Bukhari).
Tindakan ini telah menjamin keaslian al-Quran dipelihara dan diselaraskan dengan hanya satu al-
Quran menjadi rujukan dan panduan kepada seluruh umat Islam dan bukannya banyak versi yang
digunakaan dalam masyarakat Islam.
Ketiga, akan berlaku kekacauan di kalangan umat Islam, dengan kewafatan Rasulullah , umat
Islam pada masa itu hilang arah dan pedoman. Malahan terdapat golongan yang murtad
disebakan kewafatan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad telah meninggalkan Al-Quran dan As-
sunnah sebagai panduan kepada umat Islam setelah pemergian baginda.
Sesungguhnya umat Islam akan berada dalam keadaan huru-hara sekiranya al-Quran
tidak dikumpul dan dipelihara sebagaimana sekarang ini. Umat Islam tidak ada petunjuk dan
panduan untuk mengamalkan ajaran Islam , malahan umat Islam juga akan menjadi masyarakat
yang kurang bertamadun, ini kerana al-Quran adalah sumber ilmu pengetahuan. Ilmu yang
15
ULUM AL-QURAN
terdapat dalam al-Quran tidak terbatas kepada ilmu dunia malahan yang paling penting ilmu
akhirat.
Contoh yang terbaik ialah jika kita lihat perkembangan dunia Islam sekarang ini yang mana
mereka berperang dan bertelagah sesama sendiri seperti yang berlaku di tanah Arab sekarang ini.
Kisah pencerobohan orang Yahudi ke nagara Palestin sudah cukup membuktikan tiada kesatuan
di kalangan umat Islam untuk menghalang dan menyekat kemaraan dan penindasan yang
dilakukan oleh orang Yahudi terhadap orang Islam malahan orang Islam bekerjasama dengan
orang Yahudi. Seandainya al-Quran tidak dikumpul dan dibukukan nescaya peperangan yang
maha dahsyat akan berlaku secara berterusan.
Penutup
Ilmu al-Quran adalah merupakan ilmu yang amat penting dan perlu dipelajari leh imat
Islam seluruhnya. Kefahaman tentang ilmu Al-Quran dan memahami dengan mendalami ilmu al-
Quran akan menjamin dan memastikan umat Islam meruapakan umat yang berpegang teguh
dengan ajaran Allah dan umat yang berilmu pengetahuan yang tinggi.
Kemajuan yang kita kecapi sekarang ini sewajibnya kemajuan yang dibangunkan oleh
orang Islam bukannya dibangunkan oleh orang bukan Islam sebagai mana yang beraku sekarang
ini. Umat Islam ditindas dan ditarik haknya, umat Islam dikelaskan sebagai pengganas ,
pemberontak dan punca berlakunya keganasan di dunia ini.
Pandangan dan pendapat ini perlu dihapuskan. Iaitu dengan berpandukan tafsiaran al-
Quran dan kefahaman yang jitu tentang ilmu yang terkandung dalam al-Quran akan menjamin
keselamatan dan kesejahteraan umat Islam untuk meneriskan kehidupan di dunia ini sebagai
khalifah sebelum menuju ke alam abadi iaitu alam akhirat.
16
ULUM AL-QURAN
Al-Quran juga harus di jaga dan dipelihara sehingga akhir zaman. Ianya merupakan
amanah yang perlu ditanggung oleh semua umat Islam. Pemeliharaan al-Quran akan menjamin
kesejahteraan umat Islam.
17
top related