assignment edu3093
Post on 02-Jun-2018
238 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 1/27
1
1.0 PENGENALAN
Guruku…
Kau sinari kami dengan ilmu yang kau berikan…
Kau semangati kami dengan ikhlas…
Kau berikan kami kasih sayang yang begitu lembut seperti kain sutera…
Ogos 2014)(Wina, 17
Puisi di atas dipetik daripada internet yang merupakan hasil karya seorang
murid, dikenali sebagai Wina. Puisi ini menunjukkan harapan kepada guru agar ikhlas
menyampaikan ilmu serta memberikan kasih sayang kepadanya. Memang tidak dapat
dinafikan, golongan murid merupakan individu yang paling hampir dan amat
mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan liku
kehidupan. Bermula di peringkat tadika sehinggalah ke menara gading, ilmu
pengetahuan ditimba tidak putus-putus. Bahkan ketika di sekolah, seorang guru
umpama ibu dan ayah kepada murid yang mendidik dan mengawasi murid sejurus
selepas sesi persekolahan bermula sehinggalah usai sesi persekolahan. Justeru, murid
seharusnya bergaul dengan guru sebagaimana seperti mereka bergaul dengan ibu
bapa di rumah.
Walaubagaimanapun, guru bukan sahaja perlu berkemahiran mengajar dan
mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah
profesional. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih mendengar berita-berita yang
tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap murid yang
melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion
perguruan ini. Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej
profesion keguruan turut menerima tempiasnya. Kalau dulu guru sering diagung-
agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para murid, ibu bapa dan
masyarakat seluruhnya. Namun, hari ini sering kita dengar sebahagian besar murid
serta ibu bapa tidak menghormati guru. Hal ini mungkin disebabkan sikap sebahagian
guru yang menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada profesion keguruan,
bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 2/27
2
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion dalam Dasar Pelajaran
Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah
memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Menurut
Lieberman (1956), profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai
ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat
yang diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika
dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan
dengan pendidikan. Justeru, adalah wajar setiap kerjaya yang digelar “profesional”
menyenaraikan kod etika kerja supaya memastikan pekerja-pekerja terlatih tertakluk
kepada kod etika tersebut untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti.
Oleh itu, memandangkan setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion
sebagai panduan tingkah laku setiap ahli, bidang pendidikan juga tidak terlepas dari
membina kod etikanya sendiri. Pengamalan Etika Profesion Perguruan dalam kalangan
guru adalah penting demi memartabatkan profesion perguruan supaya sentiasa
dipandang mulia oleh masyarakat. Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan
berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik.
Maka, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah
diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain
Rajah 1.1 : Salah satu sikap guru yang tidak patut dicontohi. (Gambar hiasan)
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 3/27
3
dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan,
setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan
telahpun dibuat pindaannya pada tahun 2002.
Peraturan ini dilaksanakan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan
Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib yang dikenakan juga merupakan
langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar
mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa
hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Oleh
yang demikian, peraturan ini perlu dilaksanakan secara efektif untuk mendapatkan
kembali kepercayaan serta mengurangkan kerisauan ibu bapa, memandangkan banyak
permasalahan yang timbul disebabkan sebahagian guru yang tidak menunjukkan sikap
yang beretika.
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 4/27
4
2.0 SALAH LAKU GURU YANG MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 (PINDAAN 2002) DAN
IMPLIKASINYA.
Sepanjang tempoh sebulan (7 Julai sehingga 8 Ogos 2014) saya menjalani
program internship di salah sebuah sekolah di daerah Serian, saya telah membuat
pemerhatian terhadap beberapa salah laku guru yang melanggar Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam secara sedar atau tidak sedar. Kesalahan yang dilakukan guru-guru ini
mungkin kelihatan remeh dan telah menjadi kebiasaan buat guru di sekolah, namun
kenyataannya guru tersebut boleh disabitkan kesalahan menurut peraturan yang telah
digariskan sekiranya dikesan oleh pihak pentadbir. Di samping itu, hasil daripada
pemerhatian ini, saya dapat melihat situasi sebenar salah laku guru di sekolah dan
kesannya kepada pelbagai pihak, selain menjadikannya sebagai pengajaran agar
menjauhi perlakuan tersebut apabila menjadi guru kelak.
Oleh itu, antara salah laku guru yang dapat dikenalpasti di sekolah tersebut
ialah:
SalahLakuGuru
berniaga
kegiatanpolitik
sering
mengambilcuti sakit
Malas
laksana PdP
datanglambat
Rajah 2.1 : Salah laku guru di sekolah
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 5/27
5
2.1 Berniaga
Dalam dunia pendidikan hari ini, guru tidak lagi dianggap sebagai seorang
pendidik yang mendidik anak bangsa untuk membentuk generasi yang berakhlak.
Sebaliknya, guru hanya dianggap tidak ubah seperti orang yang bekerja untuk wang
semata-mata. Tuduhan ini dilemparkan kerana terdapat sebahagian guru yang
menjalankan perniagaan di sekolah dan menjadikan kakitangan sekolah serta murid-
murid sebagai pelanggan. Hal ini jelas kesahihannya berdasarkan pemerhatian saya
sepanjang tiga bulan berpraktikum serta sebulan internship di sekolah tersebut. Antara
barang jualan yang saya kenalpasti ialah barangan dapur seperti “tupperware”,
pakaian-pakaian seperti jubah, telekung, kain dan tudung, yang dijual di bilik guru.
Aktiviti ini semakin aktif dijalankan khususnya apabila menjelang bulan Ramadhan,
kerana guru-guru mula menjual biskut serta kek raya serta beberapa barangan lain. Di
samping itu, saya juga mendapati terdapat guru yang menjalankan perniagaan kepada
murid-murid, seperti jam tangan kanak-kanak dan cincin.
Menurut Syed Ismail et. al. (2010), berdasarkan Peraturan 4(2), pegawai yang
menjalankan perniagaan di sekolah telah melanggar peraturan 4(2)(a) iaitu
membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya. Tugas utama guru
Rajah 2.2 : Guru menjalankan perniagaan di sekolah. (Gambar hiasan)
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 6/27
6
adalah untuk menyampaikan ilmu, mengajar dan mendidik murid, namun tugas utama
ini mula tergugat apabila guru sibuk mempromosikan barangan jualan mereka. Masa
senggang yang ada tidak dimanfaatkan untuk membuat persediaan pengajaran,
ataupun apa-apa perkara yang menunjukkan usaha untuk memperbaiki mutu kerja
seorang guru. Persoalannya, adakah gaji guru tidak mencukupi sehingga terpaksa
berniaga di sekolah? Presidennya Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan
Awam, Omar Osman, berkata "Kita tidak menghalang mencari pendapatan tambahan,
tetapi biarlah kerja sampingan itu tidak mengganggu tugas hingga menjejaskan
produktiviti," katanya dalam temubualnya bersama wartawan Berita Harian pada 25 Mei
2010 yang lalu.
Menurut Noriati et. al (2010), tindakan guru menjalankan perniagaan di sekolah
boleh menjejaskan imej profesion perguruan. Begitulah implikasi yang akan dihadapi
oleh profesion perguruan apabila sebahagian dari mereka yang bersikap mementingkan
diri sendiri. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik
dalam bilik darjah dan bukannya menjalankan perniagaan di sekolah. Hal ini kerana,
prestasi profesion guru akan terjejas dek kesibukan menguruskan perniagaan yang
dijalankan di sekolah. Murid-murid juga akan memandang rendah terhadap kredibiliti
guru tersebut kerana guru bersikap seperti seorang peniaga dalam bilik darjah. Inilah
kenyataannya, kerana saya dapati di sekolah tersebut, guru yang menjalankan urus
niaga khususnya kepada murid akan kurang dihormati oleh warga sekolah. Malah, ibu
bapa juga mula berasa sangsi terhadap pihak sekolah kerana anak mereka sering
meminta wang saku lebih untuk membeli barang niaga dari guru.
Oleh itu, guru seharusnya mengelakkan diri daripada menjalankan perniagaan di
sekolah, kerana di samping menjejaskan kredibiliti dirinya sebagai seorang guru, ibu
bapa pula kurang percaya kepada pihak sekolah, manakala masyarakat juga akan
memandang rendah terhadap profesion perguruan.
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 7/27
7
2.2 Kegiatan politik
Pergolakan politik pada masa kini amat membimbangkan ramai pihak. Masing-
masing taksub terhadap parti politik yang disokong, dengan mencaci parti lain serta
menghasut masyarakat sekeliling untuk menerima pendapat mereka. Tidak kurang juga
pihak yang bertindak agressif dengan merosakkan harta benda bagi menunjukkan
bantahan terhadap sesebuah parti politik. Ini menimbulkan kebimbangan dalam
kalangan ibu bapa kerana politik juga mula menyusup masuk dalam kawasan sekolah.
Seharusnya, hal berkenaan politik tidak wujud di sekolah kerana sekolah merupakan
tempat penyatuan masyarakat. Raja Muda Perak, iaitu Raja Nazrin, bertitah, sekolah
perlu menjadi kawasan larangan kepada sebarang unsur politik kerana peranan
sekolah sebagai platform menyatupadukan rakyat adalah satu kewajipan bukan satu
pilihan. Tambah baginda lagi, sekolah adalah tapak semaian memastikan benih diberi
ruang untuk dapat tumbuh segar dan dilindungi daripada menjadi mangsa eksperimendan permainan politik.
Namun, kenyataannya, hal ini masih terjadi di sekolah melalui pemerhatian saya
menjalani internship. Guru-guru kecoh memperkatakan berkenaan politik di bilik guru,
malah tidak kurang juga yang bertelingkah kerana berlainan parti politik. Hal ini
Rajah 2.3 : Guru taksub terhadap parti politik masing-masing. (Gambar hiasan)
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 8/27
8
mendatangkan kesan negatif kepada pentadbiran sekolah kerana guru-guru mula
membina klik masing-masing dan tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya
apabila sesebuah program sekolah dijalankan. Menurut Syed Ismail et. al (2010), dalam
peraturan 21, iaitu “Kegiatan Politik”, seorang pegawai KPT/KPDP dilarang mengambil
bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik, khususnya tidak boleh:
1. Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik.
2. Menerbit/mengedar buku/artikel/risalah mengenai politiik.
3. Merayu undi.
4. Agen pilihan raya tempat mengundi.
5. Bertanding apa-apa jawatan.
6. Memegang apa-apa jawatan.
Berdasarkan penerangan di atas, guru tersebut telah melakukan kesalahan dengan
membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik dan sekaligus mencaci parti
politik yang lain.
Masalah penglibatan dalam politik tidak akan timbul sekiranya para guru tidak
mewujudkan isu-isu tersebut dalam kawasan sekolah serta taksub dalam sesebuat parti
politik. Ironinya, sebahagian guru terlalu taksub serta menyebarkan fahaman mereka
tanpa mengira kesesuaian tempat iaitu di sekolah. Sebagaimana yang dinyatakan oleh
Raja Nazrin, sekolah merupakan tempat menyatukan masyarakat. Akan tetapi,
sekiranya fahaman politik berleluasa di sekolah, maka akan berlakunya perpecahan
masyarakat kerana masing-masing ingin menegakkan parti politik yang dianuti. Di
samping itu, implikasi yang akan timbul ialah berlakunya diskriminasi terhadap kaum
dalam kalangan guru dan murid-murid. Guru yang menimbulkan isu politik dalam kelas
juga akan membina fahaman yang tidak baik kepada murid serta menanamkan sifat
benci kepada sesebuah parti politik. Ini merupakan gejala yang tidak sihat kepadakanak-kanak yang masih berfikiran suci.
Justeru, semua pihak perlu menghormati batas sempadan pembabitan serta
perlu menjauhkan diri daripada campur tangan keterlaluan dalam sesebuah parti politik.
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 9/27
9
2.3 Sering mengambil cuti sakit
Sepanjang saya menjalani program internship di sekolah, saya dapati kami
sebagai guru pelatih sering diberikan kelas ganti sama ada secara rasmi mahupun tidak
rasmi. Alasannya, guru subjek pada ketika itu tidak hadir dan mengambil cuti sakit.
Namun, apa yang menyedihkan ialah, perkara yang sama akan berlaku hampir setiap
hari dan menimbulkan perasaan syak dalam kalangan kami. Tambahan lagi, cuti sakit
juga seringkali diambil oleh guru pada sehari sebelum cuti dan sehari selepas cuti. Hal
ini berlaku setiap kali musim cuti sekolah dan juga pada hujung minggu. Kebanyakan
cuti diambil oleh guru daripada semenanjung Malaysia, kemungkinan untuk
mendapatkan tiket kapal terbang yang lebih murah daripada hari sebelumnya. Apabila
kami mendapatkan kepastian daripada Guru Besar, beliau menyatakan tidak dapat
membuat tindakan kerana surat cuti sakit telah disahkan serta bilangan cuti sakit bagi
guru tersebut untuk sepanjang tahun belum tamat.
Dipetik daripada Berita Harian Online, bertajuk “45 000 kakitangan awam tipu
sijil cuti sakit”. Presidennya Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam,
Omar Osman, berkata, berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
kakitangan yang didapati menggunakan sijil cuti sakit palsu, boleh dikenakan tindakan
Rajah 2.4 : Guru sering ambil cuti sakit. (Gambar hiasan)
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 10/27
10
tatatertib seperti turun pangkat atau dibuang kerja”. Sambung beliau, “Kita
menyarankan Panel dan Pegawai Perubatan supaya memberi sijil cuti sakit kepada
mereka yang betul-betul memerlukannya. Kita juga ada menghantar surat kepada
jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang menggunakan
sijil cuti sakit palsu”.
Namun, artikel Berita Harian di atas adalah berkenaan sijil cuti sakit palsu. Niat
saya bukanlah untuk melemparkan tuduhan bahawa semua guru yang mengambil cuti
sakit hanya berpura-pura sakit. Akan tetapi sebahagian guru yang mengambil
kesempatan di atas kemudahan ini menjadikannya sebagai tiket untuk ponteng
daripada kerja. Sebagaimana yang telah saya nyatakan, kebanyakan cuti yang diambil
adalah sehari sebelum dan sehari selepas cuti sekolah. Hal ini tidak sepatutnya menjadi
kebiasaan bagi guru sekolah kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
yang telah termaktub, iaitu guru tersebut telah melanggar Peraturan 23 iaitu „Tidak
Hadir Bertugas‟. Menurut Syed Ismail et. al (2010), seorang pegawai awam tidak hadir
bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh
diambil tindakan tatatertib. Walaupun guru berkenaan mengemukakan sijil cuti sakit,
namun, berdasarkan pemerhatian saya selama tempoh empat bulan di sekolah
tersebut, guru yang sama sering melakukan salah laku tersebut.
Impaknya, guru yang menggantikan kelas yang ditinggalkan tidak mengajar dan
menyuruh murid membuat kerja sendiri, ataupun mengambil peluang untuk mengajar
subjek yang diajarnya. Kesan yang paling ketara berlaku ke atas murid-murid,
bukannya kepada guru yang meninggalkan kelas. Daripada itu, sukatan pelajaran tidak
dapat dihabiskan terutamanya bagi kelas yang akan menghadapi peperiksaan awam
iaitu UPSR. Di samping itu juga, kesannya turut dirasai oleh para guru kerana hampir
setiap hari guru melaksanakan kelas ganti menyebabkan tugas-tugas lain seperti
penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), penyediaan sumber pengajaran dan
pembelajaran, menanda buku latihan, memeriksa kertas ujian, tugas-tugas panitia dan
sebagainya tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Oleh itu, pihak pentadbir harus tegas terhadap sebahagian guru yang sering
mengambil cuti sakit agar tidak mengganggu kelicinan pengurusan sekolah.
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 11/27
11
2.4 Malas melaksanakan PdP
Dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, iaitu Peraturan 4(2), “Seseorang
pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha”. Hal ini bermaksud, guru
yang malas melaksanakan proses PdP dikategorikan sebagai kurang cekap dan
berusaha, boleh dikenakan tindakan oleh pihak pentadbir sama ada diturunkan pangkat
atau diberhentikan kerja. Guru malas melaksanakan PdP telah menjadi kebiasaan disekolah, tidak kira sama ada guru veteran mahupun guru baru. Guru yang malas
adalah guru yang tidak merancang PdP, tidak menyediakan sumber pengajaran, serta
tidak mempunyai objektif pengajarannya apabila memasuki kelas.
Sepanjang pemerhatian saya di sekolah, saya dapati kebanyakan guru yang
malas ini terdiri daripada guru lelaki. Guru tersebut akan membawa murid pergi ke bilik
komputer, kemudian menayangkan apa-apa filem dan meninggalkan murid tanpa
bimbingan. Apabila hampir tamat waktu, guru tersebut akan datang semula dan
melepaskan murid pada waktunya. Tidak kurang juga guru agama yang membawa
murid ke surau sekolah, kemudian murid cuma duduk menunggu masa 30 minit
berakhir. Kesannya, murid membuat bising di dalam surau kerana tiada apa yang
hendak dilakukan. Teguran guru tersebut kepada murid cuma masuk telinga kiri, keluar
Rajah 2.5 : Guru malas melaksanakan PdP. (Gambar hiasan)
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 12/27
12
telinga kanan. Ada juga guru yang melepaskan tanggungjawabnya kepada guru lain,
kerana ingin minum-minum bersama rakannya di kantin.
Di samping itu, ada juga guru yang masuk ke dalam kelas mengikut waktunya,
mengajar sukatan mengikut minggunya, namun, gaya pengajarannya cuma duduk di
tempat beliau sambil mengarahkan murid membaca teks daripada buku seorang demi
seorang. Impaknya, murid berasa bosan terhadap perjalanan PdP serta mengakibatkan
murid sering keluar ke tandas atau ponteng daripada kelas tersebut. Sebagai seorang
guru, kita dilatih dengan bidang pedagogi yang menyeluruh. Kita memahami
tanggungjawab kita adalah untuk mengajar dan mendidik murid juga merancang PdP
secara efektif. Ini bermaksud, guru perlu berusaha menjadikan sesi PdP beliau menarik
minat murid serta mencapai objektif pembelajaran yang disasarkan. Tanpa sesi PdP
yang efektif, pencapaian akademik murid juga akan terjejas kerana tidak dapat
mempelajari sesuatu topik dengan bersungguh.
Selain itu, implikasi guru yang malas mengajar akan terkesan kepada
pencapaian akademik sekolah kerana murid tidak dapat belajar mengikut sukatan dan
tidak mendapat sebarang input sekiranya guru tidak menyediakan sebarang bahan
pengajaran. Kesannya juga merangkumi profesion perguruan apabila masyarakat mula
memandang rendah atas kemampuan guru kerana malas melaksanakan pengajaran
dan hanya makan gaji buta. Di samping itu juga, guru yang malas juga akan dipandang
serong oleh rakan sejawat seterusnya merosakkan hubungan silaturrahim di antara
guru.
Justeru, pihak pentadbir sekolah perlu bersikap lebih tegas terhadap guru yang
malas membuat perancangan pengajaran. Di samping itu, Guru Besar hendaklah kerap
memantau pergerakan guru agar dapat mengelakkan salah laku guru berulang kembali.
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 13/27
13
2.5 Datang lambat
Menurut Syed Ismail et. al (2010), kesalahan ini telah melanggar peraturan
4(2)(g) iaitu “Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak bertanggungjawab”. Guru
yang sering hadir lewat ke sekolah tidak menyedari bahawa beliau telah membuat salah
laku yang boleh menyebabkan beliau diturunkan pangkat atau diberhentikan kerja. Ini
adalah kerana mereka memandang remeh bahawa sekadar datang lewat tidak akanmenjejaskan prestasi sekolah, tambahan lagi sekiranya kelas PdP mereka bermula
agak lewat berbanding di awal waktu. Sesi persekolahan di sekolah tempat saya
berinternship bermula pada jam 7.20 pagi. Guru Besar telah menjadualkan bahawa
guru seharusnya telah berada di sekolah pada jam 7.10 pagi bagi pelaksanaan budaya
guru penyayang. Akan tetapi, berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati
beberapa orang guru yang sering lewat datang ke sekolah iaitu pada jam 7.30 pagi.
Selain itu, terdapat juga guru yang datang lewat ke sekolah, padahal beliau
mempunyai kelas pada awal pagi, sehingga menyebabkan guru lain menggantikan
tempat beliau di kelas tersebut. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang guru terhadap
sikap guru tersebut yang bersikap sambil lewa terhadap waktu persekolahan.
Kelewatan guru ke sekolah mempengaruhi banyak perkara, apatah lagi sekiranya guru
Rajah 2.6 : Guru lambat datang sekolah. (Gambar hiasan)
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 14/27
14
tersebut mempunyai kelas di awal waktu persekolahan. Hal ini akan menyebabkan
murid-murid tidak terkawal dan menimbulkan masalah sekiranya guru tersebut tidak
memaklumkan kepada guru lain berkenaan kelewatannya ke sekolah. Sikap ini tidak
boleh diamalkan oleh seorang guru kerana ianya akan memberikan kesan ke atas
pembelajaran murid di sekolah sedangkan tanggungjawab kita sebagai guru adalah
untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid.
Oleh itu, antara implikasi kelewatan guru ke sekolah ialah, murid-murid akan
mula membuat bising disebabkan ketiadaan guru dalam kelas. Hal ini akan
menyebabkan pergaduhan dalam kalangan murid serta berlakunya kemalangan-
kemalangan yang tidak diingini. Di samping itu juga, sesi PdP guru dan murid yang
berada di kelas lain juga akan terganggu disebabkan kebisingan dari murid-murid
tersebut. Tambahan lagi, perlakuan salah laku guru ini akan menjadi sebab untuk murid
datang lewat atau ponteng ke sekolah. Bandura & Walters (1963, dalam Ee Ah Meng,
2012) menekankan bahawa hanya dengan memerhati orang lain, pembelajaran boleh
berlaku. Ini bermaksud, murid akan mencontohi tingkah laku guru tersebut walaupun
tahu ianya merupakan perbuatan yang salah.
Oleh itu, sebagai seorang insan yang bergelar guru, kita seharusnya sentiasa
memperbaiki diri agar menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana masyarakat sentiasa
memerhatikan sesiapa sahaja yang menjawat profesion perguruan. Dalam kita
mendidik murid-murid, kita hendaklah ikhlas menyampaikan ilmu kerana bermulanya
rasa ikhlas akan mengelakkan kita daripada melakukan salah laku atau menyalahi etika
perguruan. Dengan ini, setiap warga pendidik akan berasa bertanggungjawab demi
mengharumkan semula nama profesion perguruan yang dipandang rendah masyarakat
masa kini.
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 15/27
15
3.0 ISU PENDIDIKAN TERKINI DI MALAYSIA
Rajah 3.1 : Kosmo! 31 Januari 2014. (Artikel isu pendidikan terkini)
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 16/27
16
Guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang
dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Malah, guru turut
diperkatakan dalam keperluan pendidikan abad ke-21 yang akan menghadapi pelbagaiperubahan dan keperluan. Lemaire (2009) mendapati bahawa, guru-guru bukan sahaja
melalui perubahan tersebut, namun turut dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti kokurikulum,
menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program murid, mengurus kerenah dan
kebajikan murid serta tugas-tugas pengurusan. Bagi memenuhi tuntutan yang tinggi
dalam dunia pendidikan, guru-guru pula semakin berasa tertekan dalam menghadapi
pelaksanaan pelbagai reformasi dalam sistem pendidikan negara (Nobile & McCormick,
2005).
Artikel pilihan saya berkenaan isu pendidikan terkini dipetik daripada Kosmo!
yang bertajuk “Beban emosi dorong salah laku guru”. Pada pandangan saya, artikel ini
amat menarik kerana melaluinya saya juga mendapat beberapa info baru berkenaan
beban emosi guru. Daripada artikel di atas, kita dapat memahami bahawa kerjaya
Rajah 3.2 : Tugas-tugas guru yang semakin banyak. (Gambar Hiasan)
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 17/27
17
sebagai seorang guru adalah satu tugas yang amat mencabar. Ini adalah kerana, setiap
guru akan merasakan pelbagai jenis bebanan termasuklah beban emosi.
Beban emosi berlaku apabila seseorang terpaksa menyembunyikan
perasaannya yang sebenar, tetapi sebaliknya perlu menunjukkan perasaan yang
diperlukan oleh orang atau persekitaran yang dilaluinya. Dalam psikologi, ia dikenali
sebagai supresi emosi. Ia merupakan antara bentuk tekanan psikologi yang sangat
teruk. Misalnya, sekalipun mereka berasa sangat marah, mereka perlu tersenyum.
Perkara ini sangat kerap terjadi dalam kalagan guru khususnya apabila perlu
berhadapan dengan kepelbagaian ragam kanak-kanak. Oleh itu, antara faktor yang
menyumbang kepada tekanan emosi ialah :
Rajah 3.3 : Faktor yang menyumbang tekanan emosi guru di sekolah.
FaktorMenyumbangTekanan Emosi
Guru
bebanantugas
ibu bapa
muridpentadbirsekolah
perubahansistem
pendidikan
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 18/27
18
3.1 Bebanan tugas
Faktor yang pertama menyumbang kepada tekanan emosi guru adalah bebanan
tugas yang semakin bertambah. Ini diakui oleh Valli dan Buese (2007) dalam kajiannya
yang mendapati tugas guru telah semakin bertambah, diperluaskan, diinsentifkan serta
perlu memenuhi harapan masyarakat hingga memberi kesan stress terhadap guru.
Kajian Van dan Wagner (2001) turut mendapati faktor beban kerja merupakan
penyumbang utama terhadap stress guru. Masyarakat kini harus sedar bahawa tugas
guru bukanlah semata-mata di dalam bilik darjah untuk mengajar, membimbing dan
mendidik. Tugas guru hari ini turut merangkumi tugas di luar bilik darjah dan di luar
waktu persekolahan. Lemaire (2009) mendapati bahawa guru-guru terlalu dibebankan
dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti
aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program murid,
mengurus kerenah dan kebajikan murid serta tugas-tugas pengurusan.
Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan
bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan
pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran
sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan
pada hari minggu sehingga menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk
berehat dan bersama keluarga. Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan
dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu
Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak.
3.2 Ibu bapa
Faktor seterusnya adalah kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa murid
terhadap guru (Troman,2000), harapan yang tinggi daripada ibu bapa murid (Center
dan Steventon,2001) dan berurusan dengan ibu bapa murid (Rieg, Paquette dan
Chen,2007) merupakan satu cabaran yang harus ditempuhi oleh guru. Ibu bapa murid
sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan
kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun adakalanya, harapan ibu bapa
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 19/27
19
terhadap murid adalah tidak realistik (Center dan Steventon, 2001) hingga
menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres.
Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2010 yang mendapati bahawa 83%
daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu
bapa murid yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk
menjadikan anak-anak mereka sebagai murid yang cemerlang dalam akademik. Kajian
yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan
sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah
sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita
Harian bertarikh 23 Februari 2011 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan
mengukur kejayaan mutlak seseorang murid berdasarkan kecemerlangan akademik
semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti
kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi,
kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk
mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan
harapan ibu bapa dipenuhi.
3.3 Murid
Salah laku dan kerenah murid turut menjadi faktor tekanan emosi guru. Tingkah
laku murid di dalam kelas seperti kurang menghormati guru, kurang penumpuan di
dalam kelas, masalah disiplin, kurang bermotivasi dan tidak menyiapkan kerja sekolah
didapati telah menyebabkan guru berasa tertekan setiap kali memasuki kelas
(Fun,2008; Kim, 2006;Tang dan Yeung,1999; Montgomery dan Rupp,2005). Akibat
kerenah murid, guru sering keletihan dan tidak bersemangat untuk mengajar.Kesukaran yang dihadapi oleh guru dalam berhadapan dengan pelbagai kerenah murid
telah menyebabkan sebahagian guru mengalami burnout (Wai dan Kwok,1995).
Apabila guru berhadapan dengan murid yang bermasalah disiplin, maka mereka
akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan murid-murid sebegini sampai
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 20/27
20
guru tersebut berasa tertekan dengan keadaan tersebut dan bertindak dengan
mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah ini sehingga secara tidak sedar
kadangkala menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut. Kajian juga dijalankan
oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 20011 menunjukkan bahawa guru tidak
terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir murid yang kadangkala menyakitkan
hati.
Antara contoh perlakuan murid yang membangkitkan kemarahan guru
termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan
bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan
yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan disiplin murid. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang
pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal
fikiran yang waras.
3.4 Pentadbir sekolah
Aspek pihak pentadbir sekolah juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang
kepada tekanan emosi seseorang guru. Syed Ismail et. al (2010) juga turut menyatakan
bahawa, dalam bidang perguruan, faktor organisasi atau majikan adalah salah satu
punca berlakunya tekanan emosi dalam kalangan guru. Kepimpinan merupakan faktor
penentu produktiviti dan prestasi dalam kalangan pekerja dan organisasi secara
keseluruhan. Di sekolah, guru besar adalah orang yang paling berkuasa dan
menentukan iklim sekolah untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kepimpinan guru besar akan mencirikan budaya organisasi dan memberi pengaruh
kepada tingkah laku guru. Dapatan Chan dan Gurnam (2007) mendapati guru besar
yang mengamalkan satu gaya kepimpinan sahaja seperti autokratik akan menyebabkanguru terbeban dan menjadi stres. Terdapat beberapa situasi di sekolah rendah bandar
yang mendapati guru besar yang bersifat mengarah tanpa mengambil kira pandangan
guru-guru akan menyebabkan guru baharu yang ditempatkan di sekolah sukar
membina hubungan baik dengan pihak pentadbir. Keputusan-keputusan tentang
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 21/27
21
peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan
membangkitkan ketidakpuasan hati guru (Hamedah binti Wok Awang, 2004).
3.5 Perubahan sistem pendidikan
Faktor yang juga menyumbang tekanan emosi guru adalah Sistem Pendidikan di
Malaysia yang sentiasa berubah. Bagi guru baharu yang ditempatkan di sekolah, teori
yang dipelajari semasa di Institut perguruan adalah berbeza berbanding dengan situasi
sebenar di sekolah. Oleh sebab terdapat perubahan demi perubahan dalam sistem
pendidikan, maka ini telah memberi kesukaran kepada sebahagian guru untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan hingga wujudnya tekanan dalam menjalankan
tugas. Tekanan yang dihadapi ini seterusnya akan memberi kesan kepada emosi,
psikomatik dan fizikal guru (Nobile dan McCormick, 2005).
Justeru itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)
telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-
sekolah bagi mengambil alih tugas sosial terhadap murid yang sebelum ini terpaksa
dilaksanakan oleh guru-guru sendiri (Utusan Malaysia, 21 Jun 2009). Langkah yang
diambil ini adalah bertujuan bagi memastikan guru-guru dapat memberi sepenuh
komitmen kepada tugas-tugas mengajar. Sehubungan itu, guru-guru tidak terbeban
lagi dengan tugas-tugas luar seperti menguruskan hal-hal sosial murid yang
merangkumi aktiviti ko-kurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas. Ini
sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru. Walaubagaimanapun, cadangan
tersebut tidak dilaksanakan sehingga kini, malah banyak perubahan baru sistem
pendidikan yang semakin membebankan tugas guru.
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 22/27
22
4.0 TINDAKAN BAGI MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA TEKANAN EMOSI
Tekanan emosi boleh berlaku kepada sesiapa dan dimana-mana sahaja, namun
pada masa tertentu sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang boleh menyumbang ke
arah pembentukan emosi yang melampau atau stres. Sebagai bakal guru, saya perlu
berlatih untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyumbang
kepada stres supaya tidak terdedah kepada kesan-kesan negatif stres. Oleh itu, antara
tindakan yang boleh diambil bagi menghindarkan diri daripada tekanan emosi ialah :
4.1 Mengingati Allah
Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah sentiasa kembali kepada Pencipta
apabila dalam keadaan senang mahupun susah. Ini adalah kerana, setiap perkara
datangnya daripada ketentuan Allah yang ingin menguji setiap hambaNya sama ada
bersyukur atau kufur atas nikmat dan ujian yang diberi. Tekanan emosi juga merupakan
ujian buat para guru dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Setiap ujian yang
TINDAKAN
Mengingati Allah
Amalkan carahidup sihat
Mendapatkankaunseling
Penghargaankendiri
Pengurusanmasa
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 23/27
23
diberikan adalah supaya setiap hambaNya kembali menginsafi diri dan memohon
kepadaNya.
28. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka denganzikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Surah Ar-Ra’ d : 28)
Terdapat banyak cara untuk kita mengingati Allah, salah satunya adalah dengan
berzikir. Dengan berzikir, hati kita akan menjadi lebih tenang kerana pada ketika itu,
fikiran kita tidak terbeban dengan kerja-kerja dunia yang memenatkan fikiran. Dalam
berzikir juga, kita boleh menenangkan fikiran disamping membuat kerja-kerja yang
diberi. Selain berzikir, kita juga digalakkan membaca al-Quran atau mendengar bacaan
al-Quran melalui teknologi yang ada pada masa kini. Mendengar pembacaan al-Quranbukan sahaja boleh menenangkan fikiran, malah mengelakkan kita daripada
mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan tidak boleh membuatkan fikiran kita lebih
tenang.
Selain itu, kita juga digalakkan untuk selalu berdoa kepada Allah dalam apa
keadaan sekali pun. Doa adalah salah satu cara bagi kita untuk berkomunikasi dengan
Pencipta kita secara langsung. Oleh itu, ketika berdoa, kita hendaklah memohon agar
ditenangkan fikiran dan ditabahkan hati dalam menghadapi ujian yang diberiNya,
disamping mempercayai bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Ini adalah
kerana, Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak
termampu olehnya.
4.2 Amalkan cara hidup sihat
Tekanan emosi berasal daripada gabungan beban fikiran, fizikal dan hati.
Apabila fikiran tidak tenang, badan penat dan lemah serta hati yang sakit, maka akan
timbullah perasaan yang dikatakan sebagai tekanan emosi. Sebagai seorang pendidik,
kita hendaklah bijak mengurus kehidupan dari segi masa, amalan harian dan emosi. Ini
adalah kerana, menjadi seorang guru bermakna kita bukan lagi hanya menjaga diri
sendiri, akan tetapi kita juga bertanggungjawab menjaga anak didik kita seterusnya
menjadi role model kepada mereka. Maka, sebagai seorang guru, hendaklah
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 24/27
24
mengamalkan cara hidup yang sihat, antaranya ialah mengamalkan pemakanan yang
sihat dan seimbang. Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang
adalah merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Pemakanan yang tidak
sihat juga akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain
seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Disamping itu, kita hendaklah juga melakukan kegiatan luar seperti bersukan.
Kebanyakan orang sering mengatakan bahawa badan yang cerdas akan membentuk
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang menyihatkan seperti bersukan. Situasi akan lebih
menggembirakan jika kita meluangkan masa bersama keluarga beriadah. Selain
mendapat kesihatan yang baik, ikatan kekeluargaan juga bertambah erat dan kukuh.
4.3 Mendapatkan kaunseling
Setiap guru pasti mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kaunseling dan
apakah fungsinya kepada masyarakat. Guru juga mengetahui bahawa kaunseling
bukan sahaja dihadiri oleh orang yang bermasalah dari segi tingkah laku sahaja, malah
dihadiri oleh orang yang ingin berkongsi masalah yang dialami dan mencari jalan
penyelesaiannya. Secara ringkasnya, kaunseling adalah tempat perkongsian bagi yang
memerlukan. Secara ilmiahnya, kaunseling merupakan satu proses perhubungan atau
pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien yang menghadapi
masalah peribadi atau masalah lain dengan tujuan membantu dan membawa
perubahan tingkah laku klien.
Selain itu, sebagai seorang kaunselor yang professional, dia akan membantu
dengan sistematik berasaskan prinsip psikologi. Oleh itu, apa-apa permasalahan
seperti tekanan emosi juga merupakan salah satu bidang yang memerlukan bantuan
daripada kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian bersama. Keistimewaan
kaunseling juga adalah membantu dan membimbing klien menyedari dan mencari
kekuatan dan kelemahan diri mereka. Melalui cara ini, guru yang mengalami tekanan
emosi dapat mengubah gaya hidup serta pemikiran selain dapat mengembangkan
kebolehannya ke satu tahap yang maksimum. Justeru, kaunseling adalah pertolongan
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 25/27
25
yang professional yang bertujuan membantu individu memahami diri sendiri dan alam
sekelilingnya.
4.4 Penghargaan kendiri
Apabila menghadapi tekanan, kita seringkali lupa bahawa kita sebenarnya
mempunyai banyak cara untuk meredakan tekanan yang dihadapi. Bagi diri saya
khususnya, penghargaan kendiri adalah cara yang paling mudah dan seronok untuk
melupakan tekanan dan beban yang dihadapi walaupun sebentar. Pelbagai jenis
penghargaan kendiri boleh dilakukan mengikut minat masing-masing. Dalam perkataan
lain, penghargaan kendiri juga adalah hiburan diri sendiri. Menghiburkan diri adalah
cara yang sesuai dilakukan dalam waktu yang sekejap bagi kita untuk menghilangkan
tekanan. Luangkan masa rehat kita di pejabat dengan aktiviti yang sifatnya
menghiburkan diri sendiri seperti bermain game, mendengar muzik, menonton filem
atau apa-apa kegiatan lain yang dapat menghiburkan diri kita.
Walaubagaimanapun, kita hendaklah mengawal aktiviti-aktiviti ini agar tidak
sering dilakukan kerana ia boleh menyebabkan ketagihan seterusnya mengabaikan
kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan.
4.5 Pengurusan masa
Pengurusan masa adalah penting bagi seseorang guru lebih-lebih lagi bagi guru
yang telah berumahtangga. Ini adalah kerana, tugas guru pada masa kini bukan sahaja
mengajar murid dalam kelas sahaja, namun, guru juga dibebankan dengan kerja-kerja
pengkeranian yang lain disamping merancang pengajaran dan membuat bahan bantu
mengajar (BBM) yang akan dilaksanakan. Hal inilah yang menyebabkan guru semakin
tertekan sehingga mengalami tekanan emosi. Bagi melaksanakan pengurusan masa
yang baik, kita hendaklah mengenalpasti kerja harian kita mengikut keutamaan danmenetapkan satu jadual supaya dapat disiapkan mengikut keutamaan tanpa melengah-
lengahkannya.
Bagi seorang guru, tugas harian adalah merancang pengajaran, membuat BBM,
dan menyemak kerja murid. Maka, guru bolehlah merancang pengajaran harian,
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 26/27
26
membuat BBM pada hujung minggu dan menyemak kerja murid selepas waktu PdP.
Disamping itu, kita juga perlu mengenalpasti kerja yang tidak mendatangkan sebarang
faedah seperti gossip kosong dan perkara lain yang membazirkan masa. Ini adalah
kerana kita harus menggunakan masa yang ada bagi membuat kerja yang lebih
penting, seterusnya mengelakkan tekanan pada diri dengan kerja yang tertunda.
5.0 RUMUSAN
Konklusinya, tekanan emosi adalah salah satu keadaan yang akan dialami oleh
setiap insan sama ada guru ataupun tidak. Maka, kemahiran menangani tekanan emosi
hendaklah diketahui agar dapat mengawal diri daripada melakukan apa-apa perkara
negatif sama ada kepada diri sendiri atau orang lain. sebagai seorang guru, kita perlu
sentiasa menyediakan diri dengan ilmu semasa dan bersikap positif dengan cabaran
yang mendatang. Selain itu, kita juga perlu sentiasa ingat bahawa setiap perkara yang
berlaku ke atas diri kita mempunyai hikmahnya yang tersendiri, disamping sentiasa
berfikiran positif. Sekiranya kita bijak menguruskan emosi kita, ujian ini akan berakhir
dengan baik dan dapat dijadikan pengalaman yang mencabar dalam kehidupan
seharian kita. Seterusnya, dapat membantu masyarakat di sekeliling kita untuk
menguruskan tekanan emosi yang mereka dihadapi.
8/10/2019 assignment edu3093
http://slidepdf.com/reader/full/assignment-edu3093 27/27
Rujukan
Al-Quran Al-Karim.
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Noriati A. Rashid, Boon P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan AlamBelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Bernama. (6 Julai 2012). Larangan politik di sekolah. diambil dari Berita Harian:http://www2.bharian.com.my/articles/Larangpolitikdisekolah_/Article/ pada 21Ogos 2014
Bernama. (25 Mei 2010). Kakitangan awam tipu sijil cuti sakit . diambil dari BeritaHarian:http://www2.bharian.com.my/articles/45_000kakitanganawamtipusijilcutis
akit/Article/print_html pada 21 Ogos 2014
Deria. (3 November 2008). Guru-guru tiada di sekolah pada masa persekolahan.diambil dari Deria Kaca Mata, Profesionalisme Guru :http://deriakacamata.blogspot.com/2008/11/guru-guru-tiada-di-sekolah-pada-
masa.html pada 21 Ogos 2014
Humphrey, D.C.; Wechsler, M.; Bosetti; K.R. (2007). Teacher Induction in Illinois andOhio: a preliminary analysis. Commission by the Joyce Foundation, U.S.A.
Lemaire, J. (2009). Addressing Teacher Workload . Education, pp. 6.
Nobile, J. J. & McCormick, J. (2005).“Job Satisfaction and Occupational Stress inCatholic Primary Schools.” A paper presented at the Annual Conference ofthe Australian Association for Research in Education.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013) .Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia2013-2025, diakses dari http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-
pendidikan malaysia-2013-2025 , diakses pada 21 Julai 2014.
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, Muhamad Kushairi Jusoh. (2012). AsasKepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: FreemindHorizons Sdn. Bhd.
Raja Maria. (2011). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di KalanganGuru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh. Tesis Tidak Diterbitkan,
Open University Malaysia .Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Guru dan
Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
top related