assign biodiversiti_ind1.docx
Post on 15-Dec-2015
303 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
TUGASAN A: DIVERSITI DAN TABURAN TUMBUHAN DI KAWASAN KAJIAN
LAPANGAN
Air Papan, berkoordinat 2°30′59.26″N 103°50′5.6″E , merupakan sebuah pantai yang
terletak di Kampung Air Papan,Mersing, Johor, Malaysia. Terletak kira-kira 12 Km Utara
Mersing, pantai ini adalah popular di kalangan penduduk setempat terutama pada hujung minggu
dan cuti umum. Mereka boleh berenang di dalam air biru, bermain permainan di pantai yang luas
atau hanya duduk dan berehat di bawah naungan pokok-pokok di sepanjang tepian pantai. Dari
sini, pengunjung boleh melihat dengan agak jelas gugusan pulau-pulau seperti Pulau Besar ,
Pulau Rawa , Pulau Tioman dan Pulau Tengah, serta pulau-pulau kecil berdekatan seperti Pulau
Batu Gajah dan Pulau Setindan.
1
Sawah Padi di Air Papan, Mersing, Johor
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
Taburan Tumbuhan di Tanah Sawah Padi
Keladi Bunting(Eichornia crassipes)
Butang Baju (Hyptis capitata)
Rumput Sendayan (Rhynchospora corymbosa)
Keladi tikus (Typhonium flagelliforme)
Rumput Menerong (Cyperus Babakensis Steud)
Bandotan (Ageratum conyzoides)
Paku Rawan
(Limnocharis Flava (L.) Buchenau
Pokok Dukung Anak(Shatter stone)
2
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
Kampung Tajung Resang terletak di mukim Endau di dalam daerah Mersing, Johor Darul
Ta'zim. Di antara kampung-kampung lain yang berdekatan ialah Kampung Penyabong di
sebelah utaranya dan Kampung Air Papan di sebelah selatannya. Daya tarikan utama Tanjung
3
Belukar di Tanjung Resang, Endau, Johor
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
Resang adalah kawasan pantainya yang tenang serta kawasan hijau di persekitaran yang aman-
damai telah mengamit ramai untuk berkunjung ke sini.
PENGENALAN
4
Organisma Flora di Tanah Belukar
Senduduk (Melastoma)
Paku-pakis
(Fern)
Lalang ( Imperata cylindrical)
Pokok Gelenggang (Cassia Alata)
Pokok Kemunting
( Rhodomyrtus tomentosa)
Periuk Kera (Pitcher Plant)(Nepenthes spp)
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
Hidupan tidak akan dapat hidup bersendirian kerana ia dipengaruhi oleh persekitarannya
sama ada benda hidup atau benda bukan hidup. Pada umumnya, faktor-faktor yang dapat
mempengaruhi tumbuh-tumbuhan dari segi sifat taburan, jenis, kepadatan, ketinggian tumbuhan
adalah terdiri daripada iklim dan cuaca iaitu cahaya matahari, suhu, hujan dan angin, batuan dan
tanah tanih, bentuk muka bumi dan aktiviti manusia.
IKLIM DAN CUACA
Taburan tumbuh-tumbuhan berbeza di kawasan iklim yang berlainan. Di antara unsur-unsur
iklim dan cuaca yang paling ketara berkesan dalam mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan
semula jadi ialah cahaya matahari, suhu, hujan dan angin.
a) Cahaya matahari
Tumbuh-tumbuhan sangat memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan atau
klorofil melalui proses fotosintesis. Banyak atau sedikit cahaya matahari dapat
menentukan pertumbuhan samada tumbuhan besar dan tinggi atau kecil dan rendah.
Keadaan tumbuhan dalam kawasan belukar adalah tebal, padat, banyak spesies, tinggi
atau besar dan dapat melindungi permukaan bumi, menyebabkan tumbuh pokok yang
memanjat dan melilit untuk mendapatkan cahaya matahari dengan menumpang tumbuh-
tumbuhan yang lebih tinggi. Oleh kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi ke
permukaan bumi, maka kadar kelembapan permukaan juga agak tinggi.
Terdapat beberapa spesies tumbuhan di sawah tumbuh dengan subur dalam keadaan yang
panas. Setelah musim penuaian padi, sawah menjadi kurang berair dan banyak kelihatan
rumput yang tumbuh subur di tapak sawah padi yang terdedah dengan cahaya matahari
yang terik. Antaranya ialah rumput sedayan, rumput menerong, bantodan, rumput butang
baju , keladi bunting, keladi tikus dan paku rawan.
b) Suhu
5
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
Suhu merupakan unsur penting dalam menentukan taburan tumbuhan. Tumbuhan tidak
boleh hidup dalam keadaan suhu yang terlampau panas atau terlalu sejuk. Berbanding
dengan sesetengah kawasan gurun dan kawasan kutub yang keadaan suhu telah menghadkan
pertumbuhan, Malaysia yang terletak di kawasan tropika memiliki min suhu bulanan tidak
kurang daripada 18oC. Keadaan suhu ini adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok-pokok
kumpulan megaterma. Tumbuhan yang berbeza mempunyai reaksi yang berbeza terhadap
perubahan variasi suhu. Terdapat tumbuhan yang akan berbunga sekiranya suhu sebelah
malam adalah rendah.
c) Hujan
Hujan merupakan unsur paling penting dalam mempengaruhi taburan dan jenis tumbuh-
tumbuhan kerana hujan dapat mengimbangkan bekalan air untuk pertumbuhan pokok, proses
fotosintesis dan osmosis. Corak taburan tumbuh-tumbuhan bergantung juga kepada jumlah
hujan yang diterima di kawasan itu dan jangka masa tersebut, samada bermusim atau
sepanjang tahun. Jumlah hujan dapat mempengaruhi kelembapan tanah-tanih untuk tumbuh-
tumbuhan. Kawasan –kawasan tanah yang lembab dan kering ditumbuhi oleh jenis tumbuh-
tumbuhan yang berbeza. Ini bergantung kepada adaptasi tumbuh-tumbuhan tersebut dengan
kelembapan tanah di sesuatu kawasan.
Sesetengah tumbuh-tumbuhan hidup dalam air. Misalnya, terdapat tumbuhan akuatik yang
tumbuh secara berterusan atau bermusim di sawah padi. Kebanyakan tumbuhan akuatik
hidup dengan keseluruhan tumbuhannya tenggelam di dalam air atau terapung di atas air. Air
juga berperanan sebagai sarana penyebaran di mana benih tumbuhan dapat terangkut dan
berpindah tempat dengan menggunakan media aliran air.
d) Angin
Angin juga memainkan peranan penting dalam menentukan taburan jenis tumbuh-tumbuhan.
Ini dapat dilihat berdasarkan kesan angin ke atas kawasan tumbuh-tumbuhan. Angin kencang
dapat menyebabkan bentuk pokok dengan merosakkan daun, ranting , dahan dan batang
pokok tersebut. Di tepi laut, angin boleh membawa banyak garam dan ini boleh menghalang
pertumbuhan pokok. Oleh itu, pokok-pokok yang tumbuh di kawasan belukar berhampiran
dengan laut dan sering mengalami tiupan angin kencang beradaptasi supaya berdaun halus
6
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
seperti jarum dan berbatang halus, tidak banyak ranting dan dahan . Selain itu, angin juga
memainkan peranan untuk menyebarkan biji benih tumbuh-tumbuhan. Contohnya, pokok
dandelion yang tumbuh di kawasan belukar bergantung kepada angin untuk menyebarkan
benihnya.
TANAH-TANIH
Secara umumnya, sifat tanah-tanih yang berbeza menghasilkan tumbuhan yang berlainan.
Hal ini demikian kerana tanah-tanih menentukan kadar simpanan air, zat galian dan keupayaan
akar-akar dapat mecengkamnya. Kawasan yang tanahnya menyimpan nutrisi dan subur dapat
menampung tumbuh-tumbuhan yang padat, manakala tanah yang tidak akan ditumbuhi belukar,
rumput dan lalang iaitu tumbuhan yang rendah sahaja.
Struktur tanah juga dapat menentukan kadar serapan air atau keporosan tanah-tanih.
Misalnya tanah sawah padi yang merupakan tanah liat dapat menyimpan air banyak menolong
perkembangan tumbuh-tumbuhan jenis hidrofit.
AKTIVITI MANUSIA DAN HIDUPAN LAIN
Aktiviti manusia boleh meninggalkan kesan terhadap perubahan pola tumbuh-tumbuhan
semula jadi. Tindakan manusia ke atas tumbuh-tumbuhan seperti pembukaan tanah untuk
pertanian, penternakan, pembinaan jalan raya, penempatan dan pembalakan mempunyai kesan ke
atas kemusnahan tumbuh-tumbuhan. Kawasan yang bebas dari aktiviti sebegini akan ditumbuhi
dengan hutan belukar dan hal demikian mengubah taburan tumbuh-tumbuhan.
Persaingan di antara tumbuh-tumbuhan itu sendiri di mana tumbuhan besar yang tumbuh
dan terus berkembang dan membiak akan menyingkirkan tumbuhan yang kecil yang tumbuh
sebelum itu. Di habitat sawah padi, terdapat banyak rumpai yang tumbuh dan keadaan ini telah
menimbulkan masalah kepada manusia. Kitar hidup rumpai yang singkat membolehkan rumpai
menghasilkan biji-biji dalam jumlah yang besar. Biji-biji yang terlindung akan bercambah
apabila keadaan sesuai. Sistem perakaran yang baik pada rumpai membolehkannya menyerap
nutrisi dan air dengan banyak. Ia menyebabkan kemerosotan hasil pertanian serta menimbulkan
masalah-masalah lain dalam kehidupan manusia.
7
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
TUGASAN B: KITAR HIDUP BEBERAPA SPESIES TUMBUHAN YANG
UTAMA DI KAWASAN KAJIAN LAPANGAN
1) PAKU PAKIS
Paku pakis ialah tumbuhan vaskular tidak berbiji yang tergolong bersama pakis yang lain
dalam alam tumbuhan yang digelar Pteridophyta. Ia mempunyai batang, pelepah, anak-daun
pertama dan akar seperti tumbuhan vaskular yang lain. Ia berbeza daripada tumbuhan berbiji
(gimnosperma dan tumbuhan berbunga) iaitu ia tiada bunga atau biji benih, dan membiak
melalui spora. Ia mempunyai banyak persamaan dengan lumut dan alga tetapi berbeza dengan
tumbuhan ringkas itu dengan adanya xilem dan floem untuk pengangkutan air dan bahan
makanan.
Tumbuhan paku–pakis (pteridofit) merupakan vegetasi dan tumbuhan dedaun. Ia
merupakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciri–ciri khas iaitu pada pucuk daun muda
terdapat satu gelungan tali yang dikenali sebagai krozier. Ciri lain yang nyata ialah kesemua
paku–pakis menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium. Sporangium ini berkumpul
membentuk tompok–tompok di bahagian hujung, permukaan ataupun tepi daun. Kumpulan
sporangium ini dikenali sebagai sorus. Susunan dan bentuk sorus berbeza–beza bergantung
kepada spesies paku–pakis t ersebut.
Secara amnya, tumbuhan paku–pakis dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu
paku–pakis primitif yang berstruktur ringkas (fern–allies) dan paku-pakis sejati (true–fern). Pada
paku–pakis primitif akarnya hanya berupa rizoid (cth. Psilotum), berbatang kecil dan umumnya
berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga dapat membantu proses fotosintesis dan
daunnya hanya berupa sisik dengan satu vena daun sahaja. Manakala pada paku–pakis sejati,
pembahagian antara akar, batang dan daun tampak jelas. Ketiga–tiga organ tersebut telah
mencapai kesempurnaan yang tinggi.
8
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
KITAR HIDUP PAKU PAKIS
1. Spora yang dihasilkan di bawah pelepah dalam kelompok sporangia dipanggil sori
2. Spora menjalani meiosis, tersebar oleh angin dan bercambah di tanah lembap untuk
membentuk prothallus.
3. Prothallus bermula peringkat Gametophyte
4. Gametophytes Pasangan adalah kecil, berbentuk jantung struktur yang tinggal hanya
masa yang singkat
5. jantan antheridia dan betina archegonia berkembang pada prothalli
6. Sperma mesti berenang ketelur untuk menyuburkan dan membangun embrio menjadi
generasi Sporophyte
7. Baru membentuk pelepah dipanggil fiddleheads dan meluruskan
9
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
CARA PEMBIAKAN PAKU PAKIS
Pembiakan paku pakis melalui spora yang terbentuk di bahagian bawah daun atau batang.
Spora adalah struktur pembiakan halus yang berbentuk bulat, pipih dan sebagainya dan mampu
terbang dibawa angin sejauh beberapa meter. Paku pakis tidak mempunyai biji bernih, ia perlu
membiak bergantung kepada spora.Tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora. Spora
tersembunyi dalam sporangia.Apabila spora matang asporangia akan pecah, spora akan ditiup
oleh angin ke tempat lain. Tumbuh tumbuhan baru akan bercambah apabila spora jatuh pada
basah, gelap dan bernutrisi
Terdapat pelbagai bentuk spora, antaranya bulat, pipih (monolete), segitiga (trilete) dan
sebagainya. Untuk melihat struktur spora tersebut, mikroskop elektron pengiaman (Scanning
Electron Microscope) digunakan.
Sporangium pula merupakan kapsul yang berbentuk kanta dwicembung. Dinding
sporangium terdiri daripada satu atau beberapa lapisan sel, kecuali pada bahagian tepinya
terdapat suatu lapisan sel berdinding tebal yang mengelilingi sebahagian kapsul yang dinamakan
anulus. Pada bahagian hujung lingkaran terdapat satu kumpulan sel yang pipih yang dikenali
sebagai stomium. Apabila sporangium masak sel stomium akan pecah dan membebaskan spora
yang terdapat di dalamnya.
Sorus merupakan satu untaian (nama khasnya spika) seperti yang ditemui pada
Ophioglossum, atau berbentuk garis panjang seperti pada genus Pteris atau yang bulat seperti
genus Phymatodes. Kedudukan dan susunan sorus amat penting kerana ia bakal menentukan
genus dan spesies paku–pakis.
10
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
2. POKOK KELADI BUNTING
Keladi Bunting atau nama saintifiknya, Eichomia crassipes merupakan sejenis tumbuhan
akuatik yang begitu popular. Ia juga dikenali sebagai orkid air atau Water Hyacinth. Ia sejenis
tumbuhan yang terapung dan dikatakan dapat membiak dengan cepat dalam tempoh 12 hari.
Tumbuhan ini terdapat dalam pelbagai saiz dari beberapa sentimeter kepada beberapa meter
dalam ketinggiannya. Daunnya hijau berkilat, berbilah keras sehingga 20 cm panjang dan 5 – 15
cm lebar yang terpaut pada petiole (tangkai daun), batang tangkai yang menyambungkan daun di
mana ianya bersifat lembut dan mengembang. Kebanyakan tumbuhan ini berwarna gelap,
bercabang, mmepunyai akar yang berserabut yang mudah berayun di dalam air. Bunganya
seakan orkid dan mempunyai 6 kelopak yang berwarna ungu-kebiruan atau merah jambu
keputihan yang berhubung di bahagian asas untuk membentuk tiub yang pendek. Ia berkembang
melalui terminal/laluan yang longgar dan kecil dengan mengeluarkan bunga berwarna ungu-
kebiruan yang bercahaya. Setiap kelopak menghasilkan satu pigmen yang berwarna kuning.
Buahnya berbentuk kapsul tiga-sel yang mengandungi biji yang kecil dan berjalur banyak. Ia
amat sesuai membiak di kawasan berair atau keadaan berlumpur.
Kebiasaanya, pokok ini akan terapung-apung di atas air dengan menggunakan bahagian
tangkai daun yang bunting dan mempunyai udara di dalamnya. Sekali pandang batang daunnya
tidak ubah seperti pelampung. Bagi mereka yang suka kepada hiasan laman, pokok keladi
11
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
bunting mempunyai keunikkan yang tersendiri. Ia sesuai diletakkan di dalam kolam kecil,
tempayan atau pasu besar.
Selain digunakan sebagai hiasan, daun batang keladi bunting juga sering dijadikan bahan
makanan untuk penternakan haiwan seperti lembu dan kambing. Terkini, daun dan batang
tumbuhan ini juga dijadikan makanan untuk penternakan ikan termasuk ikan hiasan.
HABITAT
Keladi Bunting membiak secara meluas di pelbagai jenis tanah yang lembap seperti
kawasan tasik, sungai, kolam, laluan air dan parit. Keladi Bunting mendapat nutriennya secara
langsung dari air. Ia lebih mudah membiak dengan banyak dalam air yang diperkaya dengan
nutrien. Populasi tumbuhan baru seringkali terbentuk dari tumbuhan induk yang berakar dan
bergerak bersama angin serta membantu menyumbang kepada penyebaran secara meluas.
Tumbuhan yang berkait membentuk gumpalan yang tumpat di dalam air dan lumpur.
Di Barat Laut Pasifik, keladi bunting di tanam di luar rumah dalam kotak atau akuarium,
tetapi ianya tidak tahan/lasak sewaktu musim sejuk kecuali di bawah keadaan yang terjaga.
Sistem akar Keladi Bunting yang berakar serabut menyediakan habitat bersarang untuk serangga
dan invertebrate (haiwan yang tidak bertulang belakang). Daun yang berbilah dan petiole
kadangkala digunakan oleh burung akuatik. Walaubagaimanapun, apa sahaja manfaat yang
dihasilkan oleh tumbuhan ini terhadap hidupan liar sangat dipengaruhi oleh ancaman
persekitaran oleh spesies yang berbahaya ini.
12
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
KITAR HIDUP KELADI BUNTING
Berikut merupakan penerangan kitaran hidup Keladi Bunting di Amerika Barat. Pada
musim bunga, tumbuhan ini dapat menahan musim sejuk. Ia memulakan tumbesaran dengan
menghasilkan tumbuhan baru. Tumbuhan ini secara perlahan bertambah bilangan saiznya semasa
musim bunga dan musim panas sehingga mencapai biojisim maksimum pada bulan September.
Apabila tumbuhan mula tumbuh mekar dan banyak, serta menjadi bersesakan kebanyakan daun-
daun di bawah layu disebabkan oleh teduhan kerana tidak mendapat cahaya matahari. Keladi
Bunting tumbuh mekar pada lewat musim panas dan awal musim sejuk. Bijinya terbentuk di
dalam bunga yang tenggelam dan layu.
Pada lewat musim luruh, sebahagian daun yang lama mula layu dan pada bulan Januari
kebanyakan tumbuhan ini sudah mengalami proses yang terakhir iaitu fasa layu dan mati.
Pembiakan pada tapak baru bermula dengan tumbuhan kecil pada tumbuhan yang mempunyai
ketumpatan yang rendah. Tumbuh-tumbuhan ini bertambah bilangan dan ketumpatannya tanpa
bertambah dari segi saiznya sehingga mereka menghasilkan tapak yang baru. Apabila tapak yang
matang dan lebih tumpat terbentuk, saiz individu tumbuhan terus bertambah tetapi
ketumpatannya berkurang disebabkan oleh persaingan sesama spesies.
13
BBR26303 – BIODIVERSITI DAN ADAPTASI
PEMBIAKAN
Keladi Bunting membiak secara aseks dari biji dan vegitatif secara bertunas dan
pembiakan stolon. Pembiakan vegitatif ialah pembiakan secara aseks dalam tumbuhan. Ia tidak
melibatkan bunga, biji dan persenyawaan. Tumbuhan baru tumbuh dari bahagian vegitatif seperti
batang dari tumbuhan induk. Kebiasannya, ia membiak dari batang yang melibatkan putik bunga.
Selain daripada menghasilkan cabang, putik bunga tumbuh membentuk tumbuhan yang
sempurna. Ia tidak melibatkan gamet. Tumbuhan baru tumbuh dari bahagian-bahagian yang
terdapat pada tumbuhan induk.
Tumbuhan baru bercambah dari stolon (batang yang kecil dan lembut, yang mula
bercambah untuk menghasilkan tumbuhan baru) dan masa penggandaan telah dicatat sehingga 6
– 18 hari. Bijinya boleh bercambah dalam masa beberapa hari atau kekal tidak aktif selama 15 –
20 tahun. Seringkali ianya tenggelam dan kekal tidak aktif sehingga tiba musim kemarau.
Apabila musim banjir melanda semula, bijinya akan bercambah dan memperbaharui kitaran
tumbesarannya.
14
top related