artikel geo
Post on 02-Jan-2016
104 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Tajuk Artikel : Sampah Jejas Mutiara Jaya
Pengarang : Mohamad Danial Mohamad Saad
Tarikh Artikel : 13/06/2011 (Isnin)
Sumber : Berita Harian
A. Ulasan Artikel
Lebih kurang 2000 penduduk Rumah Pangsa Mutiara Jaya,Puteri Gunung di
Simpang Ampat terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa kerana bau busuk
daripada longgokan sampah yang berdekatan denggan tempat kediaman
mereka.Selain berbau busuk ,sampah sarap juga bertaburan di laluan masuk ke
rumah pangsa berkenaan dan ini satu perkara yang memalukan.
Hanya empat tong sampah yang disediakan dan ada yang rosak.Ini tidak
dapat menampung keperluan penduduk yang bilangannya ramai.Tapak tersebut
juga menjadi tempat pembuangan sampah daripada pasar malam yang
berhampiran.Keadaan juga bertambah teruk kerana jadual kutipan sampah tidak
berjalan dengan lancar mengikut jadual.Ini menyebabkan sampah sarap bertambah
banyak setiap hari.Lambakan sampah yang banyak pula menjadi sasaran haiwan
liar khususnya anjing.
Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) En.Harun Zakaria,
beberapa aduan telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai
tetapi tiada tindakan susulan malah MPSP cuba mengelak dengan pelbagai
alasan.Penduduk menggesa agar pihak MPSP mengambil tindakan segera kerana
bilangan tong sampah yang ada tidak mencukupi.Tambahan pula ,tempat tersebut
turut digunakan oleh peniaga pasar malam.Mereka berharap supaya kemudahan
tersebut dapat dipertingkatkan kerana tidak sanggup lagi menghidu bau busuk
sepanjang hari.
Mengikut keterangan En.Khairul Azman Abd Manan yang sudah tinggal 11
tahun di tempat berkenaan, kontraktor yang dilantik oleh MPSP hanya mengutip
sampah yang ada di dalam tong sampah sahaja.Manakala sampah sarap yang
bertaburan dibiarkan begitu sahaja.Pengutip sampah hanya mengambil sampah
yang ‘berharga’ sahaja dan ini mengecewakan penduduk di situ .Menurut penduduk
di situ,ada di kalangan mereka menghidap demam denggi , kerana tempat
longgokan sampah tersebut menjadi sarang pembiakan nyamuk.Jabatan Kesihatan
pula hanya datang membuat semburan sahaja.
B. Ulasan Peribadi
Isu sampah sarap yang tidak dikutip oleh pihak berkuasa tempatan bukanlah
perkara biasa khususnya di bandar.Perkara ini sudah lama berlarutan dan seolah-
olah tidak ada penamatnya.Masalah sampah sarap yang tidak dikutip dan bilangan
tong sampah yang tidak mencukupi merupakan masalah lumrah kawasan
perumahan di bandar seluruh Malysia.
Sebenarnya pihak berkuasa tempatan tidak boleh dipersalahkan seratus
peratus.Ada faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah tersebut.Walau
bagaimanapun memang tidak dapat dinafikan bahawa kegagalan pihak berkuasa
tempatan dalam menjalankan tugas merupakan faktor utama dalam masalah
ini.Inilah masalah yang dihadapi oleh penduduk di Rumah Pangsa Mutiara Jaya
apabila Majlis Perbandaran Seberang Perai gagal mengutip sampah secara
berjadual.Masalah sampah yang bertaburan tidak akan berlaku jika kerja mengutip
sampah dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua hari .Bilangan tong
sampah yang tidak mencukupi juga menjadi faktor kepada masalah sampah sarap
yang bertaburan.Jika tong sampah yang disediakan mencukupi,sudah tentulah ia
boleh menampung keperluan penduduk yang ramai .
Sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab juga merupakan salah satu
faktor kepada masalah sampah sarap. Sikap membuang sampah di luar tong
sampah merupakan penyumbang utama kepada masalah sampah sarap yang
bertaburan.Sepatutnya mereka mencari inisiatif lain bagaimana untuk membuang
sampah mereka.Sikap para peniaga yang menggunakan jalan mudah dengan
membuang sampah di tempat kediaman penduduk juga turut menyumbang kepada
masalah ini.
Semua pihak harus berkerjasama untuk mengatasi masalah ini.Pihak
berkuasa tempatan mestilah sentiasa memantau keperluan penduduk khususnya di
tempat kediaman yang mempunyai ramai penduduk.Dengan melakukan
pemantauan yang kerap, mereka akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh
penduduk .Pihak berkuasa tempatan juga harus menyediakan tong sampah di setiap
pasar malam supaya mereka tidak akan membuang sampah di tempat lain.Masalah
yang dihadapi oleh penduduk di Rumah Pangsa Mutiara Jaya tidak akan berlaku jika
Majlis perbandaran Seberang Perai menyediakan tong sampah yang mencukupi dan
menggantikan tong sampah yang telah rosak.Para peniaga dan penduduk juga
harus mengutamakan kebersihan dan janganlah membuang sampah sesuka
hati.Sikap menyalahkan pihak lain merupakan satu sikap yang tidak baik.
Akhir sekali,kerajaan seharusnya mengambil langkah-langkah yang wajar
untuk mengatasi masalah ini.Kerajaan haruslah memastikan kerajaan tempatan
menjalankan tugas dan peranan mereka dengan baik demi kebaikan penduduk yang
tinggal dibandar.Keperluan kemudahan tong sampah haruslah disediakan oleh
syarikat-syarikat yang membina rumah kediaman untuk meringankan beban yang
ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan.Ini dapat dilakukan jika kerajaan
memasukkan syarat ini dalam setiap projek pembinaan rumah kediaman .Apa yang
penting ialah kesedaran penduduk menjaga kebersihan alam sekitar.Walaupun apa
sebabnya,jika masyarakat mementingkan kebersihan perkara yang berlaku di
Rumah Pangsa Mutiara Jaya tidak akan berlaku.
Tajuk Artikel : Sungai Tupai Punca Banjir Kilat
Pengarang : Yahya Awang
Tarikh artikel : 21/06/2011 (Selasa)
Sumber : Berita Harian
A. Ulasan Artikel
Menurut Berita Harian,kira-kira 100 keluarga di Kampung Tupai Emas dan kampung
Ulu Tupai serta penduduk berhampiran di sekitar Tupai dan Poko Asam dihantui
kebimbangan ekoran banjir kilat yang sering berlaku apabila hujan lebat.Banjir kilat
ini berlaku kerana Sungai Batu Tuguh atau dikenali juga Sungai Tupai semakin
cetek.
Kerja meratakan tanah bukit di kawasan berhampiran menyebabkan keadaan
bertambah buruk kerana tanah lumpur merah turut masuk ke dalam sungai
berkenaan.Lumpur tersebut dikatakan melimpah ke kawasan kampung dan
beberapa kawasan perumahan termasuk rumah penduduk di sekitar Tupai dan
Pokok Asam.
Menurut keterangan penduduk dari kawasan berkenaan,banjir kilat kerap
berlaku sejak sungai itu menjadi cetek.Kerja meratakan tanah untuk projek
perumahan pula menyebabkan banjir lumpur kerap berlaku.Penduduk di kawasan
berkenaan juga berharap agar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau agensi
berkenaan dapat mendalamkan sungai berkenaan.Mereka percaya sekiranya sungai
tersebut didalamkan dan dibersihkan , banjir kilat atau banjir lumpur tidak akan
berlaku di kawasan berkenaan.
Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Ramesh,mengatakan sistem
pengairan longkang di taman perumahan yang sering tersumbat juga menjadi
punca banjir kilat.Masalah yang sebenarnya merunsingkan para penduduk di
kawasan berkenaan ialah masalah pengairan dan longkang yang tersumbat.Oleh itu
mereka berharap agar penstrukturan semula longkang serta kerja membersihkan
dan mendalamkan parit perlu dilaksanakan .
Perkara ini menyebabkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping(MPT)
bersama dengan Ahli Majlis dan kakitangan MPT melawat tempat berkenaan untuk
mencari punca sebenarnya banjir kilat di Pokok Asam dan kawasan sekitarnya.Hasil
tinjauan mendapati pembangunan tambahan tanah perkuburan menyebabkan
hakisan tanah berlaku.Pihak MPT akan merujuk perkara tersebut kepada pihak
berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
B. Ulasan Peribadi
Sejak kebelakangan ini banyak berlaku banjir kilat di negara kita khususnya di
kawasan yang pesat membangun dan padat dengan kawasan petempatan.Banjir
kilat berlaku apabila sungai ataupun longkang tidak dapat menampung jumlah air
yang banyak.Ini menyebabkan air lebihan akan melimpah keluar dan membanjiri
kawasan sekitarnya dalam masa yang singkat.
Salah satu punca utama banjir kilat ialah keadaan sungai yang menjadi
semakin cetek. Perkara ini berlaku apabila sungai dipenuhi tanah ataupun pasir
yang menyebabkan aliran air boleh tersekat dan dipenuhi oleh sampah sarap bila
berlaku hujan lebat.Apa yang berlaku di Sungai Tupai merupakan salah satu bukti
kepada punca banjir kilat.Projek pembangunan yang dibuat berhampiran dengan
sungai merupakan penyumbang utama kepada punca tanah dan pasir yang masuk
ke dalam sungai.Apabila kerja meratakan tanah atau membersihkan hutan
dijalankan bagi tujuan pembangunan,tanah akan terdedah dan mudah dihakis
terutamanya oleh air .Bila berlaku hujan lebat, struktur tanah yang lemah akan
mudah dihakis oleh air yang mengalir .Seterusnya tanah atau pasir akan mengalir
masuk ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek.
Selain daripada itu,banjir kilat yang sering berlaku di kawasan perumahan
pula berpunca dari sistem perparitan yang lemah dan tidak diselenggara dengan
baik oleh pihak-pihak yang berkenaan.Parit atau longkang yang tersumbat,sempit
dan tidak dalam menyebabkan air tidak mengalir dengan lancar.Apabila berlaku
hujan lebat,air akan melimpah keluar dan membanjiri kawasan perumahan.
Bolehlah dikatakan bahawa banjir kilat ini sebenarnya berpunca daripada
tindakan manusia yang mengubah permukaan bumi sehingga air tidak dapat
mengalir dengan lancar.Tindakan manusia ini kerana keinginan untuk mengecapi
pembangunan dan kemajuan hidup.Oleh itu untuk mengatasi masalah ini,kajian
perlu dibuat secara terperinci sebelum memulakan sebarang aktiviti pembangunan
di sepanjang atau berhampiran sungai.Adalah lebih baik jika kawasan yang
berhampiran tebing sungai tidak dimajukan untuk tujuan pembangunan ataupun
pertanian.Walau bagaimanapun jika kerja-kerja membersihkan sungai kerap
dijalankan, masalah banjir kilat ini dapat diatasi.Oleh itu,sepatutnya Jabatan
Pengairan dan Saliran menggandakan usaha memantau sungai-sungai yang berisko
menyebabkan banjir kilat.
Projek perumahan pula harus dilengkapi dengan sistem perparitan yang
baik.Kerajaan melalui agensi berkenaan haruslah meletakkan syarat yang ketat agar
parit atau longkang yang dibuat dapat menampung jumlah air yang banyak ketika
hujan lebat.Majlis Berkuasa Tempatan pula haruslah peka dengan aduan orang
ramai dan mengambil tindakan segera bila mendapat aduan .Selain itu,punca parit
tersumbat ini juga disebabkan oleh sikap orang ramai yang membuang sampah ke
dalam parit dan mengharapkan pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan parit
tersebut.Orang ramai juga harus bertanggungjawab memastikan parit di tempat
kediaman mereka bersih dari sampah sarap.Pendek kata semua pihak haruslah
berkerjasama dan bertanggungjawab untuk mengatasi masalah banjir kilat dan
bukannya saling tuduh menuduh antara satu sama lain.
Tajuk Artikel : Lambakan Lelaki di Pahang
Pengarang : Rosli Abdul Jalil
Tarikh artikel : 21/06/2011(Selasa)
Sumber : Berita Harian
A. Ulasan artikel
Berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan
Awal Banci Penduduk dan Perumahan Tempatan 2010 oleh Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),menunjukkan bilangan lelaki di
beberapa negeri terbabit termasuk Pahang lebih ramai berbanding
perempuan.Nisbah yang tidak seimbang ini menimbulkan fenomena ‘marriage
squeeze’,iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan
tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.
Bilangan lelaki dalam usia perkahwinan 20 hingga 34 tahun ialah 198,600
orang berbanding bilangan perempuan pula hanya 188,900 orang .Manakala nisbah
113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 di Pahang.Ini melebihi paras
normal,iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.
Menurut Ketua Pengarah LPPKN,Datuk Aminah Abdul
Rahman,ketidakseimbangan yang berlaku di Pahang akan memberi kesan dari segi
persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.Masalah tersebut turut
memberi kesan kepada sektor pekerjaan dan juga intitusi kekeluargaan pada masa
akan datang.
Tiga punca utama yang dikenal pasti menyebabkan keadaan
tersebut.Pertama,penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan secara
selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pasangan
dan ini turut menyumbang kepada isu lelaki kahwin lewat.Yang kedua,kadar
kelahiran bayi lelaki lebih banyak iaitu 13,232 berbanding 12,279 bagi bayi
perempuan pada 2008.Ketiga,berpunca daripada kemasukan pekerja asing yang
menambah bilangan lelaki dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat
tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.
B. Ulasan Peribadi
Masalah ketidakseimbangan bilangan lelaki melebihi bilangan perempuan
merupakan masalah baru khususnya di Malaysia.Sebelumnya ini,kajian mendapati
bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki sehingga menimbulkan
kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya perempuan kerana sukar untuk
mendapatkan pasangan.
Antara faktor yang menyebabkan bilangan lelaki lebih ramai berbanding
perempuan di Pahang ialah kadar kelahiran bayi yang tinggi berbanding bayi
perempuan.Ini mungkin disebabkan oleh keinginan setiap pasangan untuk
mendapatkan bayi lelaki lebih tinggi sebelum ini.Oleh itu setiap pasangan akan
berusaha sama ada dengan kaedah moden atau tradisional untuk mendapatkan bayi
lelaki.Masalah ini turut berlaku kerana pada masa kini lebih ramai perempuan
berminat menceburi bidang kerjaya yang diminati.Ini menyebabkan ramai
perempuan berhijrah ke tempat lain untuk mengejar peluang perkerjaan yang
diidamkan.Namun kemasukan pekerja asing juga menyumbang kepada bilangan
lelaki yang ramai berbanding perempuan.Kita sedia maklum bahawa Malaysia
merupakan tumpuan pekerja asing mendapatkan peluang pekerjaan sama ada di
sektor pembinaan ataupun pertanian.Kebanjiran mereka ini memberi kesan kepada
bilangan lelaki yang sedia ada.
Bilangan lelaki yang banyak berbanding perempuan ada baik dan
buruknya.Dari segi ekonomi,perkara ini akan menyediakan tenaga kerja yang
mencukupi khususnya bidang yang tidak sesuai untuk perempuan seperti kerja
pembinaan.Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kemasukan pekerja asing
ke Malaysia pada masa akan datang.Walau bagaimanapun akan menimbulkan
masalah dari segi sosial kerana persaingan akan menjadi semakin sengit khususnya
untuk mendapatkan pasangan hidup.Pada masa kini pun terdapat kes yang
dilaporkan dalam akhbar berkenaan kes bunuh kerana berebut perempuan.
Tajuk Artikel : Parang Jadi Teman Tidur
Pengarang : Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
Tarikh Artikel : 9/06/2011(Khamis)
Sumber : Berita Harian
A. Ulasan Artikel
Menurut Berita Harian,segelintir penduduk di Taman Semarak tidur bersama dengan
parang kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.Kebimbangan ini disebabkan
jarak asrama pekerja asing hanya 50 meter sahaja dari taman perumahan
mereka.Kumpulan pekerja Vietnam,Bangladesh dan Nepal yang seramai lebih 3,700
itu dikatakan jarang mengganggu penduduk setempat,tetapi penduduk di Taman
Semarak tetap berasa tidak selamat.
Penduduk di situ masih trauma dengan kejadian rusuhan yang berlaku
sebelum ini sehingga kawasan tersebut menjadi medan pergaduhan yang
menakutkan.Menurut Anita Mansor,34,mereka sekeluarga tertekan dengan
pergaduhan yang sering berlaku.Banyak pergaduhan kecil berlaku yang tidak
membabitkan polis dan orang luar. Pergaduhan lapan tahun lalu merupakan
pergaduhan yang masih tidak dapat dilupakannya.Pada masa itu kumpulan pekerja
Vietnam dan Indonesia yang berwajah bengis keluar masuk ke kawasan asrama
dengan membawa besi dan kayu sebagai senjata.Penduduk ketakutan dan
berkurung dalam rumah kerana takut dicederakan.
Rusuhan kali ketiga telah menyebabkan 23 orang cedera akibat pergaduhan
antara kumpulan pekerja Vietnam dan Bangladesh.Pergaduhan besar telah berlaku
pada 17 Januari 2002 kerana pekerja Indonesia tidak berpuas hati dengan tindakan
polis menahan rakan mereka yang positif dadah.Lebih 500 pekerja Indonesia
merusuh dan merosakkan kenderaan polis.
Pergaduhan kedua berlaku pada 22 September 2003 antara pekerja
Indonesia dan pekerja Vietnam.Punca pergaduhan berlaku apabila seorang warga
Indonesia dikejar dan dipukul oleh sekumpulan pekerja Vietnam yang
mabuk ,menyebabkan enam pekerja Indonesia cedera.Menurut seorang pekerja
kilang iaitu S Kannahe,40,dia tidak berasa selamat dengan kehadiran pekerja asing
yang selalu mabuk dan berkeliaran dengan rumahnya.
B. Ulasan Peribadi
Masalah pekerja asing di negara kita bukanlah perkara baru.Masalah ini sudah lama
berlaku tetapi tidak ada kesudahannya.Apa yang dilaporkan dalam akhbar di atas
merupakan salah masalah yang timbul akibat kebanjiran pekerja asing ke Malaysia.
Menurut Jabatan Imigresen ,terdapat 1.91 juta pekerja asing di Malaysia dan
400,000 daripadanya masuk secara haram ke Malaysia.Pertambahan pekerja asing
ini kerana keperluan tenaga kerja akibat pelaksanaan projek pembangunan yang
pesat di negara kita.Antara sebab mengapa pekerja asing berminat dengan negara
kita ialah kerana kemakmuran dan kestabilan ekonomi di Malaysia.
Kemasukan pekerja asing ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan
penduduk tempatan dan mahu supaya kemasukan mereka dikawal.Kebimbangan
rakyat tempatan ini ada asasnya.Pergaduhan yang sering berlaku membabitkan
kumpulan pekerja asing mengikut negara boleh mengugat keamanan negara
menjadi kacau bilau.Laporan Berita Harian mengatakan telah berlaku tiga kali
pergaduhan besar yang membabitkan pekerja asing.Pergaduhan tersebut
menyebabkan ada penduduk tempatan yang terpaksa tidur bersama parang kerana
bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.Jabatan Imigresen melaporkan
sehingga 30 Jun 2006, seramai 362,958 pekerja asing telah diusir keluar kerana
melakukan pelbagai kesalahan di negara kita.
Tindakan harus diambil untuk mengurangkan jenayah perkerja asing di
kawasan perumahan penduduk tempatan.Tempat tinggal pekerja asing harus
terletak jauh daripada mana-mana kawasan perumahan penduduk
tempatan.Dengan cara ini keselamatan penduduk tidak akan terancam walaupun
berlaku pergaduhan di kalangan pekerja asing.Pihak berkuasa juga harus
memantau tempat kediaman dengan lebih kerap untuk memastikan pekerja asing
tidak berani melakukan kesalahan jenayah khususnya pergaduhan.
Oleh itu kebanjiran pekerja asing ke negara kita harus diurus dan dipantau
dengan bijak untuk meminumkan kesan negatif.Semua pihak harus memainkan
peranan agar masalah ini dapat diurus dengan baik demi kebaikan bersama.
Tajuk Artikel : Pelupusan Sampah Baru Siap Akhir Tahun
Pengarang : Poliana Ronnie Sidom
Tarikh Artikel : 24/06/2011(Jumaat)
Sumber : Berita Harian
A. Ulasan Akhbar
Menurut Berita Harian,kira-kira 800 pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan
Dua,Semporna tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan selesa kerana bau
busuk,lalat dan nyamuk dari tapak pelupusan sampah yang berdekatan dengan
sekolah.Masalah ini dijangka akan berakhir hujung tahun ini apabila tapak pelupusan
sampah yang baru akan disediakan di Kampung Tagasan kira-kira 15 kilometer dari
pekan tersebut.
Projek tersebut melibatkan tapak baru seluas 12 hektar dengan kos
peruntukan kira-kira RM500,000 dan kerja pemindahan akan dimulakan akhir tahun
ini.Menurut Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna (MDS) En.Mohd Jaafar
Amat,surat kebenaran telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Negeri
dan MDS dalam proses melantik kontraktor untuk melakukan kerja pemindahan.
Menurut beliau,tapak yang baru itu lebih sesuai kerana terletak di lereng bukit
dan jauh daripada kawasan petempatan.Tapak yang baru itu juga dijangka dapat
menampung keperluan pelupusan sampah dalam tempoh 30 tahun akan
datang.Beliau turut mengulas masalah yang dihadapi oleh warga SK Pekan Dua
yang terpaksa menghidu bau busuk sepanjang hari.Selain sekolah tersebut,terdapat
juga sekolah lain yang turut tertejas iaitu SK Simunul dan penduduk lima kampung
iaitu Kampung Selamat,Seri Aman,Sejati,Batu dan Mesra.
Menurut En.Mohd Jaafar,tapak pelupusan sampah tersebut telah dibuka
sejak 1960 sebelum SK Pekan Dua dibina dan petempatan dibuka
berhampiran.Perancangan untuk memindahkan tapak pelupusan sampah tersebut
telah lama dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana masalah tapak dan kos
yang tinggi.Beliau turut menjelaskan bahawa kerja pemindahan mengambil masa
yang agak lama.Oleh itu beliau berharap pihak yang terjejas dapat bersabar.Selain
itu,beliau turut menjelaskan bahawa MDS juga sedang berkerjasama dengan Majlis
Perbandaran Tawau dan Majlis Daerah Kunak untuk mengkaji tapak pelupusan
sampah seluas 160 hektar di Ladang Pinang yang dijangka dapat menampung
keperluan pelupusan sampah dalam tempoh 100 tahun.
B. Ulasan Peribadi
Apa yang dilaporkan dalam Berita Harian tentang masalah tempat pelupusan
sampah di SK Pekan Dua, Semporna bukanlah perkara baru di negara kita.Masalah
tapak pelupusan sampah semakin meruncing dan menyusahkan banyak
pihak.Masalah ini perlu ditangani dengan bijak demi kebaikan semua pihak.
Di negara kita ,sampah yang dihasilkan akan dihantar ke tapak pelupusan
sampah atau pusat pembakaran.Walaupun tapak pelupusan sampah banyak di
negara kita tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang
dihasilkan.Teknik pelupusan sampah ini berisiko ke atas alam sekitar .Sebagai
contoh,tapak pelupusan sampah boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air
di sekeliling kawasan tersebut.Selain itu,tapak pelupusan sampah ini juga
mengeluarkan bau busuk dan mengundang lalat yang boleh mengganggu hidup
manusia di sekitar tapak pelupusan tersebut.Inilah yang berlaku di SK Pekan Dua
Semporna.
Punca utama kepada masalah ini ialah masalah ruang yang semakin
terhad .Ekoran kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk di negara
kita,adalah amat sukar untuk mencari tapak pelupusan yang sesuai dan jauh dari
kawasan petempatan manusia.Masalah ini akan menjadi semakin kritikal bila pihak
berkenaan membuat petempatan tanpa membuat kajian secara terperinci.Inilah
yang berlaku terhadap SK Pekan Dua di Semporna.Menurut sumber,tapak
pelupusan tersebut telah dibina terlebih dahulu sebelum SK Pekan Dua .Tetapi
kerana tiada perancangan rapi daripada pihak tertentu, sekolah tersebut telah dibina
disitu.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia
setiap hari.Melihat kepada data ini ,perancangan secara rapi perlu untuk menangani
masalah sampah dan tapak pelupusan sampah.Untuk mengatasi masalah ini,satu
perkara yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan kapasiti sampah sarap
yang dibuang di tempat pusat pelupusan sampah. Cara yang boleh dibuat untuk
mengurangkan kapasiti sampah ialah dengan konsep kitar semula.Walau
bagaimanapun cara ini tidak akan berkesan jika tiada kesedaran di kalangan
masyarakat.Oleh itu kempen kesedaran perlu dipergiatkan oleh kerajaan dan bukan
kerajaan .
Bibliografi
Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi.2011.Parang jad teman tidur:Berita
Harian
Mohamad Danial Mohamad Saad.2011.Sampah jejas Mutiara Jaya:Berita Harian
Poliana Ronnie Sidom.2011.Pelupusan sampah baru siap akhir tahun:Berita Harian
Rosli Abdul Jalil.2011.Lambakan lelaki di Pahang:Berita Harian
Yahya Awang.2011.Sungai Tupai punca banjir kilat:Berita Harian
KEPADA :
DG.NORIZAH AG.KIFLEE @ DZULKIFLI
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL,
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,
JALAN UMS,
88400,KOTA KINABALU,
SABAH.
(014-8666909)
DARIPADA:
ROSIEY BIN STEVEN KALUNANG (CT10210646),
730124-12-5767,
SMK PINGGAN-PINGGAN, PITAS,
89108 ,KOTA MARUDU.
(019-8936033)
top related