artikel 1

Post on 04-Nov-2015

224 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

jerebu

TRANSCRIPT

Jerebu: melindungi bayi andaSemakan terakhir: Februari 2014ShareIn this article Bagaimanakah jerebu boleh menjejaskan kesihatan bayi saya? Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu bayi saya semasa jerebu? Apakah yang boleh saya lakukan untuk melindungi bayi saya daripada jerebu? Bagaimanakah saya boleh melindungi anak-anak yang lebih besar daripada jerebu?Setiap tahun, antara bulan Mei hingga Oktober, jerebu yang tebal akan menyelubungi Malaysia dan seluruh Asia Tenggara dan menjejaskan kualiti udara. Laporan daripada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) pada 2006 mengesahkan bahawa kesan jerebu dapat dilihat dengan lebih jelas di kalangan kanak-kanak di kawasan bandar, orang tua dan mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

Sekiranya anda bimbang tentang bayi anda semasa musim jerebu, artikel ini dapat membantu menjawab beberapa kemusykilan anda. Ada langkah-langkah pencegahan yang boleh anda ambil untuk melindungi bayi anda.Bagaimanakah jerebu boleh menjejaskan kesihatan bayi saya?Bagi bayi yang secara amnya sihat, kesan jerebu biasanya sedikit sahaja dan boleh dirawat dengan mudah. Jerebu mungkin akan menyebabkan hidung, tekak, salur pernafasan, kulit dan mata bayi tidak selesa. Sesetengah bayi mungkin mendapatruam kulit. Bayi anda juga mungkin akan mengalami bersin-bersin, hidung berair, gatal mata dan tekak kering serta batuk.

Jika bayi anda mempunyai sejarahmasalah pernafasan, sinusitis danmasalah alergi kulit, kesihatannya mungkin lebih terancam semasa musim jerebu. Contohnya, sekiranya bayi anda mempunyaiasma, simptomnya mungkin lebih teruk.

Dalam kesemua kes, jika kualiti udara mencecah tahap kritikal, partikel-partikel halus dalam jerebu juga boleh masuk ke dalam paru-paru bayi.Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu bayi saya semasa jerebu?Berikut adalah beberapa panduan yang anda boleh ikuti untuk merawat masalah kesihatan yang disebabkan atau yang menjadi lebih teruk akibat jerebu.

Mata gatalTitiskan beberapa titik larutan bergaram (diperolehi dengan mudah di kebanyakan farmasi) untuk membantu melegakan kegatalan. Sesetengah ibu percaya bahawa beberapa titiksusu ibujuga berkesan.

Bersin-bersin, hidung berair, tekak kering dan batuk keringKanak-kanak di bawah usia satu tahun tidak seharusnya diberi ubatselesemaatau ubat batuk. Periksalah dengan doktor keluarga atau pakar kanak-kanak untuk mengetahui apa yang sesuai bagi bayi anda, bergantung kepada umur dan beratnya.

Pastikan bayi anda memperolehi banyak rehat dancecairtermasuk susu ibu ataususu formula,air, sup danjus.

Tambahkan jumlah pengambilan vitamin C melalui jus buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Jika anda menyusu badan, tingkatkan pengambilan jenis makanan ini supaya bayi anda turut mendapatfaedahnya.

Sekiranya dia mengalamidemam, beri dia cecair paracetamol di bawah arahan doktor.

Sesak nafas atau asmaAsmayang berlaku pada kebanyakan kanak-kanak adalah reaksi terhadap sesuatu pencetus, dan jerebu biasanya dikenalpasti sebagai pencetusnya. Jerebu boleh membuatkan asma seseorang itu lebih teruk, oleh itu jika bayi andaberdehitatau sesak nafas, jumpa doktor dengan segera.Apakah yang boleh saya lakukan untuk melindungi bayi saya daripada jerebu?Jangan keluar rumahPerkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk melindungi bayi anda ialah dengan duduk sahaja di rumah. Tutup semua pintu dan tingkat. Banyak keluarga di Malaysia yang membeli pembersih atau penulen udara untuk memperbaiki kualiti udara dalam rumah. Sesetengah yang lain pula menggunakan pelembap udara untuk menjatuhkan partikel udara yang berjerebu. Tambahan pula, kelembapan tambahan juga dapat membantu mengurangkan gangguan pada sistem pernafasan.

Kami juga mempunyai beberapapermainan menarikuntuk anda bermain dengan bayi atau anak kecil anda di dalam rumah.

Penyusuan badanPenyusuan badan adalah salah satu cara yang terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda. Selagi dia menyusu badan dia akan memperolehi antibodi dan keimunan semula jadi daripada anda. Bayi yang menyusu badan selalunya menunjukkan simptom yang lebih ringan apabila diserang penyakit biasa seperti selesema danflu.

Anda masih boleh menyusukan walaupun anda rasa tidak sihat ataudemam.

Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokokPastikan anda dan bayi anda menjauhkan diri daripada perokok. Sekiranya anda atau suami anda adalah perokok, inilah masa yang paling baik untuk berhenti merokok. Baca lebih lanjut tentangtip-tip berhenti merokok.

Amalkan penjagaan kebersihanPastikan semua orang membasuh tangan dan muka mereka sebaik saja mereka memasuki rumah. Bagi bayi pula, tukar pakaiannya ataumandikandia selepas masuk ke rumah.

Bagaimanakah saya boleh melindungi anak-anak yang lebih besar daripada jerebu?Tip-tip berikut boleh membantu anda dan anak-anak yang lebih besar untuk kekal selesa semasa jerebu. Jika anda, suami atau anak-anak yang lebih besar memakai kanta sentuh, berhentilah memakainya apabila tahap jerebu semakin teruk. Sebaliknya, pakailah cermin mata. Simptom-simptom seperti bersin, hidung berair, tekak kering dan batuk boleh dilegakan dengan ubat selesema atau ubat batuk. Anda boleh membeli ubat-ubat ini di farmasi, tetapi periksalah dahulu dengan doktor keluarga atau pakar kanak-kanak sebelum memberi ubat kepada anak-anak anda. Apabila Index Pencemaran Udara meningkat melebihi 150 (dalam julat Tidak sihat), pakailah topeng muka. Topeng yang mempunyai sijil gred N95 dapat menapis partikel-partikel halus. Tukar topeng anda jika ia kotor atau kemek dengan teruk. Topeng pembedahan yang biasa tidak dapat memberi perlindungan yang cukup daripada prtikel-partikel jerebu. Mereka yang mempunyai masalah pernafasan haruslah merujuk kepada doktor mereka dahulu sebelum menggunakan topeng pernafasan.

http://www.babycenter.com.my/a1037919/jerebu-melindungi-bayi-anda#ixzz3Ry5YDKJh

top related