aplikasi statistik dalam pentaksiran

Post on 07-Oct-2015

134 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pengenalan kepada statistik.

TRANSCRIPT

NOTA MINGGU 2APLIKASI STATISTIK DALAM PENTAKSIRANPENGENALAN STATISTIK Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif. Dalam ujian dan peperiksaan, kaedah statistik digunakan untuk membuat analisis dan kesimpulan. Data yang dipungut ini biasanya tidak disusun dengan teratur. Untuk memudahkan kita merujuk kepada data ini, ia seharusnya direkodkan secara teratur dan sistematik.

Skor Mentah Dan Taburan Skor Apabila skor ujian diperoleh daripada sekumpulan pelajar, ia biasanya akan berada dalam susunan yang tidak rawak seperti yang ditunjukkan: Kesemua ini adalah skor-skor mentah. Oleh itu, seorang guru perlu mengorganisasi dan mempamerkan skor dalam bentuk yang teratur supaya ia kelihatan lebih sistematik. Guru perlu membuat pengiraan mudah untuk mentafsirkan data secara tepat.

TABURAN KEKERAPAN Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor wujud dalam sesuatu taburan. Jika mempunyai bilangan skor yang banyak, adalah berguna untuk dibina taburan kekerapan secara berkumpul serta graf taburan. Skor- skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor yang ada dalam setiap sela digundalkan. Tanda-tanda gundal ini dikira untuk memperoleh kekerapan, iaitu bilangan skor dalam setiap sela kelas.Ukuran Kecenderungan Tengah / Memusat Ia merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor. Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat, iaitu min, median dan mod. Min menunjukkan purata markah yang diperolehi oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan membandingkan prestasi antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Mod pula ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Simbol statistik mod ialah M0. Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Median boleh dikira dengan cara membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua bahagian yang sama.

Pengiraan Min Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai atau ukuran sebaran. Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor.

Median Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil, atau nilai purata dua skor ditengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap, dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.

Mod Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun. Mod (Mo) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod atau tidak mempunyai mod langsung.

top related