5 sn gerhana manusia

Post on 22-Jan-2018

87 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

GERHANA MANUSIAAMINAH MOKHTAR

BY ASHRAF & HASSAN

SINOPSISO Cerpen ini memaparkan kisah seorang doktor yang

mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakitsehingga menyebabkan berlakunya pengabaian nilaikemanusiaan. Profesor Doktor Juaidi cuba mempengaruhikakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama kepadajamuan tahunan kelab elit mereka.

O Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan BesarMusa yang koma dan semakin tenat akibat pengambilanminuman keras selama bertahun-tahun. Nusiamemberitahu Doktor Murni berkaitan dengan bank darahyang sudah kehabisan stok tabung darah. Doktor Murnimengarahkan Nusia supaya menngebahkan masalah itukepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahumendeerma darahnya kepada Tuan Besar Musa.

O Dalam keadaan dirinya yang seddang koma dan tenat itu, Nusia merasakan bahawa Tuan Besar Musa tidak mampulagi diselamatkan kerana dia hanya hidup bergantung padaalat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikaltersebut, bacaan surah Yasin dan pengucapan Syahadahlebih diperlukan. Nusia turut mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak kelihatan menjenguknya. DoktorMurni menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi mahuTuan Besar Musa hidup. Nusia mempertikaikan tindakanProfesor Doktor Juaidi itu. Menurut Nusia, harapan Tuan Besar Musa untuk hidup adalah terlalu nipis dan arahanProfesor Doktor Juaidi supaya dia memasukkan darah kedalam tubuh Tuan Besar Musa itu dianggap satupembaziran. Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlaluberemosi dan menurut sahaja arahan itu.

O Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakityang sedang koma serta menunggu bantuandarah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Solehah tenat dan koma akibat pundi janinnyayang pecah di ovary. Al-Hafiz pula ditimpakemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi itujuga terdapat bayi buangan yang hampirkekeringan darah, gadis malang yang koma dantenat akibat didera, dan mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Nusia mengatakanbahawa selagi riwayat hidup pesakit di wad ituditentukan oleh Profesor Doktor Junaidi, makaselama itulah akan berlaku ketidakadilan dalamproses rawatan di situ.

O Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murnimendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawabank darah di hospital sudah kehabisan. ProfesorDoktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat danteknokrat yang banyak menyumbangkan danakepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannyayang telah menaja majlis makan malam tahunanyang bernilai ratusan ribu menyebabkan ProfesorDoktor Juaidi berasa amat terhutang budi danmencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannyawanya.

O Nusia memberitahu bhawa tekanan darah Solehahsemakin rendah. Profesor Doktor Juaidi menyuruhNusia memberikan gelafundin untuk menggantikandarah disebabkan bekalan darah tidak mencukupi. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor DoktorJuaidi yang tidak mahu memberikan darah tulenkepada Solehah. Profesor Doktor Juaidi menyoalNusia mengenai status perempuan yang sedangkoma itu jika dibandingkan dengan Tuan BesarMusa. Akhirnya, Nusia akur dengan arahanProfesor Doktor Juaidi dan mengambil sebotolgelafundin lalu dimasukkan ke dalam tubuhSolehah yang sedang koma untuk menggantikandarah.

O Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada DoktorMurni mengenai pek-pek darah di dalam bank darah di hospital itu adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor Murni memujuk Nusia supayatidak terlalu emosional kerana mereka ialahgolongan minoriti di hospital itu. Nusiamengatakan bahawa berlakunya pembazirandarah apabila seratus pek darah diperlukanselama dua hari untuk menyelamatkan Tuan BesarMusa yang koma serta memang tidak bolehdiselamatkan. Walhal, hanya empat pek darahdiperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang berpenyakit leukemia itu dan setengah pek darahsahaja diperlukan untuk menghidupkan bayibuangan yang sedang koma.

O Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawahanya lima pek darah diperlukan untuk memberikanpeluang kepada empat orang yang sedang komapulih kembali. Juruteknik makmal darah itumenegaskan bahawa darah itu adalah untukkegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskanbahawa Tuan Besar Musa sebenarnya sudah matikerana hanya adrenalin, dopamine, serta atropine yang masih merangsang denyutan jantungnya ketikaitu. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukanNusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itukepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknikmakmal darah itu bahawa dia sanggup menanggungsegala risiko atas tindakannya itu.

O Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampumenyelamatkan Solehah, mahasiswa yang menghidappenyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang bolehmengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia, sekiranyalima pek darah itu dimasukkan ke dalam Tuan Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar dilakukan oleh ProfesorDoktor Juaidi.

O Profeser Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkannyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadarpenggunaa adrenalina,dopamine dan atropina . Namundemikian,Tuan Besar Musa yang sedang tenat dan komaitu gagal di selamatkan dan meninggal dunia . Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan keranakematiannya menyebabkan kelab elit mereka akankehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu .

O Doktor Murni datang dan memberikan suratpeletakkan jawatannya sebagai doktorperubatan di hospital itu yang mengetepikannilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keadaanitu menyebabkan Profesor Doktor Juaiditercengang dengan keputusan Doktor Murniitu . Kemudian, Doktor Murni menggapaitangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat menderma darahuntuk disalurkan kepada semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu .

TEMA

O Sikap seorang doktor yang

mementingkan ganjaran sehingga

mengabaikan nilai kemanusiaan.

PERSOALANO 1. Persoalan bertanggung jawab dalam

melaksanakan tugas. Contohnya, DoktorMurni dan Nusia bertanggung jawab merawatsemua pesakit tanpa mengira darjat danpengkat

O 2. Persoalan keprihatinan terhadap nasibyang menimpa orang lain. Contohnya, DoktorMurni dan Nusia prihatin terhadap Solehahyang sedang koma akibat pundi janinnyapecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pekdarah daripada bank darah.

PERSOALAN

O 3. Persoalan berbuat baik terhadap orang

yang memerlukan bantuan.

Contohnya, Doktor Murni sanggup

mendermakan darahnya kepada pesakit yang

sangat memerlukan darah di Unit Rawatan

Rapi.

O 4. Persoalan tentang keberanian membuat

keputusan. Contohnya, Doktor Murni

sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor

daripada melakukan ketidakadilan terhadap

orang lain.

LATAR TEMPAT

Wad unit Rawatan Rapi

Wad Unit Rawatan Rapiialah tempatbertugas Doktor Murni dan Nusia.

Bank

Tempat stok darah disimpan

Hospital

Profesar Doktor Juaidi bertugas

LATAR MASA

• Contohnya, peristiwa yang berlaku dua hari aitu hari ini dansemalam.

Dua hari

• Contohnya, Profesor Doktor Juaidi hanya merawat danmemberikan perhatian terhadap Tuan Besar Musa.

Hari ini

• Contohnya, Nusia memasukan 50 pek darah ke dalam Tuan Besar Musa tetepi 50 pek darah itu keluar semula melaluirangga hidung dan punggung.

Hari semalam

LATAR MASYARAKAT

• Contohnya Nusia berusahamemberikan rawatan terhadappesakit-pesakitnya.

Masyarakat yang bersimpati

• Profesor Doktor Juaidi hanyamemberikan rawatan kepadaTuan Besar Musa.

Masyarakat yang tidak

berperikemanusiaan

• Nusia dan Doktor Murnibersama-sama ke bank darahuntuk menderma darah.

Masyarakat yang berhati mulia

WATAK DAN PERWATAKAN

NU

SIA

Nusia ialah seorang jururawat yang bertugas di Wad Unit Rawatan Rapi di

sebuah hospital

Dia merupakan seorang yang akur akan perintah ketua.Contohnya,dia

menurut arahan Profesor Doktor Juaidi supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk

menggantikan darah tulen.

Nusia seorang yang penyayang,contohnya dia amatmenyanyangi dan mengambil

berat terhadap kesihatanpesakit-pesakitnya.

Nusia memeliki hati yang lembut.Contohnya,dia

menitiskan air mata apabilamelihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah .

Nusia seorang yang bertanggungjawab.Contohnya,

dia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan

terhadap pesakitnya Tuan Besar Musa dengan penuh

tanggungjawab .

DOKTOR MURNI

Doktor Murni merupakanpegawai perubatan muda di

sebuah hospital

Dia bertugas merawat pesakit di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di

hospital itu

Doktor Murni mementingkanaspek kemanusiaan

pesakit.Contohnya, dia menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai doctor kerana

tidak berpuas hati dengan kaedah rawatan untuk pesakit di

hospital itu.

Dia bersifat tenang ketikamerawat pesakit.Contohnya,dia

menasihati Nusia agar tidakterlalu emosional ketika merawat

Tuan Besar Musa

PROFESOR DOKTOR JUAIDI

Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai perubatan

senior di sebuah hospital.

Profesor Doktor Juaidi sudahberumur, bermata bulat dan

berkening lebat.

Dia merupakan ketua jabatankepada Doktor Murni dan Nusia

Dia amat mementingkanganjaran material daripada nilaikemanusiaan. Contohnya, diaberasa tertekan apabila Tuan Besar Musa meninggal duniakerana kelab elit hospitalnya

akan kehilangan tajaan berjumlahRM100 ribu.

TUAN BESAR MUSA

Tuan Besar Musa merupakan seorang elit korporat dan teknorat yang memiliki gedung

perniagaan yang besar.

Dia merupakan seorangdermawan.

Tuan Besar Musa ialahseorang suami kepadawanita jelita yang tidak

setia.

Dia mempunyaisepasang anak yang

menjadi penagih dadahberjenis heroin.

NILAI

Kasih Sayang

• Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.

Belas Kasihan

• Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihatpenderitaan yang ditanggung oleh Solehah.

Tanggungjawab

• Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusiabertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnyatanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.

SikapKemanusiaan

• Contohnya, Nusia mengatakan bahawa hanyalima pek darah diperlukan untuk menyelamatkanempat nyawa pesakit yang sedang koma.

Kebijaksanaan

• Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bijakmengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank darah, iaitu dengan mengarahkan DoktorMurni mendapatkan bekalan darah tersebutdaripada hospital lain dengan segera.

PENGAJARANO 1. Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan

tanpa mengira darjat atau pangkatseseorang.Contohnya, Nusia amat menyayangi danmengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.

O 2. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggungoleh Solehah.

O 3. Kita perlulah bertanggungjawab dalammelaksanakan tugas yang diberi. Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawabmerawat semua pesakitnya tanpa mengira darjatatau pangkat seseorang.

O 4. Kita hendaklah bijak berikhtiar untukmenyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi mengarahkanDoktor Murni menghubungi hospital lain untukmendapatkan bekalan darah bagi mengisi tabungdarah di hospital mereka yang kehabisan.

O 5. Kita hendaklah bersedia menderma darahuntuk menyelamatkan nyawa pesakit/insan yang memerlukannya.Contohnya, Doktor Murni danNusia bermurah hati untuk menderma darah bagimenampung bekalan darah yang tidak mencukupidi bank darah hospital.

top related