3.model pengurusan kelompok kounin
Post on 11-Apr-2017
460 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN
Disediakan Oleh:Bazli Syartibi Bin Md ShahMuhammad Zaki Bin SahariNurain Rabania Binti HasbiNurul Suhana Binti Omar
Siti Nur Azhani Farahhin Binti Januin
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN
Jacob S. Kounin
JACOB S.KOUNIN
Jacob Kounin (1971) seorang pakar psikologi pendidikan dari Wayne State University.
Beliau menfokuskan kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan pdp mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.
Asas Keberkesanan
• Kounin menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah
Kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik
darjahnya pada setiap masa.Cara menangani masalah tersebut sebelum menjadi masalah disiplin.
Dapat menangani lebih dari 1 situasi serentak (overlapping).
Faktor Dalam Menguruskan Tingkah Laku
5 ELEMEN PENTING
Pertindanan (Overlapping)
Kesan Gelombang
(Ripple Effect)
Momentum
Kelancaran (Smoothness)
Merangkumi Semua
(Withitness)
MERANGKUMI SEMUA (WITHITNESS)
Kebolehan guru mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh semua murid pada setiap masa.
Contoh: guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun dia sedang mengajar kumpulan tertentu
Pertindanan (Overlapping)
• Kebolehan guru untuk menangani dengan berkesan dua peristiwa pada satu masa yang sama.
• Cth: ‘Aini terus bacakan jawapan awak, saya dengar. Ida berhenti bercakap dan dengar jawapan Aini’.
KESAN GELOMBANG
• Apabila guru memberi teguran kepada seorang murid, ia akan memberi kesan kepada murid-murid lain.
• Guru perlu jelas, tegas dan serius semasa menjalankan tindakan mendisiplinkan murid.
• Tidak melengahkan teguran, teguran diberikan pada masa kesalahan dilakukan.
• Kounin mencadangkan, untuk kesan yang lebih efektif, guru harus mempunyai 3 ciri semasa menjalankan tindakan disiplin.
JELAS
TEGAS
SERIUS
JELAS
• Kounin: Teguran yang diberikan mestilah jelas.• Guru perlu menegur secara spesifik tindakan
yang perlu diperbetulkan, elakkan teguran secara umum.
• Guru boleh menegur dengan memberikan akibat salah laku tersebut.
TEGAS DAN SERIUS• Dalam memberikan arahan,
guru harus tegas dan bernada serius.
• Nada intonasi perlu tegas dan keras.
• Perlakuan nonverbal (mimik muka yang serius) membantu tindakan disiplin dijalankan dengan berkesan.
KELANCARAN
• Aktiviti P&P yang tidak lancar, tertangguh,arahan yang tidak jelas menyumbang kepada masalah pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
– Kounin dengan jelas menyatakan, guru harus mengelak daripada tersekat-sekat dalam proses P&P, contohnya;• Pengajaran meleret-leret sehingga keluar
daripada sukatan sebenar.• Memberikan arahan-arahan yang tidak
wajar atau tidak difahami.• Selalu menukar-nukar tugasan.
• Penyebab kepada gangguan kelancaran P&P adalah penerangan yang meleret dan fragmentasi. – Dalam penerangan yang meleret, guru terus
menerangkan dan mengulang perkara-perkara yang telah lama difahami oleh murid-murid.
– Fragmentasi, guru memecahkan kepada beberapa bahagian kecil dalam aktiviti-aktiviti P&P, sedangkan hal ini dapat dijalankan menyeluruh oleh murid.
Strategi Mengawal Tingkah Laku Pelajar
– Murid sentiasa ada tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti P&P
– Strategi yang pelbagai untuk tarik perhatian dan capai objektif P&P.
– Guru dapat perhatian sepenuhnya sebelum memberi arahan atau penerangan
MOMENTUM (Keadaan)
• Guru memulakan pengajaran dgn menarik perhatian murid.
• Meneruskan pengajaran dengan lancar.• Melakukan peralihan antara aktiviti p&p
dengan cekap.• Membuat penutup dengan menyimpulkan
pengajaran hari itu secara berkesan.• Memastikan murid tidak bosan dengan
pengajaran
Memastikan murid tidak bosan dengan pengajaran
• Aktiviti– Dikira dari aspek:
• Minat • Kebolehan • Perkembangan Murid
– Aktiviti perlu mencabar & mencabar.
KEKUATAN MODEL KOUNIN
• Fokus terhadap pengurusan kelompok mewujudkan suasana bilik darjah dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
• Tidak berunsurkan hukuman.
• Menitikberatkan variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran yang dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk belajar.
KELEMAHAN MODEL KOUNIN
• Masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya.
• Salah laku masih tetap berlaku walaupun dengan pengawasan yang terbaik daripada guru.
• Hal ini kerana murid-murid dipengaruhi oleh banyak elemen lain.
latar belakangmasalah di luar sekolahpersonaliti mereka sendiri
top related