3. laporan reflektif

Post on 20-Jul-2015

974 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

LAPORAN REFLEKTIF Peserta perlu membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program? Pada 27/03/2012 hingga 31/03/2012, kami kumpulan T1S1MU1 bersama T1S1MU2 dan kumpulan Pengajian bahasa cina telah melaksanakan BIG iaitu Bina Insan Guru di Kem Rimba, Pulau pangkor. BIG ini merupakan BIG siri ketiga untuk ambilan kami dan pertama buat kami kumpulan T1S1MU1. Selain itu, di dalam BIG ini saya telah mengambil peluang untuk menjadi salah satu AJK iaitu AJK Moral dan Kerohanian bersama kawan saya iaitu Asyraf Syahir bin Tarmizi. Aktiviti BIG ini telah dijalankan selama 4 hari dan 3 malam dan kami telah menggunakan 3 jenis kenderaan sepanjang kami mengikuti BIG ini iaitu Bas, Feri dan Van. Terdapat beberapa perkara yang diwajibkan untuk kami lakukan semasa berada di BIG ini antaranya ialah memakai topi Institut Pedidikan Guru (IPG) dan memakai Tag Nama berserta nbama ahli kumpulan sepanjang perjalanan kami pergi dan balik dari Pulau Pangkor serta mengikuti semua aktiviti rasmi BIG ini kecuali aktiviti air yang telah kami laksanakan pada hari kedua BIG kami malah kami juga telah dimestikan untuk membawa kain andu dan selipar kalis air serta kami juga diwajibkan membawa 4 jenis baju yang kami 3 kumpulan ada iaitu baju putih, baju merah, baju ungu, dan baju rumah sukan masingmasing. Untuk hari yang pertama kami telah berkumpul di Gelenggara, Institut

Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) pada pukul 8.00 am dan setelah mengangkat serta menyusun barang didalam bas, kami telah bertolak pada pukul 8.45

am dan telah sebentar di julu R&R untuk bersarapan pagi sebentar kemudian kami telah meneruskan perjalanan selama kira-kira 4 jam dan kami telah berhenti di Marina Island Jetty untuk menunggu Feri untuk pergi ke Pulau Pangkor. Setelah sampai ke Pulau pangkor kami telah menaiki van yang telah diuruskan olek pensyarah kami untuk sampai ke tapak perkemahan BIG kami iaitu di Kem Rimba, Pulau Pangkor. Setelah tiba di tapak kem, kami telah pergi ke dewan makan kem tersebut untuk makan tengah hari dan sebelum kami mendirikan kemah kami semua, kami telah berikan sedikit taklimat bersama Kem Komanden kami iaitu Encik Azman dan beberapa peringatan daripada pensyarah yang lain. Sebagai pengetahuan, Terdapat beberapa pensyarah telah mengikut kami semasa kami pergi ke Pulau Pangkor antaranya ialah Mohanaraju A/L Annamalai, Joyce Ong Choon Kim, En Anuar, En Azman dan pensyarah lain. setelah selesai taklimat tersebut kami telah pergi bersama-sama untuk mendirikan khemah kami dan sebagai ketua untuk khemah tersebut saya telah cuba bersama rakan-rakan saya yang lain untuk mendirikan khemaha tersebut dan akhirnya kami Berjaya juga. Setelah itu, kami telah mengikuti aktiviti Bantu Mula bersama ahli kumpulan kami iaitu kumpulan F dan kami telah melihat beberapa jenis pertolongan antara ialah kayu usungan untuk membantu rakan kita yang sedang pengsan ataupun tidak dapat berjalan yang diterang kan oleh Encik Anuar, kemudian kami juga belajar untuk melakukan CPR iaitu alat bantu penafasan yang disampaikan oleh En dan kami juga belajar untuk melakukan balutan menggunakan kain andu bersama En kwan Nam Poh bersama madam Joyce. Kemudian kami telah diberi peluang untuk menyiapkan diri kami dan makan malam kerana pada malam tersebut kami ada aktiviti iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Suatu aktiviti LDK pada malam tersebut, kami telah

melaksanakan sedikit aktiviti Ice Breaking iaitu kami disuruh memilih rakan kami disebelah kami dan kami diminta untuk menyatakan syabas kepada rakan kami itu bahawa dia Berjaya masuk ke IPG dan kami juga disuruh untuk mengurut rakan kami itu dan sebaliknya mereka akan mengurut kami semula, ini sungguh menyeronokkan . setelah habis Ice Breaking tadi, kami telah diberi satu kertas bersaiz A4 dan kami diminta untuk melipat kertas tersebut sebanyak 4 kali serta mengoyak sebahagian kecil kertas tersebut pada bahgian bawah sebelah kanan dimana kami berhenti melipat kertas tersebut. Setelah mengoyakkannya kami dapati ada sesetengah guru pelatih mendapat lubang di tengah kertas da nada juga yang mendapat koyakan di bahagian tepi dan bukan di bahagian tengah kertas tersebut. Selepas itu, kami telah diarahkan untuk mengoyakkan kertas A4 tersebut kepada 4 bahagian dan kemudian kami disuruh untuk menandatangani kertas tersebut. Setelah En Anuar memunggut kertas tersebut dan memberikan kertas tersebut kepada orang lain. Kemudian kami disuruh untuk mencari tandatangan kami dan orang mencari tandatangan kami diminta untuk meminta nama kelas dan nama pensyarah pembimbing untuk kem BIG kami ini dan kertas selebohnya kami gunakan untuk aktiviti berkaitan dengan tarikh lahir serta aktiviti berkaitan dengan nilai yang paling kami rasa nilai tersebut sangat penting, kemudian untuk aktiviti terakhir kami telah disuruh untuk menulis nama kami di salah satu kertas yang dikoyak dan seterusnya En Anuar membahagikan secara rawak nama kami kepada orang lain dan setiap dari kami mesti mendapatkan 1 nama yang menjadi rahsia kami sahaja dan kami perlu memperhatikan orang empunya nama tersebut dengan menulis kebaikan atau sikap positifnya sahaja sepanjang menjalankan BIG ini. Setelah LDK tersebut habis kami telah berkumpul sekejap untuk taklimat berkaitan

aktiviti keesokan harinya dan sedikit teguran berkaitan dengan kesalahan yang kami lakukan serta saya juga mengambil peluang untuk memberikan tugas kepada ketuaketua moral dan kerohanian untuk menyediakan 1 aktiviti untuk menjadi pengisian untuk aktiviti moral dan kerohanian pada pukul 6.00-7.00 am. Kemudian kami telah pergi ke dapur untuk mendapatkan supper kami dan pergi terus pergi ke khemah kami untuk tidur malam. Pada hari yang kedua, saya telah bangun awal iaitu pada pukul 5.30 am dan saya telah pergi ke bilik mandi untuk mandi serta bersiap sedia untuk aktiviti moral dan kerohanian pada pukul 6.00 am sehingga 7.00 am. Pada aktiviti moral tersebut, guru pelatih yang bertugas telah menyediakan permainan penyampaian cerita dan orang yang paling depan bagi setiap kumpulan yang telah diberi akan mendengar cerita tersebut kemudian orang yang paling depan itu tadi perlu menyampaikan cerita kepada orang yang di belakang dan kemudian orang yang paling belakang perlu menyampaikan lagi cerita tersebut kepada orang yang belakang dan seterusnya dan orang paling belakang perlu datang ke depan untuk menyampaikan cerita tersebut kepada semua kumpulan. Ini sangat menghiburkan kerana semua kumpulan menyampaikan cerita berbeza daripada cerita sebenar. Selepas aktiviti tersebut kami telah berkumpul untuk menyanyikan 4 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu IPG, lagu Guru Malaysia dan lagu Perajurit Tanah Air. Kemudian sedikit bacaan doa daripada Mohd Hafiz. Kemudian sekali lagi kami telah diberi taklimat mengenai aktiviti kami iaitu aktiviti air iaitu terdiri daripada aktiviti water confident, membuat rakit serta mendayun rakit dan berkayak ke Pulau Giam dan kami juga belajar orienteering bersama En Kwan Nam Poh. Untuk memudahkan aktiviti ini dijalankan kami telah membahagikan

kami semua kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pertama yang terdiri daripada kumpulan A hingga kumpulan D dan kumpulan kedua ialah yang terdiri daripada kumpulan E hingga Kumpulan G. Dimana kumpulan A akan pergi ke Aktiviti air dahulu dan kumpulan B akan pergi ke aktiviti Orientering dan seterusnya kami akan berganti di antara satu dengan lain. Semua aktiviti ini habis pada pukul 7.30 pm. Setelah bersiap dan makan malam kami sekali lagi mengadakan LDK ke di dewan dan kami telah mengadakan beberapa aktiviti seperti aktiviti membentuk tugu dalam kumpulan. selain itu, aktiviti memberi surat yang mengandungi pemerhatian pelajar guru terhadap sikap positif rakan mereka dan aktiviti telah dipimpin oleh Encik Anuar. Kemudian, En Mat Salleh telah membawa beberapa aktiviti yang dapat membantu kami semua dalam menjadi lebih fokus terhadap apa yang kami lakukan. Setelah selesai LDK tersebut, kami telah mendengar sedikit taklimat mengenai aktiviti pada hari esok. kemudian kami telah pergi "supper" dan balik ke khemah. Pada hari yang ketiga, kami telah memulakan hari kami dengan aktiviti moral dan kerohanian, kemudian kami ada nyanyian lagu dan sedikit latihan regangan dan bermain kriket sekejap sebelum mengadakan "hiking". Sebelum itu, kami telah bersarapan pagi dahulu. Semasa kami mengadakan "hiking", kami telah pergi mendaki bukit dan pulang kembali mengikut jalan yang sama kerana ramai guru pelatih tidak larat untuk pergi jauh lagi kemudian kami telah singgah sebentar di kedai di tepi pantai kemudian kami telah membeli beberapa makanan sebagai pengisi perut kami. Kemudian kami sekali telah meneruskan perjalanan kami untuk jalan yang pendakian yang lebih singkat kerana semua kelihatan agak penat. Setelah sampai ke tapak khemah, kami telah berkumpul sebentar untuk membuat sedikit refleksi tentang apa

yang telah kami lakukan sepanjang "hiking" tersebut dan selesai saja refleksi tersebut kami terus pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari dan kelihatan semuanya nampak sangat lapar. Pada petang tersebut para pensyarah telah memberi kami peluang untuk melakukan sedikit latihan untuk malam kebudayaan pada hari tersebut. Malah pada petang tersebut juga kami telah diberi peluang untuk mandi di pantai dan ini sungguh menyeronokkan kerana kami dapat bersama-sama mandi tambahan pula ada pensyarah yang " sporting" bersama dengan kami. Akhirnya, tiba masa yang ditunggu-tunggu iaitu malam kebudayaan yang penuh gimik dan kemeriahan kerana saya begitu gembira kerana saya dapat melihat rakan-rakan saya yang nampak sahaja pendiam tetapi mempunyai bakat yang hebat serta terpendam dalam mereka dan padam malam itu kami dapat melihat semuanya. Selesai sahaja aktiviti tersebut kami AJK telah membuat sedikit perbincangan mengenai apa yang perlu kami lakukan pada hari esok kerana kami perlu membawa banyak barang yang telah ditinggal oleh rakanrakan kami dari BIG yang lepas, setelah sedikit pertingkahan lidah untuk mencari cara terbaik untuk melaksanakan pengurusan tersebut, akhirnya kami dapat siap pada pukul 1.30 pagi. Selepas itu, kami telah mengambil sedikit "supper" dan masuk tidur. Pada hari keempat atau hari terakhir, seperti biasa saya telah mengikuti aktiviti moral pada awal pagi kemudian kami juga telah menyanyikan beberapa lagu kemudian sedikit regangan dan kami para AJK telah melakukan sedikit taklimat tentang apa yang harus dilakukan pada pagi itu iaitu aktiviti menyusun barang-barang kami serta kesemua barang-barang yang telah digunakan sepanjang BIG ini serta mengemas khemah yang telah dipakai tetapi sebelum itu kami telah pergi bersarapan dahulu. Setelah selesai semua kami telah mengadakan sedikit upacara penutupan bersama En

Nordin dan kami juga membuat sedikit persembahan bagi memeriahkan majlis tersebut. Selepas itu, kami telah menjamu selera untuk makan tengah hari kami sebelum kami bertolak pulang sambil membawa pulang ke IPG. Semasa kami pulang, semuanya nampak kemerahan kerana kepenatan dan kerana cuaca yang panas terik. Setelah sampai ke IPG kami telah membahagi tugas di mana perempuan akan membawa khemah manakala lelaki telah membawa semua lebihan barang-barang masakan, alatan memasak dan sebagainya. Secara keseluruhan BIG ini sungguh memenatkan tetapi sangat mencabar dan apa yang lebih penting BIG ini sangat membangun kami dari pelbagai aspek.

Cadangan penambahbaikan program perkhemahan akan datang? Setelah melaksanakan tugasan ini, saya telah melihat beberapa

penambahbaikan yang dapat dilakukan dalam menjadikan BIG ini lebih berjaya, antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan haruslah lebih mencabar dan mampu memperkembangkan insan guru dalam diri setiap peserta dalam BIG ini, kerana saya percaya bahawa semua peserta dalam BIG ini adalah bakal cikgu jadi dalam menghasilkan guru yang memenuhi kehendak FPK dan FPG. Selain daripada itu, keselesaan dalam BIG ini harus dikurangkan agar para guru pelatih dapat mempelajari banyak lagi perkara dan nilai agar dapat membantu mereka menjadi guru di masa kelak nanti, Contohnya, pemilihan tempat yang lebih dalam di dalam hutan serta kurang kemudahan kerana bagi saya semakin sukar tempat tersebut semakin banyak perkara dapat dipelajari.

Ditulis

berdasarkan

analisis

SWOT

(kekuatan,

kelemahan,

peluang

dan

ancaman)? Kekuatan Sepanjang saya menjalankan BIG ini, saya telah melihat pelbagai kekuatan dalam BIG ini antaranya ialah sikap positif dikalangan para pensyarah yang terlibat dalam membimbing kami dalam melaksanakan BIG ini, walaupun banyak masalah yang ditimbulkan oleh para guru pelatih tetapi setiap pensyarah yang prihatin sentiasa setia membimbing dan menjaga kami. Selain daripada itu juga, saya merasakan 1 lagi kekuatan yang dalam BIG ini adalah kemudahan alatan air yang disediakan kerana ini sangat membantu kami dalam melaksanakan aktiviti air dengan seronok dan teratur.

Kelemahan Terdapat beberapa Kelemahan yang didapati pada Program Bina Insan Guru kali ini antaranya dari aspek kerjasama semasa menjalankan aktiviti kerana ada ramai peserta yang hanya curi tulang dan hanya mahu orang lain buatkan kerja untuk mereka dan ini sangat tidak adil. Selain itu juga, saya juga melihat banyak kelemahan dari sistem pengurusan barang semasa membawa barang makanan, masakan dan bahan-bahan lain ke tapak khemah kerana ada yang tidak mahu membantu.

Selain daripada itu juga, saya juga melihat kelemahan semasa menjaga tapak khemah pada waktu malam kerana ada yang tidak mahu bangun untuk menjaga pada waktu malam dan ini sangat berbahaya kepada semua ahli kem. Malah saya juga merasa BIG ini terlalu singkat dan saya rasa BIG yang akan dating harus diadakan dengan lebih lama lagi agar banyak perkara dapat dipelajari.

Peluang Di dalam BIG kali ini juga saya telah mendapat peluang untuk

memperkembangkan tahap kepimpinan saya dalam BIG ini kerana saya secara sukarela telah menjadi AJK untuk BIG ini iaitu AJK kerohanian dan saya telah belajar untuk mengurus orang di bawah saya dalam melaksanakan kerja mereka. Selain itu, saya juga melihat terdapat beberapa peluang untuk para guru pelatih untuk takut kepada air kerana melalui aktiviti water confident dan aktiviti kayak serta rakit telah mendedahkan mereka kepada air dan mengubah perspektif buruk mereka terhadap air serta ini dapat menjadikan diri mereka lebih berani suatu bermain air. Disamping itu, saya juga memperoleh peluang untuk semua para guru pelatih untuk berkenalan di antara satu dengan yang lain kerana mungkin sebelum ini pernah bertentang mata tetapi tidak pernah bertegur sapa kerana ini penting untuk memudahkan komunikasi dalam melaksanakan aktiviti di IPG kelak. Malah aktiviti BIG juga telah memberi peluang kepada semua guru pelatih untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan semua pensyarah yang mengikuti BIG ini

terutamanya tutor kumpulan kuliah masing-masing kerana ini penting dalam menyediakan ikatan yang mesra di kalangan Guru Pelatih dan para pensyarah.

Ancaman Semasa saya menjalankan BIG ini, saya rasa tidak langsung ancaman yang saya perhatikan dan semua keadaan dikawal dengan baik oleh semua pensyarah yang terlibat

top related