3-asas biologi dalam psikologi

Post on 14-Jun-2015

2.592 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Puan Siti Azura Bahadin

Jabatan Psikologi dan Kaunseling

Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia

Universiti Utara Malaysia

PERKARA-PERKARA YANG AKAN PERKARA-PERKARA YANG AKAN DISENTUHDISENTUH

1. NEURON DAN SINAPS

2. SISTEM SARAF PUSAT–Bahagian Otak

3. SISTEM ENDOKRIN MANUSIA

PENDAHULUANPENDAHULUAN

• Satu daripada pendekatan yang digunakan bagi memahami jiwa & tingkah laku manusia ialah melalui perspektif psikobiologi: gabungan psikologi dan biologi.

• Pakar-pakar psikobiologi biasanya melakukan kajian ke atas otak, sistem saraf, endoktrin & hormon-hormon bagi mengenal pasti pengaruh-pengaruhnya ke atas tingkahlaku manusia.

• Contoh: Pendarahan dalam kepala akibat kemalangan atau individu yang secara mengejut dikejar oleh seekor badak.

1 - NEURON-NEURON dan 1 - NEURON-NEURON dan SINAPSSINAPS

1.1. SEL-SEL NEURON1.1. SEL-SEL NEURON

- Sel-sel neuron adalah sel yang terpenting kerana ia mengendalikan isyarat saraf dalam tubuh manusia.

- Sel-sel ini mempengaruhi tingkahlaku manusia.

- Sel-sel neuron mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza-beza.

- Rupa bentuknya bergantung kepada tugas yang dikendalikan.

- Walaupun demikian, strukturnya adalah sama.

1.2. DENDRIT1.2. DENDRIT

• Bahagian atas sel ada satu struktur yang dikenali sebagai “Dendrit”.

• Fungsi dendrit ialah menerima isyarat yang datang daripada sel-sel neuron yang lain.

1.3. AKSON1.3. AKSON

• Isyarat ini kemudian melalui badan sel dan bergerak ke arah batang akson yang diliputi oleh sarung meilin.

• Seterusnya, isyarat ini terus dibawa ke arah bouton hujung atau terminal akson.

• Apabila isyarat ini sampai ke terminal akson, ia tidak dapat meneruskan perjalanan kerana neuron-neuron tidak bersentuhan antara satu sama lain.

1.4. SINAPS1.4. SINAPS

• Jadi apabila tidak bersentuhan, ada ruang antara penghujung satu neuron dengan neuron yang lain.

• Ruang ini dikenali sebagai “Sinaps”.

• Sinaps bertindak sebagai penghubung antara neuron (Zimbardo, 2000).

• Sinaps adalah persimpangan di mana semua isyarat mengalami ‘loncatan’.

• Loncatan ini dipermudahkan oleh sejenis bahan kimia iaitu “neurotransmitters”.

1.5. TIGA (3) JENIS NEURON1.5. TIGA (3) JENIS NEURON

• Ada tiga (3) jenis neuron:

– Neuron Deria,

– Neuron Motor, dan

– Neuron Perantaraan

1.5.1. NEURON DERIA1.5.1. NEURON DERIA

Neuron jenis ini mengendalikan isyarat saraf daripada organ deria (mata, telinga, hidung, kulit dan lidah) kepada sistem pusat.

1.5.2. NEURON MOTOR1.5.2. NEURON MOTOR

Neuron jenis ini pula mengendalikan isyarat saraf pusat, iaitu daripada sistem saraf pusat kepada otot dan kelenjar.

1.5.3. NEURON PERANTARAAN1.5.3. NEURON PERANTARAAN

Neuron jenis ini menghubung isyarat daripada neuron deria ke neuron motor.

1.6. DUA (2) JENIS ISYARAT1.6. DUA (2) JENIS ISYARAT

• Dua (2) jenis isyarat yang dibawa oleh neuron:-

1.6.1. Impuls Afren :

Isyarat yang pergi ke saraf pusat melalui neuron deria untuk memberitahu saraf pusat mengenai aktiviti yang berlaku dalam tubuh manusia dan persekitaran.

1.6.2. Impuls Eferen :

Isyarat yang bergerak dari tubuh manusia melalui neuron motor dan mengarahkan organ efektor untuk bertindak.

2 - SISTEM SARAF PUSAT: 2 - SISTEM SARAF PUSAT: BAHAGIAN OTAKBAHAGIAN OTAK

• Merupakan pusat kawalan sistem saraf dan amat sensitif.

• Antara tugas asas otak :

– Menerima maklumat, – Menyimpan maklumat, dan – Mentafsir maklumat.

• Fungsi-fungsi mental berlaku di otak.

• Otak boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu:-

– Bahagian Hadapan Otak (Serebrum), – Bahagian Tengah Otak, dan – Bahagian Belakang Otak.

2.1. 2.1. BAHAGIAN HADAPAN OTAKBAHAGIAN HADAPAN OTAK(SEREBRUM(SEREBRUM))

• Serebrum berperanan mengawal pola-pola rumit tingkahlaku dan sumber aktiviti tahap maksima.

• Bahagian ini terdiri daripada 3 struktur am :-

(a) Talamus,

(b) Hipotalamus, dan (c) Korteks Serebrum

2.1.1. TALAMUS2.1.1. TALAMUS

Talamus :

Menyambung isyarat pergi dan balik dari otak.Menganalisis isyarat-isyarat deria manusia.

o Kegagalannya untuk berfungsi boleh menyebabkan manusia hilang deria pendengaran, penglihatan, rasa, sentuhan kecuali bau.

2.1.2. HIPOTALAMUS2.1.2. HIPOTALAMUS

o Hipotalamus - merupakan bahgian otak terkecil di hadapan sereblum dan di bawah talamus.

o Fungsinya :o Mengendalikan emosi dan tingkahlaku manusia,o Mengawal fungsi fisiologi badan.

o Contoh dari segi emosi dan tingkahlaku: o Tingkahlaku seksual, kawalan suhu badan, makan dan

minum, tidur dan perasaan marah.

o Contoh dari segi fisiologi: o Mengawal degupan jantung dan tekanan darah.

Sistem LimbikSistem Limbik

• Hipotalamus dan Talamus membentuk satu sistem – “Sistem Limbik”.

• Sistem Limbik dapat menghasilkan emosi serta tingkahlaku bermotivasi, antaranya :- – takut, – gerak balas seksual, dan – cemburu.

• Sistem Limbik terbahagi kepada 2 bahagian :-(i) Hipokampus,(ii) Amigdala.

2.1.2.1. HIPOKAMPUS2.1.2.1. HIPOKAMPUS

o Berkaitan dengan pembentukan daya ingatan.

o Kerosakannya boleh menyebabkan seseorang itu hilang ingatan.

2.1.2.2. AMIGDALA2.1.2.2. AMIGDALA

o Iaitu ketakutan terhadap bahaya dan respons terhadapnya.

o Bahagian ini akan membuat penilaian, sama ada wujud keadaan bahaya, atau selamat untuk ia bertindak.

o Kecelaruannya boleh menyebabkan terbentuknya tingkahlaku yang abnormal, seperti meniarap di lantai apabila ternampak pancaran cahaya (seperti kilat atau cahaya lensa fotograf).

2.1.3. KORTEKS SEREBRUM2.1.3. KORTEKS SEREBRUM

• Satu lagi struktur yang berada di bahagian hadapan otak ialah “Korteks Serebrum”.

• Korteks Serebrum mengandungi dua struktur yang sama bentuknya tetapi mengendalikan fungsi yang berbeza.

• Struktur-struktur ini dikenali sebagai hemisfera kanan dan hemisfera kiri.

KORTEKS SEREBRUM (sambung)KORTEKS SEREBRUM (sambung)

• Kedua-dua hemisfera ini mengendalikan fungsi badan yang berbeza-beza kecuali sentuhan dan penglihatan.

• Hemisfera kanan bertanggungjawab dalam mengendalikan bahagian kiri badan, seperti mata kiri, kaki kiri dan tangan kiri.

• Hemisfera kiri pula berperanan dalam mengendalikan bahagian kanan badan, seperti mata kanan, kaki kanan dan tangan kanan.

KORTEKS SEREBRUM (sambung)KORTEKS SEREBRUM (sambung)

• Korpus Kolosum mengandungi kumpulan-kumpulan akson yang menyambung komunikasi kedua-dua hemisfera ini, iaitu hemisfera kanan dan hemisfera kiri.

2.2. 2.2. BAHAGIAN TENGAH OTAKBAHAGIAN TENGAH OTAK

• Bahagian ini merupakan sebuah bahagian kecil dan terletak di atas belakang otak.

• Peranannya sebagai stesen: – menerima isyarat-isyarat dari organ-organ deria

manusia.

• Contohnya apabila kepala bergerak ke kiri, kanan dan ke atas, mata manusia masih mampu menumpukan perhatian kepada sesuatu objek dengan tepat.

• Kadangkala kepala turut sama mengarah kepada objek yang dilihat oleh mata agar nampak lebih jelas. Ini dinamakan ‘Rangsangan Akoustik’.

2.3. 2.3. BAHAGIAN BELAKANG OTAKBAHAGIAN BELAKANG OTAK

• Ia terletak dipangkal tengkorak dan merupakan bahagian yang paling bawah.

• Apabila saraf tunjang menyambung ke otak, ia semakin membesar dalam batang otak.

• Terdapat dua struktur yang penting dalam bahagian ini iaitu :-

– Medula, dan – Serebelum

2.3.1. MEDULA2.3.1. MEDULA

• Medula mempunyai pusat yang penting bagi mengawal pernafasan, degupan jantung, penghadaman dan pergerakan refleks.

• Medula juga adalah tempat di mana saraf dari otak dan saraf tunjang bertemu dan bersilang.

• Jadi, ia amat sensitif dan sebarang hentakan kuat di belakang otak (kawasan leher) boleh menyebabkan maut.

2.3.2. SEREBELUM2.3.2. SEREBELUM

• Serebelum berfungi untuk mengawal otot-otot dan kordinasi dalam badan.

o Serebelum kelihatan seperti korteks sereberum yang kecil dan terletak di bahagian dasar otak.

o Ia memainkan peranan untuk mengawal keseimbangan badan, penyelarasan dan pergerakan otot.

o Ia turut menyimpan ingatan dalam bentuk tabiat dan kemahiran, seperti menyuapkan makanan dan bermain alat muzik, sambil bernyanyi.

o Kecederaannya mungkin menyebabkan seseorang tidak mampu bergerak, seperti berjalan, berlari dan bermain.

3 - SISTEM ENDOKRIN 3 - SISTEM ENDOKRIN MANUSIAMANUSIA

• Sistem saraf manusia dibantu oleh satu sistem lain yang dinamakan ‘Sistem Endokrin’.

• Sistem ini mengawal proses-proses tubuh manusia dengan penggunaan bahan kimia.

• Dalam sistem endokrin, terdapat lapan (8) kelenjar yang mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

3.1. KELENJAR ADRENAL3.1. KELENJAR ADRENAL

• Kelenjar ini terdapat di atas kedua-dua buah pinggang.

• Ia penting dalam mencetuskan emosi, metabolisme dan nafsu seks.

• Apabila dirangsang, sama ada oleh hormon daripada sistem saraf autonomi atau kelenjar pituitari, kelenjar ini akan mengeluarkan tiga (3) hormon penting iaitu:-

• Kortisol, • Norepinefrina, dan • Epinefrina.

• Tujuan kelenjar ini ialah untuk :-

(a) Bertindakbalas terhadap Tekanan (iaitu hormon norepinefrina dan epinefrina).

(b) Membentuk antibodi melawan penyakit (iaitu hormon kortisol).

3.2. KELENJAR LANGERHANS3.2. KELENJAR LANGERHANS

• Merupakan sel-sel endokrin dalam pankreas yang mengawal aras gula dalam darah.

• Ia mengawalnya melalui dua (2) hormon yang bertindak secara berlawanan, iaitu hormon glukogen dan hormon insulin.

• Fungsi Hormon Glukogen merangsang hati untuk menukarkan gula kepada glukose bagi membekalkan tenaga.

• Fungsi Hormon Insulin pula mengurangkan jumlah kandungan glukose dengan cara menyerapnya daripada aliran darah.

3.3. KELENJAR SEKS3.3. KELENJAR SEKS

• Kelenjar seks terdapat pada kemaluan lelaki dan wanita:

– Ovari untuk wanita, dan – Testis untuk lelaki.

• Ovari pada kelenjar seks wanita akan mengeluarkan hormon – ovum, serta menghasilkan telur --- ova.

• Testis pada kelenjar seks lelaki akan mengeluarkan hormon --- sperma.

• Kedua-dua kelenjar ini penting untuk membangkitkan rasa sensasi dan seksual.

• Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan ciri-ciri seks sekunder, seperti bentuk badan, dan bulu badan.

• Kelenjar testis (lelaki) akan mengeluarkan hormon ‘Testosteron’.

• Kelenjar ovari (wanita) akan mengeluarkan hormon ‘Estrogen’.

• Kelenjar seks juga amat perlu kepada pasangan untuk mendapatkan zuriat (anak).

3.4. KELENJAR TIROID3.4. KELENJAR TIROID

• Ia terletak di bawah peti suara.

• Ia mengawal kadar metabolisme tubuh organisme.

• Hormon yang dikeluarkan ialah ‘hormon Tiroksina’, iaitu hormon yang dapat menentukan perkembangan aspek-aspek berikut secara am:

– Fizikal, – Mental, dan – Otot-otot.

• Kekurangan pada hormon tersebut boleh menyebabkan seseorang menjadi lembab, terencat akal, manakala otot-ototnya akan menjadi lemah.

• Hormon Tiroksina juga mengaitkan berat badan seseorang dengan kadar metabolisme.

• Orang gemuk biasanya memiliki kadar metabolisme yang rendah kerana kandungan hormon Tiroksina rendah.

• Orang kurus dilihat sebagai memiliki kadar metabolisme yang berlebihan kerana kandungan hormon Tiroksina yang berlebihan.

3.5. KELENJAR PARATIROID3.5. KELENJAR PARATIROID

• Kelenjar ini terletak dalam kelenjar tiroid.

• Ia mengeluarkan sejenis hormon – “Paratormon”.

• Hormon ini membantu sistem saraf manusia.

• Ia penting untuk perkembangan dan keaktifan sistem saraf.

3.5.1. PARATORMON3.5.1. PARATORMON

• Paratormon mengawal keadaan aktif sistem saraf melalui peningkatan dan pengurangan tahap-tahap ion (cas-cas ion) dalam sel neuron.

• Individu akan mengalami penyakit lelah jika hormon paratormon terhasil secara berlebihan.

• Ini kerana sistem saraf akan menjadi lebih aktif daripada biasa.

3.6. KELENJAR PITUITARI3.6. KELENJAR PITUITARI

• Ia terletak di bawah otak.

• Ia dikawal oleh bahagian hipotalamus.

• Ia dikenali sebagai “Kelenjar Induk” kerana ia mengeluarkan hormon-hormon bagi mengatur aktiviti kelenjar lain dalam sistem endokrin.

• Fungsinya paling penting ialah :-

– Mengatur reaksi tubuh badan terhadap tekanan, dan– Penentangan terhadap penyakit.

• Kelenjar Pituitari mengeluarkan hormon pertumbuhan.

• Hormon ini mempunyai kesan penting ke atas tubuh manusia, terutama dari segi:-

– Tumbesaran, dan – Mengawal tekanan darah.

• Kandungan hormon pertumbuhan yang terlalu sedikit akan melahirkan individu bersaiz kerdil.

• Manakala kandungan hormon yang terlalu banyak akan melahirkan individu bersaiz gergasi.

3.7. KELENJAR PINEAL3.7. KELENJAR PINEAL

• Kelenjar Pineal berada di antara hemisfera serebrum dan atas talamus.

• Hormon utama yang dikeluarkannya ialah “Melatonin”.

• Ia berperanan dalam merancang dan melaksanakan rentak kehidupan manusia antaranya,

– Rasa ingin berehat, – Tidur, bangun, – Ingin bermain, dan – Kitaran haid untuk wanita.

• Kadar hormon melatonin adalah perlu dalam menentukan

perasaan ceria, atau muram, seseorang individu itu.

• Kadar yang tinggi membantu keceriaan hidup manusia.

• Kandungan hormon melatonin dapat dikesan dengan cara mendedahkan manusia kepada cahaya matahari.

• Rawatan terhadap perasaan manusia dapat dilakukan dengan kaedah cahaya kerana cahaya mempengaruhi aras

melatonin.

Pagi-pagi breakfast meegi,

Minum kopi tanpa gula,

Rajin-rajin ler mengulangkaji,

Jika anda ingin BERJAYA….

top related