3-asas biologi dalam psikologi

47
Puan Siti Azura Bahadin Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia

Upload: denixng

Post on 14-Jun-2015

2.590 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3-asas biologi dalam psikologi

Puan Siti Azura Bahadin

Jabatan Psikologi dan Kaunseling

Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia

Universiti Utara Malaysia

Page 2: 3-asas biologi dalam psikologi

PERKARA-PERKARA YANG AKAN PERKARA-PERKARA YANG AKAN DISENTUHDISENTUH

1. NEURON DAN SINAPS

2. SISTEM SARAF PUSAT–Bahagian Otak

3. SISTEM ENDOKRIN MANUSIA

Page 3: 3-asas biologi dalam psikologi

PENDAHULUANPENDAHULUAN

• Satu daripada pendekatan yang digunakan bagi memahami jiwa & tingkah laku manusia ialah melalui perspektif psikobiologi: gabungan psikologi dan biologi.

• Pakar-pakar psikobiologi biasanya melakukan kajian ke atas otak, sistem saraf, endoktrin & hormon-hormon bagi mengenal pasti pengaruh-pengaruhnya ke atas tingkahlaku manusia.

• Contoh: Pendarahan dalam kepala akibat kemalangan atau individu yang secara mengejut dikejar oleh seekor badak.

Page 4: 3-asas biologi dalam psikologi

1 - NEURON-NEURON dan 1 - NEURON-NEURON dan SINAPSSINAPS

Page 5: 3-asas biologi dalam psikologi
Page 6: 3-asas biologi dalam psikologi

1.1. SEL-SEL NEURON1.1. SEL-SEL NEURON

- Sel-sel neuron adalah sel yang terpenting kerana ia mengendalikan isyarat saraf dalam tubuh manusia.

- Sel-sel ini mempengaruhi tingkahlaku manusia.

- Sel-sel neuron mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza-beza.

- Rupa bentuknya bergantung kepada tugas yang dikendalikan.

- Walaupun demikian, strukturnya adalah sama.

Page 7: 3-asas biologi dalam psikologi

1.2. DENDRIT1.2. DENDRIT

• Bahagian atas sel ada satu struktur yang dikenali sebagai “Dendrit”.

• Fungsi dendrit ialah menerima isyarat yang datang daripada sel-sel neuron yang lain.

Page 8: 3-asas biologi dalam psikologi

1.3. AKSON1.3. AKSON

• Isyarat ini kemudian melalui badan sel dan bergerak ke arah batang akson yang diliputi oleh sarung meilin.

• Seterusnya, isyarat ini terus dibawa ke arah bouton hujung atau terminal akson.

• Apabila isyarat ini sampai ke terminal akson, ia tidak dapat meneruskan perjalanan kerana neuron-neuron tidak bersentuhan antara satu sama lain.

Page 9: 3-asas biologi dalam psikologi

1.4. SINAPS1.4. SINAPS

• Jadi apabila tidak bersentuhan, ada ruang antara penghujung satu neuron dengan neuron yang lain.

• Ruang ini dikenali sebagai “Sinaps”.

• Sinaps bertindak sebagai penghubung antara neuron (Zimbardo, 2000).

• Sinaps adalah persimpangan di mana semua isyarat mengalami ‘loncatan’.

• Loncatan ini dipermudahkan oleh sejenis bahan kimia iaitu “neurotransmitters”.

Page 10: 3-asas biologi dalam psikologi

1.5. TIGA (3) JENIS NEURON1.5. TIGA (3) JENIS NEURON

• Ada tiga (3) jenis neuron:

– Neuron Deria,

– Neuron Motor, dan

– Neuron Perantaraan

Page 11: 3-asas biologi dalam psikologi

1.5.1. NEURON DERIA1.5.1. NEURON DERIA

Neuron jenis ini mengendalikan isyarat saraf daripada organ deria (mata, telinga, hidung, kulit dan lidah) kepada sistem pusat.

Page 12: 3-asas biologi dalam psikologi

1.5.2. NEURON MOTOR1.5.2. NEURON MOTOR

Neuron jenis ini pula mengendalikan isyarat saraf pusat, iaitu daripada sistem saraf pusat kepada otot dan kelenjar.

Page 13: 3-asas biologi dalam psikologi

1.5.3. NEURON PERANTARAAN1.5.3. NEURON PERANTARAAN

Neuron jenis ini menghubung isyarat daripada neuron deria ke neuron motor.

Page 14: 3-asas biologi dalam psikologi

1.6. DUA (2) JENIS ISYARAT1.6. DUA (2) JENIS ISYARAT

• Dua (2) jenis isyarat yang dibawa oleh neuron:-

1.6.1. Impuls Afren :

Isyarat yang pergi ke saraf pusat melalui neuron deria untuk memberitahu saraf pusat mengenai aktiviti yang berlaku dalam tubuh manusia dan persekitaran.

1.6.2. Impuls Eferen :

Isyarat yang bergerak dari tubuh manusia melalui neuron motor dan mengarahkan organ efektor untuk bertindak.

Page 15: 3-asas biologi dalam psikologi

2 - SISTEM SARAF PUSAT: 2 - SISTEM SARAF PUSAT: BAHAGIAN OTAKBAHAGIAN OTAK

Page 16: 3-asas biologi dalam psikologi

• Merupakan pusat kawalan sistem saraf dan amat sensitif.

• Antara tugas asas otak :

– Menerima maklumat, – Menyimpan maklumat, dan – Mentafsir maklumat.

• Fungsi-fungsi mental berlaku di otak.

• Otak boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu:-

– Bahagian Hadapan Otak (Serebrum), – Bahagian Tengah Otak, dan – Bahagian Belakang Otak.

Page 17: 3-asas biologi dalam psikologi
Page 18: 3-asas biologi dalam psikologi

2.1. 2.1. BAHAGIAN HADAPAN OTAKBAHAGIAN HADAPAN OTAK(SEREBRUM(SEREBRUM))

• Serebrum berperanan mengawal pola-pola rumit tingkahlaku dan sumber aktiviti tahap maksima.

• Bahagian ini terdiri daripada 3 struktur am :-

(a) Talamus,

(b) Hipotalamus, dan (c) Korteks Serebrum

Page 19: 3-asas biologi dalam psikologi

2.1.1. TALAMUS2.1.1. TALAMUS

Talamus :

Menyambung isyarat pergi dan balik dari otak.Menganalisis isyarat-isyarat deria manusia.

o Kegagalannya untuk berfungsi boleh menyebabkan manusia hilang deria pendengaran, penglihatan, rasa, sentuhan kecuali bau.

Page 20: 3-asas biologi dalam psikologi

2.1.2. HIPOTALAMUS2.1.2. HIPOTALAMUS

o Hipotalamus - merupakan bahgian otak terkecil di hadapan sereblum dan di bawah talamus.

o Fungsinya :o Mengendalikan emosi dan tingkahlaku manusia,o Mengawal fungsi fisiologi badan.

o Contoh dari segi emosi dan tingkahlaku: o Tingkahlaku seksual, kawalan suhu badan, makan dan

minum, tidur dan perasaan marah.

o Contoh dari segi fisiologi: o Mengawal degupan jantung dan tekanan darah.

Page 21: 3-asas biologi dalam psikologi

Sistem LimbikSistem Limbik

• Hipotalamus dan Talamus membentuk satu sistem – “Sistem Limbik”.

• Sistem Limbik dapat menghasilkan emosi serta tingkahlaku bermotivasi, antaranya :- – takut, – gerak balas seksual, dan – cemburu.

• Sistem Limbik terbahagi kepada 2 bahagian :-(i) Hipokampus,(ii) Amigdala.

Page 22: 3-asas biologi dalam psikologi

2.1.2.1. HIPOKAMPUS2.1.2.1. HIPOKAMPUS

o Berkaitan dengan pembentukan daya ingatan.

o Kerosakannya boleh menyebabkan seseorang itu hilang ingatan.

Page 23: 3-asas biologi dalam psikologi

2.1.2.2. AMIGDALA2.1.2.2. AMIGDALA

o Iaitu ketakutan terhadap bahaya dan respons terhadapnya.

o Bahagian ini akan membuat penilaian, sama ada wujud keadaan bahaya, atau selamat untuk ia bertindak.

o Kecelaruannya boleh menyebabkan terbentuknya tingkahlaku yang abnormal, seperti meniarap di lantai apabila ternampak pancaran cahaya (seperti kilat atau cahaya lensa fotograf).

Page 24: 3-asas biologi dalam psikologi

2.1.3. KORTEKS SEREBRUM2.1.3. KORTEKS SEREBRUM

• Satu lagi struktur yang berada di bahagian hadapan otak ialah “Korteks Serebrum”.

• Korteks Serebrum mengandungi dua struktur yang sama bentuknya tetapi mengendalikan fungsi yang berbeza.

• Struktur-struktur ini dikenali sebagai hemisfera kanan dan hemisfera kiri.

Page 25: 3-asas biologi dalam psikologi

KORTEKS SEREBRUM (sambung)KORTEKS SEREBRUM (sambung)

• Kedua-dua hemisfera ini mengendalikan fungsi badan yang berbeza-beza kecuali sentuhan dan penglihatan.

• Hemisfera kanan bertanggungjawab dalam mengendalikan bahagian kiri badan, seperti mata kiri, kaki kiri dan tangan kiri.

• Hemisfera kiri pula berperanan dalam mengendalikan bahagian kanan badan, seperti mata kanan, kaki kanan dan tangan kanan.

Page 26: 3-asas biologi dalam psikologi

KORTEKS SEREBRUM (sambung)KORTEKS SEREBRUM (sambung)

• Korpus Kolosum mengandungi kumpulan-kumpulan akson yang menyambung komunikasi kedua-dua hemisfera ini, iaitu hemisfera kanan dan hemisfera kiri.

Page 27: 3-asas biologi dalam psikologi

2.2. 2.2. BAHAGIAN TENGAH OTAKBAHAGIAN TENGAH OTAK

• Bahagian ini merupakan sebuah bahagian kecil dan terletak di atas belakang otak.

• Peranannya sebagai stesen: – menerima isyarat-isyarat dari organ-organ deria

manusia.

• Contohnya apabila kepala bergerak ke kiri, kanan dan ke atas, mata manusia masih mampu menumpukan perhatian kepada sesuatu objek dengan tepat.

• Kadangkala kepala turut sama mengarah kepada objek yang dilihat oleh mata agar nampak lebih jelas. Ini dinamakan ‘Rangsangan Akoustik’.

Page 28: 3-asas biologi dalam psikologi

2.3. 2.3. BAHAGIAN BELAKANG OTAKBAHAGIAN BELAKANG OTAK

• Ia terletak dipangkal tengkorak dan merupakan bahagian yang paling bawah.

• Apabila saraf tunjang menyambung ke otak, ia semakin membesar dalam batang otak.

• Terdapat dua struktur yang penting dalam bahagian ini iaitu :-

– Medula, dan – Serebelum

Page 29: 3-asas biologi dalam psikologi

2.3.1. MEDULA2.3.1. MEDULA

• Medula mempunyai pusat yang penting bagi mengawal pernafasan, degupan jantung, penghadaman dan pergerakan refleks.

• Medula juga adalah tempat di mana saraf dari otak dan saraf tunjang bertemu dan bersilang.

• Jadi, ia amat sensitif dan sebarang hentakan kuat di belakang otak (kawasan leher) boleh menyebabkan maut.

Page 30: 3-asas biologi dalam psikologi

2.3.2. SEREBELUM2.3.2. SEREBELUM

• Serebelum berfungi untuk mengawal otot-otot dan kordinasi dalam badan.

o Serebelum kelihatan seperti korteks sereberum yang kecil dan terletak di bahagian dasar otak.

o Ia memainkan peranan untuk mengawal keseimbangan badan, penyelarasan dan pergerakan otot.

o Ia turut menyimpan ingatan dalam bentuk tabiat dan kemahiran, seperti menyuapkan makanan dan bermain alat muzik, sambil bernyanyi.

o Kecederaannya mungkin menyebabkan seseorang tidak mampu bergerak, seperti berjalan, berlari dan bermain.

Page 31: 3-asas biologi dalam psikologi

3 - SISTEM ENDOKRIN 3 - SISTEM ENDOKRIN MANUSIAMANUSIA

Page 32: 3-asas biologi dalam psikologi
Page 33: 3-asas biologi dalam psikologi

• Sistem saraf manusia dibantu oleh satu sistem lain yang dinamakan ‘Sistem Endokrin’.

• Sistem ini mengawal proses-proses tubuh manusia dengan penggunaan bahan kimia.

• Dalam sistem endokrin, terdapat lapan (8) kelenjar yang mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

Page 34: 3-asas biologi dalam psikologi

3.1. KELENJAR ADRENAL3.1. KELENJAR ADRENAL

• Kelenjar ini terdapat di atas kedua-dua buah pinggang.

• Ia penting dalam mencetuskan emosi, metabolisme dan nafsu seks.

• Apabila dirangsang, sama ada oleh hormon daripada sistem saraf autonomi atau kelenjar pituitari, kelenjar ini akan mengeluarkan tiga (3) hormon penting iaitu:-

• Kortisol, • Norepinefrina, dan • Epinefrina.

Page 35: 3-asas biologi dalam psikologi

• Tujuan kelenjar ini ialah untuk :-

(a) Bertindakbalas terhadap Tekanan (iaitu hormon norepinefrina dan epinefrina).

(b) Membentuk antibodi melawan penyakit (iaitu hormon kortisol).

Page 36: 3-asas biologi dalam psikologi

3.2. KELENJAR LANGERHANS3.2. KELENJAR LANGERHANS

• Merupakan sel-sel endokrin dalam pankreas yang mengawal aras gula dalam darah.

• Ia mengawalnya melalui dua (2) hormon yang bertindak secara berlawanan, iaitu hormon glukogen dan hormon insulin.

• Fungsi Hormon Glukogen merangsang hati untuk menukarkan gula kepada glukose bagi membekalkan tenaga.

• Fungsi Hormon Insulin pula mengurangkan jumlah kandungan glukose dengan cara menyerapnya daripada aliran darah.

Page 37: 3-asas biologi dalam psikologi

3.3. KELENJAR SEKS3.3. KELENJAR SEKS

• Kelenjar seks terdapat pada kemaluan lelaki dan wanita:

– Ovari untuk wanita, dan – Testis untuk lelaki.

• Ovari pada kelenjar seks wanita akan mengeluarkan hormon – ovum, serta menghasilkan telur --- ova.

• Testis pada kelenjar seks lelaki akan mengeluarkan hormon --- sperma.

Page 38: 3-asas biologi dalam psikologi

• Kedua-dua kelenjar ini penting untuk membangkitkan rasa sensasi dan seksual.

• Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan ciri-ciri seks sekunder, seperti bentuk badan, dan bulu badan.

• Kelenjar testis (lelaki) akan mengeluarkan hormon ‘Testosteron’.

• Kelenjar ovari (wanita) akan mengeluarkan hormon ‘Estrogen’.

• Kelenjar seks juga amat perlu kepada pasangan untuk mendapatkan zuriat (anak).

Page 39: 3-asas biologi dalam psikologi

3.4. KELENJAR TIROID3.4. KELENJAR TIROID

• Ia terletak di bawah peti suara.

• Ia mengawal kadar metabolisme tubuh organisme.

• Hormon yang dikeluarkan ialah ‘hormon Tiroksina’, iaitu hormon yang dapat menentukan perkembangan aspek-aspek berikut secara am:

– Fizikal, – Mental, dan – Otot-otot.

Page 40: 3-asas biologi dalam psikologi

• Kekurangan pada hormon tersebut boleh menyebabkan seseorang menjadi lembab, terencat akal, manakala otot-ototnya akan menjadi lemah.

• Hormon Tiroksina juga mengaitkan berat badan seseorang dengan kadar metabolisme.

• Orang gemuk biasanya memiliki kadar metabolisme yang rendah kerana kandungan hormon Tiroksina rendah.

• Orang kurus dilihat sebagai memiliki kadar metabolisme yang berlebihan kerana kandungan hormon Tiroksina yang berlebihan.

Page 41: 3-asas biologi dalam psikologi

3.5. KELENJAR PARATIROID3.5. KELENJAR PARATIROID

• Kelenjar ini terletak dalam kelenjar tiroid.

• Ia mengeluarkan sejenis hormon – “Paratormon”.

• Hormon ini membantu sistem saraf manusia.

• Ia penting untuk perkembangan dan keaktifan sistem saraf.

Page 42: 3-asas biologi dalam psikologi

3.5.1. PARATORMON3.5.1. PARATORMON

• Paratormon mengawal keadaan aktif sistem saraf melalui peningkatan dan pengurangan tahap-tahap ion (cas-cas ion) dalam sel neuron.

• Individu akan mengalami penyakit lelah jika hormon paratormon terhasil secara berlebihan.

• Ini kerana sistem saraf akan menjadi lebih aktif daripada biasa.

Page 43: 3-asas biologi dalam psikologi

3.6. KELENJAR PITUITARI3.6. KELENJAR PITUITARI

• Ia terletak di bawah otak.

• Ia dikawal oleh bahagian hipotalamus.

• Ia dikenali sebagai “Kelenjar Induk” kerana ia mengeluarkan hormon-hormon bagi mengatur aktiviti kelenjar lain dalam sistem endokrin.

• Fungsinya paling penting ialah :-

– Mengatur reaksi tubuh badan terhadap tekanan, dan– Penentangan terhadap penyakit.

Page 44: 3-asas biologi dalam psikologi

• Kelenjar Pituitari mengeluarkan hormon pertumbuhan.

• Hormon ini mempunyai kesan penting ke atas tubuh manusia, terutama dari segi:-

– Tumbesaran, dan – Mengawal tekanan darah.

• Kandungan hormon pertumbuhan yang terlalu sedikit akan melahirkan individu bersaiz kerdil.

• Manakala kandungan hormon yang terlalu banyak akan melahirkan individu bersaiz gergasi.

Page 45: 3-asas biologi dalam psikologi

3.7. KELENJAR PINEAL3.7. KELENJAR PINEAL

• Kelenjar Pineal berada di antara hemisfera serebrum dan atas talamus.

• Hormon utama yang dikeluarkannya ialah “Melatonin”.

• Ia berperanan dalam merancang dan melaksanakan rentak kehidupan manusia antaranya,

– Rasa ingin berehat, – Tidur, bangun, – Ingin bermain, dan – Kitaran haid untuk wanita.

Page 46: 3-asas biologi dalam psikologi

• Kadar hormon melatonin adalah perlu dalam menentukan

perasaan ceria, atau muram, seseorang individu itu.

• Kadar yang tinggi membantu keceriaan hidup manusia.

• Kandungan hormon melatonin dapat dikesan dengan cara mendedahkan manusia kepada cahaya matahari.

• Rawatan terhadap perasaan manusia dapat dilakukan dengan kaedah cahaya kerana cahaya mempengaruhi aras

melatonin.

Page 47: 3-asas biologi dalam psikologi

Pagi-pagi breakfast meegi,

Minum kopi tanpa gula,

Rajin-rajin ler mengulangkaji,

Jika anda ingin BERJAYA….