15 jun

Post on 15-Sep-2015

225 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN1 Minggu / Hari / Tarikh:Minggu 23 / Isnin / 15 Jun 2015

2 Kelas / Masa / Mata Pelajaran: 2 Al-Bukhari / 7.50 pagi 9.20 pagi / Bahasa Malaysia

3 Tema / Tajuk Standard Pembelajaran (KOD):Seni dan Budaya / Warisan Kita

4 Objektif Pembelajaran1.Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan berbentuk didik hibur untuk menambahkan ilmu dan kosa kata.

2.Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan

5 Aktiviti PDP:1.Guru menunjukkan gambar songkok dan bersoal jawab berkenaannya yang dikaitkan dengan tajuk pengajaran pada hari ini.

2.Murid diminta membaca teks Anak Pembuat Songkok secara mentalis untuk memahami maklumat dalam teks.

3.Guru dan murid bersoal jawab maklumat yang difahami daripada teks

4.Murid diminta menyalin soalan pemahaman

5.Guru dan murid berbincang jawapan bagi setiap soalan yang diberikan.

6 Elemen Merentas Kurikulum (EMK):Nilai Murni (Yakin Diri)

7 Bahan Bantu BelajarBuku teks, buku tulis

8 Penilaian PDP:Murid dapat membaca dan memahami maklumat serta menjawab soalan pemahaman dengan betul dan tepat.

9 Refleksi / Impak dan Kerja Rumah:

KBATMenganalisis

1 Minggu / Hari / Tarikh:Minggu 23 / Isnin / 15 Jun 2015

2 Kelas / Masa / Mata Pelajaran:1 Al-Masudi / 9.50 pagi 10.50 pagi

3 Tema / Tajuk Standard Pembelajaran (KOD):Hidup Selamat / Berhati-hati Kawan

4 Objektif Pembelajaran1.Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebuta yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.

2.Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

5 Aktiviti PDP:1.Guru bersoal jawab aspek keselamatan yang perlu dijaga ketika berada di sekolah dan dikaitkan dengan tajuk pada hari ini.

2.Murid diminta membaca kuat ayat tunggal dalam teks secara bergilir-gilir.

3.Murid diminta menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam bentuk susunan cerita dalam buku tulis.

6 Elemen Merentas Kurikulum (EMK):Nilai Murni (toleransi)

7 Bahan Bantu Belajarbuku teks, buku tulis

8 Penilaian PDP:Murid dapat membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk serta menuli ayat tunggal dan ayat majmuk dengan kemas.

9 Refleksi / Impak dan Kerja Rumah:

KBATMenjana Idea

1 Minggu / Hari / Tarikh:Minggu 23 / Isnin / 15 Jun 2015

2 Kelas / Masa / Mata Pelajaran:4 Al-Farabi / 12.20 tengah hari 1.20 tengah hari / Sejarah

3 Tema / Tajuk Standard Pembelajaran (KOD):Mari Belajar Sejarah / Tempat Tinggal Saya

4 Objektif Pembelajaran1.Menyatakan sejarah tempat tinggal

2.Menyatakan bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal

5 Aktiviti PDP:1.Guru bersoal jawab tempat tinggal murid dan dikaitkan dengan tajuk pengajaran pada hari ini.

2.Guru menerangkan perihal tempat tinggal masyarakat Malaysia yang mempunyai latar belakang dan sejarah tersendiri.

3.Guru bersoal jawab sejarah tempat tinggal murid.

4.Murid diminta menyatakan bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal mereka daripada bentuk fizikal yang dilihat dan diketahui.

5.Murid diminta menulis maklumat perbincangan dalam buku tulis.

6 Elemen Merentas Kurikulum (EMK):Pendidikan Seni Visual (melakar poskad)

7 Bahan Bantu BelajarBuku teks, buku tulis

8 Penilaian PDP:Murid dapat menyatakan sejarah tempat tinggal dan bentuk muka bumi tempat tinggal dengan betul dan tepat.

9 Refleksi / Impak dan Kerja Rumah:

KBATMenjana Idea

top related