amanat yang amanat sempena 26 tahun amat berhormat...

13
Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 177 Amanat Yang Amat Berhormat MENTERI BESAR KELANTAN Mengembalikan Kegemilangan Seni dan Budaya Kelantan MS/5 Amanat Sempena 26 Tahun Pentadbiran MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Di Kelantan, kita sangat mengutamakan Konsep Pengurusan Islam bagi menaungi seluruh aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan Negeri ini. Melalui konsep ini, ia berupaya membawa ke arah pengukuhan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam di Kelantan.-MB MS/6 MENARIK DI DALAM MS/15 Majlis Perasmian Penutup Karnival Toyyiba 2016

Upload: trinhkhanh

Post on 01-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 1

    Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 177

    Amanat Yang Amat Berhormat MENTERI BESAR KELANTAN

    Mengembalikan KegemilanganSeni dan Budaya Kelantan

    MS/5

    Amanat Sempena26 Tahun Pentadbiran MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

    Di Kelantan, kita sangat mengutamakan Konsep Pengurusan Islam bagi menaungi seluruh aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan Negeri ini. Melalui konsep ini, ia berupaya membawa ke arah pengukuhan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam di Kelantan.-MB

    MS/6

    MENARIKDI DALAM

    MS/15

    Majlis Perasmian PenutupKarnival Toyyiba 2016

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 2 3Sidang Redaksi

    PENAUNGYB DATO HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

    PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

    PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPenolong Pengarah Penerbitan dan Dokumentasi

    SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH SAIPUL BAHRIN

    WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

    CHE MAZIAH BINTI [email protected]

    JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

    PEGAWAI PENYELIDIKNAZIRATUL AINI BT MOHD [email protected]

    PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

    PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

    ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

    KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

    Merakyatkan Membangun Bersama Islam

    Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

    Pena Pengarah

    PERUTUSAN Y.A.B USTAZ DATO MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA TAHUN BARU 1438 HIJRAH

    Allah S.W.T Berfirman:

    Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, juga orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia. (Al-Anfal:74)

    (1) Tahun 1438 Hijriyah adalah satu lembaran baru dalam kehidupan umat Islam untuk membuat anjakan ke arah memperbanyakan Al-Bir dan Al-Taqwa. Kesatuan umat Islam wajib dibina teguh berasaskan Syariat Allah dan ukhuwwah berpaksikan tolong-menolong dalam perkara kebaikan hendaklah utuh.

    (2) Keutuhan ukhuwwah generasi terdahulu telah menyaksikan pelbagai kekuasaan dan kemenangan umat Islam ketika berhadapan dengan situasi sukar. Satu Fikrah Satu Amal telah menjadi asas perjuangan dalam menobatkan agama Allah diatas

    muka bumi. Gambaran kehebatan ukhuwwah ini pernah dinyatakan oleh Saidina Ali Radhiallahu Anhu:

    Kami seumpama satu ruh diantara dua jasad yang terpisah. Jasad pada hakikatnya ada dua namun ruh bersatu!

    (3) Keteguhan ukhuwwah seumpama ini sangat diperlukan khususnya pada zaman mutakhir ini yang penuh dengan penyelewengan dan penindasan terhadap umat Islam sendiri. Tanpa kesatuan umat Islam, sudah pasti kita tidak mampu membina tamadun hebat dan hanya menjadi ummah yang dicatur dengan begitu mudah.

    (4) Negeri Kelantan yang Membangun Bersama Islam sudah memasuki usia ke-26 tahun dan telah melalui pelbagai mehnah serta liku-liku perjuangan. Sekurang-kurangnya dengan usaha kepimpinan terdahulu dan sekarang, Kelantan dengan model bawaan Islamnya telah bertapak dihati seluruh rakyat negeri ini dan masyarakat luar. Ketika saya dikunjungi oleh wakil Nisa Al-

    Aqsa tempohari, saya sangat terharu apabila beliau menyatakan bahawa:

    Sebelum ini kami banyak berjumpa dengan NGO-NGO Islam dalam rangka untuk menarik sokongan kepada perjuangan kami. Namun, pada hari ini kami berjumpa dengan sebuah Kerajaan Islam yang menyokong penuh usaha dan perjuangan kami

    (5) Dengan adanya Kerajaan Negeri yang telah sekian lama menerapkan dasar Islam, kita mengharapkan Allah sentiasa merahmati dan mengampuni sekalian rakyat negeri ini. Marilah kita bergandingan bahu menjaga kesejahteraan negeri Serambi Mekah ini dengan langkah sederap dan penuh muwafakat sehinggalah tuntutan Syariat dapat dilaksanakan sepenuhnya.

    Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru 1438 Hijriyah

    USTAZ DATO HAJI AHMAD BIN YAKOBMenteri Besar Kelantan29 Zulhijjah 1437H 1 Oktober 2016M

    PilihanrayaBiasanya apabila disebut sesuatu itu dari

    negara Amerika atau England, maka mentaliti kebanyakan kita akan menempatkan sesuatu itu sebagai berkelas. Amerika sejak 1947 membuat pindaan kepada Perlembagaan Negara mereka bahawa tiada seorang pun yang boleh dipilih sebagai Presiden Negara itu lebih dari dua kali, dua penggal, empat tahun setiap penggal. Maka menjelang Januari, 2017 tamatlah tempuh Barack Hussein Obama mempresideni Amerika tanpa punya kelayakan untuk bertanding semula.

    Tarikh mengundi untuk penggal presidennya pula sudah diketahui sejak bermulanya sistem pilihanraya di negara itu, tahun 1792 dan dipinda pada tahun 1845, ia-itu setiap hari Selasa pertama bulan November setiap hujung penggal. Sementara hari angkat sumpah Presidennya pada setiap 20 Januari yang berikutnya. Hari mengundi bagi tahun 2020 pun sudah ditetapkan, Selasa, 3 November, 2020. Demikianlah untuk piliharaya bagi menggantikan Obama akan diadakan pada 8 November, 2016 yang sudahpun diketahui lama sebelum beliau menjadi calon pilihanraya dan memenanginya pada tahun 2008.

    Begitu juga halnya dengan England. Tarikh pilihanraya umumnya yang ke-57 akan datang adalah pada 7hb. May, 2020 salepas pilihanraya terakhirnya pada 7hb. May, 2015 baru lalu. Ini adalah hasil daripada Akta Penetapan Tempoh Penggal Pilihanraya 2011 yang menetapkan tempoh lima tahun setiap penggal, dan menghilangkan amalan yang memberikan prerogatife kepada raja untuk membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri bila mendapati ianya tactically convenient time to maximise the chance of electoral victory di pihak parti yang memerintah dan Perdana Menteri pada masa itu.

    Mengapa kita tidak mampu menerima kaedah ini. Apakah Negara tercinta ini begitu

    ketandusan manusia yang berkelayakan untuk dijadikan gantian setiap 10 tahun dua penggal 5 tahun kita?. Sedangkan di antara justifikasi menghadkan tempoh dua penggal di Amerika adalah mengelakkan dari terjadinya penyakit lama berkuasa sebagaimana yang melanda beberapa negara dan negeri di dunia hari ini. Sesungguhnya kita juga perlu mengiktiraf bahawa Negara kita juga masih mempunyai ramai yang berkelayakan dan bersedia dan boleh menyumbangkan yang terbaik untuk Negara dan bangsa Malaysia.

    Hak untuk menentukan tarikh pilihanraya yang terletak sepenuhnya di atas budi bicara seorang yang berkuasa pada masa itu juga memberikan satu bebanan berat yang ditanggung oleh seluruh rakyat dan Negara. Tahun pertama selepas PRU, Negara masih dalam hangat haba pilihanraya. Yang menang masih merayakan kemenangan mereka di setiap lokaliti mengundi, sementara yang kalah masih dalam idah berkabung. Di tahun kedua dan ketiga inilah kita ada sedikit masa untuk bernafas lega, atmosfera politik Negara menunjukkan cuaca yang sedikit tenang. Kalau ada pun, karenah-karenah para pembesar yang tak kunjung padam.

    Masuk tahun keempat, semua pihak, baik yang menang ataupun yang kalah sudah mula berada dalam mood PRU yang berikutnya. Pimpinan parti pemerintah mula mengintai-intai saat terbaik untuk megishtiharkan PRU, semua perkiraan parti yang memerintah adalah terarah kepada memenangkan parti mereka dalam pilihanraya, sehingga katanya tergamak seorang yang mendapat amanah menjadi pimpinan pusat dari sebuah negeri yang tidak diperintah oleh UMNO-BN menghalang terlaksananya projek pembangunan di negeri itu, takut-takut ianya menjadikan rakyat tidak marah kepada pemerintah negeri dan rakyat selesa dengan pentadbiran yang sedia ada dan akan menafikan kemenangan UMNO. Di pihak yang kalah pula tidak jenera tidur.... bilakah PRU kita yang akan datang?. kerana memasuki PRU memerlukan persiapan yang bukan sedikit bagi sabuah parti politik yang tidak menguasai Kerajaan Pusat. Alangkah penatnya jika pilihanraya diishtiharkan pagi esoknya sebaik saja pimpinan Negara mendapat mimpi dan alamat baik pada malamnya.

    Bilakah kita akan berubah? Memandangkan betapa kroniknya Negara kini, di mana segala pertimbangan berasaskan untung rugi politik parti pemerintah, walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan majoriti rakyat. Sekiranya kaedah penetapan dilaksanakan, maka satu ruang masa yang selesa bagi semua pihak untuk menyumbangkan kepada kesejahteraan rakyat dan negara dapat diberikan, semua pihak tidak lagi terbeban dengan teka teki tarikh keramat bilakah PRU yang berikutnya akan diadakan.

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 4 5

    CYBERJAYA Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato Hj. Che Abdullah B. Mat Nawi menyokong hasrat Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP) untuk melahirkan satu rangkaian maklumat elektronik yang tepat, telus dan terkini.

    Beliau yang mewakili Menteri Besar Kelantan dalam ucapan pelancaran 1 Media Online dan Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia hari ini berkata, Dengan hasrat memasyarakatkan

    IT dan melatih rakyat untuk mengurangkan jurang digital, saya berharap penganjuran program ini mampu menjadi titik mula untuk merealisasikan impian ini. katanya.

    Tambahnya lagi, kita perlu sedar gelombang media arus perdana dalam menyajikan informasi lebih tepat dan telus kini perlu diperhalusi dengan teliti.

    YB Dato Hj. Che Abdullah B. Mat Nawi melancarkan 1Media Online dengan menyempurnakan

    gimik perasmian menggunakan teknologi hologram yang memancarkan imej 3D.

    Hub 1Media ini boleh diakses melalui laman www.1Media.my. Ini antaranya menyediakan hub seperti TV 1Media, 1Media Touch n Get dan radio internet Hijau FM.

    Majlis yang dihadiri sekitar 600 orang itu turut diserikan dengan persembahan daripada Busker DACS Selangor.

    KUALA LUMPUR- YB Mejar (B) Dato Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan menghadiri Program Kelantan Cultural Showcase yang diadakan Oktober 2016 bertempat di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

    Program ini merupakan di antara siri promosi pelancongan yang diadakan luar daripada negeri

    Kelantan. Pelbagai persembahan kebudayaan, kesenian dan warisan negeri Kelantan dipersembahkan. Selain mempromosikan produk-produk pelancongan lain, ia juga menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri Kelantan. Ini merupakan penganjuran kali ke-4 program ini dijalankan hasil daripada kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dan Pasar Seni Kuala Lumpur.

    Perbadanan Muzium Negeri

    Kelantan juga mengambil bahagian didalam siri promosi pada kali ini dengan mengadakan pameran Tok Janggut dan promosi Pameran Artifak Rasulullah SAW yang sedang berlangsung di Muzium Negeri Kelantan.

    Turut bersama ialah, Ketua Penolong Setiausaha (Kebudayaan dan Pelancongan), Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, dan Penolong Pengarah Kompleks Pasar Seni Kuala Lumpur.

    HUB 1MEDIA, INTERAKSI BARU PENGGUNA MEDIA SOSIAL

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN SENI DAN BUDAYA KELANTAN

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 6 7

    YB. Dr. Ramli B. Mamat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di atas kenyataan akhbar beliau baru-baru ini yang menafikan aktiviti penggodolan hutan di Kelantan.

    Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan juga dilaporkan pernah menerima anugerah pengurusan hutan. Dr Ramli yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang

    dipengerusikan Menteri berkenaan.Dr Ramli juga antara lain menyentuh

    isu kredit karbon yang menurutnya perlu juga diambil perhatian serius oleh kementerian dan ia tidak hanya

    ditangani oleh negeri sahaja.Kredit karbon sewajarnya diurus dan

    diseliakan sendiri oleh pihak kerajaan, bukannya melibatkan pihak dari luar.

    Menteri nafi aktiviti gondol hutan di Kelantan

    KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini, sebulat suara memilih dan melantik Tuan Guru Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

    Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, YAB Ustaz DatoHaji Ahmad B. Haji Yakob bersetuju sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

    Menurutnya faktor yang menyebabkan Menteri Besar Kelantan itu, dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am untuk memegang jawatan Mursyidul Am PAS, disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun hakikat sebenarnya beliau layak memegang jawatan tersebut.

    Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, beliau sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am PAS.

    Kita pilih dan lantik Tuan Guru Haji Hashim Jasin kerana dia yang paling

    tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap, katanya.

    Atas faktor itulah katanya, Tuan Guru Hashim Jasin dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura sebagai Musyidul Am PAS dan perlantikan itu juga turut dicadangkan sendiri oleh YAB Ustaz DatoHaji Ahmad B. Haji Yakob

    Beliau menjelaskan, mesyuarat tersebut berlangsung pada jam 4.00 petang, dengan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, YAB Ustaz DatoHaji Ahmad B. Haji Yakob selaku Pemangku Mursyidul Am pada hari itu, setelah Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

    USTAZ HASHIM JASIN DILANTIK MURSYIDUL AM PAS

    YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan Amanat Sempena 26 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim tadi berkata:

    Dalam membangunkan Kerajaan Negeri yang sejahtera dan bergerak mengikut prinsip Syariat khususnya bagi menjayakan wawasan Kerajaan Negeri iaitu bermula tahun 2013 hingga 2018, maka enam strategi utama mestilah dilaksanakan secara terancang. Strategi utama tersebut ialah:-

    (1) Memperkasakan pembangunan rohani demi keberkatan dan keredhaan Allah SWT;

    (2) Memperjuangkan hak rakyat atas prinsip federalisma (perlembagaan);

    (3) Melaksanakan keadilan untuk semua rakyat;

    (4) Memakmurkan kehidupan yang harmoni dan berkebajikan;

    (5) Pembangunan wanita dan anak muda Kelantan; dan

    (6) Prasarana media dan perhubungan.

    Usaha ini tidak akan berjaya melainkan dengan kerjasama semua pihak untuk turut berganding bahu memastikan ketiga-tiga tonggak wawasan ini iaitu Kemakmuran, Keberkatan, Kebajikan tercapai

    dengan jayanya. Untuk memastikan kelancaran perjalanan perancangan dan tindakan, maka sangat penting untuk Kerajaan Negeri menerapkan empat (4) paksi utama iaitu:-

    Paksi Pertama: Keupayaan Sistem Penyampaian Kerajaan:

    Paksi Kedua: Kesejahteraan Sosio-Ekonomi Rakyat

    Paksi Ketiga: Budaya Positif Dalam Kerajaan

    Paksi Keempat: Budaya Positif Bersama Rakyat.

    #Merakyatkan Membangun Bersama Islam

    AMANAT SEMPENA 26 TAHUN PENTADBIRAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 8 9

    KOTA BHARU- Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Royalti (R) menyerahkan memorandum kepada YAB Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob, Menteri Besar Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap pindaan sokongan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.

    Presiden Pertubuhan R, Nazri Deraman berkata, pihaknya menyokong penuh segala usaha ke arah mengukuhkan sistem perundangan syariah di Negara ini.

    Menurutnya ia adalah kerana usaha tersebut merupakan salah satu langkah wajib menjaga perihal kepentingan muslim dan mendaulatkan islam di Negara ini.

    kami harap semua pihak tidak menjadikan isu ini sebagai isu permainan politik, perkauman dan sebagai anasir-anasir yang mengugat keharmonian masyarakat, setelah ia diketengahkan sebagai suatu RUU persendirian.

    segala permainan politik dalam hal-hal begini akan membawa akibat

    buruk kepada pelbagai kelompok rakyat, bagi pihak R kita berpendirian untuk menyokong sepenuhnya bil ini dibuat diatas dasar menginsafi bahawa cadangan pindaan undang-undang tersebut akan membawa kepada pmbaikan pengamalan undang-undang Islam di Negara ini,katanya dalam satu kenyataan.

    Terdahulu, beliau hadir ke Kompleks Kota Darul Naim bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri Besar Kelantan.

    ROYALTI SERAH MEMORANDUM

    KOTA BHARU : - Pengurusan baru Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini menjelaskan akan menumpukan kepada pelaksanaan beberapa projek segera yang boleh membantu penduduk negeri ini menikmati bekalan air bersih secepat mungkin.

    Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kerjaraya, Utiliti dan Pembangunan Maklumat, Haji Hanifa Ahmad, melalui pelaksanaan projek segera di beberapa Jajahan akan dapat menyelesaikan masalah penerimaan air bersih yang dihadapi rakyat selama ini.

    Saya amat berharap pengurusan

    baru di bawah Ir Haji Wan Zamri W.Ismail dan dengan kerjasama padu dari seluruh ketua-ketua Jabatan dan Jurutera Jajahan akan dapat mengenal pasti permasalahan pengguna di Jajahan terutamanya dalam penerimaan air bersih yang dibekalkan oleh AKSB: ujar beliau.

    Haji Hanifa ditemui semasa mengadakan sessi perjumpaan beliau bersama Pengurusan baru terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit dan Jurutera Jajahan di Ibu Pejabat AKSB hari ini.

    Beiau juga berkata di samping penyelesaian projek kecil, pihak AKSB juga kini sedang menumpukan kepada kerja-kerja pembangunan naik taraf Loji Merbau Chondong dan Migrasi Air.

    Sementara itu, menurut Pemangku Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri W.Ismail, pihak AKSB amat menyedari terdapat sesetengah kawasan mengalami kesukaran mendapat bekalan air bersih dan dengan mengadakan projek segera, ia akan sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

    InsyaAllah dalam masa terdekat dua kawasan yang telah dikenal pasti oleh pengurusan baru AKSB ialah di

    Dun Temangan dan Dun Tawang, kita akan menggunakan kepakaran Rejimen Askar Jurutera Air yang anggotanya adalah sepenuhnya dari kakitangan AKSB sendiri katanya.

    Ir Wan Mohd Zamri juga berharap penduduk di negeri ini yang melihat sebarang kebocoran terutamanya di jalan jalan utama dan jalan kampung agar dapat membuat laporan kepada AKSB melalui talian tol free yang disediakan iaitu 1-300-88-2572.

    Kita menyedari akibat tekanan air yang kuat dilepaskan oleh pihak loji, banyak paip lama yang beroperasi akan mengalami pecah dan rosak , ini akan mengakibatkan berlakunya kehilangan air bersih yang sepatutnya sampai kepada pengguna, sehubungan itu kerjasama sepenuhnya dari orang ramai agar dapat melaporkan kepada AKSB sekiranya melihat berlakunya kebocoran dan pihak kami akan bertindak dengan segera dalam membaikpulih paip yang pecah itukatanya lagi.

    Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Pengarah Eksekutif AKSB Haji Mohd Rashid Mohd Yusoff.

    AKSB tumpu pelaksanaan projek segera

    KOTA BHARU - Seminar Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan Kelantan (PCB). Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob, Menteri Besar Kelantan dalam ucapan perasmian tersebut turut menekankan aspek pendidikan kebersihan.

    Beliau mengesa institusi awam seperti masjid dan surau mengambil peranan yang sewajarnya dalam hal yang berkaitan. Kita mampu mewujudkan suatu suasana negeri bersih sekiranya kita bersungguh, sebagai contoh masjid dan surau hari ini berusaha memasang penghawa dingin bagi keselesaan solat, mengapa kita tidak juga bersungguh untuk menaik taraf tandas-tandas masjid dan surau?, katanya.

    Seminar itu juga turut di isi dengan pembentangan Pelan Stategik Pengurusan Sisa Pepejal

    dan Pembersihan Awam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. Seminar ini di bentangkan oleh Yang Dipertua MPKB-BRI dan Pembentangan Pengurusan Kebersihan dalam Peranan Institusi Masyarakat oleh Dr. Teuku Afrizal dari Universiti Malaysia Sabah.

    Seminar yang membuka peluang peserta mengemukakan pandangan kepada Kerajaan Negeri ini disertai oleh pelbagai peringkat Pegawai Kerajaan, Ahli-Ahli Majlis seluruh negeri, Penghulu, Jawatankuasa Penduduk dan juga wakil pelbagai NGO.

    Aspek Pendidikan Kebersihan Perlu Ditekankan

    Yb Hjh Mumtaz binti Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Kebajikan Negeri Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri [ADUN] Demit merasmikan Seminar OKU dan Undang-Undang Siri 2 di Bilik Gerakan Negeri DarulNaim

    Lensa

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 10 11

    KOTA BHARU: Kelantan diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah mesyuarat agung Persatuan Pegawai-pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (Pesama Malaysia) yang julung kali diadakan.

    Ia dirasmikan YB Dato Haji Abdul Fattah B. Haji Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, sebagai mewakili Menteri Besar Kelantan.

    Katanya, kerajaan Kelantan manyambut baik penubuhan persatuan terbabit yang bertujuan menjaga kebajikan dan memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan ahli persatuan.

    Ketika berucap, beliau berkata gejala rasuah perlu dan diberi perhatian khusus kerana PBT merupakan agensi yang dekat dengan masyarakat.

    Kita tidak mahu anggota penguatkuasa PBT terlibat dalam gejala rasuah. Ia sering menjadi buah mulut masyarakat sekeliling, katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan. Hadir sama Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Noh Omar.

    Exco Kerajaan Negeri itu turut menjelaskan PBT perlu bertindak tegas terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang kecil berkaitan.

    Kita memahami, kadang-kala dalam menjalankan penguatkuasaan, wujud beberapa kes di mana anggota kita diancam dengan pelbagai ugutan, jelasnya.

    Mesyuarat agung itu diadakan sempena Persidangan Penguatkuasa PBT Malaysia di Dewan Jubli Perak

    Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

    Pesama yang dipengerusikan Fauzi Maarop merupakan Ketua Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya ditubuhkan untuk menyatupadukan dalam kalangan ahli seluruh negara.

    Pesama turut menerima sumbangan sebanyak RM30,000 daripada kementerian terbabit.

    PENGUATKUASA PBT PERLU ELAK GEJALA RASUAH

    1. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah kerana pada petang tadi saya berserta YAB Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri dapat menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian-Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan. Penstrukturan ini telah dilaksanakan di tujuh buah negeri sebelum ini iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Dengan berlangsungnya perjanjian ini, insya-Allah permasalahan air bersih dapat ditangani dengan baik di Kelantan.

    2. Bagi memastikan operator-operator industri air mendapat manfaat dan kemudahan kewangan untuk membiayai infrastrukturan dan pembangunan bekalan air, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah-masalah di negeri-negeri tersebut.

    3. Proses untuk migrasi air ini bermula pada era Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi, semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar dan disambung pula oleh kepimpinan saya. Melalui politik matang yang berkonsepkan Negeri

    Berkebajikan yang Kerajaan Kelantan amalkan, program migrasi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk meningkatkan kualiti bekalan air kepada rakyat Kelantan. Inilah tujuan besar daripada migrasi air selain ianya dapat memastikan bekalan air tidak terputus dan bersih sepanjang masa termasuklah dapat meningkatkan liputan air terawat di Kelantan.

    4. Pada tahun 2001, Kerajaan Negeri Kelantan mendapat pinjaman RM600 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk tempoh 15 tahun, namun keperluan sebenar untuk jangka masa tersebut adalah sebanyak RM2 bilion. Sebelum itu, segala pembiayaan pembangunan air di Kelantan oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dibantu sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Pada masa ini, Kelantan sebenarnya memerlukan lebih RM5 bilion bagi membangunkan bekalan air Lost Development Years bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 3 peratus setiap tahun.

    5. Maka, dibawah rancangan migrasi air ini, semua pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan yang melibatkan pembangunan dan pembelian aset bagi pengurusan air akan diambil alih dan dipindahkan kepada PAAB. PAAB kemudiannya akan memajakkan aset tersebut kepada AKSB selama 45 tahun dengan sewa pajakan tertentu. Pengurusan air masih dibawah bidangkuasa AKSB bersama-sama PAAB.

    6. Berdasar kepada penstrukturan baru ini, insya-Allah infrastruktur bekalan air berdasarkan pelan perniagaan

    yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan dibiayai melalui PAAB dengan kos pembiayaan yang lebih rendah. Manakala Kerajaan Persekutuan akan membiayai Projek Sumber Air secara geran tanpa apa-apa bayaran balik.

    7. Peruntukan kewangan ini diperlukan demi untuk merealisasikan Rancangan Pembangunan Hiliran Bekalan Air Negeri Kelantan yang sekian lama dipohon daripada Kerajaan Persekutuan oleh AKSB melalui Kerajaan Kelantan. Walaupun peruntukan disalurkan dalam tiga Rancangan Malaysia lalu, namun masih banyak lagi peruntukan kewangan yang diperlukan bagi melestarikan perkhidmatan bekalan air Negeri Kelantan.

    8. Dengan termeterai Perjanjian-Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air ini, maka peruntukan kewangan bagi Program Pembangunan Bekalan Air dimasa hadapan akan lebih terjamin dan komitmen kepada kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan lebih kukuh dalam menjamin perkhidmatan bekalan air ditingkatkan dalam masa terdekat.

    9. Kerajaan Negeri Kelantan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju meluluskan Rancangan Migrasi kepada Kelantan setelah AKSB membuat permohonan sejak 2008 lalu. Perjuangan Kerajaan Negeri Kelantan selama ini untuk meningkatkan kualiti bekalan air bersih demi untuk kemudahan rakyat alhamdulillah diberi kerjasama oleh Kerajaan Persekutuan. Terima Kasih.

    USTAZ DATO HAJI AHMAD YAKOBMenteri Besar Kelantan13 Zulhijjah 1437/14 September 2016

    KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN DALAM ISU PERJANJIAN PENSTRUKTURAN SEMULA

    NDUSTRI PERKHIDMATAN BEKALAN AIR KELANTAN

    Proses untuk migrasi air ini bermula pada era Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi, semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar

    Dr Ramli Mamat sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Perangi Aedes dan Zika Negeri Kelantan menyeru semua pihak samada agensi kerajaan, swasta dan NGO mengembeling tenaga bagi mencari dan menghapuskan.kawasan pembiakan aedes.Menurut beliau pihak kerajaan telah mengambil langkah mengarah seluruh wakil rakyat Kelantan mengadakan gotong royong. Operasi secara kecilan dan berterusan adalah lebih berkesan daripada dilakukan secara besar-besaran dalam satu masa.Turut hadir mesyuarat berkenaan ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-ketua Jajahan, Agesi-agensi negeri dan persekutuan serta NGO.Taklimat situasi denggi yang disampaikan oleh Pejabat Kesihatan antara lain melaporkan Kelantan berada di kedudukan ke 4 antara negeri di seluruh negara. Sementara itu, korban denggi setakat September 2016 ialah 6 orang.Manakala Kota Bharu menjadi jajahan tertinggi mencatat kes denggi di Kelantan.

    Lensa

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 12 13Lensa Lensa

    YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi, menyampaikan pendahuluan kifalah warga emas RM 500 kepada Mek Teh Omar wasi kepada Allahyarham Sallah Mat Amin, 60 tahun yang

    meninggal dunia di Kg Talak, Tumpat.

    YB Hjh Mumtaz binti Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Kebajikan Negeri Kelantan merangkap ADUN Demit dan Penasihat NGO Cakna Palestin, menerima kunjungan daripada dua wakil NISA UL AQSA, Ms Sokaina Alomary dan Ms Aysegol Bayici Aslan bersama pengiringnya Mr Mahmoud Abu Baker, bertempat di Bilik Mesyuarat AMMK, Kota Darulnaim.Bagi meraikan mereka, wakil-wakil agensi dan NGO dijemput untuk turut sama mengikuti Dialog Khas Bersama Nisa Ul Aqsa (TURKI- PALESTIN) yang diadakan pada jam 2.30 petang di tempat yang sama. Turut hadir bersama Isteri YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan, Presiden Cakna Palestin, Pengurus Besar Takaful Kifaalah, Pengurus Bank Islam Cawangan Kubang Kerian, wakil dari UPWK, NGO Cakna Palestin, Pejabat Perbendaharaan dan beberapa lagi, yang mana masing-masing mewakili agensi dan NGO yang aktif dalam menggerakkan Kempen Infaq Al-Aqsa dalam usaha membantu mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa.Selain itu, wakil NISA UL AQSA ini turut dibawa mengunjungi Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Hj Ahmad B Yakob, Menteri Besar Kelantan di samping untuk menerima penyerahan Cek Infaq Al-Aqsa sebanyak RM50,000.00 yang telah berjaya dikumpulkan sejak pelancaran projek Infaq Al-Aqsa oleh NGO Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajan Negeri Kelantan dan beberapa

    agensi lain pada 27 Ramadhan 1437H yang lalu.

    YB Mejar (B) Dato Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan ketika meyampaikan ucaptama dan merasmikan Dialog Strategik Pembangunan Pelancongan Negeri Kelantan anjuran Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.Dialog ini telah menampilkan ahli panel seperti Prof. Dato Dr Haji Mohamed Anwar, Tuan Haji Mohamad Rahimin Mustafa dan Tuan Haji Mazli Zakuan Mohd Nor. Beberapa agensi kerajaan dan swasta serta pengiat industri pelancongan telah mengambil bahagian didalam program yang

    berlangsung di Hotel Ansar, Kota Bharu hari ini.

    Dr Ramli Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan bersama dalam operasi Gempur Bersih Gempur Aedes.Gotong Royong ini diadakan di sepanjang jalan bermula Persimpangan 4 Telipot menghala ke Bunut Payong. Gempur ini disertai oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Jabatan Kesihatan Negeri, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan,Tentera Malaysia, Pusat Khidmat Bunut Payong dan Team Sejahtera. Dr Ramli mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada

    semua pihak yang terlibat.

    YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing. Bangunan tersebut yang terletak di Lojing, Kelantan merupakan sebuah binaan bangunan yang berkeluasan 891 meter persegi dan telah berjaya disiapkan dalam tempoh 22 minggu.Projek ini direkabentuk serta dipantau sepenuhnya oleh JKR Kelantan dengan konsep bangunan adalah vernacular iaitu senibina tempatan yang sesuai dan praktikal dengan cuaca tropical. Bangunan Pejabat tanah dan jajahan Kecil Lojing ini turut menempatkan jabatan-jabatan lain seperti JKR, JPS, Jabatan

    Perhutanan, JAHEIK dan Jabatan Pertanian.

    Abang, dia meninggal pada jam 7.05 malam waktu sana, dah masuk maghrib malam jumaat, kebetulan dia ada pesan supaya jangan apa-apakan jasad dia jika berlaku apa-apa ujar Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, adik kepada Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din. Perkongsian kisah perjuangan bekas Mursyidul Am PAS tersebut sangat menyentuh hati YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan. Datuk Abu Hasan Din turut menghadiahkan buku hasil karya beliau kepada YAB Ustaz Dato ketika berkunjung di

    Kediaman Rasmi Menteri Besar.

    YB Dato Mohd Nassuruddin, menyampaikan ucapan penerangan berkaitan RUU 355 yg dianjurkan olh Majlis Pngetua2 Yik di SMU (SABK) Al-Falah, Siram pagi tadi. Sementara itu YAB Menteri Besar yg dijadualkan hadir telah diwakili olh YB Dato Hj. Hassan Mahmood, Tim. Exco

    kerajaan negeri merangkap Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 14 15

    MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

    KOTA BHARU Umat Islam diseru supaya kembali kepada

    ajaran dan amalan sunnah nabi khususnya yang berkaitan

    dengan permakanan dan perubatan.

    Amalan ini bukan lagi sebagai alternatif, tetapi harus menjadi pilihan utama umat Islam demi menjamin kesejahteraan dan

    keselamatan hidup. Pengerusi Jawatankuasa

    Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan

    NGO, Dr Ramli Mamat, berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival

    Toyyiba 2016 di sebuah pusat membeli belah dekat sini baru lalu.

    Mengamalkan tabiat dengan sifat sederhana seperti makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang adalah salah satu amalan Rasulullah ketika makan.

    Manakala dari sudut halal pula perlu diambil kira makanan yang dimakan supaya tidak terbabit dengan unsur-unsur penipuan dan rasuah, katanya.

    Tambahnya, umat Islam juga diingatkan supaya memilih makanan yang berkhasiat, yakni yang berzat dan bervitamin untuk kesihatan tubuh badan.

    Program yang berlangsung selama enam hari itu diisi dengan pameran jualan makanan dan peralatan harian yang berkaitan dengan sunnah.

    KARNIVAL TOYYIBA 2016

    Penyelia DUN Pengkalan Kubor, Ustaz Hj Muhammad bin Draman menyerahkan enjin galah kepada nelayan pesisir

    pantai, En Ayub bin Salleh dari Kg Banjir Geting.

    Penyelia DUN Pengkalan Kubor menyampaikan pendahuluan Skim Takaful Kifaalah kepada wasi Allahyarhamah Minah binti Said dr Kg Kual Lama Geting, Sdr Niksin Niklah (anak

    Allahyarhamah) yang juga Ahli Majlis Daerah Tumpat

    KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menerima bayaran kedua dari Syarikat CNMC Goldmine Holdings Limited sebanyak RM 8,524,127.62 semalam.

    Sumbangan berkenaan diserahkan Pengerusi Eksekutifnya, Professor Lin Xiang Xiong kepada Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di Kota Darulnaim.

    Bayaran pertama telah dibuat pada 19 September lalu berjumlah RM 2,660,000.00.

    Bayaran berkenaan sebagai kelulusan untuk pengendalian skala besar Pajakan Melombong untuk tempoh 21 tahun sehingga 2034.

    Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nik Kazim Nik Yusoff, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Wan Zawawi

    Wan Ismail, Naib Pengerusi Eksekutif syarikat berkenaan, Choo Chee Kong.

    Pengeluaran emas yang pertama adalah pada tahun 2010 dan kini masih berjalan.

    Ustaz Ahmad, pada majlis itu melahirkan rasa syukur memandangkan RM60 juta bakal

    diperolehi kerajaan negeri melalui PKINK hujung tahun ini.

    Katanya, jumlah bayaran itu melalui dividen, royalti dan tribute.

    Jumlah itu tidak termasuk kos perbelanjaan untuk program Corporate Social Responsibility (CSR) sama ada sebelum atau selepas,ujarnya.

    Kelantan bakal terima 60 juta hasil lombong emas

    Lensa

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 16 17

    KONFLIK yang berlaku pada tahun 2004 di Pattani merupakan rentetan peristiwa konflik antara orang Melayu Islam Pattani dengan kerajaan Thailand yang bermula sejak ratusan tahun dahulu. Sepanjang tempoh itu, pelbagai perubahan dalam pendekatan penyelesaian konflik dilakukan oleh kerajaan Thailand khususnya antara era pemerintahan Raja Chulalongkhorn dan pemerintahan sekarang yang diketuai oleh Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha.

    Pelbagai pendekatan yang telah digunakan tetapi masih l agi belum berjaya membawa keamanan di Pattani. Justeru, keadaan ini menimbulkan tandatanya apabila sepanjang perlaksanaannya bukan sahaja tidak membawa keamanan malahan konflik dilihat semakin meruncing dan tidak terkawal disamping menimbulkan isu-isu baru.

    Dengan kata lain, pendekatan kerajaan Thailand yang bertujuan untuk menyelesaikan isu utama (kemerdekaan) telah menimbulkan isu-isu lain (identiti, ekonomi, pendidikan dan hak asasi manusia) yang membangkitkan lagi semangat pemisah untuk terus memberontak.

    Konflik di Selatan Thai bukan perkara baru, sebaliknya sudah lama terjadi sejak 1786 apabila wilayah yang diperintah oleh Kesultanan Melayu Pattani dikuasai oleh pemerintah Thai.

    Walaupun sudah lama berlaku, namun pergolakan di Selatan Thai tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda apabila sering berlaku tembak menembak dan letupan di sana sini.

    Konflik berkenaan dilihat semakin gawat apabila media massa negara itu sering menyiarkan laporan yang berat sebelah berhubung konflik itu dengan golongan pejuang Pattani sering diberi gambaran negatif.

    Media massa di Thailand sering menggunakan istilah pengganas bagi merujuk kepada pejuang berkenaan yang jelas mencerminkan sikap prejudis yang melampau dan berat sebelah itu.

    Selain penganut agama Buddha, ramai rakyat Thailand yang memeluk agama lain, seperti Islam, Kristian, Konghucu, Hindu dan Tao. Penduduk Thailand yang berjumlah 64 juta itu juga membabitkan penduduk Islam yang berasal dari Iran, Bangladesh, India,

    Pakistan, Cham (Kamboja) serta etnik Melayu dari Sumatera dan Malaysia.

    Berbeza dengan umat Islam lain di Thailand, etnik Melayu Pattani lebih cenderung hidup berkelompok dan bermukim di daerah-daerah bahagian selatan Thailand, iaitu Pattani, Yana, Narathiwat, Songkhla dan Satun yang bersempadan dengan Malaysia.

    Mengapa orang Melayu memilih hidup berkelompok? Ini kerana mereka sulit berinteraksi dengan budaya Thailand yang beragama Buddha. Hal ini yang kemudiannya mendorong penentangan orang Melayu terhadap penjajahan Siam yang berkesudahan dengan terbentuknya pasukan-pasukan gerila.

    Namun, pemerintah Thailand langsung menganggap orang Melayu sebagai kelompok separatis. Raja Thailand ingin menyatukan orang Melayu di bawah naungan Kerajaan Thailand. Namun, mereka menolak kerana masyarakat Melayu saat itu ingin berinteraksi dengan negara Melayu atau memerintah sendiri.

    Operasi ketenteraan besar-besaran pernah dilakukan pada 1940 ketika Thailand dikuasai parti nasionalis yang dipimpin Pibul Songkhram. Waktu itu rejim Songkhram memaksa orang Melayu menanggalkan identiti mereka sebagai Melayu dan bersatu di bawah pemerintahan Thai.

    Orang Melayu dilarang mengenakan pakaian tradisional Melayu dengan ciri khasnya, seperti baju Melayu bersamping dan kerudung bagi wanita. Bahkan, mereka juga dilarang bercakap dalam bahasa Melayu.

    Rejim Songkhram juga memaksa masyarakat Melayu untuk mengadaptasi nama Thai. Akses mereka untuk belajar agama Islam juga dipantau. Pemerintah juga menghapuskan pengadilan Islam untuk menangani urusan keluarga Muslim. Seluruh pelajar dan mahasiswa di Thailand yang bukan penganut agama Buddha diwajibkan memberi penghormatan kepada gambar Buddha di sekolah-sekolah umum.

    Meskipun kemudian pemerintah Thai melunak dengan mencabut segala aturan yang menyulitkan umat Islam, namun hubungan orang Melayu dengan Bangkok tetap tidak mesra.

    Ketika Thailand dipimpin Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, usaha

    berdamai dengan orang Melayu telah diusahakan tetapi tidak membuahkan hasil. Thaksin mencuba memfasilitasi pelajar dari wilayah selatan dalam bentuk biasiswa pendidikan. Namun, orang Melayu menolak perkara itu. Mereka menganggap Thaksin sedang berinvestasi agar kelak keturunan mereka terhutang budi kepada pemerintah Thai.

    Di tengah usaha yang dilakukan Thaksin, Bangkok justru semakin mengembangkan prasangka dan stigma negatif kepada orang Melayu sebagai kelompok pengganas yang berlindung di sebalik agama. Stigma itulah yang dimanfaatkan tentera Thai untuk melancarkan operasi tentera di wilayah selatan.

    Di tegah diskriminasi itu, kalangan orang Melayu semakin lantang menuntut agar pemerintah Thai memberikan otonomi khusus sehingga mereka dapat memerintah dan melaksanakan peraturan hidup mereka sendiri. Mereka yakin, dengan otonomi itu, orang Melayu dapat mengembangkan taraf hidup kerana selama ini mereka merasa tidak memperoleh keadilan dan kesaksamaan sepertimana penganut agama majoriti di Thailand.

    Akhir-akhir ini muncul pula usaha-usaha yang lebih cerah dari sejumlah kalangan pemuda dan mahasiswa Muslim Thailand. Mereka rupanya gusar dengan konflik berpanjangan yang telah berlangsung ratusan tahun. Para mahasiswa yang aktif menganjurkan pertemuan untuk membahas masalah-masalah kebangsaan itu, mendesak kedua-dua belah pihak untuk segera merentangkan tali perdamaian.

    Desakan para mahasiswa ini mendapat sokongan semua pihak. Sejumlah penganalisis politik melihat adanya indikasi pemerintah Thai berniat mengakhiri ketegangan dengan orang Melayu. Meski selama ini mereka menganggap sukar untuk mengakui wilayah selatan sebagai daerah yang memiliki otonomi khusus, kini mulai ada perubahan. Pemerintah menyedari, usaha pemaksaan, diskriminasi dan penindasan yang dilakukan selama ini terbukti tidak membuahkan hasil yang menguntungkan kedua belah pihak.

    Kata otonomi menjadi kata yang sukar buat pemerintah, tapi sekarang mereka mau mendiskusikannya secara terbuka, kata peneliti dari Asia Foundation, Thomas Park.

    Proses damai di Selatan Thai masih berjalan tetapi tertangguh sementara waktu berikutan keengganan Bangkok menerima terma rujukan (TOR) untuk membawa rundingan itu ke peringkat rasmi, kata Majlis Syura Pattani (MARA Pattani).

    Perunding merangkap jurucakapnya, Dr Abu Hafez Al-Hakim berkata, kedua-dua pihak masih komited terhadap proses damai diselia oleh Malaysia dan tidak ada pihak menarik diri setakat ini.

    Sekarang ini kita masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Thai berhubung dengan TOR, tidak ada pihak yang menarik diri secara rasmi daripada proses damai.

    Jadi proses damai cuma tertangguh sementara kita mendapat jawapan mereka (kerajaan Thai) berkenaan isu TOR, dakwanya.

    Dalam pertemuan terbaharu di Kuala Lumpur, delegasi kerajaan Thai yang dipimpin oleh ketua panel perunding Selatan Thai, Jeneral Aksara Kerdphol enggan menerima TOR itu dengan alasan ia belum mendapat kelulusan Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-o-cha.

    Dalam kenyataan sejurus selepas berakhirnya pertemuan itu, MARA Pattani yang merupakan badan gabungan beberapa kumpulan militan di Selatan Thai berkata, kedua-dua pihak mula berbincang tentang TOR sejak Oktober tahun lepas.

    Thailand mengiktiraf peranan Malaysia dalam proses damai di Selatan Thai dan negara jiran itu berjanji akan memberikan komitmen kukuh ke arah usaha itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata Malaysia dan Thailand juga bersetuju dengan tiga prinsip asas berhubung usaha damai itu.

    Menurutnya, tiga prinsip itu adalah tempoh tanpa keganasan; semua pihak perlu diwakili dalam rundingan damai itu; dan semua pihak di Selatan Thai perlu bersetuju kepada satu permintaan bersatu yang akan dikemukakan kepada kerajaan Thailand.

    Berdasarkan tiga prinsip itu, Malaysia akan meneruskan (proses damai) dan kerajaan Thailand juga menyatakan secara mutlaknya bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang ia mahu jalinkan kerjasama bagi proses damai itu, kata beliau.

    Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas majlis makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha di Seri Perdana tidak lama dulu.

    Apabila kita membincangkan perkara-perkara yang rumit ini, ia akan mengambil masa. Adalah penting kami memberikan mereka dorongan berasaskan

    kepada tiga prinsip ini, kata Najib. Pengalaman Malaysia dalam

    membantu penandatangani perjanjian perdamaian antara pemerintah Filipina dan Muslim di selatan negara itu, juga telah mendorong Kuala Lumpur untuk memainkan peranan serupa dalam menyelesaikan konflik pemerintah Bangkok dengan Muslim di Selatan Thai.

    Penduduk di Selatan Thai sejak dekad 1960 terbabit perang dengan pemerintah pusat kerana kurangnya perhatian Bangkok terhadap pembangunan ekonomi dan sosial di wilayah itu.

    Konflik tersebut khususnya sejak 2004 semakin memanas dan sampai sekarang telah menewaskan lebih dari 5,000 orang. Hal ini dipicu oleh penentangan kaum orang Melayu terhadap undang-undang yang diterapkan oleh pemerintah majoriti Buddha di Bangkok.

    Usaha untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thai telah dilakukan pada masa pemerintahanYingluck Shinawatra dan kedua-dua pihak sempat menggelar beberapa putaran pembicaraan untuk mencapai kesepakatan damai, namun krisis politik di Thailand menghentikan usaha itu.

    Seiring dengan hadirnya kepemimpinan tentera di Thailand, pemerintah Malaysia percaya bahawa tentera dapat meneruskan perundingan damai dengan orang Melayu di wilayah selatan tanpa menghadapi halangan. Oleh kerana itu, Malaysia meminta tentera Thailand untuk memimpin negosiasi dan mengakhiri masalah instabiliti di wilayah selatan yang bersempadan langsung dengan Malaysia.

    Di samping itu, ada faktor lain yang menyeret Kuala Lumpur untuk membantu menciptakan perdamaian di Selatan Thai iaitu, respons positif orang Melayu terhadap mediasi Malaysia.

    Sebelumnya, juru cakap Barisan Revolusi Nasional (BRN) Selatan Thai mengatakan bahawa jika pemerintah Bangkok punya persiapan, gerakan-gerakan Muslim di selatan juga siap untuk memberi laluan. Dari sisi lain, mereka tahu bahawa Malaysia tidak memiliki masalah dengan pemerintah baru Thailand dan Kuala Lumpur dapat memainkan peranannya sebagai mediator.

    Tentera Thailand sebelumnya juga sudah membentuk sebuah komite baru

    untuk menyelesaikan krisis di wilayah selatan. Namun sampai sekarang belum mengambil langkah-langkah untuk menghidupkan kembali perundingan.

    Pernyataan Perdana Menteri Prayuth dapat menjadi signal atas terobosan pemerintah baru Thailand untuk memulai perundingan damai dengan orang Melayu di selatan dan itu pun dengan mediasi Malaysia.

    Pengiriman sebuah delegasi pemerintah Thailand ke Malaysia untuk membicarakan isu itu juga dapat dipandang sebagai langkah awal Perdana Menteri Prayuth untuk menyelesaikan pelbagai krisis di negaranya, termasuk ketidakamanan di Selatan Thai.

    Menurut sejumlah penganalisi, keprihatinan tentang pengaruh kelompok militan di wilayah Asia Tenggara, telah meningkatkan usaha para pemimpin negara-negara regional untuk melawan ketidakamanan dan instabiliti di serantau.

    Pendidikan mengenai perdamaian merupakan salah satu solusi vital dan menjanjikan untuk menyelesaikan sengketa di Selatan Thai, yang terjadi lebih dari 100 tahun.

    Pendidikan adalah alat penting dan menjanjikan sebagai transformasi dan resolusi sengketa di Selatan Thai, kata cendekiawan dari Universiti Islam Yala, Sukree Langputeh, pada Konferensi International Cendekiawan Muslim (ICIS) III di Jakarta mengenai konflik Selatan Thai yang telah mengorbankan banyak jiwa.

    Ramai orang berfikir bahawa dengan jumlah penduduk kurang dari 2 juta orang, dibanding dengan seluruh rakyat Thailand yang mencapai 64 juta orang, maka ketidakadilan yang dirasakan oleh masyarakat Pattani bukan masalah antarabangsa. Bagi kawasan Asia Tenggara, persoalan ini seharusnya tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana dapat mempengaruhi kestabilan serantau.

    Media di kawasan Asia Tenggara mempunyai kepentingan besar terhadap isu Selatan Thai yang bertujuan membangun perdamaian. Sementara di peringkat nasional, media arus utama dan media komuniti di Thailand boleh berperanan untuk mengadvokasi pelanggaran Hak Asasi Manusia serta mempengaruhi pentadbiran kerajaan Thailand.

    Di peringkat komuniti, untuk menjaga agar pertikaian ini tidak berlarutan menjadi pertikaian antara komuniti, maka media komuniti seperti radio boleh berperanan untuk membangun dialog yang damai antara masyarakat Pattani dan Thailand. Dalam konteks inilah seluruh media boleh digunakan secara strategis untuk membangun perdamaian serta solusi yang baik untuk Selatan Thai.

    KONFLIK SELATAN THAI - Menunggu Jalan DamaiOleh : Azhar Che Lah

    Orang Melayu dilarang mengenakan pakaian tradisional Melayu dengan ciri khasnya, seperti baju Melayu bersamping dan kerudung bagi wanita. Bahkan, mereka juga dilarang bercakap dalam bahasa Melayu

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 18 19

    GUA MUSANG - Tiada ungkapan yang paling gembira apabila diberi kebenaran untuk berpindah ke rumah baharu di Simpang Tiga Kampung Pulai selepas dua tahun menumpang di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN).

    Sebanyak 44 rumah bantuan banjir yang dibina dana Tabung Bencana Negeri hasil kurniaan Sultan Muhammad V kini mulai diduduki mangsa-mangsa banjir.

    Rumah tersebut siap sejak hampir setahun lepas. Bagaimanapun prasarananya sedang disiapkan termasuk longkang, elektrik, air dan jalan.

    Bekas mangsa banjir Mohd Zamri Zakaria, 38 berkata, beliau mulai berpindah ke rumah baharu tersebut minggu lepas selepas diberi kebenaran Ketua Jajahan Gua Musang.

    Katanya beliau terpaksa menumpang di kem PLKN dua tahun selepas rumah lamanya yang dibina di tanah milik

    Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) di Sungai Cindai Lama dihanyutkan arus banjir pada akhir 2014.

    Selepas bah besar kami bersama mangsa-mangsa banjir lain dipindahkan ke kem PLKN. Tinggal di situ lebih dua tahun dengan makanan disediakan pihak kerajaan.

    Bagaimanapun masalah ketiadaan bekalan air menyebabkan mangsa banjir terpaksa mengambil air di tempat lain, katanya ketika ditemui di sini.

    Mangsa-mangsa banjir yang dipilih menduduki rumah tersebut membuat pengundian lot rumah di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang Julai lepas.

    Bagaimanapun difahamkan penyerahan kunci secara rasmi akan dilakukan November ini.

    Mohd Zamri yang juga kakitangan Majlis Daerah Gua Musang melahirkan rasa bersyukur kerana tidak pernah mengimpikan rumah seperti itu selepas rumah asalnya rosak teruk.

    Menurutnya beliau membayar deposit elektrik dan bekalan air sebanyak RM470. Nilai semasa rumah dan tanah dianggarkan kira-kira RM150,000 memandangkan kedudukan tidak jauh dari jalan Gua Musang-Kuala Lipis.

    Saya dan isteri sudah membasuh rumah baharu ini biar pun belum mendapat kunci daripada kerajaan, katanya.

    Mat Ali Mat Hussin, 55, juga mangsa banjir sebelum ini tinggal di rumah setinggan di tanah rezab Sungai Galas. Rumah lamanya turut musnah akhir 2014.

    Biar pun mengalami kecacatan anggota badan, namun beliau tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih kepada Istana Kelantan dan kerajaan negeri kerana memilihnya menduduki rumah di Simpang Tiga Kampung Pulai.

    Beliau yang juga penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat

    dilantik sebagai guru al Quran.Sementara itu Penyelia Dun Galas

    Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata, rumah mangsa banjir tersebut lambat diduduki memandangkan proses penyediaan prasarana mengambil masa.

    Katanya, sekarang jalan dan talian elektrik serta bekalan air sudah dipasang.

    Rumah berkembar dua mangsa banjir akan diduduki sepenuhnya tidak lama lagi selepas pengundi dilakukan Julai lepas, katanya.

    Fasa kedua projek rumah banjir di tapak yang sama sebanyak 38 unit lagi kini hampir siap sepenuhnya.

    Manakala di Tanah Putih sebanyak 50 unit lagi juga sedang dalam pembinaan. Ia dibiayai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

    Selain itu sebanyak 16 lagi rumah jenis sebuah yang dibina kerajaan negeri di Kampung Lembaga sudah diduduki sejak tahun lepas.

    Manakala 40 unit rumah banjir dikendalikan kerajaan pusat di Batu Papan juga diduduki selepas Hari Raya Aidilfitri lepas.

    Sebahagian lagi mangsa banjir juga mendapat rumah di Projek Perumahan Rakyat di Bandar Baru Gua Musang.

    RUMAH MANGSA BANJIR NILAI LEBIH RM100,000

    Rumah bantuan banjir dibina Maik di Kampung Tanah Putih, Gua Musang

    Mat Ali Mat Hussin berdiri di hadapan rumah baharu di Simpang Tiga Kampung Pulai

    Ustaz Suhaimi (kiri) bersama Mohd Zamri Zakaria di hadapan rumah baru miliknya

    Rumah bantuan banjir kurniaan Sultan Muhammad V kini dilengkapi prasarana

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 20 21

    Gua Musang . Dewan

    Majlis Daerah Gua Musang .

    .

    Dr.

    , ( ),

    . .

    Dr. , ( ).

    .

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 22 23

    2016 26 3

    -

    2014 3

  • MUHARRAM 1438H | OKTOBER 2016 24

    Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

    Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | ZULKAEDAH/ZULHIJJAH 1437H | OGOS/SEPTEMBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 176

    KOTA BHARU Dari segi material walaupun Kelantan tidak pesat membangun seperti negeri lain namun subur dengan pendidikan dan pengajian Islam.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, biarpun tidak ada bangunan pencakar langit tetapi pengisian ilmu keislaman itulah yang lebih diterapkan di negeri ini.

    Di Kelantan satu perlima daripada bajet Kerajaan Negeri adalah memfokuskan pendidikan Islam dan angka ini tinggi, katanya sempena Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan 2016 di sini baru lalu.

    Persidangan yang dikendalikan Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) itu dirasmikan Timbalan Menteri Besar, Dato Mohd Amar Abdullah.

    Turut hadir Pengarah ILPK, Yajid Yaakob.

    Katanya, pendidikan pada hari ini dilihat sebagai suatu pelaburan untuk menjana keuntungan. Pendidikan juga adalah suatu alat ataupun menjadi tangga kepuasan duniawai.

    Walaupun mampu melahirkan cendekiawan setiap tahun tetapi dunia dan negara berdepan dengan krisis moral dalam masyarakat.

    Namun hakikatnya, ilmu agama yang diasuh dan dipelajari itulah menjadi bekalan untuk hari akhirat nanti, katanya.

    Tambahnya, bertepatan dengan matlamat persidangan tersebut juga, Kerajaan Negeri berharap ia dapat dikembangkan dan diterapkan dalam pendidikan Islam.

    Kita akan terus berusaha walaupun dengan kekangan yang ada untuk menjadikan Kelantan sebagai hub pendidikan Islam bukan sahaja menjadi contoh di dalam negara tetapi dunia.

    Justeru Kelantan yang subur

    dengan pengajian Islam menawarkan solusi dengan meletakkan harapan yang tinggi kepada KIAS sebagai model dan peneraju dunia Pendidikan Tinggi Rabbani, katanya.

    Persidangan yang berlangsung tiga hari itu menjemput cendikiawan dan tokoh-tokoh pendidikan dari IPTA dan IPTS seluruh negara.

    Di antaranya, Prof Dato Wira Dr Jamil Osman (Mantan Rektor KUIN), Prof Dato Dr Ab. Halim Tamuri (KUIS), Prof Dr Badlisham Mohd Nasir (UKM), Prof Dr Ab. Aziz Mohd Zin (KIAS), Dr Shahbudin Ngah (KUIZM) dan ramai lagi.

    Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan dan satu kertas gagasan berjodol Masa Depan Pendidikan Tinggi Kelantan Satu Sorotan Rabbani yang disampaikan oleh Senator Dato Dr Johari Mat.

    KELANTAN BUDAYAKAN ILMU