amali 30 june 2015

10

Click here to load reader

Upload: virgo-vapor

Post on 05-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

amali

TRANSCRIPT

AMALI 30 JUNE 2015 (MTE 3143) HAMIZAN DAN ASRIZAH

1. Teroka tentang famous contributions of muslim scholar in cryptolgy Sumbangan cendiakawan musim dalam kriptologi

2. Rujuk dan baca tentang simon singhs the code book. Kumpul dan kupas maklumat dan pelbagai sumber serta sediakan satu laporan lengkap dalam 1500 patah perkataan.

[email protected]

Soalan 1 (kriptologi dalam islam)Yaqub ibn Ishaq al-Kindi yang juga dikenali sebagai Alkindus di Barat merupakan seorang cendekiawan Islam, ahli falsafah, saintis, ahli astrologi, ahli kimia, ahli matematik, ahli fizik dan pakar perubatan. Al-Kindi merupakan ahli falsafah Peripatetik Islam pertama dan beliau terkenal dengan usahanya memperkenalkan falsafah Greek kepada dunia Arab serta pengasas kriptologi dan fizik. Waris kaum Kinda, beliau dilahirkan dan mendapat pendidikan di Kufa sebelum melanjutkan pelajaran di Baghdad. Al-Kindi merupakan tokoh yang disegani di House of Wisdom dan beberapa khalifah telah melantiknya mengawasi penterjemahan karya saintifik dan teks falsafah Greek ke bahasa Arab. Hubungan dengan ahli falsafah silam seperti yang dirujuk oleh cendekiawan Islam telah memberi kesan kepada pembangunan dan membawa beliau menghasilkan pelbagai karya sendiri dalam pelbagai bidang seperti metafizik dan etika kepada matematik dan farmakologi. Dalam bidang matematik, al-Kindi memainkan peranan penting dalam memperkenalkan nombor India kepada dunia Islam dan Kristian. Beliau merupakan pengasas dalam bidang kriptanalisis dan kriptologi dan menghasilkan beberapa kaedah memecahkan cipher termasuk kaedah analisis frekuensi. Menggunakan kepakaran matematik dan perubatan yang ada padanya, beliau telah membangunkan satu skala bagi membolehkan doktor mengukur keupayaan kaedah rawatan mereka. Beliau juga menjalankan eksperimen menggunakan terapi muzik. Kebanyakan karya falsafah Al-Kindi disesuaikan antara falsafah dan sains Islam terutama teologi dan kebanyakan karyanya berkaitan dengan teologi. Ini termasuk ketuhanan, roh dan pengetahuan walaupun beliau memainkan peranan dalam menjadikan falsafah lebih dekat dengan cendekiawan Islam, karya falsafahnya tenggelam oleh al-Farabi dan hanya beberapa teksnya yang masih ada bagi kegunaan cendekiawan moden hari ini.Bagaimanapun beliau masih dianggap sebagai salah seorang ahli falsafah Arab teragung dan beliau dikenali sebagai Ahli Falsafah Arab. Al-Kindi banyak melibatkan diri dalam beberapa bidang matematik yang penting seperti aritmetik, nombor India, nombor harmoni, garisan dan penambahan dengan nombor, kuantiti relatif, mengukur nisbah dan kaedah penomboran dan pembatalan. Beliau juga menulis empat volume On The Use of the Indian Numerals (Ketab fi Isti'mal al-Adad al-Hindi) yang memberikan sumbangan besar penggunaan sistem nombor India di Timur Tengah dan Barat. Dalam bidang geometri beliau menghasilkan karya mengenai teori parallel dan menghasilkan dua buah buku dalam bidang optik. Sebagai pengasas dalam bidang kriptanalisis dan kriptologi, beliau adalah orang pertama yang menulis mengenai kriptanalisis dalam A Manuscript on Deciphering Cryptographic Messages. Beliau juga diiktiraf sebagai membangunkan kaedah analisis frekuensi di mana dalam frekuensi pada sepucuk surat boleh dianalisis dan dieksploitasi bagi memecahkan ciphers misalnya kriptanalisis oleh analisis frekuensi. Keadeh berkenaan diterangkan secara terperinci dalam teks yang ditemui dalam arkib Ottoman di Istanbul, Turki bertajuk Manuscript on Deciphering Cryptographic Messages yang juga merangkumi kaedah kriptanalisis, encipherments, kriptanalisis sesuatu enchipherment dan analisis statistic surat dan gabungan surat dalam Bahasa Arab. Menurut ahli sejarah Ibn al Nadim, al-Kindi menulis sekurang-kurangnya 260 buah buku dengan 32 buah buku geometri, 22 buah buku perubatan dan falsafah, sembilan buah berkaitan logik dan 12 buah buku fizik. Beliau memberikan pengaruh yang besar dalam bidang fizik, matematik, perubatan, falsafah dan muzik selama beberapa abad. Walaupun banyak buku beliau hilang selama beberapa abad, terdapat beberapa buah telah diterjemah dalam Bahasa Latin oleh Gerard of Cremona dan yang lain ditemui dalam bentuk manuskrip Arab. Al-Kindi diiktiraf sebagai ahli falsafah. Beliau meninggal dunia sebagai lelaki kesepian di Baghdad pada 873 Masehi semasa pemerintahan Al- Mu'tamid. Selepas kematiannya, semua karyanya jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab dan kebanyakkannya hilang kerana penjajah Mongul memusnahkan hampir kesemua perpustakaan semasa penaklukan.

SOALAN 2The Code Book merupakan satu buku bagaimana untuk mengenal, membuat dan mengodam kod sebagai maklumat rahsia sesebuah Negara. Komunikasi adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran dalam menguruskan sesebuah Negara. Kesan yang buruk akan berlaku jika maklumat berkenaan seperti rahsia kerajaan, ketenteraan, kelemahan Negara dan lain-lain jatuh ke tangan musuh dan boleh menyebabkan Negara tersebut diugut malah diserang. Untuk mengatasi masalah ini, unit operasi pembinaan kod rahsia ditubuhkan untuk menutup rahsia-rahsia dan kelemahan Negara. Musuh akan cuba untuk mengodam kod rahsia tersebut untuk kepentingan mereka. Unit kod rahsia bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dalam komunikasi terjamin dengan membina kod yang sukar digodam oleh musuh. Pengodam kod merupakan ahlikimia linguastik yang mengkaji simbol-simbol yang tidak bermakna kepada ayat yang memberi maklumat yang penting. Kod dan sifer merupakan peperangan antara pengodam kod dan Pembina kod yang lebih berfokus kepada tentera yang memberi kesan kepada sejarah. Dalam buku ini terdapat dua objektif yang utama. Yang pertama ialah evolusi kod dan yang kedua ialah kerelevenan kod pada masa kini. Evolusi dalam pembinaan kod berlaku apabila kod ini sentiasa digodam dan pengodam mebina senjata yang canggih untuk membaca kod sehingga kod tersebut menjadi tidak berguna lagi. Kod tersebut sama ada menjadi pupus atau mengalami evolusi menjadi kod yang lebih kuat dari yang sebelum ini. Jadi penggodam perlu mencari semula kelemahan kod tersebut dan kitaran ini akan berterusan. Contoh mudah yang boleh diaplikasi dalam kitaran ini ialah jangkitan bakteria. Bakteria akan terus hidup dan membiak sehinggalah doktor menemui antibotik yang dapat melemahkan jangkitan dan membunuh bakteria tersebut. Bakteria diasak mengalami evolusi untuk terus hidup dan jika mereka berjaya, antibiotik tidak akan memberi kesan lagi kepada bakteria tersebut. Maka doktor perlu membina antibiotik yang baru untuk membunuh bakteria tersebut samalah seperti kitaran pengodam dan juga pembina kod. Sejarah telah menegaskan kepentingan kod sehingga kematian raja dan permaisuri pada masa dahulu disebabkan oleh pengodam kod yang membuka tempat rahsia yang mereka tinggal. Dapat kita perhatikan zaman dahulu, kod begitu penting dalam pemerintahan, tetapi adakah kod relevan pada masa kini dengan alatan yang lebih canggih. Pada masa kini, maklumat menjadi sangat berharga dan revoulusi komunikasi yang mengubah masyarakat menjadi lebih canggih. Proses mengekod mesej yang dikenali sebagai enkripsi telah menjadi benda penting dalam kehidupan seharian. Komunikasi sekarang sangat berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kini menggunakan telefon dan komputer untuk berhubung dengan pantas walaupun jarak yang jauh. Telefon akan dipancar melalui satelit dan email akan dihantar menggunakan komputer dan kedua-duanya menghasilkan komunikasi yang terlalu mudah untuk digodam. Dapat diperhatikan bahawa kod begitu penting pada zaman sekarang untuk privasi dan keselematan. Contohnya, perniagaan begitu banyak berlaku di internet maka kod perlu dibina untuk perlindungan syarikat dan pelanggan. Enkripsi merupkan salah satu cara untuk melindungi privasi dan menjaminkan keberjayaan dalam perniagaan internet. Seni dalam rahsia berkomunikasi ataupun lebih dikenali sebagai kriptografi akan menghasilkan kunci rahsia dan juga menrupakan kunci ke alam maklumat yang baru. Kriptografi digunakan oleh kerajaan kini dalam menghasilkan kod rahsia yang mantap dari segi pertahanan supaya tidak dapat dicerobohi oleh musuh.Walaupun begitu, masyarakat yang semakin meningkat dari segi ilmu pengetahuan juga menginginkan kriptografi untuk perlindungan diri dan juga keluarga. Pihak polis selama ini menggunakan gari untuk menangkap penganas dan organasisi sindeket penjenayah tetapi mereka tidak dapat untuk menangkap pengodam yang boleh menghancurkan sesebuah Negara. Isu kini berlaku apabila undang-undang diperkuatkuasakan bagi penggunaan kriptografi dan perkara ini dibangkang oleh pihak masyarakat lebih-lebih lagi para perniaga alam maya.