amali 1 (awan) sce3110

Upload: sklegongulu

Post on 14-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    1/10

    1

    PRAKTIKAL 2

    TAJUK: Awan dan hujan

    HIPOTESIS:

    1. Jika kelembapan tinggi, maka hujan akan turun

    2. Suhu bertambah kelembapan berkurang

    TEORI:

    Trosfera adalah tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah

    atmosfera. Hampir keseluruhan awan terbentuk di bahagian tersebut. Awan

    merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter 0.02 mm0.06 mm serta terapung

    di udara. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang

    menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik

    air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin

    berat,dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai

    satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. Namun jika

    titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah

    awan itu.Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang

    terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang

    menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan. Rajah 1 danJadual 1 menunjukkan peringkat awan dan jenis awan

    Rajah 1

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Hujanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hujan
  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    2/10

    2

    Carta Awan

    Kumpulan awan Ketinggian Jenis awan

    Awan tinggi = Sirrus Atas 18,000 kakiSirrusSirrostratus

    Sirrocumulus

    Awan pertengahan = Alto 6,500 hingga 18,000 kakiAltostratusAltokumulus

    Awan rendah = Stratus sehingga to 6,500 kakiStratusStratocumulusNimbostratus

    Awan yang mengembang secara menegakKomulusKomulonimbus

    Awan istimewa

    Mammatus

    LentikularKabusContrails

    Jadual 1

    Peralatan: Kamera

    Prosedur:

    1. Lokasi untuk memerhati awan dilakukan agar tempat yang diperhatikan adalah

    sesuai dan tidak dihalang oleh bangunan dan pokok tinggi.

    2. Pemerhatian awan dilakukan selama sepuluh hari atau selama dua minggu.

    3. Masa pemerhatian awan adalah tetap dan kedudukan lokasi gambar juga adalah

    tetap selama tempoh pemerhatian dijalankan.

  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    3/10

    3

    Data Pemerhatian

    Lokasi : SK. Legong Ulu Kota, Negeri Sembilan

    Tarikh : 17 hingga 26 Julai 2013

    Masa : 9.30 pagi

    Tarikh/

    Masa

    Nama Pemerhatian Pemerhatian

    Ramalan Keadaansebenar

    17/7

    Sirus

    Suhu: 25.5C

    Kelembapan: 82%

    Cuaca cerah

    Cerah Cerah

    18/7

    Stratuskumulus

    Suhu: 24.4 C

    Kelembapan: 86%

    Cuaca cerah

    Cerah Hujan

  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    4/10

    4

    19/7

    Nimbostratus

    Suhu: 22.3C

    Kelembapan: 91%

    Cuaca mendung

    dan berjerubu

    Hujan Berjerubu

    20/7

    Sirus

    Suhu: 25.0C

    Kelembapan: 87%

    Cuaca cerah

    Cerah Hujan

    21/7

    Sirus

    Suhu: 26.0C

    Kelembapan: 84%

    Cuaca cerah

    Cerah Cerah

  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    5/10

    5

    22/7

    Sirokumulus

    Suhu: 22.0C

    Kelembapan: 95%

    Hujan Cerah

    23/7

    Sirus

    Suhu: 24.4C

    Kelembapan: 90%

    cerah

    Cerah Cerah

    24/7

    Kumulus

    Suhu : 22.0C

    Kelembapan: 95%

    Cuaca mendung

    Hujan Hujan

  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    6/10

    6

    25/7

    Kumulonimbus

    Suhu: 26.6C

    Kelembapan :88%

    Cuaca mendung

    Hujan Hujan

    26/7

    Kumulus

    Suhu: 22.0 C

    Kelembapan: 90%

    Cuaca cerah

    Cerah Hujan

  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    7/10

    7

    ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    BIL Tarikh Perkara

    Kelembapan (%) Suhu (C)

    1 17.07.2013 82 25.5

    2 18.07.2013 86 24.4

    3 19.07.2013 91 22.3

    4 20.07.2013 87 25.0

    5 21.07.2013 84 26.0

    6 22.07.2013 95 22.0

    7 23.07.2013 90 24.4

    8 24.07.2013 95 22.0

    9 25.07.2012 82 26.6

    10 26.07.2013 90 22.0

    Jadual 2

    Rajah 2

    8286

    9187

    84

    9590

    95

    82

    90

    22.5 24.4 24.025.0 26.0

    22.024.4

    22.026.6

    22.0

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    100

    17/7 18/7 19/7 20/7 21/7 22/7 23/7 24/7 25/7 26/7

    Suhu/Kelembapan

    Tarikh

    Kelembapan

    Suhu

  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    8/10

    8

    Berdasarkan graf garisan pada Rajah 2 di dapati bahawa kelembapan berkadar

    tidak langsung dengan suhu. Kawasan kajian mempunyai kelembapan yang tinggi

    dalam masa tempoh kajian. Adalah didapati peratus kelembapan melebihi 80% pada

    setiap hari. Terdapat enam hari kelembapan adalah tinggi iaitu pada 19/7, 22/7, 23/7,

    24/7, 25/7 dan 26/7.Peratus kelembapannya adalah melebihi 88% . Kelembapan yang

    tinggi ini memberi kesan pada suhu.

    Kelembapan yang tinggi telah membentuk awan-awan seperti kumulus,

    sirokulumus, kumulonimbus, dan nimbostratus .Berdasarkan pemerhatian hujan telah

    turun pada hari-hari yang mempunyai kelembapanyang tinggi.Hanya pada 23 / 7 ,

    kelembapan tinggi disebabkan oleh hujan yang telah turun pada awal pagi, maka hawa

    sejuk mempengaruhi kelembapan kawasan kajian.Masa kajian adalah pada pukul 9.30

    pagi oleh itu arus sejuk masih ada dikawasan persekitaran kajian.Lantaran itulah langit

    cerah dan satu pemandangan langit yang terang dan bersih dapat dilihat.

    Selain itu, berdasarkan data pada tarikh 18/7 dan 20/7 didapati cuaca adalah

    cerah dengan suhu 24.4C dan 25C serta kelembapan 86% dan 87%. Ramalan yang

    dibuat adalah cerah, tetapi selepas 3 jam didapati hujan turun. Keadaan ini boleh

    dikaitkan dengan faktor angin. Angin boleh menyebabkan udara bergerak dari kawasan

    yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah.Semakin tinggi perubahan

    tekanan semakin kuat tiupan angin. Di Malaysia,taburan hujan dipengaruhi oleh angin.

    Oleh itu tidak terkecualilah kawasan kajian yang terletak berhampiran dengan Gunung

    Datuk. Kemungkinan angin membawa hawa sejuk dan hujan dari kawasan

    pergunungan tersebut ke kawasan kajian.

    Berdasarkan pada data dalam jadual dalam 2, didapati bahawa suhu dan

    kelembapan saling berkaitan. Apabila suhu meningkat maka kelembapan akan

    berkurang . Sebagai contohnya pada kelembapan melebihi 90% maka suhunya adalah

    diantara 22-23C. Manakala suhu yang lebih tinggi apabila kelembapan kurang dari

    90% seperti pada 17/7, 18/7,20/7, 21/7 dan 25/7.

  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    9/10

    9

    Awan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita setiap hari.Ianya

    penting bagi kita untuk membuat perancangan dan melakukan aktiviti terutamanya yang

    melibatkan aktiviti luar. Awan-awan seperti kulumus dan kumulonimbus contohnya

    memberi isyarat kepada kita bahawa kemungkinan hujan akan turun. Ianya juga sangat

    penting bagi sesetengah pekerjaan seperti nelayan yang sangat bergantung kepada

    keadaan cuaca. Ramalan cuaca yang dibuat boleh memastikan mereka boleh turun ke

    laut atau tidak. Mereka berada di dalam bahaya apabila berada di laut dalam keadaan

    hujan yang lebat.

    KESIMPULAN

    Oleh itu ,hipotesis yang telah dibuat boleh diterima berdasarkan penyiasatan

    yang telah dibuat iaitu Jika kelembapan tinggi, maka hujan akan turun dan Suhu

    bertambah kelembapan berkurang. Oleh yang demikian awan yang muncul pada

    setiap hari adalah berbeza. Ianya dipengaruhi oleh peratus kelembapan dan suhu

    dikawasan penyiasatan. Jika kelembapan pada hari tersebut tinggi maka peratus hujan

    akan turun adalah tinggi. Hujan dan suhu adalah berkait rapat. Apabila suhu sejuk,

    kemungkinan hari akan hujan kerana awan menyerap titisan air yang sejuk,kondensasi

    berlaku dan akhirnya menyebabkab mendakan hujan.

  • 7/30/2019 AMALI 1 (awan) sce3110

    10/10

    10

    RUJUKAN

    http://apps.islam.gov.my/efalak/?q=erhk-awan

    http://ellerbruch.nmu.edu/classes/cs255f02/cs255students/abarker/P4/cirrus.html

    http://en.wikipedia.org/wiki/Cloud

    http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=88&Itemid=1099

    http://3rik97.wordpress.com/2013/04/27/jenis-jenis-awan/

    http://eo.ucar.edu/webweather/cloud3.html

    http://www.weatherwizkids.com/weather-clouds.htm

    http://apps.islam.gov.my/efalak/?q=erhk-awanhttp://apps.islam.gov.my/efalak/?q=erhk-awanhttp://ellerbruch.nmu.edu/classes/cs255f02/cs255students/abarker/P4/cirrus.htmlhttp://ellerbruch.nmu.edu/classes/cs255f02/cs255students/abarker/P4/cirrus.htmlhttp://en.wikipedia.org/wiki/Cloudhttp://en.wikipedia.org/wiki/Cloudhttp://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=88&Itemid=1099http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=88&Itemid=1099http://3rik97.wordpress.com/2013/04/27/jenis-jenis-awan/http://3rik97.wordpress.com/2013/04/27/jenis-jenis-awan/http://eo.ucar.edu/webweather/cloud3.htmlhttp://eo.ucar.edu/webweather/cloud3.htmlhttp://www.weatherwizkids.com/weather-clouds.htmhttp://www.weatherwizkids.com/weather-clouds.htmhttp://www.weatherwizkids.com/weather-clouds.htmhttp://eo.ucar.edu/webweather/cloud3.htmlhttp://3rik97.wordpress.com/2013/04/27/jenis-jenis-awan/http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=88&Itemid=1099http://en.wikipedia.org/wiki/Cloudhttp://ellerbruch.nmu.edu/classes/cs255f02/cs255students/abarker/P4/cirrus.htmlhttp://apps.islam.gov.my/efalak/?q=erhk-awan