falsafah ibu dlm awan larat

14
Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut. 25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM. 1 PENAFSIRAN FALSAFAH “IBU” DALAM AWAN LARAT : WARISAN ESTETIKA SENI UKIRAN MELAYU Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa B Abd Rashid Jabatan Senibina Dalaman Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur UiTM Perak [email protected] ABSTRAK Seni merupakan manifestasi kepada pandangan sarwajagat sesuatu bangsa. Seni bukan sahaja bertindak sebagai wahana untuk penerokaan minda dan ekspresi diri tetapi turut bertindak sebagai cerminan kepada pengalaman, reaksi dan karektor terhadap pemikiran, kebudayaan dan ketamadunan. Dalam kesenian Melayu, seni ukiran merupakan warisan budaya yang telah lama bertapak dalam sejarah tamadun Melayu. Gaya Awan Larat adalah di antara penghasilan karya yang mendominasi seni ukiran Melayu yang mempunyai nilai estetik dan esoterik yang tinggi. Kertas kerja ini berhasrat untuk meneroka dan membincangkan falsafah “ibu” yang menjadi prinsip utama gaya Awan Larat dalam seni ukiran Melayu. Kajian adalah melalui penganalisaan dan pemerhatian yang dibuat ke atas beberapa artifak dan temu bual dengan beberapa pengukir. Perbincangan dalam kajian ini mendapati bahawa disebalik kecantikan dan kehalusannya, Awan Larat mempunyai nilai estetik dan falsafah yang unik dan tersendiri. Katakunci : Awan Larat, seni ukiran Melayu, estetik Pendahuluan : Sejarah dan Latar Belakang Seni Ukiran Melayu Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam, kewujudannya paling ketara dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah, perahu, alat persenjataan dan elemen-elemen kesenibinaan yang diperbuat daripada kayu. Menurut Halim Nasir (1987:9) seni ukir di Semenanjung Malaysia boleh ditelusuri semenjak zaman Batu Megalithik dengan penemuan motif-motif pada batu dalam bentuk ular atau naga dan rusa, sehingga kepada penemuan motif dan kaligrafi pada batu-batu nesan yang menandakan zaman kedatangan Islam ke rantau sebelah sini. Manakala penemuan motif-motif pada meriam, keris, lembing dan cap mohor kerajaan lama menandakan sekil atau kepandaian Melayu purba dalam menggunakan logam ketika zaman logam sehingga kepada era kedatangan Islam. Dalam konteks seni ukiran kayu, penemuan yang meluas pada rumah kediaman, istana, masjid, rumah wakaf, gerbang dan juga pada senjata, peralatan pertukangan, perabut, perkakas rumah serta perahu. Dari sudut sejarah kegiatan seni ukir terkenal di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Patani di Selatan Thai. Namun terdapat juga rumah-rumah tradisional di negeri-negeri Perak, Kedah dan Negeri Sembilan yang dihias dengan ukiran. (Zulkifli Hanafi, 2000:2). Secara amnya terdapat persamaan atau pengaruh setempat dengan kawasan sekitarannya ; umpamanya ukiran seni bina rumah tradisional Melayu Kelantan dan Terengganu dengan Selatan Thai sementara Negeri Sembilan dengan Minangkabau.(Halim Nasir, 1987:66). Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.

Upload: miguel-murray

Post on 19-Jan-2016

397 views

Category:

Documents


50 download

DESCRIPTION

Ukiran Kayu Melayu; seni ukiran kayu tradisional melayu. Falsafah di sebalik motif awan larat yang berkaitan dengan masyarakat melayu.

TRANSCRIPT

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

1

PENAFSIRAN FALSAFAH “IBU” DALAM AWAN LARAT :

WARISAN ESTETIKA SENI UKIRAN MELAYU

Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa B Abd Rashid

Jabatan Senibina Dalaman

Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur

UiTM Perak

[email protected]

ABSTRAK

Seni merupakan manifestasi kepada pandangan sarwajagat sesuatu bangsa. Seni bukan

sahaja bertindak sebagai wahana untuk penerokaan minda dan ekspresi diri tetapi turut bertindak

sebagai cerminan kepada pengalaman, reaksi dan karektor terhadap pemikiran, kebudayaan dan

ketamadunan. Dalam kesenian Melayu, seni ukiran merupakan warisan budaya yang telah lama

bertapak dalam sejarah tamadun Melayu. Gaya Awan Larat adalah di antara penghasilan karya

yang mendominasi seni ukiran Melayu yang mempunyai nilai estetik dan esoterik yang tinggi.

Kertas kerja ini berhasrat untuk meneroka dan membincangkan falsafah “ibu” yang menjadi

prinsip utama gaya Awan Larat dalam seni ukiran Melayu. Kajian adalah melalui penganalisaan

dan pemerhatian yang dibuat ke atas beberapa artifak dan temu bual dengan beberapa pengukir.

Perbincangan dalam kajian ini mendapati bahawa disebalik kecantikan dan kehalusannya, Awan

Larat mempunyai nilai estetik dan falsafah yang unik dan tersendiri.

Katakunci : Awan Larat, seni ukiran Melayu, estetik

Pendahuluan : Sejarah dan Latar Belakang Seni Ukiran Melayu

Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak

dalam sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam, kewujudannya paling ketara

dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah, perahu, alat persenjataan dan

elemen-elemen kesenibinaan yang diperbuat daripada kayu. Menurut Halim Nasir (1987:9) seni

ukir di Semenanjung Malaysia boleh ditelusuri semenjak zaman Batu Megalithik dengan

penemuan motif-motif pada batu dalam bentuk ular atau naga dan rusa, sehingga kepada

penemuan motif dan kaligrafi pada batu-batu nesan yang menandakan zaman kedatangan Islam

ke rantau sebelah sini. Manakala penemuan motif-motif pada meriam, keris, lembing dan cap

mohor kerajaan lama menandakan sekil atau kepandaian Melayu purba dalam menggunakan

logam ketika zaman logam sehingga kepada era kedatangan Islam. Dalam konteks seni ukiran

kayu, penemuan yang meluas pada rumah kediaman, istana, masjid, rumah wakaf, gerbang dan

juga pada senjata, peralatan pertukangan, perabut, perkakas rumah serta perahu.

Dari sudut sejarah kegiatan seni ukir terkenal di kawasan Pantai Timur Semenanjung

Malaysia di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Patani di Selatan Thai. Namun

terdapat juga rumah-rumah tradisional di negeri-negeri Perak, Kedah dan Negeri Sembilan yang

dihias dengan ukiran. (Zulkifli Hanafi, 2000:2). Secara amnya terdapat persamaan atau pengaruh

setempat dengan kawasan sekitarannya ; umpamanya ukiran seni bina rumah tradisional Melayu

Kelantan dan Terengganu dengan Selatan Thai sementara Negeri Sembilan dengan

Minangkabau.(Halim Nasir, 1987:66).

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai

estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman

terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab

kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya

kesenian tradisi ini.

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

2

Gaya Awan Larat dalam Seni Ukiran Melayu

Keunikan seni ukiran Melayu dapat dihayati melalui gaya, pola dan motif-motif yang

terdiri daripada pelbagai bentuk dan variasi. Kajian terhadap gaya dalam seni ukiran tradisi

Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Awan Larat, geometrikal, kaligrafi dan

campuran /kombinasi. Gaya Awan Larat Melayu dipercayai berasal dari pengamatan seniman

Melayu yang mendalam terhadap alam. Dalam hal ini tompok-tompok awan yang bergerak

menghasilkan pelbagai bentuk dan corak yang menarik menjadi sumber inspirasi kepada pengukir

Melayu. Gaya ragam hias ini turut terdapat pada batik, songket dan seni logam. (S.A.Jamal

(2007:12), Nik Hassan Shuhaimi (2000 :299),

Sejajar dengan pandangan pengukir Norhaiza yang merasakan bahawa jiwa pengukir

amat rapat dengan alam. Beliau menyatakan bahawa keadaan ini dapat dirasakan terutamanya

ketika menjalankan kerja-kerja ukiran. Kekuatan ransangan yang terdapat pada kelima-lima daya

inderawinya menjadikannya begitu peka sehingga dapat menjiwai fenomena alam di

sekelilingnya. Keadaan inilah yang menjadikan setiap pengukir yang baik mampu untuk melihat

fenomena alam serta menterjemahkannya melalui “matahati” atau intuitif. Menurut beliau

matahati diperlukan untuk melihat, menterjemah dan mentafsir sesebuah karya. Mata biasa

mungkin dapat melihat sesuatu yang terhampar di hadapan manakala matahati mampu melihat

jauh lebih dalam dan bertindak bersama-sama daya inderawi yang lain untuk menghasilkan

kefahaman yang lebih jauh dan luas pada ufuk minda.

Halim Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang

berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini

digabungkan dengan pola lengkap.

Pengukir Wan Mustapha Wan Su mentakrifkan awan larat sebagai sejenis reka corak

yang mempunyai peraturan yang khusus. Boleh dilukis (diawan laratkan) dalam pelbagai bentuk.

Contoh elemen-elemen yang boleh diawan laratkan ialah ; ombak, asap, awan, janggut manusia,

kening, bulu mata, ekor ikan, jenis jenis ekor ayam / burung, balung ayam / burung dan

tumbuhan. Beliau menggariskan beberapa peraturan awan larat seperti berikut :

i. Bentuk elemen-elemen (bunga, daun, batang dan sebagainya) yang diukir mestilah

dalam bentuk yang indah dan lembut sehinggakan kelembutan dan keindahan itu

mustahil jika dibandingkan dengan elemen tersebut di alam nyata.

ii. Susunatur elemen-elemen yang diukir mesti dalam bentuk indah dan lembut.

iii. Mesti menepati kehendak falsafah-falsafah yang dinyatakan.

Dalam buku „Serian Ukiran‟ yang diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

menyatakan tentang dua bentuk awan larat iaitu :

i.Awan Larat Melayu Asli –

dikenali juga sebagai „Awan Larat Jawi‟ yang mempunyai bunga yang besar dan jarang.

Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruangnya.Batangnya

berlingkar lembut dan daunnya berlipat lunak.

ii.Awan Larat Jawa –

Daun dan bunga lebih kecil dan rapat. Terdapat banyak bunga dan daun yang bertindih

antara satu sama lain sehingga tidak banyak batang yang kelihatan. Bentuk daun lebih

lurus dan jarang berlipat.

Menurut pengukir Wan Mustapha Wan Su motif awan larat Melayu terdiri dari bunga yang besar

dan jarang-jarang, dan motif itu bermula dari satu titik dan kemudian melarat sehingga memenuhi

ruang-ruang kosong. Titik permulaan ini dipanggil punca dan terus tumbuh secara perlahan dan

berliku-liku dalam keadaan terkawal dan seimbang tanpa mempunyai unsur-unsur yang

berlebihan. Bentuk-bentuk pepohon dan tumbuhan yang bersifat lembah lembut menjalar seperti

sulur kacang, bunga ketumbit, daun petola, daun kiambang menjadi bahan pilihan sebagai sumber

inspirasi pengukir-pengukir Melayu. Di Indonesia, awan larat dipanggil motif jalinan tali.

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

3

Hiasan seperti ini terdapat pada tiang-tiang dinding pembatas ruang jogo satru dan gedongan

serta tiang-tiang pada sentong utama.

Falsafah ”Ibu” Dalam Awan Larat Melayu

“Tumbuh hendaklah berpunca,

punca itu rahsia,

tajam tidak menerjah lawan,

lilit tidak memeluk lawan,

tetapi berlegar mesra.”

Kata-kata pengukir Wan Musa b Wan Yusuff,

Jertih, Terengganu

dipetik dari Abdullah b Mohamed (1990).

Gambar 1 Elemen-elemen Dalam Ukiran

Daun terlipat

Kudup

Bunga „Punca‟

Bunga

Kembang

Daun Sendal

Daun Pengasuh

Batang utama

Sulur

„Punca‟ yang

tumbuh dari satu

benih disebut

„Kepala Kala‟

oleh Wan Po

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

4

Kesemua pengukir yang ditemubual menyatakan bahawa elemen-elemen berikut terdapat dalam

ukiran Melayu iaitu :

i. Benih („punca‟ atau „ibu‟)

ii. batang

iii. ranting

iv. sulur

v. pucuk

vi. daun

vii. bunga

viii. buah

Pengukir Norhaiza menyatakan bahawa elemen-elemen tersebut adalah sebagaimana

elemen melodi dalam muzik iaitu Do Re Mi Fa So La Ti Do. Penggunaan elemen-elemen inilah

yang menghasilkan rentak dan mencorakkan sesebuah ukiran. Selain itu beliau menamakan

beberapa elemen yang turut dijadikan asas iaitu :

i.Rangka (Frame) ukiran – mencerminkan sempadan

Ibarat sebuah undang-undang atau garis panduan dalam kehidupan

manusia.

ii.Batang utama atau corak – mencerminkan prinsip

Bebas untuk bergerak tetapi tidak boleh keluar dari garis sempadan yang

ditetapkan oleh agama dan budaya.

iii.Motif – gubahan bunga mencerminkan sifat

Perlu kemahiran dan ilmu yang sempurna atau susunan sifat yang rapi

seperti pergaulan dalam masyarakat, disiplin diri, tuturkata yang sopan,

perwatakan yang menarik dan lain-lain.

iv.Silat – Gaya olahan motif pada ukiran yang sempurna melahirkan

keindahan dan mencerminkan kemantapan diri seseorang pengukir.

Salah satu prinsip yang ketara dalam ukiran Melayu ialah setiap ukiran atau bunganya

akan bermula daripada satu tempat atau sumber yang dipanggil „punca‟ yang berupa „benih‟ atau

„ibu‟ kepada keseluruhan komposisi ukiran tersebut . Bentuk ukiran Melayu mementingkan sifat

gerak yang bermula dari suatu punca dan tumbuh perlahan-lahan keluar daripada punca tersebut.

Dalam erti kata lain setiap ukiran Melayu bermula dari satu titik yang dipanggil „ibu‟ atau

„punca‟.

Berdasarkan kajian didapati bahawa terdapat sekurang-kurang lapan jenis-jenis „punca‟

atau „ibu‟ dalam ukiran daripada tiga kategori :

Tiga Kategori „punca‟ atau ‟ibu‟ atau ‟benih‟ yang dikenalpasti ialah :

1. Punca yang kelihatan

iaitu punca dari 1 benih dan punca dari 2 benih

2. Punca yang tersorok

iaitu punca dari pasu, bunga dan tapak separa bulatan.

3. Punca rahsia

iaitu punca rahsia, sulur tak berpunca dan gelang punca.

1. Punca yang kelihatan.

Kesemua elemen-elemen ukiran lazimnya bermula dengan sulur akan keluar daripada

benih yang berbentuk bulat dan bergulung dan jelas kelihatan. Motif ini dipanggil „kepala kala‟

oleh pengukir Wan Po. Dua jenis punca yang kelihatan adalah:

i. „Ibu‟ dari 1 benih

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

5

ii. „Ibu‟ dari 2 benih

i. Contoh „Ibu‟ dari satu benih.

ii. Contoh „Ibu‟ dari dua benih

Gambar 3

Ukiran Kepala Pintu Rumah Wan Esah, Kampung Laut, Kelantan. sumber: kajian lapangan

Gambar 2

Ukiran Kepala Pintu Rumah Wan Esah, Kampung Laut, Kelantan. sumber: kajian lapangan

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

6

2. Punca yang tersorok

Jenis kedua adalah jenis „punca tersorok‟ iaitu „punca‟ atau „benih‟ tidak kelihatan. Sulur dan

bunga akan keluar daripada tiga elemen iaitu pasu atau bunga yang sedang mekar atau daripada

tapak yang berbentuk separuh bulatan. Dalam kategori ini seluruh elemen ukiran iaitu akan keluar

daripada tiga objek atau elemen iaitu :

a.. pasu

b. bunga yang mekar

c. tapak berbentuk separa bulatan.

iii. Contoh „Punca‟ dari Pasu

iv. Contoh „Punca‟ dari Bunga

Gambar 4

Ukiran Kepala Pintu Rumah Wan Esah, Kampung Laut, Kelantan. sumber: kajian lapangan

Gambar 5

Ukiran Kepala Pintu Surau Langgar, Kelantan. sumber: Spirit of Wood

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

7

v. Contoh „Punca‟ dari tapak separa bulatan

3. Punca Rahsia

Selain jenis-jenis ukiran awan larat yang mempunyai „punca‟ atau „ibu‟ atau „benih‟,

terdapat juga jenis ukiran yang tiada „berpunca‟ yang dinamakan sebagai „punca rahsia‟. Tambah

menarik ialah reka corak yang terhasil tiada mempunyai titik punca dan tiada mempunyai titik

akhir. Kebanyakan ukiran jenis ini akan menggunakan ukiran berdasarkan geometri berbanding

awan larat. Ini adalah kerana kebanyakan reka corak yang dihasilkan bersifat simetrikal samada

secara horizontal atau vertikal. Kadangkala reka corak yang terhasil dipanggil „bunga pecah dua‟,

„bunga pecah tiga‟, „bunga pecah empat‟, „bunga pecah enam‟ dan sebagainya. Reka corak jenis

„punca rahsia‟ menyerlahkan daya kreativiti pengukir yang tinggi dalam menghasilkan ukiran

disamping menimbulkan suasana penuh kerahsiaan dalam ukiran tersebut. Ianya dikaitkan dengan

fenomena alam yang kita nampak secara fizikalnya tetapi tidak diketahui dari mana asalnya.

Dalam kesenian Islam reka corak seperti ini dinamakan „arabesque‟. Ianya dikaitkan dengan zikir

dan sifat Allah yang telah sedia wujud – tiada permulaan dan tiada akhiran yang digambarkan

melalui sifat reka corak yang infiniti.

Dalam tamadun lain di dunia turut didapati penggunaan motif yang menyerupai motif

„punca rahsia‟ dalam ukiran Melayu. Di India ia merupakan simbol pertahanan. Melalui kitab

Veda mereka percaya bahawa kesemua yang wujud dalam alam ini sepertimana manusia „terikat‟

oleh dewa-dewi penyakit dan kematian iaitu Varuna, Yama dan Nirrti dan hanya boleh di

„bebaskan‟ oleh dewa-dewi pertahanan.

Berlainan dengan Buddhisme, ikatan tanpa punca ini adalah salah satu dari lapan simbol

panjang umur dan kegembiraan dalam ikonografi mereka.1 Ianya juga sebagai simbol cinta dan

ketaatan. Sementara di Mesir purba ikatan tanpa punca adalah simbol kehidupan yang berkekalan

dan abadi.

“Punca Rahsia” terbahagi kepada tiga jenis iaitu

i. Pangkal dan hujungnya yang tiada berpunca dan berakhir (seperti motif nombor

lapan).

1 Lihat contoh motif yang terdapat pada permukaan sebelah timur kuil Lokesvara, India yang menggunakan

teknik ikatan yang dipanggil „punca rahsia‟ dalam ukiran Melayu.

Gambar 6

Ukiran Kepala Pintu Rumah Puan Samihah, Kota Bharu, Kelantan. . sumber: kajian lapangan

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

8

ii. Pangkalnya tiada berpunca tetapi hujungnya diakhiri dengan elemen-elemen ukiran

seperti kudup atau bunga atau daun. (sulur tak berpunca)

iii. Pangkalnya tiada berpunca dan hujungnya pula diakhiri dengan elemen-elemen ukiran

seperti kudup, daun atau bunga. Sebahagian sulur akan digunakan motif seperti gelang

menandakan bahagian tengah. (gelang punca)

vi. Contoh „Punca‟ rahsia.

vii. Contoh „Sulur tak berpunca‟

Berbeza dengan reka corak „punca rahsia‟ di mana tiada titik punca dan tiada titik akhir; reka

corak „sulur tak berpunca‟ lazimnya menggunakan sulur yang menjalar memenuhi ruang namun

tidak ditemui „punca‟nya. Akhiran kepada reka corak ini biasanya adalah daun pucuk.

Sepertimana reka corak-reka corak lain dalam seni ukiran Melayu di mana ianya menyerlahkan

daya kreativiti yang tinggi daripada pengukir disamping membawa perlambangan bahawa

fenomena alam yang penuh dengan rahsia dan makna disebalik sesuatu yang nampak secara

fizikal.

Gambar 7

Contoh ukiran yang menggunakan motif punca rahsia. Ukiran motif geometri pada kekisi lubang angin yang terdapat pada Masjid Wadi Hussin, Telok Manok, Patani. (kiri) Ukiran awan larat hasil pengukir Norhaiza yang terdapat pada kediamannya di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Sumber: Spirit of The Wood.

Gambar 8

Ukiran Kepala Pintu Istana Tengku Long, Besut , Terengganu. sumber : kajian lapangan

Gambar 9

Ukiran Kepala Pintu Istana Tengku Long, Besut , Terengganu. sumber : kajian lapangan

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

9

viii. Contoh „Gelang Punca‟

Perbincangan

Kelapan-lapan jenis „ibu‟ atau „punca‟ yang telah diperbincangkan di atas merupakan

jenis-jenis yang sering dijumpai atau terdapat pada ukiran-ukiran Melayu terutamanya daripada

gaya awan larat. ‟Punca‟ atau „ibu‟ atau „benih‟ merupakan salah satu identiti utama dalam seni

ukiran Melayu dan kesenian Melayu yang lain. Pelbagai tafsiran dan makna telah diberikan oleh

beberapa penulis dan pengukir berkenaan kewujudan „punca‟ dalam sesebuah ukiran.

Di antara pendapat yang paling menarik adalah daripada pengukir Wan Mustafa yang

menamakan punca tersebut sebagai „kepala Kala‟. 2 Beliau mengaitkannya dengan permulaan

masa dan menganggapnya sebagai mempunyai falsafah ketuhanan. Setiap kejadian di alam ini

mesti ada permulaannya kecuali Allah swt yang tiada sifat permulaan. Lantaran itu falsafah ini

dimanifestasikan dalam seni ukiran Melayu melalui bentuk tombol bulat (kadangkala tersorok)

yang dipanggil sebagai „kepala Kala‟ . Dari sudut bahasa perkataan „kala‟ berasal dari perkataan

Sanskrit yang membawa maksud masa, waktu atau ketika. Manakala dari sudut kesenian lama,

„Kala‟ adalah dewa Hindu yang menderhaka yang diperintah oleh Siva untuk memakan dirinya

sendiri sebagai hukuman. Kala menjadi sebahagian ikonografi di Asia Tenggara terutamanya di

Indonesia dan sering muncul menjadi hiasan di kepala pintu candi-candi lama.

2 perbincangan tentang „Kepala Kala‟ dalam catatan temu bual dengan Wan Mustafa di Balai Seni Mustafa

WanSu, Besut , Terengganu.

Gambar 10

Kedua-dua ukiran daripada kepala tingkap Istana Tengku Long, Terengganu menunjukkan penggunaan gelang punca sumber :kajian lapangan

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

10

Rosnawati3 berpendapat semua jenis ukiran bermula dari punca . Dari punca inilah

gubahan fikiran keluar dalam bentuk lingkaran hingga memenuhi ruang yang hendak diukir.

Punca adalah benih ibarat semua yang bernyawa bermula dengan benih baik manusia, tumbuhan

atau haiwan. Rosnawati mengaitkan ukiran pada panel ibarat gunungan atau pohon budi atau

pohon hayat dalam wayang kulit. (tree of life?). Ianya melambangkan kewujudan pencipta alam

ini yang Maha Kuasa dan Maha Agong.

Pengukir Norhaiza berpendapat bunga sebagai punca ditengah kerana pengukir ingin

menjadikannya sebagai titik fokus sesebuah karya. Juga melambangkan kemeriahan, nampak

segar, tidak layu (kuncup) dan harmoni dalam karyawan.

Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang

„punca‟ atau „ibu‟ dalam ukiran Melayu. Beliau menyatakan bahawa alam adalah tajalli atau

manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai-

bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya.

Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan

bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya. Daripada ilmu Allah yang

wujud dari zatNya yang esa dan penuh rahsia tersebut maka lahirlah pelbagai perkara yang

dipanggil sebagai alam. Keindahan yang lahir daripada hubungan zat Allah dan kewujudan alam

digambarkan dalam seni ukir dan kesenian Melayu yang lain. Segala kewujudan dan keindahan

adalah „rahsia‟ atau „sirr‟ yang hanya boleh dilihat dengan pandangan akal dan kalbu. Dari rahsia

ini muncul alam yang indah sesuai dengan sifat Allah „yang indah‟ (Jamal) dan „yang hebat‟

(Jalal). Maka „rahsia‟ atau „sirr‟ atau „zat‟ yang disifatkan sebagai tumbuhnya punca sesuatu

motif dalam ukiran itu adalah maujud dalam permulaan yang disebut sebagai „benih‟ atau

„punca‟.

„Punca‟ dikaitkan dengan permulaan kehidupan dan digambarkan oleh „benih‟ sama ada

ianya kelihatan atau tersorok membawa makna bahawa setiap yang wujud di alam ini mempunyai

dua entiti iaitu alam fizik dan alam metafizik. Tersorok dan tidak kelihatan juga membawa

lambang kerahsiaan. Fenomena penuh kerahsiaan dalam alam permulaan inilah ingin

disampaikan melalui konsep punca ini. Lantaran itu penggunaan elemen bunga juga digunakan

dalam „menceritakan‟ proses permulaan ini. Elemen „bunga‟ yang sedang mekar berkembang

menjadi lambang „ibu‟ dalam fenonema permulaan kehidupan ini. Stailisasi „bunga punca‟ atau

„ibu bunga‟ juga sering berbentuk saperti „rahim‟ lantas disebut „rahim bunga‟ dalam beberapa

penerangan tentang ukiran. Bunga punca yang sedang berkembang mekar ditengah-tengah ukiran

juga menjadi lambang keagungan dan kebesaran Tuhan dalam memberi nyawa dan kehidupan

pada makhluk-makhlukNya.

Dalam kebanyakan ukiran terutamanya dalam pola lengkap terdapat elemen-elemen ukiran iaitu:

i. Ibu / Benih / Punca

ii. Batang

iii. Sulur

iv. Kudup

3 Puan Rosnawati dari Kandis Resource Center, Kelantan adalah seorang pensyarah seni, arkitek dan balu

pada pengukir Allayarham Nik Rashiddin.

Gambar 11

Ibu atau punca ukiran awan larat berbentuk ’rahim’ sebagai simbol kepada kehidupan dan kesuburan.

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

11

v. Bunga

vi. Daun

vii. Buah

Tumbuhan dan bungaan merupakan elemen-elemen alam semulajadi yang amat rapat

dengan jiwa dan kehidupan orang Melayu. Jika diperhatikan kesemua elemen-elemen tersebut

merupakan elemen-elemen yang terdapat pada sebatang pohon. Kesemua elemen-elemen ini pula

turut menjadi sebahagian daripada „punca‟ untuk tumbuh menjadi sebatang pohon yang lain.

Dalam sistem pertanian terdapat pokok-pokok yang boleh ditanam daripada benih, daripada

batang, daripada sulur, daripada kudup, daripada bunga, daripada daun dan daripada buah. Secara

tidak langsung kesemua elemen-elemen tersebut yang dijadikan elemen-elemen ukiran adalah

merupakan elemen „punca‟ untuk pokok yang lain. Ianya boleh dijadikan tunas kepada pokok

baru dan memulakan kehidupan yang baru dan mengeluarkan pula elemen-elemen yang telah

disebutkan. Maka falsafah yang terdapat disebalik sesebuah ukiran sebenarnya antara lain adalah

tentang kehidupan.

Kudup dan buah adalah lambang kehidupan yang masih muda dan perlukan ilmu dan

pengalaman untuk terus hidup. Sulur dan batang adalah lambang perjalanan hidup yang penuh

berliku dengan rintangan dan halangan. Daun sebagai akal yang menyerap ilmu sebagai makanan

rohaniah dan jasmaniah. Bunga yang separa kembang sebagai dugaan terhadap nikmat yang

diberikan berupa harta dan kecantikan agar tetap insaf dan bersyukur agar ianya tidak layu.

Bunga sedang mekar berkembang adalah lambang kesyukuran dan kehebatan Allah swt yang

telah mencurahkan nikmat dan memberi keredhaan kepada kita yang merupakan tujuan asal

dalam kehidupan. Penggunaan motif-motif bunga Ketumbit, bunga Tanjung, bunga Cempaka,

Ketamguri, Bayam Peraksi sering ditemui pada ukiran-ukiran gaya awan larat dari Pantai Timur.

Sebagai ‟ibu‟ atau ‟punca‟ motif bunga-bunga ini lazimnya terletak di bahagian tengah komposisi

ukiran dalam kedudukan pandangan atas (pelan) atau pandangan sisi.

Konsep „punca‟ apabila dilhat dari aspek kesenian dan kebudayaan Melayu yang lain

mempunyai pertautan dan persamaan. Dalam erti kata yang lain hampir setiap konsep dan amalan

kesenian dan kebudayaan Melayu bermula dengan sesuatu yang dipanggil „punca‟ atau „ibu‟

sepertimana dalam ukiran.

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

12

Dalam kesenian batik; konsep „punca‟ diterjemahkan dalam penggunaan motif „ubi‟.

Motif ubi menjadi lambang permulaan atau punca kepada kehidupan. Struktur „kepala kain‟ pada

kain sarung juga melambangkan ketua atau punca. Struktur „kepala kain‟ kemudiannya membawa

kepada beberapa bahagian lain saperti tali air, sulur, pengapit kiri, pengapit kanan serta pucuk

rebung yang mana setiap satunya membawa perlambangan tentang kehidupan. (Najib Dawa,

1995)

Konsep „punca‟ agak bersamaan dengan konsep „sembah‟ dalam seni tarian dan seni

persilatan Melayu. Menurut Mohd. Ghouse (1994) manusia awal yang mengamalkan animisme

menggunakan tarian sebagai alat berkomunikasi di antara manusia dengan roh nenek moyang

yang berupa tarian ritual. Kemudiannya ia berkembang menjadi lebih kompleks dan halus.

Sebagaimana „punca‟ menjadi permulaan pada ukiran begitu jugalah dengan posisi „sembah‟

sebagai gerak permulaan yang menjadi „punca‟ atau „ibu‟ dalam tarian dan persilatan. Dalam

kesenian tarian Melayu baik dipersembahkan di istana untuk raja (dikenali sebagai tarian istana)

ataupun yang dipersembahkan untuk rakyat (dikenali sebagai tarian rakyat) dimulakan dengan

„sembah‟ sebagai permulaan. „Sembah‟ adalah kedudukan penari dalam posisi duduk dengan

keadaan tangan dalam beberapa variasi. Kedudukan yang paling kerap adalah penari merapatkan

tapak tangan dan mengangkatnya ke atas dada atau muka sebelum memulakan tarian. Namun

terdapat sekurang-kurangnya lima variasi posisi atau kedudukan „sembah‟ dalam permulaan

tarian. „Sembah‟ adalah salah satu gerakan simbolik sebagai cara menyampaikan ekspresi hormat,

taat dan sopan terhadap raja atau penonton sebelum memulakan tarian. Dalam konteks spiritual,

pergerakan „sembah‟ adalah sebahagian daripada sajian untuk mempelawa atau memohon izin

daripada raja dan unsur-unsur lain seperti semangat udara, air, tanah dan api. (Mohd. Ghouse,

1994:11).

Dalam konteks seni bina, proses mendirikan „tiang seri‟ merupakan „punca‟ atau‟ „ibu‟

kepada keseluruhan proses pembinaan sesebuah rumah atau istana. Tiang seri4 adalah tiang yang

mula-mula didirikan yang terletak di tengah-tengah rumah dan dikatakan menjadi sendi rumah.

(Kamus Dewan, 2005:1679). Ia menjadi simbol kekuatan atau kekukuhan sesebuah rumah serta

dipercayai boleh menghindarkan penghuni rumah dari gangguan makhluk halus.5 Lantaran itu

Abdullah Mohamed (1985:79) menyatakan bahawa tiang seri terbahagi kepada dua bahagian;

iaitu bahagian yang tersembunyi dalam tanah sebagai alam batin dan bahagian yang nyata di atas

bumi sebagai melambangkan alam zahir. Bahagian bawah tiang yang tertanam ke bumi

melambangkan rahsia atau „sir‟ atau „perbendaharaan yang tersembunyi‟ yang terdapat dalam

alam hakikat. Dari situ ia „tumbuh‟ atau „muncul‟ seperti kelopak bunga melahirkan ruang dan

rumah yang dipanggil „rumah ibu‟. Fenomena ini dilambangkan oleh kain-kain perca berwarna-

warni yang yang diletakkan pada kepala tiang dengan setiap warna mempunyai makna-makna

tertentu. Ia sebagai lambang proses kemunculan alam, baik alam besar atau alam kecil. Dengan

lain perkataan, rumah yang mula-mula dibina dalam proses pembinaan rumah tradisional Melayu

dipanggil „rumah ibu‟. „Rumah ibu‟ menjadi punca lahirnya sesebuah rumah tradisional Melayu

melalui „tiang seri‟. Daripada rumah ibu kemudiannya akan lahir ruang-ruang lain seperti serambi

dan anjung dirumah depan, rumah selang dan rumah dapur. Orang Melayu amat menitik beratkan

soal mendirikan tiang seri kerana ia menjadi punca kepada kewujudan sebuah rumah yang aman

4 Tiang seri adalah tiang yang pertama dinaikkan dalam proses pembinaan rumah atau istana yang lazimnya

terletak ditengah-tengah rumah ataupun salah satu daripada empat tiang yang berada ditengah bagi reka

bentuk bumbung limas. Di Jawa „tiang seri‟ dikenali sebagai Soko Guru , di Aceh pula digelar sebagai

Tiang Raja, di utara Thailand dipanggil sao mongkon beerti „tiang bertuah‟. Tiang seri yang „baik‟ akan

menjadikan penghuni rumah jauh dari malapetaka (i.e kebakaran, gangguan makhluk halus). Nama-nama

lain bagi tiang seri adalah „tiang penghulu‟ dan „‟tiang tua‟. 5 Proses mendirikan tiang seri diperbincangkan dalam Kitab Taj ul Muluk dan Zulkifli Hanafi (1996).

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

13

sejahtera sepertimana yang diinginkan.6 Lantaran itu lazimnya dari segi gaya seni bina, rumah ibu

merupakan binaan ruang yang terluas, reka bentuk bumbung yang terbesar, paras lantai yang

tertinggi serta dinding dan tingkap yang mempunyai rekacorak yang paling menarik. Rumah ibu

menjadi pusat kegiatan sesebuah keluarga dimana kebanyakan aktiviti keluarga seperti solat,

makan, membaca Al-Quran, berehat, berbaring, tidur dan lain-lain akan berlaku di rumah ibu.

Ulasan Dan Penutup „Ibu‟ atau „punca‟ dalam gaya awan larat merupakan identiti utama dalam seni ukiran

Melayu. Konsep dan falsafahnya sejajar dengan kesenian-kesenian tradisi yang lain menunjukkan

keseragaman dalam pemikiran dan pandangan sarwajagat Melayu. Pengertiannya yang halus,

penuh kerahsiaan dan sukar difahami menjadi cerminan kepada kehalusan dan kesantunan budi

dan jiwa orang Melayu itu sendiri. Gaya awan larat juga merupakan manifestasi kepada kepekaan

jiwa orang Melayu terhadap alam dan persekitaran serta keabadian terhadap Tuhan.

Rujukan

Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985), Seni Bina Islam, Aplikasi di Malaysia, Warisan Kelantan IV,

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.

Abdullah b Mohamed (Nakula) (1990), Batik Kita : Falsafah Motif-Motif dan Sejarahnya, Warisan

Kelantan IX, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.

Farish Noor & Eddin Khoo (2003), Spirit of Wood, Periplus : Singapore.

Halim Nasir (1987), Traditional Malay Wood Carving, DBP : Kuala Lumpur

Nik Hasan Shuhami Nik Abd Rahman et. al. (2000), Kesenian Melayu : Roh Islam Dalam Penciptaan.

dalam Mohd. Taib Osman & A.Aziz Deraman (ed.), Tamadun Islam Di Malaysia, DBP : Kuala Lumpur.

Mohamed Najib bin Ahmad Dawa , The Symbolism of Batik from Kelantan, Malaysia : Its Origins and

Transformation, Tesis PhD yang tidak diterbitkan, Institute of Advance Studies, Manchester Metropolitan

University, UK. 1995.

Mohamed Najib bin Ahmad Dawa , Malaysian Batik and It‟s Continuity, Tesis MA yang tidak diterbitkan,

Department of Textile/Fashion, Manchester Metropolitan University, UK. 1991.

Mohd. Ghouse Nasuruddin (1994), Tarian Melayu, DBP : Kuala Lumpur.

Mohd Sabrizaa Abd Rashid, Kajian Simbolisme Elemen-Elemen Estetik dan Ragam Hias Rumah

Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni Bina Gaya Pantai Timur, Tesis PhD, Institut Pengajian Siswazah,

USM, 2007.

Norhaiza Noodin, Inovasi : Hubungkait Seni Ukir Kayu Dalam Masyarakat, Konvensyen Inovasi Kraf

Kebangsaan 2004, Hotel Prince, Kuala Lumpur, 28 Feb. 2005.

Norhaiza Noordin, Mengekalkan Motif Ukiran Kayu Tradisi Masa Kini, International Seminar : Spirit &

Form in Malay Design, Muzium Negara, Kuala Lumpur. 27 – 29 Jun 2005.

Syed Ahmad Jamal(ed.)(2007), The Encyclopedia Of Malaysia, Vol. 14 : Crafts And The Visual Arts,

Archipelago Press : Singapore.

6 Abdullah Mohamed (1987:79) menganggap tiang-tiang rumah tersebut sebagai Zat Allah yang

membangun dipanggil „lingga‟.

Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut.

25 hingga 26 Ogos 2008. Dewan Kuliah Utama, FSPU, UITM.

14

Rosnawati Othman (2005), The Language of The Langkasukan Motif, Journal of Indonesia and The Malay

World, Vol. 33, No. 96, July 2005, Routledge Taylor and Francis Group : Oxfordshire.

Zulkifli Hanafi (2000), Pola-Pola Hiasan di Dalam Bangunan Tradisional Melayu, DBP : Kuala Lumpur

Zulkifli Hanafi (1996), Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu, Amber-Solara Publication : Kulim.