amalan tqm di sekolah

3

Click here to load reader

Upload: susela-mariappan

Post on 14-Apr-2017

176 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan tqm di sekolah

Amalan TQM Di Sekolah

1. Revolusi Kualiti telah mengubah dan memberi kesan kepada semua organisasi sama ada perniagaan, kerajaan mahupun pendidikan. Keutamaan kepada kualiti memaksa semua pihak bersaing untuk menjadi yang terbaik dalam bidangnya.

2. Institusi pendidikan seperti sekolah juga tidak terkecuali daripada menerima kesan Revolusi Kualiti ini.

3. Di Malaysia, kualiti sesebuah sekolah dinilai melalui Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP). Dalam program ini, prestasi sekolah diukur melalui Gred Purata Sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam dan skor penarafan kendiri sekolah menggunakan SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia).

4. Di Amerika Syarikat pula, terdapat Program No Child Left Behind (NCLB) yang menuntut akauntabiliti pihak sekolah dan guru terutamanya dalam pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan matematik.

5. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) memerlukan perubahan mindset di dalam proses melakukan sesuatu.

6. Dalam melakukan sesuatu tugas, kita cenderung melihat kepada hasil sesuatu kerja terlebih dahulu dan kemudiannya barulah dilakukan usaha memperbaikinya jika ada kesilapan atau kekurangan.

7. Misalnya, dalam pengurusan prestasi akademik pelajar, kebiasaannya pihak sekolah akan menunggu sehingga keputusan peperiksaan diumumkan dan kemudiannya baharulah dilakukan analisis dan akhirnya akan dilancarkan pelbagai program pemulihan atau pengayaan bagi meningkatkan prestasi pelajar yang berupa pelbagai nama sama ada Gerak Gempur, Kelas Tambahan, Kelas Persediaan dan sebagainya.

8. Dalam hal ini, kekuatan dan kelemahan pelajar hanya dapat dikesan pada masa yang terlalu lewat iaitu selepas peperiksaan dan sudah tentu membazirkan masa, wang dan tenaga untuk memperbaiki prestasi pelajar terutamanya pelajar lemah yang sudah jauh ketinggalan.

9. Pihak sekolah juga akan menghadapi pelbagai masalah dalam pelaksanaan program tersebut seperti data yang tidak tepat (menyebabkan tersalah pilih pelajar), masa yang tidak mencukupi dan tidak sesuai, masalah ketidakhadiran pelajar dalam program Gerak Gempur, kebosanan pelajar, motivasi pelajar lemah yang semakin menurun dan lain-lain lagi.

10. Namun demikian, pada masa kini, melalui Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) kaedah dalam melakukan sesuatu tugas lebih cepat, tepat dan berkesan serta menyeluruh. Kaedah ini menumpukan kepada usaha menyeluruh untuk memperbaiki kelemahan yang dilakukan semasa proses supaya akhirnya sesuatu proses itu dapat dilaksanakan secara terbaik sejak dari awal dan hasilnya tidak akan berlaku sebarang kesilapan mahupun kekurangan.

11. Sebagai contoh, usaha meningkatkan prestasi pelajar sepatutnya dapat dilakukan sejak awal lagi, iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Segala kelemahan pelajar dapat dikesan terus oleh guru mahupun pihak sekolah dan kelemahan tersebut segera diperbaiki semasa p&p lagi. Penambahbaikan perlulah dilakukan secara berterusan dan menyeluruh.

12. Dalam hal ini, masa dan tenaga guru dapat dijimatkan dan pihak berkepentingan iaitu pelajar, guru,ibu bapa dan pihak sekolah sentiasa memperoleh data prestsi pelajar serta status kedudukan

Page 2: Amalan tqm di sekolah

pelajar tersebut dalam akademik dapat diketahui sepanjang masa sama ada pelajar itu lemah atau cemerlang.

13. Penambahbaikan secara berterusan(continuous improvement)dalam prestasi akademik pelajar yang dilakukan melalui kaedah ini sudah tentu membantu pihak sekolah memantau prestasi pelajarnya secara berterusan kerana usaha mengesan kelemahan serta usaha memperbaikinya dapat dilakukan sejak awal lagi kerana tindakan pemulihan dan pengayaan dapat dilakukan segera oleh guru sepanjang masa.

14. Hasilnya sudah tentu prestasi akademik sesebuah sekolah akan sentiasa berkualiti dan terbaik juga dari segi kuantitinya.

15. Sebenarnya, tumpuan sekarang lebih kepada proses bukannya hasil.

16. Menurut TQM, dalam melaksanakan tugas seharusnya tumpuan kita beralih :

a. daripada menguruskan hasil kepada mengurus dan memperbaiki proses;

b. daripada apa yang kita boleh dilakukan kepada bagaimana untuk kita

melaksanakan sesuatu proses dengan lebih baik.

17. Dalam konteks ini, penambahbaikan sesuatu proses secara berterusan dapat membantu organisasi (sekolah), menyelesaikan sesuatu masalah di dalam organisasi (pencapaian akademik lemah) dengan baik sehingga akhirnya mampu memberi kepuasan kepada pelanggan (pelajar dan ibu bapa).

18. Usaha penambahbaikan secara berterusan dalam setiap proses dapat membantu pihak sekolah menyelesaikan pelbagai bukan sahaja masalah akademik, tetapi idea ini juga dapat membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah disiplin, masalah kurangnya penglibatan pelajar dalam ko kurikulum dan lain-lain.

19. Penambahbaikan proses ini dapat dilihat seperti gambarajah di bawah.

20. Walaupun demikian, pendekatan proses ini memerlukan komitmen tinggi daripada semua peringkat di sekolah terutamanya pihak pengurusan sekolah yang sentiasa menegaskan kepada semua staf tentang pentingnya pencapaian sasaran yang telah ditetapkan.

Page 3: Amalan tqm di sekolah

21. Pengurusan juga perlu sentiasa memantau program peningkatan prestasi ini secara berterusan bagi memastikan prestasi akademik pelajar dapat ditingkatkan.

22. Ini sudah tentu akan melonjakkan nama baik sesebuah sekolah dan akhirnya memberi kepuasan kepada pelanggan (pelajar, ibu bapa dan masyarakat).