amalan etika dalam falsafah guru

2
Guru beretika,murid bertatasusila.Kenyataan ini menggambarkan betapa pentingnya etika seorang guru di sekolah. Menurut Kamus Dewan, 2005 etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Ia juga melambangkan prinsip moral, tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.Jadi daripada definisi yang diberikan,dapat disimpulkan disini bahawa etika merupakan satu perkara yang penting yang perlu ada pada setiap guru pada masa kini. Disiplin dan kawalan pelajar di dalam kelas bergantung kepada guru itu sendiri.Jika guru mengikuti etika perguruan yang telah ditetapkan maka pelajar akan menunjukkan tatasusila yang baik. Etika profesion perguruan telah dibentuk dengan mengariskan amalan yang tertentu. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.Antara prinsip-prinsip etika perguruan ialah profesionalisme,integriti,kejujuran,intelektual,neutraliti,akauntabili ti,berpakaian,berbahasa,pengurusan masa dan ketepatan waktu dan membuat keputusan.Berdasarkan prinsip-prinsi etika,guru akan lebih bertanggungjawab dalam mendidik pelajar. Murid akan menghormati guru apabila guru itu bertindak dengan menggunakan prinsip-prinsip etika guru seperti professional,integriti,jujur dan pandai berbahasa. Guru perlu bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikaan juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru.Seorang guru yang berintegriti dan jujur akan sentiasa telus dalm mendidik dan sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan setiap pelajarnya faham.Guru yang pandai berbahasa lebih mudah mengawal situasi di dalam kelas dan sekolah. Kesimpulannya,setiap guru perlu mengamalkan etika perguruan kerana etika perguruan merupakan satu sistem . Guru juga bertindak sebagai pembentukan nilai atau role model yang membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi

Upload: ahmad-bunyamin

Post on 06-Dec-2015

129 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Huraian daripada Soalan amalan etika dalam diri guru.

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Etika Dalam Falsafah Guru

Guru beretika,murid bertatasusila.Kenyataan ini menggambarkan betapa pentingnya etika seorang guru di sekolah. Menurut Kamus Dewan, 2005 etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Ia juga melambangkan prinsip moral, tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.Jadi daripada definisi yang diberikan,dapat disimpulkan disini bahawa etika merupakan satu perkara yang penting yang perlu ada pada setiap guru pada masa kini.

Disiplin dan kawalan pelajar di dalam kelas bergantung kepada guru itu sendiri.Jika guru mengikuti etika perguruan yang telah ditetapkan maka pelajar akan menunjukkan tatasusila yang baik. Etika profesion perguruan telah dibentuk dengan mengariskan amalan yang tertentu. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.Antara prinsip-prinsip etika perguruan ialah profesionalisme,integriti,kejujuran,intelektual,neutraliti,akauntabiliti,berpakaian,berbahasa,pengurusan masa dan ketepatan waktu dan membuat keputusan.Berdasarkan prinsip-prinsi etika,guru akan lebih bertanggungjawab dalam mendidik pelajar.

Murid akan menghormati guru apabila guru itu bertindak dengan menggunakan prinsip-prinsip etika guru seperti professional,integriti,jujur dan pandai berbahasa. Guru perlu bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikaan juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru.Seorang guru yang berintegriti dan jujur akan sentiasa telus dalm mendidik dan sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan setiap pelajarnya faham.Guru yang pandai berbahasa lebih mudah mengawal situasi di dalam kelas dan sekolah.

Kesimpulannya,setiap guru perlu mengamalkan etika perguruan kerana etika perguruan merupakan satu sistem . Guru juga bertindak sebagai pembentukan nilai atau role model yang membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi bagi menghayati ilmu dengan bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.Inilah yang dimaksudkan dengan guru beretika,murid bertatasusila.