rahsia yang ingin disimpan selamanya-mistis files

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

266 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    1/23

    Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya

    "Eli, Eli, lama sabakhtani?"

    Dua Rahsia Sulit Terbesar:Harta Karun Knight Templar II

    The Knight Templar amat dihormati dan terkenal di dalam dunia Freemasonry.Order of

    Knight Templar masih ada di dalam Freemasonry.Malah ramai sarjana Barat termasuk

    Islam mengatakan Knight Templarlah yang memulakan Freemasonry.JIka begitu

    persaudaraan Freemason dimulakan oleh golongan pembunuh dan perompak harta di

    Baitul Maqdis.Bukan sahaja orang Islam dan Yahudi dibunuh,malah orang Kristian

    sendiri juga mereka bunuh walaupun berlindung di dalam gereja.Banyak perhiasan

    gereja yang dirosakkan oleh 'barbarian' ini.Ketika suasana perang berkecamuk dan

    tidak stabil inilah para Templar mencari sesuatu di celah-celah kota lama di Baitul

    Maqdis,memasuki masjid-masjid,gereja dan sinagog...mencari harta terpendam yang

    amat penting.

    http://mistisfiles.blogspot.com/2009/06/rahsia-yang-harus-disimpan-selamanya.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2008/09/dua-rahsia-sulit-terbesar.htmlhttp://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_pbMbMkQI/AAAAAAAAAtA/AAYKLzdq5es/s1600-h/rembrandt-apostle-kneeling.jpghttp://mistisfiles.blogspot.com/2008/09/dua-rahsia-sulit-terbesar.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/06/rahsia-yang-harus-disimpan-selamanya.html
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    2/23

    Pencarian mereka berjalan dari hari ke hari.Ketika tentera Islam mengambil masa

    untuk membuat serangan balas,The Knight Templar bertungkus lumus menggeledah

    seluruh Jerusalem,mencari sesuatu.

    Suatu hari,sebahagian dari mereka telah menjumpai sesuatu yang amat

    berharga.Sesuatu yang penting.Mereka bersepakat untuk menyimpan rahsia.Namun

    pemimpin mereka ada agenda lain.

    Agenda yang suatu hari akan menyebabkan malapetaka kepada mereka.Mereka

    memindahkan 'harta' itu ke satu tempat.Pemimpin mereka membelek-belek 'harta' itu

    dan dia tersenyum.Fikirannya menerawang memikirkan rancangannya.Satu misi telah

    tercapai.Knight Templar harus menerima ganjarannya atas pengorbanannya di Tanah

    Suci!!

    Peti Harta Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman

    "And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The

    Lord our God is one Lord,"

    (Mark 12:29)

    http://3.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_r0OMdd3I/AAAAAAAAAtI/AnrDb0M5KzQ/s1600-h/treasurechest2.jpg
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    3/23

    JIka kita meneliti sejarah Bible dan pertentangan golongan-golongan Kristian pada

    zaman-zaman awal,kita akan dapati betapa banyaknya 'bible' yang ditulis oleh manusia

    dan betapa rumitnya pertelingkahan mereka dalam menetapkan akidah umat

    Kristian,sesuatu yang amat pelik seolah-olah tiada satu pun penjelasan yang diberikan

    oleh Jesus atas persoalan, siapakah yang beliau sembah dan ajaran apa yang beliau

    bawa.Seolah-olah kata-kata Jesus amat sukar hendak difahami atau Jesus berkata

    dalam nada berpuisi dan bersajak sehingga berkias-kias sampaikan para muridnya pun

    sukar hendak mengerti siapakah 'Tuhan' yang patut disembah.Akhirnya Jesus sendiri

    yang disembah oleh orang Kristian selepas bertahun-tahun mencari Tuhan kepada

    Jesus itu sendiri.Mereka gagal mencari Tuhan itu lantas Jesus diangkat sebagai Tuhan.

    Persoalannya adakah Jesus sendiri mengajarkan ajaran menyembah dirinya dan

    meminta para muridnya mengaku dia sebagai Tuhan??SEkiranya mereka mengatakan

    bahawa memang terdapat Tuhan Bapa di mana baru-baru ini mereka menuntut Tuhan

    Bapa ini dinamakan Allah,mengapa orang-orang Kristian ini tidak menjadikan Tuhan

    Bapa ini sembahan mereka sahaja?Sudah tentu Tuhan Bapa lebih kuat dan berkuasa

    dari Tuhan Anak (Jesus).Mengapa perlu ada Tuhan Anak?Tidak bergaduhkah anak dan

    bapa dalam urusan mentadbir alam semesta ini??Jika ini berlaku maka derhakalah si

    anak itu mengaku dirinya Tuhan di samping Bapanya itu.

    Sebenarnya Jesus tidak pernah mengajarkan dirinya Tuhan atau salah satu oknumdalam Triniti.Tuhan yang disembah oleh Jesus adalah Allah s.w.t Tuhan yang

    menjadikan sekalian alam,Tuhan yang mengutuskan Adam,Idris (Enoch),Nuh

    (Noah),Ibrahim (Abraham),Musa (Moses),Daud (David),Sulaiman (Solomon),Zulkifli

    (Ezekiel),Yahya (John The Baptist) dan Muhammad sendiri.SEkiranya di dalam Bible

    tidak ada pernyataan Jesus berdialog dengan Tuhan seperti di bawah:

    For I have given unto them the words which thou gavest me; and they have received

    them, and have known surely that I came out from thee, and they have believed that

    thou didst send me.

    (John 17:8)

    terjemahan:

    "Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepadaku telah kusampaikan kepada

    mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa aku datang

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    4/23

    dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus aku"

    Maka sudah tentu para rahib dan paderi yang menyelewengkan ayat-ayat Injil ini

    menetapkan Nabi Isa a.s adalah Tuhan yang esa dan tiada tuhan yang disembah

    melainkan Jesus Christ.Tetapi disebabkan terdapat oknum lain yang disembah oleh

    Jesus di dalam Bible maka terpaksa mereka mengarang cerita tentang Triniti.Cerita

    tentang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak serta Roh Kudus.INILAH DIA KUNCI YANG SALAH

    YANG DIBERIKAN OLEH THE ANTICHRIST KEPADA GOLONGAN NASRANI (KRISTIAN).

    Ayat di atas juga jelas menunjukkan Jesus telah menyampaikan firman Tuhan (the

    words which thou gavest me),Jesus datang atas suruhan Tuhan (I came out from thee)

    dan Tuhanlah yang mengutuskan Jesus (they have believed that thou didst send

    me),tetapi yang peliknya mengapa Kristian mengatakan Jesus itu Tuhan bersama Bapa

    (Allah)?

    Adakah ayat di bawah ini menunjukkan Jesus itu Tuhan yang hebat berkuasa??Mengapa

    dia merintih sendiri??Mengapa Tuhan meninggalkan dia??Mengapa 'Tuhan' menangis

    bersungguh-sungguh di tiang salib??

    And about the ninth hour Jesus cried with a loud voice, saying, Eli, Eli, lama

    sabachthani? that is to say, My God, my God, why hast thou forsaken me?(Matthews

    27:46)

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_w1StCdgI/AAAAAAAAAuA/PkVCsS5-DCo/s1600-h/reach_light_iStock_000004185339XSmall.32295723_std.jpg
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    5/23

    "Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?"

    Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?"

    Sukar hendak dimengerti konsep Triniti '3 in 1' dalam ayat Bible ini sendiri.Begitu

    keliru.Mengapa 'Tuhan' menyeru Tuhan yang lain??JIka yang disalib itu Tuhan yang

    menyerupai manusia,mengapa dia menangis dan menyeru Tuhan lain dalam

    dirinya.Semacam terdapat 'split personality' di dalam dirinya.Terdapat masalah

    psikologi atau 'jiwa kacau' ketika 'Tuhan' dalam kesakitan dipaku di tiang kayu.Ketika

    dalam keadaan amat sakit dan tersiksa,barulah 'Tuhan' itu mengaku ada Tuhan yang

    lebih hebat dari dia,yang tidak membantu dia,membiarkan dia terpaku menderita.

    "...My God, my God, why hast thou forsaken me?..."

    Terdapat misteri di sini jika pembaca Bible mahu berfikir sejenak apakah maksud

    sebenar ayat ini.Jika ada Tuhan lain yang diseru oleh Jesus,mengapa tidak mencari

    Tuhan tersebut.Hebatkah Tuhan itu,sampaikan Jesus menyeru memanggil Dia?JIka

    dikatakan Tuhan Bapa bersebati dengan Tuhan Anak,mengapa Tuhan Anak menyeru

    Tuhan Bapa,seolah-olah Tuhan Bapa berada jauh darinya??

    Inilah misteri dalam akidah Kristian.Dalam masalah siapakah Tuhan juga mereka telah

    tersilap memilih Tuhan.Ini menunjukkan orang-orang Kristian sebahagian besar

    memang tidak membaca malah tidak pun mengkaji seluruh Bible.Persoalan siapakah

    Tuhan diserahkan kepada para paderi mereka sendiri yang korup dan

    pembohong.Paderi mereka yang menentukan dan memberitahu mereka siapa Tuhan

    walaupun di dalam kitab mereka sendiri sudah tertulis BAHAWA TUHAN ITU SATU!!

    "Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.."

    (Deuteronomy 6:4)

    ISI KANDUNGAN BIBLE PENUH DENGAN AYAT-AYAT YANG BERTENTANGAN DI ANTARA

    SATU SAMA LAIN.Menunjukkan TERDAPAT TANGAN-TANGAN MANUSIA yang

    mengubah,mengedit dan mencampuradukkan fahaman mereka sesuka hati.Katakanlah

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    6/23

    para penginjil (Evangelist) seperti Luke,Mark,John dan Matthews jujur menulis

    mengikut kitab-kitab asal atau yang lebih tua,atau pun mereka menulis apa yang

    Hawariy (apostles) sampaikan,mengapa terdapat ayat-ayat bertentangan dalam Bible??

    Mengapa di dalam Bible menyebut TUHAN HANYA SATU tetapi para paderi degil mahu

    mempertuhankan Jesus??Apa relevannya Triniti '3 in 1' dalam akidah umat Kristian??

    Semua misteri ini terjawab jika kita mengkaji sejarah gereja.Sejarah pertentangan

    antara Arianus dan Anthanasius.Pertentangan antara Barnabas,Paulus (Paul) dan

    Peter.Persidangan Nicea dan persidangan-persidangan yang lain.Mazhab Pauline dan

    kewujudan Triniti.Unitarian dan Trinitarian.

    Sejarah akan menjawab sendiri mengapa umat Kristian tersilap,telah mengambil kunci

    yang salah di tangan THE ANTICHRIST menyebabkan mereka tersesat beratus-ratus

    tahun!!

    "Tunjukilah kami jalan yang lurus,

    (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan

    (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"

    (AlFatihah ayat 6-7)

    Sejarah Gereja

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    7/23

    "Unto thee it was showed, that thou mightest know that the LORD he is God; there is

    NONE ELSE BESIDE HIM"

    (Deuteronomy 4:35)

    Terbentuknya Gereja adalah sinonim dengan Katolik, sedangkan gereja dalam

    kejayaannya cenderung seperti diktator dan penentu segala keputusan, hukum-hukum

    maupun fahaman-fahaman karut yang berakhir dengan berbagai penyimpangan dan

    pembohongan, para reformer hanya sekadar memprotes segala tindak tanduk

    penyimpangan Gereja dan sedikit merubah dari faham-faham hasil keputusan Gereja,

    padahal sudah jelas bahawa akibat terlalu banyak bersandar kepada keyakinan

    petunjuk Roh Kudus yang datang dengan sendirinya(Dan bukan berdasarkan

    petunjuk/hukum agama yang sudah ditetapkan) maka kuasa roh jahat (syaitan) pasti

    akan memimpin, tidak peduli orang suci sebagaimanapun dia.

    Bagaimana kita dapat mempercayai suatu agama yang berkembang 3 abad setelah

    kenabian Isa? Dari segi geografi saja sudah dapat membuktikan kelemahannya.

    Bagaimana mungkin Nabi Isa yang berlokasi di Timur Tengah namun ajarannya

    berkembang dari Eropah (Rom, Itali)? Belum lagi dari segi nama yang bermula Isa

    (dalam bahasa Aramaik disebut Eshoa) menjadi Jesus, Yahya menjadi Yohanes dan

    lain-lain. Termasuk nama pendiri agama Kristen sendiri yang berawal Saul menjadiPaulus?

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_ti-doCMI/AAAAAAAAAtY/ZwZFi0ZnvTI/s1600-h/catedral_0.jpg
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    8/23

    Ajaran Paulus yang banyak mengandung mitos-mitos Yunani (Greek) ini ternyata

    banyak sekali mendapat dukungan, dari orang-orang sekitar Mediterranean, Laut

    Tengah.

    Ia antaranya didukung oleh Ireneus (150 - 202 M), Tertulianus (155 - 220 M) Origens

    (185 - 254 M) dan Anthanasius, yaitu bapa yang melahirkan Triniti yang hidup sekitar

    tahun 298 - 377 M, yang ikut mempelopori fahaman Triniti dalam Persidangan Nicea

    tahun 325 M.

    Di belakang Anthanasius berdiri pula Santo Agustinus (354 - 430) dan Gregoryus Nyssa

    (335 - 394 M). Mereka, pendukung-pendukungnya ini berbincang, berfikir dan

    berunding, bagaimana memecahkan persoalan Tuhan itu tiga tetapi satu.

    Maka tidaklah hairan, bila kemudian terdengarkan adanya persidangan-persidangan

    seperti Persidangan Nicea, Persidangan Epesus, Persidangan Alexandria danm lain-lain,

    dimana pada tiap-tiap persidangan akan lahir pula suatu "perkembangan baru dari

    Tuhan," seperti penghapusan Injil-injil yang asli, pelarangan paderi-paderinya

    berkahwin dan seterusnya.

    Dalam zaman seperti yang disebutkan, tidak pula seluruh orang menerima ajaran gilaPaulus ini, sebab pada waktu itu lahir pula golongan-golongan Nestorius (388-440 M)

    dan Arius (270-350 M).

    Kedua golongan ini terkenal gigihnya menentang ajaran Paulus, sambil tetap

    berkeyakinan bahawa tiada lain yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa, dan

    pertentangan mereka inilah yang akhirnya menimbulkan perburuan manusia yang tiada

    taranya, dimana lawan-lawan ideologinya dibunuh dengan dibakar hidup-hidup, diadu

    dengan singa, diseret oleh kuda ataupun dihukum pijak oleh gajah.

    Pemerintah Rom melihat adanya suatu kekecohan didalam negerinya, tidaklah tinggal

    diam. Kekecohan-kekecohan agama ini bila dibiarkan, kemungkinan besar akan

    menimbulkan suatu hal-hal yang lebih besar dan berbahaya pula. Itulah sebabnya

    maka pada tahun 326 M, Emperor Konstantin yang Agung segera mengadakan

    musyawarah atau persidangan dikota Nicea, dimana golongan-golongan Tertulianus,

    Origenes, Anthanasius dipertemukan dengan golongan Nestorius, Arius serta kawan-

    kawan yang seangkatan dengannya. Gagasan pertama emperor mungkin kurang diambil

    berat oleh umat Nasrani, maka dari undangan yang datang ternyata tidak sampai

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    9/23

    setengahnya.

    Didalam perdebatan itu, mereka terpecah dua, iaitu golongan-golongan yang

    mempertahankan Jesus sebagai manusia, dan golongan-golongan yang

    mempertahankan Jesus sebagai Tuhan.

    Berhubung tidak adanya kata sepakat, maka emperor mengambil keputusan (dekrit?)

    bahwa Jesus adalah Tuhan dan manusia, atau setengah Tuhan dan setengah manusia.

    Gagasan ini diterima hanya dengan 2 suara, sedang penolaknya 10 suara. Berhubung

    yang 2 suara ini lebih dekat dengan selera emperor, maka sejarah kemudian mencatat

    yang 2 suara inilah yang menang, yaitu mereka yang menerima gagasan Tuhan manusia

    terhadap diri Jesus. Emperor kemudiannya mengadakan suatu keputusan umum bahwa

    semua orang harus menerima gagasannya itu.

    Apa yang berlaku sebenarnya di Persidangan Nicea?

    http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_t-9XIPpI/AAAAAAAAAtg/FsfWKxY9n9o/s1600-h/cc-council-nicaea.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_vFLxH8rI/AAAAAAAAAtw/GSPGGFM3cE4/s1600-h/nicea.JPG
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    10/23

    Pada abad ini pertikaian faham sangat sengit membakar Gereja. Arius, biskup dari

    Alexandria, menolak ketuhanan Jesus yang menimbulkan kemarahan sebagian besar

    orang-orang Kristian. Akhirnya Emperor Konstantine menyelenggarakan persidangan di

    Nicea tahun 325 Masehi. 1800 orang yang diundang untuk hadir dalam persidangan ini

    terdiri daripada 1000 orang yang berasal dari Gereja Timur dan 800 dari Gereja Barat.

    22 orang rombongan Arius yang dipimpin oleh Eusebius of Nicomedia, semuanya diusir

    dari forum.

    Sehingga secara keseluruhan Konstantine telah mengusir keluar sekitar 1482 biskup

    dan hanya 318 yang diizinkan mengikuti hingga akhir. ( Dr. Henery Stbble, An Account

    of the Rise and Progress of Mohametanism, 1954, hal.44-45, Holy Blood Holy Grail

    hal.692, Arana-"Holocaust Theology" ).

    Dari 318 suara tersebut hanya 2 suara yang mendukung Arius. Persidangan pertama

    yang dilaksanakan pada tarikh 20 Mei sampai 25 Jun diakhiri dengan ketukan palu yang

    mengesahkan Mysterious Credo, yang juga dikenal sebagai Sumpah Nicea (Nicea

    Credo). Sumpah Nicea yang sekarang bukanlah rumusan yang disepakati pada

    persidangan Nicea dulu, tetapi sudah diperluas dan diubahsuai. ( Prof. Percy Gardner,

    English Modernism,-Apendiks I, hal.223 ).

    Yang paling penting dari semuanya, keputusan Persidangan Nicea diambil dengan carapengambilan suara, bahwa Jesus seorang Tuhan bukan sekadar nabi yang boleh wafat.

    (Holy Blood Holy Grail, hal.472) Persidangan Nicea menjatuhkan hukuman pemulauan

    ke atas Arius (yang bertegas bahawa Jesus sekadar manusia) dan bskup lainnya yang

    ikut dalam persidangan tetapi menolak doktrin Triniti. Tulisan-tulisan Arius dibakar

    dan akan memasukkan ke penjara bagi siapa saja yang ditemui memiliki tulisannya.

    (Edward Gibbon, Decline and Fall of Roman Empire, vol.2, hal.693).

    Pada persidangan tersebut Jesus dinyatakan sebagai, "Tuhan dari segala Tuhan,

    Cahaya dari segala Cahaya, Maha Tuhan dari segala Maha Tuhan". (Hasting's

    Encyclopedia of Etnics & Religion, vol.4, hal.239).

    Lingkaran terpelajar masih berada di pihak Arius dan mereka telah dikekang dengan

    tangan besi. Dimasa itu populariti Arius mencapai puncaknya, yang dibuktikan oleh

    Santo Jerome sebagai berikut :

    "Seluruh dunia merasa dan terhairan-hairan menemukan dirinya sebagai penganut

    Arius". (Wilfred W.Briggs, Introduction to the History of the Christian Church, hal.49)

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    11/23

    Will Durant menulis :

    "Perdebatan sengit tentang doktrin Triniti yang diperkenalkan oleh Athanasius tidak

    pernah berakhir dengan adanya persidangan Nicea. Beberapa biskup masih berpihak

    pada Arius"

    Kelompok gereja yang masih setia kepada Sumpah Nicea disingkirkan dari Gereja;

    kadang kala disingkirkan oleh kekerasan penganut Triniti; setengah abad Gereja

    mengikuti ajaran Arius dan meninggalkan ketuhanan Jesus. Setiap bskup memiliki

    bukti-bukti bertulis yang mendukungnya. Pertikaian antara dua golongan ini pecah

    menjadi kerusuhan berdarah, dan banyak yang terbunuh. (Will Durant, Age of Faith)

    Pemandangan dari kekerasan yang mengerikan dan pertempuran yang menelan ribuan

    jiwa, merupakan perkara yang biasa selama era ini.

    Alexandria (Iskandariah), daerah tempat tinggal Arius, menjadi ladang pertikaian yang

    paling ganas. Gibbon mencatat, satu insiden kekerasan menelan korban "tiga ratus

    lima puluh jiwa". Mengenai kekejaman Gereja dalam masalah ini dibahas lengkap

    dalam buku Edward Gibbon (pasal 21). Dimasa pemerintahan Konstantin, merupakan

    era emas bagi Kristian kerana mendapatkan kitab suci Bible yang standard. Itu pun

    tidak mampu dikerjakan tanpa kontroversi yang dahsyat melalui persidangan-

    persidangan Gereja. Sebagaimana dicatat oleh Marjorie Bowen : "Kitab-kitab injilharus diubahsuai beberapa kali sebelum diterima, orang-orang yang dianggap sesat

    harus dihadapi, serta menyelenggarakan persidangan di Nicea tahun 325 Masehi dan di

    Konstantinopel tahun 381 Masehi untuk merumuskan dogma dan keimanan agama

    Kristian." (Marjorie Bowen, The Church and Social Progress, hal.4-5)

    Persidangan Constatinople, Tahun 381

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    12/23

    Theodosius I menyelenggarakan Persidangan Konstantinopel untuk membahas lebih

    jauh tentang ketuhanan Jesus. Persidangan ini berakhir dengan memberi penegasan

    pada Sumpah Nicea. Pada Persidangan Ephesus, Tahun 431, persidangan ini

    diselenggarakan untuk membahas pertanyaan apakah Maryam (Ibu Jesus) manusia asli

    atau termasuk Tuhan.

    Pembahasan ini diadakan kerana aliran Maronite menyembah Maryam (Madonna-Virgin

    Mary) sebagai "Ibu Tuhan" dan memasukkannya sebagai salah satu oknum Triniti

    pengganti "roh suci". Persidangan ini mengutuk penyembahan terhadap Maryam. Pada

    Persidangan Chalsedon, Tahun 451, telah membahaskan tentang teori Dua Kudrat

    Jesus. Persidangan Konstantinopel, Tahun 553 pula diselenggarakan untuk

    memecahkan teka-teki kudrat Jesus tersebut. Persidangan ini didominasi oleh biskup-

    biskup Gereja Timur, Gereja Barat menolak semua keputusan dari persidangan ini.

    Pada abad ini diputuskannya tentang Natal (Krismas) pada 25 Disember oleh Dionysius

    Exiguus, mengadaptasikan hari kelahiran anak dewa Matahari yang lahir pada hari

    Minggu, 25 Disember. Pada akhir abad ke-6 lahirlah Islam.

    Kristian telah menyimpang demikian jauh dari ajaran aslinya (ajaran Jesus) bahkan

    Gereja Barat lebih banyak menyerap agama Pagan. Kristian mengalami kerosakan

    hingga akarnya. Ketegangan antara Gereja Timur dan Gereja Barat berangsur-angsur

    melemah. Gereja Timur hanya memiliki sedikit pengikut, sebagai akibat ribuan

    pemeluk Kristian beralih ke agama Islam. Dan hampir semua wilayah Mediterranian

    berada dibawah pengaruh Islam.

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_s54y_5AI/AAAAAAAAAtQ/HC0LRBgfVgo/s1600-h/Holy+Apostle+Mark+the+Evangelist+001.jpg
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    13/23

    "Mungkin karena pengaruh secara tidak langsung dari agama baru Islam yang anti-

    musyrik, pada abad ke-8, tentara Emperor Isauria... menemukan sesuatu yang tidak

    disukainya pada peribadatan yang sudah lama berlaku dalam dunia Kristian yang

    berbau politeisme." (J.M Robertson, A Short History of Freethought, vol.1, hal.277).

    Selanjutnya untuk pertama kali dalam sejarah Kristian pada tahun 723 tradisi Pagan

    dalam tata cara kebaktian agama Kristian dilarang oleh Emperor Leo melalui

    pengumuman, dan dia lebih condong pada ajaran monotheistik Islam. Bagaimanapun,

    larangan ini dicabut pada tahun 787 oleh persidangan ke-II di Nicea. (The Invacation of

    Saints and Adoration of Images, oleh Rev. W.P. Hares, hal 10-11).

    Pemilihan Kitab Injil disebarkan dari mulut ke mulut sehingga tradisi oral ini

    menghasilkan laporan yang berlainan satu dengan lain terhadap perkataan dan

    perbuatan Jesus. Ketika mereka berusaha mendokumentasikannya maka bertambahlah

    perbezaan-perbezaan akibat variasi verbal. Sarjana-sarjana Kristian mengakui fakta

    sejarah bahwa pada terdapat juga sejumlah Injil-injil yang lain, dan masing-masing

    gereja mempunyai versinya sendiri.

    Sebagian sarjana mempercayai bahwa jumlah Injil-Injil tersebut mencapai 300 Injil

    (Holy Blood Holy Grail, hal.692). Tapi bagaimana yang yang terpilih hanya 4 saja ?Keempat Injil tersebut (Matius, Markus, Lukas & Yohanes) dipilih pada saat

    Persidangan Nicea 325 Masehi. Persidangan yang memperkenalkan konsep Triniti untuk

    pertama kali. Sehingga pemilihan ke-4 Injil tersebut adalah penyesuaian terhadap

    sumpah yang dipaksakan. Maka semua Injil yang menceritakan tentang kemanusiaan

    Jesus harus di hancurkan.

    Teknik pemilihan Injil-Injil tersebut adalah, semua naskah Injil yang berbeza-beza

    diletakkan dibawah sebuah meja di ruang persidangan. Setiap orang diminta

    meninggalkan ruangan tersebut dan pintunya dikunci. Semua biskup diminta untuk

    berdoa sepanjang malam supaya versi Kitab yang benar akan berada di atas meja

    tersebut. Pada keesokan paginya, ke-4 Injil, Matius, Markus, Lukas dan Yohanes

    dengan "ajaib"nya telah berada diatas meja dengan rapi, sisanya berserakan dibawah

    meja. Sehingga diputuskan semua yang terletak dibawah meja haruslah dibakar. (Sex

    in the Bible, Wahyudi).

    Pemilihan Bible bukan dibuat dengan akal yang sihat dan ilmu pengetahuan tetapi

    dengan penuh pembohongan dan silap mata.

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    14/23

    Maka mulailah disini pembunuhan manusia besar-besaran, dimana siapa saja yangmenolak ajaran Jesus Tuhan dan manusia dibunuh dengan bermacam-macam cara yang

    keji.Sebelum ini golongan Nasrani diburu dan dibunuh,kini golongan yang sama juga

    diburu dan dibunuh. Persidangan Nicea ini rupa-rupanya belumlah dapat menampung

    segala aspirasi umat. Maka mereka kemudian mengadakan persidangan kedua dikota

    Konstantinople (kini Istanbul) pada tahun 381 M, yang memutuskan lagi bahawa Anak

    adalah Homo Osius dengan Bapa (Creator).

    Didalam persidangan kedua ini pula mereka menambahkan entiti Rohulkudus sebagai

    oknum ke-III dari Allah, sehingga lengkap lahirlah Tuhan Allah Bapa, dan Anak serta

    Rohulkudus. Didalam tahun-tahun inilah kemungkinan besar orang mulai menambah-

    nambah Injil Matius dengan tulisan: Pergilah keseluruh dunia baptiskanlah seluruh

    bangsa dengan nama Bapa, dan Anak dan Rohulkudus (Matius 28:10).

    Persidangan ke-III diadakan dikota Ephesus tahun 439 M, didalam persidangan inilah

    dikeluarkan perintah untuk mengutuk ajaran-ajaran Nestorian dan Arianisme yang

    bidaah itu. Merekapun mengeluarkan pernyataan perang terhadap Injil, dimana

    seluruh Injil-injil yang asli dimusnahkan atau dituduh 'gnostik' atau 'apochrypha'.

    Sebagaimana kita mengetahui, semasa Jesus hidup beliau mempunyai pula pengikut-

    pengikut, yang kian kemari menuliskan khutbah-khutbah dan ajaran-ajarannya sebab

    pada zaman itu memang alphabet Aramaik (huruf-huruf) telah ditemukan. Murid-murid

    Jesus ada 70 orang. diantaranya 12 yang disebutkan namanya didalam Injil. Dari

    catatan-catatan murid-murid Jesus ini, kemudian hari kita kenal telah dibukukan

    dengan nama Injil, yang dinamai oleh masing-masing penulisnya seperti: (1) Injil

    Markion, (2) Injil Mesir, (3) Injil Eva, (4) Injil Yudas, (5) Injil Nicodemus, (6) Injil

    Thomas, (7) Injil Barnaba, (8) Injil Matius, (9) Injil Yosepus, (10) Injil Duabelas, (11)

    Injil Kebenaran, (12) Injil Maria, (13) Injil Jesus, (14) Injil Andreas, (15) Injil Pilipias,

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_wI8kvjUI/AAAAAAAAAt4/hvT_YBPIEYg/s1600-h/spanish.jpg
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    15/23

    dan lain-lainnya

    Tahun 306 M merupakan tahun keemasan dalam sejarah gereja. Pada waktu itu

    Konstantin I memegang tampuk pemerintahan Emperor Rom. Kemudian dia menganut

    agama Masehi dan menjadikannya sebagai agama rasmi negara, dengan demikian

    tergenggamlah kekuasaan agama dan dunia dalam satu waktu, sehingga menjadikan

    pemerintahan Rom sebagai pemerintahan suci. Pada waktu itu, urusan Gereja

    diserahkan kepada lima orang pastor besar yang dinamakan Patriarch atau Paus-paus.

    Mereka bekerja di bawah pemerintahan pastor-pastor kecil lainnya.

    Orang pertama yang menyusun dengan rapi sistem kepausan dan ikut mendukungnya

    adalah Gregory I (540-609 M). Ketika pengaruh gereja makin luas, Paus diangkat

    sebagai sumber kekuasaan agama dan dunia, dan menerima kekuasaan tidak terbatas.

    Melanggar titah dan perintahnya adalah dosa besar (diktator). Ia mempunyai hak

    dalam menyusun undang-undang, para emperor tidak memiliki jalan lain, selain takluk

    dan tunduk kepadanya. Semua orang tunduk dalam masalah agama dan dunia kepada

    lapisan pastor dan susunan kepegawaian. Mereka seperti bentuk sebuah piramid dan

    Paus berada di puncaknya. Peristiwa ini terjadi hingga sampai menimbulkan

    pertentangan antara PAUS & ILMUWAN.

    Terhadap peristiwa ini, Paus bukannya mengambil hikmah dan manfaat terhadap IlmuPengetahuan dalam mengatur peraturan dan pengurusan kehidupan manusia dan alam

    semesta, tetapi beliau menangkap semua orang yang berbicara tentang sistem ilmu

    tersebut karena dianggap bertentangan dengan faham agama yang yang tidak boleh

    dibantah. Paus menghukum orang-orang yang dicurigainya itu dengan sadis, buas dan

    ganas. Paus mengadakan pengadilan (Mahkamah Inquisition) (tahun 1478 M) untuk

    menyiasat dan membicarakan orang-orang yang dicurigai. Mereka ditangkap dan

    dihukum dengan berbagai macam hukuman yang berkisar antara denda wang dan

    hukuman bakar hidup-hidup. Mahkamah-mahkamah ini sudah menjatuhkan

    hukumannya kepada 340.000 orang (antara 1481-1808). Lebih kurang 32.000 orang

    yang dihukum bakar hidup-hidup!

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    16/23

    Dalam kurun waktu 18 tahun, Torquemada telah membakar hidup sekitar 210.220

    orang dan menghukum dengan hukuman yang lain sekitar 97.000 orang. Bahkan mayat

    orang mati itu tidak diperlakukan dengan wajar. Mereka malah menghina 6.860 mayat

    para ilmuwan dan ahli falsafah yang dihukum bakar hidup-hidup itu.

    Meskipun Paus sudah berupaya dan bertekad memadamkan sinar ilmu pengetahuan,

    namun sinar ilmu pengetahuan semakin terang pancaran cahayanya. Akhirnyadikeluarkanlah peraturan baru pada tahun 1515 M, yakni melarang terbitnya buku

    apapun, sebelum mendapat persetujuan dari Gereja. Setiap orang yang mencetak atau

    menjual buku dengan begitu saja akan dijatuhi hukuman mati. Seperti Kisah GALILEO

    yang mati dalam penjaranya karena menyatakan bumi itu bulat, dan dibakarnya

    BRUNO yang menyatakan adanya planet-planet lain, selain dari bumi dan sebagainya.

    Kepemimpinan dan akhlak gereja merosot drastik, Paus sudah menjelma menjadi

    musuh Ilmu Pengetahuan dan gereja ditegakkan diatas kemusyrikan. Maka meratalah

    kerosakan moral keseluruh lapisan masyarakat. Penyakit sifilis bahkan menjalar

    menjangkiti banyak orang, termasuk PAUS LEO X sendiri!

    Hasilnya semua bentuk kerendahan budi pekerti dan akhlak sudah menjadi ciri

    kehidupan dan pergaulan pada masa itu. Semua bentuk keluhuran nilai dan moral

    hancur luluh. Petaka itu terlebih dahulu menimpa para ahli agama, sebelum penyakit

    itu menyerang masyarakat awam, padahal masyarakat itu berkeyakinan bahwa Paus

    adalah bayangan Tuhan dan wakil Isa Almasih. Keputusan-keputusannya selalu

    dianggap benar dan tidak boleh dibantah. Beliau menggugurkan dosa dan

    http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_yiU5_JgI/AAAAAAAAAuI/hditR6ki6kg/s1600-h/torture6.jpg
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    17/23

    menanggalkan kesalahan orang dengan kesuciannya bagi yang tergelincir jatuh

    kedalam dosa.

    Perkembangan akidah semacam ini merebak cepat. Hal ini memaksa Paus membuat

    Akta Pengampunan yang dimulai dengan pengumuman Paus Erien II dalam Perang Salib

    atas restu Paus Urban II (1088-1099M) dari Vatikan, Siapa yang tidak dapat ikut

    langsung dalam peperangan ini, hendaknya mengirimkan seorang wakilnya, maka Paus

    akan memberinya Akta Pengampunan yang mampu menyelamatkan di hari Kiamat

    kelak.

    Ketika Paus Leo X ingin membangun gereja suci Paulus di Rom, dalam

    pembangunannya memerlukan dana, maka mulailah beliau mencanangkan akta-akta

    semacam itu dan ternyata laris. Kemudian mereka mengembangkannya lagi dengan

    menyatakan Akta Khusus dengan harga tertentu. Bunyi akta itu:

    "Atasmu rahmat Tuhan Jesus Almasih mengampuni kamu dengan rahmatnya semua

    dosamu, dan saya mengampuni dosamu berdasarkan mandat yang diberikan Jesus dan

    muridnya, Petrus dan Paulus yang pertama tentang semua perbuatanmu melanggar

    gereja bagaimanapun bentuknya, kemudian semua pelanggaran atau kesalahan

    bagaimanapun besarnya. Saya akan angkat semua rintangan yang sudah ditetapkanmenimpamu karena dosa-dosamu di neraka, sehingga apabila kamu mati tertutup

    semua pintu nereka bagimu dan terbuka semua pintu syurga bagimu dengan nama

    Bapa, Anak dan Roh kudus. "

    Setelah itu diletakkanlah daftar harga bagi semua dosa dan kesalahan. Tiap-tiap ejen

    penjual akta menyimpan selembar salinannya dan aslinya terpampang di Gereja.

    Dalam daftar itu disebutkan bermacam-macam dosa berikut harga Akta

    Pengampunannya, antara lain:

    Menggugurkan Kandungan :3 Shilling dan 6 pence

    Mencuri :9 Shilling

    Memperkosa seorang Gadis :9 Shilling

    Berzina :7 Shilling dan 6 pence

    Membunuh :7 Shilling dan 6 pence

    Lawak jenaka ini tidak hanya mengenai dosa orang-orang yang masih hidup. Dosa-dosa

    orang yang sudah mati pun mampu dibelikan akta pengampunannya untuk mensucikan

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    18/23

    dosa-dosanya. Selain itu, tersebar pula iklan yang digantung dimana-mana yang berisi

    anjuran agar segera membersihkan dosa-dosanya dengan membeli akta tersebut.

    Dengan demikian banyaknya akta tersebut diperjual belikan, maka semakin banyak

    pula tindak kejahatan dan maksiat, karena semua dosa dapat ditebus dengan harga

    yang relatif murah. Maka masa pemerintahan gereja merupakan masa yang paling

    BURUK dalam sejarah kejahatan. Masa itu merupakan masa merebaknya berbagai jenis

    kejahatan, kekacauan, kezaliman dan kerosakan moral kerana tidak lagi adanya rasa

    takut bagi masyarakat pada saat itu untuk berbuat jahat, kerana segala kesalahan

    dapat ditebus hanya dengan membeli akta. (Manken dalam bukunya Treatise on Right

    on and Wrong on hal.187-198).

    SEbenarnya penyelewengan dalam agama Kristian bermula seawal era Paul (Paulus)

    lagi.Dan Paul sendirilah dalang penyelewengan itu.Siapakah Paul?Paul ialah Yahudi

    warganegara Rom yang sebelum itu ikut menyeksa kaum Nasrani (Kristian).Selepas itu

    dia dikatakan bertaubat dan menjadi teman seperjalanan Barnabas-seorang sahabat

    Nabi Isa a.s.

    Perosak Kunci 'The Kingdom of Heaven'

    Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan

    Gamaliel.Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang

    Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom.Nama asal Paulus ialah

    Saul.Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero.Tarsus terletak di Istanbul /

    Constantinople ,Turki kini.

    Saul (Paulus) ialah seorang yang anti kepada ajaran Jesus telah berusaha untuk

    memesongkan ajaran Jesus. Dengan membunuh berpuluh-puluh orang penganut ajaranJesus, dia berharap ajaran tersebut akan menjadi semakin lemah lantaran kurang

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_zL37r6pI/AAAAAAAAAuQ/xkydJcryDwo/s1600-h/keys.jpg
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    19/23

    sambutan yang diterima oleh masyarakat. Namun yang berlaku adalah sebaliknya.

    Ajaran Jesus yang disebarkan oleh pengikut-pengikut beliau yang dipimpin oleh St.

    James The Righteous (salah seorang apostle-Hawariyyun) itu semakin hari semakin

    berkembang.

    Melihatkan keadaan itu, Saul menjadi seperti berputus asa, namun niatnya untuk

    menyelewengkan ajaran Jesus yang dibawa oleh pengikut-pengikut setia beliau masih

    lagi terbuku di hati. Mungkin apa yang timbul di fikiran Saul ketika itu adalah dengan

    menghancurkan ajaran Jesus dari dalam.Saul kemudiannya berjumpa dengan pengikut-

    pengikut Jesus tersebut untuk bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya

    terhadap mereka sebelum ini dan dia diberikan nama Paul.

    Sejurus selepas bertaubat, Paul mendakwa telah menerima petunjuk secara langsung

    daripada Jesus .Salah seorang daripada 12 pengikut Jesus (as), Barnabas mula

    mempercayai Paul dan memberinya perlindungan. Melalui Barnabas, Paul diterima

    oleh semua pengikut-pengikut Jesus yang lain. Sepanjang menyebarkan ajaran Jesus ,

    Barnabas banyak mengembara bersama Paul sehinggakan reputasi Paul yang terkenal

    sebagai pembunuh penganut Jesus sebelum ini bertukar kepada imej seorang penganut

    Jesus yang setia.

    Paul mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk mengembangkanajaran Jesus kepada golongan Bukan-Yahudi (Gentiles).Beberapa pertelingkahan

    berlaku antara Paul dengan Barnabas sehingga menyebabkan mereka berpecah.

    "And the contention was so sharp between them, that they departed asunder one

    from the other: and so Barnabas took Mark, and sailed unto Cyprus;And Paul chose

    Silas, and departed, being recommended by the brethren unto the grace of God.And

    he went through Syria and Cilicia, confirming the churches"

    (Acts 15:39-41)

    Dia mula membuat tohmahan dengan mengatakan kumpulan Apostles (pengikut-

    pengikut Jesus a.s.) itu malas, sesat dan hipokrit. Beliau juga mendakwa mereka ini

    perlu sentiasa dibimbing ke keluar dari kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui

    petunjuk yang kononnya diterimanya daripada Jesus . Secara terbuka, dia

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    20/23

    menyatakan bahawa kumpulan Apostles itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala

    kebenaran yang disampaikan oleh Paul adalah semata-mata daripada petunjuk yang

    diterimanya secara terus daripada Jesus . Pada mulanya, seruan Paul tidak mendapat

    sambutan daripada golongan Bukan-Yahudi kerana bencinya mereka kepada bangsa

    Yahudi.

    Kebanyakan golongan Gentiles ini menyembah tuhan-tuhan Greek kuno seperti Sons of

    Almighty Jupiter atau Zeus, Aphrodite, Apollo, Artemis dan lain-lain. Di dalam Bible,

    Paul mengaku sanggup melakukan apa saja untuk menukar kepercayaan Gentiles yang

    berkepercayaan jahiliah itu agar kelihatan menarik kepada mereka. Dia terus bertolak

    ansur dengan mereka dan mengubah ajaran Jesus kepada satu agama yang hampir

    sama dengan kepercayaan Gentiles itu yg mempercayai konsep Tuhan Bapa, Tuhan

    Anak, Tuhan Penyelamat dan sebagainya. Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan mereka

    ini mati kerana dosa-dosa mereka dan kemudian dihidupkan kembali. Paul pula

    menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan dan anak Tuhan ini mati untuk menebus

    dosa seluruh umat manusia. Golongan Gentiles ini mula melihat pertalian dan

    persamaan yang besar di antara kedua-dua kepercayaan. Mereka hanya perlu

    menukarkan beberapa nama saja. Dengan cara ini, Paul berjaya meyakinkan kaum

    Greek dan golongan Gentiles yang lain untuk menerima agama Jesus ini. Ajaran Paul

    ini telah ditolak oleh pengikut-pengikut asal Jesus disebabkan ajaran yang dibawanya

    bertentangan dengan ajaran Jesus.

    Paul mula menulis tentang kepercayaan baru yang diciptanya ini dan mereka-reka

    doktrin baru untuk dimasukkan ke dalam agama baru yg diciptanya ini.Maka dari sini

    lahirlah Surat-surat Paulus itu. Doktrin-doktrin itulah yang menjadi doktrin agama

    Kristian sehingga ke hari ini.

    Kunci-kunci yang salah

    Inilah sejarah gereja yang penuh korup,penyelewengan dan pembohongan.Gereja

    telah banyak menyusahkan pengikutnya.Bermacam-macam penipuan dan penindasan

    dilakukan ke atas penganut Kristian.Triniti adalah kisah dongeng bertahap komik

    kanak-kanak di mana ia direka untuk menyesuaikan mitos pagan ketika itu.Al-Hafiz

    Imam Ibn Kathir, seorang ulama terbesar Islam mengulas:

    Apabila Allah mengangkat Jesus (a.s) ke langit, pengikut-pengikut beliau terbahagi

    kepada beberapa kumpulan. Antara kumpulan tersebut, ada yang masih mengekalkan

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    21/23

    kepercayaan asal terhadap Jesus (a.s), iaitu beliau hanya merupakan seorang pesuruh

    Allah, seorang nabi dan anak kepada Maryam. Bagaimanapun, sesetengah mereka

    mempunyai pemahaman yang ekstrem terhadap Jesus (a.s) dgn menganggap beliau

    adalah anak Allah. Sesetengahnya pula mendakwa Jesus (a.s) adalah Allah itu sendiri,

    manakala yang lain mengatakan beliau adalah salah seorang daripada Trinity

    (Mizbahul Munir fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir, Vol.2, Darussalam Riyadh, 2000, ms 171)

    Imam Shamsuddin Ibn Abi bakar Ibn Qayyim al-Jauziyyah, juga di dalam kitabnya,

    Hidayatul Hayara fi Ajwibatul Yahud wa al-Nasara (Guidence to the Uncertain In Reply

    to the Jews and the Christians) berkata:

    Pengikut-pengikut Jesus (a.s) masih terus mengamalkan ajaran-ajaran beliau selepas

    beliau diangkat ke langit. Kemudian beberapa orang telah campur tangan dalam

    mengubah, menafsir (ajaran Jesus (a.s) mengikut apa yang disukai (mengikut selera)

    kebanyakan orang, bertentangan dengan amalan Yahudi (di dalam Taurat) dan secara

    terang-terangan menyimpang daripada ajaran Messiah (Jesus a.s), serta menjadi

    sesuatu yang terpisah daripadanya secara keseluruhannya.

    Tiada apa yang tinggal dari dunia Kristian pada hari ini,yang ada adalah warisan pagan

    yang membungkus seluruh kepercayaan Kristian.Maka tunggulah turunnya Nabi Isa a.s

    sebelum kiamat nanti memusnahkan salib dan menjelaskan kekeliruan umat Kristian.

    Isa bin Maryam akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan Al-Mahdi. Apabila

    diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, Tidak. Lantas dia

    memberitahu, Sesungguhnya di kalangan kamu ada pemimpin yang dimuliakan oleh

    Allah untuk umat ini.

    (Hadis Nabi)

    Isa bin Maryam AS akan turun dan bersembahyang di belakang Al-Mahdi.

    (Hadis Nabi)

  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    22/23

    Kebenaran milik siapa saja yang mahu berfikir.Di dunia ini,setiap orang akan

    diuji.Pilihan diberi.Dunia hanya sementara kerana kelak kita semua akan ditanyatentang 'Kebenaran'.Siapa yang tidak memilikinya,maka malapetaka yang dasyat

    adalah habuannya.Siapa yang memilikinya,dialah pemegang kunci syurga The Keys of

    Kingdom of Heaven.Seruan kepada Islam akan sampai kepada setiap individu,tidak kira

    dia berada di kota atau di gua-gua.Jangan tanya bagaimana caranya,bila dan

    siapa...itu adalah kerja Tuhan.Cuma pilih atau tidak.Pilihan di dunia adalah penentuan

    hidup kekal di akhirat 'The Kingdom of Heaven'.

    "And Jesus answered him, The first of all the commandments is,

    Hear, O Israel; The Lord ourGod is one Lord,"

    (Mark 12:29)

    "Jawab Jesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang

    Israel, Tuhan kita ialah Tuhan Yang Esa"

    ------------------------------------

    http://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/Si_upFwSWjI/AAAAAAAAAto/6jVFaRde9cg/s1600-h/al-quran.jpg
  • 8/14/2019 Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya-Mistis Files

    23/23

    Peti harta Knight Templar telah terbuka!!Apa yang ada di dalamnya??nantikan siri akan

    datang di MistisFiles!