aloe vera

Upload: anne

Post on 09-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Benefits of Aloe vera

TRANSCRIPT

Aloe veraLidah buayaFamili: Xanthorrhoeaceae

Keterangan dan Kegunaan Berasal dari Afrika. Lidah buaya adalah tumbuhan herba yang berukuran antara 60-100 cm. Lidah buaya digunakan secara meluas dalam kosmetik dan perubatan alternatif Lidah buaya dipasarkan secara meluas kerana manfaatnya yang dapat mengubati dan membantu proses regenerasi sel. Lidah buaya digunakan sebagai penyubur rambut, penyembuh luka dan untuk perawatan kulit dengan cara mengambil lendir lidah buaya dan sapu ke bahagian anggota badan.

Bellis perennisDaisy Famili: Asteraceae

Keterangan dan Kegunaan Berasal dari Eropah. Tumbuhan ini berukuran sekitar 4 sehingga 6 inci. Bunga daisy digunakan secara meluas sebagai ramuan kesihatan dan kecantikan. Bunga daisy dijadikan minuman yang bermanfaat sebagai minuman yang menenangkan, menyihatkan dan mencantikkan kulit. Bunga daisy digunakan sebagai teh yang berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit seperti demam, influenza dan melancarkan peredaran darah.