aliran dan tokoh tatabahasa melayu.docx

14
Pengenalan Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara. Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa laiah retetan ucapan,

Upload: mizlolz

Post on 01-Jan-2016

490 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tatabahasa tradisional, struktural, transformasi generatif, fungsional

TRANSCRIPT

Page 1: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara.

Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa

pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara

amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk

penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat

dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu,

tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan

kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

            Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan

bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain,

tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang

meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu.

Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa

ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa

tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk

membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi

Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan

yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam

ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana

perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan

perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan

lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsure-

unsur ucapan menurut fungsinya.

Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-

undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan

atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru

yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan

berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori

tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa

Page 2: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

yang akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif,

tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional.

TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF

Pengenalan

Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik

pada  tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau  ialah seorang ahli linguistik ,

pendidik , aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan

dibesarkan di Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada

tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania.

Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi

nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun

1950- an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif

dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of

Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit

dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus

semacam rumus matematik.

Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam

kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia.

Pengaruh terhadap tatabahasa Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di

Amerika sahaja malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia

Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan

seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik

Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan

melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku

Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang

lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu.

Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab

pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta

mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap

bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-

peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.

Page 3: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

 Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat

inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat.

Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan

daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya

diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen

fonologi.

Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat

struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-

dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa.

Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi.

RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan

menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-

dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada

struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat

permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini

menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.

Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan

ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan

himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang

mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami

pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu

dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.

Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG

mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur

frasa, komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen

leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan

bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.

Rumusan

Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky

memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah

memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah

Page 4: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya.

Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam

pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa

pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.

Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah

Hj Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa

Transformasi Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di

peringkat universiti. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah

mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan

tatabahasa Melayu di Malaysia.

TATABAHASA TRADISIONAL

Pengenalan

Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik.

Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti

kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan

penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini

bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan

tepat sepanjang masa.

Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis

lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada

bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini

kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan

secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan

diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum

biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini

menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.

Page 5: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

 

PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL

Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku

di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini.Teori  Tatabahasa

Tradisional oleh Panini telah  mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan

fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk

membunyikan suara.

IDEA ASAS PANINI

Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat

tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-

Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan  rencana bahasa yang

lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi

berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini

mementingkan bahasa tulisan.  Dalam hubungan  ini, semua bahasa mempunyai

peraturan yang sama dengan bahasa Yunani.  Lalu bahasa Yunani bertapak kepada

tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di

samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang

dilakukan dianggap sebagai kesalahan.  Konsep teori ini diikuti oleh

Page 6: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

huraian.  pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu  terjemahan.

Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang

berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada

caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus.

KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI

Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala

perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau

Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka

jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan

oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang

memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada

penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato

yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang

lengkap iaitu ‘Logos’.

Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional

Panini ( Zaman India 2- 200 SM)

Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM )

Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM )

Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance )

Jason Grimm ( Zaman Perbandingan )

Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )

TATABAHASA STRUKTURAL

Definisi Tatabahasa Struktural

Page 7: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh

itu, aliran  Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa: “….. is concerned

with the observable forms, structural functions and inter- relations of the components of

sentences of stretches of utterance” ( Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya

bermaksud “…. merangkumi bentuk –bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan

saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan”.

Tokoh- Tokoh Tatabahasa Struktural

Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa

seperti Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka.

Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa Struktural dikait

dengan era Linguistik  Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah

Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan

oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general

Lingistik. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk.

Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan

unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang

dengan  pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik.

Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak

menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S

Haris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam

buku berjudul Structural Linguistik  (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat

mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji

bahasa. Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural  Melayu Era Tahun 1960-an ialah

Asmah Hj. Omar (1968)  -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa

Indonesia Satu Perbandingan Pola.”  Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An

Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini: Satu

Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V)  dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita.

Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau

menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran

Page 8: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

Linguistik London. Ini kerana asas linguistik  Asmah berpangkal daripada Universiti of

London di mana beliau mendapat Ijazah  Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau

terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan

dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala

tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu

mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan

digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara

terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.

Fokus pengkajianTatabahasa Struktural  ialah aspek penghuraian struktur

bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan

fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu

pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:

                     Bahasa ialah pertuturan bukan  tulisan

                     Bahasa ialah satu sistem

                     Sistem bahasa ialah arbitari

                     Bahasa adalah untuk perhubungan

Aliran Struktural  menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa

dijalankan  dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada

peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan

taburan kata-kata dalam  struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul

memberi  tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-

konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-

bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-

tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar

analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara

khususnya cirri-ciri Tatabahasa Struktural ialah

                      Mementingkan bentuk  atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu

             bahasa

Page 9: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

                     Tidak bertitik  tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam

             sesuatu  unsur  tatabahasa

                     Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat

                     Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik

                     Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan  bukti yang tepat dan betul

Rumusan

Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan

jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

TATABAHASA FUNGSIONAL

Pengenalan

Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama

sekumpulan teori linguistik yang secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik

fungsional (linguistic functionalism), termasuk di dalamnya functional discourse grammar

yang dibangunkan oleh linguis Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar

yang dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. K. Halliday.

Di samping itu juga, pandangan Choamsky yang mendapat penambahbaikan

dari Simon C.Dick (1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata bahasa ini

didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. Dalam pada itu juga, tata

bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang otonom, melainkan sistem ini

didasarkan pada semantik (Dick,1978).

            Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden. Tatabahasa

fungsionalnya  juga merupakan instrumen simbolik yang digunakan untuk tujuan

berkomunikasi. Pandangan tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa struktur

bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik diabaikan. Kajian

sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang

menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk

kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa, sedangkan pragmatik

Page 10: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan

kejayaan sesebuah komunikasi. Oleh  kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan

fungsi sintaksis, fungsi semantik dan fungsi pragmatik.

            Secara umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori yang berusaha

menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. Kerana  itulah

pengembangan teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara  yang saling

berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi hubungan yang terjadi pada

pelbagai peringkat susunan tata bahasa, dan (3) sasaran yang ingin dicapai.

     Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa

fungsional ini harus memenuhi tiga standard, iaitu:

1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan

dalam 

    mana-mana bahasa semulajadi.

2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman

mengenai

     bagaimana ungkapan-ungkapan dapat  digunakan secara efektif dalam interaksi

     komunikatif.

3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus

    bersesuaian dengan perkara-perkara yang telah diketahui. 

     Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang

menjadi  perhatian, iaitu:

1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient], Penerima [Recipient], dsb.)

            Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam suatu

peristiwa atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat.

2. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek).

            Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu peristiwa atau

perbuatan diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan.

3. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus).

            Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang diungkapkan  dan menyambung

ungkapan-ungkapan yang ada dalam perbincangan atau wacana yang sedang

berlangsung itu. Interaksi verbal yang sedang berlangsung juga dapat digunakan

Page 11: Aliran dan Tokoh Tatabahasa Melayu.docx

sebagai alat analisis atas pelbagai aspek bahasa dan penggunaan bahasa, maka

tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat memaksimumkan tahap  tipologis dan

meminimakan peringkat abstraksi analisis linguistiknya. Usaha ini dilakukan dengan

mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja, atau prosedur), sehingga jarak

antara struktur berdasarkan teori ini dapat disusun dan disempitkan. Sekatan abstraksi

dilakukan dengan mengikut prinsip-prinsip berikut:

1. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur);

2. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan

    ekspresi;

3. Menolak peranti penapis (filter devices);

4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan

    semantik antara kata dilakukan melalui definisi makna.)

             Secara ringkas, formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja)

adalah seperangkat aturan yang mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam

suatu bahasa atau ilmu mengenai hal itu. Sementara functional grammar adalah model

tatabahasa yang memasukkan unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu

rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam menghasilkan makna. Dengan kata

lain, tata bahasa atau tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau proses

penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat, sedangkan, tatabahasa fungsional

memusatkan perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa memilih dan

menggunakan bentuk atau susunan kata, frasa, atau ayat tertentu dalam menyampaikan

makna yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan itu sudah tentu tidak akan

hanya mahal bentuknya saja, tetapi juga hal-hal kontekstual yang lain.