alat tradisional india

8
Alat-alat Muzik Masyarakat India DHOLAK NAMA: Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat Membranofon. DIPERBUAT: Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang ditala kepada pic yang lebih tinggi.Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaiatu muka bes dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit mukanya.Lapisan khas ini iaitu yang diperbuat dari campuran tar,tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali. FUNGSI: Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat. MANJIRA

Upload: baskaran-subramanian

Post on 29-Dec-2015

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Tradisional India

Alat-alat Muzik Masyarakat India

DHOLAK

NAMA:Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang

dikategorikan sebagai alat Membranofon.

DIPERBUAT:Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang ditala kepada pic yang lebih

tinggi.Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaiatu muka bes dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian

dalam kulit mukanya.Lapisan khas ini iaitu yang diperbuat dari campuran tar,tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang

rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali.

FUNGSI:Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.

MANJIRA

Page 2: Alat Tradisional India

NAMA:Manjira dikategorikan sebagai alat Idiofon.

DIPERBUAT:Ia diperbuat daripada logam gangsa.

FUNGSI:Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan memainkan irama.Ia merupakan komponan yang

penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.

 SITAR

NAMA:

Page 3: Alat Tradisional India

Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia merupakan sejenis lute yang berleher panjang dengan tujuh tali logam

diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang.

DIPERBUAT:Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak bunyi.Satu set tali-tali halus yang ditala kepada mod

raga yang dimainkan bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan bunyi gema alat tersebut.

FUNGSI:Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik

Hindustan.

 TABLA

NAMA:Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon.

DIPERBUAT:Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya pula adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.Muka

kedua-dua Gendang ini ditutupi dengan kulit kambing.

FUNGSI: Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan

Hindustan di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik seperti ghazal dan dangdut.

Page 4: Alat Tradisional India

TAMBURA

NAMA:Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon.

DIPERBUAT:Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripada

kayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang yang dipanggil sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam.

FUNGSI:Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.

Page 5: Alat Tradisional India

MUZIK TRADISIONAL INDIA

DHOLAK

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

SITAR

Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.

VEENA

Page 6: Alat Tradisional India

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.

TABLA

Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat  terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.

Page 7: Alat Tradisional India