alat artikulasi

7
IPGM PERLIS 2010 ALAT ARTIKULASI Hujung lidah Rongga tekak Hadapan lidah Rongga hidung Tengah lidah Rongga mulut Belakang lidah Tenggorok Akar lidah Epiglotis Rahang Pita suara Anak tekak Paru-paru a)Anak tekak.. Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut itu. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut , khususnya

Upload: nisha-zetty

Post on 09-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

alat artikulasi manusia

TRANSCRIPT

IPGM PERLIS

IPGM PERLIS2010

ALAT ARTIKULASI

Hujung lidahRongga tekak

Hadapan lidahRongga hidung

Tengah lidahRongga mulut

Belakang lidahTenggorok

Akar lidahEpiglotis

RahangPita suara

Anak tekakParu-paru

a)Anak tekak..Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut itu. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut , khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.

b)Lidah..Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah, dan daun lidah. Ahli sains mengesan kawasan yang berbeza bagi kedudukan lidah dan bergantung pada bunyi-bunyi tertentu yang dihasilkan. Bahagian dan kedudukan bahagian lidah tersebut adalah seperti yang berikut:a)belakang lidah-bertentangan dengan lelangit lembutb)tengah lidah-bertentangan antara pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembutc)hadapan lidah-bertentangan dengan lelangit kerasd)daun lidah-sepanjang garisan yang menghadap gusie)hujung lidah-bahagian yang paling aktif

c)Pita suara..Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam menghasilkan bunyi bahasa. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara, manakala orang yang tidak mempunyai pita suara pula akan menjadi bisu.pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang antara kedua-dua selaput ini disebut glotis. Apabila kedua-dua selaput dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup, sementara apabila selaput ini direnggangkan, glotis menjadi luas. Pita suara penting dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara atau tidak.

d)Rahang..Rahang tidak memainkan peranan yang terlalu penting semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting dalam penyembunyian vokal. Sebagai contoh, keadaan bukaan antara dua rahang atas dengan bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal (i) dan vokal (u). Sebaliknya, keadaan rahang akan terbuka luas semasa membunyikan vokal (a) dan ( )e)Rongga..

KEDUDUKAN RONGGA:-mulut-hidung -tekak-kerongkongRongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut, dan rongga hidung. Rongga tekak bermula daripada bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam, sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.

DAERAH ARTIKULASI

Daerah artikulasi ialah tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalm penghasilan bunyi bahasa.

GUSI-alat pertuturan yang letaknya antara gigi dengan lelangit keras.-keadaannya cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-gerakkan.-mengujarkan bunyi (t) dan (d).BIBIR-terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi untuk menyekat perjalanan udara.-(i), keadaan bibir hampar-(u), keadaan bibir bundar-(m), aliran udara tersekatGIGI-terbahagi kepada dua iaitu gigi atas dan gigi bawah-dalam penyebutan () dan () turut berperanan sebagai daerah penyebutan.DAERAH ARTIKULASI

Lelangit..-terbahagi kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lelangit lembut-apabila lelangit lembut diturunkan,sengaun terhasil dan menghasilkan (n) dan (m)-apabila lelangit dinaikkan,bunyi letupan dan geseran terhasil iaitu (b) dan (h)

KEADAAN BIBIR