organ artikulasi

Upload: aris-jamaludin

Post on 08-Jan-2016

301 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

work

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini seperti yang dirancangkan dan tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Abdul Rahim Bin Ismail kerana telah memberikan saya galakan dan motivasi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya atas galakan, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya dalam pelbagai bentuk termasuklah bantuan kewangan yang saya perlukan sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang turut membantu dan berkongsi maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka semua, adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini. Hanya Allah sahajalah yang membalas budi baik pihak-pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung sehingga terhasillah kerja kursus Pengantar Bahasa Melayu (BMZ1024) ini.Semoga usaha kita yang sedikit ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.

ISI KANDUNGANBILISI KANDUNGANMUKA SURAT

1PENGHARGAAN1

2ISI KANDUNGAN2

3PENGENALAN3

4GRAFIK JURAI RUMPUN BAHASA4-9

5PERBEZAAN CIRI-CIRI BAHASA MELAYU,KUNO,KLASIK,MODEN10-20

6FUNGSI ALAT ATAU ORGAN ARTIKULASI21-29

7KAEDAH PENYESUAIAN EJAAN KATA PINJAMAN30-34

8REFLEKSI35-36

9LAMPIRAN37-38

10RUJUKAN39

PENGENALANAsal usul orang-orang melayu yang merupakan penutur bahasa melayu amat kabur kerana sejarah kuno asia tenggara masih diselidiki akan kesahihannya. Namun, secara kasar kita dapat ketahui secara kasar akan latar belakang dan pergerakkan masyarakat melayu kuno iaitu nenek moyang kita.Apabila kita ingin mengetahui tentang asal usul sesuatu bahasa kita mestilah mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut.Begitu juga dengan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan masyarakat Melayu di negara kita serta bangsa-bangsa lain yang tinggal di Malaysia namun sejarah dan asal usul Bahasa Melayu masih lagi kabur dalam masyarakat kita.Sesuatu bahasa akan terus hidup jika ada sekumpulan manusia yang menuturkannya.Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu juga, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai penutur aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu. Beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Van Heine dari Austria telah mengemukakan teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok Austronesia.Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan dituturkan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia,Malaysia,Brunei,Singapura,Selatan Thailand,Selatan Filipina,malah sehingga Pulau Crismas di Australia.Bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa Lingua Franca pada zaman kesultanan Melayu Melaka.Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai.Kerja kursus ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang asal usul Bahasa Melayu serta rumpun bahasa Austronesia.Selain itu,kita juga akan dapat mengenal pasti perbezaan antara bahasa Melayu kuno ,Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden .

PETA GRAFIK JURAI RUMPUN

RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA DAN SUBKELUARGANYABahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris.Di samping rumpun Austronesia,terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini,iaitu rumpun bahasa Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang,iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu atau nama nusantara; kumpulan bahasa Polinesia,antaranya bahasa Hawaii dan Tonga; kumpulan bahasa Melanesia antaranya bahasa Kepulauan Fiji dan Irian,dan bahasa-bahasa di Kepulauan Mikronesia antaranya bahasa Kepulauan Marianna,Carolina dan Gilbert.Bahasa Melayu amat meluas digunakan di nusantara ini.

Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak,iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Oleh hal demikian,bahasa-bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu.Berikut merupakan contoh-contoh bahasa bagi setiap golongan

Golongan SumateraAntaranya Aceh,Melayu,bahasa-bahasa Batak (Karo,Toba dan sebagainya),Minangkabau,Nias dan Orang Laut Golongan KalimantanAntaranya ialah Iban,Kenya-Kayan,dan Melanau Golongan JawaIaitu Sunda,Jawa dan Madura Golongan Bali-SasakIaitu Bali,Sasak dan Sumbawa Golongan FilipinaAntaranya Tagalog,Iloko,Bikol,Bisaya,Sulu,Palau dan Tombulu Golongan SulawesiAntaranya Makasar,Bugis dan Seko Golongan GorontaloGorontalo,Bulanga,Kaidipan,dan Buol Golongan TominiAntaranya Tomini,Tolitoli,Tinombo,Umalasa dan Dampelasa Golongan TorajaAntaranya Kaili,Baree, dan Wotu Golongan LoinangAntaranya Loinang dan Banggai

RUMPUN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun bahasa Austronesia. Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna- Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima- Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, dibahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Asmah(1985)menyatakan bahawa penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa faktor lain.Keluarga bahasa ini juga melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Keluarga bahasa inilah juga terdapatnya Bahasa Melayu,iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan sebagai bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia,Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah,kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia,misalnya Kerajaan Srivijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor.

PERBEZAANBAHASA MELAYU KUNO ,BAHASA MELAYU KLASIK,DAN BAHASA MELAYU MODEN.

BAHASA MELAYU KUNO Bahasa Melayu kuno ialah salah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara,keluarga bahasa Austronesia.Bilangan penutur asalnya sederhana iaitu merangkumi masyarakat yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu,Kepulauan Riau dan Sumatera. Sebelum nama bahasa Melayu kuno digunakan,bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu purba.Kemudian ditukar kepada bahasa Melayu kuno setelah mendapat pengaruh daripada India. Bahasa Melayu ini telah mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya,iaitu dijadikan sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.Antara sebab utama bahasa Melayu menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran adalah kerana sifatnya yang sederhana dan mudah untuk menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno mudah diterima kerana bahasa tersebut bersifat sederhana dan fleksibel iaitu mudah menerima pengaruh luar.Tidak seperti bahasa lain,bahasa Melayu kuno tidak mementingkan perbezaan status dan taraf iaitu tidak terikat kepada susun lapis masyarakat. Tambahan pula,bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.Penggunaan bahasa Sanskrit ini akhirnya menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan bahasa Melayu. Di samping itu,sistem dan struktur kata bahasa ini lebih mudah berbanding bahasa yang seumpamanya seperti bahasa jawa. Menurut sejarah pengaruh agama Hindu turut menjadi sebab utama bahasa Melayu mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit.Bahasa Sanskrit iaitu bahasa agama Hindu terletak dalam kelas bangsawan dan dianggap mempunyai hierarki yang tinggi. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Melayu pada ketika itu beragama Hindu. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683,dengan terjumpanya beberapa batu bersurat yang mengandungi bahan bertulis,yang mengikut setengah-setengah pendapat,ditulis dalam bahasa yang bentuk dan susunannya dapat dikatakan bahasa Melayu.

Antara bukti yang menunjukkan bahasa Melayu kuno dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit adalah melalui penemuan batu bersurat pada abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa seperti: Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) yang ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri khusus Bahasa Melayu Kuno ialah seperti berikut:

1. Aspek tatabahasa dan struktur ayat tidak dapat dikaji dengan jelas kerana batu bersurat itu merupakan catatan pendek dan ringkas, bukan ayat-ayat penuh. Ini disebabkan ada di antara batu-batu bersurat itu yang telah terpecah bahagian-bahagiannya.

2. Perkataan yang digunakan bercampur aduk dengan perkataan Sanskrit

3. Terdapat keselarasan vokal pada perkataan-perkataan bahasa Melayu, sepertia - a, u - udani - u, misalnya bala, marga, laksa, mudik, tuwi, niminumnya.

4. Terdapat beberapa kata yang tidak wujud lagi dan tidak ditemui langsung dalam bahasa Melayu klasik sepertituvi - dengan, inan - itu, tamwal - sirih, talu - rosak/siksa, tlu - tiga, wela - batas, sarak - pisah.

5. Kesejajaran bunyi-bunyi yang terdapat dalam kata-kata bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu sekarang, iaitu /w/( bunyi separuh vokal bibir) dengan /b/(bunyi plosif/letupan dua bibir ) contohnyawunuh - bunuh,tuwa - tuba,wuat - buat,wuah - buah,wuluh - buluh.

6. Sesetengah kata dalam bahasa Melayu kuno telah mengalami perubahan makna sekarang contohnya, kita - kamu ( pengertian singular ), kamu - kamu ( pengertian jamak) tmu/temu - mendapat, sapuluh dua - dua belas.

7. Awalanniyang digunakan sebagai kata kerja pasif dalam Bahasa Melayu Kuno, contohnyaniwunuh -dibunuh,nikenai- dikenai.

8. Awalan kata kerjama,memataumangdalam Bahasa Melayu Kuno dihubungkan dengan meN, contohnya,mamava - membawa, mangujari - menghubungi, manghidupi - menghidupkan.

9. Awalam mar dalam Bahasa Melayu Kuno membawa maksud ber , misalnyamarvuat - berbuat, marlapas - berlepas, marsarak - berpisah.

10. Bahasa Melayu kuno mempunyai empat vokal iaitu vokal depan sempit /i/, vokal belakang sempit / u/ , vokal depan separuh sempit / e / dan vokal depan luas / a /. Tidak kedapatan vokal tengah corak pendek. Vokal ini digugurkan atau digantikan dengan vokal /a /, contohnya lapas - lepas, sapuloh - sepuluh, ngan/dangan - dengan.

11. Dalam Bahasa Melayu Kuno terdapat rangkap gugus konsonan atau dipanggil juga gugusan konsonan contohnya, mw samwua - semua, ti tlu - tiga, dng dngan - dengan.

12. Banyak terdapat konsonan yang diaspirasikan dalam bahasa Melayu kuno disebabkan pengaruh daripada bahasa Sanskrit, contohnyadh- siddhayatra,kh- sukhatshitta,sh-shuklapaksa,th- jyestha,gh- laghu

BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13. Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Kesannya,bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,struktur ayat dan bentuk tulisan. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu.Penemuan,batu bersurat yang ditemui bagi membuktikan bahasa Melayu kuno mengalami peralihan kepada bahasa Melayu klasik ialah batu bersurat di Kuala Berang,Terengganu (1303-1387).Tulisan yang digunakan pada batu bersurat ini adalah tulisan jawi .Perkara ini telah membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada beberapa zaman yang penting iaitu Zaman kerajaan Melaka,Zaman kerajaan Acheh dan Zaman kerajaan Johor-Riau .

Ciri ciri bahasa Melayu klasikPengaruh Islam menjadi semakin kuat sehinggabahasa Melayumengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah: Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang Menggunakan bahasa istana Menggunakan kosa kata klasik spt.ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul(bersedih) Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt.sebermula, alkisah, hatta, adapun. Banyak menggunakan partikelpundanlah Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasaketahuilah olehmu(dari terjemahanIlamL,maka kemudian daripada itu(dariAmma badu); atau pada ayatsunat berbuka atas tamardan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

BAHASA MELAYU MODEN Bahasa Melayu Moden merupakan bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang.Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara. Pada abad ke-19,Munsyi Abdullah telah mengarang satu karya yang kemudiannya menjadi permulaan bagi zaman bahasa Melayu moden.Sebelum bermulanya penjajahan British,bahasa Melayu mencapai kedudukan yang paling tinggi dalam masyarakat Melayu. Dalam tempoh tersebut,bahasa Eropah iaitu bermula dengan bahasa Portugis dan diikuti dengan bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris telah bertapak di nusantara dan seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu. Dalam era penjajahan Inggeris di Tanah Melayu,khususnya pada ketika sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua,bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan rasmi di kelima-lima buah Negeri Negeri Melayu Tidak Bersekutu Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan di negara ini.Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran,bahasa pengantar di institusi pendidikan seperti kelas-kelas agama ,pusat pengajian Islam dan sebagainya.Perhubungan antara rakyat jelata juga dijalankan melalui bahasa Melayu. Walaupun Tanah Melayu ditadbir oleh Pegawai British,namun pegawainya juga dikehendaki untuk mempelajari bahasa Melayu dan dikehendaki lulus dalam ujian bahasa agar dapat berhubung dengan pihak tempatan dengan mudahnya. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Manakala, Laporan Razak 1956 pula mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.Seterusnya,setelah hampir setengah abad di puncak kegemilangan,bahasa Melayu diancam oleh pengenalan Akta Pendidikan 1995 yang membenarkan bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran matapelajaran Sains dan Teknikal di pengajian tinggi awam.Selain itu hal yang sama juga dilaksanakan di peringkat sekolah.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU MODEN1. Bahasa Melayu Moden mengalami proses perancangan bahasa.2. Bahasa Melayu Moden mengalami proses pembinaan bahasa3. Bahasa Melayu Moden menerima dan menyesuaikan struktur bahasa Inggeris.4. Bahasa Melayu Moden mempunyai laras yang lebih pelbagai5. Bahasa Melayu Moden menggunakan binaan ayat aktif yang lebih banyak.Di dalam bahasa Melayu Moden pengulangan sesuatu perkataan di dalam ayat tidak berlaku.Sekiranya sesuatu perkataan diulang beberapa kali dalam sesebuah ayat,ini dianggap sebagai satu kelemahan ayat binaan tersebut.Penggunaan imbuhan nya boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Pengarang harus sedar bahawa sesebuah ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit akan menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menikmati sesebuah karya.

ALAT ORGAN ARTIKULASI

PENGENALANAlat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Kesemua alat-alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa ( vokal, konsonan, dan diftong ) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur ( artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan ( menggigil ) dan sebagainya.

Konsep atau Definisi oleh TokohMenurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran.Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006) dalam buku fonetik dan fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

DEFINISI ALAT-ALAT ARTIKULASIAnak tekakMenurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008), anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut Frank Parker(1994), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor Aini Ismail(2006), anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut.LidahLidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi.

Pita suaraPita suara terletak di dalam ruang tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Selain itu,pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum.RonggaRongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam,sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.BibirBibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir.GigiGigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak.GusiGusi terletak antara gigi dengan lelangit keras.Selain itu, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut.LelangitLelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak.Lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras.

EpiglotisEpiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung.Selain itu.epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.

Alat Artikulasi Dan Fungsinya

1. Bibir Atas2. Bibir Bawah3 Gigi Atas4 Gigi Bawah5 Gusi6 Lelangit Keras7 Lelangit Lembut8 Anak Tekak9 Hujung Lidah10 Hadapan Lidah11 Tengah Lidah12 Belakang Lidah13 Akar Lidah14 Epiglotis15 Rongga Suara16 Rongga Tekak17 Rongga Hidung18 Rongga Mulut19 Rahang20 TenggorokAlat Artikulasi

Alat artikulasi hanya terdiri daripada : Lidah Gigi Bibir Gusi Lelangit Rongga Hidung Pita Suara LidahLidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluar bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi ini juga merupakan alat yang paling sensitif pada tubuh manusia. Lidah juga kaya dengan bekalan darah yang dialirkan melalui saraf sehingga menyebabkannya mempunyai sensitiviti. Lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif dan boleh digerak-gerakkan ke mana-mana bahagian di dalam mulut untuk menyekat perjalanan udara.Oleh sebab lidah ini sangat aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa, maka lidah dinamakan artikulasi utama. Tiga bahagian yang awal, iaitu belakang, tengah dan hadapan dikenali sebagai dorsum dalam bahasa lain yang bermaksud tulang belakang kepada pertuturan manusia.Gambarajah Lidah :

GigiGigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif. Gigi terbahagi kepada dua, iaitu gigi atas yang terletak pada rahang atas dan gigi bawah yang terletak pada rahang bawah. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya adalah untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi [ c ] dan [ j ] gigi turut berperanan sebagai daerah penyebutan. Gambarajah Gigi :

BibirBibir merupakan alat artikulasi yang terletak dibahagian luar rongga mulut yang berfungsi untuk menyekat perjalan udara. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihampar dan dibundarkan. Sebagai contoh, apabila menyebut bunyi [ i ], keadaan bibir adalah hampar. Sebaliknya, apabila menyebut bunyi [ u ], kedudukan bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut. Sebagai contoh, apabila menyebut [ m ], aliran udara akan disekat di bibir.Gambarajah Bibir :

GusiGusi pula merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

LelangitLelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras pula bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dan dapat diturun naikkan,Semasa dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga HidungRongga hidung terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan Pita SuaraPita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Untuk mengetahui bagaiman perkara ini berlaku, cuba anda berhenti bernafas sambil membuka mulut. Anda akan merasakan tekanan terhasil di bahagian bawah tengkorok dan pada masa yang sama anda akan merasakan aliran udara telah terhenti.

Gambarajah Pita Suara :

KAEDAH PENYESUAIAN EJAAN KATA PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Ejaaan dalam bahasa Melayu pada umumnya hendaklah grafemik,iaitu bunyi yang digambarkan berdasarkan grafem-grafem yang sudah disetujui dalam sistem ejaan baru Bahasa Melayu. Jika timbul kekaburan seperti dalam hal sepasang istilah yang sama sebutan dan sama ejaan,maka perbezaan tersebut bolehlah dibuat dengan mengekalkan ejaan dengan sedikit penyesuaian yang diperlukan daripada salah satu istilah tersebut.Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa seperti Sanskrit,Arab,Portugis,Belanda,Inggeris dan lain-lain.Hal ini kerana permulaan bahasa Melayu yang bermula sejak berabad yang lalu dan masih lagi diteruskan sehingga kini.

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, akhirnya selama hampir dua minggu saya mengumpul data dan maklumat, dapat juga saya pada akhirnya menyiapkan kerja kursus subjek Penghantar Bahasa Melayu (BMZ1024) ini dengan jayanya akhirnya saya telah melaksanakan kerja tugasan ini dengan jayanya. Kerja kursus ini merupakan kerja kursus pertama saya sebagai pelajar IPG memandangkan saya merupakan pelajar tahun pertama Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat,Johor ini. Jujur saya katakan, kerja kursus di sini bagi saya amat mencabar untuk diselesaikan kerana terdapat banyak perbezaan jika ingin dibandingkan dengan kerja kursus pada waktu saya masih bersekolah dahulu. Kerja kursus di sini memerlukan saya untuk membuat lebih banyak pembacaan dengan lebih teliti dan pembacaan yang banyak serta pemahaman yang tinggi kerana tugasan-tugasan yang diberikan lebih meluas dan kompleks. Saya akui, terdapat banyak masalah dan kekangan yang perlu saya hadapi sepanjang tempoh menyempurnakan kerja kursus ini memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai guru pelatih dalam menyiapkan kerja kursus. Namun, segala masalah dan kekangan ini dapat saya atasi berkat kesabaran saya serta sokongan dan dorongan daripada orang-orang di sekeliling saya. Perkara yang saya belajar daripada pengalaman ini ialah, saya sebagai seorang bakal guru haruslah mempelajari lebih banyak kemahiran dan menguasainya.Walaupun ia agak sukar bagi saya, ia tidak mematahkan semangat saya dalam berjuang menyiapkan tugasan ini. Dengan bantuan dan dorongan daripada semua pihak terutama dari pensyarah matapelajaran, Encik Abdul Rahim Bin Ismail dan rakan-rakan, saya berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Akhir kalam, saya berharap Encik Abdul Rahim Bin Ismail akan menerima tugasan saya ini dengan seadanya dan saya juga berharap agar tuan akan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada tugasan ini.Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN

RUJUKAN

ABDUL HAMID MAHMOOD. (2013). TATABAHASA DEWAN , EDISI KETIGA. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.OMAR, A. H. (2008). ENSIKLOPEDIA BAHASA MELAYU. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.http://en.wikipedia.org/wiki/Austronesiahttp://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/bab1.htmlhttp://assignment.oum.edu.my/

21