al-bayan - siri enam 1 · 2020. 11. 21. · al-bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan...

46
1 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

17 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

1AL-BAYAN - SIRI ENAM

Page 2: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

2

KETUA EDITOR Dr. Mohd Aizam bin Mas'od

EDITOR Muhammad Fahmi Bin RusliUmar Mukhtar Bin Mohd NoorMuhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup @ AyubMohamad Razif bin Mohamad FuadMuhammad Farhan bin Mohd HanapiahTengku Ibrahim Helmi bin Tengku MohammadMuhammad Luqman bin Ahmad TarmiziMohamad Ashraf bin SulaimanAbdul Rahman bin Abd Kodir

JURUGAMBAR Mohd Akif bin Che AzharYuzairy bin Mohd Ayub

REKABENTUK GRAFIK Yuzairy bin Mohd AyubAnas bin Shukri

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilutrasi dan fotokopi dalam apa-apa jua bentuk dan cara sekalipun samada fotokopi, mekanikal, rakaman, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA).

Diterbitkan oleh:

PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)Aras 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya No.23 , Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia. Tel: 03-88707000 / 03-88707071 Emel: [email protected] Laman web: mira.gov.my/

Dicetak oleh:

PERCETAKAN RINA SDN BHD (31964-X)Lot 45, Persiaran Mewah, Bandar Baru Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur 56000, Wilayah Persekutuan.• Tel : 03-91721388 • Faks : 03-91721421• Emel: [email protected]

RedaksiSidang

Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ia tidak berperanan sebagai fatwa dalam konteks akta, enakmen dan juga ordinan.

Page 3: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

3

kandunganu Mukadimah 05

u Konsep Mencegah Penyakit Berjangkit Pada Zaman Awal Islam 07

u Hukum Merapatkan Saf Semasa Solat Berjamaah 18

Pendapat-1: Hukum Merapatkan Saf Adalah Wajib 18

Pendapat-2: Hukum Merapatkan Saf Adalah Sunat Muakkad 22

u Pendapat Tokoh Ulama dan Badan Berautoriti Agama 26 Dunia Berkenaan Hukum Menjarakkan Saf Bagi Mengekang Penularan Covid-19

Pertama: Pandangan Tokoh-tokoh Ulama 27

Kedua: Fatwa Badan-badan Berautoriti Dunia 32

u Hujah dan Tarjih 36

u Penutup 44

Isi

Page 4: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

Isu solat jemaah secara berjarak bagi mengekang penularan

penyakit berjangkit ini termasuk dalam kategori fiqh al-nawazil

iaitu isu-isu baharu yang berlaku. Justeru itu penetapan arahan untuk

mengadakan penjarakan fizikal semasa solat berjemaah di masjid dan surau adalah bagi mengekang

penularan penyakit berjangkit.

Page 5: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga Baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari kiamat.

Semenjak negara kita diuji dengan pandemik Covid-19, pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak kerajaan bagi mengekang dan membendung penularan wabak penyakit berjangkit ini. Sehingga hari ini, begitu banyak Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi menjayakan usaha tersebut.

Mengambil tanggungjawab dan langkah yang sama, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semenjak awal kemunculan pandemik Covid-19 ini, telah mengadakan perbincangan berkala dengan pihak-pihak berkuasa agama negeri, bagi menyusun dan menetapkan garis panduan serta SOP Masjid dan Surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Antaranya seperti:

5AL-BAYAN - SIRI KHAS

Page 6: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

6 AL-BAYAN - SIRI KHAS

● Arahan pemakaian pelitup muka sepanjang keberadaan di dalam masjid atau surau.

● Arahan membawa sejadah sendiri dari rumah.

● Pengehadan jemaah solat kepada jumlah tertentu dalam satu-satu masa.

● Mengambil suhu badan dengan memastikan suhu badan adalah di paras yang normal.

● Tidak bersalaman sesama jemaah sesudah solat.

● Penjarakan fizikal dengan kadar 1 meter semasa pelaksanaan solat berjemaah di antara para jemaah.

Justeru, dalam ruangan al-Bayan pada kali ini, risalah ini akan memfokuskan penjelasan berkenaan isu “Penjarakan Fizikal Semasa Solat Berjemaah di Masjid dan Surau Menurut Perspektif Syariah.”

Pada hari Jumaat, 13 November 2020, para pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia datang menemui kami untuk berkongsi dapatan kajian solat di masjid mengikut SOP yang ditetapkan. Hasil daripada soal selidik terhadap lebih daripada 7000 responden, didapati kebanyakannya dapat menerima isu penjarakan fizikal ketika solat berjemaah di masjid. Lebih 80% menunjukkan mereka rindu untuk mengimarahkan masjid dan melakukan ibadat di dalamnya.

Kami berdoa kepada Allah SWT, supaya risalah ini dapat memberikan kefahaman yang tuntas sekaligus meleraikan segala kekeliruan dan kesangsian yang berkaitan dengannya.

Page 7: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

7AL-BAYAN - SIRI ENAM

Konsep Mencegah Penyakit Berjangkit Pada Zaman Awal Islam

Seperti yang umum mengetahui, wabak Covid-19 ini merupakan suatu penyakit berjangkit yang baharu,

yang dikenalpasti kemunculannya pada penghujung tahun 2019. Oleh yang demikian, isu ini termasuk dalam perkara nawazil (kejadian-kejadian semasa yang berlaku), yang mana tidak terdapat sebarang nas yang khusus dan spesifik berkenaan tabiatnya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana Covid-19 ini termasuk dalam kategori penyakit berjangkit, maka para ulama kontemporari mengaitkan ia dengan penyakit-penyakit berjangkit yang pernah muncul dalam sejarah Islam seperti penyakit taun, penyakit kusta, dan juga penyakit sopak.

Dalam mendepani dan mengekang penularan penyakit berjangkit, Islam amat mengutamakan langkah-langkah pencegahan terlebih dahulu. Kerana itu terdapatnya sebuah ucapan yang masyhur:

الوقاية خير من العلجMaksudnya: “Mencegah itu lebih baik dari merawat.”

Page 8: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

8 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Oleh yang demikian, terdapat beberapa petunjuk Syarak dalam mencegah penularan penyakit berjangkit ini. Antaranya:

PERTAMA:

Tidak Pergi Ke Kawasan Penularan Wabak Berjangkit Serta Tidak Keluar Daripadanya

Ini seperti yang ditunjukkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sa‘d Ibn Abi Waqqas R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اعون بأرض فل تدخلوها وإذا وقع إذا سمعتم بالطرجوا منها ا فل ت بأرض وأنتم ب

Maksudnya: “Apabila kamu mendengar bahawa penyakit taun telah menimpa sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang terdapat padanya taun, janganlah kamu keluar daripadanya.”

Riwayat al-Bukhari (5728)

Hadis di atas ini jelas menunjukkan langkah pencegahan yang disyorkan oleh Rasulullah SAW sebelum dan juga selepas seseorang itu terlibat dengan penyakit berjangkit. Dari sudut sekiranya seseorang itu mengetahui akan penularan sesuatu wabak di tempat tertentu, janganlah dia pergi ke tempat tersebut bagi mengelakkan dirinya dari dijangkiti penyakit tersebut. Manakala jika seseorang itu telah berada dalam kawasan yang merebak padanya wabak, tindakan pencegahan yang diambil bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut adalah

Page 9: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

9AL-BAYAN - SIRI ENAM

dengan cara tidak keluar dari kawasan tersebut, bagi mengelakkan penularannya ke kawasan-kawasan yang lain.

Meskipun begitu, mengambil kira situasi semasa berkenaan penularan Covid-19 di sesuatu tempat contohnya, di mana kakitangan atau para petugas kesihatan di sana tidak mencukupi, adakah tidak dibenarkan para petugas kesihatan dari luar kawasan tersebut untuk memasukinya?

Kami katakan, selama mana setiap langkah-langkah pencegahan telah diambil bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit, seperti pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) dan pematuhan SOP yang ketat bagi petugas barisan hadapan (frontliners) yang terlibat secara langsung bagi menguruskan para pesakit Covid, maka mereka tidak termasuk dalam larangan memasuki tempat wabak.

Selama mana setiap langkah-langkah pencegahan telah diambil bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit, seperti pemakaian PPE dan pematuhan SOP yang ketat bagi petugas barisan hadapan yang terlibat, maka mereka tidak termasuk dalam larangan memasuki tempat wabak.

Petugas barisan hadapan bersedia dengan pakaian PPE untuk melaksanakan tugas. - Foto Aswadi Alias

Page 10: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

10 AL-BAYAN - SIRI ENAM

KEDUA:

Menjauhkan Diri dari Pesakit yang Menghidap Penyakit Berjangkit

Terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan kepada hal ini. Antaranya berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تفر من الأسد وفر من الجذوم كم Maksudnya: “Dan hendaklah kamu melarikan diri dari pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri dari singa.”

Riwayat al-Bukhari (5707)

Para ulama hadis ketika mensyarahkan hadis ini mengemukakan beberapa pandangan yang kami kongsikan seperti berikut:

PERTAMA: Sebahagian ulama tidak bersependapat dengan hadis ini atas alasan ia bercanggah dengan petunjuk Nabi SAW. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah makan bersama pesakit kusta serta duduk bersamanya. Demikian juga para sahabat Nabi SAW turut melakukan perkara yang sama. Antara hujah yang digunakan adalah sebuah riwayat daripada Abd al-Rahman bin al-Qasim, daripada bapanya, beliau berkata:

Page 11: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

11AL-BAYAN - SIRI KHAS

يق فأتى بطعام فدعاهم د أن وفد ثقيف أتوا أبا بكر الصذوم فدعاه وأكل معه فتنحى رجل، فقال مالك؟ قال مMaksudnya: “"Sekumpulan tetamu dari kalangan Bani Thaqif telah datang bertemu dengan Abu Bakr al-Siddiq. Kemudian Abu Bakr menghidangkan makanan dan mengajak mereka makan bersama. Lalu seorang lelaki menjauhkan diri dari tempat tersebut, maka Abu Bakr berkata: ‘’Mengapa dengan kamu ?’’. Lelaki itu menjawab: ‘’Aku dijangkiti kusta’’. Kemudian Abu Bakar memanggil lelaki tersebut dan beliau makan bersamanya."

Mereka juga berhujah dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah R.A, beliau berkata:

أن رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ أخذ بيد رجل بالله ثقة قال كل ثم القصعة ف معه فأدخلها مذوم

الله على ل وتوك

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah memegang tangan seorang lelaki yang dijangkiti penyakit kusta lalu mengajak lelaki tersebut makan bersama Baginda, kemudian Baginda bersabda: ‘’Makanlah kamu dalam keadaan tsiqah (percaya) dengan Allah serta bertawakkal kepada Allah.”

Riwayat Ibn Majah (3542)

Page 12: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

12 AL-BAYAN - SIRI ENAM

KEDUA: Manakala sebahagian ulama yang lain mensahih-kan khabar ini. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah memberi arahan untuk seseorang itu melarikan diri dari mereka yang dijangkiti penyakit kusta, serta mengambil langkah berjaga-jaga dari makan dan minum bersamanya. Maka tidak boleh bagi seseorang yang telah mengetahui hal tersebut melainkan dia perlu melarikan diri dari orang yang dijangkiti kusta.

Para ulama ini berhujah dengan sebuah riwayat daripada al-Zuhri bahawasanya Umar Ibn al-Khattab R.A pernah berkata kepada Mu‘aiqib (Ibn Abi Fatimah al-Dausi) R.A yang dijangkiti penyakit kusta dengan katanya:

Salah satu poster kempen bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 13: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

13AL-BAYAN - SIRI ENAM

قيد رمح مني اجلس Maksudnya: “Duduklah dengan jarak panjangnya lembing dari aku.”

Manakala terdapat sebuah riwayat lagi daripada Kharijah bin Zaid beliau berkata:

كان عمر إذا أتى بالطعام وعنده معيقيب قال كل ما مني على ماجلس مابك به غيرك لو الله وايم يليك،

رمح قيد أدنى من

Maksudnya: “Umar dahulu apabila dihidangkan makanan kepadanya dalam keadaan di sisi beliau ada Mu’aiqib, beliau berkata: “Makanlah dari hidangan yang berhampiran dengan kamu. Demi Allah sekiranya yang menghidap penyakit ini adalah orang lain selain kamu, nescaya aku tidak akan benarkan dia duduk berhampiranku kurang dari jarak panjangnya lembing.” Rujuk Syarah Sahih al-Bukhari (9/413)

Sebahagian ulama mengandaikan bahawa jarak panjang lembing tersebut lebih kurang 1 meter atau lebih. Wallahu a'lam.

Kami juga menyatakan bahawa hal ini juga dapat dilihat berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amru, daripada bapanya beliau berkata:

Page 14: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

14 AL-BAYAN - SIRI KHAS

كان ف وفد ثقيف رجل مذوم فأرسل إليه النبي صلى الله عليه وسلم ارجع فقد بايعتك

Maksudnya: “Dahulu dalam kalangan tetamu daripada Bani Thaqif terdapat seorang lelaki yang dijangkiti kusta. Lalu Nabi SAW menyampaikan ucapan kepadanya: “Pulanglah kamu, sesungguhnya aku telah menerima bai’ah kamu.”

Riwayat al-Nasa’i (4182)

Maka jelas daripada hadis ini bahawa Rasulullah SAW tidak berbai‘ah sebagaimana kebiasaan Baginda iaitu berjabat tangan, namun memadai dengan pemakluman lisan sahaja apabila melibatkan seseorang yang dijangkiti penyakit kusta.

Imam Ibn Battal setelah menukilkan kedua-dua pendapat di atas ini beliau berkata: ‘’Bukanlah perintah Nabi SAW agar melarikan diri dari pesakit kusta itu menyelisihi perbuatan duduk bersamanya. Ini kerana Baginda kadangkala menyuruh sesuatu dalam bentuk hukumnya sunat, dan kadangkala arahan datang dalam bentuk hukumnya harus. Kemudian Baginda meninggalkan ia supaya dapat memberitahu bahawa perintah tersebut bukanlah dalam bentuk kemestian (wajib). Demikian juga Baginda kadangkala melarang sesuatu dalam bentuk hukumnya makruh dan kadangkala bertujuan untuk mendidik. Kemudian Baginda melakukannya untuk memberitahu bahawa larangan tersebut bukanlah menunjukkan kepada pengharaman.”

Page 15: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

15AL-BAYAN - SIRI ENAM

Manakala Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam mengulas isu ini, beliau menyatakan bahawa berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan ulama berkenaan hadis-hadis dalam isu ini. Sebahagian mereka menyatakan bahawa perintah supaya menjauhi pesakit kusta itu telah mansukh, manakala sebahagian yang lain berpandangan sebaliknya. Kemudian beliau berkata:

أن إليه الصير ويتعي الأكثر عليه ذي ال حيح والصالأمر وحل الديثي بي المع يب بل نسخ ل والحتياط الستحباب على منه والفرار باجتنابه

الواز بيان على معه والأكل Maksudnya: “Pendapat yang sahih seperti yang dipegang oleh kebanyakan ulama serta menjadi tuntutan untuk kita berpegang kepadanya adalah, tidak berlakunya penasakhan. Bahkan wajib untuk kita menghimpunkan antara dua hadis dan meletakkan perintah Baginda untuk menjauhi serta melarikan diri darinya (pesakit kusta) adalah dalam bentuk hukumnya mustahab (disunatkan) dan juga sebagai langkah berjaga-jaga. Manakala perbuatan makan bersama pesakit kusta itu adalah bagi menjelaskan keharusan hal tersebut.” Rujuk Fath al-Bari (10/159)

Page 16: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

16 AL-BAYAN - SIRI ENAM

KETIGA:

Menghalang Pesakit Yang Menghidap Penyakit Berjangkit Dari Bergaul Dengan Orang Ramai

Imam Ibn Battal ada menukilkan kata-kata daripada Ibn Habib yang menyebut: “Demikian juga dilarang bagi mereka yang dijangkiti penyakit kusta dari memasuki masjid serta dilarang bercampur dengan orang ramai sebagaimana yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa beliau pernah melihat seorang perempuan yang dijangkiti kusta mengerjakan tawaf di Baitullah, lalu beliau berkata:

يا أمة الله اقعدي ف بيتك ول تؤذي الناسMaksudnya: “Wahai hamba Allah, duduklah kamu di rumah kamu dan janganlah kamu menyakiti orang ramai.” Rujuk Syarah Sahih al-Bukhari (9/413)

Inilah juga yang menjadi pegangan para ulama Syafi‘iyyah iaitu menghalang mereka yang dijangkiti penyakit berjangkit dari memasuki masjid atau tempat berkumpulnya orang ramai.

Page 17: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

17AL-BAYAN - SIRI ENAM

Inilah juga yang menjadi pegangan para ulama Syafi‘iyyah iaitu menghalang mereka yang dijangkiti penyakit berjangkit dari memasuki masjid atau tempat berkumpulnya orang ramai. Dalam konteks semasa, dapatan pakar berkenaan wabak Covid-19 jelas menunjukkan ia bersifat boleh merebak dengan cepat dan pantas.

Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari yang merupakan tokoh besar dalam mazhab Imam al-Syafi’e berkata:

الجذوم أن العلمء عن عياض القاض نقل وقد المعة صلة ومن السجد من يمنعان والأبرص

بالناس اختلطهم ومن Maksudnya: “Al-Qadhi ‘Iyadh telah menukilkan pendapat daripada para ulama yang menyatakan bahawa seseorang yang menghidap penyakit kusta dan sopak dihalang dari masuk ke dalam masjid dan (dihalang) mendirikan solat Jumaat serta tidak dibenarkan bercampur dengan orang ramai.“ Rujuk Asna al-Matalib (1/215)

Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam menjelaskan sebab larangan ter-sebut adalah kerana, takutkan kemudaratan darinya (penyakit yang berjangkit) maka ketika ini perbuatan menghalang tersebut menjadi wajib. Rujuk al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra (1/212)

Page 18: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

18 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Setelah kita meneliti beberapa kenyataan di atas, kita mendapati bahawa sebarang usaha untuk mengekang penularan penyakit berjangkit adalah dituntut untuk dilakukan. Ia tidaklah terhad kepada tiga contoh di atas sahaja, namun contoh-contoh ini menjadi garis panduan akan langkah mengekang penularan penyakit berjangkit.

Oleh yang demikian, antara arahan yang dikeluarkan dalam SOP Masjid dan Surau adalah, penjarakan fizikal dengan kadar 1 meter semasa pelaksanaan solat berjemaah di antara para jemaah.

Berikut kami nyatakan beberapa perkara penting yang seringkali menjadi pertanyaan masyarakat, samada susun atur saf solat berjemaah seperti ini menyebabkan solat tersebut sah atau tidak, atau adakah penjarakan sebegini dianggap menyelisihi sunnah Nabi SAW, dan sebagainya:

HUKUM MERAPATKAN SAF SEMASA SOLAT BERJAMAAH

S ebelum kita membahas tentang isu hukum menjarakkan saf dalam situasi mengekang penularan Covid-19, menjadi keutamaan untuk

kita mengetahui hukum merapatkan saf terlebih dahulu. Secara umumnya, terdapat dua pendapat utama yang disebutkan oleh para fuqaha’ mazhab dalam isu ini yang kami ringkaskan seperti berikut:

PENDAPAT PERTAMA : Hukum Merapatkan Saf Adalah Wajib

Pendapat ini terbina berdasarkan beberapa riwayat yang sahih dari-pada Rasulullah SAW. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Page 19: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

19AL-BAYAN - SIRI ENAM

لة ف من تام الص وا صفوفكم فإن تسوية الص سوMaksudnya: “Luruskanlah saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian daripada kesempurnaan solat.”

Riwayat Muslim (433)

Nas ini menunjukkan bahawa pada asalnya, meluruskan dan menyamakan saf adalah termasuk dalam kesempurnaan solat. Namun mereka berpendapat hukumnya adalah wajib kerana terdapat fi‘l al-amr (kata perintah) pada kalimah سووا yang mana secara asasnya suatu perintah menunjukkan ia adalah wajib (untuk dilaksanakan).

Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Page 20: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

20 AL-BAYAN - SIRI ENAM

وا فإن أراكم من وراء ظهري أقيموا صفوفكم وتراصMaksudnya: “Lurus dan rapatkanlah saf kamu, kerana sesungguhnya aku dapat melihat kamu di belakangku.”

Riwayat al-Bukhari (719)

Lafaz “تـراصوا” bermaksud hendaklah kamu saling merapatkan tanpa ada sebarang celah. Rujuk Fath al-Bari (2/208)

Demikian juga berdasarkan ancaman yang keras terhadap perbuatan tidak meluruskan saf seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada al-Nu‘man bin al-Basyir R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

بي وجوهكم ن صفوفكم أو ليخالفن الله لتسوMaksudnya: “Hendaklah kamu meluruskan saf kamu atau (sekiranya tidak) Allah akan memalingkan wajah kamu.”

Riwayat al-Bukhari (717)

Berdasarkan beberapa riwayat di atas, kumpulan yang pertama mengatakan bahawa perbuatan tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah adalah haram hukumnya serta menyebabkan pelakunya mendapat dosa. Meskipun begitu, para ulama yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan, meskipun tidak merapatkan saf merupakan perbuatan haram yang berdosa, namun solat yang dilakukan oleh mereka adalah sah dan tidak perlu diulangi.

Page 21: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

21AL-BAYAN - SIRI ENAM

Ini seperti yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani:

ومع القول بأن التسوية واجبة فصلة من خالف ول هتي ال يسو صحيحة لختلف

Maksudnya: “Sekalipun pendapat yang menyatakan bahawa meluruskan saf itu wajib, solat mereka yang menyelisihinya dan tidak meluruskan saf tetap sah kerana ia merupakan dua sudut yang berbeza.” Rujuk Fath al-Bari (2/210)

Ini dikuatkan lagi dengan sebuah riwayat daripada Anas bin Malik, bahawa beliau ditanyakan oleh penduduk Madinah, sama ada beliau mendapati ada perkara yang telah berubah semenjak zaman Nabi SAW sehingga hari tersebut. Lalu Anas berkata:

فوف ما أنكرت شيئا إل أنكم ل تقيمون الصMaksudnya: “Aku tidak mengingkari suatu apa pun melainkan kamu tidak meluruskan saf.”

Riwayat al-Bukhari (724)

Jelas daripada riwayat di atas bahawa Anas tidak menyuruh mereka mengqada’kan (menggantikan) solat dan sekiranya ia membatalkan solat, nescaya beliau akan mengarahkan mereka untuk mengqada’nya.

Page 22: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

22 AL-BAYAN - SIRI KHAS

PENDAPAT KEDUA : Hukum Merapatkan Saf Adalah Sunat Muakkad

Pendapat yang kedua ini merupakan pandangan yang dipegang oleh jumhur ulama. Mereka turut berdalil dengan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لة ف من تام الص وا صفوفكم فإن تسوية الص سوMaksudnya: “Luruskanlah saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian daripada kesempurnaan solat.”

Riwayat Muslim (433)

Gambaran asal susunan saf solat dalam keadaan biasa.

Page 23: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

23AL-BAYAN - SIRI ENAM

Menurut mereka, perkataan tamam (تام) di dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak wajib, akan tetapi merujuk kepada hukum mustahab dan tidak termasuk di dalam rukun atau pun syarat sah solat.

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لة ف من حسن الص لة فإن إقامة الص ف ف الص وأقيموا الصMaksudnya: “Dan hendaklah kamu meluruskan saf di dalam solat. Kerana sesungguhnya meluruskan saf itu termasuk sebahagian dari kecantikan solat.”

Riwayat al-Bukhari (722)

Jelas daripada hadis di atas bahawa meluruskan saf adalah termasuk dalam mahasin al-solat (kecantikan solat) dan tidak termasuk dalam kategori syarat sah solat mahupun rukunnya.

Para ulama ini juga berpendapat bahawa kata perintah di dalam hadis-hadis yang menyuruh untuk meluruskan dan merapatkan saf merujuk kepada hukum mustahab, dan tidak merujuk kepada hukum wajib.

Antara yang mengatakan bahawa perbuatan merapatkan saf ini hukumnya adalah mustahab ialah para fuqaha’ al-Syafi’iyyah. Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata:

Page 24: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

24 AL-BAYAN - SIRI ENAM

ل ف الأو هم على استحباب الص فق أصحابنا وغير واتحيح والث عليه وجاءت فيه أحاديث كثيرة ف الصفوف مام وسد الفرج ف الص وعلى استحباب يمي الMaksudnya: “Para ashab kami dan selain mereka telah bersepakat akan mustahabnya saf yang pertama serta bersungguh untuk mendapatkannya. Telah datang padanya (solat di saf yang pertama) hadis-hadis yang begitu banyak dalam al-Sahih. (Begitu juga para ashab kami telah bersepakat akan mustahabnya perbuatan solat di bahagian kanan imam (serta mustahabnya) menutup ruang kosong di dalam saf (iaitu merapatkan saf ).” Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab (4/301)

Demikian juga Imam Ibn Hajar al-Haitami menyebut:

فوف والأمر بذلك ويستحب تسوية الصMaksudnya: “Disunatkan untuk merapatkan saf serta (mustahab hukumnya) untuk menyuruh agar dirapatkan saf.” Rujuk al-Minhaj al-Qawim (hlm. 164)

Kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab dan al-Minhaj al-Qawim.

Page 25: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

25AL-BAYAN - SIRI ENAM

Demikian juga Imam Ibn Hajar al-Haitami menyebut:

وع ف صف قبل فوف والش سئلت عن عدم إتام الصصل به فضيلة المعة إتام صف فأجبت بأنه مكروه ل تMaksudnya: “Aku ditanya berkenaan (hukum) tidak menyempurnakan saf serta (hukum) memulakan saf (yang baharu) sebelum sempurnanya saf (yang di hadapan), maka aku mengatakan bahawa (hukumnya adalah) makruh, serta tidak mendapatkan fadhilat (solat) berjemaah.” Rujuk Bast al-Kaff fi Itmam al-Saff (hlm. 9)

Imam al-Khatib al-Syarbini pula menjelaskan bahawa sekiranya seseorang tidak merapatkan saf, solat yang dilakukannya adalah sah. Beliau berkata:

ع ف صف حتى فوف، وأن ل يش يسن سد فرج الصه مستحب ل، وأن يفسح لن يريده، وهذا كل يتم الأو

ت صلتم مع الكراهة ط؛ فلو خالفوا صح ل شMaksudnya: “Disunatkan menutup ruang-ruang kosong pada saf. (Serta disunatkan) untuk tidak dimulakan saf yang baharu sehinggalah saf yang pertama telah penuh terlebih dahulu. (Juga disunatkan) untuk dibuka saf bagi sesiapa yang mengkehendakinya. Kesemuanya ini adalah mustahab (hukumnya) dan bukan suatu syarat. Sekiranya mereka (para jemaah) menyelisihinya, maka solat mereka adalah sah berserta hukum makruh." Rujuk Mughni al-Muhtaj (1/ 493)

Page 26: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

26 AL-BAYAN - SIRI KHAS

Kumpulan yang kedua ini berpendapat bahawa hukum tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah adalah makruh dan pelakunya tidak berdosa. Namun, dalam masa yang sama mereka terlepas ganjaran dan kebaikan yang besar sekiranya meninggalkannya. Kitab Bast al-Kaff fi Itmam al-

Saff dan Mughni al-Muhtaj.

PENDAPAT TOKOH ULAMA DAN BADAN BERAUTORITI AGAMA DUNIA BERKENAAN

HUKUM MENJARAKKAN SAF BAGI MENGEKANG PENULARAN COVID-19

B erikut kami sertakan kenyataan beberapa tokoh ulama dan juga badan-badan fatwa terkemuka dunia yang mengulas berkenaan

penjarakan saf semasa solat berjemaah bagi mengekang penularan penyakit berjangkit.

Oleh kerana isu seperti ini adalah dianggap qadhiyyah mustajiddah (permasalahan baru), makanya pandangan para ulama terdahulu amat sukar ditemui. Justeru, ijtihad ulama semasa dan fatwa badan berautoriti menjadi rujukan pada masa kini. Inilah maksud sebenar fatwa yang menjadi rujukan kepada ummah untuk melaksanakan ibadat bersesuaian dengan kehendak Syarak.

Kami nukilkan di sini pandangan sebahagian tokoh dan badan berautoriti. Antaranya ialah:ndangan Tokoh-tokoh Ulama

Page 27: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

PERTAMA : Pandangan Tokoh-tokoh Ulama

FADHILAH AL-SYEIKH DR. SA‘D BIN NASIR AL-SYATHRI Anggota Jawatankuasa Kibar al-Ulama Arab Saudi

Dr. Sa‘d al-Syathri ketika mengulas berkenaan tindakan pihak pengurusan al-Haramain dalam mengambil langkah pencegahan dengan cara menjarakkan antara jemaah (semasa solat berjemaah), beliau berkata: “Mengambil langkah-langkah pencegahan demi memelihara nyawa serta memberhenti-kan penularan penyakit termasuk sebahagian daripada ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla”.

Rujuk Tatbiq al-Ijra’at al-Ihtiraziyyah fi al-Taba ‘ud baina al-Musollin (https://bit.ly/3eFpPBt)

FADHILAH AL-SYEIKH MUHAMMAD AL-HASAN AL-DEDEW

Beliau berkata: “Sekiranya ditakuti perbuatan merapatkan saf itu akan mendatangkan mudarat, maka wajib untuk meninggalkannya kerana ia merupakan perkara sunat yang membawa kepada mudarat sekiranya ia dilaku-kan (iaitu boleh menyebabkan penularan penyakit berjangkit). Bahkan sekiranya ia wajib (merapatkan saf) sekalipun, namun boleh mendatangkan mudarat, maka nescaya kewajipan

AL-BAYAN - SIRI KHAS 27

Page 28: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

28 AL-BAYAN - SIRI KHAS

tersebut akan gugur disebabkan mudarat yang dijangka akan berlaku dan (juga mudarat) yang telah berlaku”.

Rujuk Ma al-Hukm al-Syar‘iyy fi al-Taba‘ud baina al-Musollin wa Irtida’ al Kammamah athna’ al-Solah (https://bit.ly/3l5Zb7b)

FADHILAH AL-SYEIKH, PROF. DR. HUSAMUDDIN BIN MUSA MUHAMMAD BIN ‘AFANAH,Bekas Anggota Majlis Kajian Ilmiah Universiti al-Quds, merangkap Anggota Sidang Editorial Majalah Huda al-Islam, dan Ketua Jawatankuasa Pengawasan Syariah Bank Islam Palestin.

Beliau berkata: “Aku telah berfatwa kepada orang-orang yang solat di Masjid al-Aqsa al-Mubarak supaya berpegang dengan pendapat solat dalam keadaan berjarak antara satu sama lain. Ini supaya mereka tetap solat dengan mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan, dengan mengambil kira sikap Yahudi yang menanti peluang untuk mengambil Masjid al-Aqsa al-Mubarak. Justeru, pendapat ini menghalang agenda mereka untuk mendapatkan Masjid al-Aqsa, yang boleh menutup Masjid al-Aqsa al-Mubarak atas alasan tidak mematuhi piawai pencegahan kesihatan. Aku berpandangan bahawa para ulama yang berpendapat dengan menjarakkan saf itu mempunyai dalil-dalil yang jelas untuk membolehkan penjarakan, sebagai langkah berwaspada daripada penyebaran penyakit dan wabak. Ternyata pendapat ini lebih utama daripada menutup terus Masjid al-Aqsa al-Mubarak. Justeru, meninggalkan perbuatan merapatkan saf dalam konteks ini mempunyai keuzuran, dan memiliki naza'ir (yakni contoh-

Page 29: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

29AL-BAYAN - SIRI ENAM

contoh perbandingan) dalam hukum Syarak, dalam perkara-perkara wajib, syarat-syarat, rukun-rukun, yang ditinggalkan kerana keuzuran, dalam keadaannya lebih berat berbanding perbuatan merapatkan saf itu.

Rujuk Fi al-Mas’alah Qaulan! dalam laman web Yasaloonak.net (https://bit.ly/35f5hg0)

FADHILAH AL-SYEIKH, PROF. MADYA. DR. LABIB NAJIB ABDULLAH GHALIB,Fakulti Kesusasteraan, Universiti Aden, Yaman.

Beliau ditanya tentang hukum bersolat secara berjarak-jarak dalam satu masjid, maka beliau menjawab bahawa pada asalnya hukumnya adalah makruh tetapi solat Jemaah yang dilakukan itu adalah sah. Hanya sanya ia menghilangkan fadhilat berjemaah di sisi Imam Ibn Hajar al-Haitami. Kemudian beliau berkata: “Barangkali hukum makruh di sini hilang di sisi al-Allamah Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah Taala apabila keadaannya berlaku akibat hajat dalam melakukannya. Wallahua`lam.”

Rujuk Sa’ala ‘Adad al-Fudhala’ ‘an Sihhah al-Salah bi al-Syakl al-Maujud fi al Surah dalam laman web dr-labeeb.com (https://bit.ly/2JLmw04)

Page 30: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

30 AL-BAYAN - SIRI KHAS

FADHILAH AL-SYEIKH, PROF. DR. SULTAN AL-HASYIMI,Professor Fiqh dan Usul Fiqh di Fakulti Syariah Universiti Qatar, merangkap Anggota Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Beliau berkata: “Sesungguhnya menyamakan saf itu adalah digalakkan, tetapi bukan diwajibkan, maka ia bukan daripada rukun-rukun solat, dan bukan juga daripada perkara-perkara yang diwajibkan. Hukum ini terpakai dalam keadaan tanpa uzur. Adapun apabila wujudnya keuzuran dan arahan daripada pihak berautoriti kesihatan untuk melakukan penjarakan antara mereka yang bersolat secara berjemaah kerana bimbang penyebaran penyakit, maka demikian tidak mengapa, atas alasan tidak disyaratkan tertutupnya ruang dalam solat berjemaah.”

Rujuk Nukhbah min al-‘Ulama Yaftun bi Jawaz Taba‘ud al-Musollin fi Solah al-Jama‘ah dalam iumsonline.org (https://bit.ly/2IhTjt0)

FADHILAH AL-SYEIKH, PROF. DR. SOLEH BIN FAUZAN BIN ABDULLAH AL-FAUZAN,Anggota Jawatankuasa Kibar Ulama Arab Saudi dan anggota al-Majma‘ al-Fiqhi al-Islami di Makkah al-Mukarramah.

Beliau berkata: “Perbuatan mengambil langkah-langkah pencegahan itu dituntut, khususnya ketika perhimpunan mereka di hari-hari raya, solat lima waktu, solat Jumaat, maka wajib ke atas mereka untuk menjarakkan diri sesama sendiri. Adapun selain tempat-tempat yang munasabah

Page 31: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

31AL-BAYAN - SIRI ENAM

untuk menjarakkan diri, maka perkara yang disyariatkan ialah orang-orang yang bersolat hendaklah merapatkan diri, tanpa membiarkan ruang kosong untuk syaitan, sepertimana sabda Rasul SAW… Maka wajib ke atas orang Islam untuk memberikan perhatian terhadap perkara ini. Keadaan berpecah-pecah ini sifatnya adalah sementara, kemudian ia akan kembali balik kepada apa yang telah disyariatkan Allah SWT dalam hukum yang melibatkan saf-saf solat… Maka orang Islam mesti sentiasa mentaati Allah, kerana ketaatan memerlukan kepada penerusan dan jangan mereka bosan dan malas daripada berterusan mentaati Allah.”

Rujuk Ma Hukm al-Taba‘ud Bayn Sufuf al-Musollin bi Sabab Waba’ Korona? Dalam saluran Youtube.com (https://www.youtube.com/watch?v=fC1jDZ0lO3k)

FADHILAH AL-SYEIKH, DR. ALI JUMU'AH Anggota Hai'ah Kibar Ulama' al-Azhar al-Syarif dan mantan Mufti Mesir

Beliau bersetuju dengan fatwa yang di-kemukakan oleh al-Majlis al-Islami li al-Ifta’ Palestin, di mana mereka solat dengan penjarakan 1 meter setengah di dalam saf kerana tiada tegahan dalam hal itu lantaran hukum asal menyamakan saf merupakan sunat hai’ah dan ia bukannya fardhu (wajib).

Rujuk Hal Tajuz al-Solah fi Masafat Mutaba'idah? (https://www.youtube.com/watch?v=qtnYgbuKraU)

Page 32: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

32 AL-BAYAN - SIRI ENAM

KEDUA : Fatwa Badan-badan Berautoriti Dunia

Dar al-Ifta’ al-Misriyyah

Badan fatwa ini menegaskan bahawa tidak ada halangan terhadap penjarakan fizikal yang berlaku antara mereka yang melaksanakan solat secara berjemaah dengan kadar 1 meter atau lebih dari setiap sudut. Ini bertujuan untuk mengelakkan wabak serta langkah pencegahan dari penularan penyakit berjangkit. Solat berjemaah dalam bentuk seperti ini adalah sah, dan sama sekali tidak terkeluar dari objektif merapatkan saf. Dari sudut para jemaah masih selari (kedudukannya) dalam satu saf yang sama, yang mana mereka tidak mendahului (terkehadapan) antara satu sama lain di dalam saf.

Rujuk Dar al-Ifta’ Ta‘liqan ‘ala al-Taba‘ud baina al-Musollin fi Solah al-Jama ‘ah (https://bit.ly/36jEpej)

Majlis Fatwa United Arab Emirates (UAE)

“Tidak ada masalah untuk memakai pelitup muka semasa solat, dan dalam suasana timbulnya rasa takut dari merebaknya wabak, maka dibolehkan bagi mereka yang mendirikan solat secara berjamaah untuk melakukan penjarakan di dalam saf dengan mengikut apa yang telah disarankan oleh badan kesihatan yang berautoriti.”

Rujuk Tark Masafah baina al-Musollin wa Lubs al-Kammamah fi Zuruf al-Khauf min Intisyar al-Waba‘ (https://bit.ly/3oW6vVh)

Page 33: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

33AL-BAYAN - SIRI ENAM

Fatwa al-Lajnah al-Da’imah, Arab Saudi

Al-Lajnah al-Da’imah ditanya ber-kenaan dengan hukum menjarakkan saf semasa solat berjemaah dengan jarak 1 meter sebagai langkah mengekang penularan wabak, lalu mereka menjawab: “Tidak ada halangan pada perkara tersebut.”

Rujuk Fatwa nombor 28068 bertarikh 17 Ramadhan 1441 H / 10 Mei 2020.

Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah - al-Azhar

Solat dengan cara penjarakan fizikal adalah sah tanpa makruh kerana hukum makruh tersebut terangkat berdasarkan mazhab jumhur di-sebabkan wujudnya keuzuran yang muktabar sebagai langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti virus. Apabila terangkatnya hukum makruh, maka pahalanya adalah sempurna. Selain itu, tujuannya juga bukanlah untuk menyelisihi Sunnah dalam tatacara saf jemaah, tetapi ia satu situasi yang dikecualikan disebabkan satu keadaan yang mendatang dan akan kembali seperti biasa (kepada hukum asal) apabila keadaan tersebut hilang.

Rujuk laman web rasmi Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah (https://bit.ly/35HzKnk)

Page 34: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

34 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Al-Majlis al-Islami li al-Ifta’ Palestin

Mazhab empat bersepakat bahawa menyempurnakan saf tanpa adanya jarak termasuk dalam perkara sunat tetapi tidak termasuk dalam syarat sah solat mahupun rukun-rukunnya. Justeru, mereka yang menunaikan solat secara berjarak di dalam saf adalah sah namun hukumnya makruh. Meskipun begitu, hukum makruh tersebut di sisi para fuqaha’ terangkat dengan adanya suatu keperluan. Dan tidak syak lagi bahawa penjarakan di dalam saf solat pada ketika ini adalah termasuk dalam keperluan, bahkan ia adalah keperluan yang mendesak sebagaimana yang dinasihatkan oleh para doktor bagi membendung penularan (wabak Covid-19).

Rujuk Hukm al-Taba’ud baina al-Musollin Dakhil al-Saff, (https://bit.ly/3lHeN1j

Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia

Antara lain mereka berpendapat bahawa tidak menjadi kesalahan pada menjarakkan antara jemaah solat dalam saf sesama mereka dengan kadar yang dijangka selamat untuk kesihatan. Meninggalkan perbuatan merapatkan saf ketika solat adalah makruh di sisi jumhur ulama’ dalam keadaan biasa. Adapun ketika wujudnya keperluan atau dalam keadaan terpaksa, maka hukum makruh ini gugur daripada mukallaf berdasarkan kaedah: “Gugurnya hukum makruh apabila bertembung dengan keperluan.”

Rujuk Fatwa: Ma Hukm Taba'ud al-Musollin wa 'Adm Ras al-Sufuf bi Sabab Ja'ihah Corona? (https://bit.ly/2UCyFqA)

Page 35: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

35AL-BAYAN - SIRI ENAM

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Dalam Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-4 yang bersidang pada 30 April 2020 melalui Sidang Video di Kompleks Islam Putrajaya, mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Garis Panduan Solat Fardhu dan Sunat Secara Berjemaah dalam Tempoh Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP - Covid-19) yang, antara lain, memperuntukkan: “Jarak di antara imam dengan makmum adalah 1 meter, begitu juga jarak di antara para makmum adalah 1 meter.”

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa menyampaikan kata aluan dalam salah satu Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dijalankan secara sidang video bersama semua Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia.

Page 36: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

36 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Manakala dalam Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-4 yang bersidang pada 30 April 2020 melalui Sidang Video di Kompleks Islam Putrajaya, mesyuarat telah menetapkan, antara lain, penjarakan saf dikurangkan dari satu meter mengikut kesesuaian masjid dan surau bagi kawasan-kawasan zon hijau sahaja.

HUJAH DAN TARJIH

Bagi mengakhiri risalah ini, suka kami nyatakan beberapa noktah hujah dan tarjih seperti berikut:

● Isu solat jemaah secara berjarak bagi mengekang penularan penyakit berjangkit ini termasuk dalam kategori fiqh al-nawazil iaitu isu-isu baharu yang berlaku.

● Nas syarak secara umumnya menyebut:

ما استطعتم قوا الله فاتMaksudnya: “Hendaklah kamu semua bertakwa kepada Allah sekadar yang kamu mampu.

Surah al-Taghabun (16)

Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa‘di menjelaskan: “Ayat ini menunjukkan bahawa semua kewajipan syarak yang tidak mampu ditanggung oleh hamba, maka akan gugur jika dia tidak mampu. Dia mampu untuk melaksanakan sebahagian daripada kewajipan itu, tetapi tidak mampu pada sebahagian yang lain maka dia melaksanakan pada apa

Page 37: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

37AL-BAYAN - SIRI ENAM

yang dia mampu, sepertimana sabda Nabi SAW: “Jika kamu diperintahkan dengan suatu perintah maka laksanakannya berdasarkan kemampuan kamu.” Lihat Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan (1/237).

Berdasarkan nas inilah para ulama menetapkan kaedah fekah:

ه ك كل ه ل يت ما ل يدرك كلMaksudnya: “Sesuatu yang tidak dapat dilakukan secara keseluruhannya, ia tidak ditinggalkan kesemuanya.”

Kami tegaskan dengan kenyataan Imam al-Bulqini yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami:

لطان بأمر موافق لذهب معتب من مذاهب إذا أمر السذه ول يوز لنا نقضه ول نقول ا ننف ين فإن ة العتب الأئملأن ام الك من ه كغير لف بال يعلم أن إل تاج يها سد ينبغي عظيمة فتن إل يؤدي ذلك مثل ف الوض Maksudnya: “Apabila sultan memerintahkan satu perkara yang menepati pandangan mazhab muktabar para imam, maka kami akan melaksanakannya. Tidak harus kami menyalahinya, dan kami tidak berkata beliau perlu mengetahui perkara khilaf itu sebagaimana orang lain. Hal ini kerana perbahasan mendalam dalam masalah seperti ini membawa kepada fitnah besar yang sewajarnya dicegah.” Rujuk al-Fatawa al-Fiqhiyyah al Kubra (4/331)

Page 38: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

Jemaah menunaikan solat di Masjidil Haram dengan melakukan penjarakan fizikal.

38 AL-BAYAN - SIRI KHAS

● Begitu juga kaedah fekah menyebutkan:

الأحكام تدور مع العلل وجودا وعدماMaksudnya: “Semua hukum berlegar bersama illahnya, sama ada ia wujud atau tidak.”

Dalam erti kata sekiranya ada illah, maka wujudlah hukumnya. Sekiranya tiada illah, maka tiadalah hukum tersebut.

● Tidak terdapat sebarang nas yang qat’ie dalam isu ini yang menjadikan ia sebagai isu yang boleh berlakunya khilaf pendapat dalam kalangan fuqaha’ berdasarkan ijtihad mereka masing-masing.

Page 39: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

39AL-BAYAN - SIRI KHAS

Jemaah mematuhi peraturan penjarakan sosial ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi. - Foto WMNGOVSA

● Kaedah fiqh yang masyhur menyebut:

ل إنكار ف مسائل الجتهادMaksudnya: “Tidak boleh mengingkari dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku padanya ijtihad.”

● Pendapat ulama moden berkenaan isu menjarakkan saf semasa solat berjemaah bagi mengekang penularan penyakit berjangkit ini adalah bertitik tolak dari isu hukum merapatkan saf semasa solat berjemaah. Sebahagian ulama mengatakan bahawa wajib merapatkan saf dan haram menyelisihinya. Manakala jumhur ulama berpendapat bahawa merapatkan saf adalah sunat dan menyelisihinya adalah makruh.

Page 40: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

40 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Meskipun begitu, terdapat sebuah kaedah yang menyebut:

الكراهة تزول عند الاجةMaksudnya: “Hukum makruh itu hilang sekiranya ada keperluan.”

Demikianlah pada penjarakan fizikal semasa solat. Meskipun ia termasuk dalam perkara yang makruh, namun sekiranya ia dilakukan kerana ada hajat apatah lagi darurat, maka kemakruhan tersebut telah tiada.

● Perbahasan hukum tidak merapatkan saf oleh para fuqaha’ terdahulu merujuk kepada situasi ikhtiyari (normal), bukan situasi idtirari (keadaan darurat dengan musibah atau keuzuran yang berlaku). Ini kerana, dalam situasi-situasi atau keuzuran tertentu, banyak keringanan diberikan oleh syarak. Sebagai contohnya, Ibn Umar R.Anhuma pernah menyebut dalam azannya:

حال وا ف الر وا ف رحالكم أل صل أل صلMaksudnya: “Solatlah kamu di rumah, solatlah kamu di rumah.”

Ini berlaku pada hari yang sejuk, berangin kencang, serta hujan yang lebat.

Page 41: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

41AL-BAYAN - SIRI ENAM

Jemaah di Masjid al-Azhar, Mesir melakukan solat dengan mengadakan penjarakan fizikal.

Indonesia UAE Morocco

Maka demikian juga keadaannya dengan penularan penyakit Covid-19. Ia berlaku bukan dalam situasi normal sebaliknya negara kita dan hampir seluruh dunia berhadapan dengan wabak penyakit berjangkit ini. Maka sudah pasti sebarang langkah pencegahan yang boleh diambil, akan diusahakan.

Page 42: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

42 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Solat Jumaat secara penjarakan fizikal yang didirikan di salah sebuah masjid di Istanbul, Turki.

● Begitu juga merapatkan saf tidak termasuk dalam syarat-syarat berjemaah. Antara syarat sah berjemaah ialah: Berkumpulnya imam dan makmum di satu tempat yang sama. Maka hal ini tetap tercapai dalam situasi solat berjemaah secara berjarak.

● Bagi pihak berkuasa agama pula, perlu ada satu ketetapan yang tegas dalam isu ini. Maka diambil langkah dan usaha untuk menetapkan berkenaan penjarakan fizikal semasa solat berjemaah. Kaedah fekah menyebut:

ة منوط بالصلحة ف المام على الرعي تصMaksudnya: “Tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah terikat dengan maslahah."

Page 43: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

43AL-BAYAN - SIRI ENAM

Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.

Maka dengan mengambil kira pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia, maka ditetapkan arahan untuk mengadakan penjarakan fizikal semasa solat berjemaah di masjid dan surau, bagi mengekang penularan penyakit berjangkit. Ini mengambil kira sekiranya terdapat pesakit Covid-19 yang tidak mempunyai simptom (asympthomatic) namun boleh menjangkiti orang lain dengan kadar yang sama dengan pesakit yang bersimptom.

● Meskipun begitu, perlulah diingatkan bahawa situasi ini adalah secara mu’aqqat (secara bertempoh). Sekiranya keadaan sudah kembali reda, maka kita akan kembali menunaikan solat berjemaah secara merapatkan saf kerana inilah yang dituntut oleh Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, kami juga menyarankan kepada mana-mana negeri yang sudah berbulan-bulan tidak terdapat kes jangkitan Covid yang baharu, untuk berbincang dengan pihak KKM agar dapat kembali semula menunaikan solat berjemaah secara normal. Wallahu A’lam.

Page 44: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

44 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Penutup

Sesungguhnya pandemik Covid- 19 telah menguji kita dalam serba serbi kehidupan sama

ada dalam aspek ekonomi, sosial, budaya, ibadat dan acara keagamaan serta pelbagai lagi. Antara yang saya dapati adalah para ulama mula berijtihad berkenaan dengan hukum-hakam tatkala mendapat maklumat yang lebih meluas dan mendalam yang terkait dengan isu Covid-19 ini. Setelah hampir setahun hal ini berlaku, bahkan di Malaysia telah memasuki gelombang ketiga yang lebih membimbangkan makanya pendapat yang dikemukakan oleh ulama sewajarnya diambil kira dan dipertimbangkan mengikut realiti semasa.

Meskipun begitu, perlulah diingatkan bahawa situasi

ini adalah secara mu’aqqat (secara bertempoh). Sekiranya

keadaan sudah kembali reda, maka kita akan kembali

menunaikan solat berjemaah secara merapatkan saf kerana

inilah yang dituntut oleh Rasulullah SAW.

Page 45: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

45AL-BAYAN - SIRI KHAS

Hukum seperti ini dengan penjarakan ketika solat berasaskan illah dan sebab, sebaliknya apabila ternafinya illah dan sebab, maka ternafilah hukum. Inilah kaedah yang masyhur lagi diterima pakai oleh ahli usul dan fiqh. InsyaAllah apabila wabak pandemik Covid-19 berarak pergi – dan kami berdoa kepada Allah semoga hal ini berlaku dengan cepat dan pantas, - maka, hukum asal iaitu merapatkan saf akan kembali seperti biasa.

Akhir kalam, semoga risalah ini sedikit sebanyak memberikan kefahaman yang bermanfaat buat para pembaca. Ameen.

Kami mengakhiri dengan doa:

الباطل وأرنا باعه، ات وارزقنا ا حق الق أرنا اللهم ، عله ملتبسا علينا فنضل باطل وارزقنا اجتنابه، ول ت

إماما للمتقي واجعلنا

Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

Page 46: AL-BAYAN - SIRI ENAM 1 · 2020. 11. 21. · Al-Bayan adalah siri pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana

46 AL-BAYAN - SIRI ENAM

Mengambil langkah-langkah pencegahan demi memelihara nyawa serta memberhentikan penularan penyakit termasuk sebahagian daripada ibadah

yang mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla.”

FADHILAH AL-SYEIKH DR. SA‘D BIN NASIR AL-SYATHRI