aku sebuah komputer

2
Selasa 10 Mac 2015 Aku Sebuah Komputer Nama aku ialah Dell. Aku dilahirkan disalah sebuah kilang yang terkemuka di Jepun. Aku sangat pandai dan mempunyai pelbagai kegunaan. Aku telah melalui proses pembuatan yang sangat rumit. Aku telah dibina dengan penuh peraturan dan kawalan yang ketat. Badanku telah diwarnakan dengan warna merah dan muka papan kekunci pula berwarna hitam. Setelah selesai dibina, aku telah dibungkus di dalam kotak. Aku telah dihantar menyeberangi lautan. Aku diangkut dengan menggunakan kapal yang sangat besar. Aku telah dikirimkan ke Negara Malaysia. Sesampai aku di Malaysia, aku telah dihantar ke sebuah kedai komputer yang

Upload: rinteez

Post on 11-Nov-2015

309 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

its for children

TRANSCRIPT

Selasa10 Mac 2015

Aku Sebuah KomputerNama aku ialah Dell. Aku dilahirkan disalah sebuah kilang yang terkemuka di Jepun. Aku sangat pandai dan mempunyai pelbagai kegunaan.Aku telah melalui proses pembuatan yang sangat rumit. Aku telah dibina dengan penuh peraturan dan kawalan yang ketat. Badanku telah diwarnakan dengan warna merah dan muka papan kekunci pula berwarna hitam.Setelah selesai dibina, aku telah dibungkus di dalam kotak. Aku telah dihantar menyeberangi lautan. Aku diangkut dengan menggunakan kapal yang sangat besar. Aku telah dikirimkan ke Negara Malaysia.Sesampai aku di Malaysia, aku telah dihantar ke sebuah kedai komputer yang sangat cantik. Di situ terdapat banyak jenama komputer yang lain. Di antaranya ialah Samsung, Sony, HP, Compaq dan sebagainya. Aku dijual dengan harga RM1800. Aku sangat bangga kerana telah dijual dengan harga yang sangat mahal. Ini kerana aku mempunyai spesifikasi yang sangat baik.Selepas beberapa hari aku dipamerkan diatas rak, akhirnya seorang lelaki datang membeli aku. Setelah urusan jual beli selesai, aku dibawa pulang ke rumah. Aku sangat gembira kerana dapat tuan baru. Aku berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat tuan aku.