aku sebuah bola

Upload: ambika-rajan

Post on 18-Jul-2015

332 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Aku Sebuah Bola Aku sebiji bola. Aku dilahirkan di sebuah kilang pengeluaran alat-alat sukan berjenama " Race " di Manchester. Aku diimport oleh sebuah syarikat di malaysia dan dihantar ke kedai menjual peralatan sukan di Miri, Sarawak. Pada suatu hari aku dibeli oleh serang pemuda dengan harga RM80. Hampir setiap hari aku digunakan dalam pertandingan futsal. Para permain memang gemarkan badanku yang cantik berkilat. Setiap hari badan aku ditenang dan dipijak. Bayangkan betapa sakit dan deritanya badanku.Sudahlah dirembat kencang oleh permain berbadan sasa yang memakai kasut but bola sepak, badanku terkena pula pada tiang gol. Bagaikan hendak meletup perutku. Begitulah aku terus berkorban untuk keseronokan permain. Aku berbakti tidak kira siang atau pun malam, dalam keadaan cuaca panas yang terik. Selepas kira-kira 3 bulan badanku juga cedera. kulitku mula berkerut dan jahitan di badanku mula putus. Warna badanku juga kini pudar. Angin dalam perutku selalu kurang. Aku mula untuk kempis.. Aku hanya digunakan sebagai bola simpanan. Saudaraku yang baru dibeli mula menggantikan tempatku di padang. Pada suatu hari, tuanku mencamparkan aku ke dalam stor rumahnya. Kini tinggallah aku keseorangan di bilik stor yang sepi gelap-gelinta dan berhabuk itu. Perutku kempis dan badanku uzur serta tidak bermaya. Keadaanku bagai habis madu sepah dibuang. Aku amat bersa sedih kerana tidak lagi dapat berbakti. Hayatku pula begitu pendek.