aku sebiji bola

Upload: zzmd

Post on 15-Jul-2015

414 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Aku Sebiji Bola Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di kawasan perindustrian di Pulau Pinang. Badan aku diperbuat daripada getah. Semua golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda suka akan aku. Mereka mengisi angin ke dalam perutku. Angin tersebut membuatkan perut aku kembung. Aku selalu dimainkan di padang dan di kawasan lapang. Aku diberikan nama Puma. Badanku berwarna hitam dan merah. Setelah aku dilahirkan, aku dihantar ke kedai sukan di Bandar bersamasama rakanku yang lain. Di kedai, aku dipamerkan. Aku dijual dengan harga RM399.00. Seorang budak lelaki sangat berminat kepada akuk. Dia telah meminta kedua-dua ibu bapanya membeli aku. Aku telah dibeli dan dibawa pulang ke rumah. Nama tuan baharuku ialah Abdul Hakim. Dia bersekolah di SekolahKebangsaan Putrajaya Presint 9 (1). Setiap petang, aku dibawa ke padang permainan. Di sana, Abdul Hakim dan rakan-rakannya menendang aku ke sana dan ke mari. Badanku terasa sakit apabila ditendang, ditanduk, dan dilambung. Di gawang gol, aku selalu ditangkap oleh penjaga gol. Lama-kelamaan, perut aku kempis. Kemudian, tuan aku menyimpan aku di dalam stor. Setelah berbulan-bulang aku berehat di dalam stor itu, tiba-tiba suatu hari ibu bapa tuan aku mengemaskan stor tersebut. Mereka mencampakkan aku ke timbunan sampah kerana aku tidak digunakan lagi. Nasib aku agak baik kali ini. Aku dikutip oleh sekumpulan budak yang ingin bermain bola. Mereka menyepak aku walaupun perutku kurang angin. Badanku terasa bertambah sakit. Akhirnya, setelah badanku koyak dan perutku tidak boleh kembung lagi, aku pun dibuang. Begitulah riwayatku sebagai sebiji bola.