aku dan bintang vol 3

20
Aku Bintang & BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR ISSN 1985-0344 Januari - Jun 2008 Keluaran 3 Astrophilia bangkit minat astronomi Visual digital dalam planetarium Wajah manusia di Marikh? Buruj penanda arah ASTROINVENTION PSI SAS: Dulu dan kini Panduan Langit Malam dari Januari hingga Jun www.sarawak-astronomy.org Jangan ketinggalan untuk mendapatkan pengumuman tentang aktiviti terkini dengan hanya menerima SMS. Kemas kini nombor telefon anda dengan segera.

Upload: planetarium-sultan-iskandar

Post on 15-Mar-2016

265 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Buletin bulanan keluaran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

TRANSCRIPT

Page 1: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

1www.sarawak-astronomy.org

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANdAR

ISSN 1985-0344

Januari - Jun 2008

Keluaran 3

Astrophilia bangkit minat astronomi

Visual digital dalam planetarium

Wajah manusia di Marikh?

Buruj penanda arahAstroinVention

Psi sAs: Dulu dan kini

Panduan Langit Malam dari Januari hingga Jun

www.sarawak-astronomy.org

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan pengumuman tentang aktiviti terkini dengan hanya menerima sMs. Kemas kini nombor telefon anda dengan segera.

Page 2: Aku dan Bintang Vol 3

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

2 Januari - Jun 2008

Artikel sumbAngAn:

Alfean Azizismandy Ali

shaiful nizam malekZurwina sharkawi

Dicetak oleh Heng sing brothers Press

Rekaan buletin Alfean AzizMuka depan Paul bourke

Peru

tusa

n

Untuk memudahkan ahli-ahli menerima maklumat tentang aktiviti terkini yang dijalankan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak, pihak kami telah memperkenalkan sistem pengumuman melalui mesej ringkas SMS. Ahli-ahli yang berdaftar dinasihatkan untuk mengemas kini nombor telefon mereka dengan menghubungi Planetarium atau meng-hantar e-mel kepada [email protected]. Nyatakan nama, kad pengenalan dan nombor telefon bimbit anda.

PenguMuMAn

Program angkasawan ini bukan sahaja telah menjadikan malaysia sebagai antara negara yang berjaya menghantar rakyatnya ke angkasa lepas, tapi ia juga merupakan pemangkin utama anjakan paradigma ma-syarakat untuk mempelajari pelbagai ca-bang ilmu berkaitan sains dan teknologi tinggi, termasuk astronomi.

berikutan perkembangan itu, pihak Planetarium sultan iskandar (Psi) dan Persatuan Astronomi sarawak (sAs) telah mempelbagaikan program dan aktivitinya serta berusaha untuk meluaskan lagi im-paknya kepada masyarakat, termasuk di ka-wasan luar bandar.

saya percaya menerusi usahasama Psi-sAs ini, ia berupaya untuk mewujudkan masyarakat yang celik sains angkasa dan astronomi, dan buktinya dengan kehadiran ratusan pengunjung yang hadir untuk me-nyertai pelbagai program yang telah dian-jurkan.

saya turut diberitahu bahawa antara golongan yang hadir bersama ratusan pen-gunjung semasa Astroinvention 2007 yang lepas, adalah golongan ibu bapa serta warga emas yang turut sama menyertai anak-anak

mereka sepanjang aktiviti diadakan. ini menunjukkan bahawa masyarakat

daripada pelbagai peringkat mula menye-dari keistimewaan serta kepentingan bidang sains dan teknologi dalam kehidupan sehar-ian mereka, dan bukan sekadar imaginasi semata-mata.

sebagai pembuka tirai tahun 2008 ini, pelbagai program dan aktiviti telah diran-cang serta bakal memenuhi jadual sepan-jang tahun ini menerusi usaha sama Psi-sAs dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan serta bukan kerajaan (ngO).

Penganjuran secara usaha sama ini ber-tujuan memberi peluang kepada semua pi-hak bersama-sama menyertai usaha untuk memperkasakan masyarakat ke arah sains dan teknologi angkasa, khususnya golo-ngan muda yang bakal menjadi generasi pelapis kepada negara.

saya percaya dengan sokongan dan kerjasama yang kuat daripada pihak ke-menterian Pembangunan sosial urbanisa-si (kPsu) sarawak, usaha ini akan dapat mencapai matlamatnya ke arah ‘memper-kasakan masyarakat melalui Astronomi.’

Perkembangan sains angkasa yang paling mu-takhir bagi malaysia adalah penghantaran angka-sawan pertama malaysia ke angkasa lepas, iaitu

Dr. sheikh muszaphar shukor pada 10 Oktober 2007.

rOmie DAnielPresiden Persatuan Astronomi sarawak

Astronomi pemangkin paragdima masyarakat

Page 3: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

3www.sarawak-astronomy.org

untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium sultan iskandar

kementerian Pembangunan sosial Dan urbanisasi

Dewan suarah negeri93000 Jalan budayakuching, malaysiatel: 082-415806

Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.org

e-mel: [email protected]

Kandungan

ia merupakan peningkatan yang amat memberangsangkan memandan-gkan ramai di kalangan orang awam yang sedar tentang kewujudan ilmu astronomi yang memberikan banyak faedah kepada manusia sejagat.

ini merupakan keluaran ke-3 Bu-leting Aku dan Bintang yang menjadi madah untuk menyampaikan khabar kepada ahli serta orang ramai tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepan-jang tahun.

boleh dikatakan bahawa tahun 2007 telah diisi dengan banyak aktiviti yang berfaedah terutama kepada ahli-ahli dan mereka telah berpeluang un-tuk memperkasakan ilmu mereka me-lalui penyertaan kem, kuiz, jerayawar dan banyak lagi atas usaha gigih ahli jawatankuasa Persatuan Astronomi sarawak dan juga kakitangan Planetar-ium sultan iskandar.

tanpa usaha mereka ini, pastinya para pelajar dan orang ramai tidak berpeluang untuk mengetahui tentang perkembangan dunia astronomi di negeri ini yang perlu digerakkan lagi melalui sokongan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta sektor swasta, tidak lupa juga daripada sokongan orang ramai dan ahli-ah-linya.

Jangan lupa untuk membelek-belek halaman dalam untuk mengeta-hui aktiviti-aktiviti yang telah dijalan-kan pada separuh kedua tahun 2007 seperti kem Astrophilia, Astroinven-tion dan yang terkini adalah pertun-jukan digital dari Planetarium melalui teknologi cermin melengkung.

Persatuan Astronomi sarawak dan Planetarium sultan iskandar telah mula dikenali dengan lebih mendalam serta menjadi rakan baik kepada seko-

lah-sekolah dan ahli-ahli yang ingin berdamping dalam ilmu astronomi.

ramai ahli yang ingin agar ban-yak lagi aktiviti dijalankan pada tahun 2008 lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah.

ia bakal dijalankan dan tahun ini juga kita boleh mengharapkan aktiviti untuk menambahkan ilmu astronomi di kalangan ahli terus dijalankan me-lalui pelbagai aspek yang telah diran-cangkan.

Apa yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli adalah persediaan untuk me-nyertai aktiviti yang bakal berkali-kali ganda lebih baik berbanding aktiviti yang telah dijalankan.

Persatuan Astronomi sarawak juga memperkenalkan pengumuman melalui mesej ringkas (sms) kepada mereka yang mempunyai telefon bim-bit agar pengumuman aktiviti dapat disebarkan dengan cepat dan mudah. Jadi, bagi mereka yang belum menge-mas kini nombor telefon, jangan lupa untuk melakukannya secepat mung-kin agar pengumuman sampai kepada anda.

baiklah, setakat ini sahaja sorotan tentang apa yang bakal dijalankan oleh pihak Persatuan dan Planetarium. Di-harapkan kita bersama-sama dapat membangkitkan semangat astronomi negeri ini melalui penyertaan kepada aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2008.

sekiranya anda apa-apa komen, sila hantar kepada [email protected].

sekian, terima kasih.

Alfean Azizeditor

nampaknya dunia astronomi di negara kita telah bangkit pada tahun 2007 de-ngan membawa angkasawan negara,

Dr. sheikh muszaphar shukor pergi dan kembali dari stesen Angkasa lepas Antarabangsa (iss).

Memperkasakan astronomi negara

4 PUSAKA beri sum-bangan derma kepada SAS Kejayaan astrono-mi SMK Matang Hilir STAR bergelar juara AstroKuiz Minat sains astrono-mi melalui PSACS III

6 Visual digital dalam planetarium

8 Lebih 500 orang ser-tai astroinvention 2007

10 Astrophilia bangkit minat astronomi

12 Wajah manusia di Marikh?

14 Buruj penanda arah: Belantik, Biduk Pari

16 Stesen angkasa pe-nyatu masyarakat sedunia

18 PSI SAS - dulu dan Kini

19 did you know

20 Nebula Orion

Januari - Jun 2008

Page 4: Aku dan Bintang Vol 3

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

4 Januari - Jun 2008

Persatuan Astronomi sarawak (sAs) telah menerima sumba-ngan derma daripada Perba-

danan kemajuan Perusahaan kayu sarawak (PusAkA) dan anak-anak syarikatnya dalam satu majlis yang di-adakan pada 5 Oktober 2007 di De-wan seminar PusAkA, Wisma sum-ber Alam, Petra Jaya, kuching.

majlis penyampaian sumbangan derma berkenaan disempurnakan oleh ketua menteri sarawak, Pehin sri Haji Abdul taib mahmud, selaku Pengerusi lembaga Pengurusan Pu-sAkA dan sAs diwakili oleh Presi-dennya, romie sigan Daniel.

turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus besar PusAkA, Datu Haji

PusAKA beri sumbangan derma kepada sAs

Acara hujung tahun bagi setiap sekolah selalunya diisi dengan majlis penyampaian hadiah

bagi pelajar-pelajar cemerlang serta telah muncul dengan pencapaian ter-

baik sama ada di peringkat kategori kurikulum, mata pelajaran ataupun sahsiah.

selain sebagai menghargai pen-capaian yang telah dicapai oleh sebi-

Kejayaan astronomi sMK Matang Hilir

Beri

ta

PRESIdEN Persatuan Astronomi Sarawak merangkap Residen Ba-

hagian Betong, Romie Sigan daniel menerima sumbangan derma yang

disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib

Mahmud. Turut kelihatan Pengurus Besar PUSAKA, datu Haji Len Talif

Salleh (tengah).

len talif salleh.Pada tahun ini, PusAkA dan

anak-anak syarikatnya menderma se-jumlah rm248,000 kepada 48 pertu-buhan kebajikan dan sumbangan ini merupakan aktiviti tahunan yang di-adakan sejak tahun 1982.

Antara penerima sumbangan ialah pertubuhan kebajikan, badan-badan amal, sukan, agama dan pendidikan yang bertujuan untuk menyokong or-ganisasi berkenaan dalam menjalankan aktiviti mereka, di samping membantu golongan yang kurang bernasib baik.

langan pelajar, ia juga bertujuan untuk membakar semangat serta pemang-kin usaha pelajar agar mereka terus berusaha untuk mendapatkan kepu-tusan terbaik serta penglibatan dalam kokurikulum sebagai mengimbangi antara kedua-dua aspek itu.

sebagai aktiviti akhir tahun, smk matang Hilir, kuching, telah menga-dakan majlis Anugerah Pelajar ke-20 yang diadakan di Dewan sri Cemer-lang sekolah itu pada 8 november 2007 yang telah dihadiri oleh ibu bapa, pelajar dan guru-guru.

sebagai sekolah yang telah men-dapat anugerah sekolah Astronomi oleh Planetarium sultan iskandar, be-berapa pelajar daripada sekolah terse-but juga telah menerima anugerah ma-sing-masing kerana pencapaian mere-ka secara aktif dalam aktiviti kelab dan persatuan yang turut dianjurkan oleh Planetarium sultan iskandar dan Per-satuan Astronomi sarawak.

AHLI-AHLI Kelab Astronomi SMK Ma-tang Hilir bergambar bersama-sama guru mereka, Cikgu Senah Jan (berdiri dua dari kiri), Cikgu Halimaton Amirah (sebelah). Tu-rut kelihatan Kurator Planetarium Sultan Iskandar, Ismandy Ali (dua dari kanan).

Page 5: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

5www.sarawak-astronomy.org

stAr bergelar juara AstroKuiz

Night sky JANuARy 2007

time is in gmt +8

Date Events

4 Quadrantid meteor shower peaks

5

the moon passes south of Venus 1 p.m the moon passes 0.5 degress south of Antares 19h

7 Venus passes 6 degress antares 11 a.m

20the moon passes 1.1 degrees norths mars at 9h

21 mercury is at its greatest elongation 14h

25the moon passes 0.7de-gress south of regulus 0h

Berita

era angkasa bermula pada 4 Ok-tober 1957 dengan pelancaran sputnik 1. sejajar dengan itu,

minggu Angkasa sedunia 2007 dirai-kan bagi menandakan ulang tahun ke-50 bermulanya era angkasa.

sempena dengan minggu Angkasa sedunia 2007, Persatuan Astronomi sarawak dengan kerjasama Planetar-ium sultan iskandar telah mengan-jurkan pertandingan Astrokuiz 2007 untuk tahun kedua ia dianjurkan bagi merebut Piala Pusingan Astronomi

kPsu.Pada tahun lalu, smk batu lin-

tang menjadi juara dengan mengalah-kan tiga sekolah lain yang turut me-nyertai pertandingan tersebut. tahun ini pula menyaksikan lima buah seko-lah iaitu smkA tun Ahmad Zaidi, smk santubong, smk tun Abdul rahman, smk Petra Jaya dan smk matang Hilir.

bagi pertandingan ini, setiap seko-lah menghantar enam orang wakil yang dibahagikan kepada dua kum-

KUMPULAN dari SMK Tun Abdul Rahman berjaya merangkul Piala Pusingan Astronomi KPSU bagi pertandingan AstroKuiz 2007 yang dijalankan di Planetarium Sultan Iskandar baru-baru ini.

pulan dan pertandingan diadakan bermula jam 8 pagi hingga 4 pet-ang.

sesi saringan diadakan bagi mencari pasukan yang akan ber-tanding di pusingan akhir yang tu-rut diadakan pada hari yang sama. Pelbagai hadiah ditawarkan dengan hadiah utamanya adalah Piala Pusin-gan Astronomi kPsu (kementerian Pembangunan sosial dan urbanisasi) selain hadiah sampingan berupa buku astronomi bernilai sehingga rm150, hamper dan sijil penyertaan.

kedua-dua sekolah mendapat markah yang sama di pusingan akhir, bagaimanapun smk tun Abdul rAh-man berjaya menjawab soalan tamba-han, seterusnya menjuarai Astrokuiz 2007.

Planetarium sultan iskandar (Psi) dan Persatuan Astronomi sarawak telah menganjurkan

Program sains Angkasa Cuti sekolah ke-3 (PsACs iii) di Planetarium sul-tan iskandar. ia merupakan program yang tidak asing lagi bagi pelajar di sekitar bandar raya kuching yang in-gin mendekatkan diri mereka de-ngan pengetahuan astronomi.

PsACs iii ini merupakan program tahunan yang dijalankan pada setiap musim cuti sekolah sebagai salah satu aktiviti pengisian berfaedah de-ngan pelbagai program dirancangkan bagi membolehkan para pelajar mendapat maklumat yang berguna untuk mem-bantu mereka dalam menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang sains angkasa.

bagi program yang dijalankan se-

lama 3 hari ini ia secara tidak langsung cuba mendedahkan pelajar kepada pel-bagai cabang astronomi seperti kos-mologi dan penemuan awal astronomi dalam matematik. selain itu, pelajar juga belajar tentang asas-asas astrono-mi seperti membaca carta bintang dan sifat-sifat bintang serta mencerap bin-tang menggunakan teleskop.

Dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi kali ini pula terdapat perubahan serta peningkatan yang ketara dalam penglibatan pelajar yang aktif melalui persembahan projek yang diberikan kepada mereka.

Program yang dihadiri oleh kira-kira 80 pelajar ini telah dibahagikan kepada beberapa slot yang berfaedah bagi membolehkan para pelajar mem-pelbagaikan pengetahuan mereka da-lam astronomi.

Minat sains astronomi melalui PsACs iii

Page 6: Aku dan Bintang Vol 3

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

6 Januari - Jun 2008

Plan

etar

ium

Dalam tempoh beberapa tahun ini, kita telah diberikan dengan imej digital yang sepenuhnya melalui filem-filem yang diimport dari Hollywood dengan tiadanya pelakon sebenar melakonkan filem tersebut tetapi hanya disum-bangkan melalui suara-suara mereka.

Apa yang menarik tentang filem-filem berunsurkan digital ini disebab-kan ia dihasilkan secara sepenuhnya melalui perisian komputer bagi mem-berikan imej yang seakan-akan imej sebenar, berbeza dengan imej ber-bentuk kartun seperti yang kita lihat sebelum ini.

Selain imej visual bagi filem, ter-dapat juga teknologi digital visual yang digunakan bagi memancarkan imej-imej digital dalam kubah planetarium agar ia mampu memberikan imej yang realistik berbeza daripada imej manual yang dipancarkan melalui projektor sebelum ini.

imej digital dalam planetariumPaul bourke, Felo Penyelidikan

kanan dari universiti Western Austra-lia telah berada di bandar raya kuch-ing pada 23 Jun 2007 ini atas jemputan Planetarium sultan iskandar untuk memberikan ceramah tentang Scientific Visualisation for Astronomy Research and Public Outreach.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Paul bourke, dia cuba memberi-kan gambaran faedah mempunyai vi-sual digital dipancarkan ke layar kubah planetarium berbanding mengguna-kan projektor manual.

malah, kebanyakan planetarium moden telah dilengkapi dengan pro-

jektor yang dapat memancarkan imej berbentuk digital yang dapat menum-pukan keseluruhan imej ke atas kubah. untuk memancarkan imej digital yang berbentuk melengkung, sesebuah planetarium itu terpaksa menggu-nakan projektor berkanta fisheye agar keseluruhan imej dipancarkan ke atas permukaan kubah.

namun, untuk merealisasikan im-pian untuk menggunakan imej digital sepenuhnya, sesebuah planetarium terpaksa menanggung perbelanjaan sehingga berjuta-juta ringgit bagi membeli projektor dan juga pakej filem digital yang ditawarkan.

melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh Paul bourke, dia telah mewujudkan cermin yang dapat me-mancarkan imej pada keseluruhan kubah planetarium agar imej yang di-

Visual digital dalam planetarium

teknologi digital visual memainkan peranan penting se-bagai media untuk membantu dalam menyampaikan mesej yang jelas serta realistik kepada penonton yang in-

gin menonton sesuatu yang baru dalam dunia teknologi moden.

pancarkan itu dapat memenuhi hampir seluruh permukaan kubah tersebut.

Cermin yang dimaksudkan itu bukanlah cermin biasa tetapi cermin melengkung yang telah direka bentuk sendiri berdasarkan ukuran lengku-ngan yang tepat agar ia dapat meman-carkan imej seperti yang dikehendaki.

selain cermin melengkung, ia tu-rut memerlukan projektor berdefinisi tinggi (high definition) dan juga kom-puter macintosh yang mampu meng-gunakan perisian yang telah direka oleh Paul.

Apa yang menarik tentang rekaan Paul adalah kos bagi menghasilkannya jauh lebih murah berbanding mema-sang projektor kanta fisheye.

teknologi warping bagaimanapun untuk merealisa-

PAUL BOURKE

Oleh Alfean AzizFoto oleh Paul Bourke

Page 7: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

7www.sarawak-astronomy.org

sikan idea itu, Paul terpaksa meng-gunakan teknologi warping yang mem-bolehkan imej diubah agar apabila ia dipancarkan ke atas kubah, ia tidak kelihatan herot-benyot (distort).

Cara ia berfungsi adalah projektor berdefinisi tinggi akan memancarkan visual ke atas cermin melengkung dan ia kemudian memancarkan ke atas keseluruhan kubah. Hasil imej yang dipancarkan itu adalah sama seperti menggunakan projektor kanta fisheye.

imej yang diherot-benyot diper-lukan disebabkan keadaan kubah yang melengkung memerlukan imej sedemikian agar imej yang dipancar-kan itu boleh mencapai ke keseluru-han kubah.

ia diherot-benyot dengan meng-gunakan perisian yang telah direka oleh Paul agar imej itu serasi dengan keadaan kubah planetarium.

ia berbeza dengan projektor kanta fisheye tetapi fungsinya sama kerana ia mampu memberikan imej digital yang lebih jelas bergantung kepada perisian serta kerangka yang ada.

Oleh itu dalam merealisasikan semua ini, projektor berdefinisi tinggi dan juga komputer macintosh diper-lukan memandangkan perisian untuk mengherotbenyotkan imej dihasilkan dengan perisian macintosh.

Planetarium mudah alihmenurut Paul, teknologi yang di-

rekanya sesuai untuk menonton imej dengan menggunakan kubah plane-tarium mudah alih. ini memandang-kan untuk menjayakannya. ia hanya membolehkan projektor, komputer riba, cermin serta kubah mudah alih.

Jadi ia sesuai untuk melakukan ak-tiviti jerayawara terutama bagi mem-berikan peluang bagi para pelajar luar bandar untuk mengalami suasana ke-tika berada di dalam planetarium.

ia berbeza dengan planetarium lain yang terpaksa membawa projek-tor yang berharga berjuta-juta ringgit yang mungkin mempunyai risiko ro-sak akibat sentiasa digerakkan.

Apa yang penting di sini adalah dengan adanya projektor serta cermin tersebut, aktiviti pertunjukan planeta-rium dapat didigitalkan selain meng-gunakan projektor manual.

Cermin serta projektor itu bukan sahaja terhad digunakan dalam per-tunjukan berbentuk astronomi, tetapi ia dapat diluaskan dengan menayang-kan pertunjukan berbentuk sains un-tuk menarik minat golongan pelajar kerana ia lebih berbentuk interaktif

seperti yang didemonstrasikan oleh Paul ketika berada di kuching.

melalui teknologi digital yang direalisasikan melalui cermin dan perisian rekaan Paul, diharapkan ia dapat membantu Planetarium sul-tan iskandar dalam memperting-katkan mutu pertunjukan agar ia lebih mantap dalam memberikan maklumat berbentuk astronomi untuk generasi akan datang.

CERMIN yang diletakkan pada sudut kubah Planetarium Sultan Iskandar ketika Paul Bourke membuat demon-strasi.

Planetariu

m

Night skyFEBRuARy 2007

time is in gMt +8

Date Events

1 Venus 0.6degrees north of Jupiter 22h

2the moon passes 0.6 degrees south of Antares 3h

7 mercury is in inferior conjunction 3h

16 the moon passes 1.6de-grees north of mars 17h

24 saturn is at its opposi-tion, 19h

26mercury passes 1.3de-grees north of venus 12h

29the moon passes 0.6 degrees south of Antares 12h

CERMIN yang dibentuk pada kedudukan me-lengkung serta projektor dan komputer mampu menghasilkan imej pada kubah seakan-akan menggunakan projektor berkanta fisheye.

Page 8: Aku dan Bintang Vol 3

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

8 Januari - Jun 2008

astr

oin

ven

tio

n

malah, sorakan sokongan, kata-kata motivasi dan kerjasama yang ditunjukkan daripada guru, ahli pasu-kan dan penonton berjaya membantu mereka untuk menempuhi halangan yang ada walaupun gagal mencapai misi yang telah ditetapkan.

itulah situasi yang dapat digam-barkan sepanjang pertandingan Mars Rover sempena program Astroinven-tion yang telah diadakan pada 7 Julai 2007 di perkarangan foyer kompleks Dewan suarah negeri, kuching.

Program Astroinvention kali ke-lima ini sejak tahun 2003 merupakan anjuran bersama Planetarium sultan iskandar (Psi) dan Persatuan Astrono-mi sarawak (sAs) dengan kerjasama suPer, kementerian Pembangunan sosial dan urbanisasi serta universiti tun Abdul razak (unitAr).

sebanyak lima sekolah telah me-nyertai pertandingan ini iaitu sekolah menengah kebangsaan (smk) santu-bong, smk matang Hilir, smk tunku Abdul rahman, sm Agama tun Ah-mad Zaidi (tunAZ) dan maktab rendah sains mArA (mrsm) kuch-ing.

Dengan model Mars Rover yang telah disiapkan terlebih dahulu, peser-ta pertandingan begitu teruja dan tidak sabar untuk bertanding bagi menguji dan menandingi pasukan lain serta menunjukkan kehebatan masing-ma-sing.

bagi penyertaan pertandingan ini, penganjur telah menyediakan sebuah kereta mainan dengan alat kawalan jauh dengan kuasa bateri AA kepada setiap peserta dan mereka diberi masa

Lebih 500 orang sertai AstroinVenton 2007

WAlAuPun laluan Mars Rover yang disediakan penganjur agak sukar un-tuk dilalui, namun peserta pertanding-

an tetap sabar dan mencuba sedaya upaya untuk melepasi setiap halangan yang ada di setiap laluan.

selama sebulan bagi menyiapkan serta mengubahsuai kereta masing-masing kepada sebuah rover.

setiap rover yang diubahsuai perlu menepati ciri-ciri dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur.

Walaupun kesemua peserta berja-ya menempuhi halangan di laluan yang disediakan, namun tiada pasukan yang berjaya memenangi pertandingan ini kerana gagal sampai ke destinasi pada masa yang telah ditetapkan.

bagaimanapun, panel hakim ber-setuju untuk memberi ‘Anugerah khas Juri’ kepada sm Agama tun Ahmad Zaidi kerana berjaya melepasi halangan sehingga sampai ke titik penamat walaupun telah melebihi had masa yang telah ditetapkan iaitu enam

minit. Pada tahun ini, program yang han-

ya diadakan selama setengah hari itu juga berjaya memecah tradisi tahun-tahun sebelumnya dengan kehadiran dan penyertaan peserta dan orang ra-mai melebihi 500 orang.

menurut kurator Psi, ismandy Ali, dia agak terkejut dan gembira dengan sambutan yang diterima pada tahun ini.

“tahun ini sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan dianggarkan lebih 500 orang hadir pada program kali ini. Walaupun kita tidak mempro-mosikan program ini menerusi media, namun sambutan dan sokongan yang diterima begitu menggalakkan.

“malah penyertaan sekolah-seko-lah daripada luar bandar kuching cukup mengagumkan mungkin ramai yang sudah mula dan ingin untuk men-dalami bidang astronomi, dan usaha kita selama ini mula menampakkan hasil untuk memberi kesedaran kepa-da masyarakat mengenai astronomi,” katanya.

selain Mars Rover, beberapa akti-viti lain turut diadakan iaitu Astro-Draw, AstroPaint, AstroDart, AstroDJ,

Para peserta bergambar bersama-sama setelah selesai menyertai AstroInvention 2007 di Planetarium Sultan Iskandar, Kuching.

Oleh Zurwina Sharkawi

Page 9: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

9www.sarawak-astronomy.org

astroin

ventio

n

Night sky MAC 2007

time is in gmt +8

Date Events

3the moon passes 4 de-grees south of Jupiter 10h

3 mercury is at its greatest elongation 20h

5the moon passes 0.2 de-grees south of mercury, 23h

15 the moon passes 1.7 de-grees north of mars 11

19 the moon passes 3 de-grees outh of saturn 23h

20 spring equinox 14h

23mercury passes 1.0 de-gress south of Venus 18h

AstroShow dan AstroQuiz.bagi AstroDraw, lebih 40 pelajar

sekolah menengah menyertai pertan-dingan ini dan mereka dikehendaki melukis lukisan dengan tajuk ‘makh-luk Asing’ mengikut imaginasi mas-ing-masing.

manakala hampir 200 peserta me-nyertai AstroPaint atau pertandingan mewarna yang terbuka bagi tiga ka-tegori iaitu pra-sekolah, sekolah ren-dah 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun.

AstroQuiz dan AstroDJ juga ber-jaya menarik perhatian pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi (iPt) serta orang ra-mai untuk sama-sama memeriahkan lagi program AstroInvention.

mereka berpeluang untuk me-menangi hadiah yang disediakan penganjur dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah yang berkaitan astronomi serta memilih lagu kesu-kaan mereka.

selain itu, pertandingan AstroDart

juga dibuka kepada orang ramai de-ngan menggunakan papan dart yang berlatarbelakangkan planet-planet di dalam sistem solar.

bagi pengunjung yang tidak per-nah mengunjungi Planetarium sultan iskandar, mereka berpeluang untuk menyaksikan dua tayangan AstroShow

iaitu ‘Aku dan bintang’ dan ‘Around the Universe in 30 Minutes’ secara percuma yang bermula pada jam 9.00 pagi hing-ga 12.00 tengah hari.

Page 10: Aku dan Bintang Vol 3

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

10 Januari - Jun 2008

seperti tahun-tahun sebelumnya, kem Alapong di lundu telah dipilih sebagai tempat untuk mengadakan aktiviti tahunan ini memandangkan lokasinya sesuai bagi penganjuran pro-gram serta sesuai untuk mengadakan aktiviti mencerap bintang.

Pelajar-pelajar dari sekolah smk matang Hilir, smk santubong, smk Petra Jaya, smk tunku Abdul rah-man, smkA tun Ahmad Zaidi telah berkumpul dalam program tahunan Psi dan sAs ini yang cuba untuk men-didik mereka yang berminat dalam bi-dang astronomi.

Program selama dua hari ini telah diseliakan oleh fasilitator-fasilitator dari Psi dan sAs yang merangka pro-

gram yang bersesuaian dengan minat pelajar yang ingin mendapatkan mak-lumat lanjut tentang dunia astronomi.

Program yang dirangka pada kali ini mudah sahaja dengan ia lebih ke-pada ceramah astronomi, makmal astronomi, ceramah motivasi, kuiz astronomi serta aktiviti riadah pantai dan meditasi.

Ceramahbagi sesi yang diadakan, para pe-

lajar telah berpeluang untuk mende-ngar ceramah tentang isu pendaratan Apollo pada tahun 1960-an dan 70-an yang dibuktikan bahawa ia bukanlah satu konspirasi.

Para pelajar juga telah dijelaskan

tentang pengenalan kepada astronomi bagi pelajar yang ingin belajar tentang dunia astronomi. Dengan rata-rata pesertanya daripada adalah tingkatan 4 ke bawah.

Di samping itu, para pelajar turut mengikuti makmal astronomi dengan para pelajar telah diajar cara untuk mentafsir dokumen cerapan astrono-mi dan kelengkapan astronomi, teru-tamanya cara untuk membaca carta bintang.

Dalam sesi ini, ia memboleh-kan para pelajar untuk mengetahui kedudukan buruj-buruj tertentu yang terdapat di langit serta mengenali kedudukan bintang-bintang dalam buruj-buruj itu.

Astrophilia bangkit minat astronomi

kem Astrophilia yang dianjurkan oleh Planetarium sultan iskandar (Psi) dengan kerjasama Persatuan Astro-nomi sarawak (sAs) telah kembali lagi pada 25 dan 26 Ogos

2007, dan kali ini seramai 33 pelajar pelbagai sekolah di sekitar kuching telah terlibat dalam pelbagai aktiviti bagi memperka-sakan ilmu astronomi.

astr

oPh

ilia

PARA pelajar menulis impian mereka untuk dimasukkan ke dalam kapsul masa.

PELAJAR yang menyertai Kem Astrophilia mendengar taklimat sebelum bermulanya aktiviti.

Oleh Alfean Aziz

Page 11: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

11www.sarawak-astronomy.org

Night skyAPRil 2007

time is in gMt +8

Date Events

5 the moon passes 1.2 de-gress north of Venus 9h

15the moon passes 0.9 degress south of regulus 14h

16 the moon passes 3 de-gress south of saturn 2h

16 mercury is in superior conjunction 15h

22 lyrid meteor shower peaks

27the moon passes 3 de-gress south of Jupiter 13h

29mars passes 5 degress south of Pollux 4h

30the moon passes 0.3 de-grees north of neptune, 3h

malangnya keadaan langit malam yang berawan disebabkan keadaan hu-jan pada petang itu telah menghalang para pelajar untuk mengadakan aktiviti cerapan bintang.

Aktiviti cerapan bintang merupak-an aktiviti yang sering ditunggu-tunggu oleh pelajar kerana ia membolehkan mereka untuk mempraktikkan segala yang telah mereka pelajari dalam sesi makmal, khususnya terutama dalam mengenal pasti buruj-buruj yang ter-dapat di langit.

Pada masa sama ketika aktiviti ceramah dan makmal diadakan, turut diadakan juga adalah sesi kuiz bagi menguji pengetahuan pelajar tentang apa yang telah disampaikan kepada mereka.

malah, apa yang menarik bahawa para pelajar juga telah dibahagikan ke-

pada lima kumpulan dan mereka dike-hendaki bersaing untuk menjadi juara.

sesi riadah pantaiDi samping sesi yang dianjurkan

oleh pihak Psi dan sAs, pihak kem Alapong juga telah mengadakan akti-viti riadah berbentuk permainan yang diadakan di tepi pantai. Dalam per-mainan itu, setiap pasukan dikehen-daki membina menara yang diperbuat daripada bahan yang terdapat di seki-tar mereka.

menara itu akhirnya diletakkan Jalur gemilang yang perlu dirampas semula sementara dilindungi oleh para fasilitator dalam pertempuran meng-gunakan beg plastik berisi air.

bagi sesi kedua pula, para pelajar pula diminta untuk mengambil Jalur gemilang yang dipacakkan di dalam air dan mereka dikehendaki untuk membina jambatan untuk mendapat-kan bendera itu.

kedua-dua permainan ini sebena-rnya cuba untuk menguji setiap kum-pulan tentang taktik yang digunakan dalam merancang strategi serta beker-ja secara berpasukan.

kapsul masaDi akhir sesi sebelum para pelajar

pulang ke kuching, mereka telah di-minta untuk mengisi impian, cita-cita dan harapan mereka pada satu kertas yang akhirnya dimasukkan ke dalam botol.

setiap kumpulan telah ditugaskan untuk mengisi harapan, impian dan cita-cita masing-masing yang akan di-tanam di sekitar kem Alapong serta

akan dibuka dalam tempoh tiga tahun lagi oleh mereka yang bakal menghadiri kem yang sama.

kem Astrophilia ini secara langsung mendidik para pelajar untuk menghargai sains astrono-mi dan penekanan kepada betapa pentingnya astronomi kepada ma-nusia.

ia juga mampu untuk mem-bangkitkan minat pelajar agar mere-ka berkecimpung dalam bidang yang berkaitan dengan astronomi pada masa hadapan sejajar dengan impian kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang celik sains.

astroPh

ilia

KENANgAN... Para peserta bergambar bersama-sama setelah berakhirnya aktiviti.

Page 12: Aku dan Bintang Vol 3

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

12 Januari - Jun 2008

mar

iKh

Walaupun ia dilihat sebagai satu penipuan in-ternet, sekurang-kurangnya kita tahu bahawa fenomena langit ini masih mampu untuk menarik per-hatian rakyat malaysia.

saya pernah dihubungi oleh se-buah persatuan berkaitan dengan seni foto bertanyakan hal tersebut. sedikit pun saya tidak melihat ia sebagai satu perkembangan yang negatif, malah ia satu perkembangan positif sehing-gakan sebuah pertubuhan yang tidak berkait secara langsung dengan astrono-mi boleh bertanyakan tentang hal itu. melalui soalan yang sering kali diaju-

k a n kepada saya semenjak terlibat dengan pendidikan astronomi hampir 20 tahun yang lepas, seme-mangnya ramai yang masih ingin tahu sama ada terdapat hidupan di planet marikh.

Pengaruh filem Hollywood me-mang merupakan faktor utama kepada kepercayaan ini. Jika dibandingkan de-

ngan fakta asal,

beberapa misi kapal angkasa, pendarat dan

rover telah pergi ke marikh semen-jak tahun 60-an yang lepas tidak menemui apa-apa pun tanda ba-hawa marikh mempunyai hidupan. bagaimanapun, formula mudah untuk mengenali dan mencari hidupan di marikh adalah seperti kita mengenali dan mencari hidupan di bumi.

setiap tahun semenjak tahun 2003, seringkali kita akan mendapat e-mel yang menyatakan bahawa marikh akan mendekati bumi pada 23 Ogos. Pada malam tersebut, kita akan melihat planet

marikh berada pada kedudukan dekat dengan bumi sehinggakan seolah-olah bumi mempunyai dua buah bulan!

Wajah manusia di mariKh?

Oleh Ismandy Ali

Page 13: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

13www.sarawak-astronomy.org

Night skyMAy 2007

time is in gMt +8

Date Events

2the moon passes 3 de-grees north of uranus 7h

4 eta Aquarid meteor shower peaks

7the moon passes 3de-grees north of mercury 6h

10 mercury pases 8 degrees north of Aldebaran, 14h

the moon passes 0.2 de-grees north of mars 22h

13the moon passes 3 de-grees south of saturn, 3h

20the moon passes 0.2 de-grees south of Antares, 19h

Air, oksigen dan suhu yang tidak keterlaluan merupakan resipi utama dalam pencarian kewujudan makhluk

di sana. Persoalannya adakah makh-

luk marikh bernafas menggu-nakan oksigen? Adakah me-reka memerlukan air? Adakah mereka perlu untuk hidup dalam suhu seperti di bumi? sememangnya banyak per-soalan yang wujud dalam mencari makhluk asing di luar bumi. malah saintis - ahli astrobiologi memang tahu akan kekurangan kaedah ini.

tapi mereka perlu un-tuk memfokuskan skop kajian dan pencarian me-reka, hasilnya adalah sep-erti yang kita sebutkan tadi.

sejarah zaman moden me-nyatakan terdapat hidupan

di permukaan marikh telah disegarkan semula oleh misi

kapal angkasa Viking 1 semasa mengorbit planet tersebut pada

25 Julai 1976. Adalah tidak sukar bagi sesiapa

sahaja yang melihat imej ini akan mengatakan bahawa terdapat ‘wajah

manusia’ pada ketinggian ribuan me-ter di atas permukaan tersebut.

selepas imej tersebut didedahkan kepada orang awam melalui media, pelbagai spekulasi yang timbul.

Antara spekulasi yang paling po-pular adalah wajah manusia itu adalah tinggalan tamadun purba yang wujud di planet marikh. malah, terdapat juga cadangan bahawa adanya piramid-pi-ramid yang terdapat di sekitar sekira-nya pencarian lebih teliti dilakukan.

Dakwaan demi dakwaan telah muncul sehinggakan nAsA dan ke-rajaan Amerika syarikat dikatakan berkonspirasi untuk menyembunyikan kebenaran perkara tersebut daripada pengetahuan umum.

malah, spekulasi ini digembar-gem-burkan lagi melalui pelbagai dokumen-

mariKh

tari dan diselitkan dalam pelbagai filem untuk tahun-tahun yang berikutnya. misi-misi ke marikh selepasnya yang mempunyai keupayaan kamera mem-punyai resolusi yang lebih tinggi sema-kin ‘menggoyahkan’ wajah manusia tersebut.

tidak sehingga tahun 1997 apa-bila Mars Global Surveyor menghampiri planet tersebut dengan kamera yang mempunyai resolusi yang lebih tinggi.

Didapati bahawa wajah manu-sia itu yang dipanggil Cydonia Mensae hanyalah formasi geologi dan bayang yang secara kebetulan membentuk muka tersebut.

Walaupun begitu, ia masih tidak mampu untuk mengurangkan keper-cayaan tersebut sehinggalah pada ta-hun lepas apabila sebuah kapal angka-sa dari esA (Europe Space Agency) mars express menghantar beberapa siri imej dan pelbagai ukuran ke-tinggian sehingga dengan maklumat terbaru ini ia mampu menghasilkan model 3D formasi ‘wajah manusia tersebut’.

sememangnya penemuan wa-jah manusia itu adalah formasi ca-haya serta bayang-bayang yang biasa dan hanya kebetulan sahaja semasa Viking 1 mengambil imej tersebut. Walaupun begitu, dengan kehadiran marikh yang paling hampir dengan bumi pada malam krismas 2007 ini yang tidak akan muncul sehingga tahun 2016 akan datang, kemuncu-lannya sebagai sebuah bintang ber-warna merah yang terang di langit sebelah timur selepas terbenam ma-tahari memang akan cukup mem-buatkan pelbagai spekulasi serta mis-teri tentang marikh bakal muncul. bagi saya, mengapakah spekulasi se-

perti ini sentiasa timbul? ia sebagai menambah ‘perisa’ kepada marikh dan ‘perisa’ ini akan memangkinkan wujud perasaan ingin tahu untuk mendapat-kan tentang maklumat yang tepat dan benar planet merah tersebut.

gAMBAR persekitaran Cydonia Mensae. Keliha-tan seperti wajah manu-

sia (dibulatkan).

Page 14: Aku dan Bintang Vol 3

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

14 Januari - Jun 2008

Pernah satu ketika dahulu terdapat seorang anak kecil yang pada mulanya menangis di dalam teater Planetarium terdiam apabila ditunjukkan dengan langit malam. mulanya menangis teta-pi kemudiannya digantikan dengan sorakan ‘wahhhhh!’

sememangnya tugas untuk men-

didik anak-anak berkenaan astronomi ini semakin seronok. Jauh lebih sero-nok daripada apa yang dialami oleh budak-budak ini.

malah ada yang tidak mahu balik dan mahu pihak Planetarium men-jalankan aktiviti yang menumpukan kepada ‘banyak bintang’ untuk mer-

Belantik, Biduk, Pari

sebagai seorang pendidik yang kerjanya hampir setiap hari me-layan kerenah budak-budak dan para pelajar tentang bulan serta bintang, karier tersebut sememangnya memerlukan banyak ke-

sabaran. malah, mungkin sehingga cuba untuk mendalami perasaan dan terujanya mereka saya juga harus mesti menjadi seperti mereka!

Buruj penanda arah

Buru

J

eka! Antara soalan-soalan yang selalu

saya dengar adalah apakah itu bin-tang? Adakah tahi bintang itu memang benar-benar dari bintang?

“bagaimana abang boleh tiba-tiba buat hari jadi malam? Abang ada magik?”.

soalan macam itu membuat saya ketawa di dalam gelap.

untuk murid-murid yang pernah belajar tentang buruj di sekolah, su-dah pasti mereka akan diperkenalkan dengan buruj-buruj mudah seperti belantik (Orion), Pari (Crux) dan biduk (Ursa Major).

sememangnya tidak keterlalu-an kalau saya katakan mereka tahu bagaimana rupa belantik.

Dengan tiga bintang yang me-wakili tali pinggang seorang pemburu merupakan buruj yang paling popular di kawasan khatulistiwa.

Jika di bahagian hemisfera utara, buruj biduk lebih popular, manakala mereka yang berada di hemisfera se-latan pula lebih mengenali buruj Pari.

bagi kita di malaysia, belantik paling popular kerana selain rupanya yang jelas, ia terbit di sebelah timur dan akan terletak di atas kepala kita pada masa-masa tertentu.

Dengan tiga butir bintang (mint-aka, Alnilam dan Alnitak) yang di-katakan menunjuk ke arah kiblat me-nambahkan lagi popularitinya.

selain itu, tiga butir bintang itu

BURUJ pari yang terletak di bahagian selatan merupakan pen-anda arah Selatan.

Oleh Ismandy Ali

Page 15: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

15www.sarawak-astronomy.org

Night skyJuNE 2007

time is in gMt +8

Date Events

7 mercury is in inferior conjunction , 11h

8 the moon passes 0.8 de-grees south of mars, 10h

9the moon passes 3 de-grees south of saturn, 17h

20 the moon passes 2 de-grees south of Jupiter, 21h

29Asteroid ceres is in con-junction with the sun, 1h

Buru

J

juga menunjukkan ke arah sirius, bin-tang paling terang di langit. satu arah yang berlawanan pula menunjuk ke arah bintang merah berwarna Aldeba-ran. imej ini merupakan sesuatu sukar untuk terlepas pandang.

belantik paling mudah dilihat sekitar jam 8 hingga 10 malam den-gan kedudukannya di atas kepala iaitu sekitar bulan Disember dan awal Januari.

bagi mereka yang tidak berpeluang untuk berjaga sehingga larut malam, masa ini adalah masa yang paling se-suai untuk mencari buruj tersebut.

biduk atau Ursa Major (beruang besar) juga turut dikenali sebagai big Dipper atau senduk besar. sebena-rnya ia lebih mirip kepada senduk atau gayung jika dibandingkan dengan na-manya sebagai beruang besar.

ia adalah buruj yang amat mudah dikenali dengan mudah dilihat sekitar jam 8 hingga 10 malam dari Februari sehingga Jun.

biduk juga mempunyai pelbagai kegunaan dengan selain paling popu-lar untuk menunjukkan arah ke utara benar (true north), ia juga boleh digu-nakan untuk menentukan kedudukan kita di permukaan bumi dan menen-tukan masa.

Jika dilihat di dalam sejarah penamaan bintang menggunakan sistem Bayer, ia merupakan buruj yang pertama menggunakan siri huruf greek alpha, beta, gamma dan seterus-

nya untuk penamaan bintang. Disebabkan itu jujukan huruf

tersebut mengikut urutan bintang dan bukan berdasarkan kecera-han – khas hanya untuk biduk. sekiranya dilihat dengan teliti, terdapat dua bintang kembar (double star), yang kelihatan kembar tetapi sebenarnya ia kelihatan sedemikian kerana dilihat dari lokasi kita. bintang kembar terse-but adalah bintang mizar-Alcor yang terletak pada bahagian pemegang biduk.

menurut cerita, pada masa dahulu, orang Arab menggunakan dua bin-tang tersebut untuk menguji ketaja-man penglihatan mereka.

buruj pari yang terletak di baha-gian selatan merupakan penanda arah selatan. Crux atau Southern Cross meru-pakan nama yang dikenali di barat dan membawa maksud salib selatan.

selain membawa reputasi sebagai buruj yang paling mudah dikenali di bahagian hemisfera selatan dan penun-juk ke arah selatan, ia juga dikenali se-bagai buruj yang mempunyai kawasan yang paling kecil.

reputasinya sebagai buruj yang mudah dilihat di hemisfera selatan dan dikaitkan dengan kristian mung-kin membuatkan ia sebagai satu en-titi yang terdapat di dalam bendera dan simbol Australia, brazil, new Zealand, samoa dan banyak lagi negara-negara kecil, negeri-negeri dan malah beberapa pertubuhan.

Disebabkan kedudukan malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa, bu-ruj Pari nampak hanya mendominasi kawasan hujung sebelah selatan se-mentara buruj biduk pula mendomi-nasi hujung sebelah utara.

Jika dibandingkan dengan belan-tik yang nampak gagah, terbit di sebe-lah timur dan mencapai ‘kemuncak’ di atas kepala dengan tiga bintang terang serta menunjukkan ke arah kiblat, ia merupakan buruj yang lebih dikenali di kawasan kita. tidak hairan buruj yang mempunyai jolokan ‘jula-juli bin-tang tiga dan menunjuk ke arah kiblat’ merupakan soalan yang paling selalu diajukan kepada saya semenjak berke-cimpung di dalam bidang pendidikan astronomi lebih 20 tahun yang lepas.

BIdUK atau Ursa Major (beruang besar) juga turut dikenali sebagai Big dipper atau senduk besar.

Page 16: Aku dan Bintang Vol 3

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

16 Januari - Jun 2008

angK

asa

Di angkasa lepas, Dr. sheikh muszaphar telah berada di stesen Angkasa lepas Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Space Station (iss) dengan dia telah berjaya menjalankan beberapa ekspe-rimen dalam keadaan graviti mikro.

stesen angkasa lepas ditakrifkan sebagai sebuah binaan manusia yang berada di ruang angkasa lepas.

stesen ini membolehkan angka-sawan tinggal untuk satu jangka masa pendek, sederhana atau panjang. se-belum iss dibina, terdapat beberapa lagi stesen angkasa lepas yang telah di-lancarkan seperti mir, salyut dan juga skylab.

salyutsalyut merupakan program stesen

angkasa lepas yang telah dilancarkan oleh rusia ketika era perang dingin.

sebagai sebuah stesen angkasa salyut yang dikategorikan sebagai Monolithic, salyut telah dipasang di bumi secara menyeluruh dan selepas itu dilancarkan ke angkasa lepas. Apa-bila stesen angkasa ini telah digunakan untuk satu tempoh tertentu, ia seter-usnya ditinggalkan setelah kelengka-pan dan bahan di atas stesen angkasa lepas habis digunakan. Dalam Pro-gram salyut, russia telah melancarkan sebanyak sembilan stesen salyut dari tahun 1971 sehingga 1986.

salyut secara umumnya digu-nakan sebagai sebuah stesen untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan. namun begitu, ia turut digunakan untuk tujuan ketenteraan seperti pro-

stesen angkasa penyatu masyarakat sedunia

Dr. sheikh muszaphar shukor telah ber-jaya mengharumkan nama malaysia se-bagai salah seorang angkasawan malay-

sia pertama yang berjaya ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007.

gram Almaz yang berselindung di se-balik stesen angkasa salyut 2, salyut 3 dan juga salyut 5. stesen angkasa lepas salyut yang terakhir berada di orbit bumi merupakan salyut 7 yang dilancarkan pada 19 April 1982 dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi pada 7 Februari 1991.

skylabstesen angkasa lepas yang kedua

pula dikenali sebagai Skylab yang di-lancarkan oleh Amerika syarikat pada 14 mei 1973.

skylab juga merupakan sebuah stesen angkasa lepas jenis Monolithic dan hanya sebuah sahaja skylab sahaja yang dilancarkan oleh Amerika syari-kat.

skylab b juga telah dirancang na-mun program stesen kedua ini dibatal-kan atas sebab kos dan juga tumpuan lebih diberikan kepada program kapal angkasa ulang alik space shuttle.

skylab turut digunakan untuk tu-juan penyelidikan sains dan untuk tu-juan ketenteraan.

seperti stesen angkasa salyut, skylab juga akhirnya ditinggalkan dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi pada 11 Julai 1979.

Mirstesen angkasa lepas yang paling

berjaya setakat ini adalah stesen ang-kasa mir. mir dalam bahasa russia bermaksud dunia dan keamanan.

sesuai dengan nama stesen angka-sa ini, mir berjaya mewujudkan kem-bali hubungan antarabangsa antara Amerika syarikat dan juga rusia yang sebelum ini dalam keadaan tegang serta dingin.

Di samping itu, mir juga telah menerima ramai angkasawan dari pel-bagai negara.

Oleh Shaiful Nizam

STESEN Angkasa Lepas Antarabangsa

Page 17: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

17www.sarawak-astronomy.org

mir juga dianggap berjaya kerana ia telah menempatkan sebanyak 28 misi angkasawan untuk satu tempoh yang lama.

Antara angkasawan yang paling lama dan masih lagi memegang rekod berada di luar angkasa ialah angka-sawan rusia iaitu Valeri Polyakov. Dia telah menghabiskan masa seban-yak 437.7 hari berada di stesen ang-kasa mir.

Di samping mengumpul data untuk tujuan saintifik, data yang di-peroleh terutamanya dalam misi jang-ka masa panjang adalah penting bagi membolehkan manusia mewujudkan penempatan stesen angkasa baru le-bih-lebih lagi di bulan.

Pangkalan di bulan ini juga akan menjadi sebahagian daripada misi ma-nusia untuk menjelajah ke planet lain terutamanya ke marikh yang dilihat sebagai sebuah planet yang mampu untuk menjadi tempat kediaman ma-nusia yang baru.

mir berada pada orbit bumi se-lama 5511 hari, disebabkan faktor ke-selamatan seperti kerosakan serta usia stesen angkasa yang lama dan usang, ia akhirnya dimusnahkan apabila ia memasuki orbit bumi pada 23 mac 2001.

serpihan mir yang tidak musnah dan terbakar jatuh di kawasan se-latan Lautan Pasifik. Cadangan untuk membina stesen angkasa mir 2 juga telah dibuat oleh pihak rusia namun ia akhirnya telah dibatalkan. namun begitu sebahagian dari projek mir 2

telah diserapkan dalam pembangunan rangka asas iss.

iss stesen angkasa iss merupakan

usaha gabungan lima buah agensi ang-kasa iaitu nAsA dari Amerika syari-kat, rkA russia, JAXA Jepun, CsA Canada dan esA yang merupakan gabungan beberapa buah negara ran-tau eropah.

umumnya setakat ini stesen ini digunakan untuk tujuan penyelidikan dan menempatkan misi jangka masa

panjang. terdapat beberapa elemen

dari projek-projek yang dibatalkan diserapkan dalam projek iss ini, antaranya mir 2 dan juga Space Sta-tion Freedom oleh Amerika syarikat. Pemasangan iss mula dilakukan november 1998 dan dijangka siap pada 2010.

iss berada pada ketinggian purata 360 km dari permukaan bumi dan ia bergerak dengan kelajuan 27,744 km sejam.

berat stesen angkasa ini setakat 22 Februari 2007 ialah 232,693 kg. Apabila stesen ini siap kelak sepenuh-nya berat keseluruhan stesen ini ialah 471,736 kg.

Pembangunan stesen angkasa lepas yang mula-mulanya didomina-sikan oleh pihak russia dan Amerika syarikat yang juga bermula dengan perlumbaan akhirnya berakhir dengan satu pembinaan stesen angkasa yang unik.

stesen ini membolehkan rakyat dari seluruh dunia datang bekerja serta menjalankan penyelidikan dan menyumbang usaha untuk pemba-ngunan, pemesatan bidang sains dan seterusnya mengeratkan lagi hubu-ngan kerjasama antarabangsa dalam bidang angkasa lepas.

(Sumber Wikipedia)

angKasa

STESEN angkasa Mir

STESEN angkasa Skylab

STESEN angkasa Salyut

Page 18: Aku dan Bintang Vol 3

Buletin Rasmi Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

18 Januari - Jun 2008

soalan itu telah membawa penulis terus aktif dalam penganjuran aktiviti-aktiviti Persatuan Astronomi sarawak (sAs) sehingga kini, bersama rakan-rakan yang lain.

Dan pada masa yang sama, rakan yang dulunya adalah Presiden kelab AstroCollege, kini telah menjalankan tugas sebagai kurator Planetarium sultan iskandar (Psi).

keadaan sAs ketika itu amat berbeza dengan sAs kini. Pada awal penubuhan Psi dan sAs, setiap penganjuran aktiviti atau program astronomi hanya dikendalikan oleh kurator Psi yang ketika itu dipegang oleh Zalia morshidi, secara bersen-dirian dan dia dibantu oleh beberapa kakitangan Psi serta ahli-ahli senior sAs seperti Jacob V. sebastian dan ramli Ahmad.

Walaupun dengan sumber bantu-an tenaga, kelengkapan dan kemuda-han yang amat terhad, namun aktiviti serta program yang diadakan berjaya

menarik perhatian ramai pelajar dan orang awam serta sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan.

bagi kelengkapan dan kemudahan untuk sesi pengajaran, kurator hanya menggunakan projektor overhead se-cara manual yang dipancarkan ke kubah planetarium.

slaid yang digunakan untuk pro-jektor overhead juga kebanyakannya di-tulis menggunakan tulisan tangan.

begitu juga tayangan video dan slaid yang ditayangkan secara man-ual selain pertunjukan planetarium daripada projektor Carl Zeiss. Jika dibandingkan sekarang, penggunaan teknologi yang canggih termasuk peri-sian astronomi yang lebih menarik banyak membantu kurator memberi penerangan dengan lebih mudah dan berkesan.

kemudahan perpustakaan mini dengan jumlah buku dan majalah as-tronomi yang terhad serta ketiadaan komputer pada masa itu tidak mema-

“Awak berminat nak masuk AstroCollege?” itulah soalan per-tama yang dikemukakan oleh ismandy Ali, Presiden kelab AstroCollege, kepada penulis kira-kira 16 tahun yang lepas.

tahkan semangat peserta dan pelajar untuk menyiapkan tugasan masing-masing.

malah dengan faktor kekurangan itu, mereka berjaya menghasilkan tugasan astronomi yang diberi dengan lebih menarik, kreatif dan inovatif.

subjek atau tajuk aktiviti astronomi yang dibentangkan pada masa itu juga begitu sukar dan aktiviti adalah lebih tertumpu kepada pengiraan formula-formula yang memeningkan kepala peserta dengan seribu satu persoalan.

Dalam masa yang sama, peser-ta juga dikehendaki menghabiskan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan dengan rujukan yang be-gitu terhad.

Walaupun agak sukar untuk di-fahami dan dipelajari, namun dengan kesungguhan dan minat yang men-dalam terhadap astronomi, peserta dapat menghabiskan tugasan yang diberi menerusi perbincangan secara berkumpulan.

Dulu dan Kini

Oleh Zurwina Sharkawi

Page 19: Aku dan Bintang Vol 3

Aku Bintang&

19www.sarawak-astronomy.org

1. the us was the 1st na-tion to put a man on the moon. the ussR had the following:

• 1st orbital spacecraft, sputnik• 1st spacecraft to carry an ani-

mal (a dog laika), sputnik 2• 1st spacecraft to reach another

celestial body, luna 2• 1st spacecraft to photograph

the far side of the moon, luna 3• 1st spacecraft to land safely on

another planet, Venera 7• 1st manned spacecraft, Vostok

1, which carried the ...• 1st human into space (Yuri

gagarin)

2. the NAsA rovers on Mars have lasted seven times as long as they were intended to.

nAsA’s robotic space explorers, the mars rovers spirit and Oppor-tunity, have survived for a full mar-tian year (687 earth days) on the red planet! When Spirit first landed on Jan. 3, 2004, scientists hoped that the rovers would last 90 sols, a mar-tian days which is just a few minutes longer than an earth day.

3. there are three lunar rovers still sitting on the moon, left over from Apollo 15, 18, and 17. they were first used on July 31, 1971 dur-ing Apollo 15. the lunar module from the Apollo missions required less computer power to land on the moon than today’s average cellphone!

source : http://www.factme.com/category7.html

info

DID YOU KNOW

Hubungan mesra yang terjalin antara peserta ketika itu telah meng-wujudkan suasana program yang lebih meriah dan hubungan berkenaan dikekalkan sehingga kini dengan be-berapa pesertanya masih menjadi ahli sAs sehingga sekarang.

ketika itu juga, jumlah penyer-taan bagi setiap bengkel dan program astronomi yang diadakan sentiasa mendapat sambutan yang menggal-akkan dengan lebih daripada seratus penyertaan, walaupun setiap peserta perlu membayar yuran penyertaan sekurang-kurangnya rm15.

Aktiviti dan program astronomi pula biasanya diadakan semasa cuti sekolah selama seminggu dengan jadual aktiviti yang ketat bermula dari pagi sehingga malam.

komitmen dan sokongan daripada pihak sekolah termasuk guru dan pela-jar-pelajarnya juga begitu menggalak-kan bagi setiap penganjuran aktiviti termasuk pertandingan astronomi di peringkat sekolah dan kebangsaan.

Antara sekolah-sekolah yang aktif ketika itu ialah smk batu lintang, smk st. Joseph, smk st. thomas, smk st. mary, smk st. theresa, smk green road dan kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.

selain itu, peserta-peserta program juga berpeluang untuk mempamerkan hasil kreativiti sepanjang program as-tronomi di galeri astronomi.

Pengunjung yang datang untuk menyaksikan pertunjukan di Psi juga berpeluang untuk melihat hasil kerja peserta program astronomi dan ini telah menyemarakkan lagi minat serta semangat astronomi di kalangan pe-

ngunjung ketika itu.Jumlah dan jenis aktiviti astrono-

mi pada masa itu juga terhad. ia hanya diadakan di Psi dan sekitar kompleks Dewan suarah kuching, berbanding kini, peserta dan ahli-ahli sAs berpe-luang menyertai aktiviti astronomi di luar kuching menerusi aktiviti jeraya-wara serta kem astronomi.

Penganjuran aktiviti-aktiviti as-tronomi sAs kurang aktif sekitar ta-hun 1994 hingga 2000 berikutan ke-banyakan ahli-ahli sAs melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

bagaimanapun, sAs aktif semula pada tahun 2001 sehingga sekarang apabila ahli-ahlinya yang terdahulu kembali dengan semangat dan imej sAs yang baru.

kini, dengan inisiatif dan komit-men ahli-ahli sAs, setiap aktiviti yang diadakan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Aktiviti sAs dan Psi. Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi membolehkan aktiviti yang diada-kan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lancar serta berjaya.

Ahli-ahli sAs junior dan pelajar-pelajar sekarang begitu bertuah kerana disediakan segala kemudahan dan keperluan dalam setiap aktiviti-aktiviti astronomi yang disertai tanpa dikena-kan sebarang bayaran.

selain itu, silibus dan tajuk yang diajar semasa program juga agak mu-dah, di samping dengan sumber ruju-kan yang begitu banyak termasuk se-cara terus daripada laman web.

bagaimanapun, berbekalkan pe-ngalaman masa lalu dan menyertai aktiviti-aktiviti astronomi dengan ke-mudahan yang serba kekurangan, ia

membantu ahli-ahli sAs memper-baiki, menghargai serta menggu-nakan sumber yang ada dengan lebih kreatif, efektif dan produktif.

Dan diharap, ahli-ahli sAs ju-nior yang seterusnya akan menerus-kan usaha sAs dan menjadi generasi pelapis bagi menjayakan aktiviti dan program astronomi pada masa akan datang.

Page 20: Aku dan Bintang Vol 3

Diambil oleh Psi@lnO AngkAsAOptik: 20” f/8 rCOs ritchey-Chretien Cassegrainmount: Paramount mekamera: sbig stl-1001ePendedahan: lrgb = 10 : 10 : 10 : 10 minitProses: maximDl dan Photoshop Cstarikh: 1 Disember 2007lokasi: balai Cerap negara, langkawi

nebula Orion atau juga dikenali sebagai m42 atau ngC1976 merupakan antara nebula yang paling cerah dan boleh dilihat dengan mata kasar pada waktu malam dengan kedudukannya terletak di bawah tali pinggang Orion.

m42 mempunyai saiz anggaran 24 tahun cahaya dan ia adalah nebula yang paling banyak digambar serta dikaji disebabkan ciri-cirinya.

nebula Orion merupakan satu contoh nurseri samawi dengan bintang baru dilahirnya. Pemerhatian yang dilakukan ke atas nebula itu mendedahkan kira-kira 700 bintang dalam pelbagai peringkat terbentuk di dalam nebula itu.