aktivti mingguan pengakap
DESCRIPTION
contoh aktivitiTRANSCRIPT
AKTIVITI PENGAKAP
AKTIVITI PENGAKAP
AKTIVITI MINGGUAN PENGAKAPMasa 2.30 petang hingga 4.30 petang ( 2 jam)Setiap Perjumpaan hendaklah dimulakan:1. Laung Agung2. Rukun Negara3. Nyanyian Lagu Negaraku / Lagu Pahang/ Lagu Pengakap4. Doa5. Taklimat Pemimpin
LAUNG AGUNGPERSETIAAN PENGAKAPBahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan:
1. Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara2. Menolong Orang Pada Setiap Masa3. Menurut Undang-Undang Pengakap
RUKUNEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
HORMAT PENGAKAP
Pengakap sebagai sebuah pertubuhan beruniform mempunyai identitinya yang tersendiri semasa memberi hormat. Biasanya,hormat ini diberikan kepada DYMM raja-raja dan Sultan, pembesar-pembesar negara dan negeri serta tetamu kehormat. Hormat juga diberikan kepada pegawai pengakap sama ada di peringkat negara atau negeri, pemimpin di daerah ataupun di kumpulannya, ketua patrol dan pengakap.Hormat pengakap diberikan selepas kamu menerma hadiah kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera.Pengakap kanak-kanak mestilah berada dalam keadaan sedia. Seterusnya angkat tangan kanan ke penjuru kening .
DOA PERJUMPAAN PENGAKAP
BismillahirahmannirahimAlhamdulilahirabilalamin wasaltuwalsalamualasaidina MuhammadwaalawasabihiajamainKAMI BERSYUKUR KE HADRATMU YA ALLAH,DIATAS LIMPAH KURNIAMU,KAMI MEMOHON DOA RESTU DARIMU AGAR PERHIMPUNAN INI DIBERKATI,DIKURNIAKAN RAHMAT,NIKMAT YANG BERPANJANGAN SERTA SIHAT WALAFIAT YANG BERKEKALAN.
Ya Allah Ya Aziz Ya Sattar
YA ALLAH,AMPUNKAN DOSA KAMI DAN RAHMATLILAH IBUBAPA KAMI,KURNIAKANLAH KESEJAHTERAAN DIBAWAH NAUNGANMU KEPADA PARA PEMIMPIN,AHLI-AHLI PENGAKAP DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
YA ALLAH,TAMBAHKAN LAGI KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN KEPADA KAMI,LIMPAHKANLAH CAHAYA PETUNJUK UNTUK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN ADIL DAN SAKSAMA.ISIKANLAH KE DALAM JIWA DENGAN AKHLAK YANG MULIA,PERKUKUHKAN TEKAD KAMI UNTUK MENABUR BAKTI DAN JASA MELALUI AKTIVITI KEPENGAKAPAN
RabanaahtinapiduniaasanahwafiiakhiratihassanahwakinaazabbanarrwasaanallahuahlaMuhammadinwaahlahalihiwasabihiwasalamwalhamdulilahirabialamin.
CERITA HUTAN
Suatu ketika dizaman dahulu seorang pemotong kayu dengan dua orang anaknya ke hutan seeonee untuk memotong kayu. Hutan seeonee letaknya tidak berapa jauh dari bandar Jabalpor, iaitu sebuah bandar di bahagian tengah India. Di dalam hutan itu sudah tentu banyak binatang-binatang buas dan ganas dan terdapat sekumpulan keluarga serigala yang hidup aman dan damai tinggal di dalam sebuah gua .Pemotong kayu terpaksa bermalam kerana kerjanya belum selesai di dalam sebuah pondok, api dinyalakan untuk mendapatkan cahayanya dan tidur dengan nyenyaknya. Di hutan itu ada seekor harimau tempang yang dipanggil Shere Khan atau Maharaja Belang. Shere Khan merangkak dan mengendap perlahan-lahan ke pondok untuk menangkap mangsanya, oleh sebab terlalu asyik melihatkan mangsanya maka terpijaknya bara api yang tersedia ada. Sakitnya bukan kepalang hingga menggemparkan suasana pada malam itu dan melarikan dirinya ke dalam hutan.Ketiga itu juga dengan pantas pemotong kayu bingkas bangun sambil mendukung seorang anaknya dan seorang lagi telah terpisah dari keluarganya lalu bersembunyi ke dalam belukar seorang diri.Bapa serigala telah terjumpa dengan kanak-kanak itu dan menggonggong bawa balik ke guanya dan di peliharalah kanak itu oleh keluarga serigala dan dinamakan MOWGLI Dari semenjak itu mowgli dipelihara oleh keluarga serigala sehingga besar dengan bantuan BALOO ( Beruang ) ,BAGHEERA ( Harimau Kumbang ) ,KAA ( Ular Sawa ) ,SAHI ( Landak ) ,HATHI (Gajah), RAMA ( Seladang ) , CHILL ( Burung Ruak-Ruak ) dan lain-lain..
Latihan Asas Perbarisan
Latihan Asas Perbarisan
Luruskan Barisan
- Sama dengan pergerakan ke kanan lurus.
Cepat jalan
- Mengeluarkan kaki kiri ke hadapan- Pada masa yang sama, lenggangkan tangan kanan sama paras dengan bahu, lenggan kiri jauh ke belakang seberapa yang boleh.
Hentak kaki
- Boleh diberikan semasa cepat jalan- Arahan: Hentak kaki... Gerak!- Kaki kiri naik ke atas 90 dan seterusnya dengan kaki kanan, kaki kiri....
Berhenti
- Diberikan semasa cepat jalan- Arahan: Baris... ti!- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Kaki kiri hentak ke tanah dan diikuti kaki kanan.
Belok kanan/ belok kiri
- Diberikan semasa cepat jalan.
Tukar langkah
- Diberikan semasa cepat jalan- Arahan: Tukar langkah semasa cepat jalan... Tukar langkah!- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Hentak kaki kiri ke hadapan dan bergerak 2 langkah ke hadapan dan menghentakkan kaki kiri dan kanan.
Perlahan Jalan
- Diberikan semasa cepat jalan- Arahan: Tukar langkah... perlahan jalan!- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Seterusnya, kaki kiri dan kanan hentak ke tanah.- Luruskan hujung kaki dan gerakkan ke hadapan serta diikuti oleh kaki kanan secara perlahan.