aktiviti bengkel inovasi dadu berbaluk

3
BENGKEL INOVASI CARA MENGENAL NOTASI MUZIK DALAM BALUK DENGAN KAEDAH PERMAINAN ”DADU BERBALUK” Aktiviti 1 : Memahami Garis Baluk. (30 Minit) Langkah 1 : Murid meneliti garis baluk pada papan putih. Langkah 2 : Murid mendengar penjelasan guru mengenai konsep asas garis baluk termasuk kedudukan-kedudukan not pada garis baluk. Langkah 3. : Murid menghafal kedudukan not-not pada garis baluk menggunakan jalan cerita seperti berikut ; Langkah 4 : Murid membuat latihan untuk memastikan mereka memahami apa yang telah diterangkan. Kedudukan not pada garisan ; E – emak G – gosok B – baju D – dengan F – Fatimah Oleh itu jalan ceritanya ‘Emak Gosok Baju Dengan Fatimah’ Manakala bagi kedudukan not antara ruang garisan adalah seperti berikut; F A C E - muka

Upload: nur-qashilla-idaman

Post on 31-Jan-2016

253 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Aktiviti Bengkel Inovasi Dadu Berbaluk

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti Bengkel Inovasi Dadu Berbaluk

BENGKEL INOVASI CARA MENGENAL NOTASI MUZIK DALAM BALUK DENGAN KAEDAH

PERMAINAN ”DADU BERBALUK”

Aktiviti 1 : Memahami Garis Baluk. (30 Minit)

Langkah 1 : Murid meneliti garis baluk pada papan putih.

Langkah 2 : Murid mendengar penjelasan guru mengenai konsep asas garis baluk

termasuk kedudukan-kedudukan not pada garis baluk.

Langkah 3. : Murid menghafal kedudukan not-not pada garis baluk menggunakan

jalan cerita seperti berikut ;

Langkah 4 : Murid membuat latihan untuk memastikan mereka memahami apa yang telah

diterangkan.

Kedudukan not pada garisan ;

E – emak

G – gosok

B – baju

D – dengan

F – Fatimah

Oleh itu jalan ceritanya ‘Emak Gosok Baju Dengan Fatimah’

Manakala bagi kedudukan not antara ruang garisan adalah seperti berikut;

F A C E - muka

Murid menghafal ejaan FACE iaitu muka bagi memudahkan mereka mengingat

kedudukan not – not pada ruang antara garisan baluk.

Sasaran Impak Aktiviti :

Murid – murid akan lebih mudah mengingat sesuatu formula sekiranya diberikan jalan cerita.

Page 2: Aktiviti Bengkel Inovasi Dadu Berbaluk

Aktiviti 2 : Membuat dan Bermain Dadu Berbaluk (45 Minit)

Langkah 1 : Murid membina dadu berbaluk untuk setiap kumpulan.

Langkah 2 : Murid mendengar taklimat guru mengenai cara bermain dadu berbaluk.

Langkah 3 : Setiap murid perlu memutarkan dadu sebanyak satu kali seorang.

Selepas dadu tersebut berhenti berputar, murid yang memutarkan dadu

melukis garisan baluk beserta kedudukan not yang terpapar pada

bahagian atas dadu tersebut pada papan putih.

Langkah 3 : Murid yang lain akan meneka kedudukan not yang dilukis oleh murid

berkenaan.

Langkah 4 : Selepas kedudukan not yang dilukis oleh murid tadi berjaya diteka oleh

murid lain, permainan diteruskan dengan murid lain memutarkan dadu.

Sasaran Impak Aktiviti :

Kaedah permainan ‘Dadu Berbaluk’ mampu meningkatkan pengetahuan seterusnya menguatkan daya

ingatan murid terhadap kedudukan not-not pada garis baluk.

Aktiviti 3 : Pertandingan ‘Dadu Berbaluk’ (30 Minit)

Langkah 1 : Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.

Langkah 2 : Murid bertanding bermain ‘Dadu Berbaluk’ dengan mengambil kiraan

mata jumlah tekaan yang betul semasa ahli kumpulan mereka

melukis kedudukan not pada garis baluk berpandukan putaran ‘Dadu

Berbaluk’.

Langkah 3 : Kumpulan murid yang Berjaya mengumpul jumlah tekaan yang paling

banyak dikira sebagai pemenang.

Langkah 4 : Kumpulan murid yang menang diberi hadiah oleh guru.

Sasaran Impak Aktiviti :

Murid akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengingat kedudukan not -not pada garis baluk supaya

mereka dapat memenangi pertandingan yang dianjurkan.