aktiviti 3

Upload: skymilo90

Post on 10-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

NAMA : LIM LEI SUANOPSYEN: 4 PISMP BK/BC/BT/PMMINGGU : 7______________________________________________________________________Aktiviti 3Bincang bersama rakan; apakah kebaikan media audio dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan bagaimana ia dapat digunakan. Simpan hasil perbincangan anda sama anda dengan pemproses perkataan atau persembahan elektronik.Media audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara elektronik melalui kabel atau udara.

Secara ringkasnya, media audio terdiri daripada satu sumber bunyi/ suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio, dan satu sistem penerimaan audio.

Media audio adalah komunikasi sehala. Untuk mengatasi hal ini dalam keadaan-keadaan tertentu, program-program audio boleh digabungkan dengan bahan-bahan bercetak atau teknik perbincangan atau pembentangan kertas kerja dalam kelas.

Kebaikan Media:

Audio adalah satu kaedah penyampaian pengajaran-pembelajaran yang mudah dan berkesan. Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan, serta mudah digunakan oleh guru ataupun murid. Perisiannya boleh digunakan dengan tahap kebolehan murid. Bahan audio boleh digunakan untuk kumpulan atau individu dengan mudah. Penggunaannya boleh memberi pengalaman berbahasa dan bertutur kepada murid tahap rendah atau murid yang buta huruf. Bahan audio boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan melalui pembacaan sahaja. Peralatan audio, seperti perakam kaset adalah mudah alih, yakni dapat digunakan di mana sahaja, dan seterusnya, semua orang tahu serta dapat mengendalikan peralatan tersebut dengan mudah.

Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Terdapat pelbagai cara bagaimana audio boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah:

1. Menyediakan peluang pelajar berehat sementara dari membaca.2. Mempersembahkan idea atau maklumat kepada pengguna yang tidak suka atau tidak tahui membaca.3. Memanfaatkan masa pengguna dengan sebaiknya kerana membolehkan mereka melaksanakan pelbagai tugas atau aktiviti secara serentak.4. Memudahkan proses menyampaikan maklumat apabila penggunaan bahan bercetak mungkin sukar menyampaikan apa yang dikehendaki .5. Memberi lebih kesan semulajadi atau sentuhan kemanusiaan dalam proses pembelajaran.6. Untuk mendapat dan megekalkan perhatian pelajar.7. Menyediakan elemen motivasi kepada pelajaran.