akta makanan 1983

66
PERUNDANGAN KESIHATAN KPKP2113 AKTA MAKANAN 1983 (AKTA 281) Mazlan Mansor Pengajar Penyelaras Subjek KPKP2113 KSKB, Sg. Buloh

Upload: mazlan-mansor

Post on 25-Jul-2015

3.963 views

Category:

Documents


54 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Makanan 1983

PERUNDANGAN KESIHATANKPKP2113

AKTA MAKANAN 1983(AKTA 281)

Mazlan MansorPengajar Penyelaras

Subjek KPKP2113KSKB, Sg. Buloh

Page 2: Akta Makanan 1983

Apa yang perlu untuk diperhatikan bagi mengetahui keselamatan

produk..?

Page 3: Akta Makanan 1983
Page 4: Akta Makanan 1983

AKTA MAKANAN 1983 Selepas menamatkan kuliah ini, pelajar sepatutnya

berupaya1.Menerangkan tujuan Akta diadakan.2.Menerangkan perkaitan akta dengan perundangan

kesihatan yang lain3.Menerangkan tafsiran yang terdapat di dalam akta4.Menerangkan perlantikan Pegawai Berkuasa5.Menerangkan kuasa-kuasa Pegawai Berkuasa6.Menerangkan kesalahan-kesalahan yang melanggari

akta7.Menerangkan penalti yang dikenakan ke atas pesalah8.Menerangkan kaedah pengimpotan, waranti dan

pelabelan menurut akta9.Menerangkan kaedah mengkompaun kesalahan yang

dikenakan ke atas pesalah10.Menerangkan kuasa membuat peraturan oleh menteri.

Page 5: Akta Makanan 1983

Pengenalan• Undang-undang dan garis panduan yang mengawal

keselamatan makanan dari segi kualiti dan juga kebersihan makanan.

• Dari segi kualiti, makanan dikawal oleh Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

• Untuk mengawal keselamatan makanan dari segi kebersihan, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah diguna pakai.

• Peraturan ini diwujudkan bagi mengawal kualiti makanan dan juga kebersihan makanan.

• Terdapat juga beberapa garis panduan tentang pemprosesan makanan tertentu yang digunakan untuk memastikan makanan yang diproses mematuhi piawai tertentu.

• Untuk kuasa tempatan, terdapat undang-undang kecil yang mengawal keselamatan makanan yang digunakan khas untuk kuasa tempat masing-masing bersama Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

• Pada masa kini semua pindaan Akta dan Peraturan Makanan hingga Januari 2010.

Page 6: Akta Makanan 1983

• Penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pada mulanya cuma menumpu kepada makanan sahaja.

• Tetapi menteri TELAH diberi kuasa untuk membuat Peraturan-Peraturan lain jika perlu. Oleh itu Akta Makanan 1983 (Akta 281) merangkumi:

• Akta Makanan 1983• Peraturan-Peraturan Makanan 1985• Peraturan-Peraturan (Perluasan Pemakaian Akta

Makanan 1983 bagi Tembakau dan lain-lain) Makanan 1993 dan

• Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

Page 7: Akta Makanan 1983

Objektif.

• Tujuan utama ialah melindungi pengguna dari bahaya:

• Kesihatan• Penipuan terhadap penyediaan• Penjualan• Penggunaan makanan dan• Perkara-perkara sampingan/yang

berkaitan dengannya

Page 8: Akta Makanan 1983

Kandungan

Akta Makanan 1983 mengandungi bahagian-bahagian seperti berikut;

• BAHAGIAN 1 - Permulaan yang mengandungi tajuk ringkas, pemakaian dan mula

berkuatkuasa dan Tafsiran• BAHAGIAN 2 - Pentadbiran dan Penguatkuasaan• BAHAGIAN 3 - Kesalahan dan Keterangan• BAHAGIAN 4 - Pengimpotan, Waranti dan

Pembelaan• BAHAGIAN 5 - Peruntukan Pelbagai

Page 9: Akta Makanan 1983

Bahagian 1 - PERMULAAN

1. TAJUK RINGKAS, PEMAKAIAN DAN MULA BERKUATKUASA.(1) Akta ini dinamakan sebagai Akta Makanan 1983 dan terpakai di seluruh Malaysia.(2) Akta mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dan Warta. Menteri boleh menetapkan tarikh berlainan mula berkuatkuasa untuk negeri berlainan dan peraturan-peraturan berlainan.

Page 10: Akta Makanan 1983

Bahagian 1 - PERMULAAN

2. TAFSIRAN.

(1) “KETUA PENGARAH”Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

(2) “PENGARAH” [Pind. Akta A1117/2001]Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan

Awam), Kementerian Kesihatan.

(3) “PEGAWAI DIBERI KUASA” [Pind. Akta A1266/2006]

Mana-mana pegawai kesihatan perubatan atau mana-mana penolong pegawai kesihatan persekitaran dari Kementerian Kesihatan atau dari mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana orang berkelayakan yang sesuai, yang dilantik oleh Menteri menjadi seorang pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 3.

Page 11: Akta Makanan 1983

2. TAFSIRAN.(4) “JURUANALISIS”

Seseorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 3.

(5) “PENYEDIAAN” [Pin. Akta A1117/2001]Meliputi pengilangan, pembungkusan, pemprosesan dan apa jua bentuk pengawetan.

(6) “PERKAKAS” [Pin. Akta A1117/2001]Meliputi kesemua atau mana-mana bahagian apa-apa alat perkakas, jentera, instrumen, radas atau barang yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan.

Page 12: Akta Makanan 1983

2. TAFSIRAN.

(7) “MAKANAN”Meliputi setiap barang yang dikilang, dijual atau diberi gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau minuman untuk kegunaan manusia atau yang masuk pada atau digunakan dalam campuran, penyediaan, pengawetan apa-apa makanan atau minuman dan meliputi gula-gula, benda-benda kunyahan dan apa-apa ramuan bagi makanan, minuman, gula-gula atau benda-benda kunyahan itu.

Page 13: Akta Makanan 1983

(8) “MENJUAL atau PENJUALAN” [Pin. Akta A1117/2001]

• Penjualan untuk dimakan atau digunakan oleh manusia• Tukar barang dan tukar ganti, • Menawarkan atau cuba untuk menjual,• Menyebabkan atau membenarkan untuk dijual, • Mendedahkan bagi penjualan,• Menerima, menghantar, mengirim atau menghantar serah

bagi penjualan atau tukar ganti atau menurut penjualan atau tukar ganti itu,

• Membekalkan apa-apa makanan apabila balasan akan diterima oleh pembekal bagi pembekalan itu sama ada secara khusus atau sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang dikontrakkan bagi penjualan, atau

• Memiliki apa-apa makanan bagi penjualan atau tukar ganti, atau

• Memiliki apa-apa makanan atau perkakas dengan mengetahui bahawa makanan atau perkakas itu mungkin akan dijual atau ditawarkan atau dipamerkan atau didedahkan bagi penjualan atau dilupuskan bagi apa-apa balasan, dan

• Termasuklah penjualan secara elektronik.

2. TAFSIRAN.

Page 14: Akta Makanan 1983

2. TAFSIRAN.

(9) “PREMIS” a. apa-apa bangunan atau khemah atau

struktur lain, kekal atau sebaliknya berserta dengan tanah di mana terletaknya bangunan, khemah atau struktur dan tanah bersempadanan yang digunakan berkaitan dan kenderaan, pengangkutan, vesel atau pesawat udara dan,

b. bagi maksud seksyen 4, sesuatu lebuh, tanah lapang atau tempat peranginan awam atau basikal atau apa-apa kenderaan yang diguna untuk atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan.

Page 15: Akta Makanan 1983

(10) “PREMIS MAKANAN” [Pin. Akta A1117/2001]digunakan atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan, atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan.

(11) “LABEL”tek, janama, tanda, benda bergambar atau lain-lain perkara perihalan, yang bertulis, bercetak, berstensil, bertanda, bercat, bercetak timbul atau dicap pada apa-apa makanan atau diletakkan pada makanan atau dimasukkan ke dalam makanan menjadi sebahagian daripada makanan atau disertakan dengan apa-apa makanan.

2. TAFSIRAN.

Page 16: Akta Makanan 1983

(12) “LAK”Meliputi penahanan secara pukal apa-apa makanan yang sampelnya telah diambil untuk analisis, sementara menanti keputusan analisis itu.

(13) “BINATANG”Meliputi apa-apa jua binatang berkaki empat atau burung sama ada peliharaan atau sebaliknya, ikan, haiwan reptilia atau serangga, kesemua atau sebahagiannya diguna untuk makanan manusia.

2. TAFSIRAN.

Page 17: Akta Makanan 1983

(14) “BUNGKUSAN” [Pind. Akta A1117/2001]Meliputi apa-apa benda atau apa-apa cara yang makanan dikotak, ditutup, dimasukkan, diisi, diletakkan atau selainnya dipekkan dengan apa jua cara seluruhnya atau sebahagiannya dan meliputi apa-apa jua jenis bakul, baldi, dulang atau bekas sama ada terbuka atau tertutup.

(15) “MAKMAL DILULUSKAN” [Pind. Akta A1117/2001]Sesuatu makmal yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 3A.

2. TAFSIRAN.

Page 18: Akta Makanan 1983

(16) “IKLAN”Meliputi apa-apa gambaran dengan apa jua cara bagi maksud memajukan secara langsung atau secara tak langsung penjualan atau lain-lain pelupusan akan apa jua makanan.

(17) “KESALAHAN BOLEH DIKOMPAUN” [Mas. Akta A1266/2006]Kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai kesalahan boleh dikompaun.

2. TAFSIRAN.

Page 19: Akta Makanan 1983

BAHAGIAN 2 - PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN

1. PERLANTIKAN JURUANALISIS DAN PEGAWAI BERKUASA [SEKSYEN 3]

(1) Menteri boleh melantik seberapa ramai juruanalisis yang diperlukan dan boleh membuat peraturan mengenai kelayakan, kelakuan dan tugas mereka. Satu senarai juruanalisis perlu disediakan dan disemak semula mengikut keadaan. [SEKSYEN 3(1)]

(2) Menteri boleh melantik seberapa ramai pegawai berkuasa yang diperlukan dan setiap pegawai berkuasa perlu diberi Perakuan Kuasa dan perakaun boleh diterima sebagai keterangan dan hendak menjadi keterangan ‘prima facie’ mengenai fakta-fakta yang diperakui itu. [SEKSYEN 3 (2)]

(3) Menteri boleh beri kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk mendapatkan sampel makanan bagi maksud analisis. Pegawai tersebut hendak mempunyai segala kuasa yang dipunyai oleh pegawai berkuasa. [SEKSYEN 3 (3)]

Page 20: Akta Makanan 1983
Page 21: Akta Makanan 1983

BAHAGIAN 2 - PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN

2. MAKMAL YANG DILULUSKAN (SEKSYEN 3A) [Mas. Akta A1117/2001]

(1) Menteri boleh luluskan seberapa banyak makmal yang difikirkan perlu. [Seksyen 3A(1)]

(2)Makmal yang dilulus perlu diberi Perakuan Kelulusan dan perakuan ini hendaklah diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang diperakui itu. [Seksyen 3A (2)]

(3) Menteri hendaklah menyediakan atau menyebabkan supaya disediakan senarai makmal diluluskan dan menyemaknya mengikut kehendak hal keadaan. [Seksyen 3A(3)]

Page 22: Akta Makanan 1983

BAHAGIAN 2 - PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN

3. PERUNTUKAN KUASA-KUASA(1) Kuasa Pegawai berkuasa

SEKSYEN 4 (1) Seseorang pegawai berkuasa boleh pada bila-bila masa bagi melaksanakan dengan patut dan lebih baik kewajipannya - [Gan. Akta A1117/2001]

(a) memasukki mana-mana premis dan memeriksa makanan dan mengambil makanan, [Seksyen 4(1)(a)] [Gan. Akta A1117/2001]

(b) minta berhenti, menggeledah atau menahan mana-mana pesawat udara, kapal atau kenderaan untuk memeriksa makanan dan mengambil sampel makanan kecuali pesawat udara, kapal atau kenderaan yang membuat pelayaran antarabangsa, [Seksyen 4(1)(b)] [Mas. Akta A1117/2001]

Page 23: Akta Makanan 1983

(c) Membuka dan memeriksa bungkusan mempercayai mengandungi makanan, [Seksyen 4 (1) (c)]

(d) Memeriksa buku, dokumen atau rekod berkenaan makanan dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripadanya dalam mana-mana premis makanan, [Seksyen 4 (1) (d)] [Gan. Akta A1117/2001]

(e) Minta kad pengenalan, sijil pendaftaran perniagaan atau dokumen relevan, [Seksyen 4 (1) (e)]

(f) Menyita dan menahan makanan atau perkakas yang dipercayai melanggar Akta, [Seksyen 4 (1) (f)] [Mas. Akta A1117/2001] atau

(g) Menanda, melak, mendapatkan, menimbang, mengira atau menyukat makanan atau perkakas yang berlawanan atau nampak berlawanan dengn Akta. [Seksyem 4 (1) (g)]

Page 24: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 4 (1A) [Mas. Akta A1117/2001]Memeriksa secara lisan [Seksyen 4 (1A)]

SEKSYEN 4 (5)Menangkap tanpa waran orang-orang yang

dipercayai:• tidak memberi maklumat tentang nama dan

alamat atau• dipercayai memberi nama dan alamat palsu

atau• mungkin akan melarikan diri.

Page 25: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 4 (8) [Mas. Akta A1117/2001]Mengarahkan pemusnahan atau pelupusan

makanan atau apa-apa perkakas yang disita• selepas mendapat persetujuan secara bertulis

pemunya atau orang yang memiliki makanan dan• jika tidak bersetuju boleh memohon kepada

mahkamah

SEKSYEN 4 (11)Memusnahkan makanan yang;• busuk, berbau atau membahayakan kesihatan

atau• pengimpotannya dilarang atau• diserahkan oleh pemunya apabila bayaran

berpatutan dibayar

Page 26: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 4 (13)• Makanan disita boleh disimpan atau distor

dalam premis di mana makanan disita atau dialihkan ke mana-mana tempat lain yang patut.

SEKSYEN 4 (14)• Boleh menghantar makanan disita atau

apa-apa sampel darinya atau apa-apa sampel lain yang diambil ke mana-mana makmal yang diluluskan untuk analisis.

Page 27: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 5a)Meminta, memilih dan mengambil sampel

untuk analisis• Penjual makanan, ejen atau pengkhidmat

dengan bayaran nilai pasaran [subseksyen (1)] atau

• Pengilang, pengimport, ejen atau penghidmat tanpa bayaran [subseksyen (2)]

b) Menghendaki menunjukkan dan membenarkan pemeriksaan bungkusan di mana makanan disimpan dan ambil sampel [Subseksyen (3)]

• Penjual makanan, ejen atau pengkhidmat

Page 28: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 8Meminta maklumat secara;• Memeriksa buku, dokumen, rekod atau

maklumat lain tentang pengimportan, penyediaan, penerimaan, pemilikan, pembelian, penjualan atau penyerahan makanan atau lain bahan atau apa jua perkakas [Subseksyen (1)] [Mas. Akta A1117/2001]

• Membuat atau disebabkan membuat salinan, cabutan daripada buku, dokumen atau rekod atau apa-apa maklumat lain dan diperakui oleh pegawai berkuasa. Maklumat yang diperakui hendaklah disifatkan sebagai benar dan betul. [Subseksyen (2)]

Page 29: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 19a) Menjalankan pendakwaan apabila perakuan

juruanalisis menunjukkan makanan yang dianalisis melanggar Akta, tertakluk kepada Seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 32A. [Subseksyen 1] [Mas. Akta 1117/2001]

b) Perakuan juruanalisis perlu dihantar ke Pengarah atau pegawai berkuasa dalam tempuh 90 hari dari tarikh makanan itu dihantar untuk analisis. [Subseksyen 1A] [Mas. Akta A1117/2001]

c) Tiada prosiding berkenaan dengan penjualan makanan untuk analisis atau pemeriksaan selepas tamat tempuh 150 hari dari masa makanan dibeli atau didapati. [Subseksyen 2] [Gan. Akta A1117/2001]

Page 30: Akta Makanan 1983

(2) KUASA KETUA PENGARAH

SEKSYEN 9Setelah mendapat kelulusan secara bertulis daripada Menteri, mendapatkan butir-butir mengenai komposisi dan penggunaan bahan dalam makanan tertentu

Page 31: Akta Makanan 1983

(3) KUASA PENGARAHSEKSYEN 10

Pengarah boleh memerintahkan supaya premis makanan atau perkakas berada dalam keadaan bersih dan suci. [Mas. Akta A1117/2001]

SEKSYEN 10 (1) [Gan. Akta A1117/2001]Memerintah melalui surat secara bertulis supaya premis atau perkakas dibersihkan/disucikan

SEKSYEN 10 (2) [Pind. Akta A1117/2001]Melalui suratcara secara bertulis mengarahkan bahawa:(a) premis makanan tidak boleh disenggarakan dan(b) perkakas tidak boleh digunakan sehingga diberi perakuan

secara bertulis menyatakan semuanya telah dibersihkan atau disucikan

Page 32: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 11Perintah secara bertulis penutupan serta merta tidak lebih dari 14 hari mana-mana premis tidak dibersihkan dan disucikan

SEKSYEN 13CMelalui notis secara menulis memerintahkan supaya memanggil balik, memindahkan atau menarik balik daripada penjualan makanan yang didapati melanggar atau disyaki melanggar Akta. [Subseksyen 1]

Page 33: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 29 (5) - Pengimportan• Menghendaki pengimport supaya melabelkan

semula atau memproses semula atau memperbaiki mutu makanan supaya mematuhi peruntukan Akta

SEKSYEN 32B [Mas.Akta A1266/2006]• Menyampaikan kepada orang yang dipercayai

telah melakukan satu kesalahan satu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di Mahkamah Majisteret paling hampir pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis.

Page 34: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 33 – Kuasa untuk mengkompaun

a) Dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun ‘kesalahan boleh kompaun’ yang dilakukan oleh orang dengan membuat tawaran bertulis kepada orang itu dengan mengutip daripada orang itu amaun yang tidak melebihi 50% amaun maksimum denda kesalahan itu. [Subseksyen (1)][Gan. Akta A1266]

Page 35: Akta Makanan 1983

4) KUASA MENTERISEKSYEN 3 (1)

• Melantik juruanalisis dan membuat peraturan-peraturan mengenai kelayakan, kelakuan dan tugas mereka

SEKSYEN 3 (2)• Melantik pegawai berkuasaSEKSYEN 3 (3)• Memberi kuasa mana-mana pegawai awam

untuk mendapatkan sampel bagi maksud analisis

Page 36: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 3A [Mas. Akta A1117/2001]

a) Menteri boleh meluluskan apa-apa bilangan makmal yang perlu [Subseksyen 1]

b) Menteri menyediakan senarai makmal diluluskan dan menyemaknya mengikut kehendak hal keadaan. [Subseksyen 3]

Page 37: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 29 (6)• Mengecualikan mana-mana makanan

atau kelas makanan daripada peruntukan-peruntukan Seksyen 29

SEKSYEN 34• Membuat peraturan-peraturan [merujuk

subseksyen (1) (a – x)] [subseksyen (1) (h), (I), (r), dan (w) Akta A1117/2001]

Page 38: Akta Makanan 1983

(5) KUASA MAHKAMAH

SEKSYEN 4 (8) [Pind. Akta A1117/2001]• Membuat perintah memusnahkan makanan yang

disita atau apa-apa perkakas apabila dimohon oleh pegawai berkuasa

SEKSYEN 4 (10) [Pind. Akta A1117/2001]• Mengarahkan pemusnahan atau pelupusan makanan

atau perkakas yang disita selepas pemunya disabitkan kesalahan

SEKSYEN 12• Mahkamah boleh memerintah penyiaran maklumat

orang yang disabitkan kesalahan diakhbar di Malaysia dan yang disabit kesalahan akan diarahkan untuk membayar kos penyiaran.

Page 39: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 18 (1)• Perintah pembatalan apa-apa lesen apabila

seseorang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan

SEKSYEN 18 (2)• Apabila seseorang telah disabitkan atas

sesuatu kesalahan, mahkamah boleh memerintah supaya makanan dari jenis yang serupa yang dipunyai atau dimiliki dilucuthak dan makanan tersebut dilupuskan

Page 40: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 21a) Memerintahkan juruanalisis bebas membuat

analisis [subseksyen (1)] danb) Memerintah pihak membuat permintaan

analisis membayar kos bagi analisis makanan. [subseksyen (2)]

SEKSYEN 32B• Mengeluarkan waran tangkap untuk seseorang

yang enggan hadir mahkamah Majisteret seperti diarahkan oleh Pengarah atau mana-mana pegawai berkuasa diberi kuasa atas kesalahan yang dilakukan melainkan orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu. [subseksyen (2)][Mas. Akta A 1226/2006]

Page 41: Akta Makanan 1983
Page 42: Akta Makanan 1983

BAHAGIAN 3 - KETERANGAN DAN KESALAHAN

1) KETERANGAN

SEKSYEN 19 – PENDAKWAAN [Pind. Akta A1117/2001]

a) Perakuan juruanalisis yang menyatakan sesuatu kesalahan telah berlaku di bawah Akta ini maka pegawai berkuasa boleh menjalankan prosiding di bawah Akta ini berdasarkan seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah dan seksyen 32A (Subseksyen 1)

Page 43: Akta Makanan 1983

• b) Perakuan juruanalisis hendaklah diberikan kepada Pengarah atau pegawai berkuasa dalam tempuh 90 hari dari tarikh makanan itu dihantar untuk analisis. (Subskesyen 1A)

• c) Pendakwaan cuma boleh dijalankan dalam tempuh 150 hari dari masa makanan dibeli atau didapati (Subseksyen 2)

Page 44: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 20 - PERAKUAN JURUANALISIS

Perakuan juruanalisis hendaklah menjadi keterangan “PRIMA FACIE” dengan syarat:

a) pihak dituduh ingin kehadiran juruanalisis untuk pemeriksaan balas telah menghantar notis yang menghendaki kehadiran juruanalisis telah dihantar ke pihak pendakwa 3 hari sebelum perbicaraan dan

b) pihak pendakwa perlu memberitahu orang yang dituduh bahawa beliau ingin menggunakan perakuan juruanalisis sebagai keterangan di mahkamah secara bertulis bersama dengan perakuan juruanalisis 10 hari sebelum perbicaraan.

Page 45: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 6 – PROSEDUR MENGAMBIL SAMPEL

a) Pegawai Berkuasa memberitahu penjual atau agen atau pengkhidmatnya yang menjual makanan tujuan pembelian atau mendapatkan sampel adalah untuk tujuan analisis [Seksyen 6 (1)]

b) Prosedur pengambilan dan pengurusan sampel hendaklah seperti yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan [Seksyen 6 (2)]

Page 46: Akta Makanan 1983

2) KESALAHAN DAN PENALTI

Page 47: Akta Makanan 1983

2) KESALAHAN DAN PENALTI

Page 48: Akta Makanan 1983
Page 49: Akta Makanan 1983
Page 50: Akta Makanan 1983
Page 51: Akta Makanan 1983

BAHAGIAN 4 - PENGIMPORTAN, WARANTI DAN PEMBELAAN.

SEKSYEN 29 (Pengimportan)i) Pengimpotan makanan yang tidak mematuhi peruntukan

Akta dan peraturan dilarang (Subseksyen 1)ii) Perlabelan semula makanan diproses dalam bentuk

sempurna. (Subseksyen 2)iii) Pemprosesan semula atau memperbaiki mutu makanan

mentah atau separa proses untuk mematuhi standard. (Subseksyen 3)

iv) Tempoh pelabelan semula, pemprosesan semula atau perbaikan mutu ialah 3 bulan. (Subseksyen 4)

v) Melabel semula, memproses semula atau memperbaiki mutu makanan dilakukan di bawah penyeliaan pegawai berkuasa. (Subseksyen 5)

Page 52: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 30 – SEKSYEN 32

1) SEKSYEN 30 - (Waranti)i) Pengesahan waranti samada secara

bertulis atau lain-lain pernyataan bertulis bahawa makanan mematuhi undang-undang tentang makanan yang ditetapkan oleh Menteri. (Subseksyen 1)

ii) Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan Subseksyen 1 boleh dipenjarakan selama tidak lebih dari 3 tahun, denda atau kedua-duanya. (Subseksyen 2)

Page 53: Akta Makanan 1983

2) SEKSYEN 31 - (Waranti bertulis menjadi pembelaan yang memadai)i) Waranti menjadi pembelaan atas syarat-syarat

defendan buktikan:– berdasarkan waranti bertulis atau pernyataan bertulis

dan ditadatangani pembekal [Subseksyen 1(a)]– tiada sebab mempercayai makanan tidak menepati

waranti atau pernyataan [Subseksyen 1(b)]– makanan sebenarnya menepati waranti atau pernyataan

[Subseksyen 1(c)]

ii) Waranti bertulis atau pernyataan bertulis diberi atau dibuat oleh orang bermastautin di luar Malaysia tidak boleh menjadi pembelaan. (Subseksyen 2)

Page 54: Akta Makanan 1983

iii) Waranti boleh menjadi pembelaan

melainkan defendan :• dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan waranti

atau pernyataan memberi satu salinan kepada Pengarah atau pegawai diberi kuasa [Subseksyen 3(a)]

• dalam tempoh 7 hari selepas penyampaian saman menyerah kepada pendakwa satu salinan waranti atau pernyataan dengan notis bertulis menyatakan ingin bergantung kepadanya dan sebutkan nama dan alamat pembekal dan hantar satu notis serupa kepada pembekal tersebut melalui pos berdaftar. [Subseksyen 3(b)]

Page 55: Akta Makanan 1983

3) SEKSYEN 32 - (Penalti kerana waranti palsu)i) Waranti palsu secara bertulis melanggar

seksyen ini. Defendan boleh dipenjarakan tidak lebih dari 2 tahun atau denda atau kedua-duanya. (Subseksyen 1)

ii) Tempoh 150 hari tidak terpakai berhubung dengan waranti palsu. (Subseksyen 2) [Pind. Akta A1117/2001]

Page 56: Akta Makanan 1983

BAHAGIAN 5 – PERUNTUKKAN PELBAGAI

SEKSYEN 32A – Pendakwaan [Mas. Akta A1117/2001]– Pendakwaan kesalahan perlu dapat keizinan Pendakwa Raya.

SEKSYEN 32B – Kuasa untuk memerintahkan kehadiran di mahkamah [Mas. Akta A1266/2006]

(1) Orang yang dipercayai telah melakukan satu kesalahan boleh diberi satu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di Mahkamah Majisteret paling hampir pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis. [Seksyen 32B(1)]

(2) Sekiranya orang yang telah diberi notis ini tidak menghadiri mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan maka waran tangkap boleh dikeluarkan oleh Mahkamah kecuali tidak semudahsabah bagi orang itu untuk menghadiri mahkamah atau bagi kesalahan yang boleh dikompaun di mana orang itu telah dibenarkan dikompaun. [Seksyen 32B (2)]

Page 57: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 33 – Kuasa untuk mengkompaun [Gan. Akta A1117/2001] dan [Gan. Akta A1266/2006]

a) Dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun ‘kesalahan boleh kompaun’ yang dilakukan oleh orang dengan membuat tawaran bertulis kepada orang itu dengan mengutip daripada orang itu amuan yang tidak melebihi 50% amaun maksimum denda kesalahan itu. (Subseksyen 1) [Gan. Akta A1266/2006]

b) Kompaun perlu dijelaskan oleh orang yang kena dikompaun dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis termasuk tempoh perlanjutan. (Subseksyen 2) [Gan. Akta A1266/2006]

c) Apabila kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1),a.tiada pendakwaan boleh dibuat dalam tempoh

kompaun [subseksyen 3 (a)] b.perkakas atau makanan yang disita dilucuthakkan, dimusnahkan

atau dipulangkan kepada orang itu mengikut Pengarah atau pegawai berkuasa selepas pertimbangan. Tiada prosiding selanjutnya boleh diambil berkenaan makanan itu. [subseksyen 3 (b)]

Page 58: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 34 – Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

i) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi mana-mana perkara berikut. (Subseksyen 1)a) Menetapkan standard, komposisi, kekuatan, potensi,

ketulenan, kualiti, berat, kuantiti, tempoh penggunaan atau lain-lain sifat makanan atau apa-apa ramuan atau komponennya. [Subseksyen 1(a)]

b) Melarang penambahan apa-apa bahan tertentu. [Subseksyen 1(b)]

c) Melarang penambahan bahan tertentu lebih daripada kuantiti tertentu yang dibanarkan. [Subseksyen 1(c)]

d) Mengisytiharkan apa-apa makanan yang teraduk samada yang sediada, ditambah atau dikeluarkan atau ditinggalkan. [Subseksyen 1(d)]

Page 59: Akta Makanan 1983

e) Melarang apa-apa cara penyediaan atau pengawetan makanan. [Subseksyen 1(e)]

f) Berkenaan penggunaan apa-apa bahan sebagai ramuan makanan yang dapat menahan pengguna atau pembeli dari terpedaya atau terkeliru tentang kualiti, kuantiti, sifat, nilai, komposisi, efek, merit atau keselamatannya atau untuk mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna atau pembeli. [Subseksyen 1(f)]

g) Menjamin kebersihan dan bebas dari pencemaran atau pengadukan makanan semasa menyediakan, mengawet, membungkus, menyimpan, mengangkut, mengedar, atau menjual dan kebersihan tempat, bekas, perkakas dan kenderaan. [Subseksyen 1(g)]

Page 60: Akta Makanan 1983

h) Mengawal selia premis makanan dan orang yang bekerja atau memberikan perhatian dalam aktiviti berhubung dengan premis makanan atau yang ambil kerja di premis itu. [Subseksyen 1(h)] [Gan. Akta A1117/2001]

j) Berkenaan pengangkutan termasuk pelesenan kenderaan untuk mengangkut makanan. [Subseksyen 1(j)]

k) Menetapkan cara melabelkan makanan. [Subseksyen 1(k)]

l) Menetapkan saiz, dimensi dan lain-lain spesifikasi bungkusan makanan. [Subseksyen 1(l)]

m) Menetapkan kaedah menganalisis makanan dan bentuk perakuan analisis. [Subseksyen 1(m)]

Page 61: Akta Makanan 1983

n) Menetapkan standard-standard dan syarat-syarat yang hendak dipatuhi oleh makmal berkenaan dengan analisis makanan. [Subseksyen 1(n)]

o) Mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran dan pelesenan makmal dan juruanalisis dan menetapkan fee. [Subseksyen 1(o)]

p) Menetapkan fee yang kena dibayar bagi menganalisis makanan oleh juruanalisis dan salinan keputusan analisis dan lesen yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan termasuk lesen atau pendaftaran berhubung dengan pengimportan dan pengeksportan makanan. [Subseksyen 1(p)]

Page 62: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 34 – Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

(Kuasa Menteri)

q) Menetapkan fee yang kena dibayar bagi sesuatu lesen atau perakuan yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan berhubung dengan pengimpotan, pengeksportan, penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan, pengedaran atau penjualan makanan. [Subseksyen 1(q)]

r) Melarang atau mengawalselia penjualan, pengiklanan, pengimpotan atau pengeksportan makanan. [Subseksyen 1(r)]

ra) Mengadakan peruntukan tentang perkara yang berhubung dengan pemanggilan

balik, pemindahan atau menarik balik daripada penjualan makanan dari premis

makanan [Subseksyen 1 (ra)] [Mas. Akta a1117/2001]

s) Menetapkan makanan yang perlu diberi waranti dan bentuk waranti. [Subseksyen 1(s)]

Page 63: Akta Makanan 1983

t) Melarang penjualan makanan tertentu dengan apa jua cara lain daripada mengikut berat. [Subseksyen 1(t)]

u) Menghendaki orang-orang yang menjual makanan supaya menyenggara buku dan rekod. [Subseksyen 1(u)]

v) Menetapkan kehendak-kehendak mengenai pembungkusan makanan dan untuk melarang meletakkan apa-apa patung, duit atau lain-lain benda dalam makanan untuk dijual atau dalam bungkusan-bungkusan makanan. [Subseksyen 1(v)]

w) Menetapkan penalti denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak lebih daripada 2 tahun kerana melanggar mana-mana peraturan. [Subseksyen 1(w)] [Gan. Akta A1117/2001]

x) Menetapkan apa-apa jua yang hendak ditetapkan atau boleh ditetapkan melalui peraturan. [Subseksyen 1(x)]

SEKSYEN 34 – Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

(Kuasa Menteri)

Page 64: Akta Makanan 1983

SEKSYEN 35 (1) – Pemansuhan dan kecualianOrdinan-ordinan berikut adalah dimansuhkan setakat yang berkaitan dengan makanan:(a) Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952 (No.28 tahun 1952)(b) Ordinan Kesihatan Awam (Sabah No. 7 tahun 1960) dan(c) Ordinan Kesihatan Awam (Sarawak No. 24 tahun 1962)

SEKSYEN 36 – Pemakaian bagi tembakau dsb. [Gan. Akta A1117/2001]

1) Peruntukan-peruntukan Akta ini boleh diperluaskan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya untuk meliputi tembakau, cerut, rokok, tembakau sedut dan bahanbahan lain.

SEKSYEN 34 – Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

(Kuasa Menteri)

Page 65: Akta Makanan 1983

2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana berikut:a) pengawalselia atau larangan terhadap pengiklanan atau

penajaan hasil tembakaub) cara pelabelan bekas rokokc) tatacara pengambilan sampel hasil tembakau untuk

analisisd) larangan terhadap merokok hasil tembakau dalam

bangunan tertentu dan perisytiharan tempat sebagai tempat larangan merokok

e) larangan terhadap penjualan hasil tembakau kepada orang di bawah umur 18 tahun dan

f) perkara yang difikirkan suaimanfaat atau perlu oleh menteri

Page 66: Akta Makanan 1983

Sekian, TQ