akta penagih dadah (rawatan dan pemulihan) 1983

20
Hemy Annerina binti Haja Mydin Penasihat Undang-Undang Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri

Upload: pusat-latihan-aadk

Post on 22-May-2017

403 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Hemy Annerina binti Haja Mydin

Penasihat Undang-Undang

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Kementerian Dalam Negeri

Page 2: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Latar belakang Digubal pada 1983

Tarikh berkuatkuasa 15 April 1984

Kini Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diberi tanggungjawab dan peranan melaksanakan rawatan dan pemulihan ke atas penagih dadah di Malaysia

Dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Dipinda pada 1 September 1998 melalui P.U(B) 329/98

2

Page 3: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Tujuan Digubal bagi membuat peruntukan mengenai rawatan

dan pemulihan penagih dadah

Mengandungi peruntukan penting:

tatacara penahanan penagih dadah

perintah Majistret ke atas penagih dadah

rawatan penagih dadah secara sukarela

Penubuhan Pusat Pemulihan Kerajaan dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian

Kesalahan-kesalahan dan hukuman

3

Page 4: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selepas 1998? Rawatan dan pemulihan di Pusat Jagaan Lanjutan (PGL)

dimansuhkan dan digantikan dengan perintah pengawasan selama 2 tahun

Bon digantikan dengan syarat pengawasan Majistret tiada budibicara menimbangkan keadaan kes, watak,

riwayat, umur, kesihatan, pelajaran, pekerjaan, keluarga dan hal keadaan lain penagih dadah sebelum membuat perintah

Perakuan Pegawai Perubatan diterima sebagai keterangan konklusif dan tidak boleh dicabar kecuali kesilapan teknikal pada Borang 1

Hukuman bagi pelanggaran bon iaitu tinggal di PS (2 tahun) dan PGL dimansuhkan

Jawatankuasa Pemulihan dimansuhkan Kuasa Lembaga Pelawat dihadkan

4

Page 5: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Penagih Dadah? Seseorang yang melalui penggunaan mana-mana

dadah berbahaya

Mengalami suatu keadaan psikik(psychic) dan kadangkala keadaan fizikal (physical state) yang dicirikan dengan gerak balas tingkah laku (behavioural) dan gerak balas lain (other responses)

yang meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan (continous) atau berkala (periodic) untuk mengalami kesan psikiknya dan untuk mengelakkan ketagihan kerana ketiadaannya.”

5

Page 6: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Tangkapan Pegawai polis atau pegawai pemulihan mempunyai kuasa

untuk menahan saspek yang disyaki penagih dadah di bawah seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

Saspek ditahan tidak melebihi tempoh 24 jam di mana-mana tempat yang sesuai

Tujuan saspek ditahan untuk menjalani ujian-ujian

Perlu dapatkan perintah reman sekiranya: Ujian tidak boleh dijalankan

Ujian tidak boleh disiapkan

Keputusan Ujian tidak dapat diperolehi dalam tempoh 24jam

6

Page 7: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Hak-hak orang yang ditahan Hak asasi manusia (fundamental rights) di bawah

Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan

Seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah termasuk:

Wajib dimaklumkan oleh Pegawai kepada saspek

Sebab-sebab tangkapan (grounds of arrest)

Komunikasi dengan saudara atau kawan mengenai kedudukan (whereabouts)

Komunikasi dan mendapatkan nasihat peguambela pilihannya sendiri (communicate and consult lawyers of his own choice)

7

Page 8: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Jaminan Pegawai Seksyen 4(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan

Pemulihan) 1983

Pegawai polis atau Pegawai pemulihan

Bebas saspek dengan jamin (bail) dengan penjamin atau tanpa penjamin

Syarat Jaminan adalah supaya saspek hadir pada masa dan di tempat yang ditetapkan dalam bon

Lazimnya 1 atau 2 penjamin warganegara tempatan

8

Page 9: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Jaminan Mahkamah Bon Jaminan oleh Mahkamah

Penjamin atau Tanpa Penjamin

SYARAT: hadir pada masa dan tempat yang disebut dalam bon bagi tujuan menerima ujian-ujian atau menerima keputusan ujian sekiranya saspek telah menjalani ujian tetapi keputusan ujian masih belum diketahui

Seksyen 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

9

Page 10: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Perintah Reman Dikeluarkan oleh Majistret di bawah seksyen 4(1)(b) Akta

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 atas permohonan Pegawai Polis atau Pegawai Pemulihan

Pegawai melaporkan kepada Majistret bahawa saspek perlu ditahan bagi maksud menjalani ujian-ujian

Tujuan perintah reman adalah untuk menahan saspek selama tempoh tidak melebihi 14 hari bagi tujuan menjalani ujian-ujian

Saspek ditahan di tempat tahanan yang sah iaitu lokap

Kegagalan mendapatkan perintah reman menyebabkan tahanan lanjut oleh Pegawai menjadi tidak sah dan merupakan tahanan salah (wrongful detention)

10

Page 11: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Kegagalan mematuhi Bon Jaminan Pegawai atau Mahkamah Pegawai memohon agar Mahkamah mengeluarkan

waran tangkap terhadap saspek

Bon Jaminan dilucuthak di bawah seksyen 404 Kanun Tatacara Jenayah

11

Page 12: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Pemulihan wajib melalui Perintah Mahkamah Seksyen 6 (1)(a)Akta Penagih Dadah (Rawatan dan

Pemulihan) 1983

Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952

Seksyen 38A Akta Dadah Berbahaya 1952

12

Page 13: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Syarat-syarat Pengawasan 6 syarat-syarat utama Di bawah seksyen 6(2)(a) hingga (f) Akta Penagih Dadah (Rawatan

dan Pemulihan) 1983 Terpakai ke atas semua perintah pemulihan dbs 6, 8 atau 9 Akta

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Penagih Dadah diawasi oleh salah seorang Pegawai iaitu Pegawai

Pemulihan, Pegawai Polis, Pegawai Provost, Pegawai Atasan (commanding officer)

Tugas Pegawai adalah memastikan penagih dadah sentiasa diawasi, tidak terlibat dengan dadah dan kekal kepulihan sepanjang tempoh pengawasan iaitu 2 atau 2-3 tahun sebagaimana yang ditetapkan oleh Majistret

Pegawai hendaklah memastikan semua syarat pengawasan dipatuhi (full compliance) dan tiada pelanggaran kepada mana-mana syarat

13

Page 14: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Pemulihan wajib atas Perintah Majistret Berdasarkan seksyen 6(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan

Pemulihan) 1983 Kehendak utama yang perlu dipatuhi oleh Majistret sebelum

memberikan perintah rawatan dan pemulihan ke atas penagih dadah iaitu Pegawai Perubatan memperakui bahawa saspek merupakan Penagih

Dadah Syor Pegawai Pemulihan Peluang untuk membuat representasi kepada Penagih Dadah

Majistret mengeluarkan perintah menggunakan Borang 3 atau Borang 4

Butiran Borang 3 atau Borang 4 hendaklah dipastikan betul dan disemak bagi mengelakkan kesilapan dan menyebabkan penagih dadah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi

Borang yang telah ditandatangani oleh Majistret diterang, dibaca, diserahkan kepada Penagih Dadah oleh Pegawai dengan bukti serahan

14

Page 15: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Syarat-syarat Pengawasan Tinggal di dalam Negeri atau

Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

Tidak boleh meninggalkan kawasan tempat dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah;

Melaporkan diri di balai polis yang paling hampir atau bagi anggota angkatan tentera di tempat yang ditetapkan oleh Pegawai;

Tidak boleh mengambil, menggunakan atau memiliki apa-apa dadah berbahaya;

Menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang diperintahkan oleh Pegawai;

Menjalani apa-apa jua program pemulihan penagih dadah yang diadakan oleh Kerajaan.

15

Page 16: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Pemulihan Sukarela PUSPEN (2 tahun + 2 tahun pengawasan dalam komuniti)

Tindakan proaktif daripada penagih dadah sendiri mendapatkan rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Kerajaan (PUSPEN)

Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Syarat pengawasan Langgar syarat dikenakan hukuman

PENGAWASAN DALAM KOMUNITI (2-3 tahun) Penagih dadah perlu berjumpa dengan Pegawai Pemulihan Seksyen 8 (3)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Syarat pengawasan Langgar syarat dikenakan hukuman

PENAGIH DADAH SUKARELA tidak didakwa: Apabila melarikan dari dari jagaan yang sah (seksyen 19(3)) Melanggari mana-mana terma/syarat berhubung kediaman, rawatan atau pemulihan di

Pusat Pemulihan dbs 20(1)(a) Melanggari mana-mana kaedah berhubungan dengan sesuatu Pusat Pemulihan dbs

20(1)(b)

16

Page 17: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Pemulihan sukarela Pusat Pemulihan Dadah Persendirian

Doktor Kerajaan

Doktor Swasta

Seksyen 16 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

17

Page 18: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Kesalahan-kesalahan Pelanggaran syarat pengawasan oleh Orang Kena

Pengawasan (OKP) di bawah seksyen 6(3) APD(R&P)1983 –penjara tidak lebih 3 tahun atau 3 kali sebatan atau kedua-duanya sekali

Lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang di bawah seksyen 19(3) APD(R&P)1983 -

Kesalahan Penghuni di PUSPEN atau Orang Kena Pengawasan (OKP) di bawah seksyen 20 APD(R&P)1983

18

Page 19: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983

Lain-lain peruntukan Sumbangan bagi kos saraan, rawatan dan pemulihan (seksyen 22) Perlindungan orang-orang yang bertindak di bawah kuasa Akta

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (seksyen 25) Aktiviti yang membantu rawatan dan pemulihan (seksyen 26) Memisahkan orang yang belum dewasa (seksyen 27) Bidang kuasa Mahkamah (seksyen 24) Tempoh pemenjaraan atau tahanan disifatkan sebagai tempoh

kediaman, jagaan lanjutan atau pengawasan (seksyen 21) Pemberitahuan wajib mengenai penagih dadah (seksyen 18) Pemindahan di antara Pusat-Pusat (Seksyen 17) Penyingkatan tempoh kediaman di Pusat Pemulihan (seksyen 12) Pusat Pemulihan (seksyen 10) Lembaga Pelawat (seksyen 11)

19

Page 20: Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983