akta 196 undang undang amanah

9
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 196 AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADAN PERUNDANGAN NEGERI) 1949 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Trusts (State Legislatures Competency) Act 1949. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [ Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Upload: alip-pg

Post on 10-Dec-2014

313 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Akta 196 undang undang amanah

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 196

AKTA AMANAH (KOMPETENSIBADAN PERUNDANGAN

NEGERI) 1949Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Trusts (State LegislaturesCompetency) Act 1949. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1)Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Page 2: Akta 196 undang undang amanah

Undang-Undang Malaysia2 AKTA 196

AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADANPERUNDANGAN NEGERI) 1949

Pertama kali diperbuat … … … 1949 (Ord. No. 25tahun 1949)

Disemak … … … … … … 1977 (Akta 196 m.b.p.1 Disember 1977)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001

Page 3: Akta 196 undang undang amanah

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri) 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 196

AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADANPERUNDANGAN NEGERI) 1949

SUSUNAN SEKSYEN

Seksyen

1. Tajuk ringkas

2. Tafsiran

3. Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang yang mengadakan peruntukan bagi penubuhan amanah

4. Meminda undang-undang yang sedia ada

5. Pengiktirafan amanah di seluruh Semenanjung Malaysia

6. Kecualian

JADUAL

Page 4: Akta 196 undang undang amanah

Undang-Undang Malaysia4 AKTA 196

Page 5: Akta 196 undang undang amanah

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri) 5

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 196

AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADANPERUNDANGAN NEGERI) 1949

Suatu Akta untuk memberikan kuasa kepada Badan PerundanganNegeri untuk meluluskan undang-undang yang mengadakanperuntukan bagi penubuhan amanah.

[30 Ogos 1949]

Tajuk ringkas

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Amanah (KompetensiBadan Perundangan Negeri) 1949.

(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya di Semenanjung Malaysia.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain—

“sedia ada” ertinya sedia ada pada permulaan kuat kuasa Aktaini.

*“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikankepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 & 1967 [Akta 388],dan termasuklah Wilayah Persekutuan.

Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk meluluskanundang-undang yang mengadakan peruntukan bagi penubuhanamanah

3. (1) Badan Perundangan Negeri berwibawa untuk meluluskanundang-undang yang mengadakan peruntukan, berhubung denganapa-apa perkara atau hal yang dinyatakan dalam Jadual, bagi*CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai“Semenanjung Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

Page 6: Akta 196 undang undang amanah

Undang-Undang Malaysia6 AKTA 196

penubuhan apa-apa amanah tertentu dan pelantikan pemegang-pemegang amanah berkenaan dengannya, dan bagi apa-apa hallain yang bersampingan atau berbangkit berhubung dengannyasebagaimana yang difikirkan perlu oleh Badan Perundangan itu,dan dari semasa ke semasa untuk meminda atau memansuhkanmana-mana undang-undang itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan perintah, menambahatau meminda Jadual.

Meminda undang-undang yang sedia ada

4. Jika mana-mana Enakmen Negeri yang sedia ada mengadakanperuntukan, berhubung dengan apa-apa perkara atau hal yangdinyatakan dalam Jadual, bagi penubuhan apa-apa amanah tertentu,maka Badan Perundangan Negeri berwibawa untuk meminda ataumemansuhkan Enakmen itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

Pengiktirafan amanah di seluruh Semenanjung Malaysia

5. Apa-apa amanah yang ditubuhkan dengan sempurna oleh ataudi bawah suatu undang-undang Negeri, sama ada diluluskan sebelumatau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, selagiundang-undang Negeri itu masih berkuat kuasa, diiktiraf dengansewajarnya sebagai demikian di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kecualian

6. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak dankuasa Parlimen untuk meluluskan apa-apa undang-undang yangdifikirkannya patut berhubung dengan amanah dan pemegang amanah.

Page 7: Akta 196 undang undang amanah

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri) 7

JADUAL

[Seksyen 3]

Amanah Agama Islam

Biasiswa Negeri

Endowmen Pendidikan Negeri

Khairat dan Institusi Khairat

Taman Negeri

Kemajuan Kawasan Bandar

Amanah Warisan Negeri

Page 8: Akta 196 undang undang amanah

Undang-Undang Malaysia8 AKTA 196

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 196

AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADANPERUNDANGAN NEGERI) 1949

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

L.N. 610/1951 Perintah Amanah (Kompetensi 01-11-1951Badan Perundangan Negeri danSelat) 1951

P.U. (A) 404/1990 Perintah Amanah (Kompetensi 23-11-1990Badan Perundangan Negeri)(Pindaan Jadual) 1990

Page 9: Akta 196 undang undang amanah

Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri) 9

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 196

AKTA AMANAH (KOMPETENSI BADANPERUNDANGAN NEGERI) 1949

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

Jadual L.N. 610/1951 01-11-1951P.U. (A) 404/1990 23-11-1990