d.r. 29/90 - parlimen.gov.my · d.r. 29/90 naskhah sahih—bahasa malaysia rang undang-undang...

21
D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. 3. Pendaftaran dikehendaki untuk menjalankan perniagaan sebagai syarikat amanah di Labuan. 4. Pendaftaran syarikat amanah. 5. Terma dan syarat pendaftaran. 6. Kehendak-kehendak tambahan bagi syarikat amanah. 7. Pematuhan akan Akta Syarikat 1965. 8. Sekatan ke atas syarikat amanah, 9. Pembekalan maklumat dan pemeriksaan. 10. Pengkenselan pendaftaran. 11. Penerusan sementara bagi penggulungan. BAHAGIAN II KUASA-KUASA SYARIKAT AMANAH 12. Kuasa syarikat amanah untuk bertindak sebagai wasi. 13. Kuasa syarikat amanah untuk bertindak sebagai pentadbir. 14. Kuasa-kuasa tambahan syarikat amanah. 15. Kuasa syarikat amanah untuk bertindak sebagai pemegang amanah tunggal. 16. Kuasa syarikat amanah untuk bertindak sebagai pemegang amanah bersama, dsb., dengan pemegang amanah lain. 17. Perwakilan kepada syarikat amanah. Fasal

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

D.R. 29/90

Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia

RANG UNDANG-UNDANG SYARIKATAMANAH LABUAN 1990

SUSUNAN FASAL

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

2. Tafsiran.3. Pendaftaran dikehendaki untuk menjalankan perniagaan

sebagai syarikat amanah di Labuan.4. Pendaftaran syarikat amanah.5. Terma dan syarat pendaftaran.

6. Kehendak-kehendak tambahan bagi syarikat amanah.7. Pematuhan akan Akta Syarikat 1965.8. Sekatan ke atas syarikat amanah,

9. Pembekalan maklumat dan pemeriksaan.10. Pengkenselan pendaftaran.

11. Penerusan sementara bagi penggulungan.

BAHAGIAN IIKUASA-KUASA SYARIKAT AMANAH

12. Kuasa syarikat amanah untuk bertindak sebagai wasi.13. Kuasa syarikat amanah untuk bertindak sebagai pentadbir.14. Kuasa-kuasa tambahan syarikat amanah.

15. Kuasa syarikat amanah untuk bertindak sebagai pemegangamanah tunggal.

16. Kuasa syarikat amanah untuk bertindak sebagai pemegangamanah bersama, dsb., dengan pemegang amanah lain.

17. Perwakilan kepada syarikat amanah.

Fasal

Page 2: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

2 RANG UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN IIIPELBAGAI

18. Syarikat ainanah tertakluk kepada kawalan, dsb., yang samaseperti mana-manawasi, dsb., yang lain.

19. Afidavit pegawai.

20. Pemeriksaan buku dan akaun syarikat amanah.

21. Wang yang dibayar kepada syarikat amanah hendaklahdipegang sebagai amanah.

22. Komisen, fee, caj dan perbelanjaan yang dilevikan oleh syarikatamanah.

23. Kerahsiaan.

24. Pengkompaunan kesalahan.

25. Peraturan-peraturan.

26. Prosedur jika tiada diaturkan.

27. Terjemahan suratcara, dsb.

Fasal

Page 3: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

3

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pen-daftaran syarikat sebagai syarikat amanah di Labuan,mengenai penetapan kuasa-kuasa dan tugas-tugassyarikat amanah itu dan mengenai perkara-perkara yangberkaitan atau bersampingan dengannya.

[ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANGoleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan DewanNegara dan Dewan Rakyat yang .bersidang dalamParlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut;

BAHAGIAN IPERMULAAN

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syarikat AmanahLabuan 1990 dan hendaklah mula berkuatkuasa padatarikh yang ditetapkan oleh Menteri melaluipemberitahuan dalam Warta.

2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnyamenghendaki makna yang lain—

"bukan pemastautin" ertinya seorang yang bukanwarganegara atau pemastautin tetap Malaysia dan yangtidak terlibat dalam perdagangan atau perniagaan diMalaysia, dan termasuklah mana-mana syarikat luarpesisir yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat LuarPesisir 1990 dan mana-mana syarikat luar pesisir asingyang didaftarkan di bawah Akta itu;

Tajuknngkasdan mulaberkuatkuasa.

Tafsiran.

Akta

Page 4: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

4 RANG U N D A N G - U N D A N G

"estet" atau "harta pusaka" ertinya apa-apa harta, samaada harta tanah atau alih, yang diamanatkan kepadapentadbiran atau pengurusan suatu syarikat amanahsebagai wasi, pentadbir, pemegang amanah, penerima,jawatankuasa, penjaga atau ejen;

"juruaudit" ertinya juruaudi t syarikat diluluskansebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat1965;

"Labuan" ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi atau seoranghakim Mahkamah Tinggi;

"menjalankan perniagaan", berhubungan dengansesuatu syarikat amanah, ertinya menjalankan apa-apaaktiviti ekonomi sebagai pemegang amanah, ejen, wasiatau pentadbir menurut tujuan-tujuan syarikat amanah itudan, tanpa membataskan keluasan peruntukan yangtersebut di atas, termasuklah—

(a) menubuhkan atau menggunakan pejabatpemindahan syer atau pejabat pendaftaran syer;

(b) mentadbirkan, menguruskan atau selainnyamengurusniagakan harta sebagai ejen, wakil diridi sisi undang-undang atau pemegang amanah,sama ada melalui pengkhidmat atau ejen atauselainnya;

(c) menyenggarakan seorang ejen bagi maksudmensolisit atau mendapatkan perniagaan, samaada ejen itu bermastautin secara berterusan diLabuan atau tidak;

(d) menyenggarakan suatu pejabat, agensi ataucawangan, sama ada pejabat, agensi ataucawangan itu digunakan juga bagi apa-apamaksud oleh syarikat lain atau tidak;

(e) mengadakan—(i) perkhidmatan pengurusan dan per-

akaunan kepada; atau

Akta 125.

Page 5: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

SYARIKAT AMANAH L A B U A N 5

(ii) pengarah, setiausaha dan pejabatberdaftar bagi,

syarikat luar pesisir yang diperbadankan di bawahAkta Syarikat Luar Pesisir 1990 dan syarikat luarpesisir asing yang didaftarkan di bawah Akta itu;dan

(f) memperbadankan atau mendaftarkan syarikat dibawah Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 dan secaraamnya bertindak sebagai ejen penyerahan bagiapa-apa dokumen yang dikehendaki diserahkanoleh sesuatu syarikat atau seseorang di bawahAkta itu;

"Menteri'1 ertinya Menteri yang sedang diper-tanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangandan perindustrian;

"pegawai", berhubungan dengan sesuatu syarikatamanah, termasuklah—

(a) mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerjasyarikat amanah itu;

(b) seseorang penerima dan pengurus mana-manabahagian pengusahaan syarikat amanah itu yangdilantik di bawah suatu kuasa yang terkandungdalam mana-mana suratcara; dan

(c) mana-mana pelikuidasi sesuatu syarikat amanahyang dilantik dalam suatu penggulungansukarela,

tetapi tidaklah termasuk—

(A) mana-mana penerima yang juga bukannyaseorang pengurus;

(B) mana-mana penerima dan pengurus yangdilantik oleh Mahkamah; atau

(C) mana-mana pelikuidasi yang dilantik olehMahkamah atau oleh pemiutang-pemiutang;

Page 6: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

6 RANG U N D A N G - U N D A N G

"Pendaftar" ertinya Pendaftar Syarikat di bawah AktaSyarikat 1965 dan termasuklah mana-mana PendaftarSyarikat Rantau, Timbalan Pendaftar Syarikat atauPenolong Pendaftar Syarikat;

"syarikat amanah" ertinya mana-mana syarikat yangdidaftarkan untuk menjalankan perniagaan sebagaisyarikat amanah di bawah seksyen 4.

3. (1) Tiada syarikat boleh menjalankan perniagaansebagai syarikat amanah di Labuan melainkan jikasyarikat itu didaftarkan untuk menjalankan perniagaansedemikian di bawah Akta ini.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkanmenyentuh dengan apa-apa jua cara kuatkuasa PemegangAmanah Raya yang ditubuhkan di bawah Akta PemegangAmanah Raya 1950.

4. (1) Mana-mana syarikat yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 atau yang didaftarkan sebagaisyarikat asing di bawah Akta itu boleh memohon dalamborang yang ditetapkan dan atas pembayaran fee yangditetapkan kepada Pendaftar bagi pendaftaran sebagaisyarikat amanah untuk menjalankan perniagaan diLabuan.

(2) Tiada syarikat boleh dipertimbangkan bagipendaftaran sebagai syarikat amanah melainkan jika—

(a) modal dibenarkan bagi syarikat itu tidak kurangdaripada l ima ratus ribu ringgit yangdibahagikan kepada syer tidak kurang daripadasepuluh ringgit setiap satu;

(b) sekurang-kurangnya setengah daripada amauntiap-tiap syer yang diterbitkan oleh syarikat itumasih tidak dibayar dan tidak kena dipanggil,kecuali sekiranya berlaku dan bagi maksudpenggulungan atau pembubaran syarikat itu;

(c) sekurang-kurangnya seratus lima puluh riburinggit daripada modal dibenarkan telah dibayarsecara bonafide;

Pendaftarandikehendakiuntukmenjalankanperniagaansebagaisyarikatamanah diLabuan.

Akta 247.

Pendaftaransyarikatamanah.

Page 7: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

SYARIKAT AMANAH LABUAN 7

(d) syarikat itu telah mendepositkan denganAkauntan Negara sekuriti-sekuriti untukdiluluskan oleh Pendaftar bernilai seratus riburinggit; dan

(e) syarikat itu boleh menunaikan obligasi-obligasinya, selain daripada liabilitinya kepadapemegang syernya, tanpa mengambil kirasekuriti-sekuriti yang didepositkan sedemikiandengan Akauntan Negara.

(3) Tiada syarikat yang mempunyai sama ada ibupejabatnya atau pejabat berdaftarnya di luar Labuan bolehdidaftarkan sebagai syarikat amanah melainkan jikasyarikat itu menetapkan dan memberitahu Pendaftarsecara bertulis mengenai—

(a) pejabatnya di Labuan; dan

(b) dua daripada pegawai-pegawainya sebagai ejen-ejen diberikuasa bagi syarikat amanah itu diLabuan.

5. (1) Pendaftar boleh meluluskan permohonan bagipendaftaran sebagai syarikat amanah tertakluk kepadaapa-apa terma dan syarat (jika ada) sebagaimana yangdifikirkannya patut.

(2) Apabila didaftarkan, tiap-tiap syarikat amanahhendaklah membayar kepada Pendaftar apa-apa feependaftaran permulaan dan tahunan sebagaimana yangditetapkan.

(3) Peruntukan-peruntukan Akta Syarikat Amanah1949 tidaklah terpakai bagi syarikat yang didaftarkansebagai syarikat amanah di bawah Akta ini.

6. (1) Suatu syarikat yang diperbadankan di luarMalaysia dan didaftarkan sebagai syarikat amanah dibawah Akta ini hendaklah menyenggarakan sekianperingkat minimum modal dan rizab di Labuansebagaimana yang ditetapkan.

Terma dansyaratpendaftaran.

Akta 100.

Kehendak-kehendaktambahanbagi syarikatamanah.

Page 8: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

8 RANG UNDANG-UNDANG

(2) Tiap-tiap syarikat amanah yang subseksyen (3)seksyen 4 terpakai baginya hendaklah, dalam masa tujuhhari, menyerahkan suatu notis dalam. borang yangditetapkan kepada Pendaftar akan apa-apa pertukaranmengenai—

(a) pejabatnya di Labuan; atau(b) salah satu daripada atau kedua-dua ejen diberi-

kuasanya.

(3) Tiap-tiap syarikat amanah hendaklah, apabila danseberapa kerap yang apa-apa perubahan dibuat padamemorandum atau perkara-perkara persatuan syarikatamanah itu atau pada apa-apa suratcara lain yang dibawahnya syarikat amanah itu diperbadankan, dalam masatujuh hari, menyerahkan kepada Pendaftar butir-butirlengkap secara bertulis mengenai perubahan sedemikian,ditentusahkan melalui suatu afidavit yang dibuat atauakuan yang diangkat sumpah, mengikut mana-mana yangberkenaan, oleh seorang pegawai syarikat amanah itu.

7. Pendaftaran sesuatu syarikat untuk menjalankanperniagaan sebagai syarikat amanah di bawah Akta initidaklah melepaskan syarikat itu daripada mematuhiperuntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965.

8. Suatu syarikat amanah hendaklah memberi per-khidmatan hanya kepada bukan pemastautin sahaja.

9. (1) Tiap-tiap syarikat amanah hendaklahmengemukakan kepada Pendaftar apa-apa maklumat, datadan penyata sebagaimana yang ditetapkan.

(2) Walau apa pun seksyen 23, Pendaftar boleh, bagimaksud memuaskan hat inya bahawa peruntukan-peruntukan Akta ini dipatuhi dan bahawa syarikat amanahitu adalah dalam kedudukan kewangan yang kukuh,mempunyai akses kepada dan memeriksa buku, rekod,baucar, dokumen, wang tunai dan sekuriti mana-manasyarikat amanah dan meminta apa-apa maklumat daripadamana-mana pegawai syarikat amanah itu sebagaimanayang perlu.

PematuhanakanAkta Syarikat1965.

Sekatanke atassyarikatamanah.

Pembekalanmaklumatdanpemenksaan.

Page 9: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

SYARIKAT AMANAH LABUAN 9

(3) Menteri boleh secara bertulis memberikuasa mana-mana orang lain untuk menolong Pendaftar dalammelaksanakan fungsi-fungsinya di bawah seksyen ini.

(4) Mana-mana pegawai syarikat amanah yangmerintang atau menghalang Pendaftar atau mana-manaorang yang diberikuasa sedemikian semasa menjalankanmana-mana kuasa yang disebut dalam subseksyen (2)adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Tiga ribu ringgit.

(5) Mana-mana pegawai syarikat amanah yang, dalammembekalkan apa-apa maklumat sebagaimana yangdikehendaki di bawah subseksyen (2), dengan disedarinyaatau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan yangpalsu dalam apa-apa butir material adalah melakukansuatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Tiga ribu ringgit.

10. (1) Jika Pendaftar berpuas hati bahawa mana-manasyarikat amanah—

(a) telah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana terma atau syarat pendaftarannya;

(b) sedang melanggar mana-mana peruntukan Aktaini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya;

(c) telah melanggar mana-mana undang-undanglain yang mengenakan tugas atau obligasi keatasnya; atau

(d) telah disabitkan atas suatu kesalahan, sama adadi Malaysia atau di tempat lain, dan dihukumdenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit,

dan Pendaftar berpendapat bahawa, memandangkan jenispelanggaran, kegagalan, atau kesalahan itu, adalah takdiingini bagi syarikat amanah itu berterusan didaftarkan,maka dia hendaklah memberitahu syarikat amanah itumengenai pendapatnya dan sebab-sebab baginya dan

Pengkenselanpendaftaran.

Page 10: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

10 RANG UNDANG-UNDANG

hendaklah menghendaki syarikat amanah itu membuatrepresentasi-representasi dalam masa tiga puluh haritentang mengapa pendaftaran syarikat amanah itu tidakpatut dikenselkan.

(2) Apabila diterima apa-apa representasi yang dibuatdi bawah subseksyen (1) dan selepas pertimbangan wajarakan representasi-representasi itu, atau apabila habisnyatempoh masa yang ditetapkan dalam subseksyen itu jikatiada apa-apa representasi dibuat, Pendaftar hendaklahmengkenselkan pendaftaran syarikat amanah itu ataumengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yangdifikirkannya patut.

(3) Jika Pendaftar memutuskan untuk mengkenselkanpendaftaran syarikat amanah di bawah subseksyen (2)—

(a) dia hendaklah memberitahu syarikat amanah itumengenai keputusannya dan sebab-sebabbaginya; dan

(b) syarikat amanah itu boleh, tidak lewat daripadatiga puluh hari selepas diberitahu mengenaikeputusan Pendaftar, merayu kepada Menteriyang boleh mengesahkan, mengubah ataumengakaskan keputusan itu.

(4) Jika Menteri mengesahkan keputusan Pendaftaruntuk mengkenselkan pendaftaran syarikat amanah ataujika syarikat amanah telah diberitahu mengenai keputusanPendaftar untuk mengkenselkan pendaftarannya dan tidakmerayu dalam masa yang ditetapkan, Pendaftar hendaklahmenyebabkan suatu notis mengenai pengkenselan itudisiarkan dalam Warta dan syarikat amanah itu hendaklahberhenti menjalankan perniagaan mulai dari tarikhpengkenselan yang dinyatakan dalam notis itu.

1 . Walau apa pun subseksyen (4) seksyen 10, Pendaftarboleh memberikuasa syarikat amanah secara bertulisuntuk menjalankan perniagaan pada apa-apa takat danbagi apa-apa jangkamasa sebagaimana yang dinyatakandalam pemberikuasaan itu hanya bagi maksudmembolehkan syarikat amanah itu menggulungkan hal-ehwalnya berbangkit daripada pengkenselan pen-daftarannya.

Penerusansementarabagipenggulungan.

Page 11: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

S Y A R I K A T AMANAH L A B U A N I I

BAHAGIAN IIKUASA-KUASA SYARIKAT AMANAH

12. Jika mana-mana syarikat amanah dilantik sama adaberseorangan atau bersesama dengan mana-mana oranglain sebagai wasi dalam wasiat terakhir mana-manapewasiat atau dalam suatu kodisil kepada wasiat itu (samaada wasiat atau kodisil itu telah dibuat sebelum atauselepas mula berkuatkuasanya Akta ini), maka syarikatamanah itu boleh bertindak sebagai wasi dan bolehmemohon untuk probet bagi wasiat itu dan apa-apa kodisilkepadanya, dan boleh melakukan dan menunaikan segalatindakan dan tugas seseorang wasi dengan sepenuhnyadan berkesan seperti mana-mana wasi lain.

13. (1) Dalam apa-apa hal di mana seseorang bolehmemohon untuk mendapatkan pemberian surat kuasamentadbir harta pusaka seseorang yang telah mati (samaada dengan atau tanpa wasiat terlampir), orang itu boleh—

(a) menyertai suatu syarikat amanah dalampermohonan untuk mendapatkan pemberiansurat kuasa mentadbir harta pusaka itu bagidirinya sendiri dan syarikat amanah itu secarabersesama; atau

(b) sebagai ganti dirinya sendiri yang memohon,memberikuasa suatu syarikat amanah memohonuntuk mendapatkan pemberian surat kuasamentadbir harta pusaka itu.

(2) Jika pentadbiran mana-mana harta pusaka (denganatau tanpa wasiat terlampir) diberikan kepada syarikatamanah sama ada berseorangan atau bersesama denganmana-mana orang lain, syarikat amanah itu bolehmelakukan dan menunaikan segala tindakan dan tugasyang dipunyai oleh jawatan sebagai pentadbir ataupentadbir bersama, mengikut mana-mana yang berkenaan,tanpa mengambil kira pemerbadanannya.

14. Suatu syarikat amanah boleh dilantik sebagai ejenatau pemegang amanah di bawah apa-apa penyelesaianatau suratcara lain yang mewujudkan suatu amanah, atauuntuk melaksanakan apa-apa amanah atau tugas yang

Kuasasyarikatamanah untukbertindaksebagai wasi.

Kuasasyarikatamanah untukbertindaksebagaipentadbir.

Kuasa-kuasatambahansyarikatamanah.

Page 12: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

12 RANG U N D A N G - U N D A N G

dibenarkan, oleh Akta ini atau oleh memorandum atauperkara-perkara persatuannya atau oleh mana-manasuratcara yang memperbadankan syarikat amanah itu,untuk diusahakan, dan boleh dilantik sedemikian, samaada penyelesaian atau suratcara yang mewujudkan amanahitu atau yang mengenakan tugas itu telah dibuat atauberkuatkuasa sebelum atau selepas mula berkuatkuasanyaAkta ini, dan sama ada sebagai pemegang amanah asal,pemegang amanah baru atau pemegang amanah tambahandan boleh melakukan dan menunaikan segala tindakan dantugas seorang pemegang amanah dengan sepenuhnya danberkesan seperti mana-mana pemegang amanah lain.

15. (1) Suatu syarikat amanah boleh dilantik atau terusbertindak sebagai pemegang amanah tunggal walaupunada diperuntukkan oleh terma-terma suratcara yangmewujudkan amanah itu atau apa-apa kuasa atau selainnyabahawa hendaklah ada lebih daripada satu pemegangamanah untuk melaksanakan amanah itu.

(2) Suatu syarikat amanah tidak boleh dilantik atautidak berhak untuk bertindak sebagai pemegang amanahtunggal dalam apa-apa hal di mana suratcara yangmewujudkan amanah atau kuasa itu dengan nyata—

(a) melarang perlantikan suatu syarikat amanah;(b) memperuntukkan bahawa hendaklah ada

pemegang amanah lain sebagai tambahankepada suatu syarikat amanah; atau

(c) memperuntukkan bahawa suatu syarikat amanahtidak boleh dilantik untuk bertindak sebagaipemegang amanah tunggal.

16. (1) Suatu syarikat amanah boleh bertindak sebagaipemegang amanah, wasi atau ejen bersesama dengansyarikat amanah atau orang lain jika—

(a) suratcara yang di bawahnya syarikat amanah itubertindak memperuntukkan sedemikian;

(b) syarikat amanah itu diberikuasa ataudikehendaki berbuat sedemikian oleh undang-undang; atau

Kuasasyarikatamanah untukbertindaksebagaipemegangamanahtunggal.

Kuasasyarikatamanah untukbertindaksebagaipemegangamanahbersama,dsb.. denganpemegangamanah tain.

Page 13: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

SYARIKAT AMANAH L A B U A N 13

(c) Mahkamah memerintahkan sedemikian.

(2) Suatu syarikat amanah tidaklah bertanggunganbagi pecah amanah atau kerugian yang diakibatkan olehapa-apa tindakan atau peninggalan pemegang amanah,wasi atau ejen bersama yang dengannya syarikat amanahitu bertindak, melainkan jika syarikat amanah itu telahdengan sendirinya terlibat secara aktif dalam, ataubersetuju dengan, pecah amanah itu.

17. (1) Adalah menjadi sah bagi mana-mana wasi,pentadbir, pemegang amanah atau ejen untuk mewakilkanmelalui suratikatan atau secara bertulis kepada suatusyarikat amanah sama ada berseorangan atau bersesamadengan mana-mana syarikat atau orang lain, sebagaiwakilnya, akan segala amanah da,n kuasa sebagaimanayang boleh diwakilkan olehnya dengan sah.

(2) Segala tindakan yang dilakukan oleh syarikatamanah itu sebagai penerima wakilan sedemikianhendaklah, terhadap mana-mana orang yang berurusandengan syarikat amanah itu tanpa notis pembatalan kuasasedemikian oleh wasi, pentadbir, pemegang amanah atauejen itu, menjadi sah dan berkuatkuasa tanpa mengambilkira pembatalan sedemikian.

BAHAGIAN IIIPELBAGAI

18. Jika suatu syarikat amanah dilantik sebagai wasi,pentadbir, pemegang amanah, ejen atau wakil, syarikatamanah itu hendaklah tertakluk dalam segala aspekkepadakawalan yang sama dan kepada pemecatan ataupenyekatan daripada bertindak, dan pada amnya kepadabidang kuasa Mahkamah, mengikut cara yang sama sepertimana-mana wasi, pentadbir, pemegang amanah, ejen atauwakil lain.

19. Dalam segala hal di mana suatu syarikat amanahdikehenda"ki atau diberikuasa untuk membuat apa-apa

Perwakilankepadasyarikatamanah.

Syarikatamanahlertaklukkepadakawalan,dsfa,, yangsama sepertimana-manawasi, dsb.,yang lain.

Afidavitpegawai.

Page 14: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

14 RANG UNDANG-UNDANG

afidavit, perisytiharan atau pernyataan, syarikat amanahitu boleh berbuat demikian melalui mana-manapegawainya yang dilantik bagi maksud itu.

20. (1) Mana-mana orang yang—(a) memuaskan hati Mahkamah bahawa dia

mempunyai suatu kepentingan di bawah mana-mana amanah yang pada masa itu berada dibawah kawalan atau pengurusan suatu syarikatamanah; dan

(b) membantah suatu tindakan atau keputusansyarikat amanah itu atas asas bahawaterdapatnya sesuatu luar aturan atauketakpatutan oleh syarikat amanah itu dalammelakukan tindakan itu atau dalam membuatkeputusan itu,

boleh memohon kepada Mahkamah supaya catatan-catatan dalam buku dan akaun syarikat amanah itu yangberhubungan dengan tindakan atau keputusan itudiperiksa.

(2) Jika Mahkamah menerima suatu permohonan dibawah subseksyen (1), Mahkamah boleh melantik seorangjuruaudit untuk memeriksa catatan-catatan dalam bukudan akaun syarikat amanah itu dan juruaudit itu hendaklahmelaporkan dapatan-dapatannya kepada Mahkamah.

(3) Jika terbukti melalui dapatan-dapatan juruaudit itubahawa telah berlaku sesuatu luar aturan atau ketakpatutanoleh syarikat amanah itu, Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya wajar.

21. (1) Apa-apa wang atau balasan berharga lain yangdibayar atau diberi kepada syarikat amanah menurutmana-mana suratcara yang mewujudkan suatu amanahhendaklah dipegang oleh syarikat amanah itu,'berasingandaripada wangnya sendiri dan balasan berharga lain,sebagai amanah bagi maksud-maksud yang wang ataubalasan berharga itu dibayar atau diberi dan syarikatamanah itu hendaklah mengakaunkannya secaraberasingan.

Pemeriksaanbuku danakaunsyarikatamanah.

Wang yangdibayarkepadasyarikatamanahhendaklahdipegangsebagaiamanah.

Page 15: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

SYARIKAT A M A N A H LABUAN 15

(2) Suatu syarikat amanah yang gagal mematuhikehendak subseksyen (1) dan tiap-tiap pegawai syarikatamanah itu yang ingkar adalah melakukan suatu kesalahanterhadap Akta ini.

Penalti: Tiga puluh ribu ringgit atau penjara selamalima tahun atau kedua-duanya.

22. (1) Suatu syarikat amanah adalah berhak—

(a) jika syarikat amanah itu memegang sesuatu estetatau harta pusaka bagi pihak mana-mana orang,untuk menerima daripada estet atau harta pusakaitu, suatu komisen, sebagai tambahan kepadasegala wang yang dibelanjakan dengansewajarnya oleh syarikat amanah itu dan feeyang kena dibayar kepadanya dan yang bolehdikenakan terhadap estet atau harta pusaka itu;dan

(b) dalam segala hal lain, untuk melevikan fee, cajdan perbelanjaan berkenaan dengan apa-apakerja yang dilakukan oleh syarikat amanah ituuntuk atau bagi pihak mana-mana orang.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa apa-apakomisen, fee, caj atau perbelanjaan yang diJevikanberkenaan dengan apa-apa estet atau harta pusaka atauberkenaan dengan apa-apa kerja yang dilakukan olehsyarikat amanah itu adalah berlebihan, Mahkamah boleh,atas permohonan mana-mana orang, yang bagi pihaknyaestet atau harta pusaka itu dipegang, atau yang bagipihaknya kerja itu dilakukan, mengkaji semula komisen,fee, caj atau perbelanjaan itu, dan boleh mengurangkannyasebagaimana yang difikirkannya patut.

(3) Komisen, fee, caj atau perbelanjaan yang berhakditerima oleh syarikat amanah di bawah seksyen ini tidakboleh mengikut apa-apa cara sekalipun dijejaskan ataudisusutkan dengan sebab adanya mana-mana orang lainyang rmmgkin berhak kepada komisen, fee, caj atauperbelanjaan berkenaan dengan kerja yang dilakukan itu.

Komisen,fee, caj danperbelanjaanyangdilevikanolehsyarikatamanah

Page 16: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

16 RANG UNDANG-UNDANG

(4) Suatu syarikat amanah hendaklah mempunyai hakuntuk berkongsi komisen, fee, caj atau perbelanjaan yangberhak diterimanya di bawah seksyen ini dengan mana-mana orang lain.

23. (1) Suatu syarikat amanah dan pegawai-pegawai,pengkhidmat-pengkhidmat dan ejen-ejennya, danjuruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (2) seksyen20 untuk memeriksa buku dan akaun syarikat amanahtidak boleh, kecuali jika dikehendaki dengan sahnya untukberbuat demikian oleh Mahkamah atau di bawahperuntukan mana-mana undang-undang yang sedangberkuatkuasa di Malaysia, membuat apa-apa pendedahantentang kewujudan apa-apa amanah, estet atau hartapusaka tertentu ataupun identiti mana-mana wasi,penyelesai, pelantik, penjaga, pemegang amanah ataubenefisiari bagi mana-mana amanah, estet atau hartapusaka tertentu kecuali sebagaimana yang perlu bagimaksud mentadbirkan amanah, estet atau harta pusaka ituatau melabur, mendapatkan kembali atau mendapatkanaset-asetnya atau sebagaimana yang dibenarkan oleh Aktaini.

(2) Kecuali bila dikehendaki dengan sahnya untukberbuat demikian oleh Mahkamah atau di bawahperuntukan mana-mana undang-undang yang sedangberkuatkuasa di Malaysia atau, dalam hal mana-manapegawai awam, bagi maksud penjalanan tugas-tugasnyaatau pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini,tiada seorang pun boleh, melainkan jika diberikuasasecara spesifik oleh syarikat amanah berkenaan,mendedahkan kepada mana-mana orang maklumat yangdiamanahkan dengan menaruh kepercayaan kepadanya,atau diperolehi olehnya atas sifatnya atau padamenjalankan tugas-tugasnya sebagai pegawai awam,pekerja, ejen, pelikuidasi, penerima atau atas perhu-bungan profesional atau perhubungan fidusiari yangseumpamanya, berhubungan dengan hal-ehwal mana-mana jua pun syarikat amanah, sama ada semasa bekerjaatau bertindak atas sifat atau perhubungan sedemikianatau selepas dia telah berhenti bekerja atau bertindak atassifat atau perhubungan sedemikian.

Kerahsiaan.

Page 17: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

SYARIKAT AMANAH LABUAN 17

(3) Peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklahberkuatkuasa mengenai apa-apa maklumat yangdiamanahkan kepada atau diperolehi oleh mana-manaorang berhubungan dengan hal-ehwal mana-mana syarikatamanah sama ada maklumat itu telah diamanahkan kepadaatau diperolehi olehnya sebelum atau selepas mulaberkuatkuasanya Akta ini.

(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Aktaini.

Penalti: Tiga puluh ribu ringgit atau lima tahun penjaraatau kedua-duanya.

24. (1) Pendaftar boleh. dalam hal yang difikirkannyapatut dan wajar untuik berbuat demikian, meng-kompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan olehmana-mana orang di bawah Akta ini, dengan membuatsuatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk meng-kompaunkan kesalahan itu dengan membayar kepadaPendaftar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran ituapa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan dalamtawaran itu yang tidaklah boleh melebihi lima puluhperatus amaun denda maksimum yang boleh dikenakankepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahanitu.

(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) bolehdibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itudilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginyatelah dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalamtawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukandalam tawaran itu, atau dalam apa-apa perlanjutan masayang boleh diberikan oleh Pendaftar, pendakwaan bagikesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepasitu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3) Jika sesuatu kesalahan tidak dikompaunkan dibawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakanselepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orangyang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkankesalahan itu dibuat.

Pengkom-paunankesalahan.

Page 18: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

18 RANG UNDANG-UNDANG

25. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan padaamnya sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat bagimaksud melaksanakan, atau menguatkuasakan, per-untukan-peruntukan Akta ini dan khususnya, tetapi tanpamenjejaskan keluasan apa yang tersebut di atas, bagimenetapkan apa-apa borang, notis, fee, caj dan apa-apajua yang dikehendaki supaya ditetapkan oleh Akta ini atausebagaimana yang difikirkannya perlu.

26. Sekiranya apa-apa tindakan atau langkah dikehendakiatau dibenarkan dilakukan atau diambil di bawah Akta inidan tiada borang ditetapkan atau prosedur diaturkan bagimaksud itu sama ada dalam Akta ini atau mana-manaperaturan yang dibuat di bawahnya, permohonan bolehlahdibuat kepada Pendaftar untuk arahan tentang carabagaimana tindakan atau langkah itu boleh dilakukan ataudiambil, dan apa-apa tindakan atau langkah yangdilakukan atau diambil mengikut arahannya hendaklahmenjadi pelaksanaan sah bagi tindakan atau langkah itu.

27. (1) Jika apa-apa suratcara atau dokumen yangdikehendaki diserahkan kepada Pendaftar adalah dalambahasa selain daripada bahasa kebangsaan atau bahasaInggeris, suratcara atau dokumen itu hendaklah disertakandengan suatu terjemahannya yang ditentusahkan ataudiperakukan sama ada dalam bahasa kebangsaan ataubahasa Inggeris.

(2) Jika apa-apa akaun atau rekod lain yangdikehendaki disimpan di bawah Akta ini tidak disimpan didalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pengarah-pengarah syarikat amanah hendaklah menyebabkan suatuterjemahan sebenar bagi akaun dan rekod itu dibuat darisemasa ke semasa pada lat-lat tempoh yang tidak lebihdaripada tujuh hari dan hendaklah menyebabkanterjemahan-terjemahan itu disimpan dengan akaun danrekod yang asal.

HURAIANRang Undang-Undang ini bertujuan mengadakan suatu Akla baruyang dikenali sebagai Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 bagimembuat peruntukan mengenai pendaftaran syarikat dan syarikat

Peraturan-peraturan.

Prosedurjika tiadadiaturkan.

terjemahansuratcara.dsb.

Page 19: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

SYARIKAT A M A N A H L A B U A N 19

asing yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat1965 untuk menjalankan perniagaan sebagai syarikat amanah diWilayah Persekutuan Labuan. Syarikat-syarikat amanah inimengadakan perkhidmatan profesional, perakaunan, kesetiausahaan,amanah dan perkhidmatan lain kepada syarikat luar pesisir dansyarikat luar pesisir asing serta bukan pemastautin Malaysia.

2. Bahagian I adalah mengenai perkara-perkara permulaan. Fasal 1dan 2 bertujuan membuat peruntukan mengenai perkara-perkarapermulaan termasuk takrif bagi beberapa perkataan yang digunakandalam Rang Undang-Undang.

3. Fasal 3 bertujuan menghendaki sesuatu syarikat mendaftar dibawah Rang Undang-Undang sebelum syarikat itu boleh menjalankanperniagaan sebagai syarikat amanah di Labuan. Walau bagaimanapun,Rang Undang-Undang ini tidak akan menyentuh kuatkuasa PemegangAmanah Raya yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang AmanahRaya 1950.

4. FasaMmenerangkanprosedur dan syarat-syarat bagi pendaftaransyarikat amanah.

5. Fasal 5 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk meluluskanpermohonan suatu syarikat amanah bagi pendaftaran tertakluk kepadaapa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patutdikenakan.

6. Fasal 6 bertujuan membuat peruntukan mengenai kehendak-kehendak tambahan yang perlu dipatuhi oleh suatu syarikat amanah.

7. Fasal 7 menyatakan bahawa Akta Syarikat 1965 masih terpakaibagi suatu syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Rang Undang-Undang. Fasal 8 pula melarang suatu syarikat amanah memberiperkhidmatan kepada pemastautin Malaysia.

8. Fasal 9 bertujuan menghendaki suatu syarikat amanahmengemukakan apa-apa maklumat, data dan penyata sebagaimanayang ditetapkan oleh Pendaftar. Pendaftar diberi kuasa untukmempunyai akses kepada dan memeriksa buku, rekod, baucar,dokumen, wang tunai dan sekuriti mana-mana syarikat amanah danuntuk meminta apa-apa maklumat daripada mana-mana pegawaisyarikat amanah itu sebagaimana yang perlu.

9. Fasal 10 memberi kuasa kepada Pendaftar mengkenselkanpendaftaran suatu syarikat amanah jika berlakunya mana-manakejadian yang dinyatakan di dalamnya. Prosedur bagi pengkenselanditerangkan dengan terperinci. Pendaftar dikehendaki menyiarkansuatu notis mengenai pengkenselan pendaftaran itu dalam Warta.

10. Fasal 11 adalah mengenai penggulungan suatu syarikat amanahberbangkit daripada pengkenselan pendaftarannya.

Page 20: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

20 RANG UNDANG-UNDANG

11. Bahagian II adalah mengenai kuasa-kuasa sesuatu syarikatamanah. Fasal 12 memberi kuasa kepada syarikat amanah untukbertindak sebagai wasi, sama ada berseorangan atau bersesamadengan mana-mana orang lain, dan mendapatkan probet bagi mana-mana wasiat. Fasal 13 pula memberi kuasa kepadanya untukmemohon mendapatkan pemberian surat kuasa mentadbir hartapusaka seseorang yang telah mati.

12. Fasal 14 bertujuan membuat penmtukan mengenai kuasa-kuasatambahan suatu syarikat amanah. Suatu syarikat amanah boleh, antaralainnya, dilantik sebagai ejen atau pemegang amanah di bawah apa-apa penyelesaian atau suratcara yang mewujudkan suatu amanah.

13. Fasal 15 dan 16 masing-masing membolehkan suatu syarikatamanah dilantik sebagai pemegang amanah tunggal dan bertindaksebagai pemegang amanah, wasi atau ejen bersama dengan mana-mana syarikat amanah lain.

14. Fasal 17 membenarkan perwakilan segala amanah dan kuasaoleh wasi, pentadbir, pemegang amanah atau ejen kepada suatusyarikat amanah.

15. Bahagian 111 adalah mengenai perkara-perkara pelbagai. Fasal18 memperuntukkan bahawa suatu syarikat amanah yang dilantiksebagai wasi, pentadbir, pemegang amanah, ejen atau wakil adalahtertakluk kepada sekatan, kawalan dan pemecatan yang sama denganmana-mana orang lain yang dilantik atas sifat yang serupa.

16. Fasal 19 membolehkan afidavit suatu syarikat amanah dibuatoleh mana-mana pegawainya. Fasal 20 pula memberi kuasa kepadaMahkamah untuk memerintahkan buku dan akaun syarikat amanahdiperiksa oleh seorang juruaudit atas permohonan mana-mana orangyang tidak berpuas hati dengan tindakan atau keputusan syarikatamanah itu.

17. Fasal 21 memperuntukkan bahawa segala wang yang diterimaoleh suatu syarikat amanah menurut apa-apa suratcara yangmewujudkan suatu amanah mestilah dipegang sebagai amanah olehsyarikat amanah itu.

18. Fasal 22 memberi hak kepada suatu syarikat amanah menerimaapa-apa komisen atau melevikan fee, caj atau perbelanjaan berkenaandengan mana-mana perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikatamanah itu untuk dan bagi pihak mana-mana orang. Mahkamah diberikuasa untuk mengkaji semula komisen, fee, caj atau perbelanjaan itu.

19. Fasal 23 bertujuan melarang apa-apa pendedahan oleh suatusyarikat amanah dan pegawai-pegawai, pengkhidmat-pengkhidmatdan ejen-ejennya kepada mana-mana orang tentang kewujudan apa-apa amanah, estet atau harta pusaka tertentu atau identiti mana-manawasi, penyelesai, dsb., bagi amanah, estet atau harta pusakasedemikian.

Page 21: D.R. 29/90 - parlimen.gov.my · D.R. 29/90 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT AMANAH LABUAN 1990 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas dan mula

SYARIKAT AMANAH LABUAN 21

20. Fasal 24 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengkompaunapa-apa kesalahan terhadap Rang Undang-Undang. MenteriPerdagangan dan Perindustrian diberi kuasa di bawah fasal 25 untukmembuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan ataumenguatkuasakan peruntukan-peruntukan Rang Undang-Undang,

21. Pendaftar di bawah fasal 26 boleh menentukan apa-apa prosedurjika tiada prosedur diaturkan oleh Rang Undang-Undang atauperaturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Fasal 27 pulamemperuntukkan bahawa jika apa-apa suratcara, dokumen, rekodatau akaun adalah di dalam suatu bahasa selain daripada bahasakebangsaan atau bahasa Inggeris, maka suratcara, dokumen, rekodatau akaun itu hendakJah disertakan dengan suatu terjemahannyadalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalamperbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukansekarang ini. [PN. (U2) 1613.]