akil baligh 12

4
Akil Baligh Adakah para remaja tahu apakah Akil Baligh? Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'. Ia disebabkan oleh bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon. Lelaki: • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis). • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau. • Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh. Perempuan: • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari. • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar. • Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh. Bilakah saya akan mencapai akil baligh?

Upload: kpm

Post on 22-Jun-2015

1.537 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akil baligh 12

Akil Baligh

Adakah para remaja tahu apakah Akil Baligh? Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'. Ia disebabkan oleh bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Lelaki:

• Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis).

• Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau.

• Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh.

Perempuan:

• Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari.

• Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar.

• Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh.

Bilakah saya akan mencapai akil baligh?

Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :

• Nutrisi yang lebih baik.

• Stres.

• Bahan kimia di dalam makanan.

Page 2: Akil baligh 12

Ramai yang tidak sedar akan perubahan pada diri mereka setelah mereka mencapai tahap akil baligh. Akil baligh bukan saja mengubah seseorang dari segi fizikal, malah cara pemikiran mereka juga akan berubah. Mereka akan menjadi lebih matang. Apabila anak remaja anda mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar untuk membantu mereka mengekalkan kehidupan sosial mereka. Oleh itu, kita haruslah bijak memilih pengaruh2 itu untuk kehidupan yang lebih baik. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi kami dan kami sedia membantu

Akil Baligh

Page 3: Akil baligh 12

Intro

Akil baligh akan dialami apabila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.

Definisinya

Akil baligh merupakan satu peringkat dalam hidup anda yang berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks Primer dan Sekunder yang disebabkan bahan kimia yang dipanggil hormon.

Bagi lelaki:-

•Ciri primer - perubahan pada zakar (penis) dan buah zakar (testis).

•Ciri sekundar - pertumbuhan misai dan janggut, bulu ketiak dan bulu pada kemaluan serta suara menjadi garau.

Bagi perempuan:-

•Ciri primer - perubahan pada faraj (vagina) dan ovari.

•Ciri sekunder - perubahan pada payudara dan punggung membesar.

Bilakah akil baligh berlaku ?

Akil baligh berlaku antara 9-16 tahun. Ada yang mengalami perubahan awal, dan disebabkan oleh:-

nutrisi yang baik, stres atau bahan kimia didalam makanan.

Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya ?

Ia bukan satu yang tidak baik, malah tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang mengalami perubahan awal mungkin disebabkan kerana terdedah kepada gejala gejala sosial yang agak awal untuk mereka.

Page 4: Akil baligh 12