hbhe2203- 750924125042- buku panduan perubahan dan an selepas akil baligh

20
5/11/2018 HBHE2203-750924125042-BukuPanduanPerubahanDananSelepasAkilBaligh-slidep... http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a  FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011 HBHE2203 KESIHATAN DAN KELUARGA NO. MATRIKULASI : 750924125042002 NO. KAD PENGENALAN : 750924-12-5042 NO. TELEFON : 0148622128  E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURUMALAYSIA KAMPUS KENINGAU 

Upload: suzianah-jovita-ensil

Post on 13-Jul-2015

564 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011

HBHE2203

KESIHATAN DAN KELUARGA

NO. MATRIKULASI : 750924125042002 

NO. KAD PENGENALAN  : 750924-12-5042 

NO. TELEFON : 0148622128 

E-MEL : [email protected] 

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURUMALAYSIA

KAMPUS KENINGAU 

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

Buku Panduan

Perubahan dan Perkembangan SelepasAkil Baligh

Untuk

SEKOLAH RENDAH

TAHAP 11

oleh

SUZIANAH ENSIL

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.  Pengenalan 1

2.  Aspek- Aspek Perubahan Selepas Akil Baligh 2

2.1 Perubahan Fizikal 2

2.1.1  Perubahan Fizikal Remaja Perempuan 2

2.1.2  Perubahan Fizikal Remaja Lelaki 5

2.2 Perubahan Mental dan Sosial 7

2.3 Perubahan Emosi dan Psikologi 8

3.  Penjagaan Kesihatan 10

4.  Gaya Hidup Sihat 12

5.  Soal Selidik 16

6.  Rujukan 17

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

1.  Pengenalan

Akil baligh merujuk kepada fasa perubahan antara zaman kanak-kanak kepada zaman

remaja. Akil baligh dicirikan dengan beberapa perubahan fizikal, mental dan sosial.

Ciri- ciri ini berbeza antara lelaki dan perempuan. Fasa akil baligh berbeza bagi setiap

individu. Sesetengah kanak-kanak akan mencapai akil baligh sebelum usia sepuluh tahun dan

ada yang mengalaminya semasa belasan tahun.

Tahap permulaan akil baligh dipengaruhi oleh kadar hormon di dalam badan.

Pemakanan pada zaman kanak-kanak banyak mempengaruhi perkembangan ini. Pemakanan

yang mencukupi dan seimbang serta taraf kesihatan yang baik mempengaruhi usia seseorang

kanak-kanak mencapai akil baligh.

Peringkat akil baligh juga dikenali sebagai peringkat awal remaja. Remaja

 perempuan lebih cepat mencapai akil baligh berbanding dengan remaja lelaki. Purata umur 

akil baligh bagi remaja perempuan ialah 12 tahun manakala remaja lelaki ialah 14 tahun. 

1

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

2.  Aspek- Aspek Perubahan Selepas Akil Baligh

Beberapa perubahan dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi akan berlaku semasa akil

 baligh . Perubahan ini membuka alam baru daripada alam kanak-kanak kepada alam remaja.

2.1 Perubahan Fizikal

Beberapa perubahan dari segi fizikal akan berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan

semasa akil baligh.

2.1.1 Perubahan Fizikal Remaja Perempuan

Antara pertumbuhan dan perubahan fizikal yang berlaku pada remaja perempuan ialah:

  Payu dara mula membesar dan menampakkan bentuk.

  Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.

  Punggung melebar dan mula menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.

  Jerawat mula tumbuh di pipi atau muka.

  Mula didatangi haid.

  Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebihmatang.

2

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

Gambar rajah 1 : Tahap Perubahan Tumbesaran Payudara

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/remaja/AKILBALIGH.php 

3

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

Haid

Umur kedatangan haid pertama bagi perempuan adalah tidak sama antara satu sama lain.

Kedatangan haid buat pertama kali diikuti perubahan fizikal yang berikut; pertumbuhan

 pesat, perkembangan payu dara, pertumbuhan bulu tubuh badan dan sebagainya.

Kedatangan haid buat kali pertama menunjukkan keupayaan budak perempuan boleh hamil.

Pada tahun pertama, kitaran haid mungkin tidak menentu dari segi kekerapan dan tempoh.

Semasa kedatangan haid, darah akan mengalir perlahan dan berterusan untuk beberapa hari.

Haid berlaku apabila endometrium uterus mula gugur dan dikeluarkan secara perlahan-lahan

melalui faraj. Haid yang pertama biasanya dialami antara umur 9 tahun hingga 16 tahun.

Walau bagaimanapun kedatangan haid kali pertama boleh berlaku lebih awal atau terlewat.

Tanda awal kedatangan haid dikesan apabila terdapatnya bintik darah dan bukan pendarahan

yang berlebihan. Darah haid mengalir secara perlahan-lahan dan beransur-ansur 

Haid yang pertama biasanya tidak kerap. Tempoh antara haid mungkin beberapa minggu atau

  beberapa bulan. Tempoh haid adalah antara dua hari hingga seminggu. Kitaran haid yang

mantap akan terbentuk selepas tempoh tertentu tetapi biasanya remaja perempuan mengalami

haid yang tidak stabil.

Persediaan Menghadapi Haid

Remaja perempuan perlu berbincang tentang keperluan peribadi apabila berlakunya haid.

Mereka perlu bersedia dengan tuala wanita semasa kedatangan haid untuk tujuan menyerap

darah dan mencegah daripada mengotorkan pakaian. Darah haid tidak mempunyai bau yang

kuat. Mandian pada setiap hari mencukupi untuk menjaga kebersihan dan keselesaan. 

Terdapat remaja perempuan berasa kurang selesa sebelum dan semasa haid. Masalah ini

dapat di atasi dengan bersenam. Senaman mempercepatkan peredaran darah dalam tubuh

 badan dan membantu mengurangkan ketegangan atau sakit kepala. 

4

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

Untuk melegakan kekejangan otot semasa haid, lakukan perkara berikut:

i. Letakkan demahan panas pada abdomen (atau di bahagian belakang tubuh badan jika

kekejangan otot berlaku di bahagian itu).

ii. Mandi dengan air panas jika perlu.

iii. Banyakkan minum air.

iv. Lakukan aktiviti berjalan kaki.

v. Urut bahagian abdomen dan belakang badan.

vi. Rujuk kepada doktor jika mengalami sakit berterusan

f. Haid ialah perkara normal dan biasa. Oleh itu, murid perempuan perlu menjalankan tugas

harian seperti biasa kecuali jika ia menyakitkan.

2.1.2 Perubahan Fizikal Remaja Lelaki

Bagi remaja lelaki pula, pertumbuhan dan perubahan fizikal yang berlaku ialah:

  Suara menjadi garau.

  Misai dan janggut mula tumbuh.

  Bulu mula tumbuh pada bahagian kemaluan.

  Bahu dan dada menjadi lebih lebar.

  Mengalami mimpi yang mengghairahkan atau ihtilam sehingga mengeluarkan air 

mani.

  Zakar dan testis mula membesar.

5

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

Gambar rajah 2: Tahap Perubahan Tumbesaran Zakar Lelaki

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/remaja/AKILBALIGH.php 

6

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

Ihtilam

Ihtilam atau mimpi basah (wet dream) berlaku kepada kanak-kanak lelaki. Ihtilam

adalah petanda bahawa kanak-kanak tersebut telah remaja dan organ reproduktif telah mula

  berfungsi. Remaja lelaki akan mengalami mimpi yang ghairah sehingga mengeluarkan air 

mani. Perkara ini adalah normal dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

2.2 Perubahan Mental dan Sosial

Keupayaan mental dan intelek remaja kian meningkat dan berubah daripada pemikiran

abstrak. Kebanyakan remaja berupaya berfikir secara konseptual dan memahami logik serta

  penaakulan deduktif. Keupayaan ini meningkatkan penghargaan kendiri. Terdapat remaja

yang memberi nilai berlebihan berdasarkan teori intelek mereka. Oleh itu, mereka

mempunyai sudut pandangan yang terlalu unggul.

Kawalan dan bimbingan komuniti adalah perlu bagi memenuhi norma masyarakat dan

agama.

Pada peringkat ini remaja akan menunjukkan tanda-tanda berikut :

  Mula mengalihkan tumpuan kepada rakan sebaya

  Pendirian berubah-ubah antara pergantungan dan penentangan

  Berusaha mencapai kebebasan

  Mungkin terkeliru, asyik memikirkan tubuh badan dan bertanyakan diri ³Adakah saya

normal?´

  Fantasi adalah perkara biasa pada peringkat ini.

  Berusaha untuk membina identiti berasingan daripada ibu bapa

  Sentiasa bersifat idealistik dan altruistik (sifat ingin berkorban)

  Suka keluar dengan teman dan meneroka perihal seks

  Menyayangi dengan bersungguh-sungguh dan berasa bimbang

  Terus memperkembangkan pemikiran abstrak.

Kebebasan

Remaja ingin kurang bergantung kepada ibu bapa mereka. Mereka mula mengalihkan

tumpuan dari ibu bapa kepada rakan sebaya atau mempercayai kepada sesuatu sistem

kepercayaan supaya mendapat kebebasan. Penganjakan ini amat kuat dan mungkin

melibatkan penentangan

7

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

Identiti

Remaja ingin mengenal diri sendiri dan hasrat yang ingin dicapai. Mereka sentiasa menjawab

soalan seperti ³Siapa saya?´ dan ³Apakah yang boleh saya jadi?´ Proses ini melibatkan

remaja ingin mencuba sesuatu tingkah laku. Remaja akan membentuk identiti peranan

 jantina, imej kendiri yang positif dan dihargai.

Keakraban

Remaja mula meluahkan dan mengurus perasaan mereka. Mereka membentuk keupayaan

menyayangi dan disayangi serta keakraban hubungan dengan rakan sebaya.

Integriti

Remaja perlu membentuk dasar menjelaskan nilai. Ibu bapa memberi dasar tetapi terdapat

 banyak input daripada rakan sebaya, media, sekolah dan sebagainya. Pada masa yang sama

remaja perlu membuat keputusan tentang apa yang perlu dipercayai dan bagaimana ia harus

 bertindak.

2.3 Perubahan Emosi dan Psikologi

Penghasilan hormon yang bertambah akan merangsang pemikiran dan khayalan seksual

remaja lelaki dan perempuan.Ini menyebabkan terdapat kesedaran yang lebih terhadap

tarikan seksual.

Pengeluaran air mani oleh budak lelaki semasa tidur, yang dipanggil ihtilam atau mimpi

ghairah adalah normal pada ketika ini. Agak normal juga jika budak lelaki tidak mengalami

 peristiwa ini.

Budak lelaki dan budak perempuan mungkin mengalami keseronokan seksual dengan hanya

melihat atau berada berhampiran dengan seseorang yang mereka minati. Mereka mungkin

tidak memahami bahawa perasaan yang dialami itu bersifat seksual. Fantasi seksual adalah

 perkara biasa pada masa ini.

Terdapat ibu bapa beranggapan bahawa perkara ini adalah peringkat perkembangan semula

 jadi dan tidak membimbangkan. Ibu bapa lain pula mungkin beranggapan bahawa sesetengah

khayalan (d ay d ream) atau fantasi itu salah. Mereka berpendapat bahawa terdapat pelbagai

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

aspek tingkah laku manusia dan terdapat fantasi yang perlu dikawal. Pada umumnya budak 

lelaki dan budak perempuan mula meminati antara satu sama lain semasa akil baligh.

Walaupun, terdapat remaja mengalami minat dan pemikiran seksual, namun terdapat juga

remaja yang tidak berminat langsung terhadap perkara seksual, terutama sekali pada

 permulaan akil baligh.

Semasa akil baligh, pelbagai perubahan perasaan sering berlaku di kalangan remaja.

Antaranya :

a. Ketidakselesaan serta kebimbangan tentang beberapa perubahan fizikal dan perasaan yang

 boleh menyebabkan tekanan emosi.

 b. Perasaan sentiasa berubah dengan cepat dan tidak tetap.

c. Menangis kerana perkara kecil biasanya berlaku di kalangan budak lelaki dan budak 

 perempuan.

Remaja perlu berkongsi kebimbangan mereka dengan ibu bapa atau sahabat. Seringkali

mereka diyakinkan bahawa orang lain juga mempunyai kebimbangan dan perasaan yang

sama.

Perasaan ingin berdikari yang semakin kuat adalah sebahagian daripada perkembangan

remaja yang biasa. Remaja sentiasa mengalami perubahan tingkah laku daripada tidak 

matang kepada matang. Hubungan dengan ibu bapa mula berubah apabila remaja

mengamalkan sifat berdikari , kadangkala ini menimbulkan kemusykilan. Masalah ini dapat

ditangani dengan berfikir sebelum bertindak, mendapatkan nasihat daripada ibu bapa,

mewujudkan hubungan yang rapat sesama ahli keluarga, melakukan aktiviti yang berfaedah

dan sentiasa mencontohi sikap terpuji.

9

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

3.  Penjagaan Kesihatan

Penjagaan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa sempurna.

Pengetahuan dan kemahiran penjagaan kesihatan diri menjadi aset yang penting untuk terus

hidup sihat sepanjang hayat. Berikut adalah aspek pengurusan diri yang harus diberi

 perhatian (Rajah 1):

Rajah 1 : Pengurusan Kesihatan Diri

i) Pengurusan Kebersihan Tubuh

Membersihkan tubuh badan adalah rutin harian yang perlu dilakukan. Kita perlu mandi

sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun dan air bersih untuk 

membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti

 penyakit kulit seperti kudis dan badan berbau.

Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak mengumpul kuman. Setiap kali kita

memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman orang lain dipindahkan ke tangan

Aspek Pengurusan KesihatanDiri

Pengurusan Kebersihan Pakaian

Pengurusan Tahap KesihatanPengurusan Kebersihan Tubuh

Pengurusan Berat Badan

Pengurusan Pemakanan yang

Sihat

Pengurusan Tekanan (Stress)

10

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

kita. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas ke tandas, sebelum

menyediakan makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang akan menyediakan ruang

masuk untuk kuman pindah ke mulut dan makanan kita. Pastikan kuku sentiasa dipotong

 pendek dan bersih.

Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit

kepala. Kutu rambut dan masalah kulit kepala adalah di antara masalah kesihatan yang biasa

 berlaku. Dapatkan rawatan dan nasihat di klinik.

Penjagaan mulut termasuk gigi penting dalam pengurusan kesihatan diri. Gosok gigi

menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi. Pastikan mulut dan gigi dibersihkan

setiap kali selepas makan dan sebelum tidur malam. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali

setahun.

Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkan tenaga dan

minda. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kanak-kanak dan remaja memerlukan

masa tidur yang lebih berbanding orang dewasa. Pastikan tubuh dibersihkan sebelum tidur.

ii) Pengurusan Kebersihan Pakaian

Oleh sebab negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi, tubuh kita cepat berpeluh.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan pakaian

dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita juga perlu membersihkan dan menjemur bantal,

selimut, tilam dan cadar untuk mengelak pembiakan hama.

iii) Pengurusan Tahap Kesihatan

Sesetengah penyakit adalah ³pembunuh senyap´. Ada di antara kita tidak mengetahui bahawa

kita sedang diancam penyakit. Misalnya penyakit seperti penyakit jantung dan strok. Penyakit

ini dikenal pasti sebagai salah satu daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh

mengurus tahap kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit,

misalnya melalui pemeriksaan tahap glukosa darah, seseorang dapat mengetahui sama ada

dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetes.

11

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

iv) Pengurusan Pemakanan yang Sihat

Kita makan untuk menghidupkan fungsi organ tubuh kita. Makanan memberi segala zat

makanan yang diperlukan oleh tubuh. Adalah amat penting untuk memakan sajian seimbang

untuk mendapat semua jenis zat yang diperlukan. Makanan seimbang bermaksud makanan

yang terdiri dari komponen karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain-lain. Pengambilan

makanan seimbang daripada setiap komponen akan memberi tenaga, membina badan dan

mencegah penyakit.

v) Pengurusan Berat Badan

Berat badan berlebihan atau obesiti merupakan salah satu risiko untuk mendapat penyakit

diabetes, jantung, darah tinggi dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang bersenam.

Fizikal yang cergas adalah satu indikator untuk kesihatan tubuh badan. Kecergasan fizikal di

sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-mata. Ia meliputi segala aktiviti yang

menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan membersihkan

kawasan rumah. Aktiviti fizikal memerlukan tenaga yang berupa pembakaran lemak dalam

tubuh kita. Pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yang

disimpan di dalam badan.. Penyisihan lemak mengelak badan daripada berlebihan berat.

vi) Pengurusan Tekanan

Tekanan (stress) adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap perubahan dan

cabaran. Stress boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat kerja. Stress yang

sedikit boleh menjadi faktor motivasi kepada kita. Seseorang individu yang mengalami stress

yang serius mungkin cenderung untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Kita mesti belajar hidup dengan stress kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan. Belajar 

mengurus stress dapat menjauhkan kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak 

dapat membantu mengurangkan stress. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif.

Dapatkan bantuan jika tidak mampu menguruskan tekanan dengan sendiri.

4.  Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan

meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup yang sihat berasaskan

kepada kegiatan fizikal yang agak rancak. Ia berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan

12

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

kehidupan sebaliknya sentiasa dikaitkan dengan nilai kesihatan yang negatif dan berpenyakit

serta masalah kesihatan yang lain.

Jika anda sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dalam hidup atau sentiasa mengamalkan cara

tertentu dalam melakukan aktiviti itu, anda dikatakan mempunyai gaya hidup tertentu. Gaya

hidup individu boleh menjadi gaya hidup masyarakat jika semua individu dalam masyarakat

itu mengamalkan gaya hidup yang sama. Gaya hidup individu dan gaya hidup masyarakat

 boleh mempengaruhi kesihatan.

Gaya hidup sihat antara lain melibatkan lima komponen seperti yang ditunjukkan dalam

gambar rajah berikut:

Rajah 2 : Gaya Hidup Sihat

GAYA HIDUP

SIHAT

Kebersihan diri

Makanan seimbang

Tidak menyalahgunakan bahan

Rehat yang cukup

Senaman

Berat badan

13

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

i)  Makanan seimbang

Makanan sangat penting untuk kesihatan. Pengambilan makanan yang seimbang dapat

merangsangkan tumbesaran yang normal. Kanak-kanak yang membesar dengan sihat akan

dapat belajar dan berfikir dengan baik, melakukan aktiviti dengan cergas tanpa sebarang

masalah kesihatan. Makanan yang seimbang adalah diperlukan untuk kita memelihara

kesihatan tubuh agar tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik.

ii)  Kebersihan diri

Bagaimana tentang kebersihan pakaian, tubuh badan dan tempat kediaman kamu, adakah ia

sentiasa bersih? Adakah perkara-perkara ini mendapat perhatian kamu? Sebenarnya perkara

ini amat berkait rapat dengan sikap kamu sendiri. Kebiasaan menjaga kebersihan diri dan

 persekitaran bukan sahaja amalan kesihatan yang baik tetapi juga menggambarkan sahsiah

dan imej kendiri serta gaya hidup kamu yang sihat.

Menjaga kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi adalah penting. Kita seharusnya:

y  menjaga kebersihan tangan

y  menjaga kebersihan kaki

y  menjaga kebersihan gigi

y  menjaga kebersihan pakaian

y  menjaga kebersihan kulit

y  menjaga kebersihan rambut

iii)  Tidak menyalahgunakan bahan

Gaya hidup sihat menuntut kita tidak menyalahgunakan bahan yang melibatkan perkara

seperti:

y  merokok 

y  mengambil dadah

y  meminum alkohol

y   penyalahgunaan dadah

Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan diri dalam

mencegah penyalahgunaan bahan-bahan ini.

14

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

iv)  Rehat yang cukup

Dalam kehidupan harian kita tidak dapat mengelak dari mengalami ketegangan. Tidak kira

apa keadaannya, kita harus berehat dengan tujuan:

y  melupakan bebanan dan perasaan bimbang atau cemas.

y  rehat dan tidur perlu untuk tumbesaran kanak-kanak.

y  merehatkan otak.

y  memulihkan tenaga.

y  membolehkan kita menjalankan aktiviti seterusnya.

v)  Senaman dan berat badan

Ada di kalangan remaja dan awal dewasa mengamalkan gaya hidup yang kurang aktif dari

segi fizikal dan penuh ketegangan. Contohnya suka berehat dengan menonton televisyen.

Gaya hidup seumpama ini sesungguhnya tidak sihat lebih-lebih lagi bagi jangka masa yang

 panjang. Ekoran daripada gaya hidup yang kurang aktif dari segi fizikal, kita mungkin akan

mengalami masalah kegemukan, hipertensi dan sakit jantung. Senaman adalah perlu untuk 

menjaga kesihatan dan pengekalan tahap kecergasan yang tinggi. Antara kelebihan senaman

adalah seperti berikut:

y  Mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.

y  menambah kekuatan jantung dan paru-paru.

y  Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis

y  Membakar lemak untuk mengawal berat badan berlebihan.

y  Meningkatkan kolesterol µbaik¶ di dalam darah.

y  Membantu untuk tidur yang baik.

y  Mengurangkan ketegangan dalam diri.

2,704 patah perkataan

15

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

5.  Soal Selidik 

BORANG KAJI SELIDIK 

  NAMA : --------------------------------

KELAS :--------------------------------

TANDAKAN BETUL PADA RUANGAN YANG TEPAT.

SOALAN BETUL SALAH

1 Akil baligh merupakan satu fasa perubahan antara zaman

kanak-kanak kepada zaman remaja.

2 Fasa akil baligh adalah berbeza bagi setiap individu.

3 Antara perubahan fizikal yang berlaku semasa akil baligh ialah

 jerawat akan mula tumbuh di pipi atau muka.

4 Emosi yang tidak stabil dan kurang sabar akan tercetus selepas

akil baligh.

5 Remaja mungkin akan mengalami konflik sosial dalam

menentukan identiti diri.

6 Makanan seimbang merupakan salah satu komponen gaya

hidup sihat.

7 Kita tidak perlu menjaga kesihatan diri.

8

Pengurusan pakaian adalah salah satu cara penjagaan

kesihatan.

9 Senaman adalah penting untuk mengelakkan kegemukan.

10 Senaman adalah amalan gaya hidup yang tidak baik.

/

16

5/11/2018 HBHE2203- 750924125042- Buku Panduan Perubahan Dan an Selepas Akil Baligh - slidep...

http://slidepdf.com/reader/full/hbhe2203-750924125042-buku-panduan-perubahan-dan-an-selepas-a

 

6.  Rujukan

Albeny Joslyn Panting & Pises Busu.(2010),Kesihatan Diri Dan Keluarga. Meteor Doc. Sdn.

Bhd. Selangor.

Zarina Law Abdullah & Abdul Latif Ahmad. (2009). Pengenalan Pendidikan

Kesihatan. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor.

http://pjk.ipti.edu.my/pke3101pkseksualiti/03_Modul 1-Aspek Fizikal.pdf  

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/remaja/AKILBALIGH.pdf  

http://groups.google.com/group/ukm_psikologi/web/perkembangan-fizikal-remaja 

17