ajaran sesat

4
Kenapa tertarik pada ajaran sesat? Mutakhir ini seringkali kita dengar sesetengah individu terlibat dalam ajaran sesat dan akidah yang menyeleweng. Paling menarik golongan professional dan berpendidikan juga tidak terkecuali terjebak dalam fahaman ini. Amat sukar untuk kita fahami bagaimana seorang yang ‘educated’ dan berilmu tapi boleh terseret ke dalam fahaman yang sesat. Fenemona ini bukan saja berlaku di Malaysia bahkan juga di negara maju seperti Amerika Syarikat. Misalnya kumpulan Branch Davidian yang menjadi pengikut David Koresh di Texas. Di Jepun, kita dikejutkan serangan gas sarin di Tokyo oleh kumpulan Aum Shinrikyo di bawah pimpinan Ashoko Asahara pada 1995. Pada 1978 pula, 909 orang terkorban di Jonestown, Guyana apabila ketua ajaran sesat James Warren Jones menyuruh pengikutnya meminum racun sampai mati. Di Malaysia pula, pihak berkuasa agama menyenaraikan 56 kumpulan ajaran sesat dan pengikutnya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ini termasuk ajaran Ayah Pin, Tuhan Harun, Syiah, al-Arqam dan sebagainya. Apakah faktor tarikannya? Ini merupakan satu persoalan kritikal yang kita perlu selidiki. Berdasarkan pemerhatian saya sejak tahun 80an lagi, terdapat beberapa faktor kritikal yang menjadi tarikan dan tolakan individu terlibat dalam ajaran sesat. Pertama, modernisasi. Proses modernisasi yang berlaku di negara kita mewujudkan pembangunan fizikal besar besaran. Kawasan yang

Upload: ws

Post on 26-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Kenapa tertarik pada ajaransesat?

Mutakhir ini seringkali kita dengar sesetengah individu terlibat dalam ajaran sesat dan akidah yang menyeleweng. Paling menarik golongan professional dan berpendidikan juga tidak terkecuali terjebak dalam fahaman ini. Amat sukar untuk kita fahami bagaimana seorang yang educated dan berilmu tapi boleh terseret ke dalam fahaman yang sesat. Fenemona ini bukan saja berlaku di Malaysia bahkan juga di negara maju seperti Amerika Syarikat. Misalnya kumpulan Branch Davidian yang menjadi pengikut David Koresh di Texas. Di Jepun, kita dikejutkan serangan gas sarin di Tokyo oleh kumpulan Aum Shinrikyo di bawah pimpinan Ashoko Asahara pada 1995.Pada 1978 pula, 909 orang terkorban di Jonestown, Guyana apabila ketua ajaran sesat James Warren Jones menyuruh pengikutnya meminum racun sampai mati. Di Malaysia pula, pihak berkuasa agama menyenaraikan 56 kumpulan ajaran sesat dan pengikutnya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ini termasuk ajaran Ayah Pin, Tuhan Harun, Syiah, al-Arqam dan sebagainya. Apakah faktor tarikannya? Ini merupakan satu persoalan kritikal yang kita perlu selidiki.Berdasarkan pemerhatian saya sejak tahun 80an lagi, terdapat beberapa faktor kritikal yang menjadi tarikan dan tolakan individu terlibat dalam ajaran sesat.Pertama, modernisasi. Proses modernisasi yang berlaku di negara kita mewujudkan pembangunan fizikal besar besaran. Kawasan yang dahulunya sebuah perkampungan dan tempat terpencil menjadi bandar kosmopolitan yang pesat membangun, dengan bangunan pencakar langit dan manusia yang sibuk mengejar kerjaya dan keduniaan semata mata. Tidak dinafikan, kaadaan ini amat baik untuk kemajuan sebuah negara dan masyarakat kerana kemajuan menjadikan hidup lebih mudah berbanding sebelumnya.Tetapi kaadaan ini juga membawa kesan tertentu kepada jiwa manusia. Apabila manusia terlalu fokus kepada kehidupan keduniaan, dan mengetepikan kehidupan rohaninya, akan wujud kekosongan jiwa atau spiritual vacuum yang sangat serius dalam dirinya. Kerana manusia terdiri dari tiga unsur: jasmani, akal dan roh. Setiap elemen ini mempunyai makanan atau keperluan masing-masing. Bagi roh, makanan utamanya ialah ibadat dan Tuhan. Oleh itu kalau hidup kita tidak ada ibadat dan elemen ketuhanan, roh akan kelaparan, kehausan dan sengsara. Jadi, walaupun kita berjaya dalam hidup dan kerjaya, kita merasa kosong, tidak bermakna, dan hilang arah tuju. Akhirnya, kita akan mencari agama. Individu jenis ini amat mudah terjerat dengan ajaran sesat kerana dia tidak mempunyai asas agama yang cukup untuk menjadi pendinding diri. Apa yang disuruh oleh ketua ajaran itu diikutnya tanpa ditimbang dengan neraca ilmu dan akal yang rasional.Kedua, jalan pintas mencari agama. Sesetengah individu ingin mendekati agama, tetapi enggan belajar agama mengikut urutan dan susunan ilmu. Dia terus lompat ke peringkat yang lebih tinggi tanpa memahami ilmu asas seperti ilmu fardhu ain, syariat, fiqh, dan tasawufnya secara berperingkat-peringkat. Pada pandangannya, itu semua ilmu kulit yang dia kehendaki ialah ilmu isi atau ilmu hakikat. Individu jenis ini juga amat mudah terjerat dalam fahaman ilmu dan ajaran sesat. Apatah lagi kalau ajaran itu selari dengan tuntutan nafsu seperti tidak perlu solat, puasa, zakat, nikah mutah dan sebagainya.Ketiga, ingin menebus dosa lampau. Ada juga individu yang pada masa lampaunya banyak terjebak dalam dosa dan maksiat. Apabila tersedar, dia ingin mencari agama untuk menebus dosa lampau dan memperbaiki kesilapannya. Niatnya sangat baik lagi terpuji. Malangnya, kalau dia tidak berhati hati, amat mudah dia terpukau dengan tawaran yang dibuat oleh kumpulan ajaran sesat. Ada juga yang masuk parti politik sebagai cara memperbaiki diri atau act of redemption. Mungkin ada baiknya, tetapi ditakuti ia boleh membawa kepada mudarat yang tidak diperlukan seperti mewujudkan musuh politik pula. Walau apapun, menyertai parti politik bukan cara terbaik memperbaiki diri. Kerana dalam sistem parti, semua orang adalah musuh politiknya kecuali ahli parti berkenaan saja.Keempat, lari dari kehidupan keduniaan. Terdapat juga fahaman yang percaya bahawa dunia sudah hampir kiamat. Maka kita perlu bertaubat dan meninggal keseronokan dunia dan menghabiskan hidup membuat amal ibadat. Fahaman jenis ini juga amat merbahaya. Sebenarnya inilah fahaman yang dibawa oleh David Koresh, Ashoko Asahara dan Jim Jones. Katakan betul esok dunia kiamat pun, kita perlu ingat pesanan Rasulullah SAW yang bersabda, kalau ada benih dalam tangan kamu, hendaklah kamu tanam walaupun esok dunia akan kiamat. Hadis ini memberi isyarat kepada kita bahawa kehidupan perlu diteruskan walau apa pun terjadi. Kiamat adalah urusan Allah SWT. Kita sebagai hamba perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sempurna.Kelima. Kejahilan tentang ilmu agama terutama akidah ahli sunnah wal jamaah. Berdasarkan pengalaman saya terlibat dalam program pemulihan akidah yang dibuat khas untuk kumpulan extremis di Malaysia, majoriti individu yang terlibat dalam fahaman extremis adalah mereka yang tidak mempunyai asas akidah, fiqh dan tasawuf yang cukup untuk menjadi pendinding dan penimbang terhadap fahaman yang baru ditemui. Akibat dari kekurangan ilmu ini, ditambah pula berjumpa dengan guru yang salah atau sesat, amat mudah untuk mereka terjebak secara sedar atau tidak dalam fahaman yang menyeleweng. Jadi, menyesatkan orang jahil tentang agama ini sangat mudah berbanding orang yang arif dalam selok belok agama.Sebagai penutup, tidak dinafikan hidup di zaman hypermodern ini, cabaran paling besar adalah mengekalkan identiti atau jadi diri Muslim dari ancaman dan serangan pemikiran, fahaman, budaya dan gaya hidup yang tidak Islamik. Serangan yang muncul dalam pelbagai bentuk dan terus menerus ini dapat menghakis jadi diri kita secara sedar atau tidak. Dengan itu amat perlu bagi kita memperkasakan diri dengan ilmu agama yang dibina atas fahaman ahli sunnah wal jamaah.