huraian aqidah ajaran sesat

71
PANDUAN UNTUK MENGENAL PASTI AJARAN SESAT DAN PENGAMAL-PENGAMAL AJARAN SESAT DALAM BENTUK PERSEORANGAN ATAU PERTUBUHAN BAB 1 Maksud Ajaran Sesat Ilmu dan amal yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang muslim lagi mukmin melalui lidah, anggota dan hatinya di semua tempat, waktu dan masa dikala itu jadilah orang itu, 1. Murtad 2. Munafik 3. Zalim 4. Fasik dan lain-lain istilah yang diringkaskan dalam kata “kufur dan maksiat”. Bagi setiap orang Islam, apabila disebut sesat ertinya Aqidah, Syariat dan Akhlak seseorang muslim lagi mukmin itu sudah batal melalui salah satu daripada tiga perkara atau dua daripada tiga perkara atau ketiga-tiganya sekali serentak, bukan di tempat mengajar atau belajar agama dan dengan sengaja iaitu melalui 1. perkataan 2. perbuatan 1

Upload: matnorqq

Post on 10-Jun-2015

1.790 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

PANDUAN UNTUK MENGENAL PASTI AJARAN

SESAT DAN PENGAMAL-PENGAMAL AJARAN SESAT

DALAM BENTUK PERSEORANGAN ATAU PERTUBUHAN

BAB 1

Maksud Ajaran Sesat

Ilmu dan amal yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak

seseorang muslim lagi mukmin melalui lidah, anggota dan hatinya di

semua tempat, waktu dan masa dikala itu jadilah orang itu,

1. Murtad

2. Munafik

3. Zalim

4. Fasik

dan lain-lain istilah yang diringkaskan dalam kata “kufur dan maksiat”.

Bagi setiap orang Islam, apabila disebut sesat ertinya Aqidah, Syariat dan

Akhlak seseorang muslim lagi mukmin itu sudah batal melalui salah satu

daripada tiga perkara atau dua daripada tiga perkara atau ketiga-tiganya

sekali serentak, bukan di tempat mengajar atau belajar agama dan

dengan sengaja iaitu melalui

1. perkataan

2. perbuatan

3. qosod hati

Dosa jadi murtad dan dosa segala kerja buat semasa di dalam murtad

tidak diampun oleh Allah s.w.t. dengan hanya kembali semula kepada

agama Islam melalui ucapan dua kalimah syahadah, melainkan hendaklah

disertakan dengan taubat nasoha yang sebenar-benarnya.

1

Page 2: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

1. Sesat Melalui Perkataan

Iaitu segala ucapan kata dengan kalimah-kalimah atau ayat yang

memberi faham di mana kalimah-kalimah atau ayat yang diucapkan itu

tersasar daripada qowaid syari’yah. Perkara sebegini berlaku ketika

bercakap biasa, ketika marah, ketika bergurau senda dan lain-lain. Ianya

terdapat juga dalam bentuk jampi serapah mentera yang diamalkan oleh

orang-orang fasik dan jahil yang diambil daripada orang-orang kafir,

munafik, zalim, fasik yang dikenali dengan nama Kahin, Arrof,

Munajjim atau Sami-sami, Padri-padri atau Rahib-rahib.

Peringatan

Segala rupa bentuk kalimah atau ayat-ayat atau jampi-jampi

daripada ulama-ulama Islam yang ahli pada babnya walau di

dalam apa bahasa sekali pun tidak termasuk di dalam bab

tersebut.

2. Sesat Melalui Perbuatan

Perlakuan atau perbuatan seseorang muslim itu menyerupai sama

seperti orang-orang kafir dalam ubudiahnya dan dalam hidup hariannya

melanggar segala hukum syarak samada wajib atau haram dengan

sengaja.

3. Sesat Melalui Hati

Qosod dan Iradat jahat yang timbul di dalam hati yang tersasar

daripada qowaid syari’yah yang hanya pelaku itu sahaja yang tahu.

Sesat syariat semata-mata yang tidak ada hubung kait dengan aqidah

hanya menyebabkan dosa besar. Begitu juga sesat akhlak semata-mata

yang tidak ada hubung kait dengan aqidah, hanya menyebabkan tidak

ada pahala sesuatu kebaikan yang diamalkan.

2

Page 3: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Menjadi tanggungjawab sebagai wajib fardhu ain setiap muslim

mencegah dirinya daripada jatuh ke dalam sesat aqidah, syariat dan

akhlak yang jadi murtad.

Menjadi tanggungjawab suami mencegah isterinya daripada menjadi

murtad.

Menjadi tanggungjawab setiap ibubapa mencegah anak-anaknya

menjadi murtad.

Menjadi tanggungjawab setiap wali-wali (penguasa-penguasa yang

beragama islam) mencegah orang-orang muslim di bawah jagaannya

daripada menjadi murtad.

Menjadi tanggungjawab pemerintah-pemerintah Islam mencegah

rakyatnya yang beragama Islam daripada menjadi murtad dengan

mengujudkan suatu undang-undang Riddah ke atas rakyatnya.

Umat Nabi Musa Kalimullah a.s. berpecah 71 puak. Manakala 70

puak berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad.

Hanya satu puak sahaja yang jadi mukmin lagi muslim.

Umat Nabi Isa Ruhullah a.s. berpecah kepada 72 puak. Manakala

71 puak berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad.

Hanya satu puak sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim.

Umat Nabi Muhammad s.a.w. berpecah kepada 73 puak. Manakala

72 puak berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad.

Hanya satu puak sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim. Puak

Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam aqidah, syariat dan akhlak pada masa ini

ialah :-

i. Dalam aqidah itu berada di dalam aliran Abu Hassan Asya’ari dan

Abu

Mansur Maturidi.

3

Page 4: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

ii. Dalam syariat iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam

aliran

a. Imam Syafie

b. Imam Maliki

c. Imam Hambali

d. Imam Hanafi

iii. Dalam akhlak iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam

aliran

Junaid Al-Baghdadi, Al-Qusyairi, Al-Ghazali, Asy-Sya’rani dan

ulama-

ulama muktabar seumpama mereka itu.

(A) 72 PUAK YANG SESAT AQIDAH ITU IALAH :

KAUM RAFIDHIYAH - 12 PUAK

Antara I’tiqad mereka:

a. Bahawa Saidina Ali turun dari langit atas rupa awan ketuhanan lalu

berupa

manusia maka dilakukanlah beberapa pekerjaan yang dibangsakan

kepada

ketuhanan. Setelah itu naik pula ke langit .

b. Bahawa Saidina Ali itu nabi; Jibril tersalah membawa wahyu kepada

Nabi

Muhammad s.a.w.

c. Bahawa Saidina Ali dan Nabi Muhammad s.a.w. bersyarikat dalam

pekerjaan Nubuwah.

d. Bahawa jawatan khalifah itu hanya khusus kepada

Saidina Ali. Adapun Abu Bakar , Umar dan Osman r.a. sentiasa berada

dalam kafir apabila menerima dan memegang jawatan khalifah

Rasullah. Mereka menyumpah sahabat-sahabat agung Rasulullah dan

4

Page 5: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

lain-lain sahabat yang tiada seketurunan atau sebangsa dengan

Saidina Ali.

e. Apabila roh keluar daripada suatu jasad anak Adam

maka masuk pula kepada jasad yang lain dengan nama dan rupa yang

lain atau serupa.

f. Bahawa Saidina Ali akan kembali hidup semula di

akhir zaman sebelum qiamat, menghukum akan semua musuh-

musuhnya dan tempatnya sekarang ini didalam awan. Guruh dan kilat

itu suara cemetinya.

g. Bahawa Allah s.w.t. terkadang-kadang zahir atas

rupa manusia maka dinamai akan dia nabi atau Imam. Lalu mengajak

manusia kepada ugama Islam yang lurus. Jikalau tiada demikian itu

maka sesatlah semua makhluk .

h. Bahawa zat Allah Ta’ala itu menjelma masuk dalam

sesuatu dan sebati dengan dia.

KAUM JABARIAH – 12 PUAK

Antara I’tiqad mereka;

a. Iman dan taat dan kufur dan maksiat semata-mata daripada Allah.

Tiada pada hamba ikhtiar usaha, teguh cita-cita dan rangkaian

doa.

b. Gugur taklif syarak daripada hamba.

c. Buat baik tiada dapat kebajikan atau pahala, buat maksiat tiada dapat

balasan jahat dan putus asa daripada rahmat Allah.

d. Buat baik tiada dapat pahala, buat jahat tiada dapat siksa.

e. Tafakur itu lebih baik daripada segala ibadat samada fardhu atau

sunat.

f. Sesiapa yang menjadi kekasih Allah dan bersih daripada hawa nafsu

yang jahat dan ada ilmu tiada perlu lagi buat amal ibadat.

5

Page 6: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

g. Bahawa orang-orang kafir dan ahli-ahli maksiat tiada akan ditanya di

akhirat kelak kerana segala-galanya itu Allah yang melepaskannya.

h. Bahawa Allah tiada menyeksa segala hamba-hambanya, kalau Allah

siksa

juga maka Allah itu zalim.

i. Allah meghidupkan segala kafir dan segala orang yang bersalah di

dalam neraka, selepas itu dimatikan pula dan tiada hidup lagi selama-

lamanya.

j. Apabila Allah selesai menjadikan makhluk maka beristirehatlah ia. Dan

tidak tiap-tiap suatu zahir pada waktunya yang ditetapkan itu dengan

sendirinya dan putus hubungan dengan Allah.

k. Apabila sampai kepada darjah kekasih Allah (wali Allah) yang tinggi

gugurlah taklif syara’ hanya tafakkur semata-mata.

l. Harta dunia bersyarikat di antara semua keturunan Adam dan Hawa

dan halal mengambilnya tiada hak tegahan ahlinya.

m. Apabila terasa di hati hendak melaksanakan sesuatu kebajikan atau

kejahatan hendaklah segera mengerjakan akan dia kerana itu wahyu

Allah yang dicampakkan di dalam hati.

n. Barangsiapa belajar ilmu jadilah ia berada dalam syirik dan

menegahkan daripadanya jadilah ia kafir.

o. Bahawa semua yang difardhu oleh Allah boleh buat jika rajin dan boleh

tinggal jika malas.

p. Segala perintah Allah itu hanya sekali sahaja tiada berulang-ulang.

q. Hamba tiada mukallaf selain daripada iman dan kufur.

r. Dipanggil mukmin hanya mengucap dua kalimah syahadah,

menghilangkan dia jadi kafir tidak perlu lagi melaksanakan lebih

daripada itu.

6

Page 7: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

KAUM KHARIJIAH – 12 PUAK

Antara I’tiqad mereka:

a. Bahawa yang menjadikan kebaikan itu Allah dan menjadikan kejahatan

itu hamba dan menghukum kafir akan orang Islam yang melakukan

dosa besar.

b. Bahawa zakat tiada fardhu. Boleh menghimpun harta sebanyak mana

yang disukai walaupun dengan apa cara sekalipun , dan tiada harus

memberi zakat kepada sesiapa pun kerana tiada tahu mukmin atau

kafir.

c. Allah mengampunkan dosa syirik jali, tidak perlu mengucap dua

kalimah syahadah untuk kembali kepada Islam.

d. Beriman dengan segala yang ghaib itu batal.

e. Allah tiada menghukumkan makhluk dengan suatu hukum.

f. Matahari, bulan dan bintang bukan makhluk Allah.

g. Semua perempuan itu perhiasan bagi lelaki. Boleh wat’ei dahulu

sebelum nikah.

h. Saidina Ali itu kafir.

i. Bahawa Abu Bakar, Umar r.a. itu sahaja mukmin. Tiada tahu lain

daripada itu kafir atau mukmin.

KAUM QADARIAH – 12 PUAK

Antara I’tiqad mereka :

a. Segala usaha ikhtiar, teguh cita-cita dan rangkaian doa hamba

memberi bekas dengan sendiri setelah Allah menjadikan ikhtiar usaha,

teguh cita-cita dan rangkaian doa hamba.

7

Page 8: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

b. Syaitan itu serupa dengan Allah kerana tiada mempunyai ujud yang

nyata.

c. Menjadikan kejahatan itu syaitan jua dan menjadikan kebaikan itu

Allah jua.

d. Qada’ dan Qadar itu bukan daripada Allah.

e. Beramal ibadat itu sia-sia kerana tiap-tiap baik dan jahat itu azali lagi.

f. Tiada ada shurga, neraka, hisab, mizan dan belum lagi dijadikan Allah.

g. Bahawa segala amal ibadat itu daripada hamba semata-mata tiada

diketahui beroleh pahala atau seksa jika melaksana atau meninggal

akan dia.

h. Bahawa Allah tiada menjadikan syaitan kerana jika Allah menjadikan

syaitan maka Allah juga menjadikan kekufuran maka sesungguhnya

Allah itu berkehendak ujud kekufuran.

i. Bahawa segala amal ibadat hamba itu makhluk Allah melainkan

semata-mata iman dan kufur.

j. Benci kepada ibadat fardhu dan suka kepada ibadat sunat dan

sembahyang yang empat rakaat dijadikan dua rakaat sahaja.

k. Segala kitab-kitab Allah yang turun dari langit tiada mansuh, wajib

beramal dengan semua isi kandungannya.

KAUM JAHMIAH – 12 PUAK

Antara I’tiqad mereka :

a. Asma Allah dan Sifat Allah itu makhluk.

b. Zat Allah itu ujud pada tiap-tiap tempat atas wajah hulul dan ittihad,

c. Orang yang mukmin yang a’si apabila masuk neraka tiada keluar

selama-lamanya.

d. Isi neraka apabila jadi abu tiadalah lagi hidup.

e. Mayat itu tiada merasai azab atau nikmat kecuali pada masa sakaratul-

maut dan dalam kubur.

f. Bahawa Zat Allah berdiri antara langit dan bumi.

8

Page 9: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

g. Bahawa Nabi Muhammad hanya melihat Tuhan didalam dunia sahaja

dan manusia yang lain pula melihat tuhan hanya di dalam akhirat

sahaja.

KAUM MURJI’AH - 12 PUAK

Antara I’tiqad mereka :

a. Selepas membicarakan rukun Iman tiada lagi yang difardhukan oleh

Allah.

b. Bahawa Allah menjadikan sekelian makhlukNya tetapi tiada menyuruh

melaksanakan kejahatan dan tiada melarang meninggalkan kejahatan.

c. Sesiapa mengucap Lailahaillallah maka bebas melakukan taat atau

berbuat maksiat.

d. Barang siapa mengesakan zat, sifat, asma’ dan af’al Allah maka tiada

sekali-kali tersurat atasnya dosa besar.

e. Bahawa Allah Ta’ala itu jauhar atau a’radh (sel atau nukleus).

f. Sah sujud kepada matahari, bulan dan bintang atau makhluk yang lain

seperti sujud kepada Allah.

g. Iman itu ilmu, barang siapa tiada berilmu jadi kafir.

h. Sesiapa yang tiada mengetahui amar dan nahi jadi kafir.

i. Iman seseorang itu pada tiap-tiap tahun sentiasa berkurang tiada

bertambah.

j. Dirinya jadi mukmin jika dikehendaki Allah dan tiada jadi mukmin

jika tiada dikehendaki Allah (syak atau zan atau waham) akan

keimanan dirinya.

k. Zat Allah serupa dengan manusia.

l. Wajib dan sunat, haram dan makruh sama sahaja kerana kesemuanya

titah perintah Allah.

m. Zat Allah tiada bersifat dengan segala sifat ujudiah.

n. Boleh mengikut perintah atau arahan syaitan atau jin samada Jin Islam

atau kafir walaupun perintah melaksanakan segala yang haram.

9

Page 10: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

(B) DUA PUAK YANG SESAT SYARIAT DALAM MAZHAB FIQH YANG

EMPAT

i) Bida’ah dholalah karohah yang jadi fasik .

ii) Bida’ah dholalah haram yang jadi murtad.

Golongan mereka ini iaitulah puak-puak yang sesat dalam aqidah

dan tasauf.

MAKSUD BIDA’AH BHOLALAH IAITU;

Suatu penambahan atau pengurangan kepada asal hukum wajib,

haram, sunat, makruh, harus tidak mengikut qowaid syariyah

Qowaid syariyah

i) Syarat

ii) Sebab

iii) Mani’

iv) Sah

v) Batal

Dan tidak ada hubungkait dengan makna dan makni Al-Quran,

hadis, ijmak ulama dan qias.

10

Page 11: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

(c) TERJEBAK KEDALAM 13 PUAK TASAUF ( SUFI ) YANG SESAT

1. KAUM MARJI’AH

I’tiqadnya apabila sampai kepada darjah kekasih Allah, tidaklah

kasih akan yang lain selain Allah. Terangkat taklif syara’ dan segala

ibadat dan halal segala yang haram, segala yang difardhu boleh

buat dan boleh tinggal. Puak-puak ini setengahnya sangat gemar

bertelanjang tiada menutup aurat. Segala harta di dunia ini

kepunyaan Tok Adam. Mereka anak-cucu Adam dan halal

kesemuanya.

2. KAUM AULIYA’IYAH

I’tiqadnya apabila sampai kepada darjah wali terangkat segala taklif

syarak dan wali lebih besar daripada Nabi.

3. KAUM SYAMRAKHIYAH

I’tiqadnya menghalalkan zina dan berpura-pura berlaku warak

dikhalayak ramai.

4. KAUM IBAHIYAH

I’tiqadnya sanggup menahan diri daripada berbuat perkara-perkara

mungkar dan juga tidak sanggup menyuruh manusia dengan

kebajikan dan mereka juga menghalalkan zina.

5. KAUM HALIYAH

I’tiqadnya mereka menari-nari dan bertepuk tangan dan ada yang

pengsan serta mereka sandarkan pekerjaan mereka itu kepada

sunah Rasulullah yang perlu diikuti.

6. KAUM HURIYAH

11

Page 12: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

I’tiqad mereka sama seperti kaum Haliyah, cuma mereka kata

tatkala pengsan itu, “Datang kepada kami bidadari, maka kami

jima’ akan dia. Apabila sedar daripada pengsan mereka pergi mandi

junub.

7. KAUM WAQI’YAH

I’tiqad mereka bahawa zat Allah dan segala sifat-Nya , asma-Nya

dan af’al –Nya tidak boleh dikenali. Hamba sama sekali tidak akan

sampai kepada makrifatullah.

8. KAUM MUTAJAHILIYAH

I’tiqad mereka tidak memakai pakaian-pakaian yang bersih, suka

kepada pekerjaan yang jahat dan suka kepada perempuan dan zina.

9. KAUM MUTAKASILIYAH

I’tiqad mereka meninggalkan usaha ikhtiar, meminta kepada orang

ramai dan memaksa-maksa orang ramai memberi zakat dan

sedekah kepadanya.

10. KAUM ILHAMIYAH

I’tiqad mereka selalu mendapat ilham ketuhanan, meninggalkan

mempelajari serta membaca Al-Quran, meninggalkan zikir dan

segala selawat kerana Al-Quran itu menjadi hijab untuk sampai

kepada makrifatullah. Mereka lebih suka mempelajari serta

menghafal segala bait-bait syair.

11. KAUM HULULIYAH

I’tiqad mereka zat Allah menjelma di dalam diri manusia atau dalam

juzuk-juzuk daripada alam. Mengharuskan memandang kepada

perempuan-perempuan yang elok-elok dan lelaki-lelaki yang elok-

elok rupa kerana disitu ada tajalli ketuhanan; suka bersuluk dan

berzikir campur lelaki dan perempuan sambil memeluk cium yang

elok pula kerana itu bekas tajalli ketuhanan jika dapat anak di

dalam majlis itu, anak itu anak tajalli ketuhanan; semua amalan

hanya berniat sahaja.

12

Page 13: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

12. KAUM WUJUDIYAH

Yang mulhid atau zindiq; I’tiqad mereka, diri mereka dan zat Allah

sama jenis ujud dan ujudnya Allah itu bertempat dan bermasa serta

boleh dilihat dengan mata kepala. Mereka hanya semata-mata

membahaskan tentang keujudan zat Allah mengikut khayalan

mereka sahaja.

13. KAUM MUJASSIMAH

I’tiqad mereka zat Allah itu berjisim seperti manusia.

PERINGATAN:-

Puak-puak ini ialah mereka-mereka yang sesat dalam

aqidah, syariat dan akhlak Islam dari kaca mata Ahlus Sunnah

Wal Jamaah tetapi diri mereka itu, tetap mereka mengaku betul

dan benar mengikut agama Islam dalam semua kerja buat

mereka.

Asas seseorang itu menjadi kufur atau murtad dan bida’ah

dholalah iaitu :

1. Jahil Murakab

- Menerima dan beramal sesuatu yang baik dan jahat dengan

tidak berbetulan sasarnya atau perkataan dan perbuatan

seseorang itu tidak bertepatan dan tidak selari seperti asalnya

samada dalam bab aqidah, syariat dan akhlak .

2. Jahil Basit

- Berdegil atau keras hati didalam menerima ilmu dan amal

yang baik

sehingga diberitahu berita gembira atau takut sama sahaja,

tidak

ada apa-apa kesan atau tidak boleh menerima dan

melaksanakan

sesuatu yang betul di dalam bab aqidah, syariat dan akhlak,

samada

13

Page 14: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

diajar atau ditegur.

3. Rabtul A’di

- Berpegang teguh pada hukum adat dalam hidup dan

kehidupan

dengan menolak semua sekali hukum syarak dan hukum

akal.

HUKUM SYARAK :

i. Wajib

ii. Haram

iii. Sunat

iv. Makruh

v. Harus

Tiap-tiap satu hukum syarak itu ditentukan oleh lima (5) Hukum Taklif

untuk membolehkan seseorang itu berada padanya :

i. Syarat

ii. Sebab

iii. Mani’

iv. Sah

v. Batal

Hukum Akal itu ialah :

i. Wajib

ii. Mustahil

iii. Harus

4. Taqlidur Rad’di

- Ikut membabi buta tanpa merujuk kepada hukum syarak dan

hukum

14

Page 15: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

akal serta kepada ulama-ulama yang faham dan beramal

dengan

ilmunya.

5. Tahsinul Aqli

- Mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-Quran,

Hadis, Ijmak Ulama dan Qias dalam aqidah, syariat dan

akhlak.

6. Hululliah

- Mengiktiqad zat Allah itu menjelma di dalam alam,

menyerupai sesuatu daripada alam zahir dan batinnya.

Umpama iktiqad Yahudi iaitu zat Allah menjelma dalam alam,

menyerupai Nabi Allah Uzair a.s.

- Iktiqad Kristian zat Allah menjelma dalam alam menyerupai

Mariam dan Isa a.s.

7. Tanasikhul Arwah

- Mengiktiqad zat nabi-nabi, wali-wali dan malaikat menjelma

masuk

dalam diri seseorang dan orang yang mendapat penjelmaan

itu boleh menzahirkan beberapa yang menyalahi kebiasaan

bagi membukti kebenarannya.

Peringatan:-

Tidak ada dalam nas, hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak

Ulama dan Qias mengatakan roh nabi-nabi, wali-wali dan

malaikat diizinkan oleh Allah menjelma masuk ke dalam diri

seseorang, hanya yang ada roh jin dengan mempernamakan

dirinya sebagai nabi, wali dan malaikat kerana menipu daya

manusia untuk terjun dalam sesat aqidah, syariat dan

akhlak dalam Islam.

15

Page 16: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

8. Iktiqad Wahdatul Wujud

- Mengiktiqad zat Allah menjelma pada mana-mana tempat

dalam diri dan bersatu dengan roh sehingga di kala itu orang

itu mengaku dirinya Tuhan. Meninggalkan segala amalan

syariat, menghalalkan segala yang haram dan terangkat

segala taklif syarak pada dirinya.

Umpamanya nikah batin, sembahyang hanya dengan niat dan

lain-lain.

Peringatan :-

Maksud gugur taklif syarak pada istilah ahli sufi, ialah

gugur taklif Syarak pada makam yang ia tinggalkan dan

masuk melaksanakan taklif syarak pada pangkat dan

tingkat dirinya berada, yang menuju sasarnya, baik, paling

baik, agung baik, maha baik iaitu aqidah, syariat, akhlak

Nabi Muhammad s.a.w zahir dan batinnya.

9. Menghuraikan Al-Quran, hadis dan kitab-kitab ulama dengan

jahil

kaedah bahasa Arab atau tidak memasuki mana-mana majlis

pengajian atau tidak mengambil daripada mereka yang mahir

bahasa Arab lagi a’lim serta beramal dengan ilmunya atau

jahil qowaid syarak.

16

Page 17: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

BAB 2

Tanda-tanda sesuatu amalan itu dan orang yang beramal itu berada

dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak di atas nama murtad, munafik,

zalim, fasik itu ialah ilmu dan amal yang :-

1. Ada perjanjian yang disertakan dengan sumpah bagi

memaksakan diri seseorang itu beramal dengan segala

yang

baik (wajib, sunat, harus) dan meninggalkan segala yang

jahat

(haram dan makruh).

a. Mereka memansuhkan sama sekali 3 hukum syarak

dengan

sengaja iaitu :

i. Hukum Sunat

ii. Hukum Makruh

iii. Hukum Harus

b. Memberatkan ke atas diri 2 hukum syarak dengan

sengaja

iaitu :

i. Hukum Wajib

ii. Hukum Haram

c. Menaikkan taraf :

i. Hukum Sunat menjadi Wajib

ii. Hukum Harus yang hampir kepada sunat menjadi

wajib

iii. Hukum Makruh menjadi haram

iv. Hukum Harus yang hampir kepada Makruh menjadi

haram

17

Page 18: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

d. Mubai’ah pula kepada orang yang fasik, munafik, zalim

dalam

ilmu dan amalnya.

e. Tidak mengikut kaedah mubai’ah yang betul mengikut

Qowaid

Syariyah dalam bab syariat dan sufi (akhlak).

2. (a) Patuh pada perjanjian yang sama dengan hukum syarak

(wajib, sunat, haram, makruh dan harus) bagi mendapat

sesuatu yang menyalahi kebiasaan.

(b) Patuh pada perjanjian yang harus dalam hukum syarak bagi

mendapat sesuatu yang menyalahi adat.

(c) Patuh pada perjanjian yang haram dalam hukum syarak.

- Mendatangkan hukum syarak yang baru dengan memansuhkan

hukum syarak yang asal kerana patuh dan taat dan ikut telunjuk

khadam yang menjadi sahabat dalam semua kerja buatnya

(menukar Ubudiahnya dalam ilmu dan amalnya daripada Ubudiah

kepada Allah ke Ubudiah kepada

khadam yang menjadi sahabatnya). Lihat huraian pada bab

Istidraj, sihir,

Ihanah dan Sya’wazah.

3. Jenis-jenis latihan yang ada sifat marah atau dimarahi bagi

menzahirkan

perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.

- Menzahirkan rupa Tanasikhul Arwah iaitu penjelmaan rohani

daripada jin ke

dalam diri samada cara tersembunyi atau nyata yang disangka nabi

atau wali

atau malaikat.

4. Mengiktiqad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu

yang

18

Page 19: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

dihajati (berada dalam syak, zon dan waham)

- Terjebak dalam iktiqad Jabariah, Qodariah dan Muktazilah.

5. Tidak tahu asal usulnya, paling kurang sampai kepada ulama-ulama

muktabar

yang dipercayai ilmu dan amalnya.

- Mengambil ilmu dan amal

i. Meniru ilmu dan amal tiada berguru.

ii. Mengambil daripada dalam mimpi

iii. Daripada buku-buku

iv. Daripada mereka-mereka yang terputus salasilah dengan guru yang

di

atasnya atau orang jahil, zalim, munafik, fasik atau daripada orang-

orang

kafir, padri, rahib dan sami-sami.

BAB 3

PERKARA-PERKARA YANG MENYALAHI KEBIASAAN.

Ada lapan jenis perkara mencarik adat yang Allah zahirkan di atas muka

bumi, sebagai makhbul doa dan menunaikan hajat manusia.

Empat perkara luar biasa yang dipuji :-

1. Irhas.

2. Mukjizat.

3. Karamah.

4. Maunah.

Empat perkara luar biasa yang dibenci :-

1. Sihir peringkat tinggi yang menghampiri Karamah di

19

Page 20: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

namakan Istidraj.

2. Sihir peringkat pertengahan.

3. Sihir peringkat rendah yang dinamakan Ihanah.

4. Sihir peringkat bawah yang dinamakan Sya’wazah.

Allah kategorikan manusia ke dalam dua golongan yang besar :-

1. Golongan yang maksum daripada dosa besar dan dosa kecil dari

awalnya sehingga akhirnya dan sentiasa bertambah tinggi

darjat iman, syariat dan akhlaknya di sisi Allah, mereka inilah

golongan nabi-nabi dan rasul-rasul Alaihimussola tuwassalam.

2. Mereka ini pula dikategorikan :-

a. Sayyed Ulul Azmi hanya Habibuhu, Abduhu

Warasuluhu, Muhammad s.a.w sahaja.

b. Empat Ulul Azmi iaitu :-

1. Saidina Nuh Najiyullah a.s

2. Saidina Ibrahim Khalilullah a.s

3. Saidina Musa Kalimullah a.s

4. Saidina Isa Ruhullah a.s

Dua puluh orang baki Rasul-Rasul yang tersebut namanya di dalam Al-

Quran.

Dua ratus lapan puluh lapan baki Rasul-Rasul a.s

Seratus dua puluh empat ribu ( 124,000 ) nabi-nabi a.s kata setengah

ulama atau dua ratus empat puluh ribu ( 240,000 ) nabi-nabi a.s kata

setengah ulama yang lain.

Golongan ini wajib di imani oleh setiap orang muslim lagi mukmin bahawa

mereka itu maksum atau tidak disentuh oleh dosa besar dan kecil melalui

lidah, anggota dan hati mereka itu selama-lamanya samada dalam bab

20

Page 21: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

aqidah, syariat dan akhlak. Pada diri mereka ini Allah zahirkan perkara-

perkara luar biasa jenis baik yang dinamakan:-

a. Irhas – perkara yang mencarik adat yang Allah zahirkan

kepada

nabi-nabi pada masa kecil, sebagai tanda atau bukti ia

akan

diangkat oleh Allah menjadi Nabi atau Nabi lagi Rasul

membawa risalah ketuhanan setelah ia dewasa.

b. Mukjizat – perkara luar biasa yang Allah zahirkan kepada

Nabi

dan Nabi-Nabi lagi Rasul yang membawa risalah

ketuhanan untuk

dirinya atau untuk disampaikan kepada manusia pada

zamannya.

Pangkat Iman, Islam dan Ihsan mereka ini sentiasa

bertambah

tinggi tiada pernah susut ke belakang sekali-kali.

BAB 4

Perkara-perkara luar biasa yang baik yang Allah zahirkan ke atas

orang-orang muslim lagi mukmin :-

21

Page 22: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

1. Dinamakan Maunah

2. Dinamakan Karamah

Golongan manusia kedua, kelompok yang bukan nabi dan bukan nabi-

nabi lagi rasul yang mana mereka ini terjebak ke dalam dosa besar dan

dosa kecil yang diistilahkan sebagai :-

1. Kafir.

2. Munafik.

3. Fasik.

4. Zalim dan lain-lain.

AHLI MAUNAH

a. Mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul

pada

zamannya umpama sahabat-sahabat r.a.

b. Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang

mengambil

ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul umpama

tabi’in

mengambil daripada sahabat.

c. Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang

mengambil

ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil ilmu

dan

amal daripada nabi nabi dan rasul-rasul umpama tabi’ tabi’in

mengambil daripada tabi’in mengambil daripada sahabat,

sahabat

mengambil daripada rasul.

d. Mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada

mereka-

mereka………………… selagi tidak berlaku kiamat yang akhir

mengambil

22

Page 23: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

daripada nabi-nabi dan rasul-rasul.

Kesemua mereka itu, melatih diri dengan ilmu dan amal itu dengan niat

untuk berjihad dengan diri dan harta.

a. Bagi menjaga maruah Agama Islam itu sendiri.

b. Bagi menjaga maruah diri dan keturunan yang beragama

Islam

c. Harta.

d. Negara (Tanah air) di mana kesemua latihan itu tujuannya

keluar daripada dosa besar dan dosa kecil (Syirik

Uluhiyah

dan Syirik khafi) melalui lidah, anggota dan hati di

semua

tempat, waktu dan masa.

Peringatan :-

Segala rupabentuk ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dan

segala rupa bentuk amalan khusus daripada segala jenis wirid,

segala jenis jampi, doa yang diambil daripada ulama-ulama yang

ahli pada babnya yang ada salasilah dan wasilah kepada

Rasulullah, sama ada daripada ayat Al-Quran, selawat, tasbih,

istighfar, ahzab, asma ulhusna dan lain-lain, begitu juga segala

rupa bentuk latihan pertahan diri walau di atas apa rupa bentuk

tapak dan nama yang dinamakan latihan yang diamalkan oleh

mereka-mereka ini dinamakan ajaran yang baik. Perkara-perkara

mencarik adat yang Allah zahirkan pada diri zahir dan batin

mereka ini dalam apa juga suasana dan keadaan, dinamakan

Maunah dan Karamah. Suatu yang baik itu ialah sesuatu yang

memantapkan aqidah, syariat dan akhlak ke arah baik, paling

baik, agung baik, maha baik. Di kalangan kelompok orang-orang

melayu muslim lagi mukmin, latihan pertahan diri yang dilatih

23

Page 24: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

oleh mereka ini dinamakan “silat” yang bererti “hubung kait”

atau “kaitan” yang berasal daripada perkataan

asalnya “Als-Sil Silati” atau “salasilah”. Nabi Muhammad pernah

menjadi jaguh gusti menjatuhkan dua jaguh gusti arab jahiliah.

Manusia-manusia yang kafir, munafik, zalim, fasik yang telah keluar

daripada daerah kafir, munafik, zalim, fasik melalui lidah anggota dan

hati, apabila masuk beramal atau melatih diri dengan ilmu dan amal yang

mereka pelajari (mengikut kaedah yang tersebut di atas) dengan tujuan

menuju atau terjun ke dalam baik, paling baik, agung baik, maha baik itu

mestilah melalui, suasana-suasana seperti berikut supaya cita-cita untuk

berada di dalam baik, paling baik, agung baik, maha baik zahir dan batin

itu berhasil dan menjadi kenyataan.

A) Kerana rasa gerun, hebat kecut lesu dengan segala ancaman-

ancaman seksa

dan neraka yang dijanji oleh Allah ke atas orang-orang yang derhaka

(kufur

dan maksiat) semasa hidup di atas dunia, sehingga tidak ada masa dan

ruang

untuk melarikan diri, melindung diri dan tiada tempat untuk berlutut

memohon

pertolongan dan bantuan. Kumpulan ini diibaratkan seumpama anak

umur 1 hari

hingga 12 tahun dengan ayah dan ibunya. Dalam menerima dan

melaksana

segala perintah, untuk mengabdi diri zahir dan batin begitu juga nisbah

kenal

dirinya sebagai anak dan kenal ayah dan ibunya yang sebenar-

benarnya, sebagai

penjaga, pendidik, pemelihara, pentarbiah dirinya dalam hidup dan

kehidupan.

24

Page 25: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

1. Dikala itu, hendaklah melatih menzahirkan pada diri zahir dan

batin

perangai-perangai atau sifat-sifat baik iaitu :

a. Segera taubat, keluar daripada segala bentuk salah

dan dosa lidah, anggota dan hati dengan menyesal

diatas kesalahan yang dilakukan.

b. Keluar daripada kesalahan dan tempat salah kepada

kebaikan dan ke tempat yang baik.

c. Berazam tidak akan kembali mengulangi kesalahan itu

atau kembali ke tempat salah itu selama-lamanya. Jika

ada bersangkutan sesama manusia mesti memohon

ampun maaf minta halal dunia akhirat dan bayar harga,

jika menjadi kepayahan hendaklah pohon kepada Allah

ampunkan segala dosanya, memberi kemaafan atau

halal dan membayar harganya di akhirat kelak.

2. Sabar

3. Malu

4. Amanah

5. Benar (Sidiq)

6. Tawakal

7. Khauf

8. Zahid

9. Syukur

10. Redha

11. Habbah

12. Ikhlas dan lain-lain sifat terpuji paling kurang 50% ke 80% dan

menghilangkan sifat-sifat jahat pada diri iaitu :-

a. Mengekali berada dalam dosa.

b. Lekas marah

c. Kianat

d. Dusta

25

Page 26: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

e. Takabur

f. Riak

g. Ujub

h. Suma’ah

i. Tamak

j. Kasihkan dunia untuk dunia

k. Mengumpat

l. Mengadu domba

m. Kedekut

n. Iri hati dan lain-lain perangai jahat paling kurang

50% ke 80%.

Kesemua itu akan diperolehi :-

a. Melalui tarbiah dan didikan

b. Keluar daripada cakap yang sia-sia

c. Keluar daripada keluh kesah dunia untuk dunia

d. Berlapar pada siang hari dengan berpuasa paling kurang Isnin –

Khamis.

e. Menghidupkan malam dengan ibadah-ibadah sunat.

B) Kerana rasa rindu yang amat sangat dengan syurga dan segala

nikmat-nikmat

yang dijanjikan oleh Allah pada orang beriman dan beramal soleh

(Iman dan

taat) sehingga seolah-olah merasai nikmat syurga itu pada masa ini.

Lebih-

lebih lagi pohon Allah kurniakan semasa hampir mati, semasa di Alam

Barzah,

semasa di Yaumil Mahsyar dan pohon Allah masukkan ke dalam syurga

tanpa hisab.

Dikala itu hendaklah melipat gandakan, menghiaskan pada diri

zahir dan batin dengan segala perangai yang baik sehingga mengjangkau

26

Page 27: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

80% ke 100% dan membuang semua perangai jahat zahir dan batin

sehingga mengjangkau 80% ke 100%. Kumpulan ini diibaratkan

seumpama anak berumur 12 tahun – 18 tahun dengan ayah dan ibunya.

Dalam menerima dan melaksana segala perintah, untuk mengabdi diri

zahir dan batin begitu juga nisbah kenal dirinya sebagai anak dan kenal

ayah dan ibunya, sebagai penjaga, pendidik, pemelihara, pentarbiah

dirinya dalam hidup dan kehidupan.

Untuk mencapai cita-cita ini antaranya hendaklah memaksa diri

melazimkan perkara-perkara di bawah ini:-

1. Keluar daripada keluh kesah dunia untuk dunia.

2. Berjaga malam.

3. Berlapar pada siang hari (berpuasa).

4. Berhenti daripada berkata sia-sia.

5. Menghadiri majlis tarbiah dan taqlim.

Dikala itu Allah akan menzahirkan perkara-perkara luar biasa melalui

lidah, anggota dan hati mereka (A dan B) ini yang dinamakan Maunah.

Ahli Karamah.

Iaitulah golongan ahli Maunah yang sudah istiqomah melatih diri

keluar daripada dosa besar dan dosa kecil melalui lidah, anggota dan

hatinya di semua tempat waktu dan masa berada dan sudah sampai

kepada tahap Makrifatullah yang hakiki di mana mereka sudah bersih

zahir dan batin daripada segala sifat-sifat yang jahat sehingga melebihi

100% dan sentiasa menggandakan hias diri dengan sifat-sifat yang baik

zahir dan batin seumpama yang ada pada diri zahir dan batin Nabi

Muhammad s.a.w. Mereka inilah juga, dikenali sebagai pewaris nabi-nabi

dalam bab ilmu dan amal sama ada aqidah, syariat dan akhlak, melalui

lidah, anggota dan hati dan menjadi Uswatun Hasanah kepada manusia

pada zamannya. Zahir mencarik adat pada mereka ini dinamakan

Karamah. Bandingan mereka ini kalaulah nabi-nabi dan rasul-rasul itu

27

Page 28: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Quran asli, mereka ini diibaratkan Quran photostat yang pertama atau

bandingan anak umur 18 tahun ke atas dengan ayah dan ibunya di mana

pada bab ilmu dan makrifah akan dirinya sebagai anak dan dengan ayah

dan ibunya sebagai ayah dan ibunya yang jati. Segala perintah dan

arahan ayah dan ibunya itu dilaksanakan dengan penuh rela dan redha

walaupun pada asalnya suatu paksaan yang mesti dipatuhi dan ditaati.

Dikala itu sudah pastilah segala apa juga hak milik daripada ayah dan

ibunya itu akan diwariskan kepada dirinya sahaja. Tidak kepada yang

lainnya (anak yang derhaka).

Peringatan :-

Wasilah dan Rabitah dengan ahli-ahli yang baik, paling baik,

agung baik, maha baik pada zahir dan batin (nabi-nabi, rasul-

rasul dan Auliaillah Hisolihin). Sama ada mereka itu masih hidup

atau yang sudah mati di atas makna Tabaruk (mengambil berkat)

dan Taqarub (menghampiri diri) zahir dan batin dengan

kemuliaan dan ketinggian darjah iman, syariat dan akhlak

mereka itu zahir dan batin di sisi Allah, adalah menjadi suatu

amalan yang baik, suatu dorongan, suatu keperluan yang amat

dituntut untuk segera mencapai darjah Makrifatullah yang hakiki

di sisi Allah dan untuk segera keluar daripada dosa besar dan

dosa kecil (Syirik Uluhiyah dan Syirik Khafi atau kufur, maksiat)

kepada iman dan taat, dan untuk segera menghias diri dengan

aqidah, syariat dan akhlak-akhlak mulia zahir dan batin

seumpama mereka itu dan untuk segera Ijabah atau makhbul

doa, melalui penuturan atau gerak anggota atau qosad hati yang

dinamakan Maunah dan Karamah peringkat tinggi. Terhindar

sama sekali daripada bertaulan dan gangguan dengan segala

rupa bentuk khadam yang bersyarat.

28

Page 29: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

BAB 5

Perkara-perkara luar biasa yang menyesatkan aqidah, syariat dan

akhlak seseorang muslim.

Terdapat empat perkara luar biasa yang lazim nyata atau zahir pada diri

manusia yang derhaka kepada Allah, sebagai makhbul doa dan ujian

daripada Allah ke atas mereka itu,

Perkara-perkara luar biasa itu dinamakan :-

1. Istidraj atau sihir peringkat tinggi yang menghampiri Maunah

dan

Karamah pada sekali imbas pandang.

2. Sihir peringkat pertengahan.

3. Sihir peringkat rendah yang dinamakan Ihanah atau silap mata.

4. Sya’wazah (sihir yang paling keji yang tidak menepati sasaran

kehendak tuan punya sihir itu).

Manakala golongan manusia yang terjebak di dalam perkara luar biasa

yang salah lagi sesat ini, terbahagi kepada dua golongan :-

1. Golongan ulama dan orang-orang soleh yang pura-pura.

2. Golongan orang-orang kafir, munafik, zalim atau fasik.

Lazimnya kedua-dua golongan ini mengambil ilmu dan amal daripada :-

1. Kitab-kitab.

2. Orang-orang yang terputus salasilahnya oleh sebab jahat

adabnya dengan guru yang di atasnya.

3. Mengambil daripada dalam mimpi atau menyusun sendiri

kalimah-kalimah, ayat-ayat jampi serapah mentera yang

terkeluar daripada Qowaid Syari’yah yang betul atau mengada-

adakan segala rupa bentuk pemujaan yang kesemua itu

tujuannya supaya disanjung, dipuja, dipuji, dihormati dan

digelar :-

29

Page 30: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

a. Bapak Guru, Ibu Guru, Maha Guru, Bapak

Jaguh,

Ibu Jaguh, Tok Jaguh, Nenek Jaguh, Maha

Jaguh.

b. Raja, Panglima, Hulubalang, Tok Pawang.

c. Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Mudin, Mak Bidan

dan Mak Andam dan lain-lain lagi.

Istidraj atau sihir yang menghampiri Maunah atau Karamah ini pada sekali

imbas pandang akan berlaku ke atas diri ulama-ulama dan orang-orang

soleh yang pura-pura, bila mana mereka mengambil ilmu dan amal :-

a. Daripada kitab-kitab.

b. Mereka terputus salasilah dengan guru yang di atasnya

oleh

sebab jahat adabnya.

c. Mengambil ilmu dan amal daripada guru-guru yang

terputus

salasilah ilmu dan amalnya dengan ulama-ulama muktabar

yang di atasnya oleh sebab jahat adabnya.

d. Mengambil ilmu dan amal daripada dalam mimpi, daripada

pertapaan (Uzlah) atau daripada orang-orang yang

bertapa yang tujuan itu seperti yang telah disebutkan.

Ketika itu Allah akan menghantar jin-jin Islam yang soleh dan a’lim

seumpamanya datang dalam mimpi atau jaga dengan mengaku diri nabi-

nabi, wali-wali atau malaikat mengajar ilmu dan amal menolong dalam

kerja buatnya. Kalau sebenarnya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat itu

datang kepadanya, nescaya Allah akan zahirkan ke atas dirinya seperti

yang diisyarat atau diucapkan oleh nabi-nabi, wali-wali atau malaikat itu.

Maksudnya diri orang itu zahir dan batin akan berada seperti yang

diucapkan dengan izin Allah. Jika yang datang itu jin sama ada Islam atau

kafir kepada ulama-ulama atau orang-orang soleh yang pura-pura dalam

mimpi atau jaga maka dia mesti (tidak dapat tidak) akan menetapkan

30

Page 31: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

syarat kepada sahabatnya yang manusia itu untuk diterima sebagai

taulan dan rakan yang beserta dalam semua kerja buat melalui lidah,

anggota dan hati ialah, segala syarat yang sama dengan hukum syarak,

bagi menyakinkan ulama-ulama dan orang-orang soleh itu, dengan apa

yang dilaksanakan itu benar dan betul, mengikut hukum syarak, maka

dikala itu nyatalah pada diri ulama atau orang soleh itu segala rupa

bentuk yang menyalahi kebiasaan yang hampir sama dengan Maunah

dan Karamah dan mula dari saat itu jugalah, ulama dan orang soleh itu

telah mencampakkan dirinya ke dalam Syirik Uluhiyah (Murtad) dalam

semua rupa bentuk amalan syariatnya, selagi mana ia patuh dan tunduk

pada syarat-syarat tersebut.

Sebenarnya mereka itu telah pun terjebak atau dijebak ke dalam satu tipu

daya dan pembohongan yang amat halus daripada jin yang memang

kerjanya untuk menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak anak cucu Adam

yang soleh, kepada derhaka, paling derhaka, agung derhaka.

Istidraj atau sihir peringkat pertengahan

Golongan orang Islam yang fasik, zalim dan munafik mengambil

ilmu dan amal daripada ulama-ulama dan orang-orang soleh yang

bersahabat dengan jin yang patuh pada syarat yang sama dengan hukum

syarak disebabkan musibah atau hal.

Ulama-ulama dan orang-orang soleh itu akan meletakkan syarat

yang sama seperti mana ia terima daripada sahabat jinnya kepada

muridnya dengan dinamakan pula pantang larang. Apabila si murid

mengaku menerima ilmu dan amal dengan segala syarat-syarat yang

dinamakan pantang larang daripada ulama-ulama dan orang-orang soleh

itu, maka Syirik Uluhiyah (murtad) yang ada pada diri ulama-ulama

dan orang-orang soleh itu turun pula pada si murid yang mengambil ilmu

dan amal daripadanya, dikala itu si murid itu beramal dengan ilmu dan

amal yang diambil daripada ulama-ulama dan orang-orang soleh tersebut

31

Page 32: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

dalam keadaan dirinya sudah berada dalam murtad (Syirik Uluhiyah dan

Syirik Qofi seperti gurunya).

Ketika itu si murid akan didatangi pula oleh jin-jin Islam yang fasik

atau yang kafir dalam tidur atau jaga mengaku dirinya nabi-nabi, wali-wali

atau malaikat dengan meletakkan syarat yang harus dalam hukum syarak

untuk bersahabat dan berkawan dalam semua kerja buatnya antaranya :-

a. Syarat dalam bentuk makanan dan minuman seperti pulut

putih,

pulut kuning, ayam panggang, bubur-bubur berwarna, bertih

jenis

makanan atau berlauk-pauk yang berhidang (1, 3, 5 dan 7

hidang ke

atas) jenis-jenis kuih-muih (1, 3, 5 dan 7 jenis ke atas) dan

sebagainya.

b. Dalam bentuk pakaian kuning, hijau, merah, cincin, azimat,

tangkal,

gelang, mahkota, selendang dan sebagainya.

c. Alat-alat senjata seperti keris, tombak, pedang, lembing dan

lain-lain

atau ketiga-tiga syarat itu serentak atau dua daripada tiga

syarat itu serentak.

32

Page 33: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Istidraj peringkat rendah atau sihir peringkat rendah

(Ihanah)

Golongan orang-orang fasik, munafik dan kafir yang ingin

menonjolkan kehebatan dan kebesaran. Mereka ini mengambil ilmu dan

amal daripada orang yang sejenis dengannya daripada segala rupa

bentuk jampi serapah dan mentera yang terpesong daripada kaedah

syarak pada kalimah dan ayatnya atau mengadakan segala rupa bentuk

upacara pemujaan yang diluar batas syarak.

Ketika itu mereka akan didatangi jin-jin yang kafir samada di dalam

mimpi atau jaga dengan segala syarat yang haram dalam hukum syarak,

sebagai syarat untuk bersahabat dan bertaulan dalam semua kerja

buatnya.

33

Page 34: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Antara nama-nama gelaran jin yang terkenal dalam istilah orang-

orang melayu ialah :-

Hantu raya, Jin tanah, Polong, Mambang

Bajang, Pari-pari, Langsuir, Toyol, Pelesit

Hantu kubur, Jerangkung, Hantu galah

Tengelong, Harimau jadian, Hantu bungkus dan lain-lain

Yang seumpama dengannya akan datang bersahabat. Semua jenis jin itu

dan lain-lain jenis jin, keturunan atau bala tentera Azazil Laknatullah itu

hanya nama yang diberi oleh orang-orang melayu. Di dalam Al-Quran

Allah menyebut dengan nama Azazil, Afrit, Syaitan, dan

waswasilkhannas dan lain-lain istilah.

(Sya’wazah)

Iaitu suatu perkara luar biasa yang Allah zahirkan ke atas manusia

yang melampaui batas derhakanya, sehingga setiap permintaannya yang

baik, tidak dimakhbulkan oleh Allah, bahkan diganti dengan perkara-

perkara yang lebih jahat dan lebih memalukan dirinya kerana dia tidak

memperolehi seperti yang dikehendakinya sebagai bukti kebetulannya

atau kebenarannya di dalam ilmu dan amalnya.

Risiko yang akan diterima oleh empat (4) kelompok manusia

yang bersahabat dengan jin.

1. Mereka inilah dipanggil Kahin, Arrof atau Munajjim seperti yang

disebut dalam hadis nabi S.A.W

2. Mereka-mereka inilah juga sebagai penaja, pengamal, pengembang

ajaran sesat yang terkutuk yang berada di dalam sesat aqidah, syariat

dan akhlak dalam masyarakat setempat. Golongan inilah juga yang

34

Page 35: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

mempamerkan kepada manusia segala rupa bentuk kehebatan dan

perkara-perkara luar biasa antaranya :-

a. Melalui latihan pertahan diri dinamakan “Gayung”.

Ruqanah

dan Aswadi ialah dua orang jaguh gusti arab Jahiliah

yang

berlawan gusti dengan nabi Muhammad s.a.w adalah

contoh

bagi kelompok ini.

b. Perubatan tradisional yang melanggar kaedah syarak,

Tukang

tilik atau Tok nujum dan lain-lain yang seumpamanya

seperti

yang tersebut dahulu.

c. Kebal, Makan kaca, Minum racun.

d. Mandi minyak panas yang semata-mata mempamerkan

kehebatan dan bukan tujuan perubatan.

e. Segala rupa bentuk pukau memukau dan menurun.

f. Segala rupa bentuk ilmu jurus, sihir menyihir sesama

manusia.

g. Segala rupa bentuk hilang diri dengan mengzahirkan

diri

menyerupai beberapa rupa jirim jauhar dan lain-lain

kehebatan yang kesemuanya itu membabitkan jin

samada jin Islam peringkat tinggi, peringkat rendah

atau jin-jin yang kafir yang termasuk dalam kategori

syak, zon, waham, khayal semata-mata.

Peringatan:-

35

Page 36: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Perkataan “gayung” yang tersebut di atas ialah satu

kalimah yang lazim digunakan oleh orang-orang melayu sebelum

Islam kepada segala rupa bentuk latihan pertahan diri, kemudian

barulah latihan pertahan diri itu diberi nama dengan

ditambahkan pada setiap perkataan “gayung” itu umpamanya

GAYUNG HARIMAU, GAYUNG MONYET, GAYUNG KANCIL dan lain-

lain lagi mengikut cita rasa pengasas-pengasasnya. Manakala

segala rupa bentuk latihan pertahan diri

itu lazimnya mereka mengambil atau bertaulan dengan jin

sebagai sahabat dalam semua kerja buat melalui lidah, anggota

dan hati di semua tempat, waktu dan masa.

Iaitu :-

Melalui pertapaan yang diluar kaedah syarak sufi

Islam.

Melalui segala rupa bentuk pemujaan yang direka-reka dan

diada- adakan yang terkeluar daripada kaedah yang

diharuskan dalam syarak.

Melalui segala rupa bentuk wirid, jampi, doa, ayat-ayat Quran

atau lain-lain doa dan jampi mentera yang tidak betul

mengikut kaedah syarak, kerana di sana mereka telah pun

dijeratkan ke dalam gaung sesat aqidah, syariat dan akhlak

oleh khadam-khadam daripada jin Islam atau kafir dengan

segala syarat-syarat seperti yang tersebut dahulu.

Segala rupa bentuk ilmu dan amal yang baik yang diamalkan oleh puak-

puak ini tidak dinilai termasuk di dalam golongan ilmu dan amal yang baik

yang menjuruskan kepada baik, paling baik, agung baik, maha baik.

Sentiasalah mereka itu terjun ke dalam jahat, paling jahat, agung jahat,

kerana mengikut telunjuk Azazil dan anak cucunya Laknatullah.

36

Page 37: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Bila mereka mati jin-jin yang menjadi sahabat mereka itu akan

mendatangi anak cucu keturunannya, menyerupai dirinya dalam mimpi

atau jaga menuntut supaya diteruskan syarat-syarat perjanjian yang

sedia ada.

Jika berdegil mereka akan dihujani dengan berbagai jenis rupa bentuk

bala dan penyakit serta halangan dalam segala kerja buatnya.

Tanda-tanda ada gangguan jin yang diistilahkan sebagai keturunan

atau saka-baka dalam sesebuah keluarga itu antaranya :-

Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang

teruk jatuh yang kuat dan kuat bersukan).

Sentiasa berlaku keguguran anak dalam

kandungan.

Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam

bulan keatas.

Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau

kedua-duanya sekali.

Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama

besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti di

bawah ini :-

a. Lekas marah (panas baran)

b. Iri hati

c. Cemburu

d. Jahat sangka

e. Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang

menjadi kenyataan.

f. Menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku wali,

nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa

yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

37

Page 38: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Mendatangkan perkara biasa melalui

jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas,

keris dan sebagainya.

Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai Kahin, Arrof atau

Munajjim dengan melayan manusia–manusia yang datang memohon

pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir

seperti menceraikan manusia yang berkasih- kasihan, memisah anak

dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati

disamping perkara-perkara yang baik.

Tanda-tanda seseorang atau keluarga itu terkena ilmu sihir atau

disihirkan.

1. Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai,

pukul memukul dan sebagainya.

2. Hilang ceria diri dan rumah kediaman.

3. Sakit yang berlari-lari atau sakit di antara kulit dan isi yang tidak

dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.

4. Menjelma masuk ke dalam badan hingga lupa diri.

5. Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang

merosakkan serta menakutkan seperti:

Api menyala dengan sendiri.

Bunyi orang berjalan.

Menangis.

Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.

Antara sebab-sebabnya ialah:

38

Page 39: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.

Putus pertunangan.

Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.

Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.

Rebutan pangkat dalam swasta dan kerajaan.

Rebutan harta pusaka.

Iri hati dengan jiran-jiran sebelah.

Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpamanya.

BAB 6

Kejadian Jin.

Perkatan jin

Dari segi bahasa ialah suatu yang tersorok atau tersembunyi

atau terlindung.

Dari segi istilah(maksud sebenar) ialah sejenis makhluk yang

tersorok atau tersembunyi di antara malaikat dan manusia, tidak

ghaib betul seperti malaikat (tidak murni) tidak latiff tetapi boleh

menyerupai dirinya sebagai murni dan tidak betul-betul ada roh

serta berjisim seperti manusia, tetapi boleh menyerupai dirinya

sebagai manusia ada roh dan berjisim, sebagai suatu tipu daya

sahaja. Tidak diizin oleh Allah menyerupai rupa Nabi

Muhammad s.a.w, dan tidak boleh mengaku dirinya

sebagai Nabi Muhammad s.a.w. Untuk memudahkan faham

dan sampai pemikiran orang awam, jin itu ialah laser yang tidak

murni, kerana asal kejadiannya itu api Maarij dan angin

Samuun yang suhu panasnya tidak boleh dinilai atau disukat

dengan suhu panas dunia.

Mafhum dari ayat Al- Quran;

39

Page 40: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

a. Maksud ayat 26-27 Surah Al-Hijr :

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah

liat kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang diberi

bentuk dan Kami telah ciptakan jin sebelum itu sebelum (diciptakan

manusia) dari api yang sangat panas”

b. Maksud ayat 15 Surah Ar-Rahman :

“Dia menciptakan Jan (Jin) dari nyala api (pucuk api yang bernyala-

nyala)

c. Maksud ayat 12 Surah Al-‘Araf :

“Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan Engkau

ciptakan dia (Adam) dari tanah.

Dari Mafhum Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim

r.a.

maksudnya:

“Malaikat diciptakan dari cahaya. Jan diciptakan dari lidah api

sedangkan Adam diciptakan dari suatu yang telah disebutkan

kepada kamu (tanah).”

Keterangan “Al-Maarij”

a. “Maarij” ertinya nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas

suhunya atau “Al-Lahab” ertinya jilatan api yang sudah bercampur

antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru.

(Sesetengah ulama mengatakan “Al-Maarij itu ialah api yang sangat

terang yang memiliki suhu panas yang sangat tinggi sehingga

bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.”)

b. Al-Maarij – api yang bercampur warna.

c. Al-Maarij sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak

berasap yang sangat tinggi suhu panasnya. Sementara As-Samuun

40

Page 41: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

ialah angin yang paling tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang

telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jan.

d. Hadis riwayat daripada Ibnu Mas’ud bermaksud :

“Angin Samuun ini hanyalah sebahagian daripada tujuh puluh

bahagian dari angin yang sangat panas yang daripadanya Allah

menjadikan Jan.”

Maka dari api inilah Allah Maha Perkasa lagi Maha Berkehendak dan

Maha Berkuasa menciptakan kejadian Jin, iaitu dari sel atau atom atau

nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya

jadilah dia hidup seperti yang dikehendaki pula oleh Allah dan dari situ

diberi izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang

disukainya dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w. mengikut

tahap dan kemampuan masing-masing; dan diarah menerima syariat

agama Islam sepertimana diarahkan manusia menerimanya. Bentuk rupa

asalnya selepas dicipta dan ditiupkan rohnya itu hanyalah Allah dan

Rasul-Nya sahaja yang mengetahuinya. Mengikut kata setengah ulama

rupa, tabiat, kelakuan, perangai jin 80% ke 90% mirip kepada manusia.

10% ke 20% mirip kepada malaikat.

NABI saw mengatakan, ‘Jin terbahagi kepada tiga kelompok.

Sepertiganya mempunyai sayap yang boleh membuatkan mereka terbang

di udara. Sepertiga lainnya berbentuk ular dan anjing dan sepertiga

lainnya boleh beralih dari satu kelompok ke kelompok lainnya.

CATATAN : Ditakhrij (dikeluarkan) oleh Al-Baihaqi dengan sanad

sahih. Adapun redaksinya berbunyi sebagai berikut (terjemahannya) :

“Dari Jabir Nafir, dari Abi Tsa’labah Al-Khuntsa ra, bahawasanya

Rasulullah saw bersabda, (maksudnya) ‘Jin terbahagi dalam tiga

kelompok’.

“Kelompok pertama adalah jin yang mempunyai sayap dan dapat

terbang di udara. Kelompok yang kedua terdiri dari jin yang berbentuk

41

Page 42: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

ular dan anjing, sedangkan kelompok ketiga adalah yang boleh berubah

bentuk dirinya.”

Dalam Al-Mustadrak, Al-Hakim meriwayatkan hadis yang senada

dengan hadis yang diriwayatkan Al-Baihaqi. Tentang hadis ini, Al-Hakim

mengatakan bahawa hadis tersebut sahih sanadnya, ditakhrijkan oleh Al-

Bukhari dan Muslim dalam sahihnya.

Menurut Adz-Dzahabi, hadis ini sahih. Hadis yang mirip dengan ia

diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dalam tafsirnya, yang bermaksud : “Jin

terbahagi tiga kelompok. Kelompok pertama yang ada di udara.

Kelompok kedua adalah jin yang boleh naik-turun kehendak hati mereka,

sedangkan kelompok ketiga adalah jin yang berbentuk ular dan anjing.”

Setiap kelompok dari ketiga kelompok ini membantu kelompok atau

himpunan yang lain. Katakan saja misalnya, jin-jin yang terdiri dari

anjing-anjing tadi secara keseluruhannya ia merupakan himpunan dari

salah satu jenis jin.

[Subhanallah! Diriwayatkan dari Imam Ibn ‘Abbas ra, hadis yang

mendukung pendapat ini Ibn ‘Abbas mengatakan, “Anjing itu termasuk

golongan jin. Ia merupakan salinan jin. Kalau dia mengendus-endus

dekat makananmu, maka lemparkanlah makananmu ke arahnya, sebab

dia mempunyai selera terhadapnya.” Lihat Ibn Manzhur, Lisan Al-Arab.]

Akan tetapi, yang berwarna hitam legam dengan dua bulatan putih

di atas matanya, adalah jin sangat jahat yang boleh dibunuh. Kalau

engkau melihat anjing seperti itu, jangan kau biarkan. Bunuh saja.”

[Diriwayatkan dari Ibn Az-Zubair, dari Jabir bin Abdullah, katanya

“Rasulullah saw memerintah kami untuk membunuh anjing sehingga ada

seorang wanita yang datang dari dusun dengan membawa anjingnya

yang kemudian kami bunuh. Kemudian Nabi saw melarang kami

membunuh anjing, seraya mengatakan, ‘Bunuhlah yang hitam legam

dengan dua titik putih (di atas matanya), sebab dia adalah syaitan.”

42

Page 43: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Hadis ini ditakhrijkan oleh Muslim dalam shahihnya. Hadis ini

merupakan dalil bagi perintah membunuh anjing secara umum.

Kemudian perintah ini dihapus (mansuh) dan dikhususkan pada anjing

hitam legam, kerana ia adalah syaitan.

Dalam Syarahnya terhadap hadis ini, Imam An-Nawawi

mengatakan, “Makna Al-Bahim (yang terdapat dalam hadis tersebut)

adalah hitam legam. Sedangkan dua titik, adalah titik putih yang berada

di atas kedua matanya, dan itu mudah diketahui. Lihat Shahih Muslim

Syarh An-Nawawi, kitab Al-Musaqah Wa Al-Muzara’ah.’

Dalam Shahih Muslim, Bab Qadr Ma Yasturu Al-Mushalliy,

diriwayatkan sebuah hadis dari Abdullah Ibn Ash-Shamit, dari Abu Dzar,

bahawasanya Rasulullah saw berkata, “Bila salah seorang di antara kalian

berdiri untuk solat, maka hendaknya dia membuat penghalang yang

merupakan tanda bagi orang yang lalu.

Sebab, kalau dia tidak membuat tanda seperti itu, maka solatnya

pasti akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing

hitam.” Saya bertanya Abu Dzar, “Bagaimana halnya dengan anjing

hitam dibandingkan dengan anjing merah atau coklat?” Abu Dzar

menjawab, “Wahai anak saudaraku, aku pernah bertanya kepada

Rasulullah seperti pertanyaanmu dan beliau menjawab, “Anjing hitam

adalah syaitan’.”]

“Apakah anjing-anjing hitam tersebut awalnya memang merupakan

bentuk asli syaitan yang diberikan Allah atau apakah ia mengambil

bentuk seperti itu?”

“Boleh jadi memang Allah telah memberinya bentuk seperti itu.

Hanya Allah Yang Maha Tahu. Akan tetapi jenis ini tidak boleh mengubah

diri dalam bentuk yang lain. Mereka merupakan salah satu umat syaitan

yang terkutuk yang tak terbilang banyaknya. Kerana Rasulullah saw

memperbolehkan kita membunuhnya, maka bunuhlah ia.”

“Bagus. Itu tentang anjing. Kalau ular?”

43

Page 44: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

“Terdapat banyak ular yang sesungguhnya adalah jin, dan banyak

pula yang merupakan ular penjelmaan jin. Akan tetapi ada dua jenis ular

dari kelompok ini yang sama sekali tidak boleh mengubah bentuk dirinya

dalam bentuk lain. Kerana itu jangan engkau ragu-ragu membunuhnya.

Kalau ia menyingkir, biarkan. Kalau tidak, maka sebutlah nama Allah dan

mintalah perlindungan-Nya. Sesudah itu, bunuhlah ia.”

“Apa dua jenis ular tersebut?”

“Rasulullah saw telah menyampaikan kepada kita tentang

keduanya. Yang pertama Al-Abtar dan yang kedua Dzu Ath-Thifyatayn’.

[Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibn ‘Umar ra, bahawasanya beliau

mendengar Rasulullah saw berkhutbah di mimbar. Rasulullah saw

berkata, “Bunuhlah ular, bunuhlah Dzu Ath-Thifyatayn dan Al-Abtar,

sebab kedua binatang itu menyembur mata dan menggugurkan

kandungan.”

Di dalam Shahih Al-Bukhari juga diriwayatkan bahawa Nabi saw

memerintahkan para sahabat membunuh ular dan sesudah itu melarang

membunuh ular yang menghuni rumah, sebab mereka adalah jin-jin yang

menetap di rumah-rumah itu.

Dalam Fat-h Al-Bari Ibn Hajar mengatakan, “Adapun perkataan Nabi

yang berbunyi : ‘Bunuhlah Dzu Ath-Thifyatayn, “Adalah ular yang

mempunyai dua garis putih di belakangnya.” Ibn Abd Al-Barr

mengatakan, “Disebut-sebut bahawa, Dzu Ath-Thifyatayn adalah sejenis

ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya, sedangkan Al-Abtar

adalah ular buntung (tidak berekor).”

Asal datok Jin bernama “Jan”, beriman dengan Allah melahirkan

keturunan yang beriman. Selepas itu menjadi kufur dan kekal dalam

kufur melahirkan pula keturunan-keturunan yang kufur. Anak cucunya

yang asal beriman itu ada yang kekal dalam beriman dan ada pula yang

jadi kufur dan ada pula yang kembali beriman. Ada yang baik, ada yang

jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang ‘alim lagi mukmin,

44

Page 45: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

ada yang kufur, ada yang murtad, munafik, fasiq dan zalim, ada yang

masuk syurga dan ada yang masuk neraka.

Keadaan Jin/Rupa Jin

a. Ruang yang kecil boleh dipenuhi oleh berjuta-juta Jin.

b. Jin yang kekal dalam kafir dan jin Islam yang fasik – rupanya huduh-

huduh iaitu rupa yang menakutkan dan mengerikan.

c. Jin Islam yang soleh rupanya elok-elok.

d. Bentuk-bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu

tinggi, ada bermacam-macam warna putih, merah, biru, hitam dan

sebagainya.

e. Jin Islam yang paling tinggi imannya paling tinggi solehnya dan paling

baik amalannya dan paling luas ilmunya masih ada pada dirinya sifat-

sifat mazmumah seperti takabbur, riak, ‘ujub dan sebagainya mudah

menerima teguran dan pengajaran.

f. Manakala manusia yang paling jahat ialah manusia yang bersifat

dengan kesemua sifat-sifat mazmumah seperti sombong, riak,

takabbur, ‘ujub dan sebagainya. Mungkin inilah yang lazim dikatakan :

“Sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik”

Tetapi manusia yang paling jahat payah atau susah menerima pangajaran

dan teguran kepada baik.

Jin sepertimana juga manusia berhajat kepada keturunan dan puak-

puaknya terlalu banyak dan tuturan kata berbagai-bagai loghat atau

bahasa.

a. Ada ulama membahagikan jin-jin ini kepada puak-puak yang

menunggu kubur,

puak-puak yang menunggu gua, puak-puak yang menunggu mayat

manusia,

45

Page 46: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

puak-puak yang menunggu hutan rimba, puak-puak yang menunggu

bukit

bukau, puak-puak yang menunggu air mata air, tasik, kolam, teluk,

kuala,

pulau dan sebagainya.

b. Jenis-jenis Jin :

1. Iblis : (Bapa) Pujaan kepada semua jenis jin,iblis dan

syaitan

2. Asy-Syaitan : Syaitan-syaitan

3. Al-Maraddah : Peragu-peragu (pewas-was)

4. Al-‘Afaariit : Penipu-penipu

5. Al-A’waan : Pelayan-pelayan

6. Al-Ghawwaasuun : Penyelam-penyelam

7. Al-Tayyaaruun : Penerbang-penerbang

8. At-Tawaabi’ : Pengikut-pengikut (Pengekor)

9. Al-Quranaa’ : Pengawan-pengawan

10. Al-‘Ummaar : Pemakmur-pemakmur

c. 7 Raja Jin (Alam) Bawah Yang Kafir

1. Mazhab

2. Marrah

3. Ahmar

4. Burkhan

5. Syamhurash

6. Zubai’ah

7. Maimon

d. 7 Raja Jin (Alam) Atas Yang Islam

1. Ruqiyaail

2. Jibriyaail

3. Samsamaail

46

Page 47: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

4. Mikiyaail

5. Sarfiyaail

6. ‘Ainyaail

7. Kasfiyaail

e. Raja Jin yang menguasai kesemua jin-jin tersebut bernama

THOTHAMGHI YAM YAAL.

f. Majoriti puah-puak jin terdiri dari gulungan kafir. Islam hanya gulungan

minoriti sepertimana manusia dibumi. 80-90% jin menyerupai

manusia.

g. Anak-anak Iblis yang mempunyai kerajaan yang besar adalah seramai

lima

orang :

1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.

2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatul-

rahim,

rumahtangga, keluarga, sahabat-handai, jemaah dll.

3. Al-‘Awar - Merasuk manusia untuk meruntuhkan akhlak, berzina,

minum arak, liwat, berjudi juga gejala sosial.

4. Mabsuut - Merasuk manusia dengan mengadu-domba, fitnah,

dengki-

khianat, sum’ah dll.

5. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api pertengkaran

permusuhan

pembunuhan.

h. 4 raja Jin Ifrit yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi

menteri

kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. (Jin yang paling jahat)

1. Thamrith

47

Page 48: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

2. Munaliq

3. Hadlabaajin

4. Shughal

i. Sementara malaikat yang mengawal kesemua jin-jin di atas bernama

Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH

Perbezaan di antara perkataaan Jin, Ifrit Dan Syaitan

a. Perkataan jin ditujukan kepada segala makhluk halus yang

tersembunyi di

antara malaikat dan manusia dan ianya tidak kelihatan oleh manusia.

Pengetahuan mereka lebih luas dan panjang umurnya.

b. Perkataan Ifrit pula ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat

kuat dan

bijak menipu dan sangat busuk hati terhadap manusia. Gulungan ini

tersangat

sombong lagi amat durhaka.

c. Perkataan syaitan ialah ditujukan kepada satu gulungan jin yang

sangat

sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia

dan

mendapat kutukan Allah hingga kiamat.

d. Perkataan Iblis ialah ditujukan kepada satu jin yang sangat kuat

taatnya dalam

beribadah kepada Allah sehingga ia di angkat oleh Allah menjadi ketua

atau

qutub kepada seluruh malaikat dan jin, kemudian ia dilaknat oleh Allah

menjadi

makhluk yang agung kufurnya kepada Allah, oleh sebab angkuh dan

takbur

dirinya di atas asal usul kejadiannya terhadap kejadian Adam a.s yang

dilantik

48

Page 49: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

menjadi khalifah Allah yang terakhir di alam ini.

e. Firman Allah bermaksud :

“Iblis menjawab : Sebab Engkau telah menghukum saya dengan

tersesat, saya

akan menghalang halangi mereka dari jalan-Mu Yang Lurus.

Kemudian saya

akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari

kanan dan

kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka

bersyukur

(taat).”

Bermula dari saat itulah syaitan melancarkan gerakan permusuhan

dengan

manusia sehingga kiamat. Allah menjelaskan 3 jenis permusuhan

syaitan

dengan manusia :

i. Kejahatan (As-Suu’) : Iaitu berkenaan dengan dosa-dosa

(maksiat) hati

dan segala anggota badan.

ii. Kekejian (Al-Fahsyaa’) : Iaitu kejahatan yang lebih buruk atau jahat

lagi,

kekejian ini adalah sebahagian kedurhakaan

(maksiat) kepada Allah.

iii. Berbohong terhadap Allah.

Kecepatan bergerak Jin melebihi cepat gerak cahaya dalam satu saat.

Umur jin tersangat panjang dan ada yang beribu tahun lama hidupnya.

Jumlah banyaknya jin iaitu seluruh manusia daripada Adam sehingga

kiamat x haiwan-haiwan x batu-batu x pasir-pasir dalam bumi dan

tumbuh-tumbuhan ini hanya 1/10 jumlah keseluruhan Jin. Manakala

49

Page 50: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

jumlah keseluruhan jin ialah 1/10 jumlah keseluruhan malaikat. Jumlah

keseluruhan malaikat hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang maha

mengetahui.

Alam kediaman Jin ialah lautan, daratan, udara dan “Alam Mithal”

suatu alam yang antara alam manusia dan alam malaikat. Jika ditakdir

diberi oleh Allah s.w.t. kepada kita melihatnya jika jarum yang jatuh

dari atas tidak jatuh di atas bumi hanya jatuh di atas belakang-

belakang mereka.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud :

“Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di

sebahagian

malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan

berkeliaran

ketika itu dan apabila telah berlalu suatu ketika malam maka tahanlah

merka

dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah,

padamkanlah

lampu-lampu serta sebutkan nama Allah, ikatkan minumanmu serta

sebutkan

nama Allah dan tutuplah sisa-sisa makananmu serta sebutkan nama

Allah

(ketika menutupnya)”.

(Maksudnya syaitan-syaitan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar

sehingga menjelang petang merupakan saat mereka berkeliaran mencari

rezeki baik lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.)

Kejadian makhluk mengikut apa yang difahamkan bahawa :

a. Asalnya kejadian manusia itu ialah campuran :

50

Page 51: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

i. Jisim Kathif iaitu tanah dan air.

ii. Jisim Syafaf iaitu murni – api dan angin.

iii. Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-

Rabbaniah”. Sesuai dengan manusia sebaik-baik kejadian dan

ciptaan Allah

dan khalifah Allah.

b. Manakala kejadian Jin pula :

i. Jisim Syafaf murni iaitu api dan angin.

ii. Nurani-iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan

dengan

kejadian jin.

c. Binatang: i. Jisim Kathif

ii. Jisim Syafaf

d. Batu-batu dan tumbuhan : Jisim Kathif semata-mata.

e. Malaikat : Nurani semata-mata.

Kata setengah Ulama : ‘Azazil itu bukanlah moyang jin, sebenarnya

satu jin yang paling abid dikalangan jin yang diangkat menjadi ketua ahli-

ahli abid kepada jin dan malaikat. Dia menjadi angkuh dan takabbur di

atas keilmuan, ketaqwaan dan banyak ibadat serta asal-usul kejadiannya.

Maka Allah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

a. Iblis apabila menyentuh peha kanan dan peha kirinya terbit 33 biji

telor.

dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang

itu

apabila menyentuh peha kanan dengan peha kiri terbit pula seperti

dahulunya

begitulah sehingga kiamat.

b. Jin pula apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin

perempuan

51

Page 52: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

terus mengandung dan beranak terus mukallaf. Begitulah berlaku

sehingga

kiamat.

c. Bunian atau lebih masyhur dikalangan orang-orang Melayu dipanggil

“Orang

Ghaib” ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki

atau

perempuan manusia maka anak daripada hasil itu dikenali dengan

nama Bunian

mengikut manusia dalam beberapa perkara dan mengikut jin dalam

beberapa

perkara pula. Bunian ini selalu datang kepada manusia dengan

memberi

berbagai-bagai perkara atau pertolongan antaranya :

1. Keris-keris.

2. Batu-batu yang dikatakan berhikmat.

3. Jenis-jenis ubat-ubatan.

4. Juga mengajar cara-cara berubat samada melalui bomoh, pawang

atau

bidan.

d. Jin merasuk manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara dan

manusia

menggunakan khidmat jin untuk membuat khianat kepada sesama

manusia

pun melalui berbagai-bagai rupa dan cara juga.

52

Page 53: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

e. Seperti juga manusia biasa yang berada dalam tingkat-tingkat Iman,

Ilmu dan

amalan yang berasaskan kepada Awam, Khawas, Khawasil-khawas,

maka jin

juga berada dalam gulungan tersebut :

1. Jin Islam yang Awam.

2. Jin Islam yang Khawas.

3. Jin Islam yang Khawasil-khawas.

f. Gulungan jin kafir kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, Komunis

dan

sedikit daripada mereka beragama Buddha, Majusi serta tidak

beragama.

g. Gulungan Jin yang kafir dan jin Islam yang awam segera datang

memberi

pertolongan kepada manusia samada dalam mimpi atau di dalam jaga.

Lazimnya pertolongan itu yang membawa kepada rosak aqidah.

h. Manusia yang bersahabat dengan jin akan berperangai seperti

sahabat-sahabat

jin yang bertaulan dengannya samada kafir, Islam yang awam, khawas

atau

khawasil-khawas.

i. Di dunia semua jin boleh melihat manusia manakala manusia yang

khawas atau

khawasil-khawas sahaja boleh melihat jin selain para Nabi dan Rasul.

Sementara di akhirat pula semua manusia mukmin ahli syurga boleh

melihat jin

manakala jin yang khawas atau khawasil-khawas sahaja yang boleh

melihat

manusia.

53

Page 54: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

j. Jin Islam yang awam atau jin kafir suka merasuk manusia yang awam

dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-

manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya

adalah rupa seekor binatang. Manusia yang khawas dan khawasil-

khawas, jin tidak dapat merasuk mereka tetapi mereka itu datang pula

untuk bersahabat.

k. Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah

manusia yang setiap waktu dan masa berada dalam Tauhid Allah

melalui lidah, anggota dan hati, iaitu berada dalam aqidah syariat dan

akhlak Rasulullah. Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah

itu hendaklah kita jadikan diri kita serta mereka-mereka yang setiap

waktu masa dan ketika berada dalam Tauhid Allah iaitu Nabi

Muhammad s.a.w., sekelian Nabi-nabi dan Rasul a.s., sahabat-sahabat

agung Rasulullah, ahli keluarga Rasulullah, para-para kekasih Allah

samada yang masih hidup atau yang sudah mati, nescaya akan

menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di

semua tempat waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati

seumpama mereka, yakni selamat daripada gangguan-gangguan jin-jin

Islam atau kafir, iblis, syaitan atau seumpamanya.

l. Kata ulama :

“Kun Ma’allah fain lam takun ma’allah, fakun ma’a man

ma’allah

fainnahu yu shiluka ilallah”

Maksudnya : “Hendaklah jadikan diri kamu serta Allah maka jika kamu

tidak

boleh jadikan diri kamu serta Allah hendaklah jadikan diri

kamu

serta mereka yang serta Allah, maka sesungguhnya yang

demikian

54

Page 55: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah”

m. Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu menjadi “Kalbu

Alam”

atau “Jantung “Alam” atau “Pusat Alam” yang dikurnia Allah daya

atau kuasa

graviti mengikut darjah ketinggian Iman, ilmu dan amalannya disisi

Allah. Diri-

diri yang lain itu hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti

mereka.

Kata Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani di dalam kitabnya Yawaqitu

wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu

sangat keji. Katanya, “Barangsiapa memilih dan melebihkan

sekedudukan dengan jin daripada sekedudukan dengan ulama, maka

orang itu sangat jahil. Kerana yang lebih ghalib atas jin itu adalah

perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua

seperti kelakuan manusia yang fasik. Maka orang yang berakal lari ia

daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan dia, seperti larinya

daripada bersahabat dan sekedudukan dengan manusia yang fasik.”

Katanya lagi : “Tiada sekali-kali aku lihat akan seseorang yang

sekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadiannya

itu api dan api itu sangat banyak geraknya itu datanglah berlebih-

lebihan perbuatan dan perkataan orang itu.”

Katanya lagi : “Bahawa jin itu terlebih keras fitnahnya atas yang

sekedudukan dengan dia daripada manusia.”

55

Page 56: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

Berkata Syeikh Muhyuddin Arabi di dalam kitabnya Futuhat. “Adalah

orang yang sekedudukan (bersahabat) dengan jin itu tiada beroleh ilmu

akan Allah. Kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya.”

Dan terkadang menyangka oleh orang yang sekedudukan dengan dia itu

bahawa segala perkara yang dikhabarkan oleh jin itu daripada barang

yang berlaku di dalam alam itu adalah “KARAMAH” daripada Allah Ta’ala

baginya. Maka sangkaannya itu adalah batil dan hanya adalah yang

kesudahan pemberian jin kepada manusia itu, bahawa diberitahu

akan segala khasiat tumbuh-tumbuhan dan khasiat batu dan

khasiat segala isim dan huruf, maka iaitu dibilangkan daripada Ilmu

Kimia jua, iaitu ilmu yang dicela oleh syarak kerana meninggal atau

membelakangkan ilmu fardhu ain yang dituntut oleh syarak mempelajari

serta beramal dengannya.

Katanya lagi : “Sesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak

orang sekedudukan dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia

itu dan barangsiapa takabbur dimurkai Allah Ta’ala akan dia dan

dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat

Quran dan Hadis Nabi s.a.w.”

RENUNGAN1. Asal-usul bangsa Melayu-campuran :-

a. Monggol

b. Cina

c. India

d. Parsi

e. Arab

2. Keujudan bangsa Melayu, sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

Agama orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh

Nabi

Muhammad s.a.w :-

56

Page 57: Huraian Aqidah Ajaran Sesat

a. Majusi puja dewa

b. Hindu puja dewa

c. Buddha puja dewa

d. Orang asli puja dewa.

Agama Islam sampai ke Asia Tenggara sekitar tahun 78 ke 80 Hijrah.

Islam berkembang melalui sistem pondok.

Seratus tahun kemudian golongan istana menerima Islam hanya

dengan membuang nama-nama yang hodoh dan berhala, tetapi ilmu

dan amal dalam hidup dan kehidupan tidak mengikut Islam.

Mereka mengutamakan adat sebelum Islam dalam hidup dan

kehidupan harian. Sehingga pada masa ini golongan orang awam,

tidak dapat membezakan di antara adat sebelum Islam dan perilaku

ajaran agama Islam, dalam hidup dan kehidupan harian.

Islam memasuki istana sebagai pemerintah selepas 200 tahun

kemudian, begitulah berlaku di Fatani (Kerisik), Kampung Cam

(Kemboja), Sulu, Borneo, Sulawesi, Maluku, Jawa, Sumatera dan Tanah

Melayu.

57

Maksud Dewa ialah

Jin