ajaran sesat di selangor

20
ABSTRAK “ Dalam sejarah Islam, golongan ulama’ sebagai intelektual nyata telah berperanan besar dalam mengolah kehidupan ummah, disamping menangani cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi dan menentu-corakkan masa depan umat Islam. Kehadiran, penglibatan dan komitmen golongan berilmu amat diperlukan berikutan pensejagatan rancak fahaman-fahaman yang menyeleweng daripada landasan syariat yang sebenar. Justeru, tugas dan tanggungjawab para ilmuan Islam hari ini amat besar cabarannya dalam menangani krisis yang berkaitan dengan aqidah umat Islam hari ini ” Jabatan Mufti Negeri Selangor Ajaran Sesat Di Selangor | 1

Upload: ketupatpulut

Post on 26-Jun-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ajaran Sesat Di Selangor

ABSTRAK

“ Dalam sejarah Islam, golongan ulama’ sebagai intelektual nyata telah

berperanan besar dalam mengolah kehidupan ummah, disamping

menangani cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi dan menentu-

corakkan masa depan umat Islam. Kehadiran, penglibatan dan komitmen

golongan berilmu amat diperlukan berikutan pensejagatan rancak

fahaman-fahaman yang menyeleweng daripada landasan syariat yang

sebenar. Justeru, tugas dan tanggungjawab para ilmuan Islam hari ini

amat besar cabarannya dalam menangani krisis yang berkaitan dengan

aqidah umat Islam hari ini ”

Jabatan Mufti Negeri Selangor

Ajaran Sesat Di Selangor | 1

Page 2: Ajaran Sesat Di Selangor

KANDUNGAN

PENGENALAN..........................................................................................................................3

TAKRIF AJARAN SESAT........................................................................................................4

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN......................................................................................5

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT.....................................................................................6

CIRI-CIRI AJARAN SESAT.....................................................................................................7

AJARAN-AJARAN SESAT YANG BERADA DI NEGERI SELANGOR.............................8

IMPLIKASI..............................................................................................................................16

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI................................................................................18

KESIMPULAN.........................................................................................................................20

BIBLIOGRAFI.........................................................................................................................21

Ajaran Sesat Di Selangor | 2

Page 3: Ajaran Sesat Di Selangor

PENGENALAN

Kewujudan ajaran sesat di Negeri Selangor bukanlah suatu fenomena yang

baru. Malah kemunculan ajaran sesat telah bermula sejak sebelum kewafatan

Nabi Muhammad s.a.w. di mana terdapat beberapa orang telah mendakwa

dirinya adalah nabi selepas Rasulullah s.a.w.. Ajaran sesat ini memberi impak

negatif dan kemudaratan kepada agama dan umat Islam.

Pada umumnya, ajaran sesat merujuk kepada ajaran agama yang

menyesatkan manusia. Ajaran ini mengadakan satu fahaman atau perkara yang

baru dalam agama Islam atas niat-niat tertentu.

Ketika ini, sudah terdapat pelbagai ajaran sesat yang muncul di sekitar

negeri dan masih belum difatwa sesat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penyebaran ajaran-ajaran sesat ini terus berjalan dari masa ke semasa dan

bergiat aktif dalam menyampaikan ajaran dan kepercayaan mereka kepada

orang ramai bagi mendapatkan pengikut-pengikut yang baru.

Ajaran Sesat Di Selangor | 3

Page 4: Ajaran Sesat Di Selangor

TAKRIF AJARAN SESAT

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang

Islam mahupun orang bukan Islam yang mendakwa ajaran adalah berdasarkan

kepada ajaran Islam tetapi pada hakikatnya ajaran atau amalan tersebut adalah

berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-

Sunnah.

Haji Mohamed Amin, Mantan Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia

mendefinisikan ajaran sesat di dalam Kertas Kerja ‘Ciri-ciri Kesesatan Dalam

Sesuatu Amalan/ Ajaran’ yang dibentang pada Muzakarah Kefahaman Islam,

Singapura sebagai “semua bentuk ajaran atau amalan yang didapati

bertentangan dengan syariah Islam atau bertentangan dengan mana-mana

sumber hukum Islam (al-Quran, Hadith, Ijma’, dan Qias) sedangkan ajaran dan

amalan yang bertentangan itu didakwa atau dikatakan dari ajaran Islam, serta

diajarkan kepada masyarakat samada dengan secara sulit atau rahsia atau untuk

ahli sahaja atau diajarkan dengan secara terbuka kepada orang ramai,

seterusnya ajaran itu diamalkan atau menjadi pegangan kepada individu atau

kumpulan yang berkenaan”.

Ajaran Sesat Di Selangor | 4

Page 5: Ajaran Sesat Di Selangor

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN

Kemunculan ajaran ini melibatkan berbagai-bagai faktor. Salah-satunya

kerana terdapat individu-individu yang mempunyai kepentingan untuk diri sendiri

semata-mata. Mereka mahukan kedudukan, kemewahan dan sebagainya melalui

meletakkan diri sebagai tuhan dan pengikutnya haruslah taat dan setia kepada

setiap ajaran dan perintahnya.

Ajaran sesat juga mendapat tempat di kalangan individu yang bersifat

pasif dan tidak bergaul dengan masyarakat. Mereka ini anti-sosial dan

kemungkinan tidak berpuas hati atau tidak menerima suasana sosial yang

dilaluinya. Sikap ini akan mendorong orang yang berkenaan untuk menyertai

ajaran sesat malah mungkin menubuhkan ajaran sesat mereka sendiri sebagai

satu cara untuk memulakan kehidupan bermasyarakat.

Kebanyakan manusia hari ini mengambil jalan mudah dalam memahami

agama. Ilmu akidah kurang mendapat perhatian dan pegangan ajaran Islam

menjadi longgar dan rapuh. Maka mereka sengaja memilih pendapat yang

memihak kepada amalan mereka bagi mengelakkan rasa berdosa. Tunggangan

hidup adalah berlandaskan hawa nafsu. Akhirnya turut menjadi faktor

kemunculan ajaran sesat.

Terdapat juga golongan yang dengan sengaja menubuhkan ajaran sesat

dan menyebarkannya kepada umat Islam. Mereka ini berniat mahu melemahkan

ajaran Islam dan memesongkan akidah umat Islam. Perlu diingat bahawa musuh-

musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan Islam; samada secara

zahir mahupun tersembunyi.

Ajaran Sesat Di Selangor | 5

Page 6: Ajaran Sesat Di Selangor

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT

Ada beberapa cara dan kaedah tertentu telah digunakan untuk

menyebarkan ajaran sesat. Salah-satunya berbentuk pengajaran, yang dicipta

oleh guru atau pengasas dan wujud sebagai satu ajaran sahaja. Kumpulan ini

diketuai oleh seorang guru dan jumlah pengikutnya adalah terhad. Guru ini

memainkan peranan memesongkan pemikiran pengikutnya dengan

menggunakan nama atau amalan tertentu yang didakwa ianya adalah ajaran

Islam. Ajaran ini kebiasaannya tidak berpandukan kepada kitab atau buku.

Kaedah melalui kumpulan juga digunapakai dalam penyebaran ajaran

sesat. Kebiasaannya mereka menggelarkan sebagai kumpulan tarikat. Berbeza

dengan kaedah berbentuk pengajaran, kaedah berkumpulan dianggotai oleh

pengikut yang ramai dan mempunyai sumber kewangan yang banyak. Kumpulan

ini mempunyai organisasi yang kuat dan berpengaruh. Ajaran ini direka oleh guru

atau pengasas dengan menggunakan tarikat yang masyhur seperti

Naqsyabandiah, Mufarridiyah dan lain-lain. Ajaran dan amalan yang dibawa

membawa unsur-unsur penyelewengan akidah dan syariah Islam kerana guru

tarikat tersebut menokok tambah di dalam pengajarannya.

Kepercayaan, amalan tradisi dan pemujaan juga menjadi terbentuknya

ajaran sesat. Amalan perdukunan atau perbomohan dan rawatan tradisional

sebagai kaedah rawatan menjadi contoh kepada ajaran sesat ini. Mereka

mendakwa kehadiran para wali Allah ke dalam tubuh perawat bagi membantu

merawat pesakit. Ada juga mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, orang

Ajaran Sesat Di Selangor | 6

Page 7: Ajaran Sesat Di Selangor

halus dan ulama-ulama tertentu melalui isyarat dan amalan menurun. Begitu

juga amalan pemujaan di tempat-tempat tertentu yang dianggap sebagai

keramat. Cara ini adalah yang paling mudah untuk umat Islam diperdaya.

Selain itu, terdapat ajaran sesat yang wujud di dalam bentuk media seperti

media cetak dan media elektronik. Ia dijadikan medium untuk menyebarkan

propaganda dakwah ajaran sesat berpemikiran liberal. Mereka membincangkan

isu-isu agama dengan bebas tanpa dipantau dan dikawal selia oleh pihak

berkuasa dengan baik. Mereka mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan

ajaran-ajaran palsu kepada masyarakat secara terbuka.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Penyelewengan dalam ajaran sesat berlaku dalam dua kategori utama.

Ciri-ciri kesalahan ini adalah dari sudut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan

sudut Syariah Islamiyah. Ada juga penyelewengan yang bercanggah dari sudut

umum seperti akhlak dan etika masyarakat. Setiap satu ajaran sesat mempunyai

asas atau ciri-ciri tertentu.

Mereka menyalahi prinsip Islam dan mencipta prinsip yang baru

bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan Qias. Ada antara ajaran

sesat ini mendokong kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa

selain Allah s.w.t. dan berhubungan dengan kuasa jin, syaitan dan iblis. Mereka

melakukan pemujaan bagi mendatangkan kuasa pada diri mereka.

Bagi kebanyakan ajaran, pengikutnya meletakkan guru pada taraf yang

amat tinggi dan begitu fanatik kepada pemimpin. Penganut ajaran sesat ini Ajaran Sesat Di Selangor | 7

Page 8: Ajaran Sesat Di Selangor

sentiasa menganggap fahaman, kepercayaan dan amalan mereka sahaja yang

benar. Kebiasaannya ajaran ini disebarkan secara tertutup dan maklumat ajaran

dirahsiakan dari pengetahuan umum.

AJARAN-AJARAN SESAT YANG BERADA DI NEGERI SELANGOR

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh JAIS sehingga Jun 2008, terdapat

70 ajaran sesat atau meragukan yang terdapat di Negeri Selangor. Berikut

adalah carta yang telah dikeluarkan oleh Unit Akidah, Bahagian Penyelidikan dan

Pembangunan, JAIS.

STATISTIK AJARAN SESAT/MERAGUKAN DI NEGERISTATISTIK AJARAN SESAT/MERAGUKAN DI NEGERI SELANGOR SELANGOR SEHINGGA JUN 2008SEHINGGA JUN 2008

STATISTIK AJARAN SESAT DI NEGERI SELANGOR STATISTIK AJARAN SESAT DI NEGERI SELANGOR SEHINGGA JUN 2008SEHINGGA JUN 2008

Ajaran Sesat Di Selangor |

2522

23

DIFATWA SESAT - 25DALAM SIASATAN - 23SELESAI - 22

8

Page 9: Ajaran Sesat Di Selangor

STATISTIK AJARAN SESAT/MERAGUKAN YANG AKTIFSTATISTIK AJARAN SESAT/MERAGUKAN YANG AKTIF PER DAERAH DI NEGERI SELANGOR PER DAERAH DI NEGERI SELANGOR

SEHINGGA JUN 2008SEHINGGA JUN 2008

Berikut adalah beberapa ajaran sesat yang terdapat di Negeri Selangor

beserta ciri-ciri ajaran tersebut.

Ajaran Syed Mohd Al Masyor/ Tarikul Islam Muhammad S.A.W Habibullah al-

Hashim

Ciri-ciri ajaran :

1. Syed Mohd al-Masyhor mengaku bahawa dirinya adalah Rasul.

2. Rasulullah bercantum dengan Allah.

Ajaran Sesat Di Selangor | 9

Page 10: Ajaran Sesat Di Selangor

3. Al-Quran sebenar ialah Nur Hikmah.

4. Pengikut ditegah berimamkan orang luar.

5. Ditegah berkahwin dengan bukan ahli.

6. Mengamal nikah batin.

Nikah Batin adalah:

a. Perempuan yang dinikahi itu bernama Maknikam.

b. Maharnya adalah air mani.

c. Walinya ialah Allah.

d. Yang menikahkan itu ialah Muhammad.

e. Saksinya Malaikat Kiraman Katibin.

7. Pengikut ajaran ini dijamin masuk syurga.

8. Menerbitkan buku bertajuk ‘Mengikut Jejak Rasulullah S.A.W.’

Perkara-perkara yang bercanggah dalam buku ini adalah :

a. Menulis Al-Quran dan Hadith dengan huruf rumi(latin).

b. Menambah kalimah syahadah iaitu :

I. Perjanjian kami dengan Allah S.W.T dengan kata iqrar:

“Asyhadu an la ilaha illallah-HU ALLAH” m.s 25

II. Perjanjian kami dengan Rasulullah S.A.W dengan kata iqrar:

“Asyhadu anna Muhammadur Rasulullah-HUL HAQ (A)”

m.s 26

9. Salah tafsir al-Quran.

10.Memaksa anak-anak menjadi ahli.

Ajaran Ahmadiah / Qadiani

Ciri-ciri ajaran :

1. Mirza Ghulam Ahmad (pengasas) mendakwa :

a. Sebagai Nabi menerima wahyu.

b. Imam Mahdi.

Ajaran Sesat Di Selangor | 10

Page 11: Ajaran Sesat Di Selangor

c. Isa al-Masih.

d. Mempunyai mukjizat.

e. Para nabi menyaksikan dirinya.

f. Malaikat sebagai pancaindera Tuhan.

2. Ibadah Haji di Qadiani, India.

3. Menafikan Jihad.

4. Mengubah ayat-ayat al-Quran

Ajaran Ilmu Laduni

Ciri-ciri ajaran :

1. Ahmad bin Siraj (pengasas) mula mendapat ajaran ini melalui suara bisikan

yang menyuruh berbuat baik (sembahyang) tetapi suara tersebut tidak

diendahkan dan suara itu terus datang lagi. Oleh kerana beliau tidak tahu

sembahyang maka suara itu datang lagi dan mengajar cara bersuci dan

sembahyang; dimulai dengan sembahyang Asar dan diikuti dengan

sembahyang lain.

Ajaran Sesat Di Selangor | 11

Page 12: Ajaran Sesat Di Selangor

2. Beliau menganggap suara yang datang itu adalah hidayah atau ilham.

3. Pengikut yang taat dan patuh dengan guru juga boleh mendengar suara

bisikan itu yang datang pada bila-bila masa sahaja.

4. Ajaran ini mendakwa :

a. Beliau tahu alam ghaib seperti syaitan, jin, alam barzakh, dan hal-hal

yang akan berlaku pada masa akan datang.

b. Beliau diperintahkan oleh suara tersebut supaya berdakwah kepada

manusia dan jin dan menyatakan ahli yang paling ramai ialah daripada

golongan jin.

c. Beliau juga mendakwa dirinya sebagai bomoh tetapi cara mengubatnya

tidak menurun hanya melalui jampi air sahaja.

d. Beliau mendapat ilmu ini di Pulau Besar, Melaka.

e. Beliau mendakwa diri beliau tidak boleh dicaci dari belakang dan

mereka yang berbuat demikian akan menjadi gila.

5. Keistimewaan/ Kelebihan guru :

a. Boleh mengubat penyakit.

b. Berjumpa Nabi-nabi.

c. Berjumpa nenek kebayan.

d. Boleh melihat benda ghaib.

e. Boleh melihat Alam Barzakh.

Ilmu Salah Yang Dibawa Oleh Tuan Haji Khahar Bin Haji Ahmad Jalal

Ciri-ciri ajaran :

1. Pengasas mengaku dirinya sebagai Rasul atau ‘Utusan Allah’. Dia mendakwa

Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.

2. Pengasas mengaku menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di

Bukit Kemensah dan diturunkan dalam sepertimana yang dialami oleh

Rasulullah s.a.w..

Ajaran Sesat Di Selangor | 12

Page 13: Ajaran Sesat Di Selangor

3. Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada pengasas, ‘sembahyang’ itu

memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan dari perkara mungkar.

4. Pengasas tidak percayakan al-Quran yang ada sekarang ini sebagai al-Quran

yang sebenarnya. Al-Quran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja.

Al-Quran yang sebenarnya berada di atas langit iaitu di Luh Mahfuz.

5. Pengasas tidak percayakan Hadith. Hadith yang ada sekarang ini hanyalah

rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasullah s.a.w..

6. Orang Islam tidak perlu mengerjakan haji ke Mekah. Ibadah haji boleh dibuat

di mana-mana di bumi Allah. Pada beliau, pergi ke Mekah dan Arab Saudi

hanyalah untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah sahaja.

7. Pengasas mendakwa mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau

berada di Bukit Kemensah. Di peristiwa yang pertama, hari itu hujan tetapi

beliau tidak terkena hujan. Di peristiwa yang kedua, pada hari panas tetapi

beliau tidak merasai panas.

8. Pengasas mengajar dengan menggunakan sebuah buku yang dikarang oleh

beliau sendiri bertajuk ‘AL-FURQAAN – PEMBEDA’.

Ajaran Haji Zulkifli Ismail

Ciri-ciri ajaran :

1. Akidah

a. Guru ajaran ini menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang

adalah hiasan sahaja adapun al-Quran yang sebenar adalah di dalam

diri kita.

b. Mengadakan upacara pertapaan sekurang-kurangnya tiga hari.

Pertapaan ini dipanggil Uzlah; adalah disebabkan melanggar pantang

larang ajaran. Setiap pengikut yang sedang dalam pertapaan boleh

pulang ke rumah tetapi tidak boleh masuk ke dalam rumah. Di antara

tempat pertapaan ini ialah di Puncak Kasih (Kuala Selangor), Gunung

Ajaran Sesat Di Selangor | 13

Page 14: Ajaran Sesat Di Selangor

Jerai (Kedah), Linggi (Negeri Sembilan) dan Jenagor, Kuala Berang

(Terengganu).

c. Mengadakan zikir di sekeliling sebuah makam bernama Mohamed

Syarif Al-Baghdi di Jenagor, Kuala Berang, Terengganu. Makam ini juga

digelar dengan nama makam Tok Ayah.

d. Ajaran ini mewajibkan kepada pengikut yang baru dengan mengadakan

bai’ah. Upacara bai’ah ini hendaklah disaksikan oleh dua orang

pengikut lain yang telah melakukan bai’ah.

e. Setiap pengikut ajaran ini diwajibkan membuat ikrar dengan

mengorbankan harta benda kepada pentadbiran ajaran ini.

Sehubungan itu terdapat pengikut ajaran ini menghabiskan

pendapatannya untuk diberikan kepada ajaran tersebut.

f. Pengikut ajaran ini tidak dibenarkan mengahwinkan anak mereka

dengan orang luar sebaliknya perkahwinan hendaklah dilakukan

dikalangan anak-anak ahli sahaja.

2. Fekah

a. Kebanyakan pengikut ajaran ini tidak mendirikan sembahyang Jumaat

dan apabila ditanya mereka memberikan pelbagai alasan.

b. Melakukan Takbir dan Tahmid sejak awal Ramadhan hinggalah Hari

Raya. Takbir ini diadakan secara beramai-ramai.

c. Ajaran ini juga adalah menetapkan Maqom seseorang pengikut. Justeru

itu sof-sof di dalam sembahyang mempunyai tempat orang-orang

tertentu. Sekiranya seseorang itu tiada, maka tempat itu akan

dikosongkan. Ini adalah disebabkan makmum di barisan belakang

belum sampai maqom dan tidak layak memenuhi sof yang kosong di

hadapan.

d. Ajaran ini menegaskan bahawa isteri-isteri yang tidak mahu mengikuti

ajaran ini hendaklah diceraikan. Adalah didapati bahawa layanan yang

Ajaran Sesat Di Selangor | 14

Page 15: Ajaran Sesat Di Selangor

diberikan kepada isteri pengikut ajaran ini amat bertentangan dengan

hak-hak seseorang isteri.

Tarikat Tujuh (Martabat Tujuh)

Ciri-ciri ajaran :

1. Guru tarikat (Hamzah bin Embi) mengakui telah mendapat beberapa

keistimewaan dari Allah dan boleh melihat alam ghaib (Kasyab).

2. Membaca dua kalimah syahadah semasa bai'ah tidak boleh putus. Jika putus

bererti memisahkan zat Muhammad dengan zat Allah kerana zat Allah dan

Muhammad itu satu.

3. Dalam zikir yang ke-enam, selawatnya sangat meragukan di mana zat

Muhammad disamakan sifat ketuhanan.

4. Membuat rajah-rajah kajian ilmu tauhid yang tidak ada dalam penafsiran para

ulama' Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah.

5. Guru tarikat tidak menunaikan sembahyang Jumaat kerana beranggapan

dirinya lebih tinggi martabatnya daripada imam yang ada.

6. Tempat bersuluk tidak boleh dikosongkan (ada penunggu).

Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)

Ciri-ciri ajaran :

1. Pengasas telah menggunakan terjemahan al-Quran karangan A. Hassan

sebagai rujukan. Beliau mendakwa karangan A. Hassan (Bandung) itu sahaja

yang menepati kehendak Islam dan diakui oleh Nabi Ibrahim. Beliau juga

mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa.

2. Mendapat ajaran terus dari Allah. Pengasas juga mendakwa semua ulama di

Malaysia tidak betul dan hanya kumpulannya sahaja yang mengamalkan

ajaran Islam yang betul dan benar.

3. Akan diadakan pertemuan empat kaum umat ahli Muhammad iaitu :

Ajaran Sesat Di Selangor | 15

Page 16: Ajaran Sesat Di Selangor

a. Nabi Ibrahim (orang Arab).

b. Nabi Nuh (orang Melayu).

c. Ali Imran (orang Inggeris dan Jerman).

d. Nabi Musa (orang Israel).

4. Cara sembahyang umat Islam di Malaysia adalah salah, hanya cara yang

diamalkan oleh kumpulan ini sahaja yang betul.

5. Mengarahkan ahli kumpulan boleh sembahyang jama’ ketika membuat kerja-

kerja bangunan di Rantau Panjang dan Teluk Kapas. Sembahyang Zohor dan

Asar boleh dijama’kan kerana segala kerja itu adalah urusan Allah. Dalam

bulan puasa, kumpulan ini telah membuat dodol dan ahlinya boleh

sembahyang jama’ kerana mengacau dodol adalah urusan Allah.

6. Kumpulan ini juga mengamalkan beberapa zikir seperti :

a. Lafaz sebelum menunaikan solat (ketika berdiri tegak) :

“Demi Engkau Tuhan kami, Ya Allah, izinkan aku melaksanakan

persembahan perintah sembahyang fardhu...kerana menyembahmu,

serta tunduk sujud, berserah menyerah diri kepadamu, dengan

maksud berlafazan kami, dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.”.

b. Selepas sembahyang diucapkan pula terima kasih, kemudian

beristighfar memohon keampunan atas kesilapan diri.

c. Doa dan zikir adalah persembahan. Sebelum persembahan mesti ada

pembukaan, iaitu dengan membaca al-Quran surah al-Imran ayat 18.

Terdapat pelbagai lagi ajaran sesat yang berada di Negeri Selangor.

Antaranya adalah Ajaran Islam Jamaah/ Muhammadiah, Fahaman Syiah, Ajaran

Tijah @ Khatijah binti Ali, Rufaqa dan banyak lagi. Ada ajaran-ajaran sesat yang

ada kini masih ‘hidup’ dalam memperkembangkan ajaran mereka walaupun telah

difatwakan haram. Ada juga ajaran-ajaran sesat ini masih belum difatwa dan

Ajaran Sesat Di Selangor | 16

Page 17: Ajaran Sesat Di Selangor

diwarta oleh pihak berkuasa dan masih dalam siasatan.

IMPLIKASI

Sekiranya kemunculan ajaran sesat ini tidak dibendung, ia akan memberi

pelbagai kesan kepada diri, agama, masyarakat dan juga negara. Aktiviti-aktiviti

yang diamalkan oleh pengamal ajaran sesat ini nyata bertentangan dengan

norma-norma kehidupan manusia biasa.

Kesan Kepada Individu

1. Seseorang yang terlibat di dalam ajaran sesat akan membawa kemungkinan

kepada murtad. Ini kerana akidah mereka telah rosak dan menyeleweng

daripada ajaran Islam sebenar. Keimanan telah terhakis dari sanubari umat

Islam itu sendiri. Maka segala ibadah dan amalan seseorang itu tidak diterima

dan menjadi sia-sia.

2. Minda juga akan menjadi tertutup dan terkongkong oleh ajaran yang dianuti.

Mereka bersikap tidak rasional dan fanatik kepada guru ajaran sesat.

3. Kebanyakan masa akan terbuang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.

Mereka tidak melaksanakan ibadah yang telah diperintahkan malah

melakukan pula amalan-amalan syirik dan khurafat serta bertentangan

dengan ajaran Islam.

4. Penglibatan individu dalam ajaran sesat menjadikan kehidupan yang tidak

stabil. Mereka abai kepada tanggungjawab dalam tuntutan dunia dan juga

akhirat.

Kesan Kepada Agama

1. Gejala pencemaran akidah yang berleluasa akan menjadikan agama Islam

yang suci menjadi tercemar. Ia menghakis ketulenan agama yang datang dari

Allah s.w.t. dan ajaran dari al-Quran dan al-Sunnah.

Ajaran Sesat Di Selangor | 17

Page 18: Ajaran Sesat Di Selangor

2. Umat Islam akan berpecah-belah dan bermusuhan sesama sendiri. Ajaran

sesat ini kebiasaannya menganggap hanya kumpulan mereka sahaja yang

benar dan kumpulan yang lain adalah musuh. Ini akan lebih memudahkan

musuh-musuh agama Islam untuk menjatuhkan dan memusnahkan umat

Islam. Ia turut memberi gambaran dan imej yang tidak baik kepada agama

Islam.

3. Kemunculan ajaran sesat sama sekali telah menghambat kemajuan dakwah .

Agenda pembangunan Islam juga terhalang dalam memperkembangkan sinar

agama Islam.

Kesan Kepada Masyarakat

1. Apabila akidah telah terhakis, ada antara ajaran sesat yang menggalakkan

kehidupan bertunjangkan nafsu. Mereka mengamalkan seks bebas sehingga

melahirkan anak luar nikah.

2. Institusi kekeluargaan juga akan runtuh. Mereka terlampau taksub dengan

ajaran sehingga abai tanggungjawab kepada keluarga. Kehidupan keluarga

akan berantakan dan tidak stabil.

3. Sikap pengikut ajaran sesat yang bermusuhan akan mengugat perpaduan.

Mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling dan ini menjejaskan

keharmonian hidup dalam masyarakat.

Kesan Kepada Negara

1. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam kestabilan negara. Sejarah

mencatatkan bahawa kemunculan ajaran sesat mampu mengancam

keselamatan negara. Fenomena ini menimbulkan ancaman kepada

keselamatan rakyat.

2. Sifat pengikut ajaran sesat yang berminda tertutup akan mengurangkan

produktiviti individu. Mereka tidak proaktif dan menjadikan negara mundur.

3. Negara yang mundur dan kestabilan masyarakat yang tergugat boleh

menjejaskan prestasi ekonomi negara. Negara terpaksa menghabiskan masa,

Ajaran Sesat Di Selangor | 18

Page 19: Ajaran Sesat Di Selangor

tenaga dan wang yang banyak dalam membendung penularan dan

menghapuskan ajaran sesat. Kekacauan masyarakat mengakibatkan

ketidakstabilan negara lantas merencat pertumbuhan ekonomi.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

Pada dasarnya, berasaskan pengamatan yang dilakukan, beberapa

pendekatan harus diambil dalam menangani isu ajaran sesat ini. Suatu anjakan

paradigma harus dilaksanakan bagi membela nasib umat Islam dari terus

terjerumus ke lembah kesesatan dan mengembalikan maruah agama Islam.

Inisiatif Individu

Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat

Islam haruslah melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar.

Sebagai seorang Islam, dengan jelas dinyatakan perlu berpegang teguh dengan

ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Setiap umat Islam harus sentiasa menambah nilai

iman dan taqwa serta mempunyai kekuatan fizikal, mental, emosi dan spiritual.

Jauhkan perasaan ingin mencuba kepada sesuatu ajaran atau amalan yang baru

dan mengambil sikap berfikir serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa

agama bagi menentukan kesahihannya. Selain itu, habiskan masa dengan aktiviti

yang sihat dan menambah ilmu bermanfaat serta peka dengan perubahan

semasa.

Inisiatif Masyarakat

Setiap pihak haruslah prihatin bagi menangani isu ajaran sesat ini.

Masyarakat sewajarnya bekerjasama dan bertindak sebagai mata dan telinga

kepada badan bertanggungjawab bagi menyalurkan sebarang maklumat

berkaitan ajaran sesat di sesebuah kawasan sebelum ianya berkembang luas.

Inisiatif Badan Bertanggungjawab

Ajaran Sesat Di Selangor | 19

Page 20: Ajaran Sesat Di Selangor

Pelbagai cara boleh diambil bagi menyekat perkembangan ajaran sesat di

negeri Selangor. Antaranya adalah memberikan pendidikan dan dakwah yang

berterusan secara terus kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar.

Selain itu, pendidikan ajaran Islam boleh diterbitkan dalam bentuk media cetak

seperti buku, brosur atau risalah dan dalam bentuk elektronik seperti

dokumentari. Majlis keagamaan seperti forum dan seminar yang menbincangkan

mengenai ajaran sesat harus diperbanyakkan bagi memberi penjelasan yang

jelas kepada masyarakat Islam serta memberi ruang bagi menjawab persoalan

dan kekeliruan dalam masyarakat Islam. Selain itu, pihak yang berkuasa perlu

memperkasakan undang-undang melalui tindakan yang tegas dan berat kepada

pencipta ajaran sesat supaya mereka tidak akan sesekali cuba menghidupkan

kembali ajaran tersebut. Jabatan agama perlu menfatwakan segera sesuatu

ajaran sesat serta mewartakan kepada umum. Seterusnya, tindakan

penguatkuasaan perlu diambil bagi membendung perkembangan ajaran sesat

tersebut dan melumpuhkan kegiatan mereka. Negeri Selangor turut menubuhkan

pusat pemulihan akidah melalui Majlis Agama Islam Selangor yang diberi nama

Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman. Objektif pusat ini adalah ‘menyediakan

perkhidmatan bimbingan kaunseling kepada individu dan kumpulan Islam yang

memerlukan pemulihan akidah’.

KESIMPULAN

Sebagai rumusan akhir, dapat disimpulkan kebimbangan kepada

perkembangan ajaran sesat adalah penting dan tidak harus dipandang ringan.

Impaknya kepada individu, agama, masyarakat dan negara bukanlah sesuatu

yang positif. Justeru itu, umat Islam disarankan agar berpendirian teguh dalam Ajaran Sesat Di Selangor | 20

Page 21: Ajaran Sesat Di Selangor

ajaran Islam yang sebenar dan sentiasa bersatu-padu dan memberi kerjasama

yang baik kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah penyelewengan

akidah yang berlaku di dalam Negeri Selangor pada masa ini.

Ajaran Sesat Di Selangor | 21

Page 22: Ajaran Sesat Di Selangor

BIBLIOGRAFI

Wikipedia Ensiklopedia BebasOrganisasi Ajaran Sesat19 Januari 2009http://ms.wikipedia.org

Jabatan Pelajaran Negeri SabahNota Pendidikan Islam SPMhttp://www.sabah.edu.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

1. e-Rujukanhttp://www.islam.gov.my/e-rujukan

2. e-Fatwahttp://www.e-fatwa.gov.my

Jabatan Agama Islam SelangorUnit Akidah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

Jabatan Mufti Negeri Selangorhttp://www.muftiselangor.gov.my

1. Kertas Kerja bertajuk ‘Ancaman Ajaran Sesat Terhadap Keharmonian Rakyat Malaysia’. i - Dato’ Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abdul Wahid

Dibentangkan dalam ‘Simposium Dakwah Daerah Klang’.3 Februari 2007

ii - Dato’ Haji Abdul Majid bin OmarDibentang dalam ‘Seminar Penerangan Ajaran Salah dan Isu

Semasa’.29 Januari 2008

2. Kertas Kerja bertajuk ‘Bahaya Ajaran Ahmadiah/ Qadiani dan Lain-lain Ajaran Sesat Di Selangor’Nurhelmi bin Haji Ikhsan

Institut Latihan Islam MalaysiaHaji Zamihan bin Haji Mat ZinKertas Kerja bertajuk ‘Ajaran sesat dan Bahayanya Terhadap Agama dan Negara’.Dibentangkan dalam ‘Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka 2008’.3 April 2008

Ajaran Sesat Di Selangor | 22

Page 23: Ajaran Sesat Di Selangor

Ajaran Sesat Di Selangor | 23