ajaran sesat huraian

Upload: munjiyah

Post on 06-Jan-2016

297 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

huraiannya

TRANSCRIPT

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah inibukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat NabiMuhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabiselepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islampada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asaddan al-Aswad al-Anusi di Yaman.Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yangmuncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapatdihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianyabukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dansemua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyelewengdaripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinanJim Jones.Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dandipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh TuanHaji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas PulauPinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknyadan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya jugameninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran inimerebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Takrif Ajaran Sesat Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepadaajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanandengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.Bentuk-bentuk Ajaran SesatPada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikankepada tiga bentuk utama iaitu:i.Bentuk AjaranAjaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta olehseorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagainama atau pengamalan tertentu.ii.Bentuk TarikatMelalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikatyang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkanoleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalantarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan inimeraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah,Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikutajaran tarikat ini.Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yangdireka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkanoleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsurataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah danboleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yangsebenar.iii.Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan denganamalan mistik dan kultus.Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat: a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyaikelebihan.c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan senimempertahankan diri dan sebagainya.d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwamendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-oranghalus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dansebagainya.Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkanbahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranyapola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islampada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.Penjelasan Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesati. Mempercayai orang yang telah mati boleh memberipertolongan apabila diseru namanya.Ada terdapat amalan tarikat yang mempercayai bahawa gurunya yang telah matiboleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.UlasanSemua manusia dan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan mati.Manusia yang mati itu tidak akan dihidupkan kembali melainkan di hariKiamat untuk menerima pembalasan. Dalam hal ini, Allah telah menegaskanmelalui firman-Nya:Maksudnya :

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya padahari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.( Surah Ali-Imran:185)Firman Allah lagi .Maksudnya:Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian akandikembalikan kepada Kami ( untuk menerima balasan ).(Surahal-Ankabuut:57)Kehidupan dan kematian manusia tidak boleh dipisahkan. Kematian itu akandialami oleh semua orang apabila sampai tempohnya. Kemudian seseorang itu tidakboleh dipercepatkan dan tidak juga boleh diperlambatkan, ditunda ataupun diganti.Dalam hal ini, Allah telah menegaskan bahawa kematian seseorang itu tidak bolehditangguhkan walat sesat. Firman Allah bahawa dalam al-Quran:Maksudnya:Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); makaapabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walausesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.Daripada ayat di atas, Allah mengaitkan orang yang telah mati itu denganpembalasan di hari Kiamat. Allah tidak mengaitkan orang yang telah mati itu denganorang yang masih hidup. Oleh itu, manusia yang masih hidup tidak boleh mengaitkanmereka dengan orang yang telah mati. Ini kerana apabila seseorang itu mati, makabadannya sudah tidak berperanan lagi, yang ada hanya roh sahaja. Roh itu pulatidak dapat diketahui hakikatnya oleh manusia. Hakikat roh itu pula tidak bolehdifahami apatah lagi untuk mengetahui peranan-peranannya atau untuk memohonpertolongan daripadanya. Dalam keadaan seperti itu, firman Allah dalam al-Quranjelas menunjukkan:

Maksudnya:Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang Roh, katakanlahRoh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberi ilmu pengetahuanmelainkan sedikit sahaja. (Surah al-Israa:85)Berpandukan kepada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia tidakmampu untuk menerokai hakikat roh, ianya hanya berada dalam pengetahuan Allahsahaja. Oleh itu manusia tidak mungkin memperolehi pertolongan daripada apa yangtidak diketahui hakikatnya. Dengan itu juga menunjukkan bahawa manusia tidakmungkin memperolehi pertolongan daripada roh orang yang telah mati.Apabila jelas menunjukkan roh orang yang telah mati boleh memberipertolongan kepada orang yang masih hidup, maka dakwaan orang yangmengatakan bahawa seseorang itu mendapat pertolongan daripada orang yang telahmati adalah tidak benar. Sekiranya ada bukti dalam dakwaan mereka itu, maka buktiitu tidak boleh disandarkan kepada pertolongan roh. Bukti itu menunjukkan bahawapertolongan tersebut datang daripada sumber lain seperti pertolongan daripadasyaitan. Ini kerana Allah telah menjelaskan bahawa manusia itu boleh berkawan danmemperhambakan syaitan. Firman Allah:MaksudnyaDan sesiapa (yang mengambil) syaitan itu menjadi kawannya, makaseburuk-buruk kawan ialah syaitan.( Surah an-Nisa:38 )Begitu juga, dakwaan yang mengatakan bahawa pertolongan daripada rohorang yang telah mati boleh memberi rezeki kepada orang yang hidup tanpa bekerjaadalah tidak benar. Ini kerana Allah sendiri menjanjikan bahawa setiap usaha diberibalasan. Dalam hal ini tidak sepatutnya orang yang tidak bekerja dan tidak berusahatetapi mampu mendapat rezeki dengan hanya memohon pertolongan daripada orangyang telah mati.Firman Allah:

MaksudnyaDan bahawa sesungguhnya tidak ada (Balasan) bagi seseorang melainkan(Balasan) apa yang diusahakan(Surah an-Najm:39)Penjelasan dalam hal ini hanya boleh diselesaikan oleh al-Quran dan al-Sunnahsahaja. Dalam konteks ini, seseorang hamba hanya boleh memohon pertolongandaripada Allah sahaja. Sesungguhnya Allah itu hampir kepada hamba-hamba-Nya.Allah Juga sentiasa memperkenankan permohonan orang-orang yang berdoa.Firman Allah:Maksudnya:Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Akumaka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya aku (Allah) sentiasahampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yangberdoa apabila ia berdoa kepadaKu.(Surah al-Baqarah:186)Dengan ini, nyatalah bahawa tidak ada pertolongan yang diperolehi dari menyerunama orang yang telah mati. Pertolongan yang sebenarnya datang daripada Allah.Kepada Allahlah kita sembah dan kepada-Nya jua kita minta pertolongan.Firman Allah :Maksudnya:Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulahsahaja kami memohon pertolongan.

(al-Fatihah:5)ii.Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.Kebanyakkan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikanajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikutsahaja.UlasanPerkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islamadalah satu agama yang menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikanperkara kebaikan kepada manusia sejagat secara terus terang dan tidakbersembunyi-sembunyi.Firman Allah:Maksudnya:Katakanlah (Wahai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orang-orang yangmenurutku menyeru manusia semuanya kepada agama Allah dengan berdasarkanketerangan dan bukti yang jelas nyata.(Surah Yusof: 108)Islam berkembang melalui method dakwah iaitu dengan jalan menyeru danmeyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada manusia seluruhnya justeru itu kalauditinjau sejarah pengutusan Rasul-rasul, kita akan dapati bahawa tugas utamamereka ialah menyeru dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. dalam setiap zamandan generasi. Maka sebab itulah tugas para Rasul ialah menyampaikan, bukanmenyembunyikan. Mustahil bagi seseorang Rasul itu menyembunyikan risalah Allahyang diamanahkan kepadanya untuk disampaikan atau disebarkan. Jelas di sini

bahawa menyampai atau mengajar sesuatu ilmu atau ajaran yang baik itu adalahdituntut oleh Islam.Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menggesa agarmenyampaikan ajaran-ajaran yang baik kepada orang ramai. Firman Allah:Maksudnya:Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamudari Tuhanmu." (Surah al-Maidah :67)Allah berfirman:Maksudnya:Bukankah tanggungjawab Rasul-rasul semuanya menyampaikan(Kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas dan nyata?(Surah an-Nahl:35)Firman Allah lagi :Maksudnya:Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka kami tidak mengutusmu(wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka tugasmu tidak lainhanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu).(Surah As-Syura:48)Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas dapat disimpulkan bahawa tujuanutama pengutusan Rasul ialah untuk menyampaikan ajaran Allah kepada seluruhumat manusia. Dalam konteks masa kini, tanggungjawab untuk berdakwah ataumenyampaikan seruan Islam adalah terpikul di atas bahu setiap umat Islam.

Dalam hal ini, Rasullulah s.a.w. telah bersabda:Maksudnya:Sampaikanlah dariku walaupun satu perkataan.Seperti yang telah dijelaskan, bahawa setiap individu muslimbertanggungjawab untuk menyampaikan risalah Islam, iaitu dengan kata lainmenyeru melakukan kemungkaran. Adalah berdosa sekiranya kita menyembunyikanajaran-ajaran atau ilmu-ilmu Islam. Allah S.W.T melarang kita menyembunyikanajaran-ajaran atau ilmu-ilmu tersebut. Dalam hal ini Allah menegaskan denganfirman-Nya:Maksudnya:Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yangtelah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkanisi kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamumenyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian sesat) itu kebelakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yangsedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran(kalamullah dan janjinya) itu.(Surah Ali-Imran:187)Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran kepada sesiapa yangmenyembunyikan ilmu atau ajaran yang baik. Sabda baginda:Maksudnya:

Sesiapa ditanya mengenai dengan ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, iaakan di kekang di hari Kiamat dengan tali kekang dari api neraka.(Sahih at-Tarmizi Juzuk ke-10, halaman 118)Berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan, jelaskan bahawa menjaditanggungjawab kepada setiap individu muslim untuk menyampaikan ajaran-ajaranyang diredhai Allah, sebaiknya Islam melarang umatnya daripada menyembunyikanilmu-ilmu atau ajaran-ajaran yang telah diperolehi khususnya ilmu-ilmu Islam.iii. Mengagung-agungkan keturunan YahudiAda guru ajaran sesat yang mengaku dirinya sebagai keturunan Yahudi danmendakwa menerima wahyu daripada Allah dan menganggap bahawa keturunanYahudi paling agung di dunia ini.UlasanSikap mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsayang paling baik, yang perlu diikuti adalah salah satu cirri kesesatan di dalam Islam.Ianya tanda-tanda sesat di dalam pegangan agama Islam kerana al-Quran telahmenerangkan sikap orang Yahudi di dalam surah al-Maidah : 82.Maksudnya:Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yangkeras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yahudi dan orang-orangmusyrik..Orang-orang Yahudi yang tidak menerima agama Islam telah menganggapbahawa agama mereka sahajalah yang betul. Keadaan ini menjadikan merekamenolak agama Islam dan tetap berpegang dengan agamanya. Mereka terusberusaha mengekalkan kesinambungan atau penerusan agama mereka. Merekamemperkenankan bahawa pegangan merekalah yang betul serta terbaik di sisi Allah.Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran sural al-Baqarah: 135.

Maksudnya:Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: Jadilah kamu pemelukagama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan dapatpetunjuk.Allah S.W.T. telah menganggap orang Yahudi sebagai golongan yang sesatmerupakan kaum yang mempunyai akhlak yang buruk. Jadi sesiapa yang mengikutijejak kaum Yahudi adalah digolongkan serupa dengan mereka.Sifat mereka disebutkan di dalam al-Quran sebagai kaum pandai membuatmuslihat terhadap apa yang dirasakan oleh menguntungkan mereka. Allahmenyatakan kaum Yahudi adalah seloba-loba manusia kepada hidup (yang lanjutmasanya) melebihi kaum kafir musyrik. Mereka suka kiranya boleh hidup seributahun.Kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengamalkan sihir danmenggunakannya dengan sewenang-wenangnya.Orang Yahudi masih berpegang dengan sikap mereka tidak menurut perintahAllah, tidak menerima kerasulan dan ajaran daripada Nabi-nabi selepas Nabi Musa,iaitu Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Meraka menganggap apa yang merekapegang itulah sahaja yang benar. Lalu mereka putarbelitkan kebenaran untukmempertahankan pegangan mereka.Allah menceritakan sikap mereka di dalam al-Quran sebagai kaum yang kerashati, lebih keras daripada batu di dalam hal menerima kebenaran dan keimanan.Selepas itu mereka tutup hati mereka daripada menerima Islam danmengisytiharkan bahawa mereka adalah anak-anak Allah yang sangat disayangiAllah. Bahkan mereka mendakwa bahawa syurga dan akhirat adalah hak istimewamereka sahaja. Pada hal mereka adalah sebagai orang yang tidak mempunyaiagama selagi mereka tidak beriman dengan Kitab Taurat yang membawa merekapercaya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apa yang diturunkan kepada NabiMuhammad s.a.w.Sikap mengagung-agungkan kaum Yahudi ini sebagai tanda-tanda terkeluardaripada ajaran Islam kerana sikap ini adalah bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Di dalam al-Quran Allah memperingatkan orang Islam tentang sikap orangYahudi terhadap agama lain. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Islammengikuti jejak mereka. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menjayakan cita-citaitu sepertimana disebutkan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah: 120 iaitu:

Maksudnya:Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang hati (reda)kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yangterpesong itu).Orang Yahudi memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan merekasebagai kaum pilihan Allah atau kaum yang istimewa. Mereka mengambilpengalaman datuk nenek mereka mempengaruhi dunia. Antaranya mereka bersatudengan golongan Nasrani dan cuba menekan agama Islam di sebalik tabir akademikatau pengetahuan moden yang dianggap saintifik dan rasional. Mereka denganangkuh dan lantang menolak kekuasaan Tuhan dengan teori seperti The Law ofNature, Teori Evolusi dan sebagainya. Kebanyakkan mereka adalah daripadaketurunan Yahudi kemudian mereka menerapkan pengetahuan itu kepada duniakhasnya orang Islam yang mereka jajahi selepas perang dunia kedua, misalnyaorang-orang Islam memuja dan menyanjung pengasas teori-teori tersebut danberbangga dengan penemuan pengetahuan tersebut tanpa menyedari kesandaripada segi akidah dirinya, contohnya teori penilaian semua sumber rujukanagama dan penggunaan angka-angka di dalam menafsir al-Quran adalah diasaskanoleh seorang yang berbangsa Yahudi bernama Abd. Havy Ibn Akhtab. Beliau telahdisanjung oleh segelintir orang Islam seperti Rasyad Khalifah dan pengikut-pengikutnya yang dianggap telah cuba menyelewengkan ajaran Islam.Dengan sebabnya itu peringatan Allah kepada orang beriman tentangperhubungan dengan orang Yahudi adalah sangat tepat seperti yang tersebut didalam surah al-Maidah: 51:Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat, kerana setengah merekamenjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antarakamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya iaadalah golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikanpetunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Oleh kerana itu sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka dianggapsebagai orang yang menzalimi diri mereka iaitu menjadikan diri mereka juga tidakberiman atau terpengaruh dengan cara orang-orang Yahudi itu seperti yangdisebutkan di dalam surah an-Nisa89:Maksudnya:"Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telahkafir, maka (dengan demikian) jadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itujanganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi temanrapat kamu sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (Islam).Allah melarang orang beriman mencontohi orang Yahudi ialah keranadibimbangi akan terikut-ikut dengan perlakuan orang-orang Yahudi. Keadaan initelah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya yang diriwayatkan olehImam Muslim iaitu:Maksudnya:Daripada Abi Said al-Khudri telah berkata ia, Rasulullah s.a.w. telahbersabda: Kamu akan mengikut sunnah orang yang sebelum kamu sejengkaldemi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka itu melaluilubang biawak pun kamu akan mengikutnya. Kami bertanya Ya Rasulullahs.a.w.! Yahudi dan Nasrani.?(Sahih Muslim Juzuk Ke-16, halaman 219)KesimpulanCara hidup kaum Yahudi telah dijelaskan di dalam al-Quran dan HadithRasulullah s.a.w. Antaranya ialah sikap mereka mengubahsuaikan agama mengikutselera dan nafsu mereka. Mereka suka mengamalkan ilmu sihir untuk mencapaikehendak mereka.

Secara tidak disedari oleh orang Islam, mereka mengolah sumber-sumberhokum dan doktrin agama atas alas an ilmiah dan cuba menafsirkan al-Quranmelalui angka-angka yang telah digunakan oleh kaum Yahudi sebagai sumber ilmusihir. Apa yang diperolehi itu terus dibanggakan dan menganggap teguran ke atassikapnya itu adalah negatif, tidak mahu kepada pembaharuan dan kemajuansedangkan bagi umat Islam, contoh dan ikutan yang paling baik dan benar ialahRasulullah s.a.w. dan sunnah sahabat-sahabatnya. Mereka yang mengikuti selaindaripada sunnah Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya adalah sesat.iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai NabiUntuk menyakinkan pengikut, ada guru-guru ajaran sesat yang mendakwamenerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi.UlasanAgama Islam telah menetapkan bahawa Allah S.W.T. telah mengutuskanseramai 25 orang Nabi dan Rasul kepada umat manusia dan Nabi Muhammad s.a.w.merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah untukmenyampaikan syariatnya kepada umat manusia. Segala hukum-hukum dan syariatyang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan syariat yang terakhir dan tidakada lagi wahyu yang diturunkan selepasnya.Kalau ditinjau dalam sejarah Islam orang-orang yang mengaku mendakwamenjadi nabi sesudah Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah sangat ramai sehingga kezaman kita hari ini. Pada permulaan wafatnya Junjungan Besar Muhammad s.a.w.telah muncul tiga orang yang mendakwa dirinya menjadi Nabi, iaitu MuhammadKazab di Yamamah Al-Aswad Al Unusi di Negeri Yaman, dan Talhah Al Asadi dariKabilah Bani Asad.Kesudahannya mereka ini telah mati terbunuh di tangan askar-askar pejuangIslam yang dipimpin oleh Jeneral Khalid Ibni Walid, setelah beliau diutus khas olehKhalifah Islam Syaidina Abu Bakar r.a. untuk menghapuskan golongan yangmendakwa menjadi Nabi palsu itu. Pada tahun 11 Hijrah Talhah Al Asadi telahbertaubat dan kembali kepada Islam di akhir hayatnya.Mengikut iktikad dan fatwa ulama-ulama dari golongan Ahli Sunnah WalJamaah bahawa hukuman bagi orang-orang yang mengaku dirinya atau gurunyasebagai Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. adalah terkeluar daripada agamaIslam. Oleh itu golongan-golongan yang mendakwa menjadi Nabi selepas wafatnyajunjungan Nabi Muhammad s.a.w. telah diperangi oleh sahabat-sahabat Rasulullahs.a.w.Walaupun fahaman golongan ajaran sesat sudah nyata menyimpang danmenyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar, tetapi ada juga orang-orangIslam yang masih percaya dan menjadi pengikut kepada guru-guru ajaran sesat itu.Mereka masih buta hati dari mencari kebenaran, walaupun sudah ada keterangan-keterangan yang jelas al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Untuk menjelaskan

dimanakah letaknya kesalahan fahaman kaum Nabi baru ini, maka di sini kita cubamenjelaskan kepada masyarakat dengan tujuan untuk membendung danmengelakkan umat Islam daripada tertipu oleh propaganda dan diayah-diayah palsuyang didakwa oleh Nabi-nabi baru itu.Sebelum itu elok kita lihat tentang apakah hukuman dalam syariat Islamterhadap perkara ini, ianya adalah seperti berikut:-a. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi akhir zaman, tidak ada lagi Nabi sesudahbeliau dan juga tidak ada lagi Rasul sesudah Muhammad s.a.w.b. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah syariat yangpaling akhir yang diturunkan kepada manusia oleh Allah S.W.T. daripadaSyariat Samawiah bahkan, syariat-syariat yang dibawa oleh Nabi kitaMuhammad s.a.w. telah memansuhkan syariat-syariat sebelumnya.c. Barangsiapa yang mendakwa di dunia menjadi nabi atau rasul atau gurunyasesudah Nabi Muhammad s.a.w. maka hukumnya ia terkeluar daripadaagama Islam kerana ia telah mengingkari segala keterangan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. mengikut pendapat ulama-ulamadaripada Ahli Sunnah Wal Jamaah sesiapa yang menentang al-Quran danhadith-hadith yang sahih maka hukumnya orang itu terkeluar dari agamaIslam.Dalil-dalil dari Al-QuranFirman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang menunjukkan kebenaranRasulullah s.a.w. sebagai Nabi yang terakhir adalah seperti berikut:Maksudnya:Bukankah Nabi Muhammad itu (Dengan sebab ada anak angkatnya) menjadibapa yang sebenar bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allahdan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahuiakan tiap-tiap sesuatu.Daripada ayat yang tersebut di atas nyatalah bahawa Nabi Muhammad s.a.w.Khattama al-Nabiyyin yang beerti Nabi yang paling akhir.v. Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barangPeninggalan Rasulullah s.a.w.

Ada setengah guru ajaran sesat yang mendakwa memiliki barang-barangpeninggalan Rasulullah s.a.w. bertujuan untuk menyakinkan pengikut bahawaajarannya itu benar daripada Rasulullah s.a.w.UlasanDakwaan ini bertujuan untuk menunjukkan kehebatan seseorang itu sahajadan juga untuk mempengaruhi orang lain dengan menggunakan nama Rasulullahs.a.w. Perlu diingat bahawa barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. tidakmempunyai apa-apa kelebihan pun malah ianya sama seperti barang-barang lain.Dakwaan ini menjadi lebih meragukan lagi jika seseorang yang mendakwamemiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. itu tidak mempunyaihubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. yang memberi peluang seseorang ituuntuk menerima barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. secara langsung.Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dengan dan amalannyasahaja. Oleh itu sesiapa sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang inimempunyai keistimewaannya disebabkan oleh ilmu dan amalannya sahaja bukannyaberpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan Rasulullah s.a.w.sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:Ertinya : Tidak ada perbezaan di antara orang-orang biasa dengan orang-orang Arab melainkan melalui taqwanya kepada Allah.Oleh itu jelaslah bahawa mengagung-agungkan barang-barang peninggalanRasulullah s.a.w. itu tidak dituntut oleh agama Islam malah ditakuti jika terlampaudiagung-agungkan, akan membawa kepada syirik kerana Allah menegaskan bahawaNabi Muhammad s.a.w. adalah seorang manusia biasa yang serupa dengan manusialain dari segi kejadiannya.Malahan perlu diingat bahawa dakwaan mempunyai barang-barangpeninggalan Rasulullah s.a.w. ini pada dasarnya ialah untuk menunjukkan kehebatandiri semata-mata.vi. Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.

Untuk meyakinkan pengikut supaya mempelajari sesuatu ajaran salah,guru-guru ajaran salah mengatakan bahawa semua ajaran adalahdaripada Allah dan menuju ke syurga.UlasanSetiap manusia normal mempunyai naluri yang baik dan sentiasa inginkanperkara-perkara yang baik di dalam hidupnya. Naluri itu mengerakkan tabiatmanusia kepada mencari jalan untuk hidup aman dan damai. Atas keperluan itumenjadikan manusia secara langsung mempunyai fitrah (bakat) hidup beragama.Dengan sebab itu apabila Allah mengarahkan manusia berpegang kepada agamaAllah sebagai landasan cara hidup yang selamat dan diredhaiNya diterima olehmanusia sehingga ke hari ini. Walaupun begitu terdapat manusia yang tidakmenerima hidayah (petunjuk) daripada Allah, mereka terus mencari malahmembentuk doktrin (prinsip) dan method (cara) tersendiri sebagai pegangan hidupuntuk memenuhi fitrah semula jadi itu. Masing-masing cuba mempertahankankeyakinan dan pegangan mereka. Di dalam keadaan begitu ada pula golongan yangmempercayai semua agama adalah sama, mereka percaya bahawa semua agamamenuju ke syurga. Pendapat ini adalah penyelewengan terhadap ajaran Islam jugamerupakan salah satu ciri-ciri utama ajaran sesat.Sejarah Agama Menurut Al-QuranSejarah agama manusia di dunia pada mulanya adalah satu sahaja iaituagama Allah yang satu. Ini ada dijelaskan di dalam ayat 92 surah al-Anbiya:Maksudnya:Dan sesungguhnya Agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asaspokoknya dan Allah Tuhan kamu Maka sembahlah kamu akan daku.Di dalam surah al-Mukminun: 52Maksudnya:Dan sesungguhnya Agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asalpokoknya dan Allah Tuhan kamu. Maka bertaqwalah kamu kepadaKu.

Firman Allah Taala ini ditujukan kepada umat manusia seluruhnya. Iaitu agamaIslam, agama Tauhid, ialah agama semua manusia yang telah disampaikan olehRasul-rasul silih berganti semenjak Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a.w.dan asas agama Tauhid ialah menyembah Allah yang Maha Esa, kerana Allah jualahTuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dan Dialah sahaja yang berhakdisembah.Seruan pertama dalam semua perutusan-perutusan Allah ialah menyuruhmanusia menjadikan agama Allah sebagai agama mereka untuk memperingatkankembali apa yang telah manusia akui dengan Tuhan semasa di alam roh sepertimanatelah dijelaskan di dalam al-Quran surah al-Araf, ayat 172:Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan merekasaksi terhadap diri mereka sendiri (sambil bertanya dengan firman-Nya):Bukankah Aku Tuhan Kamu? Mereka semua menjawab: Benar (EngkaulahTuhan kami) kami menjadi saksi.Dengan sebab itu Allah utuskan Nabi dan Rasul bersama kitab-kitab suci untukmemberi ingat kepada manusia seluruhnya tentang perjanjian lama agar merekatidak lalai atau menyeleweng daripada agama Allah.Gejala-gejala Berlaku KesesatanFenomena berlaku kesesatan atau perpecahan agama telah dijelaskan Allah didalam al-Quran di antaranya disebutkan di dalam surah Al-Baqarah 213:

Maksudnya:Pada mulanya manusia ialah umat yang satu (menurut) agama Allah yangsatu tetapi setelah mereka berselisih maka Allah mengutuskan Nabi-nabisebagaipemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman denganbalasansyurga), dan pemberi amalan (kepada orang-orang yang ingkar denganbalasan azab neraka), dan Allah menurunkan, bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang benar), untukmenjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang merekaperselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihanmelainkan orang yang telah diberi kepada kitab-kitab suci, iaitu sesudahdatang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, merekaberselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allahmemberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arahkebenaran-kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka yang derhaka itu),dengan izin-Nya dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepadasesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang betul lurus (menurut undang-undang peraturan-Nya).Sepertimana dijelaskan di dalam ayat di atas, keseluruhan umat yang sesattelah pun diperbetulkan oleh Allah dengan kebenaran dan petunjuk melalui Rasul dankitab-Nya. Akan tetapi manusia terus sesat kerana ada golongan yang telahmenyembunyikan kebenaran daripada Allah. Ini telah diceritakan Allah di dalam ayat174, surah Al-Baqarah:

Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda ataumengubah) apa-apa keterangan kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah,dan memberi dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnyaBermula dari perasaan dengki sesama sendiri, manusia sanggupmenyembunyikan kebenaran dan mereka-rekakan hujjah untuk mempertahankanpegangannya. Sikap ini terus diwarisi oleh generasi turun-temurun sehingga menjadihak keluarga.Walaupun Allah telah membangkitkan dan menurunkan kitab yang memimpinmanusia ke arah kebenaran di sisi Allah, tetapi masih terdapat lagi manusia yangsesat kerana masing-masing ingin mempertahankan pegangan mereka. Merekaberbangga dengan apa yang menjadi pegangan mereka. Keadaan ini telahdiceritakan Allah di dalam surah al-Muminun: 53.Maksudnya:Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agamamereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira denganapa yang ada pada mereka.Sikap berbangga dan cuba mempertahankan keyakinan menjadikan merekaterus mempertahankan pegangan mereka kepada anak cucu, sebagai warisan dankepada jiran dan kenalan mereka.Di dalam usaha itu, masing-masing cuba mengatakan kelebihan dankeistimewaan yang akan diperolehi bila berpegang dengan kepercayaan mereka.Maka untuk menyelesaikan polemik, lahir pula kumpulan yang mengemukakanbahawa semua agama adalah sama, semua menghendaki kebaikan danmenjaminkan syurga kepada yang berpegang teguh dengan ajaran agama tersebut.Jadi tidak perlu setiap orang bergaduh dan berperang untuk mempertahankan

pegangan atau berdakwah kepada orang lain kerana semua mereka denganmengatakan bahawa semua agama itu adalah sama.Hasil daripada kepercayaan tersebut, wujud golongan yang akan mencarikesesuaian antara agama-agama manusia universal. Iaitu satu agama yang dibentukdaripada resolusi atau intisari yang dianggap baik daripada agama-agama di duniaatas tujuan menyatu-padukan manusia dan menyelesaikan krisis di antara penganutagama-agama serta memajukan lagi kehidupan beragama manusia.Kepercayaan bahawa semua agama adalah sama, semua menuju ke syurgajuga memberi implikasi kepada semua penganut agama-agama masing-masing terusberpegang dengan kepercayaan mereka. Jadi tidak perlu lagi berdakwah dan tidakperlu lagi bertukar agama walaupun agama yang dipegang itu adalah jelasbercanggah dengan fitrah dan akal mereka.Kedua-dua keadaan tersebut adalah bercanggah dengan tuntutan agamaIslam dan fitrah manusia yang sejahtera. Usaha mewujudkan agama universal bukanmenyatukan agama tetapi menambahkan senarai agama-agama di dunia.Sedangkan keseluruhan agama adalah masing-masing menekankan cirri-cirikeistimewaan tersendiri dan mengarahkan penganutnya mengajak orang lainmenerima agama tersebut. Dengan cara tidak langsung setiap agama ada sikaptersendiri terhadap agama-agama lain.Kedudukan Agama-agama Di sisi IslamKedudukan agama-agama di dunia pada pandangan Islam adalah jelas dan tegas.Semua agama adalah tidak sama. Ini telah dijelaskan oleh firman Allah di dalamsurah Al-Kafirun: 6.Maksudnya:Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.Semua agama tidak sama dengan agama Islam. Kelainan agama Islamberbanding dengan agama lain ialah dari sudut keyakinan secara Tauhid(kepercayaan kepada Allah Yang Esa) melalui yang ditauhidkan (dikuatkan denganpengakuan Syahadah) dan amal (cara hidup atau amal) dengan anggota secaralangsung kepada Allah berdasarkan syariat yang dibawakan oleh Nabi Muhammads.a.w. Berdasarkan al-Quran, Sunnah dan Ijma Ulama dengan hati ikhlas kepadaAllah tanpa sebarang perantaraan sepertimana disebutkan di dalam surah al-Baiyinah ayat 5:

Maksudnya:Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allahdengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid,dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yangdemikian itulah agama yang benar.Allah menekankan hanya Islam sahaja agama yang benar diterima dandiredhai Allah seperti di dalam surah Al-Imran: 19.Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.Maka sesiapa yang memilih lain daripada Islam adalah tidak diterima oleh Allah.Segala amalan dan kebajikan yang dibuat atas urusan agama lain daripada agamaIslam tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah, malah akan diseksa. Jadimereka tergolong bersama orang-orang yang rugi di akhirat nanti. Ini telahdijelaskan Allah di dalam surah Al-Imran, ayat 85:Apabila Allah menyatakan hanya agama Islam sahaja yang diterima dan tidakmenerima selain daripadanya, yang maka secara langsung agama dapat dibahagikankepada dua, iaitu agama Allah dan bukan agama Allah.Konsep Syurga Di Dalam Doktrin AgamaFitrah agama ialah berkehendakkan kehidupan yang teratur semasa hidup di duniadan selepas mati. Peraturan ini dilaksanakan supaya manusia membuat kebaikanmaka diberikan janji ganjaran syurga, dan janji neraka kepada yangmengingkarinya.

Konsep syurga dan neraka di dalam agama Islam adalah termasuk di dalamrukun Iman iaitu mempercayai kewujudan segala yang didengar (samiyyat) danmembenarkan Nabi s.a.w. tentang apa yang dikhabarkannya. Syurga wujud sebagaimakhluk Tuhan untuk tempat tinggal orang yang beriman kepada Allah. Mereka yangberjaya ke syurga mestilah memenuhi syarat:1. Beriman kepada Allah2. Taqwa kepada Allah3. Menunaikan kewajipan (tanggungjawab) sebagai hamba dan khalifah Allahdi muka bumi ini.4. Menjauhkan diri dari perbuatan yang dilarang atau diharamkan Allah.5. Menjaga diri daripada menghabiskan masa dengan sia-sia.6. Membersihkan hati dan mendisiplinkan diri daripada gangguan nafsusyahwat.7. Mencari rezeki yang halal tanpa melupai Allah.8. Mengorbankan harta benda dan masa pada jalan Allah.9. Membebaskan diri daripada pengabdian selain dari Allah.Seandainya kesemua syarat-syarat tersebut tidak dapat diamalkan maka harapanseseorang itu untuk mendapatkan syurga adalah terserah kepada Allah yangberkuasa. Manusia, sebagai makhluk-Nya mesti berserah kepada-Nya denganmembuat apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarang. Oleh yang demikiankita tidak boleh berpegang kepada pendapat; iaitu setiap orang yang beragama akanke syurga.vii. Mengaku Dirinya Sebagai Wali AtauMempunyai Keramat.UlasanAntara kelebihan Allah kepada makhluk di bumi ini ialah dengan adanya wali-walidan ianya merupakan rahsia Allah yang telah diberikan kepada makhluk. Padaumumnya telah diketahui ramai bahawa wali-wali yang sebenar adalah sukar untukdiketahui kecuali kepada para wali itu sendiri. Taraf kewalian ini adalah merupakankurniaan dan pangkat yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluk (manusia) dibumi belum lagi di akhirat. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 62-64:

Maksudnya:Ketahuilah! Sesungguhnya para Wali Allah itu, mereka tiada takut dan tiadaberdukacita. Iaitu mereka yang beriman dan juga bertaqwa kepada Allah. Merekadiberikan kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat.Para wali adalah mereka yang mengikut jejak langkah para Rasul dari apa yangditurunkan oleh Allah. Mereka ini menghampirkan diri kepada Allah denganmelakukan apa yang disyariatkan dan menjauhi apa yang dilarang dan dimurkai-Nya.Di dalam Islam tidak adanya istilah orang suci seperti yang didapati di dalamsetengah-setengah agama lain. Walaupun begitu agama Islam mengiktiraf adanyawali sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dengan terang di dalam ayat-ayat al-Quran seperti di atas. Meskipun demikian tidak terdapatnya ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa wali-wali tersebut mempunyai kelebihan-kelebihanistimewa yang mencapai taraf orang suci yang mempunyai kekuasaan untukmengampunkan dosa dan berupaya melakukan sesuatu yang mengikut kebiasaannyatidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.Para wali Allah adalah seorang yang berperibadi mulia, mukmin, soleh danberakhlak mulia. Melaksanakan amalan-amalan wajib dan amalan-amalan sunat,meninggalkan yang haram dan perkara-perkara yang makruh. Ianya seseorang yangzahid, tidak haloba menuntut keduniaan seperti pangkat kebesaran dan sebagainya.Di dalam perkembangan ajaran salah kedapatan orang-orang yang mendakwadirinya dan pengikutnya sebagai wali Allah. Untuk membuktikan bahawa seseorangtokoh itu telah mencapai maqam (kedudukan) yang tinggi maka dilahirkanperbuatan luar biasa yang selalunya disebut sebagai karamah (keramat) sepertimengeluarkan air dari jari, kitab al-Quran yang digantung berpusing sendiri, jari-jaridisilangkan antara satu dengan yang lain melekat dan tidak dapat dibuka. Padaumumnya perbuatan luar biasa ini adalah perbuatan yang boleh dipelajari keranaianya berbentuk sihir ataupun silap mata dan mempunyai teknik-teknik tertentu.Oleh itu jika kedapatan orang-orang yang mendakwa sebagai wali Allah denganmenunjukkan perbuatan-perbuatan luar biasa seperti tersebut di atas, adalahmerupakan penyelewengan kepada akidah Islam demi untuk keuntungan diri dankepentingan peribadi semata-mata. Wali Allah yang sebenar tidak pernahmendakwah kewaliannya dan amat jauh untuk mempengaruhi manusia untukmenjadikannya ketua atau memujanya dengan mengakui sebagai wali Allah danmenonjolkan karamah yang dimilikinya.

viii. Mempercayai Gurunya Boleh Memberi Syafaat Di AkhiratAda antara guru ajaran sesat yang mendakwa ianya sebagai guru mursyid dandapat memberi syafaat di hari Akhirat kelak.UlasanSyafaat bukanlah suatu perkara dakwaan. Seseorang itu tidak boleh mendakwadirinya atau mempercayai gurunya atau orang-orang tertentu boleh memberi syafaatkepada orang lain di akhirat kelak. Allah telah menjelaskan bahawasanya manusiatidak berhak mendapat syafaat dan memberi syafaat kepada orang lain kecualiorang-orang yang beriman dan beramal soleh serta diizinkan oleh Allah S.W.T.Ketentuan seseorang itu dapat memberi syafaat dan menerima syafaat adalahkehendak Allah S.W.T. sahaja sebagaimana firman-Nya:Maksudnya:Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yangtelah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allahyang melimpah-limpah rahmat-Nya.(Surah Maryam:87)Mengenai pengertian syafaat di atas, Ahmad Mustafa Al-Maraaghi di dalamtafsir Al-Maraaghi menjelaskan bahawa pemberi syafaat di akhirat kelak hanyalahkepada Nabi-nabi, ulama-ulama dan para-para Syuhada di atas kadar apa yangmereka ikut.Firman Allah:Maksudnya:Pada hari itu tidak ada berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapa pun)kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya dan kepada orang yang diredhai perkataannya.

(Surah Toha:109)Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa pemberi syafaat adalah terdiri daripadaorang-orang yang diizinkan oleh Allah iaitu terdiri daripada Nabi-nabi, Ulama-ulamadan para syuhada. Oleh itu adalah menjadi satu kesalahan dan kesesatan sekiranyaada orang-orang tertentu yang mendakwa dirinya atau gurunya dapat memberisyafaat di akhirat kelak.Kesimpulannya orang yang berhak mendapat syafaat ialah orang Islam danhak menentukan siapa yang boleh memberi syafaat adalah hak Allah S.W.T. danAllah juga berkuasa menentukan siapakah yang diizinkan menerima syafaat,manakala dakwaan yang mengatakan orang-orang tertentu boleh memberi syafaat diakhirat adalah dakwaan yang palsu.viv.Meninggalkan Sembahyang Jumaat KeranaBersulukAda antara guru-guru ajaran sesat yang mengharuskan pengikut-pengikutnyameninggalkan sembahyang Jumaat ketika bersuluk.UlasanMengharuskan kewajipan sembahyang Jumaat semasa bersuluk beertimengharuskan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T.Mengikut syarak, hokumsembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain bagi setiap yang mukallaf.Firman Allah:Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untukmengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (kemasjid) untuk mengingati Allah.

(Surah al-Jumuah:9)Walau bagaimanapun syarak juga telah memberikan pengecualian dankelonggaran ke atas sesetengah golongan dan ini tidak termasuk golongan merekayang sedang bersuluk.Sabda Rasulullah s.a.w.:(Riwayat Abu Daud)Maksudnya:Sembahyang Jumaat adalah hak kewajipan ke atas setiap orang Islam yangditunaikan secara jemaah kecuali empat: hamba yang dimiliki, perempuan,kanak-kanak dan orang yang sakit.Di dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda(Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)Maksudnya:

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka diwajibkan keatasnya Sembahyang Jumaat kecuali ke atas wanita atau musafir atauhamba atau orang sakit.Di dalam Islam amalan bersuluk bukanlah satu kewajipan yang mestiditunaikan oleh setiap umat Islam, tetapi hanyalah satu peraturan yang diwujudkandalam sesuatu tarikat.Bagi golongan tarikat mungkin mentafsirkan bahawa mereka yang sedangbersuluk itu adalah dalam keadaan sakit yang sedang diubati. Sekiranya ia keluarpergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat nescaya dirinya akanterdedah kepada alam sekeliling yang boleh memberi kesan ke atas diri dan jiwanyayang sedang sakit.Tafsiran seumpama itu tidaklah tepat dengan pengertian sakit yangdimaksudkan di dalam hadith di atas.Walaupun tujuan utama bersuluk adalah untuk membersihkan jiwa danmenghampirkan diri kepada Allah S.W.T., tetapi konsep sembahyang yang diwajibkanitu telah terkumpul tujuan berkenaan. Oleh yang demikian amalan bersuluk hanyalahsatu cirri ibadah sampingan kepada yang wajib dan ianya tidak boleh mengatasi yangwajib.Dalam hal ini Allah berfirman:Maksudnya:Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itumencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.(Surah al-Ankabut:45)