ahli politik mesti bijak dalam media sosial

3
AHLI POLITIK MESTI BIJAK DALAM MEDIA SOSIAL Oleh IBDILILLAH ISHAK  APABILA video seorang kakitanga n awam memukul isterinya di dalam lif tersebar, ia mengambil masa hanya 1 jam untuk video itu dikongsi oleh 5,000 pemilik akaun facebook. Dianggarkan tidak sampai 24 jam, 6.7 juta orang menyaksikan video tersebut di laman-laman sosial. Angka itu tidaklah mustahil apabila pada Mei tahun lalu sahaja dilaporkan terdapat hampir 15 juta akaun Facebook dan Twitter' dari Malaysia yang mana 64 peratus ialah pengguna di bawah usia 35 tahun. Ini menjadikan sejumlah 9 juta belia dan golongan muda terdedah kepada pelbagai  jenis informasi di dalam laman media sosial tersebut. Maka, tidak hairanlah apabila golongan muda ini antara yang paling aktif memberikan komentar terhadap 'post' ataupun 'tweet' ahli-ahli politik di dalam media sosial. Dek kerana kepesatan penggunaan media sosial dalam kalangan generasi muda maka sistem berpolitik serta cara mendekati kelompok ini perlulah diberi nafas baru. Ray Ponter  dalam bukunya The Handbook of Online and Social Media Research menyatakan kaedah komunikasi dalam media sosial lebih bersifat dinamik serta responsif berbanding media konvensional yang hanya terarah kepada penyebaran massa. Figura-figura politik perlu sentiasa peka terhadap sebarang interaksi antara pengundi dan mereka. Akan tetapi kaedah reaktif yang dilaksanakan haruslah bertepatan dengan budaya dan norma masyarakat. Ini kerana, sifat dan entiti masyarakat turut dibawa sama oleh pengguna media sosial sewaktu mereka berinteraksi dalam alam maya tersebut. Bukti paling jelas apabila sebilangan warga media sosial membantah malah mencela tindakan beberapa figura politik menggunakan kata-kata kesat sewaktu berinteraksi dengan mereka. Tindakan sebegini hanya akan memburukkan peribadi malah menjatuhkan ‘ethos’ atau pengaruh ahli politik tersebut. Adalah lebih baik untuk ahli politik mempamerkan santun mereka sewaktu berinteraksi. Benar, akan ada pihak yang tetap mengeji dan mencela, namun dek kerana budaya dan amalan masyarakat Malaysia sebahagian besar akan masih menghargai kesantunan yang dipamerkan. Cabaran paling sukar ahli politik dalam mendepani tekanan media sosial adalah pengurusan masa. Jadual yang padat menyebabkan ahli politik sukar untuk berinteraksi bersama pengguna media sosial. Kegagalan untuk berinteraksi akan menyebabkan nama baik mereka tercemar.

Upload: egahmulia

Post on 04-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ahli Politik Mesti Bijak Dalam Media Sosial

8/13/2019 Ahli Politik Mesti Bijak Dalam Media Sosial

http://slidepdf.com/reader/full/ahli-politik-mesti-bijak-dalam-media-sosial 1/3

AHLI POLITIK MESTI BIJAK DALAM MEDIA SOSIAL

Oleh IBDILILLAH ISHAK

 APABILA video seorang kakitangan awam memukul isterinya di dalam lif tersebar, ia

mengambil masa hanya 1 jam untuk video itu dikongsi oleh 5,000 pemilik akaunfacebook.

Dianggarkan tidak sampai 24 jam, 6.7 juta orang menyaksikan video tersebut dilaman-laman sosial. Angka itu tidaklah mustahil apabila pada Mei tahun lalu sahajadilaporkan terdapat hampir 15 juta akaun Facebook dan Twitter' dari Malaysia yangmana 64 peratus ialah pengguna di bawah usia 35 tahun.

Ini menjadikan sejumlah 9 juta belia dan golongan muda terdedah kepada pelbagai jenis informasi di dalam laman media sosial tersebut. Maka, tidak hairanlah apabilagolongan muda ini antara yang paling aktif memberikan komentar terhadap 'post'ataupun 'tweet' ahli-ahli politik di dalam media sosial.

Dek kerana kepesatan penggunaan media sosial dalam kalangan generasi mudamaka sistem berpolitik serta cara mendekati kelompok ini perlulah diberi nafas baru.

Ray Ponter   dalam bukunya The Handbook of Online  and Social Media Research menyatakan kaedah komunikasi dalam media sosial  lebih bersifat dinamik sertaresponsif berbanding media konvensional yang hanya terarah kepada penyebaranmassa.

Figura-figura politik  perlu sentiasa peka terhadap sebarang interaksi antarapengundi dan mereka. Akan tetapi kaedah reaktif yang dilaksanakan haruslahbertepatan dengan budaya dan norma masyarakat.

Ini kerana, sifat dan entiti masyarakat turut dibawa sama oleh pengguna mediasosial  sewaktu mereka berinteraksi dalam alam maya tersebut. Bukti paling jelasapabila sebilangan warga media sosial  membantah malah mencela tindakanbeberapa figura politik menggunakan kata-kata kesat sewaktu berinteraksi denganmereka.

Tindakan sebegini hanya akan memburukkan peribadi malah menjatuhkan ‘ethos’ 

atau pengaruh ahli politik  tersebut. Adalah lebih baik untuk ahli politik mempamerkan santun mereka sewaktu berinteraksi.

Benar, akan ada pihak yang tetap mengeji dan mencela, namun dek kerana budayadan amalan masyarakat Malaysia sebahagian besar akan masih menghargaikesantunan yang dipamerkan.

Cabaran paling sukar ahli politik dalam mendepani tekanan media sosial adalahpengurusan masa. Jadual yang padat menyebabkan ahli politik  sukar untukberinteraksi bersama pengguna media sosial. Kegagalan untuk berinteraksi akanmenyebabkan nama baik mereka tercemar.

Page 2: Ahli Politik Mesti Bijak Dalam Media Sosial

8/13/2019 Ahli Politik Mesti Bijak Dalam Media Sosial

http://slidepdf.com/reader/full/ahli-politik-mesti-bijak-dalam-media-sosial 2/3

Dalam aspek ini, mahu tidak mahu, ahli politik perlu memperuntukkan 1 hingga 2 jam sehari untuk membalas maklum balas yang diterima mereka di media sosial.Lebih utama, jika permasalahan atau aduan itu datang dari akar-umbi merekasendiri. Interaksi adalah amat penting walaupun hanya sekadar di laman maya.

Ia memberi gambaran bahawa sebarang post, komen atau ‘tweet’ pengguna mediasosial dihargai oleh ahli politik. Konsistensi dalam berinteraksi akan meningkatkanimej politikus tersebut. Lebih menarik apabila, ahli politik akan dapat mengetahuiapa isu terkini yang sentiasa dibawa oleh penguna-pengguna media sosial.

Menjadi satu keutamaan untuk ahli politik  mempunyai pendirian dan peganganyang tidak lari daripada pendirian pemimpin parti dan parti itu sendiri. Dalam duniamedia sosial yang responsif, aktif dan dinamik ini, sebarang tersilap kata, komenatau 'tweet' boleh mendatangkan masalah besar kepada ahli politik dan juga parti.

Dalam karya Dr. Daniel Kahenman bertajuk Thinking Fast and Slow, ahli psikologi ini

menyatakan bahawa seseorang yang rasional tidak akan terburu-buru dalammenjawab tohmahan, tuduhan ataupun isu yang dibangkitkan oleh pihak lain.

Justeru, ahli politik  perlu mempamerkan kebijaksanaan dalam menenangkanmasyarakat serta pengguna media sosial sebelum jawapan ataupun maklum balasdiberikan oleh pemimpin parti.

Mendekati golongan muda dan beliau adalah sukar terutama kepada ahli politik yang berasal daripada generasi yang berbeza. Walaupun generasi Y ini lahir dalamzaman teknologi, sifat dan kelakuan mereka adalah sama seperti generasisebelumnya.

Sebagai anak muda, mereka penuh dengan idea dan semangat untuk melakukanperubahan demi penambahbaikan serta kesenangan mereka. Adalah menjaditanggungjawab ahli politik  untuk mengetahui cara dan kelakuan mereka ini agarmereka lebih mudah didekati dan didedahkan dengan perjuangan parti.

Keprihatinan ahli politik  dengan mengambil kira pandangan mereka akanmembuatkan mereka lebih dihargai dan akan bersedia untuk memberikan kerjasamadi masa mendatang. Ahli politik yang bijak akan turut mengambil kira pandangangolongan cerdik pandai bagi memastikan cadangan daripada generasi muda

tersebut akan boleh dilaksanakan. Seterusnya menaikkan lagi imej mereka selakuahli politik yang holistik serta matang.

Menjadi tanggungjawab untuk pengamal media sosial  serta ‘blogger’  untukmembantu ahli politik  menjayakan rancangan ini. Tiga elemen bersepadu yangperlu ada pada mereka sewaktu berinteraksi bersama masyarakat sosial media iniadalah :

  Komunikasi

Pengamal media sosial  dan blogger perlu membantu ahli politik  melalui

kemahiran dan pengalaman mereka dalam mencipta ruang komunikasi dua hala

Page 3: Ahli Politik Mesti Bijak Dalam Media Sosial

8/13/2019 Ahli Politik Mesti Bijak Dalam Media Sosial

http://slidepdf.com/reader/full/ahli-politik-mesti-bijak-dalam-media-sosial 3/3

antara ahli politik  dan pengguna media sosial. Komunikasi yang berkesanakan menyebabkan penyampaian informasi yang lebih lancar dan jelas.

  Informasi

Menjadi kemestian untuk menganggap pengguna media sosial selaku golonganterpelajar. Justeru komunikasi dan interaksi yang berlaku mesti mempunyaielemen pengetahuan dan pendidikan. Komen, post dan ‘tweet’  perlu kayadengan logik berbanding emosi. Ini adalah mustahak dalam memastikanketerampilan dan kredibiliti ahli politik terjaga di mata masyarakat.

  Kolaborasi

Kolaborasi adalah elemen utama di mana, masyarakat dan pengguna mediasosial  diberi ruang dan peluang menyampaikan idea dan pendapat mereka.Kekerapan komunikasi antara pengamal media sosial  dan ‘blogger’

membolehkan mereka memberikan respons terhadap idea serta pendapat-pendapat daripada pengguna media sosial. Seterusnya mewujudkan elemenpenghargaan yang merupakan elemen penting dalam menarik minat merekaterhadap perjuangan parti.

Rumusannya, pendekatan berpolitik dalam media sosial  perlulah mempunyaielemen K.I.K (Komunikasi, Informasi dan Kolaborasi).  Ini membolehkan ahlipolitik sentiasa berketerampilan dan dipercayai oleh pengguna media sosial. Lebihutama ia memberikan imej bahawa parti sentiasa menghargai pendapat danpandangan mereka walaupun mereka bukanlah ahli parti. Elemen penting dalammemenangi kepercayaan rakyat.

Justeru, sudah tiba masanya untuk rakan-rakan ahli politik mencetus pembaharuandalam mendekati para pengundi melalui media sosial. Keupayaan memenangi hatipengundi-pengundi muda adalah kunci kepada keutuhan parti ini untuk bergelarkerajaan di masa mendatang.

PENULIS ialah Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO

Utusan Malaysia, 13 Januari 2014

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140113/re_06/Ahli-politik-mesti-bijak-dalam-media-sosial#ixzz2qFytCaP9