agama gema jumaat hikmahpusatislam.uum.edu.my/images/bil-25-2015.pdfhikmah berkata al hakim:...

2
Makmum Berjemaah Satu Rokaat Sahaja Selepas satu rokaat dalam solat berjemaah bersama imam, semua makmum berniat untuk mufaraqah daripada imamnya. Adakah dengan perbuatan sedemikian dikira gugur sudah fardhu kifayah dan tidak boleh lagi diperangi oleh imam walaupun mereka berterusan dengan cara sedemikian untuk selama-lamanya? Walaupun hanya satu rokaat secara berjemaah, maka gugurlah fardhu kifayahnya dan tidak bolehlagi pihak berkuasa memerangi mereka kerana tidak menyempurnakan solat berjemaah hingga ke akhirnya. MUTIARA HIKMAH Berkata Al Hakim: Berbahagialah bagi mereka yang memperbaiki kelemahan dirinya daripada menyibukkan diri mengatakan kelemahan orang lain. Ayuh kita meriahkan pro- gram kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Khamis & JumaatKELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis (minggu 1&4) - DAURAH ILMU Selasa (minggu kedua dan keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS- LAM DARUL SYIFA’ Setiap Selasa bermula 10 Mac 2015 - KELAS TALLAQQI AL QURAN DAN IQRA’ 27 Jumaat 2015 - KUR- SUS HAJI BERSIRI 14 April 2015– KURSUS PENGUKUHAN MODAL INSAN 21 April 2015- WACANA ILMIAH: HUDUD Hubungi talian: 049282567/60/58/69/66/ 63 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my Fb : Pusat Islam UUM AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2015 يِ ل عاج ا ات ا ت / ْ ل عاج ا ات ا ت gesa - Jangan Tergesa . َ تْ يَ بْ الَ عْ يِ بَ أْ نَ أُ تْ ر رَ قSaya mengambil keputusan untuk menjual rumah. . ِ ارَ رَ قْ الِ اذَ خِ ّ اتِ فيْ ل جَ عَ تَ تَ Jangan tergesa-gesa dalam membuat keputusan. ا.ً دِ ّ يَ جْ يِ رِ ّ كَ فFikirlah baik-baik. . ُ رَ آخٌ ارَ يَ خْ يِ دْ نِ ا عَ مSaya tidak ada pilihan lain. Beberapa minggu lalu, masyarakat Islam digemparkan dengan isu perlaksanaan hudud di Malaysia. Hukum Allah ini digambarkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusian serta ketingga- lan zaman oleh sebahagian besar bukan Islam malahan juga oleh sebilangan kecil orang Islam sendiri. Namun, wajarkah kita menilai hukum jinayat yang digariskan oleh Al Quran ini sebagai zalim?. Bolehkah kita sebagai seorang yang mengaku beriman dengan rukun Islam yang enam menolak hukum ini?. Wajarkah kita mengatakan hukum ini adalah rekaan ulama silam?. Sebelum membicarakannya dengan panjang lebar, marilah kita sama-sama cuba memahami hukum ini dari segi makna dan juga istilah. Hudud adalah kata dasar dari had yang menurut ba- hasa adalah mencegah. Di sebut hudud kerana hukuman ini dapat mencegah berlakunya perbuatan yang boleh mengaki- batkan sesuatu hukuman dijalankan. Manakala dari segi syarak pula adalah hukuman yang terukur atas berbagai perbuatan tertentu, atau hukuman yang telah dipastikan bentuk dan ukurannya di dalam syariat, baik hukuman itu melanggar hak Allah maupun merugikan hak manusia. (Fiqih Imam Syafie). Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, hudud adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah yang tidak boleh diubah-ubah oleh manusia, seperti hukum zina, murtad, dan minum arak. Istilah umum menurut buku Soal Jawab Hudud: Un- dang-Undang Allah S.W.T Yang Maha Adil menyatakan hudud ialah kesalahan-kesalahan jenayah yang khusus, yang diperuntukkan hukuman khusus melalui nas-nas syarak. Di sini sangat jelas bahawa hukum hudud ini adalah undang-undang Allah yang bersifat pencegahan dan sumber utama hukum ini adalah dari Al Quran. Menurut Mohamad Hashim Ka- mali dalam buku Hukuman dalam Undang-undang Islam: Satu penelitian terhadap Hudud Kelan- tan dan Terengganu, menyatakan terdapat 14 kali kalimah hudud di sebut dalam Al Quran yang mencakupi jenayah, perkahwinan, pusaka, ibadat dan batasan agama secara umum. Dr Abdul Ka- rim Zaidan menegaskan dalam kitabnya Al Wajiz, mengatakan bahawa ulama tidak berijtihad pada perkara yang sudah ada nas. Ini jelas menolak hujah sesetengah individu yang menganggap hukum ini adalah rekaan ulama dan bukan dari Kalam Allah. Seterusnya, sudah tentu adalah tidak wajar, bagi kita sebagai hamba Allah yang yang ter- takluk kepada rukun iman yang enam meragui apatah lagi menolak apa yang termaktub dalam kitabNYA. Firman Allah yang bermaksud: “Tidak selayaknya bagi seorang lelaki dan wanita yang beriman apabila Allah dan rasulNYA menetapkan sesuatu ketetapan, lalu mereka mengambil pilihan lain dalam urusan mereka. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan rasulNYA, maka ia telah tersasar jauh dan nyata (daripada petunjukNYA)”. (Surah Al Ahzab ayat 36). Justeru itu juga, adalah tidak wajar kita menjadi seperti kaum Yahudi yang mengikuti seba- hagian ajaran kitab Taurat iaitu dalam hal menebus tahanan perang namun mengingkari perintah Allah yang melarang melakukan sebarang bentuk pembunuhan dan pengusiran.(Tafsir Jalalain, J.1). Mereka ini telah ditempelak oleh Allah dalam surah Al Baqarah ayat 85 yang bermaksud “apakah kamu beriman kepada sebahagian Al kitab (Taurat) “ dan ingkar terhadap sebahagian yang lain”. Dalam situasi yang sama hari ini, kita sentiasa berusaha mematuhi suruhan yang terdapat dalam Al Quran berkaitan solat, puasa, zakat dan sebagainya tanpa berdolak dalih dan ber- prasangka namun mengingkari dan berbantah-bantah mengenai perintah Allah berkaitan hukum hudud. Orang yang sedemikian selayaknya memikir sedalam-dalamnya ayat Allah ini yang bermak- sud: Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu ada- lah orang-orang yang kafir”. (Surah Al-Maaidah, ayat 44). Bersambung… BIL 25/ 2015 Gema Jumaat

Upload: vuhanh

Post on 05-May-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Makmum Berjemaah Satu Rokaat Sahaja

Selepas satu rokaat dalam solat berjemaah bersama imam,

semua makmum berniat untuk mufaraqah daripada

imamnya. Adakah dengan perbuatan sedemikian dikira

gugur sudah fardhu kifayah dan tidak boleh lagi diperangi oleh

imam walaupun mereka berterusan dengan cara sedemikian untuk

selama-lamanya?

Walaupun hanya satu rokaat secara berjemaah, maka

gugurlah fardhu kifayahnya dan tidak bolehlagi pihak

berkuasa memerangi mereka kerana tidak menyempurnakan solat

berjemaah hingga ke akhirnya.

MUTIARA

HIKMAH Berkata Al Hakim: Berbahagialah bagi mereka yang memperbaiki kelemahan dirinya daripada menyibukkan diri mengatakan kelemahan orang lain.

Ayuh kita meriahkan pro-

gram kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Khamis & Jumaat–

KELAS ASAS TAJWID

MUSLIMAT

Khamis (minggu 1&4) -

DAURAH ILMU

Selasa (minggu kedua

dan keempat)-

PENGAJIAN FARDHU

AIN

Ahad- Khamis

BIMBINGAN AL QURAN

INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’ Setiap Selasa bermula 10

Mac 2015 - KELAS

TALLAQQI AL QURAN

DAN IQRA’ 27 Jumaat 2015 - KUR-

SUS HAJI BERSIRI 14 April 2015– KURSUS

PENGUKUHAN MODAL

INSAN 21 April 2015- WACANA

ILMIAH: HUDUD Hubungi talian:

049282567/60/58/69/66/

63

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

Fb : Pusat Islam UUM

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2015

لي ل / لا تاتاعاج لا تاتاعاج

gesa-Jangan Tergesa

قررت أن أبيع البيت.

Saya mengambil keputusan untuk menjual

rumah. ل في اتخاذ القرار . ل تتعج

Jangan tergesa-gesa dalam membuat

keputusan. فكري جيدا.

Fikirlah baik-baik. ما عندي خيار آخر.

Saya tidak ada pilihan lain.

Beberapa minggu lalu, masyarakat Islam digemparkan dengan isu perlaksanaan hudud di Malaysia. Hukum Allah ini digambarkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusian serta ketingga-lan zaman oleh sebahagian besar bukan Islam malahan juga oleh sebilangan kecil orang Islam sendiri. Namun, wajarkah kita menilai hukum jinayat yang digariskan oleh Al Quran ini sebagai zalim?. Bolehkah kita sebagai seorang yang mengaku beriman dengan rukun Islam yang enam menolak hukum ini?. Wajarkah kita mengatakan hukum ini adalah rekaan ulama silam?. Sebelum membicarakannya dengan panjang lebar, marilah kita sama-sama cuba memahami hukum ini dari segi makna dan juga istilah.

Hudud adalah kata dasar dari had yang menurut ba-hasa adalah mencegah. Di sebut hudud kerana hukuman ini dapat mencegah berlakunya perbuatan yang boleh mengaki-batkan sesuatu hukuman dijalankan. Manakala dari segi

syarak pula adalah hukuman yang terukur atas berbagai perbuatan tertentu, atau hukuman yang telah dipastikan bentuk dan ukurannya di dalam syariat, baik hukuman itu melanggar hak Allah maupun merugikan hak manusia. (Fiqih Imam Syafie). Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, hudud adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah yang tidak boleh diubah-ubah oleh manusia, seperti hukum zina, murtad, dan minum arak. Istilah umum menurut buku Soal Jawab Hudud: Un-dang-Undang Allah S.W.T Yang Maha Adil menyatakan hudud ialah kesalahan-kesalahan jenayah yang khusus, yang diperuntukkan hukuman khusus melalui nas-nas syarak. Di sini sangat jelas bahawa hukum hudud ini adalah undang-undang Allah yang bersifat pencegahan dan sumber utama hukum ini adalah dari Al Quran. Menurut Mohamad Hashim Ka-mali dalam buku Hukuman dalam Undang-undang Islam: Satu penelitian terhadap Hudud Kelan-tan dan Terengganu, menyatakan terdapat 14 kali kalimah hudud di sebut dalam Al Quran yang mencakupi jenayah, perkahwinan, pusaka, ibadat dan batasan agama secara umum. Dr Abdul Ka-rim Zaidan menegaskan dalam kitabnya Al Wajiz, mengatakan bahawa ulama tidak berijtihad pada perkara yang sudah ada nas. Ini jelas menolak hujah sesetengah individu yang menganggap hukum ini adalah rekaan ulama dan bukan dari Kalam Allah. Seterusnya, sudah tentu adalah tidak wajar, bagi kita sebagai hamba Allah yang yang ter-takluk kepada rukun iman yang enam meragui apatah lagi menolak apa yang termaktub dalam kitabNYA. Firman Allah yang bermaksud: “Tidak selayaknya bagi seorang lelaki dan wanita yang beriman apabila Allah dan rasulNYA menetapkan sesuatu ketetapan, lalu mereka mengambil pilihan lain dalam urusan mereka. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan rasulNYA, maka ia telah tersasar jauh dan nyata (daripada petunjukNYA)”. (Surah Al Ahzab ayat 36). Justeru itu juga, adalah tidak wajar kita menjadi seperti kaum Yahudi yang mengikuti seba-hagian ajaran kitab Taurat iaitu dalam hal menebus tahanan perang namun mengingkari perintah Allah yang melarang melakukan sebarang bentuk pembunuhan dan pengusiran.(Tafsir Jalalain, J.1). Mereka ini telah ditempelak oleh Allah dalam surah Al Baqarah ayat 85 yang bermaksud “apakah kamu beriman kepada sebahagian Al kitab (Taurat) “ dan ingkar terhadap sebahagian yang lain”. Dalam situasi yang sama hari ini, kita sentiasa berusaha mematuhi suruhan yang terdapat dalam Al Quran berkaitan solat, puasa, zakat dan sebagainya tanpa berdolak dalih dan ber-prasangka namun mengingkari dan berbantah-bantah mengenai perintah Allah berkaitan hukum hudud. Orang yang sedemikian selayaknya memikir sedalam-dalamnya ayat Allah ini yang bermak-sud: “Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu ada-lah orang-orang yang kafir”. (Surah Al-Maaidah, ayat 44). Bersambung…

BIL 25/ 2015

Gema Jumaat

m/s 2

Tafsir Surah Fatihah

Ayat pertama : “Dengan nama Allah yang Ma-

ha Penyayang dan Maha Pengasih.”

Berlaku khilaf mengenai ayat yang per-

tama ini samaada sebahagian dari surah Fatihah

ataupun ianya merupakan satu ayat dari ayat al-

Quran yang dimulai dengannya ketika membaca

setiap surah. Menurut pendapat yang arjah

(terkuat) ia adalah satu ayat di dalam Surah al-

Fatihah dan dengannya ia dikirakan tujuh ayat.

Ada juga pendapat mengatakan yang dimak-

sudkan firman Allah daru surah al-Hijjr ayat 87

yang bermaksud :”Sesungguhnya kami telah

kurniakan kepadamu tujuh ayat dari ayat-ayat

yang diulang-ulangkan bacaannya dan al-

Quran yang agung.”

Surah al-Fatihah sebagai surah yang

disifatkan mempunyai ayat “al-

Mathani” (diulang-ulang) kerana ianya diulang-

ulangkan bacaan di dalam solat.

Memulakan sesuatu dengan nama Allah

itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan

oleh Allah kepada Rasul-Nya dalam ayat per-

tama yang diturunkan kepada beliau dengan itti-

faq para ulama’ iaitu dari surah al-Alaq ayat 1

yang bermaksud: “Bacalah dengan nama

Tuhanmu yang menciptakan.”

Adab memulakan bagi semua kebaikan

dengan Basmalah adalah adab yang amat sesuai

dengan dasar kefahaman Islam yang agung,

yang menganggapkan Allah bersifat Maha Awal

dan Maha Akhir, Maha Zahir dan Maha Batin.

Allah S.W.T. adalah Zat yang maujud

yang sebenar. Seluruh maujud yang lain

mendapat kewujudan mereka dari kewujudan

Allah, kerana itu amatlah wajar segala permu-

laan, segala pergerakan, segala tindakan dan

segala tujuan yang baik dimulakan dengan nama

Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung.

Allah S.W.T. sifatkan diri-Nya di permu-

laan dengan sifat-sifat ar-Rahman (Maha Penya-

yang) dan ar-Rahim (Maha Pengasih) iaitu dua

sifat yang mencakup segala pengertian kasih

sayang dan kasihan belas. Hanya pada Allah

S.W.T sahaja terkumpul dua sifat ini. Begitu

juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan

dengan ar-Rahman (Maha Penyayang). Mana-

mana hamba Allah boleh disifatkan dengan sifat

ar-Rahim, tetapi tidak

boleh disifatkan dengan

sifat ar-Rahman dari segi

kepercayaan dan lebih tid-

ak wajar lagi dikembarkan

kedua-dua sifat itu pada

makhluk.

tafsir

Bangkai binatang yang hidup di Dalam Air Adalah

Suci Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasul S.A.W pernah

bersabda mengenai laut: “Laut itu airnya suci lagi menyucikan, halal bangkainya.”

Hadis ini merupakan salah satu asas bersuci yang mengandungi banyak hukum dan kaedah

penting. Di dalam laut banyak terdapat haiwan yang kadangkala ada yang mati, sedangkan benda

yang mati dikira sebagai bangkai. Hukum bagi bangkai adalah najis. Rasul S.A.W menjelaskan

bahawa hukum bangkai jenis ini berbeza dengan bangkai-bangkai yang selainnya. Baginda mene-

gaskan agar mereka tidak menganggap bahawa air laut menjadi najis kerana ada bangkai haiwan

laut yang mati di dalamnya. Hal ini supaya mereka tidak mempunyai anggapan bahawa bangkai

haiwan laut itu adalah najis.

Periwayat Hadis: Orang yang meriwayat hadis ini ialah Abu Hurairah r.a. Nama sebenar

beliau Abdurrahman bin Shakhr al-Yamani al-Dausi. Beliau masuk Islam pada tahun ke 7 Hijrah

dan meriwayatkan sebanyak 5374 hadis dan termasuk sahabat yang paling banyak meriwayatkan

hadis. Beliau meninggal dunia pada tahun 59 Hijrah dengan usia 78 tahun dan dikebumikan di

Madinah.

Sidang Redaksi

Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam

UUM Dengan kerjasama:

Unit Takmir Masjid , Pusat Islam UUM

m/s 3

Islam is very con-

cerned about pure and

clean as follows:

First: Order of the wudhu '

to start a prayer several

times every day. Allah

said :

“O you who have be-

lieved, when you rise to

[perform] prayer, wash

your faces and your fore-

arms to the elbows and

wipe over your heads and

wash your feet to the an-

kles. And if you are in a

state of janabah, then pu-

rify yourselves. But if you

are ill or on a journey or

one of you comes from

the place of relieving him-

self or you have contact-

ed women and do not

find water, then seek

clean earth and wipe

over your faces and

hands with it. Allah does

not intend to make diffi-

culty for you, but He in-

tends to purify you and

complete His favor upon

you that you may be

grateful.” Al-Maidah: 6

Second: In order to

Prompt a particular con-

ditions. Allah said:

“And if you are in a state

of janabah, then purify

yourselves” Al-Maidah:6

“The Responsibility of eve-

ry muslim to Allah is take a

bath at least once a

week and wash the head

and his body. Narrated by

Bukhary (856), Muslim

(849)

Third: Command to cut

the nails, clean teeth and

clothing. The Prophet

PBUPH said :

“Five are the acts of fitra

(natural inclination): cir-

cumcision, removing the

hair below the navel,

plucking the hair under

the arms, cutting the nails,

and trimming the mous-

tache. Narrated by Bu-

khary (5550), Muslim (257)

“If not burden my um-

mah, I will order them to

brush the teeth (bersugi)

every time prayers.” Nar-

rated by Bukhary (847),

Muslim (252)

Allah SWT said:

“And your clothing purify”

Al-Muddathir: 4

“You will meet your

friends, then need and

tidy your equipment and

clothing until you are

known among the public.

Surely Allah does not love

the word and abomina-

tion and exaggeration.”

Narrated by Abu Daud

(4089)

“Indeed, Allah loves

those who are constantly

repentant and loves

those who purify them-

selves." Al-Baqarah: 222

Islam gives great

importance to cleanliness

and has made it the indis-

pensable condition and

key to some kinds of wor-

shipping : the Prophet

PBUPH said:

“Purification, it is one of

the characteristics of

faith” Narrated by Muslim

(223)

Purification can be define as clean and free from all impurities either in the

form of real as filthy things or ma'nawi such as humiliating things or properties of

the vile exaggeration.

Purification with water means clean from the dirty. Meanwhile, clean from

the hadas means purified.

Purification from syara ' is an act that require such as prayer or wudhu ' to an-

yone who has not wudhu ', to anyone who must bathe and get rid of the filth of the

clothing, body and also place.

Concerns of Islam Towards Cleanness And Pureness