penyata rasmi parlimen dewan negara filepuan see too mee (johor) puan siti zailah bin~i

62
Bil. 33 Khamis 6 Disember 2001 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA

Upload: hathien

Post on 19-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

Bil. 33 Khamis 6 Disember 2001

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

---·-----

KANDUNGAN

PEMASYHURAN TUAN YANG 01-PERTUA -Perutusan Daripada Dewan Rakyat -Urusan Mesyuarat

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERT ANY AAN-PERTANY AAN

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2002

Dlterbltkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002

(Halaman 1) (Halaman 1)

(Halaman 1)

(Halaman 14)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

-------·- --------

DN.6.12.2001

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S. (Dilantik)

Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik)

Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik)

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik)

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun, (Dilantik)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak)

Dato' Charern lntachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Datuk Dr. Charlie Chau Lap Chang (Dilantik)

Puan Hajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

Dato' Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah)

Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.I.M.P. (Selangor)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

ii ON. 6.12.2001

Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainudin (Perak)

Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu)

Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka)

Tuan Ho Lim Teck {Melaka}

Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

Tuan Jang Chow Thye @ ~io Chow Thye (Dilantik)

Puan Jaya Partiban {Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Datuk Haji Karim Ghani (Sabah)

Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis}

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik}

Tuan Kee Ah Kau (Selangor}

Dato' Lee Pit Chern (Negeri Sembilan}

Tuan Lim Eng Kok (Dilantik}

Datuk Long bin Jidin (Dilantik)

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae, (Dilantik)

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar (Dilantik)

Dato' Dr. T. Marimuthu {Dilantik)

Dato' Haji Mazlan bin Abu (Johor)

Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang)

Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik)

Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram {Dilantik)

Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. Dilantik)

Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik)

Tuan K. R. A. Naidu (Dilantik)

Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik}

Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

Dato' Poo Yew Choy, D.I.M.P., A.M.P. {Pahang)

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

Tuan M. Ratnam (Dilantik)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001

Yang Berhorrnat Tuan M. Saravanan (Dilantik)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Tuan R. Sinniah (Dilantik)

Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu)

Puan See Too Mee (Johor)

Puan Siti Zailah bin~i Mohd. Yusoff (Kelantan)

To' Puan Wan Seri@ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Tuan Wee Kok Tiong (Dilantik)

Tuan Yew Teong Look (Dilantik)

Tuan Yew Tuan Chiew (Perak)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

iii

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

iv ON. 6.12.2001

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Dato' Abdullah bin Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah

Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah Jamilah lntan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib T-aharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Syed Azuddin bin Syed Othman Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

JURUBAHASASERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed Hajah Paizah binti Haji Salehuddin

BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus

PETUGAS.PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Ruhana binti Mohd. Sani Mazlina binti Ali Nortaila binti Abdullah Sidi Alias bin Mohd. Nor

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Khamis, 6 November 2001

Mesyuarat dimulakan pada pukul10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

PEMASYHURAN JUAN YANG 01-PERTUA

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Saya jemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan]

Perutusan Daripada Dewan Rakyat Kepada Dewan Negara

"5 Disember 2001.

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

-Rang Undang-undang Perbekalan 2002.

Yang ikhlas,

t.t.

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT".

URUSAN MESYUARA T

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin): Tuan Yang di-Pertua, saya akan mencadangkan supaya rang undang-undang yang tersebut di dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di mesyuarat ini.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

JAWAPAN.JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Paduka Lee Pit Chern minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kementerian mempunyai cadangan menurunkan semula harga tambang kapal terbang bagi perjalanan domestik, memandangkan keadaan ekonomi yang agak perlahan pada masa sekarang bagi merangsang lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan (Tuan lr. Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, penerbangan Malaysia MAS telah mengumumkan kenaikan harga tambang domestik pada 1 Ogos 2001 yang melibatkan sektor-sektor di Semenanjung Malaysia sahaja. Kenaikan tambang MAS ini walau bagaimanapun, adalah masih rendah kadamya dibandingkan dengan kadar-kadar tambang domestik di beberapa negara lain. Memandangkan itu dalam masa yang terdekat ini walaupun terdapat kelembapan dalam ekonomi negara, MAS tidak mempunyai cadangan untuk mengurangkan tambang domestik. Sebaliknya MAS akan menawarkan beberapa tambang istimewa kepada individu

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

2 ON. 6.12.2001

dan beberapa kumpulan sasar untuk merangsang mereka menggunakan perkhidmatan udara domestik.

Antara kumpulan sasar tersebut adalah rakyat warga tua, penumpang yang kurang upaya, anggota pasukan keselamatan, organisasi media massa di Malaysia serta penumpang yang terbang secara berkumpulan. Tambang-tambang ini biasanya dikenakan diskaun di antara 7% hingga 50% daripada tambang biasa kelas ekonomi tertakluk kepada syarat-syarat serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh MAS.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan beberapa keistimewaan yang diberi kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Bolehkah saya' diberitahu tentang dasar-dasar bagaimana ini diperuntukkan. Sebagai contoh, saya telah diberitahu setiap kali warga tua itu memohon untuk membuat tempahan, maka sungguhpun tempahan itu dibuat dua, tiga minggu sebelum pe~alanan, biasanya diberitahu tiket itu sudah habis. Jadi, sungguhpun ada keistimewaan diberikan tetapi kalau mereka tidak dapat menikmati keistimewaan itu tidak ada gunanya. Jadi, saya ingin tahu, apakah caranya untuk memberikan perkhidmatan kepada kumpulan-kumpulan ini dan apakah peraturan-peraturan itu? Terima kasih.

Tuan lr. Donald Um Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat sebut mengenai warga tua yang tidak dapat tiket kapal terbang. Memang seperti saya katakan tadi ini tertakluk kepada syarat-syarat serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh MAS. Antaranya memang mereka hanya diberi dua hari, last two days before the flight. Memang ini kita pun dapat begitu ramai kompelin. Oleh itu, kita akan memperbaiki peraturan ini supaya warga tua pun boleh dapat tempat mereka dalam dua minggu. Sekian.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan warga tua sudah mendapat potongan harga 50% apabila menggunakan perkhidmatan kapal terbang. Tetapi ada warga tua yang lebih special iaitu Ahli-ahli Dewan Negara sebilangan besamya adalah ahli warga tua. Jadi, sebagai kenang-kenangan dan sebagai mengenang jasa, apakah tidak boleh MAS memberikan potongan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang sudah tua ini untuk terus dapat kemudahan potongan yang mereka enjoy sekarang selepas mereka sudah berhenti dari menjadi ahli Dewan Negaraatau Dewan Rakyat yang sudah tua ini. Terima kasih.

Tuan lr. Donald Lim Siang Chai: Terima kasihlah Yang Berhormat yang begitu prihatin dengan perkara MAS dari nasi lemak ke tambang domestik.[Ketawa] Memang cadangan Yang Berhormat akan ditimbangkan. Buat masa ini, tambang domestik yang dikurangkan 50% hanya diberi untuk kelas ekonomi sahaja. ltu kita akan timbang semula, terutama sekali untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang melebihi umur 55. Sekian.

2. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, strategi baru terutama dalam RMK8 dalam gerakan bersepadu kerajaan membasmi kemiskinan rakyat dan nyatakan halangan-halangan utama.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha bersepadu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat khususnya di luar bandar bagi membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Justeru itu, di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, usaha-usaha ditumpukan kepada penyusunan semula struktur ekonomi serta pembentukan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya tahan.

Oi antara strategi-strategi yang sedang dan akan dilaksanakan ialah:

(i) menggalak serta menggerakkan masyarakat dan institusi luar bandar seperti koperasi, badan bukan kerajaan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung supaya mengambil peluang melibatkan diri dalam perniagaan atau menjadi kontraktor melalui pelaksanaan projek kecil secara gotong-royong bagi kos projek RM1 00 ribu dan ke bawah;

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 3

(ii) menggalakkan penduduk terlibat secara langsung dalam pembangunan masyarakat dan kampung mereka melalui Gerakan Desa Wawasan ke arah mewujudkan desa berkualiti yang mempunyai ciri-ciri desa bersih I indah dan tersusun serta masyarakat yang prihatin kepada usaha-usaha pembangunan sosioekonomi di desa mereka;

(iii) skim pembangunan kesejahteraan rakyat yang mendapat peruntukan sebanyak RM132 juta bagi tahun 2001 menjuruskan kepada usaha-usaha membantu rakyat khususnya golongan termiskin menyertai ,pelbagai program yang akan meningkatkan kualiti dan tarat hidup mereka;

(iv) mempelbagaikan aktiviti ekonomi luar bandar supaya tidak hanya tertumpu kepada pertanian tradisi tetapi lebih menjuruskan kepada pelaksanaan secara komersial atau berskala besar seperti penanaman kelapa sawit serta dalam bidang-bidang lain yang berpotensi termasuk memajukan pelancongan desa;

(v) menggalakkan latihan keusahawananl program promosi serta menyediakan premis kilang untuk disewakan di samping menyediakan kemudahan pinjaman kepada usahawan yang layak menerusi skim pembiayaan ekonomi desa;

(vi) menyediakan pakej bantuan khas pekebun kecil bertujuan untuk membantu meringankan beban pekebun kecil semasa kejatuhan harga dan pada masa yang sama meningkatkan pengeluaran hasil kebun;

(vii) menggiatkan lagi program-program terutama kursus dan latihan kemahiran yang sesuai di bawah KEMAS dan Infra seperti di bidang masakanl jahitanl komputer dan sebagainya supaya dapat meningkatkan pendapatan diri dan keluarga; dan

(viii) meneruskan penyediaan kemudahan prasarana asasl utiliti dan amenity sosial yang berkualiti bagi membantu mempercepat pertumbuhan ekonomi di luar bandar di samping mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat desa.

Tuan Yang di-Pertual di antara halangan utama dalam usaha pembasmian kemiskinan ialah:

(i) taburan penduduk miskin luar bandar yang tinggal berselerak dan terpencil di pedalaman terutama di perkampungan Orang Asli di negeri-negeri di Semenanjung dan minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak menyukarkan liputan serta penyampaian program-program pembasmian kemiskinan secara berkesan kerana melibatkan kos pembangunan yang tinggi;

(ii) masalah mendapatkan agensi atau badan pelaksana yang benar-benar berkeupayaan serta mempunyai kepakaran terutama untuk melaksanakan dan memantau projek-projek yang berpotensi dan berdaya tahan bagi meningkatkan pendapatan kumpulan sasar; dan

(iii) komitmen yang berbeza antara negeri-negeri berhubung usaha pembasmian kemiskinan termasuk kesediaan untuk meluluskan dan menyediakan tapak projek yang strategi merupakan di antara punca pencapaian yang berbeza antara negeri dalam pembasmian kemiskinan.

Sekian I terima kasih.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

4 ON. 6.12.2001

Tuan Hajl Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih kepada Yang Berhormat yang tela~ menerang~an persoala~ secara panjang Iebar. Soalan tambahan saya ialah daripada seg1 dasamya, tidak dapat d1nafikan bahawa kementerian dan Kerajaan Barisan Nasional memang mempunyai dasar yang amat mantap, yang strategik di dalam menyelesaikan program pembasmian kemiskinan rakyat. Tetapi permasalahan sebagai soalan tambahan saya ialah apakah bentuk baru dalam Rancangan Malaysia Kelapan nanti dalam perkara­perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dan pemantauan, iaitu bagaimanakah cara baru untuk mengadakan jalan penyelesaian dan apakah bentuk secara bersepadu, agensi­agensi di semua peringkat terlibat.

Terima kasih.

Puan Hajah Rohanl bin Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian memang sedar dan kementerian memang mengambil beberapa langkah untuk membaiki dan mempertingkatkan keupayaan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek, khasnya dalam pembasmian kemiskinan.

Di antara langkah-langkah yang telah di ambil dan akan di ambil adalah untuk menubuhkan satu bahagian baru di kementerian iaitu di Sahagian Pemantauan khusus bagi memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan luar bandar termasuk projek-projek pengurangan kemiskinan supaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Kedua, meneliti keupayaan sebenar agensi pelaksana untuk melaksanakan projek-projek yang lebih berkesan supaya kumpulan sasar dapat manfaat yang maksimum daripada segala program yang dirancang untuk mereka.

Ketiga, kementerian akan memperkukuhkan mekanisme pelaksanaan projek sedia ada supaya dapat melaksanakan projek dengan lebih cekap dan berkesan.

Keempat kita juga hendak memastikan semua agensi pelaksana mematuhi sepenuhnya segala tatacara pelaksanaan projek seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Dalam hal ini kementerian akan mengatur persidangan, di kalangan pegawai-pegawai daerah dan agensi-agensi pelaksana setiap awal tahun bagi membincang secara khusus segala masalah yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan.

_ Kelima, kementerian akan cuba menyediakan garis panduan terperinci mengenai perancangan pelaksanaan pemantauan projek untuk diedarkan kepada semua pihak supaya pihak di selaras termasuk semua wakil-wakil rakyat.

Bagi pihak kementerian pula kementerian akan mempertingkatkan latihan atau capacity building semua pegawai kementerian dalam bidang membuat penilaian dan pemantauan projek (project evaluation and monitoring) dan langkah telah diambil mula awal tahun ini untuk menuju kepada capacity building pegawai-pegawai yang berkenaan. Jadi agensi yang terlibat dalam pembasmian kemiskinan memang banyak dan ini melibatkan semua pihak di pihak kerajaan swasta dan juga bukan badan kerajaan. Tanggungjawab membasmi kemiskinan bukan hanya terletak di bahu kementerian tetapi di antara mereka yang terlibat secara aktif adalah kalau di kementerian di Baha~ian Pembasmian Kemiskinan, lepas itu kita ada di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah, KEDA, PERDA, KETENGAH, KESEDAR semua terlibat termasuk FELCRA dan RISDA.

Di Kementerian lain pula kita bekerjasama dengan Kementerian Pertanian, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. Bagi badan bukan kerajaan kita bekerjasama dengan Amanah lkhtiar Malaysia dengan Yayasan Pembasmian Kemiskinan Selangor dan di pihak swasta kita melibatkan pihak bank termasuk pihak Maybank, Syarikat lnsurans Takaful dan juga termasuk institusi penyiaran membantu untuk membuat hebahan bantuan dan menyiarkan kumpulan sasaran seperti TV3 dan NTV7.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, sebelum Rancangan Malaysia Kelapan dijalankan, soalan tambahan saya, saya ingin tahu purata peratus keluarga miskin ataupun kategori kemiskinan bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

Puan Hajah Rohani bin Haji Abdul Karim: Yang Berhormat, memandangkan soalan ini memerlukan angka yang terperinci, tetapi eloklah saya membaca angka yang

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 5

dikumpulkan (accumulated) iaitu bagi Rancangan Malaysia Ketujuh, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah yang begitu besar bagi menjalankan beberapa program di bawah PPRT iaitu berjumlah RM403,469,360 untuk hanya program pembasmian kemiskinan. Penerimanya telah dianggarkan dalam 614,261 orang penerima faedah daripada 21,080 projek di bawah program PPRT. Terima kasih.

3. Puan Hajah Faezah binti Haji Abu Kassim minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan pelan tindakan memastikan Malaysia tidak menjadi bandar raya pelancongan yang menjadi tempat bagi kegiatan-kegiatan tidak bermoral dan maksiat.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Datuk Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir]: Tuan Yang di-Pertua, dasar kerajaan dari segi pelancongan adalah untuk memajukan Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan yang sihat dan sesuai untuk seluruh keluarga. Oleh itu kita sedang giat menyediakan dan memperbanyakkan projek­projek, kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan yang sesuai dengan dasar pokok ini. Usaha ini dilaksanakan melalui pelan tindakan pembangunan dan promosi serta pemasaran dan melalui penyediaan garis panduan dan peraturan pembangunan pelancongan berdasarkan kepada dasar pelancongan negara dan pelan induk eko-pelancongan kebangsaan. Kerajaan-kerajaan negeri juga termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai pelan tindakan pembangunan pelancongannya berdasarkan kepada pelan induk pelancongan masing-masing.

Di antara program-program pelancongan yang dilaksanakan di dalam pelan tindakan tersebut dan juga bagi memastikan Malaysia tidak menjadi tempat bagi kegiatan­kegiatan tidak bermoral dan maksiat termasuklah:

(i) melaksanakan kempen kesedaran awam mengenai kepentingan pelancongan termasuk membangunkan papan tanda-papan tanda penerangan pelancongan dan menyebarluaskan garis panduan peraturan pembangunan pelancongan;

(ii) mempertingkatkan, memperlengkapkan dan memperindah prasarana dan kemudahan pelancongan seperti memasang lampu di kawasan sunyi dan gelap, memelihara bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah dan merobohkan struktur usang yang mencacatkan kawasan persekitaran dan sebagainya;

(iii) menggalakkan penyertaan penduduk tempatan dalam sebarang aktiviti pembangunan pelancongan di samping menggalakkan menubuhkan ataupun menyertai persatuan;

(iv) Melaksanakan pelbagai acara dan aktiviti pelancongan yang bertaraf domestik dan juga antarabangsa di sepanjang tahun iaitu dengan menonjolkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang berfestival dan berkanival sepanjang tahun dan rakyatnya ceria sepanjang masa; dan

{v) mempertingkatkan penguatkuasaan peraturan undang-undang dengan melaksanakan pemantauan cara berterusan.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian kerana telah begitu cemerlang dalam prestasinya untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dengan mempelbagaikan segala-segalanya. Saya teringat pada suatu masa dahulu di dalam usaha untuk melibatkan seluruh masyarakat terutama sekali sektor swasta untuk turut membantu usaha pelancongan ini, Yang Berhormat Menteri sendiri pemah memberi arahan yang tegas, yang saya rasa amat baik sekali untuk menyedarkan mereka ini supaya turut membantu dalam usaha meningkatkan pelancongan. Saya ingin mengetahui setakat ini dalam proses sejak masa itu apakah perkembangan respons bagi pihak swasta. Adakah masih begitu ataupun dah baiki ataupun apa lagi yang patut diusahakan mereka. Terima kasih.

Datuk Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, memang usaha seperti ini untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pelancongan dalam masa

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

6 ON. 6.12.2001

yang paling singkat, kita perfu semua dalam industri pelancongan dan bertindak sebagai satu. pasukan dan itulah yang kita buat pada awal-awal lagi tetapi nampaknya walaupun kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha ini tetapi sambutan pihak swasta pula tidaklah begitu bersungguh-sungguh.

Walaupun keadaan telah improved, telah pun dibaiki sejak awal sehingga sekarang tetapi saya dapati masih juga terdapat kelalaian dari pihak swasta. Misalnya kita telah pun meminta pihak swasta membantu dalam menceriakan negara kita ini dengan memperindah kawasan dengan lampu, dengan berbagai-bagai lagi. Sungguhpun ada sambutan tetapi apabila kerajaan bersungguh-sungguh, nampak swasta lengah, tetapi bila kerajaan lengah barulah dia bermasalah.

Jadi di sinilah kita terdapat sedikit masalah tetapi kita berusaha untuk meyakinkan swasta bahawa kalau mereka bersama-sama dengan kerajaan bersungguh-sungguh memberi kerjasama dalam memberi sebarang perkara yang perlu kerjasama sudah tentutah sektor pelancongan kita meningkat dengan cukup pantas dan ini sudah tentu akan membantu pihak swasta secara terus.

Puan Siti Zailah bt Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-pertua, soalan tambahan saya, demi untuk melahirkan masyarakat yang bermoral, peranan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Soalan saya apakah kerajaan bercadang untuk mengkaji unsur-unsur kebudayaan dan kesenian yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam dan adakah kerajaan mengkaji kebudayaan yang tidak sesuai ini supaya dia dapat melahirkan satu masyarakat yang bermoral sesuai dengan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Datuk Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia memanglah negara Islam dan apakah negara Islam yang ditadbirkan oleh Barisan Nasional dapat kita lihat, dari apa yang telah berlaku dalam empat puluh empat tahun. Jadi masalahnya adalah perbezaan pendapat, tentang apa yang bermoral , apa yang tidak. Misalnya kalau kita bandingkan dengan negara Islam Malaysia ini dengan negara Islam ala Taliban di Afghanistan ataupun di satu dua tempat yang lain memang ada perbezaan. Ada perbezaan pandangan dan pendapat. Misalnya di Kelantan dan Terengganu sendiri, suara orang perempuan pun aurat, suara dia pun tak boleh diperdengarkan dengan lagu-lagu mengaji Quran di khalayak ramai pun tidak boleh, tang tu pun ada perbezaan pendapat, misalnya. Kita rasa apa yang telah pun dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir negara ini pada setakat ini Alhamdulillah .. nampak gaya cukup syaratlah ..

[Soalan No. 4 - Puan Hajah Che Jam binti Harun tidak hadir]

5. Dato' Ghazi bin Haji Ramll minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan, dengan wujudnya Framework for Industry Development (10) seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia apakah peranan Suruhanjaya tersebut dari segi kawalan dan pembangunan teknikal supaya para pengguna mendapat manfaat. Bagaimanakah Suruhanjaya tersebut dengan syarikat telekomunikasi, besar dapat mengurangkan digital divide antara bandar dan luar bandar.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Tuan Chia Kwang Chye): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam aspek kawalan dan pembangunan teknikal peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) adalah dalam dua bidang iaitu penggubalan piawaian dan penguatkuasaan. Bagi aspek piawaian SKMM melalui forum-forum industri terutamanya forum teknikal membangunkan piawaian untuk kegunaan di Malaysia.

Dalam proses penggubalan SKMM mengambil kira piawaian-piawaian dipersetujui di peringkat antarabangsa seperti International Communication Union (ICU), pembangunan teknologi jangka panjang, keselamatan dan kesihatan serta keperluan-keperluan khusus di Malaysia. Melalui proses ini SKMM akan berusaha untuk memastikan supaya Malaysia sentiasa mengamalkan teknologi yang maju, mudah diperolehi, selamat serta memanfaatkan masyarakat.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

ON .6.12.2001 7

Selain daripada fungsi penggubalan seperti di atas SKMM juga terlibat dengan fungsi pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pemberian perkhidmatan mematuhi piawaian-piawaian yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua mengenai langkah-langkah dengan izin, digital divide peranan utama SKMM ialah untuk menyediakan acces perkhidmatan telekomunikasi asas kepada golongan-golongan dan kawasan-kawasan yang kurang mendapat liputan atau dengan izin, under serve group and under serve area. Dalam hubungan ini SKMM sedang membuat perancangan untuk melaksanakan perkhidmatan sejagat atau dengan izin, universal service obligation, bagi menyediakan perkhidmatan komunikasi di kawasan­kawasan yang tidak ekonomi seperti k~wasan-kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan terpinggir. Tabung untuk perkhidmatan sejagat atau dengan izin universal service fund akan dibiayai dari sumbangan semua syarikat. Sekian terima kasih.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi jawapan yang begitu padat dan terang. Saya ingin bertanya, menyedari hakikat yang era globalisasi ini akan membuka peluang kepada syarikat-syarikat besar antarabangsa berkecimpung dalam industri telekomunikasi khususnya di Malaysia ini. Saya ingin mengetahui apakah kaedah dan cara kerajaan untuk menentukan bahawa pengambilalihan syarikat-syarikat telekomunikasi besar ini tidak akan berlaku sehingga menyebabkan struktur ekuiti yang mengikut polisi kerajaan ini terjamin. Kalau tidak, melalui penguasaan syarikat-syarikat telekomunikasi ini banyak implikasi penguasaan pemikiran dan sebagainya akan dapat dibuat kepada Malaysia melalui langkah korporat ini. Terima kasih.

Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, dasar kerajaan mengenai telekomunikasi adalah supaya satu keadaan monopoli tidak diwujudkan oleh sebab ini adalah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana ciri-ciri yang tidak menggalakkan persaingan adalah di bawah peruntukan akta ini. Dan dari segi dasar-dasar pemegang saham atau dari saham-saham dibeli oleh mana-mana pihak, kerajaan mempunyai dasar di mana pembelian saham lebih daripada 15% mempunyai kebenaran daripada pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan .tambahan saya. Sejak pengumuman oleh SKMM itu tentang frame work atau rangkaian atau perangkaan itu untuk pembangunan industri itu, sejauh mana industri telekomunikasi atau komunikasi itu telah dijemput oleh SKMM untuk mengadakan perundingan dan juga untuk menentukan peranan-peranan setiap daripada pihak ini untuk menjayakan apa yang telah diumumkan. Terima kasih.

Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua. Frame work for industry development atau FlO 2001 ini telah dilancarkan oleh Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Multimedia beberapa bulan yang lalu. Dan di bawah frame work industry development ini ada lima cabaran. Cabaran yang pertama ialah meningkatkan keupayaan rangkaian. Yang kedua ialah, untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pilihan. Yang ketiga ialah, untuk meningkatkan keupayaan. Keempat, menguruskan sumber dan cekap dan akhimya yang kelima, untuk mengawal selia dengan secara berkesan. Sebelum frame work ini diluluskan memang draf-drafnya telah diberikan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan lain-lain golongan-golongan yang terlibat dalam industri komunikasi dan mereka telah memberi maklum balas mereka dan melalui satu sistem maklum balas ini barulah frame work industry development 2001 ini diluluskan dan selepas itu dilancarkan. Sekian, terima kasih.

6. Tuan Haji Hassan bin Shukri minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk menghapuskan semua urusan perbankan, kewangan dan insurans konvensional yang berteraskan riba dan menggantikannya dengan sistem perbankan, kewangan dan takafullslam.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan memperkenalkan sistem perbankan, kewangan dan takaful Islam bertujuan memberi pilihan kepada rakyat khususnya orang Islam untuk beralih daripada sistem konvensional yang telah begitu lama wujud. Bagaimana pun, sistem konvensional ini masih diperlukan bagi memenuhi keperluan urusan kewangan di kalangan

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

8 ON. 6.12.2001

rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan juga bagi mengendalikan transaksi-transaksi kewangan di antara Malaysia dengan masyarakat antarabangsa. Pencapaian sistem perbankan Islam dan takaful di negara kita adalah amat membanggakan di mana sistem perbankan Islam dan takaful telah mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Pada akhir September 2001, jumlah aset perbankan Islam dan takaful masing-masing mencatatkan RM55.8 bilion dan RM2.5 bilion. Pencapaian dan prestasi sistem perbankan Islam dan takaful di Malaysia telah diiktiraf oleh dunia di mana negara-negara luar telah meminta nasihat dan ingin berkongsi pengalaman Malaysia di dalam membangunkan sistem perbankan Islam dan takaful di negara mereka masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, namun demiki.an. sistem perbankan Islam dan takaful masih perlu dimantapkan terutamanya dari segi penawaran produk-produk kewangannya. Kemudahan perbankan Islam dan takaful yang masih baru di Malaysia mempunyai jumlah produk yang terhad jika dibandingkan sistem konvensional yang telah wujud dan berkembang sekian lama. Sehubungan dengan ini, sistem perbankan dan kewangan Islam memerlukan masa untuk memperlengkap rangkaian produk-produk kewangannya supaya setanding dan boleh diterima pakai bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa sebagaimana yang terdapat di dalam sistem konvensional. Di samping itu, sistem perbankan Islam dan takaful perlu juga dibangunkan di peringkat antarabangsa bagi memastikan supaya sistem perbankan Islam dan takaful di negara kita dapat berinteraksi dan beroperasi secara global sebagaimana sistem perbankan dan insurans konvensional. Terima kasih.

Tuan Hassan bin Haji Shukrl: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setakat yang diperhatikan, apakah halangan-halangan yang besar yang menyebabkan sistem perbankan Islam dan takafullslam ini tidak dapat digunapakai ke seluruh negara kita. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Sebenamya untuk menjawab soalan Yang Berhormat, ingin saya nyatakan bahawa sebagai sebuah negara Islam, kerajaan telah berjaya melaksanakan asas infrastruktur ekonomi Islam yang paling kamas, komprehensif, berdaya maju dan berdaya saing yang meliputi bukan sahaja sistem perbankan Islam, malah sistem takaful, pajak gadai dan sekarang ini kerajaan sedang berusaha untuk memartabatkan sistem mata wang dinar Islam. Untuk makluman Yang Berhormat juga, semuanya ini dilakukan supaya seluruh rakyat beragama Islam dapat memilih jalan yang halal dan mengelakkan diri daripada unsur riba yang dikatakan haram, di samping ianya terbuka kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam. Apa yang kita sediakan ini bukan untuk orang Islam sahaja malah kita pelawa saudara-saudara yang bukan Islam untuk menyertainya.

Walaupun kerajaan begitu komited ke arah memartabatkan Islam, ekonomi Islam ini Yang Berhormat, kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan sistem konvensional yang wujud dan kerajaan tidak bercadang untuk memilih cara Yang Berhormat cadangkan iaitu untuk menghapuskan sistem konvensional yang wujud dan supaya orang Islam hanya beralih kepada sistem perbankan Islam. Kerajaan tidak bercadang untuk berbuat demikian kerana kerajaan memilih cara yang lebih berhemah, berhikmah, sederhana, dan mencapai matlamatnya. Tidak ada halangan apa-apa, cuma kerajaan melaksanakannya dengan cara berhemah, berhikmah dan sederhana. lnilah tuntutan Islam, bukan ada halangan apa-apa.

Kedua-dua sistem ini Yang Berhormat, boleh wujud dan boleh bergerak seiring sebagai bukti bahawa Islam adalah agama yang sederhana, berhikmah, toleran, dan menghormati pilihan orang lain. Bukan sebagai agama yang ekstrem, tidak toleran, tidak berhikmah dan menggunakan paksaan kepada penganut-penganutnya ataupun kepada yang bukan Islam. Kerana pendekatan yang berhemah inilah, maka sistem perbankan Islam kita sekarang ini mendapat sambutan yang begitu baik bukan sahaja dari kalangan orang Islam, malah dari kalangan orang bukan Islam kerana kaedah, cara yang berhikmah, bijaksana inilah maka orang tertarik dengan produk-produk perbankan Islam tanpa sebarang paksaan. Saya bagi contoh tahun lepas Yang Berhormat, untuk pinjaman ....... .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya ingat cukuplah.

Tuan Hashim bin Ismail: Sikit lagi. Untuk pinjaman sahaja non-muslim, dia pinjam 60% lebih daripada Islam, orang bukan Islam meminjam 60% daripada sistem

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 9

perbankan Islam keseluruhannya. Ertinya, mereka memberikan sambutan yang baik kerana pendekatan yang berhemah, bijaksana dan sederhana oleh kerajaan. [Tepuk].

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Setelah Bank Islam diwujudkan dalam negara ini, saya ingin tahu berapa peratus agensi-agensi kerajaan yang beroperasi kewangan mereka dengan Bank Islam.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, peratus secara tepatnya tidak dapat saya berikan pada hari ini, tetapi saya boleh meyakinkan Yang Berhormat bahawa respons ataupun sambutan daripada agensi-agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan, malah orang ramai sekalipun memberi sambutan yang cukup baik dan positif terhadap perbankan Islam kita. Dan ini merupakan satu petanda yang baik terhadap masa depan perbankan Islam dan insya-Allah, jikalau semua pihak memberi sokongan dan saya rasa tidak ada halangan untuk Bank Islam duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bank-bank konvensional yang wujud sekarang ini. Terima kasih.

7. Datuk Long bin Jidin minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan bilakah sasaran sebenar kumpulan keluarga Orang Asli dapat memiliki hak milik tanah 100% bagi setiap negeri.

Setiausaha Parllmen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohanl binti Hajl Abdul Karim): Tuan Yang di-Pertua, pemberian hak milik tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah dan akan terus berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapat persetujuan bagi pemberian hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli secara menyeluruh. Sehingga kini negeri Perak , Pahang dan Melaka sudah mempunyai dasar dan garis panduan pemberian hak milik tanah kepada Orang Asli. Negeri Perak membenarkan pemberian hak milik tanah maksimum 10 ekar. Negeri Pahang membenarkan hak milik tanah seluas 6 ekar dan 1% ekar adalah tapak rumah. Negeri Melaka pula memberi hak milik seluas 5 ekar.

Negeri-negeri lain iaitu Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu dan Kelantan belum mempunyai dasar untuk pemberian hak milik kepada Orang Asli dan usaha ke arah itu masih dalam perbincangan antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan negeri-negeri tersebut.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga sedang melaksanakan projek penyusunan semula kampung, rancangan pengumpulan semula dan pembangunan tanah ala FELDA yang bertujuan untuk membangunkan tanah-tanah rizab Orang Asli dengan ladang-ladang getah dan sawit. Melalui program-program pembangunan tanah yang terancang dan tersusun ini adalah bertujuan ke arah untuk pemberian hak milik kepada orang Asli. Terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan akan melaksanakan program penyusunan semula kampung dengan memberi pelbagai kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, kemudahan bekalan air termasuk jalan luar bandar.

Soalan saya, bagaimanakah program tersebut dapat dilaksanakan andainya tanah masih menjadi masalah utama. Terima kasih.

Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. lnilah masalah yang kita harus tangani bersama dari semua pihak dan betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat kerana tanah ini menjadi masalah, bermakna yang lain itu tidak dapat kita laksanakan dengan jayanya.

Oleh sebab yang demikian ada beberapa tindakan juga yang telah di ambit oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli termasuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas di jabatan dari segi untuk mencari atau menyelesaikan masalah tanah bersama dengan pihak kerajaan negeri seperti mereka telah mengambil tindakan untuk mengumpulkan maklumat lengkap mengenai tanah-tanah mengikut kategori tanah bermasalah dan masa yang sama juga hendak mengenal pasti tanah-tanah Orang Asli yang akan diurus pemberian hak milik dan bermacam-macam lagi.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

10 ON. 6.12.2001

Terbaru ini Yang Berhormat, itulah juga yang Yang Berhormat Menteri telah mengarahkan supaya ditubuhkan sebuah Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli, yang telah ditubuhkan baru-baru ini pada 31 Julai 2001 dan di antara tujuan ditubuhkan majlis ini ialah untuk menangani masalah tanah bagi Orang Asli. Terima kasih.

Dato' Charen lntachat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Tanah-tanah milik Orang Asli ini bolehkah dijual kepada rakyat dari keturunan lain seperti bumiputera?

Puan Hajah Rohanl blntl Haji Abdul Karim: Yang Berhormat seperti saya katakan tadi, masalah tanah adalah di bawah'bidang kuasa kerajaan negeri.

8. Dato' Poo Yew Choy minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, adakah kerajaan bercadang menanam pokok-pokok buah-buahan di taman­taman, tempat rekreasi dan kawasan sekeliling bangunan kerajaan demi menggalakkan kunjungan pelancong tempatan atau luar negeri.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Seri Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi dasar kerajaan menggalakkan penanaman semua jenis pokok ke arah menjadikan Malaysia negara taman.

Kerajaan telah menerbitkan buku Garis Panduan Lanskap Negara yang mengandungi jenis-jenis pokok yang sesuai termasuk pokok buah-buahan untuk ditanam di semua kawasan termasuk taman-taman, tempat rekreasi dan kawasan di sekeliling bangunan kerajaan.

Pada kebiasaannya pokok-pokok buah-buahan tidak digalakkan ditanam di kawasan tepian jalan atau tempat awam yang terbuka. Jika dilaksanakan ianya akan menyulitkan kerja-kerja penyelenggaraan yang mana buah-buahan masak yang gugur akan mengotorkan jalan di samping meningkatkan masalah sosial dari segi vandalism, kecurian dan kemusnahan.

Walau bagaimanapun, adalah menjadi insentif individu untuk menanam pokok buah-buahan di sekitar kawasan perumahan, bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan khas yang telah dikenal pasti untuk tujuan tarikan pelancong dan pengindahan.

Dato' Poo Yew Choy: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Menanam pokok-pokok buah-buahan di kawasan-kawasan yang telah sentuh tadi, pihak kerajaan adakah bercadang untuk menanam pokok-pokok buah-buahan di tepi jalan terutamanya di Lebuh Raya. Di negara kita, kita mempunyai banyak lebuh raya. Dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, dari Bentong ke Kuantan dan lain-lain.

Saya sendiri nampak di Taiwan, satu bandar yang berdekatan Taipei yang bernama Piayee, di tepi jalan lebih kurang 30 kilometer menanam pokok mangga. Masa itu semasa melawat kawasan itu, saya merasa hairan tiada orang curi kah? Orang ramai beritahu saya, "Tidak!" Tak ada hal. Oleh sebab menanam pokok mangga di tepi jalan apabila ada buah-buahan kerajaan tempatan menawarkan kepada orang ramaL Kerajaan boleh dapat hasil untuk memajukan kawasan itu. Orang ramai ....

Tuan Yang di-Pertua: Apa soalan tambahan Yang Berhormat?

Dato' Poo Yew Choy: Tambah sikit...

Tuan Yang di-Pertua: Tak apa.

Dato' Poo Yew Choy: Orang ramai faham ini pokok mangga. Negara kita mempunyai banyak pokok buah-buahan seperti durian, langsat, rambutan. Saya khuatir ada pelancong dari negara luar apabila sudah makan langsat tetapi dia tak pernah nampak pokok langsat. Sudah makan rambutan, itu pokok rambutan tak pemah nampak. Sudah makan durian jenis 024 tak pernah nampak pokok durian.

Maka saya mencadangkan di tepi jalan highway kalau kerajaan kita sekarang menanam pokok biasa, jika menanam pokok buah-buahan maintenance sama. Mengapa

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 11

tak menanam pokok-pokok buah-buahan. Boleh dapat hasil, boleh tender, boleh tawarkan kepada orang ramai. Dapat income.

Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Poo kerana prihatin dan sudah dapatkan pengalaman beliau daripadaluarnegeri.

Seperti mana saya ada terangkan tadi, kalau sekiranya kita tanam pokok buah­buahan di tepi jalan, kalau sekiranya tempat itu terbiar, terdedah dan tidak dijaga dengan baik maka beberapa masalah akan berlaku seperti buah-buah masak yang gugur akan mengotorkan jalan dan juga akan menimbulkan masalah yang lain

r

Walau bagaimanapun idea yang dikatakan boleh menarik pelancong itu memang baik di mana kita boleh menanam pokok buah-buahan itu di taman-taman yang disediakan dan disenggarakan dengan baik, dijaga dengan baik maka kita bawa pelancong ke situ untuk mereka tengok sendiri apakah dia pokok durian, langsat itu dan boleh menikmati di situ.

ltu satu cara, mungkin kementerian saya boleh bekerjasama dengan Kementerian Pertanian untuk melaksanakan idea begitu. Terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Kita sedia maklum bahawa bunga raya telah diiktiraf sebagai bunga rasmi negara, apakah peranan dan tindakan kementerian berkaitan dengan bunga raya yang sekarang ini sukar untuk di lihat. Terima kasih.

Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, menanam pokok dan bunga­bungaan ini memanglah satu perkara yang diusahakan dan diutamakan oleh Jabatan Lanskap Negara. Memandangkan Ahli Yang Berhormat telah menyebut bunga raya ini adalah bunga rasmi negara kita, di taman-taman awam, di taman-taman di mana diusahakan oleh Jabatan Lanskap Negara memang kita bagi keutamaan.

Mungkin bagi pihak swasta, perkara ini belum dapat dititikberatkan. Usaha bagaimanapun kementerian saya akan berusaha ke arah supaya lebih banyak pokok-pokok berjenis bunga raya ini ditanam pada masa akan datang.

it. Puan Melanie Chia Chui Ket minta Menteri Pendidikan menyatakan, memandangkan kes-kes pergaduhan yang menyebabkan kematian di kalangan pelajar baru-baru ini apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan para pelajar daripada pergaduhan berkumpulan di sekolah dan langkah-langkah lain yang sedang diambil untuk mengawal dan mengurangkan insiden-insiden seperti ini daripada berulang.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan amat berasa kesal dan sedih di atas perkara pergaduhan yang menyebabkan kematian berlaku. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan memandang berat akan keselamatan pelajar akibat daripada kes-kes pergaduhan yang melibatkan pelajar.

Berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengawal dan mengurangkan insiden-insiden seperti ini daripada berulang. Di antaranya

(i) mengeluarkan Surat Pekeliling lkhtisas mengenai langkah­langkah yang wajar diambil oleh pihak sekolah untuk menghindarkan para pelajar daripada terlibat dalam kes-kes pergaduhan;

(ii) memanjangkan tempoh kawalan keselamatan daripada 12 jam kepada 18 jam di sekolah-sekolah biasa. Manakala sekolah­sekolah yang berada di kawasan berisiko tinggi, kawalan keselamatan disediakan selama 24 jam;

(iii) mengeluarkan Surat Pekeliling lkhtisas meminta sekolah­sekolah yang berada di dalam kawasan yang berisiko tinggi surat menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah;

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

12

(iv)

(v)

(vi)

DN. 6.12.2001

bekeljasama dengan Polis Diraja Malaysia dengan melantik seorang pegawai polis sebagai pegawai pemubungan sekolah yang akan sentiasa memantau dan membantu sekolah untuk memastikan pelajar tidak terlibat dalam kegiatan tidak sihat;

mengadakan program-program permuafakatan dengan masyarakat supaya dapat membantu pihak sekolah memantau masalah ini; dan

mempamerkan poster atau peraturan mengenai keselamatan untuk mewujudkan kepekaan dan kesedaran pelajar tentang pentingnya amalan dan ' sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada apabila pergi dan balik dari sekolah.

Kementerian juga memikirkan adanya dan mewujudkan jawatan Ketua Guru Disiplin dan seorang Penolong Guru Disiplin bagi sekolah rendah dan menengah. Setiap orang daripada mereka mengawasi 500 orang murid. Kita juga memikirkan untuk memberi elaun atau mempertimbangkan elaun untuk mereka di antara RM80 hingga RM150 bagi seorang. Di samping itu, khidmat Guru Kaunseling masih diteruskan.

Puan Chia Chui Ket Melanie: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Serhormat Timbalan Menteri kerana memberi jawapan yang begitu terperinci. Soalan tambahan saya adakah rancangan yang boleh memotivasikan pelajar-pelajar diwujudkan di sekolah-sekolah dan adakah cadangan untuk kerjasama di antara Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Selia dan Sukan untuk mewujudkan berbagai-bagai rancangan dan aktiviti-aktiviti motivasi.

Terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas pandangan Yang Serhormat. Sebenarnya memang sedang berlaku kerjasama di antara Kementerian Selia dan Sukan dengan Kementerian Pendidikan bahkan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan juga membuat hubungan baik dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan kelab-kelab tertentu supaya memberi peluang kepada anak-anak kita mempunyai pandangan dan pendapat yang lebih luas. lnsya-AIIah kita akan lakukan.

Puan Siti Zailah bintl Mohd. Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, apakah kerajaan setakat ini membuat pemantauan, apakah yang menjadi punca berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah.

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan sentiasa memantau serta sentiasa memerhatikan gerak-geri pelajar-pelajar kita semasa mereka di dalam kelas. Namun demikian kita tidak mempunyai kuasa untuk memerhatikan mereka selepas daripada sekolah.

Namun _ demikian kita berharap supaya wujudnya Persatuan lbubapa dan Guru­guru akan sentiasa memberi khidmat nasihat supaya bukan sahaja terlibat dalam mesyuarat tetapi masyarakat keseluruhannya bertimbang rasa dan sentiasa memerhatikan anak-anak mereka dan juga anak jiran mereka. Dengan cara begini saya yakin perkara yang kita bimbangkan ini dapat diselesaikan. Terima kasih.

10. Puan Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji. Mohd Dun minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada Malaysia telah memenuhi kriteria sebuah negara Islam, dan apakah lagi langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menjulang semula martabat orang-orang Islam di mata dunia.

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: Dato' Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Serhormat Puan Hajah Azizah, demi kepentingan negara dan juga keselamatan anak-anak muda kita di luar negara, Kementerian Pendidikan telah dan sedang mengambil beberapa langkah bagi mengawasi pelajar-pelajar di luar negara supaya telah terlibat dengan elemen pelampau.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001

Antara cara-cara yang kita buat ialah:

(i) menjalankan pemantauan secara bersepadu bersama agensi lain seperti pihak Kedutaan, Jabatan Perdana Menteri iaitu Sahagian Penyelidikan dan Sahagian Keselamatan dan juga Jabatan Penuntut Malaysia sendiri;

(ii) lawatan-lawatan dan perbincangan diadakan bersama dengan Penghulu dan pemirnpin pelajar. Untuk pengetahuan Yang Serhorrnat di luar negara kita mewujudkan jawatan-jawatan Penghulu di antara pelajar-pelajar sendiri yang lebih senior daripada yang lain; '

(iii) mendapatkan rnaklumat tentang kegiatan dan aktiviti pelajar rnenerusi persatuan-persatuan pelajar. Sernua jabatan penuntut pelajar dikehendaki rnenghantar laporan status terkini pelajar ke Jabatan Pendidikan Tinggi di Kementerian Pendidikan. Pegawai Atase yang berkhidrnat di luar negeri ditugaskan untuk mengawal dan mengawasi serta mernantau tempat-tempat tertentu mengikut kawasan rnasing-masing; dan

(iv) Jabatan Penuntut Malaysia dari semasa ke semasa mengadakan aktiviti seperti bengkel dan ceramah motivasi, kaunseling, keagarnaan dan akadernik. Selain daripada itu, perayaan seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya, Hari Keputeraan Agong, Maulud Nabi dan hari-hari upacara seperti Krismas dan juga Deepavali dan sebagainya sentiasa diadakan bagi merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar supaya dengan cara ini nilai-nilai patriotisme di kalangan pelajar dapat terus diwujudkan.

Sekian.

13

Puan Hajah Azlzah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tarnbahan saya, adakah kementerian rnernpunyai maklurnat _sama ada adakah di kalangan pelajar kita yang terlibat dalarn aktiviti-aktiviti pelampau dan keganasan di negara lain? Jika ada, apakah tindakan kementerian dalarn menangani masalah ini? Terirna kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terirna kasih di atas perhatian Yang Serhorrnat. Sebenamya untuk pengetahuan Yang Serhormat sekalian, Malaysia menjadi minat kepada seluruh dunia dan yang paling senang bagi mereka untuk rnenghubungi Malaysia ialah melalui pelajar-pelajar di luar negara. Oleh sebab itu diminta kepada sernua ibu bapa yang rnempunyai anak yang berada di luar negara supaya rnemberi nasihat-nasihat selain daripada nasihat yang dibuat oleh Kernenterian Pendidikan sendiri. Namun dernikian, bilangan yang terlibat di dalam keadaan pelampau ini tidaklah begitu ketara. Yang kita ketahui, hanyalah pelajar-pelajar yang pergi ke Pakistan yang terlibat dalam acara ini. Narnun dernikian, kita harus peka kerana seluruh dunia sedang memerhatikan kernajuan Malaysia dan mereka ingin supaya yang bemiat jahat untuk merosakkan negara kita sekurang-kurangnya melalui pelajar­pelajar kita yang berada di luar negara. Sarna-sarna kita rnenjaga dan insya-AIIah negara kita akan terus selamat. Terirna kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Serhormat masa bagi soalan Jawab Lisan sudah cukup.

[Masa untuk pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan jawapan bagi Pertanyaan No. 4 dan 11 hlngga 31 adalah dijilid dalam buku yang berasingan}

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

14

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2002

Bacaan Kali Yang Kedua

ON. 6.12.2001

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2002 dibacakan kali yang kedua sekarang".

11.03 pagi.

Perdana Menteri [Dato Seri Dr. Ma)lathir bin Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang yang bertajuk "Suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2002 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali yang kedua".

Tuan Yang di-Pertua, syukur kita ke hadrat Allah S.W .T kerana dapat bersama pada pagi ini untuk membentangkan Belanjawan 2002 yang telah saya bentangkan dalam Dewan Rakyat pada 19 Oktober yang lalu. Belanjawan ini disediakan dalam persekitaran luar yang sukar dan mencabar. Prestasi ekonomi dunia yang semakin lemah sejak awal tahun ini berikutan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun diburukkan lagi oleh kejadian serangan 11 September ke atas Amerika Syarikat. Untuk mengurangkan kesan negatif ke atas ekonomi negara, kerajaan telah bertindak cepat dan melaksanakan pakej rangsangan ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM4.3 bilion sebagai tambahan kepada RM3 bilion yang diumumkan dalam bulan Mac 2001. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga telah mengalami pertumbuhan negatif sebanyak 1.3% berbanding dengan pertumbuhan positif sebanyak 3.1% pada suku tahun pertama dan 0.5% pada suku tahun kedua.

Kita masih dapat mengelakkan kemelesetan pertumbuhan ekonomi bagi tempoh sembilan bulan pertama di mana pertumbuhan di mana pertumbuhan KDNK masih positif iaitu sebanyak 0.7% berbeza dengan beberapa negara di rantau ini yang telah mengalami kemelesetan. Singapura umpamanya, telah mengalami kemerosotan sebanyak 0.5% pada suku kedua dan 5.6% untuk suku ketiga. Manakala Taiwan 2.4% bagi suku kedua dan 4.2% untuk suku ketiga. Keadaan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan pastinya tidak membolehkan kita terlalu bergantung kepada sektor luar untuk menjana pertumbuhan. Oleh yang demikian, kita perlu melaksanakan strategi domestic-Jed growth, dengan izin. Punca pertumbuhan kini perlu lebih dipelbagaikan dengan disokong oleh Dasar Rangsangan Fiskal dan dasar kewangan yang accommodative. ·

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan strategi rangsangan fiskal sejak tahun 1998. Namun urusan kewangan yang berhemah telah membolehkan kerajaan terus melaksanakan strategi ini. Kadar tabungan negara yang tinggi sebanyak RM33.6% daripada KDNK membolehkan kerajaan menggunakan sumber dalam negeri untuk membiayai sebahagian besar defisit. Pada tahun ini, keseluruhan defisit fiskal masih terkawal pada paras 6.5% daripada KDNK. Di samping itu hutang luar negara berada pada paras rendah iaitu 46.9% daripada KDNK manakala nisbah khidmat hutang kepada eksport adalah rendah sebanyak RM5.8%. Asas ekonomi negara yang terus kukuh juga memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk melaksanakan rangsangan fiskal. Asas-asas ekonomi ini meliputi:-

(i) rizab antarabangsa negara yang kukuh berjumlah RM116.5 bilion atau USD30.7 pada akhir November mampu membiayai lima bulan import tertangguh. Paras rizab ini melebihi enam kali hutang luar negara jangka pendek;

(ii) imbangan perdagangan luar masih mencatat lebihan untuk 48 bulan berturut-turut bagi tempoh November 1997 hingga Oktober tahun ini;

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 15

(iii) akaun semasa imbangan pembayaran negara berada dalam kedudukan lebihan sebanyak 7.9% daripada Keluaran Negara Kasar;

(iv) jumlah pengaliran masuk bersih pelaburan langsung asing telah kembali meningkat sebanyak RM3.8 bilion bagi tempoh suku ketiga tahun ini. Peningkatan ini merupakan pertama kali semenjak suku pertama tahun 2000;

(v) sistem perbankan negara kekal teguh dengan nisbah modal berwajaran risiko sebanyak 12.7% melebihi paras 8% piawaian antarabangsa. Mar1akala paras Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) masih terkawal iaitu 8.2% pada akhir Oktober; dan

(vi) tekanan inflasi kekal rendah pada kadar 1.4% dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Selain rangsangan fiskal, dasar kewangan yang accommodative terus dilaksanakan terutamanya untuk meningkatkan sentimen pelabur dan mengukuhkan keyakinan pengguna. Pelbagai kemudahan pembiayaan pinjaman pada kadar faedah yang rendah telah disediakan terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana. Aktiviti pinjaman dijangka meningkat lagi dengan langkah Bank Negara Malaysia mengurangkan kadar campur tangan tiga bulan sebanyak 5% pada 20 September 2001.

Kadar Berian Pinjaman Asas (BLR) bagi Bank Perdagangan dan syarikat kewangan telah berkurang ke paras terendah pemah telah dicatatkan, masing-masing sebanyak 6.4% dan 7.45%. Berasaskan kedudukan ekonomi makro yang masih kukuh, langkah kerajaan untuk merangsang ekonomi merupakan tindakan yang bijak. Walaupun langkah ini dipersoalkan oleh institusi kewangan antarabangsa, namun dalam situasi yang sama negara-negara maju juga telah melaksanakan langkah yang sama.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sedang memperkemas lagi jentera pelaksanaan untuk memastikan peruntukan yang disediakan di bawah Belanjawan 2001 dan Peruntukan Tambahan di bawah pakej rangsangan sebanyak RM7.3 bilion dapat dibelanjakan. Daripada jumlah pakej rangsangan ini, sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan -bagi meningkatkan infrastruktur pendidikan seperti pembinaan Kolej Universiti, Kolej Komuniti dan makmal komputer serta perbelanjaan penyelenggaraan sekolah-sekolah. Kerajaan juga sedang membelanjakan RM1 bilion bagi projek-projek kecil untuk dilaksanakan di seluruh negara. Projek-projek tersebut melibatkan pembinaan jalan-jalan kampung dan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik luar bandar serta balai raya dan sebagainya. Dalam hubungan ini rakyat akan menikmati kemudahan tersebut, syarikat kecil bumiputera mendapat kontrak, peniaga dapat membekalkan bahan binaan dan seterusnya pertumbuhan ekonomi terjana. Adalah dianggarkan sebahagian besar daripada hampir 17,500 kontraktor kelas F bumiputera berpeluang terlibat dalam projek-projek kecil ini.

Oleh yang demikian, amatlah penting sekali supaya semua pihak iaitu agensi kerajaan, kontraktor dan pembekal memastikan bahawa program ini berjaya dilaksanakan dan seterusnya mengelakkan negara daripada mengalami kemelesetan. Di bawah pakej rangsangan ini juga, ke~a-ke~a penyelenggaraan bangunan dan kuarters kerajaan bagi Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia sedang giat dilaksanakan. Tidak ketinggalan juga ke~a-kerja penyelenggaraan jalan di kawasan industri akan dimulakan segera. Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi pemulihan projek rumah kos rendah yang terbengkalai di seluruh negara. Kelembapan ekonomi yang mula dirasai telah menjejaskan pasaran buruh di mana ramai pekerja telah diberhentikan sementara peluang peke~aan baru berkurang terutamanya bagi graduan baru lepasan institusi pengajian tinggi. Bagi mereka ini sebanyak RM300 juta telah disediakan di bawah pakej rangsangan untuk melatih mereka dalam bidang ICT dan kemahiran berbahasa.

Walaupun bagi suku tahun ketiga, ekonomi negara telah mengalami pertumbuhan negatif, kerajaan yakin bahawa dengan terlaksananya pakej rangsangan fiskal ini ekonomi negara akan mencapai pertumbuhan positif bagi keseluruhan tahun 2001 insya-Allah.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

16 ON. 6.12.2001

Tuan Yang di-Pertua, prospek pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2002 banyak bergantung kepada perkembangan luar yang masih sukar dan kian mencabar. Me~andangkan kepa~a keduduka~ ini, pertumbuhan ekonomi negara perlu didorong oleh keg1atan dalam negen. Dengan WUJudnya asas ekonomi negara yang kukuh serta langkah rangsangan fiskal yang dilaksanakan oleh kerajaan, pertumbuhan ekonomi dijangka meningkat antara 4% hingga 5% pada tahun hadapan. Kesemua sektor ekonomi utama dijangka akan terus mencatat pertumbuhan diterajui oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan. Meskipun perkembangan sektor luar tidak menentu, negara dijangka terus mencatat lebihan dalam akaun semasa imbangan pembayaran. Pendapatan per kapita bertambah 4.7% kepada RM13,962 bagi tahun 2002 melebihi tahap sebelum krisis kewangan serantau iaitu RM12,314.

Strategi Belanjawan 2002

Tuan Yang di-Pertua,dengan mengambil kira perkembangan ekonomi dunia yang semakin mencabar, pertumbuhan ekonomi negara akan terus didorong oleh kecergasan aktiviti ekonomi dalam negeri. Justeru, Belanjawan 2002 akan ditumpukan kepada tiga strategi berikut:-

(i) memperkukuh semula pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan perbelanjaan dalam negeri. Mempergiatkan lagi peranan sektor swasta serta meningkatkan daya saing;

(ii) mempelbagaikan sumber pertumbuhan melalui aktiviti dagangan dan perusahaan dalam negeri tanpa mengurangkan peranan pelaburan dari luar dan memastikan eksport negara terus berkembang; dan

(iii) menentukan agihan kekayaan supaya lebih saksama antara bandar dan luar bandar, antara yang berpendapatan rendah dengan yang berpendapatan tinggi dan antara negeri-negeri yang kurang maju dengan yang lebih maju.

Strategi Pertama - Memperkukuh Semula Pertumbuhan Ekonomi Negara.

Untuk mengukuhkan semula ekonomi negara, kerajaan berusaha untuk meningkatkan perbelanjaan dalam negeri dengan meluluskan rangsangan fiskal, menggalakkan penggunaan dan menggiatkan peranan sektor swasta.

Untuk meneruskan rangsangan fiskal, saya mencadangkan sejumlah RM100.52 bilion diperuntukkan bagi Belanjawan tahun 2002 iaitu, pertambahan 10.4% berbanding peruntukan asal tahun 2001.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM66.98 bilion adalah untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM33.54 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan. Dengan mengambil kira anggaran hasil sebanyak RM73.4 bilion, akaun keseluruhan Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat defisit sebanyak 5% daripada KDNK, lebih rendah daripada 6.5% pada tahun 2001.

Di bawah Perbelanjaan Mengurus yang dicadangkan, sejumlah RM33.33 bilion diperuntukkan kepada pemberian dan pengenaan bayaran tetap. Antaranya adalah untuk bayaran khidmat hutang negara, bayaran pencen dan ganjaran serta sumbangan kepada kumpulan-kumpulan wang terkanun. Sebanyak RM17.58 bilion lagi untuk emolumen, RM12.7 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan, RM1.53 bilion untuk pembelian kelengkapan dan kemudahan pejabat serta RM2.47 bilion bagi perbelanjaan lain termasuk bayaran batik cukai.

Daripada jumlah perbelanjaan pembangunan yang dicadangkan, sebanyak RM13.11 bilion ataupun 39.1% adalah untuk sektor ekonomi di samping RM12.21 bilion ataupun 36.4% untuk sektor sosial, RM3.31 bilion ataupun 9.9% bagi sektor keselamatan dan RM2.91 bilion ataupun 8.7% untuk sektor pentadbiran am. Bakinya sebanyak RM2 bilion atau 5.9% untuk simpanan luar jangka. Aktiviti ekonomi dalam negeri boleh digiatkan lagi sekiranya pendapatan boleh guna rakyat dipertingkatkan untuk menggalakkan

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

-------

DN.6.12.2001 17

penggunaan. Dengan ini, kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga dua mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan.

Bagi mendorong daya usaha beke~a. pendapatan bercukai yang tertakluk kepada kadar tertinggi dinaikkan daripada melebihi RM150 ribu kepada melebihi RM250 ribu dan sekatan ke atas bonus yang diberi oleh sektor swasta dimansuhkan. Sektor swasta juga perlu tampil ke hadapan untuk memainkan peranan yang lebih utama dalam menggerakkan ekonomi. Bagi mendorong sektor swasta meningkatkan pelaburan dan mengurangkan kos kendalian pemiagaan, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah percukaian seperti berikut:-

(i) tempoh elaun pelaburan semula dilanjutkan daripada 5 tahun kepada 15 tahun;

(ii) perbelanjaan dan sumbangan syarikat dalam pengurusan Rosetta Net Malaysia dan dalam membantu syarikat kecil dan sederhana menggunakan Rosetta Net, diberi potongan cukai;

(iii) elaun bangunan induksi dikaji semula melibatkan kenaikan elaun tahunan daripada 2% kepada 3%. Elaun permulaan 10% yang kini hanya diberi kepada bangunan yang dibina, diperluas kepada bangunan yang dibeli dan Elaun Bangunan lndustri diberi kepada semua hotel;

(iv) duti import ke atas 226 barangan dikurangkan daripada antara 5% dan 105% kepada di antara 0% dan 50%;

(v) pendapatan sewa kontena yang diterima oleh bukan pemastautin daripada syarikat perkapalan-perkapalan di Malaysia, dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan

(vi) pendapatan Persatuan Perdagangan daripada subscription fee dikecualikan cukai pendapatan.

Bagi menggalakkan industri melabur dalam aktiviti bernilai tambah yang tinggi seperti perkhidmatan logistik, perkhidmatan sokongan pasaran bersepadu dan pusat perkhidmatan -utiliti, syarikat terlibat diberi pengecualian cukai pendapatan selama 5 tahun dan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang digunakan. Peranan sektor swasta juga penting dalam usaha negara untuk beralih ke arah kegiatan pertumbuhan k-ekonomi ataupun ekonomi berasaskan pengetahuan.

Penyertaan mereka dalam pembangunan ICT negara akan diberi perhatian oleh kerajaan melalui penubuhan Malaysia Venture Capital Management Berhad (MVCMB) dengan dana be~umlah RM500 juta. Daripada jumlah tersebut, RM100 juta adalah untuk dengan izin, local out sourcing program yang akan diuruskan oleh empat syarikat modal teroka tempatan dalam bidang ICT, bio-teknologi dan industri-industri yang berkaitan.

Bagi menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam perdagangan dan membolehkan Malaysia menjadi lokasi pemiagaan yang menarik, mempercepat penguasaan terkini dan menambah tenaga ke~a mahir, galakan berikut turut disediakan:-

(i) cukai ke atas pendapatan daripada perdagangan luar pesisir melalui web site di Malaysia dikurangkan daripada 28% kepada 10% selama lima tahun;

(ii) kos bagi membangunkan web site untuk pemiagaan juga diberi potongan tahunan sebanyak 20% selama lima tahun;

(iii) potongan tahunan ke atas perbelanjaan memperoleh hak empunya dinaikan daripada 10% kepada 20% untuk tempoh lima tahun; dan

(iv) perbelanjaan menyediakan latihan amali kepada bukan kakitangan diberi potongan cukai.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

18 ON. 6.12.2001

Kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM300.8 juta untuk melaksanakan aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, tele-perubatan, kad pintar dan integrasi aplikasi.

Sejumlah RM693.2 juta juga disediakan untuk meningkatkan program pengkomputeran di kementerian dan jabatan kerajaan dan di sekolah-sekolah. Bagi meningkatkan penggunaan kad pintar pelbagai guna dalam urus niaga kewangan, kad pintar dan peralatannya diberi pengecualian cukai jualan.

Strategi Kedua - Mempelbagaikan Sumber Pertumbuhan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai usaha mempelbagaikan sumber pertumbuhan dalam negeri, terdapat banyak bidang yang boleh diceburi dalam sektor perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Keluaran perkilangan terutamanya produk oleo-kimia berasaskan minyak kelapa sawit, getah dan perabot getah dan perabot perkayuan serta produk industri, peralatan elektrik rumah, semuanya mempunyai potensi permintaan yang tinggi terutamanya di Asia Barat dan Afrika. Begitu juga dengan keluaran industri fabrikasi besi dan aluminium serta aplikasi besi dan aluminium serta pengeluaran mesin perlu digiatkan lagi terutamanya bagi menampung keperluan industri tempatan dan juga eksport. Justeru, galakan cukai disediakan seperti berikut:-

(i) kadar pengecualian cukai tarat perintis dinaikkan daripada 70% kepada 100% dan elaun cukai pelaburan daripada 60% kepada 100% bagi aktiviti pengeluaran machine tools, plastic injection machines, materials handling equipment and robotic, factory automation equipment serta components and parts; dan

(ii) kriteria nilai ditambah bagi tarat perintis dan elaun cukai pelaburan dilonggarkan daripada 30% kepada 20% bagi pengeluaran mesin dan peralatan.

Kerajaan sentiasa memastikan eksport negara terus berkembang. Untuk ini, galakan cukai berkaitan disediakan.

(i) syarikat Malaysia yang diiktiraf sebagai syarikat perdagangan antarabangsa diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan 1 0% ke atas peningkatan nilai eksport dan kriteria kelayakan dilonggarkan;

(ii) pengecualian cukai pendapatan bagi pengeksport perkhidmatan ditingkatkan daripada 10% kepada 50% daripada peningkatan nilai eksport;

(iii) penganjur pameran perdagangan antarabangsa yang melibatkan sekurang-kurangnya 500 orang pelawat asing setahun diberi pengecualian cukai pendapatan'

(iv) skop perbelanjaan bagi tujuan potongan cukai dalam promosi eksport barangan dan perkhidmatan diperluas;

(v) perbelanjaan pendaftaran paten di luar negara dan bayaran sewa hotel kepada bakal pengimport barangan Malaysia diberi potongan cukai;

(vi) galakan potongan cukai dua kali diperluas kepada kos pengiklanan jenama Malaysia yang telah didaftarkan di luar negara dan perbelanjaan ke atas yuran profesional kepada syarikat yang mempromosikan jenama Malaysia.

Sektor pertanian perlu dibangunkan ke tahap yang lebih tinggi supaya negara dapat mengeluarkan pelbagai hasil tanaman dan ternakan di samping mengurangkan bil import negara. Pengeluaran makanan termasuk keluaran daging burung unta dan rusa, sayuran dan buah-buahan, akuakultur ikan air tawar dan air masin, udang dan tiram serta ikan hiasan dan tanaman bunga-bungaan boleh diceburi. Bidang herba tradisional dan makanan halal perlu juga dipergiatkan. Sehubungan dengan ini sejumlah RM1.58 bilion

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

--------------------------------------------

DN.6.12.2001 19

diperuntukkan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan kegiatan penanaman dan pentemakan serta menggalakkan pengeluaran bahan makanan. Di samping itu galakan cukai berikut disediakan:

(i) syarikat pengeluar bahan makanan yang melabur semula diberi pengecualian cukai pendapatan 100% selama lima tahun;

(ii) elaun 100% ke atas perbelanjaan modal bagi menggalak pengeluaran bahan makanan secara besar-besaran diperluas;

(iii) aktiviti penternakan ayam-itik di koridor timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan,Sarawak diberi tarat perintis ataupun elaun cukai pelaburan; dan

(iv) syarikat pengeluar produk berasaskan sumber yang membuat pelaburan semula diberi tarat perintis ataupun elaun cukai pelaburan selama lima tahun.

Peranan sektor perkhidmatan juga mesti diberi tumpuan terutamanya dalam bidang pelancongan, pendidikan dan pengangkutan. Untuk menggalakkan lagi aktiviti pelancongan negara, sejumlah RM613.9 juta diperuntukkan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Daripada jumlah tersebut, RM200 juta adalah untuk aktiviti promosi. Untuk meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam industri pelancongan, kerajaan akan menambah dana bagi tabung khas pelancongan daripada RM200 juta kepada RM400 juta. Langkah-langkah cukai turut disediakan seperti berikut:

(i) pendapatan sewaan kapallayar ataupun kapal mewah bermotor diberi pengecualian cukai selama lima tahun;

(ii) duti import ke atas motosikal mewah dikurangkan daripada 120% kepada 60% dan bagi tujuan penyelarasan, duti import bagi motosikal lain dikurangkan daripada 80% dan 100% kepada 60%;

(iii) had tempoh pengecualian cukai pendapatan daripada pemiagaan pengendalian pelancong asing dan tempatan dilanjutkan selama lima tahun lagi; dan

(iv) duti eksais ke atas pembelian kereta nasional oleh pengusaha kereta sewa dikecualikan.

Bidang pendidikan juga diberi tumpuan bagi menampung keperluan tenaga mahir dalam era kemajuan teknologi maklumat dan persediaan untuk beralih ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Kerajaan berharap pihak swasta berupaya untuk menarik lebih ramai pelajar dari seluruh dunia untuk menimba ilmu di negara kita. Untuk mengurangkan kos menyediakan kemudahan pendidikan, semua institusi pengajian tinggi swasta dan institusi bahasa swasta diberi pengecualian duti import. Duti eksais dan cukai jualan ke atas peralatan pembelajaran dan royalti yang diterima oleh bukan pemastautin dari institusi pengajian tinggi swasta bagi skim pendidikan francais diberi pengecualian cukai pendapatan.

Di samping itu kerajaan memperuntukkan RM22.46 bilion untuk keperluan pendidikan negara. Langkah percukaian di atas menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM1.2 bilion.

Bagi memastikan kedudukan kewangan kerajaan terus kukuh dan perolehan hasil terjamin, langkah-langkah berikut diambil:

(i) Nilai jualan tahunan bagi tujuan pengenaan cukai perkhidmatan bagi restoran, bar, snack bar dan coffee-house, kelab persendirian dan syarikat pengiklanan dikurangkan daripada RM500 ribu kepada RM300 ribu;

(ii) nilai jualan tahunan sebanyak RM300,000 ke atas perkhidmatan profesional dikurangkan kepada RM150,000; dan

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

----------------------------------------~--------

20 ON. 6.12.2001

(iii) harga petrol dinaikkan sebanyak sepuluh sen seliter.

Berhubung dengan kenaikan harga petrol, ianya adalah wajar memandangkan kerajaan selama ini telah mengorbankan begitu banyak hasil. Tambahan pula sumbangan kos petrol dalam perbelanjaan isi rumah adalah kecil iaitu kira-kira 0.4% sahaja. Memandangkan kenaikan harga petrol hanya 8.3% sahaja, saya percaya kenaikan yang kecil ini tidak membebankan rakyat.

Dalam Belanjawan 2002 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, kerajaan juga telah mencadangkan kenaikan harga diesel sebanyak sepuluh sen seliter bagi mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan. Kerajaan amat prihatin terhadap rayuan pelbagai pihak khususnya golong'an nelayan dan pengusaha perkhidmatan pengangkutan. Dengan keprihatinan serta penurunan harga diesel di pasaran antarabangsa kerajaan telah menimbang semula dan memutuskan untuk mengekalkan harga diesel pada paras asal. Dengan keputusan ini kerajaan terpaksa menanggung tambahan subsidi sebanyak RM471 juta setahun berasaskan harga semasa diesel di pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah subsidi diesel sebanyak RM1.1 bilion setahun. Oleh yang demikian kerajaan berharap pihak tertentu tidak lagi mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Untuk menyokong perkembangan sektor pengangkutan, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM5. 7 bilion bagi pembangunan intrastruktur melibatkan pembinaan jalan raya dan jambatan, landasan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang. Kemudahan yang disediakan ini harus kita gunakan sepenuhnya sebagai pemangkin pertumbuhan dan penjana hasil dagangan.

Dalam hal ini, lokasi strategik Pelabuhan Johor dan Lapangan Terbang Senai yang berdekatan dengan Singapura hendaklah diketengahkan sebagai pelabuhan dan lapangan terbang hub untuk pergerakan kargo dan tarikan utama dengan izin, integrated express operators tempatan dan antarabangsa. Kita yakin ini dapat dijayakan jika sistem pengangkutan bersepadu bagi menghubung semua rangkaian pengangkutan darat, laut dan udara di selatan Semenanjung dibangunkan segera dan diurus dengan lebih cekap dan berkesan.

Strategi ketiga, memastikan agihan kekayaan adalah saksama. Tuan Yang di­Pertua;- dalam kita menikmati kemajuan negara, kita perlu juga memastikan agihan kekayaan adalah saksama, baik antara bandar atau luar bandar, antara yang berpendapatan rendah dengan yang berpendapatan tinggi mahupun antara negeri-negeri yang kurang maju dengan yang lebih maju.

Bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat di luar bandar, kerajaan menyediakan peruntukan terbesar pemah diberikan iaitu sebanyak RM5.34 bilion. lni antaranya melibatkan RM1.58 bilion untuk pertanian, RM378 juta bagi pembangunan tanah dan wilayah serta RM392 juta untuk pembangunan kampung dan masyarakat. Peruntukan ini juga bertujuan untuk melaksanakan projek jalan luar bandar, jalan kampung serta menyediakan bekalan air dan elektrik. Bagi bekalan air luar bandar sebanyak RM185 juta diperuntukkan dengan tumpuan khas diberi kepada kawasan pendalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Untuk bekalan elektrik luar bandar, sebanyak RM211 juta disediakan manakala sejumlah RM712 juta disediakan untuk pembinaan jalan luar bandar.

Kesihatan dan pendidikan di kalangan penduduk luar bandar juga diberi perhatian. Sejumlah RM886 juta diperuntukkan bagi meningkatkan tarat kemudahan perkhidmatan kesihatan termasuk melaksanakan program kesihatan keluarga seperti tele-primary care yang disediakan di klinik bidan, klinik desa dan klinik kesihatan di luar bandar. Sebagai langkah merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dari segi pendidikan, sebanyak RM900 juta disediakan bagi melaksanakan projek sekolah rendah dan menengah sementara RM100 juta lagi disediakan untuk enam buah kolej matrikulasi baru.

Bagi mengurangkan jurang digital, sejumlah RM255.5 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program pengkomputeran sekolah. Di samping itu kerajaan memperuntukkan sejumlah RM180 juta khas untuk meningkatkan pendidikan di luar bandar di Sabah dan Sarawak, termasuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik di sekolah-sekolah serta membina dan menaik tarat rumah guru.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 21

Dalam memupuk budaya masyarakat penyayang, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi oleh golongan rakyat miskin. Untuk meningkatkan kesejahteraan mereka, Program Kesejahteraan Rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Program Pembangunan Rakyat Termiskin telah dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada negeri-negeri yang mempunyai ramal rakyat miskin seperti Kelantan dan Terengganu.

Bagi tujuan ini sejumlah RM204.5 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Di samping itu sebanyak RM114.1 juta disediakan untuk Program Pembangunan Orang Asli. lni termasuk usaha untuk mengatasi masalah keciciran di 412 buah kampung mereka melalui Program Pembangunan Minda dan mempergiatkan Program Pendidikan Pra-sekolah melalui aktiviti taska dan tadika.

Bagi membolehkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pada harga yang mampu dibeli, sejumlah RM943 juta disediakan bagi menampung pelbagai projek termasuk perumahan awam kos rendah, perumahan rakyat bersepadu di Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar lain.

Bagi mengurangkan masalah perumahan yang dihadapi oleh kakitangan sektor awam terutamanya anggota-anggota angkatan tentera dan polis, peruntukan sebanyak RM1.8 bilion juga disediakan.

Kerajaan juga terus melaksanakan program kebajikan masyarakat. Sebanyak RM193.8 juta disediakan termasuk bagi kerja-kerja pembaikan dan naik tarat di 52 institusi kebajikan.

Bagi pelajar-pelajar cacat pendengaran yang memasuki institusi pengajian tinggi tempatan, bantuan dalam bentuk pelajaran percuma disediakan oleh kerajaan. Mereka juga akan diberi kemudahan penginapan dan makanan percuma serta diberikan wang saku sebanyak RM300 sebulan mulai 1 Januari 2002.

Bagi meningkatkan kualiti hidup wanita, terutamanya di luar bandar, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM59 juta untuk membiayai pelbagai program khusus meliputi pembangunan usahawan wanita. Di samping meningkatkan tarat hidup ibu tunggal, kerajaan juga membenarkan balu-balu terus menerima bayaran pencen suami yang telah _meninggal dunia walaupun selepas mereka berkahwin semula.

Bagi menerapkan gaya hidup sihat, kerajaan berusaha mengurangkan tabiat merokok di kalangan masyarakat. Sehubungan dengan ini, kerajaan menaikkan duti import bagi tembakau daripada RM180 sekilo gram kepada RM216 sekilo gram. Manakala duti eksais dinaikkan daripada RM40 sekilo gram kepada RM48 sekilo gram.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menghargai khidmat dan komitmen anggota perkhidmatan awam dalam menerajui usaha pembangunan negara. Bagi mengiktirat pengorbanan kakitangan awan, kerajaan telah menyediakan imbuhan dan kemudahan seperti berikut:-

(i) bonus sebanyak setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 telah pun dibayar dan para pesara juga diberikan bayaran khas sebanyak RM200.00 bagi tahun 2001;

(ii) kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 10% pada tahun 2002;

(iii) elaun kerja luar waktu untuk pegawai perubatan awam dinaikkan antara 25 hingga 50% mulai 1 Oktober 2001;

(iv) menaikkan kadar sagu hati tahunan bagi anggota sukarela di dalam pasukan keselamatan daripada RM400.00 kepada RM520.00;

(v) kadar pemberian pakar untuk pegawai anggota sukarela Angkatan Tentera Malaysia dinaikkan 100% daripada RM150.00 kepada RM300.00 setahun, manakala bagi lain-lain pangkat dinaikkan daripada RM100.00 dan RM75.00 setahun kepada RM200.00 setahun; dan

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

22

(vi)

ON. 6.12.2001

skim wang pmjaman kenderaan untuk guru-guru ditambah lagi RM1 bilion daripada jumlah asal RM250 juta untuk kemudahan­kemudahan membeli kenderaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam lebih seminggu lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri setelah berpuasa selama sebulan. Di beberapa negara Islam rakyat mereka menderita kerana peperangan, keganasan ataupun bencana lain. Syukur alhamdulillah, negara kita tetap aman. Kita dapat menyempumakan ibadat puasa tanpa sebarang kesulitan dan gangguan. Rakyat Malaysia terus hidup dalam suasana aman dan harmoni. Kesemua ini adalah hasil kejayaan kita membangunkan negara dan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat. Kerana itl,j negara terus menikmati kemakmuran dan kestabilan.

Dalam hubungan ini, kerajaan akan terus memantau kegiatan pelampau yang mahu menjadikan negara ini berada dalam kancah pergolakan. Jangan kita membiarkan mereka yang berpandangan sempit merosakkan perpaduan ummah dan menggugat kestabilan dan kemakmuran negara. Kita tidak mahu menjadi Malaysia sebagai Afghanistan yang kedua. Ramai antara kita yang akan meraikan perayaan seperti Krismas, sambutan tahun baru dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menambah pendapatan rakyat melalui potongan cukai individu, bayaran bonus dan pelbagai elaun insentif.

Oleh yang demikian, berbelanjalah bagi memeriahkan hari-hari perayaan nanti di samping membantu menambah aktiviti ekonomi dan pertumbuhan ekonomi negara. Sama­samalah kita mengindahkan bandar, pekan, kampung dan rumah-rumah kita. Buktikanlah kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan berlaku ketika kita mula melaksanakan Rancangan Malaysia Kelapan dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga. Oleh itu, dalam persekitaran luar yang tidak menentu dan semakin mencabar kita mesti melipat gandakan usaha bagi memastikan ekonomi negara digerakkan melalui kecergasan kegiatan dalam negeri. Dengan usaha rakyat yang gigih kita pasti dapat menjamin ketahanan negara. Semangat dan kesungguhan untuk menguasai ilmu pengetahuan serta meningkatkan produktiviti dan daya saing akan dapat membawa kemajuan negara ke tahap yang lebih cemerlang.

lni akan membolehkan negara mencapai pertumbuhan seperti yang disasarkan dalam kedua-dua rancangan pembangunan negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya. Saya percaya dengan berkat dan keredaan Allah S.W.T. kita mampu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif, aman dan makmur serta bermaruah, bebas dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa. 'Malaysia Boleh' insya­Ailah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. [Tepuk]

Menteri Pengangkutan [Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ahli­ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bemama satu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan dan perkhidmatan bagi tahun 2002 dan bagi memperuntukkan sejumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan untuk kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Dato' Dr. T. Marimuthu.

11.51 pagi.

Dato' Dr. T. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2002. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri serta Menteri Kewangan Malaysia atas ucapan Belanjawan 2002 yang begitu komprehensif untuk menjana dan mencetuskan pertumbuhan ekonomi

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 23

negara memandangkan bahawa ekonomi negara kita sedang menghadapi beberapa cabaran akibat serangan ke atas WTC di Amerika Syarikat pada bulan September lalu.

Bagi pihak rakan-rakan saya di Dewan ini saya juga ingin mengucapkan setinggi­tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sudi datang sendiri untuk membentangkan Belanjawan 2002. [Tepuk] Kehadiran Yang Amat Berhormat Dato' Seri menunjukkan kepentingan yang diberikan kepada kedua-dua Dewan Parlimen kita. We thank you sir. (Tepuk] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah menumpukan atas beberapa strategi belanjawan dan saya ingin memberitahu kepada Yang Amat Berhormat dan juga kepada Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita menyokong dengan penuh atas semua ketiga-tig~ strategi itu.

Pertama ialah memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan perbelanjaan dalam negeri dan mempergiatkan lagi peranan sektor swasta serta meningkatkan daya saing. Oleh kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada di Dewan ini, saya ingin meminta ataupun memohon kepada Yang Amat Berhormat dan juga kerajaan mengenai peruntukan yang diberikan kepada seseorang Senator. Oleh kerana kita harus meninggikan perbelanjaan di negara kita, saya berharap [Tepuk] RM100 ribu yang diberikan untuk tempoh tiga tahun diberikan kepada RM100 ribu tiap-tiap tahun [Tepuk)

Tuan Yang di-Pertua, beberapa insentif telah dicadangkan untuk meninggikan perbelanjaan consumer ataupun consumer spending, dengan izin. Pakej rangsangan berjumlah RM7 .3 bilion telah diperuntukkan menjana aktiviti-aktiviti perniagaan, menambah peluang pendapatan kepada usahawan kecil dan membantu pemiagaan runcit. Cukai pendapatan individu telah diturunkan 1%. Gaji kakitangan awam dinaikkan 10%, bonus diberikan kepada 900 ribu kakitangan awam. Duti import ke atas 226 barangan telah dikurangkan.

Tuan Yang di-Pertua, sejumlah RM100.52 bilion diperuntukkan bagi belanjawan ini. lni bermakna KDNK akan mencatatkan defisit 5% atau sejumlah RM18.6 bilion. lni adalah strategi deficit financing ataupun pump priming untuk menggalakkan aktiviti ekonomi dan pertumbuhan dalam tempoh kegawatan ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa strategi yang dicadangkan adalah idea Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sendiri iaitu cara yang unconventional berdasar buah fikiran dan visi Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sendiri. Beberapa langkah yang diambil pada kegawatan ekonomi semenjak 1997 telah be~aya dan terbukti bahawa pendekatan yang diambil oleh kita sendiri telah membawa kesan atas pengurusan ekonomi negara kita. Beberapa strategi yang dicadangkan di belanjawan ini adalah untuk meningkatkan kuasa beli rakyat. Dalam persekitaran yang tidak menentu rakyat lazimnya ingin menyimpan wang dan bukan membelanjakan. Adakah perbelanjaan rakyat telah meningkat? Kerajaan harus memantau perkara ini. Jika simpanan rakyat meningkat maka objektif belanjawan ini akan te~ejas seperti yang dilakukan di negara Jepun.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap bahawa dalam musim perayaan yang telah pun disebutkan oleh Yang Amat Berhormat, perayaan percutian dari bulan Oktober sehingga akhir bulan Disember iaitu perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Krismas, New Year dan cuti ekolah semua akan memberi kesan yang dijangkakan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2002 pertumbuhan ekonomi dijangka meningkat antara 4 hingga 5% dengan saiz KDNK mencapai paras RM370 bilion. Berdasarkan laporan dari Bank Negara, KDNK bagi 9 bulan pertama mencatatkan pertumbuhan 0.7%. lni menunjukkan bahawa negara kita tidak meleset walau pun Goldman Sachs mengatakan negara kita berada dalam keadaan meleset. Pertumbuhan positif ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara jiran kita yang telah pun disebut oleh Yang Amat Berhormat yang mencatatkan pertumbuhan yang negatif. Saya berharap jika semua langkah-langkah yang dicadangkan dalam belanjawan ini dilaksanakan dengan berkesan, kemungkinan adalah besar untuk mencapai pertumbuhan yang dijangkakan.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

24 ON. 6.12.2001

Satu perkembangan yang dilakukan di mesyuarat ASEAN di Brunei ialah persetujuan untuk menubuhkan Kumpulan Ekonomi Asia Timur ( East Asian Economic Group) dengan ASEAN+3 iaitu China, Japan dan Korea Selatan. Jika China memasuki dalam kawasan perdagangan bebas, ini akan meluaskan pasaran untuk semua dengan 1.7 bilion penduduk. Kumpulan Ekonomi Asia Timur adalah ilham Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan ini telah menjadi kenyataan selepas 10 tahun. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. (Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini juga memfokuskan atas ICT untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan, bermaklumat dan berbudaya ICT. Satu daripada beberapa langkah yang diambil o)eh kerajaan ialah pengkomputeran sekolah­sekolah di negara kita. Sebanyak RM205.5 juta diperuntukkan untuk tujuan ini. Saya harap semua sekolah di negara kita tanpa mengira aliran dan situasi di mana diletakkan diberi kemudahan ini untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT yang diperlukan oleh k-ekonomi.

Satu laporan daripada Pembangunan Manusia 2001 yang dijalankan oleh UNDP menyatakan, Malaysia memiliki pusat teknologi maklumat IT bertaraf dunia seperti yang terdapat di negara-negara maju. Di antara negara-negara Asia mengikut indeks pencapaian teknologi, Malaysia menduduki nombor 5 selepas Jepun, Korea Selatan, Singapore dan Hong Kong dan di tangga ke 30 daripada 72 negara yang disenaraikan. Walaupun kedudukan Malaysia dalam indeks itu menggalakkan tetapi ada banyak ruang untuk mencapai tahap yang dicapai oleh negara-negara maju.

Satu perkara yang kita harus beri tumpuan untuk menguasai ICT ialah bahasa lnggeris. lni pun telah ditekankan dan telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa kali. Bahasa lnggeris adalah penting oleh kerana bahasa lnggeris telah menjadi bahasa dunia dan bahasa ICT. Jika kita ingin menyumbang kepada keperluan k­ekonomi dan mewujudkan tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam dunia globalisasi, kita harus menguasai bahasa lnggeris tetapi keputusan yang didapati daripada Peperiksaan UPSR tidak begitu menggalakkan oleh kerana 42% murid-murid di sekolah kebangsaan tidak lulus dalam mata pelajaran Bahasa lnggeris. Untuk SJK(T) 48% tidak lulus dan SJK(C) 38% tidak lulus.

_lni adalah oleh kerana beberapa sebab. Daripada beberapa sebab antaranya guru yang tidak terlatih adalah satu sebab dan pengajaran yang tidak berkualiti adalah lagi satu sebab. Sikap terhadap pembelajaran Bahasa lnggeris juga adalah salah satu sebab ..

Prestasi Bahasa lnggeris dalam empat dekad yang lalu tidak menggalakkan. Guru juga enggan berkhidmat di kawasan pedalaman oleh kerana tidak ada kemudahan­kemudahan.

Tuan Yang di-Pertua, guru yang berada dalam perkhidmatan, tidak begitu fasih dalam bahasa lnggeris dan tidak menggunakan pendekatan inovatif dan kreatif untuk menarik minat murid-murid mereka. Sebagai satu cadangan bagi pendekatan yang pendek, adalah menyambung semula perkhidmatan guru bahasa yang telah bersara sebagai guru kontrak dan juga kita harus memberi insentif kepada calon-calon yang ingin menjadi Guru Bahasa lnggeris.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah mengenal pasti beberapa sektor yang boleh menyumbang lebih lagi kepada KDNK. Walaupun sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 55%, masih ada ruang untuk dimajukan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yang telah menjalankan ataupun telah mengambil beberapa langkah untuk mempromosikan pelancongan di negara kita. Sumbangan daripada sektor swasta kepada KDNK telah berkurang daripada 32% ke 12.8% sahaja selepas krisis kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mempertingkatkan daya saing dan mendapat the competitive edge, semua sektor ini harus menggunakan dengan penuh semua konsesi dan facility yang diberi dalam belanjawan ini. Satu kelemahan sektor swasta ini adalah mereka kurang melabur dalam R&D untuk mendapatkan penciptaan dan pengetahuan yang baru. Satu kajian daripada MIER menyatakan, kemahiran IT di kalangan pekerja adalah rendah

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 25

dan ratio R&D dengan KDNK pun rendah. Dan juga pengeluar-pengeluar tempatan tiada mengusahakan sepenuhnya ICT dalam aktiviti mereka.

Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) 1999 menunjukkan bahawa 72% responden menggunakan parisian IT bertahap rendah dan hanya 28% menggunakan parisian IT seperti ERP, CAD dan CAM untuk perusahaan mereka.

Satu syarikat di Amerika Syarikat iaitu Microsoft telah memperuntukkan RM20 bilion untuk R&D. lni menunjukkan betapa pentingnya R&D bukan sahaja untuk sektor swasta tetapi untuk pengurusan negara kita. Dengan penggunaan ICT dalam perusahaan mereka, saya harap akan meningkat produktiviti dan competitive edge peniaga-peniaga.

Satu lagi strategi untuk mempertingkatkan kecekapan urusan mereka ialah mendapatkan Sijil IS09000. ISO ini ialah persijilan International Standard Organization yang diberikan oleh SIRIM adalah penting untuk agensi kerajaan dan juga organisasi swasta. ISO menentukan satu sistem perkhidmatan dan pengurusan yang berkesan dan efektif. Agensi dan organisasi yang mempunyai Sijil IS09000, IS09001 atau IS09002 boleh dianggap sebagai organisasi yang lebih kompetitif dan produktif.

Tuan Yang di-Pertua, kita memerlukan banyak organisasi di sektor swasta dan juga sektor awam yang mempunyai Sijil ISO supaya menyediakan kita kepada cabaran-cabaran kesan daripada proses globalisasi dan pengamalan syarat-syarat yang terkandung di dalam AFT A dan WTO. Organisasi yang mempunyai ISO boleh dianggap sebagai learning organization, dengan izin, di mana mereka bersedia untuk menerima idea-idea baru dan sejajar dengan persekitaran yang berubah. Organisasi seperti itu memberi keutamaan kepada pengetahuan di mana menjadi satu factor of production. Mereka memberi fokus atas R&D untuk melahirkan pengetahuan yang baru.

Baru-baru ini kita telah menyokong satu akta mengenai Akta Harta lntelek Malaysia. Penguatkuasaan akta itu akan mencetuskan usaha-usaha penyelidikan, penciptaan dan kegiatan-kegiatan inovatif dan kreatif supaya negara kita akan memohon untuk mendapatkan paten, cap dagangan, reka bentuk industri dan sebagainya. lnilah pada masa sekarang digelar sebagai new currency ataupun wang yang baru dalam k-ekonomi.

Saya harap satu hari nanti, cendekiawan-cendekiawan negara kita akan memenangi hadiah Nobel. lni pun adalah satu aspirasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Baru-baru ini, beberapa sasterawan dari Dunia Ketiga mendapat hadiah Nobel seperti China, Gao Xingjian untuk kesusasteraan - literature, Sir V.S Naipal, walaupun beliau tidak boleh dianggap sebagai seorang daripada Dunia Ketiga tetapi dia adalah seorang daripada Trinidad. Dia pun mendapat hadiah Nobel untuk kesusasteraan. Dan lagi seorang dari Jepun dan majoriti adalah daripada negara-negara maju.

Dan saya ada sedikit statistik di sini, the Nobel prize winners dari tahun 1991 sehingga 2000. Peace Prize - 16 untuk United States, 11 untuk United Kingdom, ada banyak negara di sini tetapi ini menunjukkan tidak ada untuk peace selain daripada South Afrika, tidak ada daripada Dunia Ketiga. Untuk economics - United States 24, United Kingdom 18, Norway 2, Sweden 2, France 1, Germany 1, Netherlands 1 dan Russia 1. Literature- France 13, United States 12, United Kingdom 8, Germany 7 dan sebagainya. Physiology ataupun perubatan - United States 85, United Kingdom 18, Germany 14, Sweden 7, France 6, ini pun tidak ada satu negara daripada Dunia Ketiga. Physics, ini yang penting- United States 42, United Kingdom 19, Germany 17, France 8, Netherlands 6, Russia 5, Sweden 4, Switzerland 4, Australia 3, Italy 3 dan Japan 3.

ltulah keadaan hadiah Nobel. Chemistry- United States 37, United Kingdom 22, Germany 14, France 6, Sweden 5 dan sebagainya. Apa yang dikatakan ialah tidak ada banyak hadiah Nobel yang didapati oleh Dunia Ketiga.

Satu strategi untuk mempertingkatkan kecemerlangan ialah pelaksanaan sistem meritokrasi dalam sektor pendidikan secara berperingkat-peringkat. Sistem ini akan mendorong anak-anak kita mencapai tahap yang cemerlang dalam pendidikan. Apabila sistem ini dilaksanakan, semua kemudahan, infrastruktur, fizikal dan pendidikan harus

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

26 ON. 6.12.2001

diberi kepada kanak-kanak di luar bandar supaya mereka dapat peluang untuk memperkembangkan potensi intelektual mereka.

Tuan Yang di-Pertua, peningkatan daya saing di sektor swasta adalah amat panting memandangkan bahawa negara China telah memasuki WTO. Kita harus bersedia untuk menggunakan peluang pasaran diberi oleh negara China iaitu untuk 1.2 bilion penduduk. Kita harus menganggap kemasukan negara China ke WTO sebagai satu cabaran dan peluang pemiagaan.

Statistik menunjukkan bahawa eksport negara China meningkat daripada 15.3% ke 18.3% dalam tempoh 5 tahun iaitu 1995 sehingga tahun 2000 dan negara China telah mendahului Singapore dan Malaysia dalam e'ksport barang-barang elektronik. Juga -negara China telah menarik foreign direct investment (FDI), daripada pelabur-pelabur asing lebih daripada negara-negara di rantau ini. China telah mendapat 89% FDI di rantau ASEAN dan negara China, dibandingkan dengan 63% untuk tempoh tahun 1989 sehingga 1995.

Tuan Yang di-Pertua, lebih banyak FDI memasuki negara China oleh kerana kos peke~a adalah rendah dan TFP - total factor productivity, adalah tinggi. lni adalah sebenar­benarnya satu cabaran yang besar untuk peniaga-peniaga kita dan mereka harus mencari beberapa pendekatan untuk menangani masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh atas Kementerian Pendidikan oleh kerana Kementerian Pendidikan telah mendapat peruntukan sebanyak RM15.689 bilion. Dan saya ingin merujuk kepada kenaikan gaji pengetua dan guru besar. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Pendidikan untuk menguatkuasakan satu skim di mana seramai 30,000 pengetua dan guru besar akan menikmati kenaikan gaji antara 20% hingga 30% apabila kerajaan menaikkan pangkat dan menggredkan semula jawatan mereka. Kenaikan tersebut tidak termasuk 10% kenaikan gaji yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jawatan baru yang diwujudkan ialah seperti penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid dan penolong kanan ko-kurikulum. Hal ehwal murid diberi tumpuan atas masalah disiplin dan juga atas kebajikan murid-murid.

Satu faktor yang penting menentukan prestasi sekolah-sekolah ialah kepimpinan guru besar. Jika sesebuah sekolah ditadbirkan dan diurus dengan cekap maka sekolah itu mungkin mencapai tahap yang baik bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam kegiatan ko-kurikulum. Mereka boleh mewujudkan suatu kebudayaan pencapaian di sekolah melalui leadership by example. Mereka harus mempunyai dedikasi dan komitmen atas profesion mereka. Apa yang penting untuk meningkatkan prestasi sekolah ialah profesionalisme di kalangan guru-guru. Profesionalisme guru-guru atau guru-guru besar tidak semestinya bergantung kepada gaji yang lumayan tetapi atas nilai dan sikap yang diterima dalam proses sosialisasi profesion iaitu di kolej perguruan atau di universiti­universiti.

Tuan Yang di-Pertua, sebahagian calon yang ingin menjadi guru memilih perguruan sebagai pilihan yang terakhir. Mereka tidak mempunyai minat dan orientasi untuk menjadi guru atau perguruan sebagai kerjaya. Satu sebab yang utama mereka tidak memilih perguruan sebagai ke~aya mereka adalah kerana perguruan tidak mempunyai glamor dan status seperti profesion yang lain iaitu doktor, engineer, lawyer dan baru-baru ini, peniaga korporat. Apabila saya menjadi guru terlatih pada tahun 1960-an kita tidak ada banyak pilihan. Pilihan adalah untuk menjadi inspektor polis ataupun labour officer atau masuk tentera atau polis. - Kita tidak ada banyak pilihan untuk beke~a. Walaupun gaji yang tidak lumayan dan pemilihan adalah terhad, perguruan pada masa itu menjadi satu profesion yang mempunyai status yang baik dalam masyarakat. Status ini adalah dari kepentingan dan kehormatan yang diberi oleh masyarakat kepada ilmu dan orang yang berilmiah.

Pada awal1960-an- ini sedikit personallah. Boleh? Pada 1960-an apabila saya mula bertugas sebagai guru sandaran - temporary teacher, saya mendapat RM180. Selepas itu sebagai guru terlatih kolej - ini ada kaitan untuk consumer price index - sebagai college trained teacher daripada Brinsford Lodge saya dapat gaji pokok RM310 plus sekolah RM60, so kita dapat RM370 dan saya boleh simpan RM200 sebulan. Sebagai

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 27

graduate teachers UTS ·Unified Teaching Service, kita dapat RM600 plus housing. Saya lupa berapakah housing, mungkin RM100-RM120. RM600 ini, kita mendapat RM6 lebih daripada pegawai kerajaan iaitu MCS. RM594 ialah magic figure ataupun gaji itu rendah sedikit tetapi mereka mendapat banyak perks ataupun kemudahan-kemudahan seperti pinjaman untuk kereta, housing dan sebagainya. Tetapi sebagai guru UTS kita tidak mendapat perks ataupun kemudahan-kemudahan itu. Saya beli satu kereta pada masa itu, tahun 1960 .....

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun}

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat. Diberi laluan. t

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Oleh kerana Yang Berhormat ada menyebut tentang kemudahan-kemudahan zaman dahulu, dan tadi Yang Berhormat sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan ucapan Belanjawan beliau, Yang Berhormat ada menyebut ataupun Yang Berhormat memohon supaya kemudahan yang sekarang ini diperuntukkan kepada ahli-ahli Dewan Negara sebanyak RM100,000 ditambah kepada RM300,000 - kalau tidak silap sayalah - untuk tempoh tiga tahun. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa kami wakil daripada kerajaan negeri T erengganu dan negeri Kelantan tidak pemah mendapat kemudahan itu.

Dan saya ingin bagi tahu Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, walaupun kami tidak mendapat kemudahan itu tetapi kita tidak pemah kesal dan kami terus juga memberikan bantuan. Misalnya dekat hari raya ini orang-orang miskin datang jumpa kami bukan main ramailah. Kalau sebut peribadi, saya sendiri secara peribadi meletakkan beras depan rumah saya siapa hendak ambil ambillah. ltu bukan peruntukan kerajaan tetapi peruntukan saya sendirilah. Jadi, adakah Yang Berhormat rasa tidak memberi peruntukan kepada wakil-wakil kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu sekarang ini wajar diteruskan, adakah pada pandangan Yang Berhormat itu suatu langkah yang baik, yang bijak, yang patut diteruskan oleh pihak yang berkuasa yang mengamalkan dasar demokrasi berparlimen ini? Kepada wakil-wakil daripada negeri Kelantan dan Terengganu ini tidak diberikan terus. Kami tidak ada apa-apa. Kalau tidak beri pun kita sudah lama tidak diberi. Cuma adakah pada pandangan Yang Berhormat sebagai seorang pendidik, sikap yang seperti ini bagus diteruskan oleh kerajaan yang mengamalkan demokrasi ini? Terima kasih.

Dato' Dr. T. Marimuthu: Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Tuan Hassan bin Shukri. Lebih baiklah pihak Senator daripada Kelantan dan Terengganu menulis atau meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai isu ini. ltu lebih baik. Saya tidak boleh. Kalau saya, saya boleh berilah.

lni pun ada kaitan dengan consumer price index.

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Marimuthu, ada minta laluan lagi. Jemput.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin untuk memberi peringatan kepada orang Islam dan juga kepada kita semua satu jalan pendekatan dalam Holy AI-Quran. lzinkan saya bacakan ayat itu. lni secara kebetulan. lni peringatan Allah untuk kita melihat sebab humanity (perikemanusiaan) dan perasaan manusia. Dalam surah ai-Fusilat, ayat 19, Allah memberitahu awal kepada kita: {Membacakan sepotong ayat ai-Quran]. Di antara maknanya, bila sampai satu hari kebangkitan - bagi orang Islam kita percaya kita akan kembali kepada Allah kerana Allah yang create kita, Allah adalah Creator dan kita akan kembali kepada Allah - semasa itu Allah akan tanya dan Allah bagi peluang hingga apabila mereka datang kepadanya, pendengarannya, penglihatannya, kulit-kulitnya akan memberi penyaksian yang sama dan segala-galanya akan bertutur di hadapan Allah. Masalah sekarang di dunia ini tidak ada keadilan dan kesaksamaan dalam pemberian. lni hanya peringatan awal di dalam Holy AI-Quran. Saya minta Yang Berhormat boleh bukalah. Siapa pun boleh baca Holy AI-Quran. Jadi, ini sebagai satu peringatan awal supaya kita tidak dipertikaikan di sana dan masalahnya, masalah tanggungjawab bersama, susulan

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

28 ON. 6.12.2001

daripada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ustaz Hassan tadi. Terima kasih, saya hendak tanya pandangan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat. Sukarlah bagi Yang Berhormat hendak cerita tentang ini. Saya sampuklah. Allah akan soal bukan sahaja orang UMNO. Allah soal juga orang PAS tentang keadilan. Sama-samalah kita bersikap adil.

Dato' Dr. T. Marimuthu: Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Boleh saya teruskan?

Saya hendak bagi tahu tentang pembelian kereta baru pada masa itu dan ada banyak gangguan. Pada masa itu pada t.ahun 1964, saya beli satu kereta baru iaitu Volkswagen berwama bahama blue dan berharga RM4,800. RM4800 sekarang motor boleh dapatlah. Dan ini menunjukkan inflasi dalam empat dekad yang lalu ...

Tlmbalan Yang di-Pertua: UTS?

Dato' Dr. T. Marimuthu: Unified Teaching Service (UTS)

Timbalan Yang di-Pertua: Unified Teaching Service.

Dato' Dr. T. Marlmuthu: Dato' Aziz pun tahu, Unified Teaching Service. Saya berpendapat bahawa skim UTS adalah faktor yang utama bagi kemerosotan status perguruan pada masa itu dan oleh kerana mereka tidak dapat beberapa kemudahan mereka tidak mahu memasuki dalam profesion perguruan. Sebab yang lain ialah peluang kerja yang lain di sektor swasta, di sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan dan sektor perkhidmatan awam. Calon-calon lelaki lebih berminat ke~a di civil service atau di sektor swasta. Oleh kerana di perkhidmatan awam mereka mempunyai kuasa dan status yang banyak kemudahan tetapi di sektor swasta gaji adalah lumayan. Keadaan ini, pada tahun 2000 membawa kepada nisbah 62% wanita dalam profesion perguruan, lelaki 38% dan ini proses feminization of the teaching profesion ada kekuatan dan kelemahan. Di peringkat sekolah rendah peranan sebagai pengganti ibu bapa dimainkan dengan efektif oleh guru­guru wanita. Di peringkat menengah walaupun pengajaran mereka adalah baik tetapi penglibatan dalam kokurikulum seperti sports dan games mungkin menimbulkan beberapa masalah.

- Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan, yang begitu peka dan sensitif mengenai masalah­masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan profesion perguruan dan telah dan sedang mengambil beberapa langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah mereka seperti peningkatan gaji, mewujudkan beberapa jawatan baru, pemberian pinjaman kereta, kemudahan perumahan khususnya kepada guru berkhidmat di kawasan pedalaman.

Perumahan adalah penting bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi juga di Peninsular Malaysia. Ada banyak guru tidak berminat berkhidmat di kawasan pedalaman oleh kerana mereka tidak mendapat kemudahan perumahan. Saya masih ingat kawan­kawan saya yang ditempatkan di Kelantan dan Terengganu dan Pahang dapat satu elaun iaitu hardship allowance, RM100 saya ingat Dato'? Saya tidak pasti sama ada elaun seperti ini diberi kepada guru-guru sekarang tetapi jika tidak saya harap Kementerian Pendidikan akan menimbang satu hardship allowance untuk guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Profesionalisme guru-guru boleh ditingkatkan mengadakan laluan ke~aya, ini bermaksud memberi peluang untuk memegang beberapa jawatan apabila seseorang guru bermula sebagai guru, beliau boleh memegang jawatan yang tertinggi dalam pendidikan iaitu Ketua Pengarah Pendidikan. Tetapi majoriti guru-guru apabila mereka memulakan tugas sebagai guru, bersara sebagai guru dan tidak ada banyak jawatan. lnilah saya harap kementerian boleh menyemak semula jawatan-jawatan baru di peringkat sekolah, di peringkat negeri dan di peringkat nasional dan ini boleh memberi motivasi dan dorongan kepada belia-belia kita untuk memasuki dalam profesion perguruan.

Satu kajian yang dijalankan oleh seorang penyelidik, Zaitun Mohd Nor menunjukkan bahawa pengetua yang mempunyai ijazah kedoktoran dan sa~ana dapat mengurus sekolah-sekolah dengan lebih baik berbanding dengan pengetua berkelulusan

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 29

ijazah pertama. Mereka mampu menyelia, membuat penyeliaan, mengurus disiplin serta memantau kebajikan murid-murid.

Mengenai kebajikan murid-murid saya mengucapkan tahniah juga kepada Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan jawatan yang baru iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Saya yakin dan percaya kewujudan jawatan-jawatan baru ini akan memberi tumpuan yang serius kepada kebajikan murid dan akan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Perjawatan baru dan kenaikan pangkat ini harus diberi kepada guru-buru bumiputera dan bukan bumiputera. Oleh kerana bukan bumiputera memahami dengan lebih dalam masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid bukan bumiputera.

Lagi satu perkara saya ingin menyentuh adalah mengenai mahasiswa-mahasiswa universiti tempatan di negara kita. Baru-baru ini kita terbaca dari surat khabar, bahawa ada dua kumpulan di universiti-universiti kita. Apabila mengadakan pilihan raya kampus Majlis Perwakilan Pelajar pada dua minggu yang lalu, satu kelompok adalah kelompok proaspirasi kerajaan telah menang di tujuh IPTA daripada 12 iaitu UiTM, UUM,UMS, UNIMAS, UPSI, KUITO dan KUIM dan UKM,UPM, UM, USM dan UTM propembangkang telah menang Majlis Perwakilan Pelajar. -

Apa yang menarik perhatian saya ialah di universiti-universiti yang established ataupun yang tradisional yang berada beberapa lama propembangkang telah menang, Di universiti-universiti baru kelompok proaspirasi kerajaan telah menang. Keadaan ini tidak begitu sihat oleh kerana masyarakat penuntut-penuntut telah di politicized. lni tidak membawa satu persekitaran yang sihat di mana masyarakat mahasiswa menumpukan atas pendidikan mereka, ini adalah satu sebab di mana mahasiswa Melayu saya tidak tahu ini sensitif sedikit tetapi kita baca daripada surat khabar-surat khabar ada satu discussion panjang di Utusan, apakah sebab-sebab mahasiswa-mahasiswa Melayu tidak mencapai tahap yang dijangkakan, saya tidak ada bukti tetapi ini boleh jadi satu sebab di mana mereka melibat dengan penuh dengan aktiviti-aktiviti seperti ini dan tidak ada masa untuk menumpukan dengan sepenuhnya atas pendidikan mereka. lni sebagai satu teori tidak ada bukti tetapi mungkin ini adalah satu sebab.

Tetapi saya tidak setuju mengenai saranan yang diberi dalam surat khabar-surat thabar bahawa mereka tidak mampu untuk mencapai tahap yang cemerlang, mereka mampu, saya percaya semua kanak-kanak, mahasiswa-mahasiswa, belia-belia di sini adalah mampu adalah berpotensi untuk mencapai tahap yang cemerlang tetapi ada beberapa halangan faktor sosioekonomi dan faktor kemiskinan dan sebagainya, nutrition pun satu faktor yang boleh menghalang mereka tidak mencapai tahap yang seperti yang dijangkakan dan kita harus memberi mereka kemudahan-kemudahan daripada prasekolah, oleh kerana mereka mendapat apa kita katakan satu level playing field.

Saya setuju bahawa mahasiswa harus sedar peka dan berminat dalam politik sebagai satu disiplin tetapi mereka tidak mungkin terlibat dalam parti politik seperti keadaan sekarang. Saya bercadang menjalankan satu kajian yang penuh atas kegiatan-kegiatan mahaslswa dan menentukan beberapa syarat, mengetatkan penglibatan mereka dalam parti politik. Jika AUKU adalah satu sebab semak semula akta itu, kita tidak mahu menjadi universiti-universiti sebagai hot bed of student militancy dengan izin, kita harus mengembangkan satu culture of excellence dan kita harus mendorong mereka mendapat tahap itu.

Lagi satu perkara Tuan Yang dl-Pertua, saya ingin menyentuh adalah mengenai kakitangan akademik dan pentadbiran di IPTA, saya difahamkan ada kakitangan akademik yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti militan walaupun saya telah mendapat jawapan daripada Kementerian Pendidikan, saya telah membangkitkan sebagai satu soalan dan saya berasa bangga bahawa militancy di universiti-universiti tidak begitu banyak, hanya dua atau empat orang individu yang terlibat bukan dalam militancy tetapi dalam kegiatan-kegiatan yang tidak diberi sokongan daripada pihak pentadbiran universiti-universiti.

Juga saya ingin tahu peratusan kakitangan akademik mengikut bumiputera - ya ini adalah satu perkara yang selalu saya dapat daripada kawan-kawan saya daripada universiti-universiti khususnya di Universiti Malaya, sekarang tidak ada banyak akademik

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

30 ON. 6.12.2001

bukan bumiputera. Saya ingin tahu peratusan kakitangan akademik mengikut bumiputera dan bukan bumiputera. Masyarakat mahasiswa mencerminkan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Polisi kemasukan adalah berdasarkan atas kuota. Bolehkah kerajaan menentukan bahawa dalam pengambilan kakitangan akademik adalah satu balance yang reasonable untuk mewujudkan perpaduan di kampus ini. Saya tidak mencadangkan satu kuota oleh kerana apabila kita mengambil kakitangan akademik di universiti-universiti satu faktor yang utama adalah berdasarkan atas merit mereka. Jika mereka mempunyai merit kita harus memberi jawatan kepada mereka. Oleh kerana itulah kita boleh mendapat kecemerlangan ataupun meritokrasi yang dicadangkan oleh kerajaan kita.

Kakitangan akademik yang berbilan.9 kaum memberi peluang kepada mahasiswa berinteraksi dengan profesor-profesor yang berbilang kaum ini akan menumpukan perpaduan di kalangan masyarakat di universiti. Satu kajian yang telah saya jalankan apabila saya ada berkhidmat di universiti adalah mengenai student development, perkembangan mahasiswa-mahasiswa di universiti dan saya dapati bahawa grouping ataupun interaksi di antara satu sama lain adalah mengenai etnik, berdasarkan etnik. Di UTM, UKM, UM dan juga USM.

Ada dua kelompok. Satu kelompok berinteraksi berdasarkan etnik dan satu kelompok berinteraksi dengan negeri, seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mereka mempunyai persatuan dan juga saya difahamkan bahawa dalam dua belas IPT A tidak ada satu Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan Pendaftar bukan bumiputera. Saya tidak tahu berapa orang bukan bumiputera jadi dekan, timbalan dekan dan sebagainya. Apabila saya berkhidmat saya bertuah menjadi Timbalan Dekan di Fakulti Pendidikan di Universiti Malaya.

Perkara ini telah di timbul beberapa kali oleh rakan-rakan saya, akademik saya, saya meminta kerajaan menyemak semula polisi pengambilan dan mengambil tindakan yang positif.

Lagi satu perkara yang berkaitan adalah pengambilan kepada perkhidmatan awam dan peluang promosi bagi kakitangan perkhidmatan awam.

Yang Amat berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri kita telah 111enyatakan bahawa beliau tiada dapat seorang bukan bumiputera pun untuk menjadi ketua setiausaha untuk kementerian. lni bukan bermaksud mereka tidak layak tapi tiada orang di peringkat itu. Bolehkah JPA mengambil kakitangan mengikut bumiputera dan bukan bumiputera. lni adalah serius yang telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Saya harap kerajaan memberi perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Akhirnya saya ingin menyentuh satu perkara iaitu mengenai penduduk. Baru-baru ini kita telah dapat laporan penduduk, laporan banci penduduk dan perumahan 2000. Laporan ini menujukan bahawa pertumbuhan tahunan penduduk adalah 2.6% dan jumlah penduduk di negara kita adalah 23.27 million. Kadar penduduk bandar di Malaysia telah meningkat kepada 62% daripada 50.7% pada tahun 1991.

Wilayah Persekutuan mencatatkan kadar yang tertinggi iaitu 100% orang di bandar dibandingkan dengan Kelantan mencatatkan 34.2%. Laporan ini mencatatkan jumlah lelaki di negara itu melebihi perempuan iaitu 104 lelaki bagi setiap perempuan. Ada banyak competition.

Trend dalam banci ini menunjukkan bahawa penduduk berumur 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 3. 7% ke 3.9% dalam tempoh 10 tahun. Belia berumur 15 tahun ke bawah menurun daripada 36.7% ke 33.3%. Maksud ini ialah ini menunjukkan beban atas golongan muda - aging population meningkat dan younger population is being reduced. Oleh kerana itu ada beban untuk golongan muda. Jumlah penduduk negara ini akan meningkat ke 33.4 million pada tahun 2020. Pertumbuhan ini adalah terlalu tinggi- 2.6% paratus adalah terlalu tinggi.

Average untuk penduduk di dunia adalah 1.2% paratus sahaja pertumbuhan. Tetapi kita mendapat 2.6%. Pertumbuhan ini adalah terlalu tinggi dibandingkan dengan

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

~--- ------~ ~----- ~~---~--

DN.6.12.2001 31

negara di rantau ini seperti China, Jepun dan India. Pertumbuhan adalah di bawah 2%. Thailand mencatatkan penduduk di bawah 1%, ini adalah akibat kewangan ekonomi.

Apa yang saya khuatir ialah mengenai pertumbuhan yang tinggi ini, mengenai sumber-sumber negara seperti infrastruktur yang mencukupi, jalan, telefon, bekalan elektrik, air yang bersih, kesihatan dan persekitaran yang sustainable dan yang pentingnya keselamatan makanan. Adakah makanan yang dihasilkan oleh kita mencukupi. Jika tak salah kos import makanan adalah RM11 bilion. lni akan meningkat jika kita tiada meningkatkan produktiviti di sektor pertanian khususnya bahan-bahan makanan.

Tuan Yang di-Pertua dengan akhirnya petanda-petanda ekonomi menunjukkan bahawa negara kita boleh mencapai pertumbuhan yang dijangkakan bagi tahun 2002 iaitu 4% sehingga 5%. lndustri minyak sawit dijangka kembali pulih berdasarkan peningkatan import minyak sawit oleh negara China daripada 1.4 juta tan kepada 2.4 juta tan dan India telah mengurangkan duti import daripada 75% kepada 65%. Kenaikan harga barang dikawal dengan berkesan dan kadar inflasi masih rendah iaitu 1.4%. Rizab negara pun meningkat seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat.

Untuk meningkatkan pertumbuhan negara kita rakyat semua harus memberi sokongan yang kuat kepada kerajaan supaya kita boleh menangani kegawatan ekonomi yang melanda negara kita. Dengan kata-kata itu saya pohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Dato' Dr. Chin Fook Weng.

12.52 tgh.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Perdana Menteri serta Menteri Kewangan di atas pembentangan belanjawan tahun 2002 ini kepada Dewan pada pagi ini. Saya turut menyokong Yang Berhormat Dato' T. Marimuthu di atas beberapa pandangan beliau dan saya harap juga semua pihak akan mengambil berat tentang pandangan-pandangan demi kebaikan negara itu.

Saya telah menyemak dari segi pendapatan sebelum saya menyebut tentang perbelanjaan, saya telah mengkaji anggaran pendapatan yang dianggarkan bagi tahun 2002 itu. Tetapi sebelum itu boleh saya dibenarkan untuk menyebut sedikit tentang anggaran pada 2001 yang dibuat pada tahun yang lalu dan kemudian disemak sekali lagi pada tahun ini berasaskan kepada keadaan sebenar.

Dalam kajian saya pada tahun 2000 apabila anggaran belanjawan itu dibuat untuk tahun ini, anggaran pendapatan iaitu hasil Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM69.226 bilion dan apabila ini dikaji semula anggaran yang disemak semula itu hanya RM69.011 bilion iaitu suatu penurunan sebanyak 215 juta iaitu suatu perbezaan. Kita dapati pada 2002 ini anggaran awal yang kita diberitahu dalam pembentangan hari ini ialah sebanyak RM73.400 bilion iaitu suatu pertambahan sebanyak RM4.389 bilion.

Saya ingin tahu sama ada anggaran ini adakah realistik atau tidak. Memandangkan selepas kajian ini dibuat maka ada banyak perkembangan di dunia dan kita telah tahu semua perkembangan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan dunia dan juga suasana perdagangan. Kalau ini berterusan anggaran hasil itu mungkin perlu disemak semula dan kalau ini akan menurun maka ini akan menjejaskan cadangan-cadangan yang telah dibentangkan tadi oleh YAB Perdana Menteri, kerana kalau hasil itu kurang maka banyak usaha kita untuk meningkatkan lagi sektor-sektor tertentu akan te~ejas. lni adalah kerana kalau kurang pendapatan, bagaimana kita boleh meningkatkan perbelanjaan. Kalau apa yang kita harapkan itu perolehi dan kalau kita belanja lebih daripada apa yang sebenamya kita patut belanja itu, maka hutang negara akan bertambah dan ini akan menjadi satu masalah kepada kita tidak lama lagi.

Jadi saya harap bahawa pihak Kementerian Kewangan akan senantiasa memantau keadaan ini. Kalau didapati hasil yang dianggarkan makin lama makin turun daripada apa yang dianggarkan pada masa sekarang saya harap satu tindakan yang cukup-cukup berkesan akan diambil terhadap perbelanjaan yang telah dicadangkan itu.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

--------- ----·------------

32 DN. 6.12.2001

Tlmbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. Chin oleh kerana kita sudah sampai waktu rehat perbahasan Dato' akan disambung selepas rehat.

Mesyuarat ditempohkan pada puku/1.00 tengah harl

Mesyuarat disambung semula pada puku/ 2.30 petang

[Tuan Yang di-Pertua mempengeruslkan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng menyambung ucapannya.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terir.na kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum kita bersurai pada jam 1.00 tadi saya telah menyatakan tentang hasil Kerajaan Persekutuan, Dan untuk mengingatkan Dewan ini yang kita anggarkan pada tahun akan datang hanya RM73.4 bilion. Sungguhpun ini adalah satu kenaikan sebanyak RM4.389 bilion kalau dibandingkan dengan tahun ini, tetapi saya telah mengingatkan supaya angka ini dipantau setiap kali oleh kerana pada pengalaman tahun ini, kita telah dapat pada awal anggarkan RM69.226 bilion tetapi oleh kerana keadaan ekonomi, maka kita terpaksa mengkaji semula angka ini dan anggaran yang sekarang dicadangkan hanya RM69.011 bilion iaitu pada tahun ini.

Dan pada awal tahun ini, kita masih belum menghadapi peristiwa 11 September itu. Selepas itu, mungkin amaun yang telah dianggarkan itu akan menurun lagi. Jadi saya harap amaun yang dianggarkan sebagai hasil pendapatan bagi tahun akan datang sebanyak RM73.4 bilion itu kita haruslah mengawasinya dan dari masa ke semasa kita kena mengkaji sama ada ini satu angka yang realistik.

Saya juga akan menyentuh tentang perbelanjaan yang dicadangkan itu, iaitu sebanyak RM66.982 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM33.536 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Dan jumlah itu ialah RM100.518 bilion dan ini ialah satu tambahan sebanyak 10.4% kalau dibandingkan dengan tahun 2001. Kalau kita membandingkan dengan pendapatan yang akan kita peroleh, maka ada satu defisit pada tahun 2002 sebanyak RM18.6 bilion iaitu 5% daripada KDNK. Sungguhpun amaun ini kurang daripada defisit pada tahun 2001, iaitu sebanyak RM22.4 bilion, dan sungguhpun amaun bagi tahun 2002 itu kurang, maka kita kurang pasti sama ada defisit ini akan bertambah sekiranya pendapatan yang kita jangkakan itu tidak akan didapati. Dari jumlah yang dicadangkan itu saya juga membuat perbandingan tentang beberapa sektor yang penting. Sebagai sektor ekonomi, sosial, keselamatan, pentadbiran am, tanggungan tertentu, bayaran, pindaan dan sebagainya.

Dan saya telah membuat sedikit kajian tentang perbelanjaan untuk sektor sosial di mana ini melibatkan satu amaun yang paling besar daripada jumlah perbelanjaan yang kita cadangkan itu, iaitu sebanyak 34.6% ialah untuk sektor sosial. Dan sektor sosial ini termasuk pendidikan, kesihatan, penerangan dan penyiaran, perumahan kebudayaan, belia, sukan, perkhidmatan kebajikan dan masyarakat. Pada keseluruhannya saya dapati bagi sektor ini peruntukan-peruntukan yang dicadangkan itu adalah sesuai tetapi kalau kita membandingkan dengan sektor-sektor lain, mungkin kita ada melihat satu perbezaan yang jauh.

Dan kita harus mengkaji dalam keadaan yang kurang baik sekarang sama ada kita terus mengamalkan apa yang dipraktikkan dalam tahun ini. Sebagai contoh, dalam sektor perumahan, yang dicadangkan untuk dibelanjakan hanya RM0.137 bilion iaitu hanya RM137 juta yang dicadangkan bagi sektor perumahan. Dan kalau kita membandingkan dengan keselamatan, pertahanan sahaja diperuntukkan RM5.295 bilion dan keselamatan dalam negeri RM3.651 bilion. Jadi, kalau dibandingkan dengan sektor yang saya sebut tadi iaitu perumahan, maka kita dapati adalah jauh berbeza. Dan pada masa ini oleh kerana kemampuan sektor swasta dalam menyediakan perumahan itu sudah lemah kalau dibandingkan dengan keadaan pada tahun-tahun yang lepas maka nampaknya peruntukan bagi sektor perumahan itu sangat berkurang iaitu RM137 juta sahaja. Dan kalau sektor swasta tidak membina rumah-rumah, maka ramailah daripada rakyat kita akan menderita kerana tidak ada perumahan yang selesa. Saya harap dari segi peruntukan itu, mungkin

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

----- ---- -------------- ------ -----

DN.6.12.2001 33

kerajaan akan mengkaji semula sama ada bagi sektor perumahan yang bagi saya pun satu sektor yang penting sama ada peruntukan yang dicadangkan itu boleh ditingkatkan.

Kesihatan juga akan dibe_ri RM4.884 bilion dan ini pada pendapat saya adalah satu amaun yang juga besar. Dan sungguhpun demikian, kita tahu dari segi kos untuk perubatan ini sudah meningkat dan lama-kelamaan mungkin kita tidak dapat mengawasi kos ini. Sepatutnya kita kena melaksanakan strategi-strategi yang baru bagi mengatasi masalah kesihatan. Kita diberitahu bahawa ada cadangan untuk meningkatkan lagi skim insurans perubatan demi mengatasi masalah kekurangan kemudahan bagi kesihatan. Saya harap kerajaan akan mengambil langkah yang cepat supaya perkara ini dapat dibereskan. Kalau tidak, maka banyak daripada rakyat yang berpendapatan rendah itu akan menghadapi kesulitan. Kita diberitahu dalam hospital-hospital tertentu bahawa ubat­ubatan yang diberikan itu bukan ubat-ubatan asal tetapi itu adalah ubat generik dan dari segi fungsinya, dari segi keberkesanannya, sama ada ia sama atau tidak. Dan pada pendapat ramai yang menggunakan ubat-ubatan itu maka ada perbezaan. Dengan melaksanakan satu skim insurans, nampaknya ini sekurang-kurangnya bolehlah mengatasi sedikit daripada masalah ini.

Dari segi pendidikan, satu amaun yang begitu besar iaitu RM15.895 bilion telah diperuntukkan dan inilah satu langkah yang bijaksana memandangkan pendidikan adalah satu sektor yang begitu penting. Saya ingin menyentuh sedikit tentang peranan pihak swasta dalam hal pendidikan. Peruntukan yang diberikan itu hanya untuk menampung keperluan pendidikan sekolah-sekolah dan institusi-institusi kerajaan. Tetapi dalam sektor ini pendidikan swasta juga adalah satu sektor yang penting dan pendidikan swasta itu telah menghadapi banyak masalah dan mereka memerlukan bantuan daripada kerajaan untuk menghadapi masalah-masalah mereka ini.

Kelmarin di Putrajaya, saya telah menghadiri satu mesyuarat di mana pihak pendidikan swasta itu dijemput membentangkan satu kertas kerja tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dan cadangan-cadangan oleh mereka untuk mengatasi masalah-masalah ini. Pembentangan itu dibuat kepada satu Jawatankuasa Globalisasi MTEN iaitu Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mustapha bin Mohamad. Saya harap pandangan-pandangan mereka yang dibentangkan dalam kertas kerja itu akan diambil ingatan dan akan dikaji supaya pihak ini

--dapat memainkan peranan mereka dalam membantu dalam hal pendidikan. Kalau kita melihat dari segi jumlah pelajar dalam IPT A iaitu lnstitut Pengajian Tinggi Awam kita dapati lebih kurang 150,000 pelajar tetapi di IPTS iaitu swasta didapati lebih daripada 200,000 pelajar terlibat.

Memandangkan demikian maka peranan mereka mesti diakui dan cadangan­cadangan mereka untuk membantu kerajaan dalam sektor ini sangat penting dan saya harap semua pihak, kerana Kertas Kerja yang dibentangkan itu ditumpukan kepada banyak pihak, banyak jabatan kerajaan dan kementerian yang terlibat khasnya Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan sebagainya, semua ada terlibat dalam cadangan-cadangan mereka ini dan saya harap Kertas Kerja ini akan diberi perhatian yang serius dan secukup-cukupnya demi kebaikan negara kita.

Kertas Kerja itu sangat panjang dan akan mengambil banyak masa kalau saya akan menghuraikan satu demi satu. Jadi saya harap pihak-pihak yang hadir pada semalam itu, semua pihak yang saya sebut itu ada menghantar wakil pada mesyuarat itu yang diadakan di Putrajaya jam 10.45 pagi kelmarin. Saya harap semua wakil yang hadir itu akan membawa perkara itu untuk keputusan dan tindakan setiap daripada kementerian yang berkenaan supaya sektor ini dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan lagi pendidikan, supaya negara kita boleh menjadi satu negara yang cemerlang dalam pendidikan dan dapat menarik pelajar-pelajar asing ke negara kita.

Saya tidak bercadang hendak sebut vot demi vot kerana saya mahu memberi ruang kepada rakan-rakan saya untuk membahaskan .....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

34 ON. 6.12.2001

Dato' Dr. T. Marimuthu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Dato' Dr. Chin, apakah pertolongan-pertolongan yang dijangkakan oleh IPTS daripada kerajaan. Bolehkah Dato' memberi penjelasan sedikit?

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Marimuthu. Seperti saya terangkan tadi, Kertas Kerja yang dibentangkan itu adalah sangat panjang. Tetapi dari segi kesimpulan, mereka telah menyemak keadaan sekarang dan didapati ini satu perkara yang harus dikaji dan didapati dalam negara kita sudah ada kapasiti yang terlalu tinggi bagi menampung keperluan pendidikan iaitu over capacity.

Memandangkan demikian, adakah sesuai bagi kerajaan membina lagi institusi­institusi baru seperti Kolej Komuniti yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan juga sama ada patutkah kerajaan membuka lebih ruang memandangkan sudah ada tempat-tempat yang tidak dapat dipenuhi? Jadi itu adalah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka iaitu mereka telah mencadangkan supaya kerajaan tidak membina lagi atau tidak membuka lagi institusi-institusi yang baru.

Dan kalau perlu, menggunakan ruang-ruang yang ada sekarang supaya kita jangan belanja dalam sektor ini dan tambah lagi bangunan-bangunan yang mungkin tidak dapat dipenuhi. ltu adalah salah satu pandangan mereka.

Mereka juga memerlukan beberapa tindakan ....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat ada yang minta laluan.

Datuk Hajl Karim bin Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta sedikit penjelasan dari Yang Berhormat. Negara kita ini mempunyai 23 juta penduduk, dibandingkan dengan Australia baru 20 atau 21 juta penduduk. Tetapi dari segi institusi pengajian tinggi, universiti umpamanya, kenapa di Australia kalau tak salah saya, lebih banyak daripada di negara kita dan apa punca-puncanya yang membolehkan Australia mampu memiliki lebih banyak universiti-universiti daripada kita di Malaysia ini?

Dato' Dr. Chin Fook Wang: Terima kasih. Di Australia, setahu sayalah, tiap-tiap negeri itu berhak menubuhkan universiti dan bukan tiap-tiap daripada negeri itu berhak sahaja tetapi pihak-pihak lain juga berhak menubuhkan institusi-institusi semacam itu. Oleh keranaitu maka ada banyak universiti atau institusi pengajian tinggi yang dibina. Tetapi setahu saya, kebanyakannya sekarang ini menghadapi kekurangan pelajar dan ada institusi-institusi ini yang lebih daripada 30% pelajamya datang dari negara asing iaitu luar daripada Australia dan kalau mereka ini tidak datang, maka mereka ini sudah menghadapi masalah. lni adalah satu keadaan yang wujud dan Kertas Kerja yang dibentangkan pada MTEN itu telah mengingatkan kita bahawa keadaan sedemikian mungkin wujud kalau kita tidak mengawasinya.

ltu ialah satu daripada masalah yang dibangkitkan. Satu lagi yang besar ialah beberapa percanggahan pendapat tentang tujuan kita hendak menjadikan Malaysia satu rantau kecemerlangan dalam pendidikan. ltu ialah hasrat tetapi dari segi tindakan ada banyak percanggahan. Pelajar susah hendak dapat visa, hendak datang sini hendak belajar. Ada masalah mendapat visa kerana pihak lmigresen terlalu ketat dengan syarat­syarat mereka. lni satu daripada masalah.

Dari segi kursus-kursus yang dianjurkan di sini juga, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Tinggi itu - JPT, ataupun institusi pendidikan swasta itu mungkin telah mengenakan syarat-syarat tertentu dan untuk memenuhi syarat-syarat itu maka akan mengambil satu jangka masa yang begitu panjang.

Jadi mereka telah menyatakan, memandangkan tempat kita akan dijadikan satu tempat yang memberikan perkhidmatan pendidikan cemerlang, nanti saya akan sentuh kerana sektor perkhidmatan merupakan satu sektor yang begitu penting dalam cadangan Menteri Kewangan kita, maka di sini ada pelajar yang ingin datang ke sini tetapi oleh kerana syarat-syarat yang kita kenakan maka ini telah menyusahkan pihak-pihak ini. Dan itu juga adalah satu daripada masalah.

Satu lagi ialah dari segi kursus-kurus yang ditawarkan di sini. Satu tarikan di Malaysia bagi pelajar-pelajar ini ialah mereka boleh dapat mengikuti program-program yang difrancaiskan daripada institusi-institusi di Amerika, United Kingdom, Australia dan

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 35

sebagainya, semua ada di sini dan mereka tidak per1u ke negara-negara itu untuk mengikuti kursus ini di sini maka kos untuk mengikuti kursus ini adalah kurang daripada di tempat asal tetapi nampaknya kerajaan kita sekarang hendak mencadangkan supaya kursus-kursus francais ini sama ada diberhentikan ataupun dikurangkan, maka itu juga adalah satu percanggahan.

Jadi isu semacam ini dibangkitkan. Mereka juga minta bantuan, minta subsidi dan sebagainya daripada kerajaan tetapi pada pendapat masyarakat ataupun orang awam mungkin mereka berpendapat ITPS ini semuanya kaya, semuanya dapat keuntungan yang begitu lumayan. Oleh kerana itu tidak memertukan bantuan dan sebagainya. Tetapi sebenamya itu bukan keadaannya.

Daripada 600 lebih yang diluluskan, hanya 400 lebih itu sedang bergiat dalam aktiviti pendidikan swasta ini. Jadi itu merupakan satu keadaan di mana ada pihak-pihak yang sungguhpun telah diberi lesen tetapi tidak mampu meneruskannya oleh kerana mereka telah menghadapi masalah.

Jadi saya mintalah semua pendapat itu dikaji oleh pihak kita kerana sektor perkhidmatan merupakan satu daripada cadangan Kementerian Kewangan kita, untuk mengatasi masalah dan kalau sektor ini yang telah melabur begitu banyak dalam pendidikan diberi bantuan atau pun diberi sedikit perhatian tentang masalah yang dibangkitkan oleh mereka, maka saya lihat kita ada satu perkembangan yang baik dan semua ini boleh membantu dalam mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh negara kita.

Tadi saya telah menyatakan bahawa saya tidak bercadang hendak bincang vot demi vot kerana ada banyak yang kekal sama pada tahun ini. Saya lihat ada banyak permintaan itu tidak meningkat. laitu apa yang diperuntukkan adalah sama daripada apa yang mereka diberikan pada tahun ini dan ada juga yang telah dikurangkan. Tetapi saya ingin menyentuh tentang dasar. Tentang dasar-dasar dalam cadangan Menteri Kewangan.

Apabila kita baca pembentangan belanjawan itu, kita dapati ada banyak idea dan semua idea yang dibentangkan itu adalah bertujuan membawa negara ini ke satu era yang baru iaitu kepada satu modenisasi, kepada satu keadaan di mana kita dapat memasuki ke arena globalisasi dan kita dapat bersaing dengan negara-negara maju dan kita dapat

-memainkan peranan kita sebagai satu negara yang disanjung tinggi oleh negara-negara lain.

Jadi dari segi dasar, saya dapati ada banyak kebaikan dan saya mengucapkan penghargaan saya kepada Kementerian Kewangan di atas cadangan-cadangan itu khasnya kepada Menteri Kewangan kerana telah memikirkan perkara-perkara demikian. Dan kalau kita ikut cadangan-cadangan itu maka saya yakin kita akan sampai ke satu tahap yang lebih tinggi dan hasrat kita menjadi satu negara maju tidak lama lagi akan tercapai.

ltu saya yakin kalau kita lihat daripada tindakan-tindakan yang dicadangkan itu. Oleh kerana itu, saya akan mengambil kesempatan ini untuk mengulangi beberapa perkara yang disebut oleh Menteri Kewangan pagi ini. Yang pertama ialah strategi Belanjawan tahun akan datang, 2002 itu. Pagi tadi kita diberitahu bahawa ada tiga strategi. Ada tiga strategi yang penting dan untuk perbincangan selanjutnya kita harus mengkaji apakah tiga strategi ini.

Memandangkan keadaan kemelesetan ekonomi dunia, maka strategi pertama yang dicadangkan itu ialah untuk memperkukuh semula pertumbuhan ekonomi negara iaitu kita berusaha sendiri memandangkan dunia sekarang menghadapi masalah dan mereka mungkin tidak dapat membantu kita. Jadi, kita kena berdikari, kita kena berusaha sendiri iaitu melalui beberapa tindakan yang kita harus ambil. Jadi, di sini apa yang dicadangkan ialah memperkukuh semula pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan perbelanjaan dalam negeri.

Jadi, apa yang dicadangkan kalau kita tambah perbelanjaan dalam negeri maka kita akan wujudkan banyak aktiviti dan ini akan sedikit sebanyak memberi peluang kepada setiap pihak itu untuk menikmatinya. ltu ialah satu strategi dan ini kita harus mempergiatkan lagi peranan sektor swasta untuk meningkatkan daya saing mereka. lni

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

36 ON. 6.12.2001

adalah strategi yang pertama dan ini adalah selaras dengan apa yang saya sebut tadi tentang pendidikan swasta, itu ada kaitan dengan perkara itu.

Strategi kedua yang dicadangkan ialah untuk mempelbagai-bagaikan sumber pertumbuhan melalui aktiviti perdagangan dan perusahaan dalam negeri tanpa mengurangkan peranan pelaburan dari luar dan memastikan eksport negara terus berkembang. Jadi, yang kedua juga melibatkan sendiri iaitu semasa kita menunggu pelaburan dari luar, maka kita juga berusaha meningkatkan aktiviti perdagangan kita, kita menggalakkan Jebih banyak kilang berkembang melalui aktiviti mereka. Kita menggalakkan eksport dan sebagainya supaya ini akan mempelbagaikan sumber pertumbuhan kita dan ini adalah satu daripada strategi yang kedua itu.,

Ketiga ialah menentukan agihan kekayaan. lni sangat penting oleh kerana kita sudah kurang sumber pendapatan, sudah turun, duit sudah dikurangkan, maka apa kekayaan yang kita ada, kita harus mengagihkan dengan satu cara yang Jebih saksama dan kita kena lihat bandar dan luar bandar, kita tidak mahu satu jurang yang besar di antara bandar dan luar bandar. Maka apabila kita mengagihkan kekayaan yang kita ada itu, maka kita ambil kira bandar dan luar bandar. Kita juga ambil kira mereka yang berpendapatan rendah dengan mereka yang berpendapatan tinggi. lni juga pada saya satu teras yang amat tepat memandangkan keadaan sekarang. Kita juga diberitahu bahawa dalam teras ini, negeri-negeri yang kurang maju dengan negeri-negeri yang lebih maju, kita juga mahu agihkan supaya lebih saksama. Jni bagi saya akan memastikan setiap golongan rakyat kita itu akan dinikmati. Sungguhpun kek itu sudah kecil tetapi setiap orang masih boleh dapat sedikit daripada kek ini.

Bagi saya ketiga-tiga strategi ini sangat penting. Kalau kita ikut perkembangan berasaskan kepada tiga cadangan ini, saya dapati semua itu adalah adil dan saksama dan kita harus menyokongnya dengan sepenuhnya. Nampaknya ini merupakan satu cadangan daripada sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Oleh kerana ada masalah-masalah, maka kita kena ambil kira, apa yang kita ada kita dapat agihkan dengan lebih saksama supaya kita dapat mengekalkan keharmonian dan kestabilan dalam negara kita. Kita tidak mahu keadaan di mana apa yang kita ada itu akan dihapuskan oleh kerana masalah dalaman, sehingga golongan-golongan tertentu tidak berpuas hati dan telah membuat kacau-bilau dan selepas itu membawa kerumitan dan masalah kepada negara.

Berasaskan kepada tiga strategi ini, saya nampak kita boleh kalau kita semua bersatu padu, beke~asama di antara satu sama lain untuk memperkuat lagi ekonomi kita supaya cabaran-cabaran yang kita akan hadapi pada masa hadapan itu dapat diatasi dengan senang sahaja. Selepas ini saya telah mengkaji apa yang dimaksudkan dalam setiap daripada strategi ini. Jadi, saya akan tumpukan perbincangan kepada perkara ini kerana saya dapati ini sangat menjadi pokok. Kalau kita memahami apa hasrat kerajaan itu, nampaknya kita boleh memahami mengapa sesuatu itu dilaksanakan dan sebagainya. Jadi, ini adalah satu Jatar belakang bagi saya yang begitu penting untuk mencapai strategi pertama itu iaitu untuk memperkukuh lagi pertumbuhan ekonomi negara, maka beberapa galakan telah dicadangkan.

Satu daripadanya ialah supaya pelabur sedia ada membuat pelaburan semula melalui pembesaran iaitu kilang dibesarkan supaya lebih produk itu boleh dikeluarkan melalui modenisasi supaya membawa kita ke globalisasi. Menggunakan automasi­automasi supaya kita dapat menjimatkan, mengurangkan kos dan sebagainya dan tidak begitu bergantung kepada pekerja-peke~a luar yang membawa banyak masalah kepada kita semasa mereka berada di sini.

Sungguhpun kita memerlukan mereka tetapi mereka juga membawa banyak masalah kepada negara kita. Jadi, ini melalui automasi dan juga melalui mempelbagaikan projek mereka dan untuk mencapai ini, maka tempoh elaun pelaburan semula mereka itu sekarang hanya 5 tahun tetapi dicadangkan dilanjutkan kepada 15 tahun iaitu, tambah 10 tahun.

Saya dapati cadangan ini amat sesuai kerana baru-baru ini kita sudah melihat China telah menjadi satu daripada anggota WTO dan seperti saya sebut minggu yang lepas, saya bemasib baik kerana dapat hadir di Doha semasa China itu diterima masuk

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

--------------------------------------------------------------·--·---·~

DN.6.12.2001 37

WTO tetapi kemasukan China ini juga membawa banyak masalah kepada negara kita. Sungguhpun pasaran China itu akan dibuka banyak ruang kepada orang tempatan Malaysia tetapi pada masa yang sama juga, kita akan menghadapi banyak cabaran dan perkara ini juga dirasai panting dan pagi kelmarin dalam mesyuarat MTEN itu, kami juga membincangkan masalah dan peluang, akibat daripada kemasukan China ke WTO itu.

Jadi, di sini dengan cadangan-cadangan ini, saya harap semua syarikat kita, semua pelabur tempatan kita akan mengambil kesempatan ini untuk menggunakan elaun yang dicadangkan ini dan memulakan proses-proses modenisasi seperti yang dicadangkan kerana satu daripada perkara yang dibangkitkan semasa China masuk ke WTO ialah sama ada negara kita akan menjadi lebih kompetitif atau tidak, kalau dibandingkan dengan negara China itu. '

lni ialah satu daripada masalah yang mungkin wujud dan dengan adanya strategi untuk memberi elaun tempoh pelaburan semula daripada 5 tahun ke-15 tahun, saya harap semua pihak yang terlibat akan mengambil kesempatan untuk menggunakan faedah ini atau kemudahan ini demi kebaikan masa hadapan. Jadi, saya sangat mengalu-alukan cadangan ini untuk melanjutkan tempoh daripada 5 tahun ke 15 tahun. Di dalam ........ .

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya sedikit kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Chin, apabila China masuk WTO nanti, apakah tidak mungkin negara-negara lain yang melabur di Malaysia akan relocate kepada China, itu yang pertama. Yang kedua, apakah tidak langkah-langkah yang disebut tadi melanjutkan tempoh allowance tidak dianggap sebagai subsidi yang mana saya percaya, tidak dibenarkan di dalam WTO. Jadi, kalau banda ini berlaku, macam mana kita boleh mengatasinya? Saya lihat benda-benda dari China yang diimport ke Malaysia, harganya begitu stabil sudah beberapa puluh tahun, tidak bertambah, tidak naik harganya. Macam mana boleh Malaysia atau pengusaha-pengusaha kita dapat bersaing sehinggakan orang China mahu membeli eksport daripada Malaysia barang-barangan yang kita buat di sini. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Karim. Soalan itu sangat tepat kerana betul, ia ada banyak implikasi. Kalau kita memberikan lanjutan tempoh ini, ada pihak-pihak tertentu akan menyebut ini sebagai satu bantuan khas kerajaan J:lan ini tentulah melanggar peraturan WTO itu tiap-tiap kali subsidi kerana pada anggapan mereka, subsidi ini merupakan satu pertolongan dan apabila mendapat pertolongan ini, maka kos barangan itu sudah kurang dan itu tidak menunjukkan harga sebenar pasaran itu kerana telah menikmati subsidi.

Jadi, sungguhpun demikian, dalam mengatasi masalah-masalah dalaman untuk mengatasi masalah kemiskinan dan sebagainya, maka kerajaan berhak mengambil tindakan-tindakan tertentu dan dalam situasi ini, tindakan yang dicadangkan ini ialah bagaimana kita dapat menggalakkan lagi pelabur-pelabur dalam Malaysia ini supaya melabur semula dalam kilang-kilang mereka, menjalankan projek-projek modenisasi dan sebagainya. lni, pada saya dibenarkan di bawah peraturan-peraturan itulah. Saya pun bukan seorang pakar. Saya hanya terdedah kepada proses ini apabila saya menyertai rombongan delegasi Malaysia ke WTO dalam bulan yang lepas.

Jadi, inilah memang menjadi satu perkara yang harus diberi perhatian yang serius oleh pelabur-pelabur. Kalau kita tidak berbuat demikian, apa Yang Berhormat Datuk Karim menyatakan itu memang akan berlaku. Banyak daripada pelabur akan tinggalkan Malaysia dan bukan sahaja ke China tetapi ke tempat-tempat yang pada pendapat mereka akan memberi mereka satu keuntungan yang lebih dan dari segi kos produksi itu, maka lebih rendah daripada Malaysia. Oleh kerana itu, saya dapati teras cadangan Menteri Kewangan itu merupakan idea-idea yang baik untuk menyediakan kita, bukan sahaja pada tahun akan datang tetapi seterusnya.

Kalau kita mulakan proses ini, maka bila kita menghadapi cabaran, maka mungkin kita dapat mengatasi cabaran-cabaran ini. Jadi, ini akan berlaku. Kalau kita lihat dari segi (FDI) Foreign Direct Investment, pelaburan-pelaburan terus kepada sesuatu negara. Kita dapati, di rantau kita ini, ASEAN+3, kita dapati lebih kurang 80% daripada FDI itu sudah masuk ke China dan hanya tinggal 20% yang diagihkan kepada negara-negara lain. Jadi,

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

38 ON. 6.12.2001

ini satu masalah yang sangat besar. lni, satu masalah yang kita harus menghadapi. Kalau tidak, nampaknya kita tidak bolehlah maju semacam negara-negara Jain dalam sektor ini. Bagaimana kita boleh menggalakkan FDI ini supaya datang ke Malaysia? Kita, pada masa ini masih ada banyak kawan di dunia tetapi kita kena be~aga-jaga. Kita tidak harus menunjukkan bahawa kita makin lama makin jadi satu negara yang sudah tidak memainkan peranannya dalam arena antarabangsa kerana tindakan sendiri.

Kita tidak mahu menakutkan pelabur-pelabur ini. Oleh kerana itu dalam beberapa bulan yang kebelakangan ini, kita lihat kerajaan telah mengambil beberapa tindakan yang positif dan proaktif untuk menunjukkan bahawa kita adalah satu negara yang sederhana. Kita satu negara Islam, itu betul. Kita ahli Oly. itu kita tidak boleh nafi. Kita ahli OIC.

Semasa di Doha, semua ahli OIC ada perbincangan berasingan demi menjaga kepentingan OJC. Tetapi dari suasana itu kita lihat, OIC ini semua Jihat Malaysia sebagai satu negara - sekarang kita kata negara lslamlah ya, dan nanti saya mungkin sentuh sedikit tentang perkara itu - negara Islam. Tetapi kita negara Islam ala-Malaysia. lni yang berbeza sedikit. Mungkin Yang Berhormat Tuan Haji Hassan Shukri hendak tanya sedikit. Tetapi bila kita berada di sana, kita dapati mereka anggap kita sebagai satu Ahli OJC tetapi ala-Malaysia yang ada ber1ainan sedikit.

Oleh kerana itu pandangan Malaysia itu sangat disanjung tinggi. Mereka mengadakan perhimpunan mereka di hotel yang delegasi Malaysia menginap. Mereka datang ke hotel itu untuk mengadakan perbincangan. Mesyuarat OIC diadakan di hotel di mana rombongan Malaysia itu menginap. Jtu bagi saya satu perkara yang menunjukkan mereka melihat Malaysia sebagai satu pemimpin dalam perkara ini. Jadi kita mesti memastikan suasana kita kerana banyak cabaran-cabaran ini. Jadi suasana kita mesti jangan membimbangkan pihak-pihak lain supaya datang ke sini.

Kalau kita kaji sumbangan dari sektor-sektor kita, kita dapati satu sektor yang besar yang menyumbang kepada kita ialah pelancongan dan juga sektor pembuatan iaitu kilang dan sebagainya. Jadi kita memerlukan pihak-pihak ini. Kita jangan terlalu banyak menyentuh tentang aspek-aspek, dan saya memang setuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi ini apabila beliau menyatakan kita tidak mahu jadi second Taliban atau negara Taliban yang kedua. Kita memang tidak mahu. Kita mahu semua rakyatidta duduk dalam negara Malaysia ini dengan satu aspirasi iaitu membawa negara kita ke satu tahap yang lebih tinggi supaya kita dilihat sebagai satu pemimpin dunia.

Dari segi perniagaan, kita sekarang menjadi ke 17 terbesar dalam dunia. Kita nombor 17 dari segi perdagangan. Jadi sungguhpun populasi kita atau jumlah rakyat kita kecil, tetapi kita dapati dari segi perdagangan itu amat tinggi dan negara-negara lain juga datang untuk mendapat pandangan Malaysia dalam banyak hal. Apabila saya melihat ini, sebagai seorang rakyat Malaysia saya merasa sangat bangga.

Semasa saya berada di Doha, saya dapati tiap-tiap delegasi menelefon bilik sekretariat kita, hendak jumpa dengan pihak kami dan saya pun menyertai banyak daripada perbincangan ini. Dan yang datang itu meminta pendapat kita, selalu hendak jumpa tentang pendirian Malaysia dalam banyak aspek. Jadi kita menjadi ahli kumpulan Cairns atau Cairns Group. Dan Cairns Group merupakan beberapa negara yang ada kepentingan dalarn pertanian. Sungguhpun sektor pertanian kita tidak begitu besar kalau dibandingkan dengan sektor lain tetapi pendapat kita dalam sektor ini juga sangat penting dan tiap-tiap pagi delegasi Malaysia menghadiri perbincangan dalam Cairns Group dan pendapat kita rnemang dialu-alukan.

Kita juga anggota dalam satu kumpulan yang dipanggil LMG iaitu Like-Minded Group, dan Malaysia, India, Pakistan semua menjadi negara dalam kumpulan ini. Dan juga pendapat kita di arena antarabangsa itu juga disanjung tinggi dan tiap-tiap kali bila rnereka tanya, "Anda dari mana?". Kita kata "Malaysia". "Oh, Malaysia yes". Jadi pada pendapat saya apabila ini berlaku saya dapati sangat baik dan saya harap rornbongan semacam ini patutlah juga menjemput ahli-ahli dari Kelantan dan Terengganu menyertai bersama.

Saya haraplah - ini harapan saya - kalau pagi tadi saya tidak sempat berucap semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hadir kerana pemimpin kita telah memberi ucapan beliau dahulu. Yang Berhormat Dato' Marimuthu ialah pemimpin kita, maka kita

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 39

beri laluan kepada beliau untuk berucap dahulu. Tetapi kalau sempat saya boleh cadangkan supaya ahli-ahli dari Terengganu dan Kelantan juga patut hadir bersama. Tetapi di Doha kami hanya diberi dua tempat sahaja- Dewan Negara diberi dua tempat dan saya bemasib baik kerana dipilih sebagai satu daripada dua orang itu.

Tetapi kita tidak haruslah mengehadkan dan saya cadangkan pada masa-masa akan datang rombongan semacam ini, di mana kita dapat berinteraksi dengan negara­negara lain, supaya juga menjemput ahli-ahli dari Kelantan dan Terengganu datang bersama dan kita boleh melihat perkembangan di dunia. Dan mungkin apabila balik ke sini kita lebih memikirkan dengan satu pemikiran yang lebih luas, lebih terbuka, lebih sederhana dan lebih mementingkan negara kita; ltu hasrat saya dan saya harap pihak-pihak yang mendengar ucapan saya ini dapatlah mengambil tindakan sedemikian kerana apabila kita keluar kita lihat bagaimana orang sanjung tinggi kita, dan ini semua berlaku kerana polisi yang kita amalkan di sini, kerana kesederhanaan yang kita amalkan di sini. Kita satu negara Islam tetapi dari segi itu, mungkin saya ceritakan sedikit mengapa mungkin ada sedikit perbezaan pendapat.

Kalau kita lihat dalam bahasa lnggeris, jadi inilah ada sedikit perbezaan dalam makna perkataan-perkataan tertentu. Kalau saya tanya what is an Islamic country and what is an Islamic State? Memang ada perbezaan. Islamic country dengan Islamic state ada banyak perbezaan. Tetapi kalau saya minta dite~emahkan kepada Bahasa Malaysia kita dapati negara Islam bagi kedua-dua maksud itu. Apabila Perdana Menteri mengumumkan kita adalah satu negara Islam, pada keesokan harinya apabila kita membaca dalam surat khabar kita dapati ada beberapa versi perkara itu. Di surat khabar bahasa Malaysia semua kata negara Islam, Star kata Islamic country. Ada yang kata Islamic state.

Jadi, semua ini adalah interpretasi, bila saya bertanya kalau kita negara, apakah jenis negara kita. Adakah saya berhak mengamalkan agama saya. Saya tanya ini memang ada itu dalam Perlembagaan, hak saya terlindung dalam Perlembagaan. Maka itu sudah hak saya dan saya boleh mengamalkan agama saya di sini. Jadi, kalau kita sebutkan sama ada kita negara secular state itu pun tidak betul kerana secular state -dalam Perlembagaan mereka tidak menyebut langsung tentang agama itu yang secular state kerana tidak mahu menyentuh tentang agama. Tetapi di Malaysia kita ada menyebut i>ahawa semua agama itu dibenarkan, semua boleh mengamalkan pemikiran mereka dari segi agama. Tetapi secara rasmi kita ada Islam, itu sudah menjadikan kita bukan Secular state tetapi sama ada itu telah menjadikan kita Islamic state.

Jadi, lebih baik bagi pakar-pakar membahaskan perkara ini tetapi dari segi interpretasi saya, saya belum menjadi seorang pakar dalam agama tetapi dari segi interpretasi saya, kita adalah satu negara yang mengamalkan berbilang agama. Semua agama dibenarkan di sini kita tidak menghalang sesiapa. Jadi, kita ada Kristian, kita ada Buddist, kita ada semualah, semua agama di sini dan itu merupakan satu kekuatan negara kita kerana kita bukan satu negara pelampau dan kalau kita mahu mengubah menjadikan satu Islamic state, apa yang dimaksudkan Islamic state saya tidak mahu kata negara Islam because kalau saya kata negara Islam ini ada kekeliruan sama ada saya bermaksud Islamic country or Islamic state, so saya kata ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu pendirian Yang Berhormat, kadang-kadang Islamic state, kadang-kadang Islamic country. Yang mana sebenarnya pendirian Yang Berhormat? Saya rasa begini kalau saya tidak tahulah, saya membaca undang-undang antarabangsa. Memang dalam undang­undang antarabangsa menyebut mana-mana juga negara yang penduduknya majoriti orang Islam dia panggil Islamic country bukan Islamic state atau mana-mana negara yang menjadikan Islam sebagai agama negaranya juga saya dapati, saya baca dalam bahasa Arab iaitu undang-undang antarabangsa bahasa Arab, dia tidak dipanggil Islamic state tetapi dipanggil Islamic country.

lni yang saya bacalah, sebab itu dalam bahasa Arab kita panggil daula addau/a at muslima itu Islamic Country bukan addau/a islamiah bukan negara Islam ia berbeza dua itu.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

40 ON. 6.12.2001

Saya cuma ingin menjelaskan kalau kita melihat kepada dakwaan-dakwaan saya hendak sebut di sini dakwaan-dakwaan orang-orang Yahudi misalnya, sebab itu orang kalis Yahudi dia mencari jalan bagaimana negara Islam Islamic state atau daula islamiah ini yang ditegakkan oleh Rasulullah S.A.W mereka tidak mahu akui itu sebagai daula islamiah. Motif mereka ialah supaya orang Islam dalam dunia ini tidak ada sebarang contoh negara Islam yang sebenar. T eta pi pendapat-pendapat ini ditolak oleh setengah-setengah ahli-ahli undang-undang Islam.

Misalnya apabila mereka meletakkan safah satu syarat negara itu menurut undang-undang antarabangsa mesti ada kawasan-kawasan tanah yang kemudiannya kadang-kadang dipanggil wilayah ataupun state ataupun negeri ataupun negara. ltu tengok keadaanlah. lni ada bagi negara Islam yang' ditegakkan di sebelah sana ada, kawasan itu ialah Madinah. Satu ada, tetapi ditolak pendapat oleh Kalis Yahudi. Yang kedua mereka juga meletakkan mesti ada rakyat, satu kawasan satu wilayah yang tidak ada rakyat macam mana hendak memerintah, mesti ada rakyat, ada warganegara.

Jadi, inilah satu contoh yang paling baik negara Islam yang mula-mula ditegakkan oleh Rasulullah S.A. W itu rakyatnya berbilang bangsa, berbilang kaum dan berbilang agama. Dikatakan bahawa 30% penduduk Madinah itu terdiri daripada orang Islam. Yang lainnya bukan Islam daripada orang Yahudi sendiri, orang Kristian, Nasrani, masa itu dipanggil Nasrani. Kemudian selain daripada itu orang Arab iaitu yang musyrik. Yang musyrik maknanya yang menyembah berhala. ltu syarat yang kedua ada, rakyatnya ialah yang Islam dipanggil Muhajirin dan Ansar. Orang yang berpindah dari Mekah ke Madinah itu Muhajirin. Kalau Ansar orang Madinah yang sudah menjadi Islam dan di Madinah itu ada Yahudi, ada Nasrani Dari segi suku kaumnya ada juga Parsi seperti Bilal AI Habshi, Salman AI Farishi, orang Parsi.

ltu dari segi kaum maknanya rakyat Madinah itu berbilang kaum dan berbilang agama, malah berbilang budaya dan berbilang bahasa lagi. Selain daripada itu, mereka juga ada di negara Islam Madinah yang ditegakkan oleh Rasulullah S.A.W. Yang ketiga mesti ada pemerintah, maka pada waktu itu sepakat para ulama mengatakan bahawa pemerintahnya ialah Rasulullah S.A.W sendiri selain daripada Rasul dia juga adalah menjadi ketua negara.

- Yang keempat mereka syaratkan, itu juga ada pemerintahnya ialah Rasulullah Muhamad S.A.W. Yang keempat, mesti ada undang-undang. Undang-undang itulah yang dikatakan syariat Islam dan inilah dia yang menjadi asas kepada negara Islam ataupun Islamic state dengan Muslim ataupun dipanggil juga Muslim state seperti tadi Islamic country.

Yang kelimanya barulah kedaulatan, ini silap, ini ada perselisihan di antara ahli­ahli undang-undang antarabangsa menyatakan sesebuah negara itu sama ada ada atau tidak ada kedaulatan ianya boleh dianggap sebagai sebuah negara. Jadi dengan sebab itulah contoh yang paling dekat bila kita hendak meletakkan ia negara Islam ialah bergantung kepada pemerintahnya dan juga perundangan yang dilaksanakan sama ada ia berlandaskan kepada syariat Islam yang berasaskan kepada AI-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Cuma satu sahaja dari segi kesederhanaan. Memang dalam Islam, agama tidak ada paksaan. Dalam AI-Quran menyebut /a ikra hafiddin. Saya ingat boleh dibantu oleh Datuk Ghazi. Tidak ada paksaan dalam agama. Orang yang tinggal dalam sebuah negara Islam, Islamic state, dia boleh mengamalkan agama dia. Sehingga dia tidak boleh dititiskan darahnya oleh orang Islam kalau dia tinggal dalam sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam. Begitu, supaya jangan dilihat nanti kalau saya mungkin menyorokkan ini, apabila disebut Islam, macam pelampau. Disebut perkataan jihad, macam kelmarin Timbalan Menteri Dalam Negeri, seolah-olah apabila sebut perkataan 'jihad' itu golongan ekstrem. Sebenarnya tidak.

Kalau kita membaca dalam kitab-kitab atau buku-buku perundangan, jihad itu sebenarnya membahaskan hubungan seorang muslim dengan orang muslim, hubungan seorang muslim dengan seorang yang bukan muslim, hubungan antara negara Islamic state tadi dengan negara yang bukan Islam, bagaimana hubungan dia. Dibahaskan dalam

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

-------------------------------------

DN.6.12.2001 41

'Babul Jihad' ataupun disebut dalam buku-buku namanya 'Kitabul Jihad Saya sangat dukacita kerana perkataan-perkataan seperti 'Islam' dan 'jihad' ini telah disalahertikan ataupun telah disalahgunakan oleh sesetengah kalangan musuh-musuh kita. Kemudian, kita sama ikut telunjuk mereka. Apa yang mereka kata, Amerika kata, kita pun kata. Apa yang Yahudi kata, kita pun kata juga. lnilah persoalan yang dihadapi oleh sesetengah orang Islam dan juga negara-negara Islamic country, rakyat Islamic country.

Saya lebih minat sekarang ini menyebut Islamic country. Dari segi OIC dan sebagainya, OIC sebenamya berpegang kepada pendapat undang-undang antarabangsa ataupun kalau tidak pun, undang-undang kebiasaan, dalam bahasa kita perkataan 'kebiasaan', adat kebiasaan antarabangsa. ltu yang dipakai. Maka, dengan sebab itulah semua negara yang umat lslamnya ramai dan negara-negara yang menjadikan Islam sebagai agama negaranya walaupun syariat Islam itu tidak be~alan, maka ia dipanggil sebagai Islamic country, bukan Islamic state. ltu pendirian sayalah.

Walau bagaimanapun, terserahlah kepada kita. Kalau di sini semua rakyat hendak panggillslamic state, itu terserahlah. Kami pun berterima kasihlah kalau sekarang ini sudah semuanya bersetuju panggil Islamic state tetapi Islamic state ini sebagai mana yang dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dia sedang beransur-ansur menuju ke arah Islamic state yang sebenar. Kita berterima kasih kalau itu yang betul-betul dipegang.

Terima kasih dan saya mohon sedikit sahaja, apa pendirian sebenar Yang Berhormat? Hendak kata Malaysia ini Islamic state kah ataupun Islamic country? ltu sahaja. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasihlah. Jadi, saya tahu pada permulaan apabila saya bincangkan perkara ini, tentu kawan baik saya, Yang Berhormat Ustaz akan memberi pendapat dan saya pun faham bahawa Islam adalah satu agama yang sentiasa menanamkan sikap cintakan hubungan kemanusiaan dan kesejahteraan.

Jadi, bagi saya itulah satu agama yang sederhana dan pada pengetahuan saya, ramai orang dengan relanya telah menjadikan agama ini sebagai agama rasmi mereka kerana mereka telah melihat ini sebagai satu agama yang begitu sederhana dan mementingkan perkara-perkara yang baik.

Jadi, saya harap dengan pandangan demikian, maka kita boleh membincangkan perkara ini dan mahu tidak mahu kita adalah satu masyarakat Malaysia di mana sudah wujud begitu lama, kita sudah merdeka begitu lama dan saya dilahirkan di sini, beke~a di sini dan sekarang bernasib baik kerana dapat berdiri di Dewan yang begitu mulia ini, di peringkat yang begitu tinggi ini untuk membahaskan sesuatu undang-undang.

Saya juga mementingkan kesederhanaannya. Bagi saya, apabila saya menyertai politik, saya juga memilih dan saya memilih parti Gerakan. Saya seorang wakil daripada parti Gerakan dan dalam Dewan ini hanya ada 2 orang dari parti Gerakan. Saya memilih ini sungguhpun kawan-kawan minta saya masuk MCA kerana dalam MCA itu peluang lebih dari segi bilangan Ahli Dewan Negara pun lebih daripada 10 orang, Gerakan 2 sahaja. PAS juga ada 4, lebih daripada Gerakan.

Saya berbuat demikian untuk kerana saya lihat dari segi negara adalah lebih baik kita jangan mengadakan parti-parti yang mementingkan perkauman dan sebagainya ataupun yang mementingkan keagamaan kerana apabila saya berada di UK, semasa saya belajar di UK, semasa itu Kristian Protestan dengan Katolik itu pun berlawan dalam Ireland. So, saya melawat Ireland dan apabila saya berjalan di sana seorang bertanya saya, Where are you from?" Saya kata, "Malaysia." "Apakah agama anda?" Saya kata, "Saya agama Buddhist. Saya seorang Buddhist." Dia kata, "Are you a Catholic Buddhist or a Protestant Buddhist?" [Ketawa]

lni melihat bagaimana sempit buah pemikiran orang-orang itu. Sungguhpun itu negara maju. Ha, itu satu negara yang maju, tetapi perkara ini pun dia tidak tahu kerana sejak kecil mereka telah terlibat dalam dua sektor itu yang berlawan dan sampai ke hari ini masih berlawan. ltu saya tidak mahu melihat. Juga saya mempelajari sejarah India. Semasa dalam kerajaan British, mereka diberi kemerdekaan dan selepas itu dipecahkan kepada dua negara - Pakistan dengan India. Kenapa itu berlaku?

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

42 ON. 6.12.2001

Oleh kerana keagamaan dan sehingga hari ini masalah di Kashmir masih ada dan tidak dapat diselesaikan dan sampai bilakah kita akan mencapai satu keamanan dunia.

Jadi, memandangkan keadaan-keadaan sedemikian apabila saya balik ke Malaysia selepas saya tamat pelajaran saya, saya telah memikir, saya memang bemasib baik kerana telah diberi peluang melanjutkan pelajaran saya sehingga ke peringkat doktor falsafah. Jadi, saya seorang terlatih, berpengalaman dan saya lihat dengan pengalaman saya semasa saya berada di UK, saya lihat lebih baik kita balik ke Malaysia, kita menggunakan pengalaman dan latihan kita demi membina negara yang kukuh, stabil dan aman di mana setiap orang di sini dijamin tempatnya di bawah matahari Malaysia. ltu bagi saya yang penting.

Di bawah Malaysian sun setiap orang itu ada tempatnya. Jadi, berasaskan kepada ini, adakah patut kalau kita terlalu menekankan perkara ini, perkara itu sehingga kita dapat memecahkan perpaduan kita. Adakah kita mahu melihat negara kita tidak aman, sentiasa ada masalah sehingga kita tidak dapat menentukan kehidupan kita dari hari ke hari. Adakah kita mahu melihat, tiap-tiap hari apabila saya bangun, saya rasa gembira kerana saya cukup makan, saya ada kereta. Semua saya rasa adalah satu yang kita perolehi daripada Tuhan dan kita mahu kekalkan ini, kita mahu negara kita terus maju dan bersama kita mahu menghadapi sebarang cabaran yang kita ada, sama ada dalam negara ataupun dari luar negara kepada kita. ltu yang kita mahu.

Jadi, dari apa interpretasi pun ....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. ..

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih sekali lagi. Saya ingin minta sedikit pandangan Yang Berhormat. Daripada penjelasan tadi, macam mana indahnya Malaysia, macam mana masalah di Ireland, macam mana masalah di Kashmir satu negeri yang menjadi impian saya mahu ke sana tetapi takut oleh sebab ada masalah di Kashmir pada ketika ini.

Apa yang Yang Berhormat belum ceritakan bahawa di Malaysia ini kita bukan sahaja bebas bergaul mengamalkan agama masing-masing tetapi satu lagi perkara yang belum Yang Berhormat terangkan, yang saya tidak dapat rasakan di mana-mana di dunia ini iaitu di Malaysia kalau kita hendak makan kuetiau umpamanya no problem. Cina masakkah, Melayu masak sebab kita menghormati antara satu sama lain. Kedai-kedai, restoran Cina, orang Islam boleh makan kerana ia bertanda halal. Kedai-kedai Melayu, Cina makan. Kalau pergi ke Restoran Hokaido dekat Hotel Vistana sana Cina, Melayu, India makan dengan no problem.

Jadi, perkara ini yang barangkali kita lihat, kita ceritakan, kita amalkan dan insya­AIIah Malaysia ini akan jadi satu syurga di dunia kalau kita membandingkan dengan beberapa negara yang kita pergi, kita lawati di negara lain. Saya sendiri melawat ke beberapa tempat apabila kita pergi negara-negara di sekitar kita umpamanya merasakan bangga yang kita ini sebenarnya anak Malaysia. Cuba terangkan sedikit.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Karim. Saya memang setuju dengan pendapat itu. Jadi, bagi saya seperti saya katakan tadi, tiap-tiap pagi bila saya bangun saya rasa begitu gembira, seolah-olah saya ada dalam syurga kerana semua saya mahu, itu ada. Dan bagi saya ini memanglah satu kekuatan negara kita. Oleh kerana itu ramai orang mahu menjadi rakyat Malaysia tetapi tidak dibenarkan. Sungguh pun mereka buat permohonan mereka mahu menjadi orang tetap di sini pun mungkin susah hendak dapat. lni kerana apa, kerana ada keistimewaan di Malaysia. Nanti saya hendak jawab soalan ustaz tadi. Saya belum jawab lagi. Tetapi kerana ini soalan baru saya bagi sedikit pendapat tentang ini.

Saya mahu ceritakan satu keadaan. Sebelum saya datang ke sini minggu yang lalu, saya ada di Pulau Pinang pada hari Sabtu dan saya jumpa seorang perempuan rakyat Malaysia tetapi dia sudah berkahwin dengan seorang rakyat United Kingdom dan mereka ada dua orang anak, satu perempuan dan satu lelaki dan suaminya telah meninggal dunia. Bagi perempuan ini dia kata adalah lebih baik kalau dia bawa kedua-dua anaknya balik ke

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 43

Malaysia kerana dari segi budaya, suasana dan sebagainya, dia mahu dua anaknya supaya terdedah kepada budaya Malaysia dan sebagainya.

Jadi, sudah bawa dua orang balik ke sini. Tetapi dua orang anak ini adalah rakyat British kerana mengikut bapa mereka, dia adalah rakyat British. Jadi, balik ke sini mereka masuk ke sekolah, belajar di sekolah kebangsaan semua mereka telah fasih dan sebagainya tetapi mereka tidak boleh jadi rakyat Malaysia. Sudah buat permohonan, demi permohonan masih tidak boleh jadi rakyat Malaysia. Dan emaknya datang tanya saya, apa saya harus buat, apakah bila mereka sudah dewasa perlukah mereka dihalau keluar dari Malaysia. Perlukah mereka berpisah dengan saya?

Jadi, tidak lama lagi- sekarang dua orang budak ini, seorang berumur 13 tahun dan seorang berumur 11 tahun. Tidak lama lagi mereka akan mencapai umur 18 tahun. Apabila sampai umur 18, adakah mereka akan dihalau keluar dari Malaysia kerana mereka bukan rakyat Malaysia. Mereka sudah mahu menjadi rakyat Malaysia tetapi tidak diterima. Kalau dihalau keluar, mereka akan tinggal dengan siapa kerana semua keluarga mereka ada di Malaysia. lnilah satu yang kita harus lihat, mengapa negara kita begitu baik sehingga begitu ramai orang mahu menetap di sini dan mahu kembali ke sini. Tetapi undang-undang kita tidak membenarkan. Bagi saya ini adalah satu masalah yang kerajaan harus cuba mengatasi.

Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob: [Bangun]

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob: Saya boleh juga memaklumkan sedikit berkenaan dengan masalah budak dua orang ini. Apabila mereka cukup umur 18 tahun akan datang, mereka memang boleh buat permohonan. Saya pemah bertugas sebagai seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri lebih kurang dua tahun. Saya fikir harus kementerian boleh menimbang. lbunya sudah pun rakyat Malaysia dan bapanya sudah meninggal dunia. Saya rasa tidak jadi masalah. ltu sedikit penjelasan saya sebagai seorang tua dalam Dewan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tan Sri. ltu satu khabar yang baiklah -dan saya memang akan membawa ini kepada perhatian ibu itu kerana apabila ini berlaku

dan ibu kena menjelaskan kepada dua budak ini, kenapa tidak boleh dan kedua budak ini pun tidak boleh faham, kenapa tidak boleh? Kenapa tidak boleh jadi rakyat Malaysia mereka sudah masuk ke sini. ..

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasihlah. Saya ingat Yang Berhormat Dr. Chin sudah menjelaskan kepada kita berkenaan perkara ini. Yang Berhormat Tan Sri pun sudah jelas pengalaman dia selaku Timbalan Menteri. Untuk selesai masalah ini saya cadangkan, ibu itu sudah berceraikah belum? Kalau sudah bercerai Yang Berhormat kahwin sahajalah ...

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Suami sudah meninggal dunia.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Yang Berhormat Dr. Chin ambillah sebagai isteri [Ketawa].

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasihlah. Mungkin satu ketika boleh dijadikan. Yang pertama saya kena menjadi seorang Islam kerana saya sudah ada isteri dan lepas itu mungkin dapat yang kedua dan mudah-mudahan sempatlah berbuat demikian. Tetapi pada pendapat saya itu tidak ada masalah dari segi kalau kita melihat keadaan di Malaysia kerana kita mengamalkan kesederhanaan. ltu yang panting bagi saya.

Oleh kerana begitu lama saya telah menceburi diri dalam arena politik dan selalunya saya telah menekankan perpaduan, kebaikan, keharmonian supaya kita terus boleh berkembang bersama dan kita rela membantu satu sama lain untuk menghadapi sebarang masalah dan itu adalah pandangan saya dan saya harap semua pihak akan menggunakan kekuatan kita dan janganlah membawa unsur-unsur yang akan

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

~~- - --- -~------------ ~---~

44 ON. 6.12.2001

memecahbelahkan rakyat kita dari segi agama, dari segi bangsa ataupun dari apalah lagi segi,lebih baiklah kita mementingkan perpaduan.

Apabila saya ke majlis buka puasa di hotel-hotel sekarang, saya melihat satu keadaan semua orang tunggu termasuk kaum India, China semua orang tunggu sehingga buka puasa baru semua orang makan bersama, itu di hotel. ltu adalah satu kekuatan negara kita kerana kita telah memikir kita ada perasaan kepada kepentingan kawan kita, kita ada hormat kita ada perasaan baik dan kita pun sabar tunggu di sana, sungguhpun mereka boleh teruskan dulu kerana itu di hotel bukan majlis buka puasa atau apa tetapi sekarang memandangkan ramai umat Islam suka membuka puasa di hotel, maka orang­orang yang datang ke sana pun tunggu, mereka pun sabar tunggu dan bersama-sama makan dan ini merupakan satu kekuatan, jadi kita harus mencari kekuatan.

Pada pagi ini, apabila saya lihat soalan-soalan yang ditanya dan yang dijawab oleh Yang Berhormat Tuan Hashim bin Ismail pada pagi ini, tentang sama ada kerajaan hendak hapuskan semua urusan perbankan, kewangan, insurans dan konvensional memandangkan kita sudah diisytiharkan satu negara Islam, jadi kalau perkara-perkara semacam ini masih dipersoalkan semasa kita mahu menjadi seorang anggota global, kita mahu perniagaan masuk ke sini, kita mahu guna sistem internet, kita mahu semua pelaburan kita mahu jadi satu hak, Malaysia jadi satu hub, pelaburan, kewangan, kita buka Labuan untuk tujuan ini jadi kalau semua ini ditanya-tanya, maka ada masalah dan saya rasa bangga apabila saya dengar jawapan pagi ini bahawa tidak ada hasrat untuk berbuat demikian kerana keadaan yang ada di sini adalah satu keadaan yang unik di mana kita ada sistem perbankan Islam dan kita juga ada sistem perbankan konvensional dan itu adalah satu kekuatan kita.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jadi berbalik ke soalan Islamic state atau Islamic country. Jadi lebih baik kita biarkan sesiapa yang hendak buat interpretasi mereka, mereka berhak berbuat demikian. Bagi orang-orang Cina, keturunan Cina di sini mungkin dia anggap Malaysia sebagai secular state, dia pun tidak tahu apa maksud dia secular state. Kalau dia benar-benar amalkan secular state saya mahu ceritakan satu keadaan di Turkey, seorang ahli Parlimen Turkey, seorang perempuan kerana pakaiannya dalam Dewan yang mulia ini, dia telah dipecat.

Timbalan Yang di-Pertua: Untuk makluman Yang Berhormat, dia memakai tudung.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Ya, ya dia pakai tudung dan itu tidak dibenarkan dalam Perlembagaan mereka kerana itu adalah satu secular state yang tidak membenarkan demikian kerana agama itu tidak disebutkan itu adalah satu secular state. Jadi di Malaysia Perlembagaan kita ikutlah kepada Perlembagaan. Perlembagaan ada sebut semua agama dibenarkan tetapi secara rasmi Islam adalah agama rasmi, jadi interpretasi itu apakah patut kita gelar Malaysia? Secular state pun tidak betul, Islamic state pun tidak betul, pada pendapat saya Islamic state pun tidak betul kerana Islamic state seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Ustaz Hassan tadi, Islamic state memang satu daripada aspeknya ialah perundangan dan mesti ikut perundangan syariah itu dari segi Islamic state dan Islamic administration pentadbiran dari segi perundangan dan banyak lagi aspek-aspek itu kena mengikuti baru kita menjadi Islamic state. Tetapi seperti saya sebutkan tadi kekeliruan dari segi terjemah. So, saya pun tidak tahulah apa yang harus kita menggelar kita sendiri, so lebih baik kita kata kita satu negara sederhana di mana semua agama dibenarkan tetapi secara rasmi kita amalkan Islam.

ltu apa yang disebutkan dalam perlembagaan sungguhpun penjelasan itu begitu penting dan begitu panjang tetapi dia bagi sayalah merupakan penjelasan yang boleh diterima oleh semua pihak. Dan kerana kita ada insurans Islam, kita ada pembangkang Islam, kita amalkan ini, kita amalkan itu semua maka kita juga diiktiraf sebagai ahli OIC. Jadi biarlah kita memainkan peranan kita di arena dunia ini dan dengan berbuat demikian maka kita harap negara kita akan terus maju, semua rakyat akan menikmati kemakmuran dan kita akan dapat memperolehi kehendak-kehendak kita. Kita dapat mengamalkan sebarang agama yang dibenarkan dalam negara ini dan kitalah jadi kawan dan rakyat yang

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 45

bersatu-padu demi masa depan negara kita yang lebih ceria itu. Saya harap dengan itu saya sudah juga menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan tadi.

Saya belum habis sebut tentang strategi pertama kerana ada banyak soalan dan nampaknya mungkin saya kena teruskan sehingga lsnin kerana ada banyak lagi yang saya belum sebut tetapi pertanyaan-pertanyaan yang dibuat tadi saya memang mengalu-alukan oleh kerana ia memberikan kita satu peluang untuk menjelaskan pandangan dan bagi saya mereka yang tanya itu adalah berbuat demikian dengan niat yang baik supaya kita dapat menjelaskan dan bersama-sama kita memikir masa hadapan Malaysia yang kita sayangi ini supaya tiap-tiap rakyat di Malaysia itu boleh menikmati kemakmuran, kebaikan dan sebagainya.

Balik ke strategi satu dan tindakan yang dicadangkan itu iaitu untuk membantu dalam melanjutkan, memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi maka ada juga dicadangkan bahawa Rosetta Net itu dapat dimajukan dan satu peruntukan khas dibuat kepada Rosetta Net dan Rosetta Net ini ialah berkenaan dengan satu sistem pembekalan global atau Global Supply Chain Management Network satu rangkaian untuk mendapat perolehan-perolehan tertentu, pengeluaran dan pengurusan logistik secara online dan realtime. Bagi saya ini adalah satu perkembangan yang begitu tepat pada keadaan sekarang.

Oleh kerana kita ingin menjadikan negara kita menjadi lebih produktif, ada daya persaingan yang lebih kuat maka dengan menggunakan teknologi-teknologi moden semacam Rosseta Net ini, maka kita dapatlah memperoleh dengan cepat dan senang apa juga yang kita mahu dan ini akan sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan yang diharapkan iaitu kita boleh memperkukuh semula pertumbuhan ekonomi negara. lni adalah satu daripada langkah dalam strategi pertama dan saya amat mengalu-alukannya.

Saya juga ingin menyentuh tentang satu lagi insentif di bawah strategi pertama iaitu satu elaun bangunan industri. Sekarang sudah ada elaun bangunan industri ini tetapi elaun bangunan industri ini sekarang nampaknya belum disampaikan kepada pembangunan industri hotel. Hotel sekarang tidak menikmati elaun ini.

Apa yang dicadangkan dalam belanjawan itu ialah supaya hotel juga diberi kemudahan ini dan dengan berbuat demikian, saya harap hotel kita akan berkembang dengan lebih maju dan mereka akan menanam lebih modal untuk memperbesar hotel itu

-supaya menarik lebih ramai pelancong datang ke Malaysia untuk menikmati kemudahan­kemudahan kita.

Kalau kita membandingkan dari segi harga, kalau kita masuk ke satu hotel Lima Bintang dan duduk di sana semalam, kita kena bayar lebih kurang mungkin antara RM200 hingga RM300 tetapi kalau kita keluar ke negara-negara lain, kita dapati harga satu bilik sederhana sahaja, kita kena bayar lebih kurang RM800 atau USD200. Kalau kita lihat dari segi itu maka harga-harga kita ini sangat menarik kepada pelancong-pelancong. lni adalah satu kekuatan.

Kalau elaun bangunan industri ini juga disalurkan kepada hotel ataupun industri hotel maka saya dapati mungkin di masa depan sektor pelancongan ini akan berkembang lagi dan pemberian elaun bangunan industri ini sangat dialu-alukan dan saya harap hotel­hotel berkenaan akan mengambil kesempatan ini untuk memajukan lagilah hotel mereka supaya akan lebih menarik pelancong ke Malaysia ini.

Untuk industri-industri lain, elaun bangunan industri ini nampaknya dicadangkan naik daripada 2% kepada 3%. lni juga satu galakan dan dari segi menuntut susut nilai, sekarang mereka boleh berbuat demikian dalam masa 30 tahun tetapi dalam cadangan ini tempoh itu akan dipanjangkan kepada 45 tahun iaitu tambah lagi 15 tahun. lni adalah satu galakan yang sangat baik dan saya harap dengan berbuat demikian hasrat strategi pertama untuk memperkukuh semula pertumbuhan ekonomi negara dapat dilihat tidak lama lagi.

Di bawah elaun bangunan industri juga ada disebut bahawa elaun permulaan 10% diberi kepada bangunan yang dibeli bukan yang dibina saja. Dalam pemberian elaun bangunan industri ini nampaknya, hanya kalau pengusaha itu membina satu bangunan baru, ia dapat menikmati elaun 10% ini tetapi sekarang dipanjangkan kepada bangunan-

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

46 ON. 6.12.2001

bangunan yang dibeli, bukan yang dibina iaitu bukan satu bangunan baru tetapi yang dibeli - mungkin beli satu bangunan lama pun boleh juga menikmati elaun ini.

Jadi ini bagi saya adalah satu galakan yang baik dan saya harap semua pihak akan mengambil kesempatan itu untuk mengembangkan lagi kilang mereka dan juga menambah lagi pelaburan-pelaburan supaya kita bersedia apabila kita keluar dari tempoh kemelesetan ekonomi, kita boleh terus meningkatkan produktiviti dan juga eksport kita.

Saya juga baca dalam cadangan itu bahawa duti import bagi 55 jenis barangan. 55 jenis barangan ini sekarang ini dikenakan duit import sebanyak 20% hingga 105% di antara 20% hingga 105% duti import, dicadangkan dikurangkan kepada 10% hingga 50%. lni juga satu galakan dan dengan berbuat demikian, saya harap kos itu akan dikurangkan dan bukan sahaja dikurangkan tetapi kita dapat meningkatkan daya kita untuk compete di arena global itu.

Di samping mengurangkan duti import kepada 55 jenis barangan itu, ada juga dicadangkan 171 lagi jenis barangan, duti importnya tetapi 171 jenis barangan ini sekarang dikenakan duti import yang bukan tinggilah, ia di antara 5% hingga 35% itu sahaja. Yang dicadangkan ialah hapuskan ... , ada beberapa jenis dihapuskan 0% hingga 25% iaitu satu pengurangan.

Saya harap sektor-sektor yang terfibat dalam cadangan ini akan mengambil kesempatan terus melabur lagi, terus mengambil tindakan supaya pada masa hadapan apa yang diharapkan dalam pemberian galakan ini akan tercapai. Kalau kerajaan memberi komitmen ini kepada mereka, mereka tidak mengambil tindakan untuk menikmatinya maka itu akan sia-sia sahajalah.

Jadi saya harap ada dengan ada pemberian sedemikian, semua pihak akan mengambil inisiatif mereka untuk menikmatinya.

Di bawah strategi yang kedua iaitu mempelbagaikan sumber pertumbuhan melalui aktiviti perdagangan maka disebut semua ini akan berasaskan kepada sumber yang ada dalam negeri.

Negara Malaysia adalah satu negara yang ada banyak sumber asli. Jadi, semua pihak harus mengambil kesempatan ini untuk melihat bagaimana kita dapat memajukan sumber-sumber yang wujud sekarang dari segi sumber dalam tanah, sumber galian dan sumber-sumber kayu balak dan sebagainya. Kita harus melihat bagaimana kita dapat mempelbagaikan lagi jenis-jenis barangan yang dapat dikeluarkan kerana sumber-sumber ini sudah wujud dalam negara kita. Kita bemasib baik. Kalau kita banding dengan negara jiran kita, Singapura, mereka tidak ada sumber-sumber asli ini, tetapi kita ada dan harus mencari lebih kegunaan kepada sumber-sumber ini.

Dan di bawah strategi yang kedua, untuk mempelbagaikan sumber pertumbuhan, maka ada dicadangkan banyak insentif. Dan saya harap pihak-pihak yang berkenaan akan melihat satu demi satu insentif-insentif itu dan kemudian mengambil tindakan masing­masing supaya menyertai skim ini dan menikmati apa yang dicadangkan bagi mereka. Di bawah strategi ini juga ada disebut bahawa pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan akan berasaskan kepada k-ekonomi. lni bagi saya adalah satu perkembangan yang tepat dan sudah sampai masanya untuk kita melaksanakannya. Dan ini merupakan satu pandangan jauh kerajaan demi kebaikan negara pada keseluruhannya.

lni telah mula dengan projek MSC - Multimedia Super Corridor itu di mana kita telah memulakan asas-asas atau meletakkan asas-asas dan menambah pengetahuan kita supaya tidak lama lagi kita akan sampai ke satu tahap di mana kita akan mengamalkan k­ekonomi yang disebut-sebut dalam dunia sekarang. Kita juga harus mengkaji implikasi­implikasi dengan mengadakan satu sistem yang dicadangkan ini dan saya harap dari segi perundangan, dari segi persediaan, dari segi mengadakan kemampuan rakyat, kepakaran dan sebagainya, kita sudah tersedia dan bila-bila masa boleh mengamalkan k-ekonomi ini kerana di arena dunia memang ini sudah menjadi satu perkara yang ditunggu-tunggu.

Dan saya baca dalam pembentangan itu bahawa tumpuan akan diberi kepada tiga sektor yang penting. Satu ialah sektor perkilangan, satu sektor pertanian dan satu lagi sektor perkhidmatan.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 47

Dalam sektor perkilangan masalah-masalah kita ialah dari beberapa segi. Satu yang rumit ialah sama ada jentera kita dalam kilang-kilang itu sudah lama ada diganti, ada ditukar kepada jentera-jentera yang lebih moden dan lebih efisien. Kalau kita tidak berbuat demikian, maka apa jualah tumpuan yang kita berikan kepada sektor ini tidak akan membawa kesan yang baik. Jadi saya harap semua pihak yang ada akan mengambil tindakan masing-masing dan sentiasa beke~a rapat dengan kementerian-kementerian berkenaan supaya mereka boleh mendapat bantuan dan kemudian memodenkan kilang­kilang mereka kerana kita takut kalau kita tidak berbuat demikian, apabila ekonomi dunia sudah berkembang maka kita masih ketinggalan kerana kita belum bersiap sedia.

Dalam sektor perkhidmatan, ini juga merupakan satu sektor yang begitu panting dan semasa kita berada di Doha, maka bagaimana kita akan membuka sektor perkhidmatan ini kepada semua negara yang ingin datang ke Malaysia itu juga menjadi satu persoalan yang besar. Dan sektor perkhidmatan ini merupakan satu daripada sektor yang sangat panting dalam negara kita. Banyak daripada pakar-pakar kita khasnya pakar perubatan sudah melabur begitu banyak kewangan mereka untuk perkembangan sektor ini. Kalau kita lihat dari segi jumlah hospital swasta yang dibina itu maka kita tahu di Malaysia ini kita adalah hospital-hospital swasta yang begitu moden dengan pakar-pakar sendiri sehingga ramai daripada jiran-jiran kita pada suatu ketika telah datang ke sini untuk rawatan mereka. Dan sektor ini pada fahaman saya, masih boleh berkembang dengan baiknya sekiranya kita lebih bertumpu kepada beberapa perkara seperti pelancongan perubatan atau medical tourism.

Ada dicadangkan bukan sahaja orang datang ke Malaysia untuk melancong tetapi semasa mereka ada di sini mereka boleh membuat pemeriksaan kepada badan, mengambil ujian-ujian darah dan sebagainya dan semasa itu duduk dalam suasana yang baik dan kos untuk sektor ini tidak begitu tinggi kalau dibandingkan dengan negara asal mereka. Ada juga dicadangkan bahawa dari segi pergigian mereka boleh datang ke sini, kita boleh mengisikan ruang-ruang kosong dalam gigi kita dengan kos yang separuh atau kurang daripada separuh kos sebenar kalau perkhidmatan itu diberi di negara asal mereka.

Jadi ini bukan sahaja dari segi perubatan tetapi dari segi lain. Dari segi arkitek, kita juga ada pakar-pakar dan kita harus mengeksport kepakaran kita kepada negara­negara lain. Kita di dunia ini kita yang tinggal sebab negara yang ada twin tower - di

-Amerika iaitu World Trade Center - itu telah dimusnahkan. Maka kita ada twin tower, kita ada dua menara di Kuala Lumpur yang sekarang menjadi lebih canggih lagi kerana tidak ada lagi dua tower atau menara itu untuk menjadi competitor kepada kita. Dan pakar-pakar kita dapat atau sempat membina tower ini dan juga kita ada Jambatan Pulau Pinang yang begitu panjang dan juga itu dibina oleh pihak semua pakar perunding yang datang dari Malaysia. Jadi, itu ada kepakaran dalam sektor perkhidmatan ini.

Dari segi peguam-peguam, kita juga ada banyak peguam yang bertaraf antarabangsa dan kalau semua pihak ini datang menyumbang kepada penambahan perkhidmatan mereka maka tidak lama lagi kita akan dapat mengeksportkan perkhidmatan kita kepada negara-negara lain dan ini di bawah strategi dua akan membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi dan saya harap semua pihak akan menggunakan kemudahan­kemudahan yang dicadangkan itu di bawah sektor perkhidmatan dan akan terus mengambil inisiatif mereka untuk masuk cadangan-cadangan mereka dan juga membuat persediaan­persediaan tertentu supaya mereka boleh memainkan peranan ini.

Semua adalah cara-cara untuk mempelbagaikan sumber pertumbuhan kita dan dalam Budget ini telah dicamkan bahawa sektor perkhidmatan ini memang satu sektor yang boleh menyumbang banyak kepada perkembangan ekonomi kita. Oleh kerana itu maka galakan-galakan tertentu diberi kepada sektor ini.

Satu lagi yang disebut dalam tumpuan strategi dua ini ialah sektor pertanian. Sungguhpun sektor pertanian tidak memainkan peranan yang begitu tinggi dalam

' perkembangan ekonomi Malaysia tetapi dari segi minyak kelapa sawit inl merupakan satu sumber pendapatan yang penting kepada negara kita.

Pada masa sekarang negara India telah menurunkan duti import minyak kelapa sawit ini dan kita harus mengambil kesempatan supaya meningkatkan lagi pengeksportan

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

---------

48 DN. 6.12.2001

kita kepada negara itu dan juga negara China merupakan satu negara yang memerlukan banyak daripada minyak kelapa sawit dan saya difahamkan banyak perbincangan telah diadakan dengan Kerajaan China dan saya harap itu akan sampai ke satu tahap di mana eksport kita kepada negara itu dalam sektor ini akan ditingkatkan. Kalau ini berlaku, maka itu akan membantu dalam sumber pertumbuhan ekonomi kita.

Seterusnya, saya lihat kepada strategi ketiga yang dicadangkan itu dan di sini saya tadi telah menyentuh sedikit tentang aspek-aspek ini apabila rakan-rakan saya telah menanya pendapat saya tentang beberapa perkara. Strategi ketiga yang dicadangkan ini ialah untuk menentukan agihan kekayaan yang kita ada ini menjadi lebih saksama.

Banyak daripada masalah yang ditladapi oleh kebanyakan negara ialah jurang antara mereka yang kaya dan mereka yang miskin adalah begitu luas dan ini telah membawa banyak masalah kepada mereka dan kita tak mahu keadaan ini berlaku di Malaysia khasnya pada masa yang mana kita menghadapi masalah. Kalau kek kita itu begitu besar maka mungkin tidak ada masalah. Tetapi kalau kek kita sudah jadi lebih kecil maka pengagihan kepada semua golongan itu akan menjadi satu perkara yang lebih rumit.

Di bawah cadangan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan itu ada disebut bahawa pengagihan ini akan berteras kepada kesaksamaan dan keadilan dan untuk berbuat demikian maka akan beberapa cadangan.

Satu ialah pengagihan ini akan ditumpukan kepada pembangunan luar bandar. Bagi saya ini amat tepat. Saya tak mahu lihat keadaan di Malaysia di mana golongan­golongan tertentu masih tidak ada perkhidmatan api dan air. ltu tak harus berlaku kerana kita sudah sampai ke satu era yang begitu moden, kita ada satelit TV, kita ada kereta yang mewah, kita ada begitu banyak kemudahan tetapi kalau masih ada golongan-golongan kita yang tidak menikmati apa yang saya fikirkan sebagai satu yang perlu mereka nikmati iaitu bekalan api dan air, maka ini tidak menunjukkan keadilan kepada golongan-golongan tertentu kita.

Jadi pembangunan luar bandar dengan tumpuan-tumpuan kepada perkara seperti saya sebut itu amat tepat dan ini membawa banyak kebaikan kepada kita semua. Kalau kita tidak ...

- Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Dr. Chin, Yang Berhormat Dato' Karim minta laluan. Jemput.

Dato' Haji Karim bin Ghani: Terima kasih Dato', saya minta laluan untuk menanya sedikit pendapat atau pandangan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin iaitu tentang perbezaan pendapatan atau jurang antara kaya dan miskin ini. Ada tempat-tempat saya lihat dia mempunyai rumah, ada air, ada lampu, di kawasannya ada sekolah tetapi penghidupannya bergantung kepada menoreh getah.

Apabila harga getah jatuh umpamanya dia sudah tidak boleh menampung untuk membayar elektrik, untuk membeli minyak dan macam-macam masalah lagi. Masalah yang ingin tahu atau minta pandangan Yang Berhormat Dato' ialah macam mana apabila kita sudah bayangkan inilah di tarat yang sudah bukan miskin lagi, macam mana kita menyediakan sopaya orang-orang serupa ini mempunyai pendapatan yang berkekalan, sustainable income untuk terus menerus hidup di paras yang kita kata selesa dan bukan miskin lagi. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Karim. Memang saya setuju dasar-dasar yang sedia ada itu tidak menggalakkan jurang itu diperkecil. Oleh yang demikian, maka apabila kita mengkaji cadangan-cadangan yang dibuat untuk pembangunan luar bandar itu, kita dapati bahawa isu ini ada diberi tumpuan, tetapi sama ada masalah itu dapat diatasi dalam satu masa yang singkat atau memerlukan satu masa yang lebih panjang, saya pun tidak tahu. Tetapi dari segi tindakan, saya difahamkan sudah ada, tetapi dalam banyak daripada perkara ini kita memerlukan kerjasama yang lebih rapat di antara kementerian-kementerian. Di sini Kementerian Pertanian dan Kementerian Perusahaan Utama bersama-sama boleh memainkan peranan dan juga mungkin ini akan melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar mungkin juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Semua ini ada peranan masing-

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 49

masing, tetapi untuk mengatasi masalah ini kita harus bukan sahaja menumpukan tanaman kita kepada satu atau dua komoditi sahaja, mungkin kita kena mempelbagaikan.

Dalam estet-estet yang besar itu bukan sahaja mereka menanam pokok getah atau pokok kelapa sawit tetapi juga dalam cadangan Budget ini ada disebut bahawa pembelaan ayam dan itik itu juga digalakkan dan ada subsidi atau insentif tertentu bagi pembelaan ayam dan itik dan mungkin kita boleh masuk juga rusa, kambing, lembu dan sebagainya. Kalau kita berbuat demikian maka pengusaha kita dalam estet-estet ini tidak bergantung semata-mata kepada satu dua komoditi dan apabila ada turun naik harga antarabangsa atau dunia itu maka mereka sudah menghadapi banyak masalah. Setiap kali

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Dato' ada .... Datuk Dayang minta laluan. Dijemput Datuk Dayang.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya seronok mendengar pandangan daripada Yang Berhormat Dato' Dr. Chin. Sebenamya kita begitu faham dan begitu mengetahui tujuan mumi kerajaan untuk memastikan bahawa rakyat PPRT atau rakyat termiskin ini sentiasa terbela, memang itulah matlamatnya dan pelbagai rancangan telah dibuat. Tetapi nampaknya akhir-akhir ini kerajaan begitu prihatin ada pula di kalangan masyarakat yang melihat menjadi seorang miskin ini adalah satu kesempatan, kesempatan dalam kesempitan. Jadi, kalau dahulu perkataan PPRT disebut sahaja rakyat termiskin, ada orang yang tersentak orang kata macam segan hendak sebut diri dia miskin. Tetapi apabila sudah dengar begitu banyak bantuan yang disalurkan kepada orang miskin, ramai pula yang bertubi-tubi mendaftarkan diri dan melayakkan diri sebagai orang miskin. Jadi, saya hendak tanya pandangan Dato' dari segi mentaliti orang-orang kita dalam golongan ini. Sebab ini wujud walaupun dalam usaha untuk kita mengenal pasti, kita telah melantik ketua-ketua kampung, pengerusi JKKK dan memang ada prasyarat yang perlu diikuti, malangnya mereka cari jalan bagaimana memenuhi prasyarat itu supaya layak menjadi PPRT.

Jadi, ini juga saya rasa satu yang merugikan kepada kerajaan yang mana wang lni boleh diberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih mustahak - pendidikan dan sebagainya. Jadi, saya hendak mendengar pandangan Yang Berhormat bagaimana hendak mengubah sifat mentaliti yang mengambil kesempatan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Dato' Dr. Chin.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih. Saya memang bersetuju bahawa perkara ini ada banyak masalah dan minggu lepas saya telah sempat membincangkan perkara ini dengan Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan beliau juga bimbang tentang sama ada pihak-pihak seperti yang disebut itu betul-betul menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada mereka ataupun pihak-pihak yang mengambil kesempatan melalui penyelewengan pegawai atau lain-lain penyelewengan untuk mendapatkan duit yang dikhaskan kepada pihak yang termiskin itu. Jadi, ini memang menjadi satu perkara dan di masyarakat kita kesannya ialah banyak penipu dari semua lapisan. Mereka selalu mengambil kesempatan untuk mendapatkan apa yang diperuntukkan tetapi sungguhpun mereka tidak layak, sebagai contoh apabila kita kata ada rumah kos rendah yang akan diagihkan maka orang kaya pun mahu satu buah rumah itu dan ambil kesempatan untuk mendaftarkan diri.

Oleh kerana itu, maka masalah ini sentiasa wujud dan kita haruslah mengawasinya, kalau tidak mereka yang patut dapat ini tetapi tidak dapat dan mereka akan marah bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada masyarakat juga. Katakan masyarakat ada orang-orang yang menipu mereka sehingga bantuan yang patut disalurkan kepada mereka itu tidak sampai kepada mereka. Di sini saya tahu pentadbiran kerajaan telah melantik ketua kampung, penghulu, pemimpin-pemimpin tempatan dan termasuk pemimpin­pemimpin parti politik untuk membantu mengenal pasti orang-orang ini. Baru-baru ini sahaja kita dengar seruan Perdana Menteri supaya kita mencari golongan ini kerana kita

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

50 DN. 6.12.2001

tidak mahu orang ketinggalan dalam perkembangan di Malaysia ataupun dari arus perkembangan. Kita tidak mahu sesiapa pun ketinggalan.

Jadi, banyak inisiatif yang mesti diambil oleh kementerian-kementerian berkenaan dan di sinilah saya harap Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersama dengan kementerian-kementerian lain dapat memainkan peranan yang efektif, berkesan supaya golongan ini dapat dibantu. Jadi, kalau pengagihan kekayaan itu tidak sampai kepada mereka yang harus dan patut menerimanya, mereka ada perasaan marah kepada kerajaan dan kalau dibiarkan demikian sahaja maka tidak lama lagi kumpulan ini akan menjadi satu kumpulan yang bukan sahaja menuntut hak mereka secara demokratik tetapi mungkin juga menggunakan cara-cara yang tidak diingini untuk menuntut hak mereka. Kita tidak mahu itu berlaku dan saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Datuk Dayang tadi bahawa kita tidak mahu melihat orang-orang atau pihak-pihak mempermainkan pihak ini dan saya harap segala tindakan kerajaan yang keras dan tegas itu akan diambil terhadap mereka yang mengambil kesempatan untuk menipu golongan ini.

Oleh kerana ini adalah lebih baik kalau segala bantuan dan sebagainya melalui PPRT atau melalui bantuan-bantuan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dikenal pasti itu dibuat dengan telus dan ini sangat penting, kalau tidak maka penyelewengan itu mungkin berlaku dan kita tidak dapat mengawasinya.

Jadi, sektor luar bandar itu selalu ada masalah-masalah dan semalam sahaja apabila kita membahaskan Bekalan Tambahan 2001 itu, kita juga ada sebut tentang Orang Asli dan bantuan kepada sektor ini. Dan juga kita ada membahaskan sama ada peruntukan-peruntukan yang dikhaskan kepada kumpulan ini dapat sampai kepada mereka. Kita juga ada den gar ada minoriti lain seperti kumpulan Siam dan sebagainya dalam negara ini. Mereka juga memerlukan bantuan. Dan juga mung kin rakyat keturunan India. Kita juga ada pihak-pihak yang memerlukan bantuan dan kita haruslah mengkaji kesemua perkara ini. Kalau tidak mereka ini akan menjadi pembangkang kepada kerajaan. Kerajaan berniat membantu mereka tetapi oleh kerana tindakan-tindakan yang tidak baik itu, maka mereka tidak menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat. lni ada laluan.

- Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah pembangkang ini, saya rasa pada pandangan saya, kalau boleh dikongsi pengalaman dengan Yang Berhormat Data' Dr. Chin. Yang betul-betul miskin, biasanya jarang membangkang. Yang membangkang ini, mengikut pengalaman saya yang sedikit ini, biasanya yang telah melalui proses, mendapat manfaat yang banyak, sama ada pendidikan, sama ada mendapat peke~aan yang baik dan tidak terasa ianya akan tergugat. Jadi, sebab itulah dalam suasana selepas pilihan raya yang lalu, kerana fitnah dan dakyah yang begitu banyak yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk PAS dan KeADILan yang ingin mengancam keselamatan negara, sehingga ianya ditekan begitu bertalu-talu, sehingga parti pemerintah sendiri berada dalam keadaan yang hostile- dengan izin.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kalau saya dapat berkongsi pengalaman, masalah pembangkang ini adalah satu sifat yang te~adi kerana tidak bersetuju dengan secara . prates, maka timbullah kumpulan-kumpulan ini, dan kumpulan yang memperjuangkan ini, adalah kerana kefahaman ideologi dan kefahaman pendekatan.

Sebagai contohnya Tuan Yang di-Pertua, PAS diwujudkan pada tahun 1951, selepas beberapa tahun UMNO diwujudkan. Sehingga sekarang, PAS dapat menakluki dua negeri dan sekarang ini, oleh kerana rakyat- gelombang begitu besar pada tahun 1999 - berubah sehingga kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu diperintah oleh PAS. Rakyat yang tidak mengetahui perkara-perkara ini terpaksa menyokong kehendak­kehendak pergerakan pembangkang ini sehingga jatuh dua negeri. Tetapi setakat ini, apakah perjuangan pembangkang ini - pada pandangan Yang Berhormat Data' Dr. Chin -sehingga tidak dapat dilaksanakan di Kelantan dan di Terengganu, kerana kefahaman masyarakat kita yang jahil dalam agama umpamanya. Pegawai-pegawai kerajaan yang baru sahaja hendak mengenali pendidikan awalan agama umpamanya, kadang-kadang melihat altematif kepada perkara ini ialah mesti menyokong sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai perjuangan mereka.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 51

Kita lupa bahawa agama yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. ini luas dan setakat ini apabila bercakap negara Islam, kita nampak PAS memperjuangkan negara Islam dan Perdana Menteri mencabar supaya ada satu modem yang dibuat oleh PAS. Setakat ini, kita tidak nampak apa satu lagi. Di Terengganu baru-baru ini meminda Perlembagaan Enakmen Kerajaan Negeri, lima daripada enam dipinda, 100% dicedok oleh enakmen dan undang-undang yang telah diluluskan di peringkat Wilayah Persekutuan tetapi keluar dalam Harakah dan sebagainya. Jadi, banyak sangat perkara-perkara seperti ini dan pembangkang ini kebanyakannya yang telah mendapat manfaat.

Oleh sebab itu, saya agak kurang bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin bahawa mesti menolong yang susah. Saya rasa tidak dapat dipertikaikan lagi dalam suasana negara kita di' bawah kepimpinan Barisan Nasional, membasmi kemiskinan adalah merupakan asas perjuangan mutlak dalam negara kita. Cuma yang kita membincangkan sekarang ini, apakah mekanisme, apakah cara, kaedah, pendekatan macam Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menjawab pagi tadi.

Jadi, saya merayulah kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Chin supaya apakah cara sebenarnya supaya dapat kita ceritakan kepada pegawai-pegawai kerajaan umpamanya? Kita tahu, kumpulan guru umpamanya, kumpulan pegawai-pegawai Petronas - bukan semua tetapi ada sebahagian daripada mereka - melihat, walaupun mereka berkelulusan tinggi, educated dan sebagainya tetapi ia mempunyai pendekatan ini kerana mereka telah mendapat apa yang mereka telah perolehi.

Tetapi, inilah kalau boleh Yang Berhormat Dato' Dr. Chin dapat bertumpang kongsi dengan saya, bagaimanakah pemikiran generasi bangsa kita di Malaysia ini dapat melahirkan kesyukuran bagaimana kita membina melalui proses jerit tangis pemimpin­pemimpin terdahulu dengan keupayaan yang ada ini. Dan kalau hendak dikata satu model yang baik, mungkin kita agak sombong untuk memperkatakan kita sebuah negara membangun dunia ketiga yang terbaik di dalam dunia ini. Dan kalau kita melihat negara­negara yang diisytiharkan Islam, mereka dalam keadaan yang kucar-kacir seperti berlaku di Afghanistan umpamanya, ataupun kemiskinan yang amat ketara di Mesir sebagai sebuah negara Islam.

Jadi, di manakah sebenarnya model yang hendak dibawa dan terbaik yang kita gapat dengan fikiran yang tidak emosi tetapi melihat kepada fakta yang berlaku di sekeliling kita. Maka, bagi saya Malaysia telah dapat mencontohi dengan gerakan yang ada ini, dapat dijadikan model sebagai sebuah pemerintahan yang meletakkan negara Islam yang di tahap yang terbaik. Walaupun ada di kalangan masyarakat kita yang telah mendapat manfaat segala-galanya dan saya berkeyakinan tidak ada seorang pun warganegara Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin PAS - tetapi dia tidak ada di sini, tidak sedap hendak cerita - tetapi, bermula daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan sebagainya, saya rasa tidak ada seorang pun yang terlepas daripada rahmat daripada perjuangan Barisan Nasional.

Jadi, kalau boleh Yang Berhormat Dato' Dr. Chin memanjangkan sedikit keadaan dan suasana ini supaya kita dapat melahirkan satu iklim yang agak neutral supaya keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya yang akan datang adalah keputusan yang boleh memberi manfaat kepada bangsa kita, kepada agama kita dan juga kepada negara kita. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Haji Rosli. Jadi, Tuan Haji Rosli telah membangkitkan banyak perkara yang memerlukan banyak pemikiran. Dan kalau kita meninjau dari beberapa segi, kenapa ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati, kita lihat bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara-negara maju juga ada kumpulan­kumpulan sedemikian. Di negara maju khasnya, mereka menikmati banyak kemudahan. Ada golongan-golongan yang tidak payah kerja, ada pendapatan dan semua perkhidmatan sebagai perubatan, pengangkutan dan perumahan, semua diberi kepada golongan ini. Tetapi, sungguhpun demikian, masih ada mereka yang kurang puas hati dengan kerajaan. Jadi, bagi saya kita tidak bolehlah dapat sokongan 100% daripada rakyat kerana ada pihak­pihak yang ada pemikiran sendiri. Dan kita pun tidak tahulah. Kalau kita tanya, kita tidak boleh faham mengapa ini berlaku.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

52 ON. 6.12.2001

Jadi, kita kena biarkan bahawa ada kumpulan-kumpulan yang tidak sokong apa yang kita buat sungguhpun apa yang kita buat adalah untuk kebaikan majoriti. Tatapi mesti ada orang di bandar khasnya, pada satu ketika di Pulau Pinang, dia kata kerana saya mahu kemudahan maka saya di peringkat negeri sokong Barisan Nasional tetapi saya mahu wakil saya juga mambentangkan pandapat yang berlainan di Parliman, jadi pihak Parlimen kita bagi kepada pambangkang.

Dan mereka bukan orang yang tidak ada pelajaran tinggi - maraka barkelulusan tinggi. Dalam banyak area mereka ialah dalam kumpulan middle-class, di mana banyak daripada mareka adafah orang profesional - peguam, akauntan, doktor, arkitek dan sebagainya. Tetapi mereka juga ada pandapat demikian - di peringkat-paringkat tertentu bagi kapada Barisan Nasionaf, di peringkat-peringkat tartantu bagi kapada pihak pembangkang. Dan ini memang berlaku.

Di Pulau Pinang sabagai contoh, pada satu katika Lim Kit Siang, Karpaf Singh semua mereka kalah di peringkat negeri tetapi tefah mewakili pihak-pihak, kawasan­kawasan tartantu di Parfimen. Tatapi kita tidak putus asa. Kita masih mampa~uangkan, kita masih menjefaskan kebaikannya dan sebagainya. Dan nasib baiklah pandangan ini tefah sampai ka peringkat itu dan pada tahun 1999 maka satu perubahan sikap tefah berlaku dan kita fihatfah di Dewan Rakyat sakarang maka kedua-dua pemimpin - Karpaf Singh dan Lim Kit Siang sudah ditewaskan.

Jadi, saya harap Yang Berhormat Tuan Haji Rosfi tidak putus harap tantang perkara ini. Kafau kita menunjukkan kita semua ikhfas, kita betul-betul berkhidmat kepada mereka, Jama-kefamaan mungkin mereka boleh mefihat kejujuran kita dan selepas itu akan mambafas kebaikan kita. Pada masa sekarang saya lihat di Tarangganu, di Kalantan, batuf-betuf sudah ada unsur-unsur lain yang menjadi pangaruh kepada orang-orang ini.

Kebalakangan ini kita juga fihat di skim-skim FELDA yang pada satu ketika setahu saya semua skim ini menjadi kubu kuat UMNO, tetapi ada juga skim-skim tertentu sakarang sudah ubah sikap mereka sungguhpun banyak daripada mereka ini sudah jadi kaya kerana mereka telah mula juaf tanah itu dan anak-anak mareka pun tidak mahu menjadi peneroka Jagi, mahu kefuar bekerja, mungkin ke universiti dan sebagainya dan mereka sudah ada satu sikap yang berlainan.

Tetapi kalau kita mahu mengatasi masalah ini, saya barpandangan demikian mungkin kita kena juga kaji dari segi tindakan kita sendiri, sama ada kita juga salah atau tidak. Kita jangan sefafu anggap kita betul. Mungkin ada tindakan-tindakan sendiri yang tidak betul. Saya terbaca dalam surat khabar kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO sefepas pifihan raya, khasnya di Pufau Pinang karana pada kafi yang pertama di peringkat negeri mereka telah tewas dalam dua kawasan. Jadi mareka talah mencari sabab mengapa ini berfaku. Dan kalau kita fihat pada kesaluruhannya kita mungkin bofeh fihat bahawa itu bukanlah satu keputusan muktamad. Kita bofah ambil bafik.

Kalau kita lihat sejarah tahun 1990 di Pulau Pinang, MCA tawas taruk- kafah 100 paratus. Maraka bertanding 9 kerusi Dewan Undangan Nageri, dapat kosong; mereka bertanding 3 kerusi Parlimen, dapat kosong. Jadi dihapuskan, boleh di katakan dihapuskan. Tetapi tahun 1995 mereka bertanding 9 karusi dan mereka menang samua 9 kerusi Dewan Undangan Negeri; dari kosong hingga sambilan - menang samua.

Jadi ini adalah satu perubahan politik dan kalau mereka sudah putus asa selepas tahun 1990 salepas ditewaskan maka mereka tidak melihat sandiri mangapa mereka tewas, apakah keburukan dalam aktiviti mereka - sama ada perkhidmatan mereka kurang baik atau apa sahaja yang sudah menjadi masalah kepada pengundi. Selepas itu mereka membetufkan keadaan dan pada ketika inilah mereka sudah begitu kuat sehingga mereka sudah jadi pihak yang lebih kuat dari UMNO sekarang kerana dari sagi bilangan karusi mereka sudah ada sebelas, iaitu melebihi satu daripada UMNO. Tetapi kalau mereka tidak mengawasi keadaan mung kin pada satu ketika keadaan yang berlainan juga berlaku.

Jadi, saya harap dengan apa yang telah tarbukti dalam keadaan ini maka pihak UMNO atau mung kin juga Barisan Nasional, kena melihat sebab-sababnya prestasi mereka di Kelantan dan juga di Terengganu itu kurang baik. Dan saya pun tahu pamimpin­pemimpin UMNO khasnya telah juga mengkaji perkara ini dan saya harap mereka dapat

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 53

mencari satu penyelesaian dan mungkin satu kefahaman yang boleh diterima oleh rakyat dan lama-kelamaan maka akan pulihlah keadaan dan semua pihak ini akan sokong apa yang kita buat.

Apa yang saya sebut di sini ialah pandangan-pandangan saya tentang perkembangan seperti yang dicadangkan dalam belanjawan ini. Bagi saya ada banyak kebaikan dan kalau kita ambil semua kebaikan ini dan kita berusaha, kita jelaskan ini tetapi dengan satu sikap yang positif mungkin pada satu ketika semua orang yang pada masa ini tidak menyokong kita dia akan balik ke pihak kita dan membantu kita dalam perkembangan dan kemajuan negara. ltu adalah harapan saya dan kalau semua pihak amalkan sikap demikian, saya nampak mungkin ada kebaikannya.

r

Tetapi kita tidak boleh harapkan semua orang kena sokong kita dan mungkin kalau semua orang sokong kita, tidak ada pembangkang pun tidak betul juga kerana kita tidak boleh lihat kelemahan-kelemahan kita. Mungkin kita rasa semua yang kita buat semua okay tetapi mungkin tidak okay pun kita tidak rasa. Tetapi kalau ada pihak-pihak yang menunjukkan bahawa itu tidak betul, ada sedikit teguran tetapi teguran yang membina, bagi saya kita haruslah juga terima itu dan dengan berbuat demikian kita dapatlah memperkukuh.

Jadi, itulah pandangan saya dan saya harap kita bersikap sederhana, menunjukkan kejujuran kita dan berkhidmat betul-betul kepada rakyat, jangan salah guna duit-duit itu dan sebagainya.

Jadi, saya selalu tekankan di sini kita mesti ada ketulusan. Kalau rakyat rasa duit sepatutnya dinikmati olehnya tetapi telah masuk ke saku seorang pemimpin atau pihak­pihak lain, mereka sudah ada perasaan marah kepada kita dan kalau kita tidak mengatasi masalah itu maka lama kelamaan akan menjadi satu perkara yang tidak baik bagi kita. Jadi, kita kena sentiasa mengkaji kelemahan kita dan tengok bagaimana kita boleh mengatasinya. Jadi, strategi untuk pembangunan luar bandar bagi saya sangat panting dan ini kalau dibuat dengan baik mungkin pihak-pihak yang tidak menyokong kita akan pulih dan akan balik kepada kita untuk membantu kita dalam usaha kita untuk membangunkan negara.

Mereka yang ada kelulusan tinggi selalunya ada banyak pendapat, kalau kita kata ffga peguam duduk bersama mungkin ada enam pendapat. So, kalau kita ada seorang jurutera, seorang arkitek dan seorang juru ukur, kalau mereka duduk bersama dan membincangkan satu isu mungkin ada banyak pendapat dan tidak semestinya semua itu diterima. Jadi, oleh kerana itu ada lebih baik kalau kita teruskan dengan perbahasan kita, kita engage, kita ada perhubungan yang rapat dengan pihak-pihak ini, kita jelaskan dan sebagainya.

Jadi, saya boleh katakan demikian kerana di Pulau Pinang di mana saya datang di sana terbanyak NGO, badan-badan bukan kerajaan, kita juga ada banyak surat khabar yang berasal daripada Pulau Pinang. Jadi, setiap kali kita membuat sesuatu kita ada banyak perbincangan, kita membina satu jejantas pun ada 10,000 pendapat sama ada hendak buat atau tidak mahu buat dan sebagainya. Jadi, oleh kerana keadaan sedemikian maka kita sudah ada mengamalkan sikap sabar, sikap mendengar dan sikap berunding dengan mereka.

Oleh kerana yang demikian, selepas kita membuat sesuatu keputusan maka majoriti pun setuju. Tetapi proses itu adalah satu proses yang memakan masa, memerlukan banyak kesabaran, tetapi apabila kita melakukannya nampaknya ada kebaikan. Oleh kerana kita menggunakan cara demikian maka kita dapat menyampaikan mesej kita ke peringkat yang memerlukan mesej itu.

Di dalam strategi yang ketiga ini dalam pengagihan kekayaan, juga ada disebut bahawa kita harus menubuhkan masyarakat penyayang. Masyarakat penyayang menjadi satu asas dalam pengagihan kekayaan ini. Jadi, kita ada perasaan hendak berkongsi kerana kita tahu ada kumpulan-kumpulan yang memerlukan banyak bantuan. Oleh kerana kita mempunyai sikap berkongsi apa yang kita ada maka kita cuba menanam satu semangat yang baru iaitu kita mahu mewujudkan satu masyarakat penyayang. Banyak peruntukan itu juga dibuat. Sebagai contoh di Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang telah

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

54 ON. 6.12.2001

membina sebuah bangunan yang dinamakan Kompleks Masyarakat Penyayang dan di dalam bangunan yang besar itu maka semua pertubuhan bukan kerajaan yang mengamalkan sikap penyayang diberi ruang pejabat.

Jadi, semua pertubuhan yang ada memainkan peranan mereka dalam kebajikan masyarakat itu diakui dan diberi satu ruang pejabat supaya mereka boleh bermesyuarat, boleh berinteraksi dengan badan-badan lain dan juga di sana ada bilik-bilik untuk mereka mengadakan aktiviti dan sebagainya. Bagi saya ini adalah satu perkembangan yang baik kerana kita bawa semua kumpulan tidak kira kaum, tidak kira keturunan, semua dibawa di dalam satu kompleks dan di sana mereka berkongsi pengalaman dan boleh membantu satu sama lain untuk menjalankan aktiviti dan sebagainya.

' Kalau kerajaan terus berbuat demikian saya nampak ini sedikit sebanyak akan

menanam satu semangat positif di kalangan masyarakat kita dan oleh kerana itu maka saya sangat bersetuju bahawa strategi dan tindakan untuk membina masyarakat penyayang ini harus diberi sokongan yang sekuat-kuatnya. Sungguhpun peruntukan yang diberi kepada sektor ini tidak begitu banyak, tetapi kalau kita membuat demikian maka adalah nampaknya bahawa satu kerajaan begitu menyayangi rakyat mereka dan rakyat ini juga akan memberi sokongan kepada kerajaan.

Jadi, bagi saya ini adalah satu tumpuan yang betul dan kita haruslah memuji pihak yang memikirkan tindakan-tindakan ini kerana kita tahu di mana masyarakat pun adalah jurang yang beza sama ada jurang itu begitu besar atau jurang kecil. ltu sahaja perbezaannya tetapi mesti ada jurang dan kalau kita tidak mengambil tindakan untuk mengatasi ini maka inilah yang akan menjadi satu unsur marah kepada kerajaan. Jadi, saya sangat mengalu-alukan masyarakat penyayang ini dan saya harap contoh yang dibuat di Pulau Pinang ini akan juga dipanjangkan kepada negeri-negeri lain dan mungkin di negeri-negeri lain yang sudah ada pengalaman mereka boleh berkongsi dengan Pulau Pinang juga demi kebaikan semua pihak.

Di bawah strategi pengagihan kekayaan juga ada disebut pembangunan wanita dan bagi saya ini adalah satu aspek yang sangat panting kerana ini telah memberikan pengiktirafan kepada peranan wanita. Bagi pihak-pihak di tempat-tempat tertentu yang tidak membenarkan wanita bekerja waktu malam atau waktu-waktu tertentu dan sebagainya, S!iya berharap mereka akan juga mengkaji perkara ini kerana kita tidak mahu melihat di masa dan era yang moden ini maka peranan wanita itu tidak diiktiraf. Sebenamya saya memuji kerajaan Malaysia kerana kita telah meminda perlembagaan kita dan memberi pengiktirafan yang sama kepada kaum wanita, iaitu kita tidak ada diskriminasi lagi mengikut gender. Jadi, dari segi permohonan pasport, dahulu hanya bapa boleh memohon pasport bagi anak, sekarang ibu pun boleh memohon pasport bagi anak. Jadi, ini sudah memberi satu pengiktirafan.

Bagi saya ini adalah perkembangan yang baik dan apabila kita meminda perlembagaan ini maka semua pihak dalam Dewan, pada ingatan saya pun memberi sokongan sepenuhnya kepada pindaan itu. Tetapi selepas itu maka kita kenalah memulakan tindakan-tindakan kita bukan sahaja meminda tetapi dari segi amalan kita masih mengikut amalan yang biasa yang dahulu dan sebagainya di mana tempat kaum wanita ini dalam masyarakat kita dinampak sebagai satu tempat yang lebih rendah kalau dibandingkan dengan kaum bapa itu.

Jadi, dengan memberikan tumpuan kepada wanita ini, maka dalam budget yang dicadangkan itu, maka saya lihat adalah satu pengiktirafan yang kuat kepada peranan wanita dan saya harap pihak-pihak lain yang juga ada peraturan-peraturan yang kurang adil kepada pihak wanita itu, silalah gubal peruntukan itu ataupun syarat-syarat atau prosedur­prosedur itu.

Kalau kita Jihat dalam televisyen itu apabila Kerajaan Taliban sudah jatuh, maka kaum wanita pun keluarkan tudung mereka, mereka sekarang boleh masuk sekolah, belajar dan sebagainya dan ambil tempat mereka sebagai seorang manusia dalam dunia ini.

Dalam belanjawan yang dicadangkan itu, maka pembangunan wanita diberi satu tumpuan yang besar. Saya harap semua kaum wanita akan mengambil kesempatan ini melalui program-program yang dirancang oleh kerajaan bagi mereka meningkatkan Jagi

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

DN.6.12.2001 55

kesedaran dan juga kemahiran mereka supaya mereka boleh betul-betul memainkan satu peranan yang lebih panting dalam memajukan negara kita.

Peranan mereka memang sudah diakui dan tempat-tempat sudah disediakan bagi mereka dan kita juga diberitahu pada masa ini di institusi pengajian tinggi, di universiti, bilangan wanita ini sudah melebihi kaum lelaki dan ini telah menunjukkan satu perkembangan terbaru dan kita juga ada jabatan-jabatan yang diketuai oleh kaum wanita seperti di Bank Negara, Peguam Negara tetapi beliau akan bersara tidak lama lagi, hujung bulan ini beliau akan bersara ...

Datuk Nor Azah binti Awin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato', nampak wanita sudah bangun.

Datuk Nor Azah binti Awin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Dato' Dr. Chin kerana memberi pengiktirafan kepada kami kaum wanita. Saya hendak tanya Dato' Dr. Chin, pendapatnya, adakah institut pengajian tinggi itu mempunyai lebihan bilangan wanita dan juga dari segi mutu, dari segi prestasi penuntut itu macam mana? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato', saya juga hendak bertanya, hendak menambah sedikit. Pertambahan wanita ini kerana atas kesedaran pelajar wanita ataupun kerana kelemahan pelajar-pelajar lelaki. lni bahaya juga ini. Wanita naik, lelaki turun.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasihlah. Saya berpendapat kedua-dua pun ada berlaku di universiti, bilangan pelajar wanita sudah naik dan prestasi mereka juga memang baik. Saya ada menghadiri beberapa upacara menghadiahkan biasiswa atau hadiah kepada pelajar-pelajar yang terbaik dan ramai daripada mereka ini datang daripada kaum wanita. lni mungkin kerana kaum wanita itu lebih menumpukan perhatian mereka kepada pengajaran. Mungkin pada satu ketika dahulu mereka tidak ada peluang ini.

Kalau seseorang itu tidak ada satu peluang, apabila dapat peluang itu, mungkin tumpuannya lebih daripada orang yang sentiasa diberi peluang. Jadi, orang yang sentiasa diberi peluang dia mungkin tidak akan menghargai peluang itu dan oleh kerana itu mungkin tiCiak memberi perhatian secukupnya.

Dan juga mungkin dari segi aktiviti-aktiviti yang ada, mungkin pada pengetahuan saya di mana di universiti-universiti pengajian tinggi itu dari segi pengangkutan, pelajar wanita pun tidak ada pengangkutan kerana ibu bapa mereka tidak benarkan mereka guna motosikal. Jadi, kalau mereka hendak ke sini ke sana pun susah. Jadi, lebih baik berada di perpustakaan atau di bilik membaca, belajar dan sebagainya tetapi kaum lelaki ke sini ke sana dan menghilangkan diri selalu kerana ada motosikal dan sebagainya. So, ini pun ada satu kebaikan. Saya tahu hanya pelajar-pelajar wanita yang ada boyfriend, dia sempatlah duduk di belakang motosikal itu ke sini, sana dan mungkin prestasinya mudah te~ejas kalau kita kaji dari segi itu. So, bagi saya ini ada satu pengaruh ...

Datuk Haji Karim Ghani: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato', Datuk Karim nampaknya tersentak dengan kenyataan itu.

Datuk Haji Karim Ghani: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Laluan diberi, dijemput.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenamya saya tersentak dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Chin yang kaum wanita ini kalau ada boyfriend, prestasinya akan turun. Tetapi saya ingin tahu, tidak malukah kalau dia ada boyfriend dan exam dia fail, apa dia hendak beritahu dengan boyfriend dia? Ataupun yang lelaki pula kalau ada girlfriend dalam pelajaran dia, dia fail, apa dia hendak beritahu dengan girlfriend, sedangkan mungkin boyfriend girlfriend ini satu hari harap hendak berjaya, kahwin dan mendirikan rumah tangga. Kalau fail, macam mana hendak dirikan rumah tangga di belakang hari? Terima kasih.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePuan See Too Mee (Johor) Puan Siti Zailah bin~i

56 ON. 6.12.2001

Tlmbalan Yang di-Pertua: Mendirikan rumah tangga tidak perlu ada sijil apa­apa ... [Ketawa]

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Ya, ya, hendak jadi suri rumah tangga mungkin tidak perlulah tetapi nampaknya mungkin dua-dua pihak pun fail di sini. [Ketawa] Pada pengalaman saya kerana semasa saya berada di Universiti Sains Malaysia itu, semasa saya menjadi pensyarah di USM, maka saya juga menasihatkan pelajar-pelajar ini kerana bila saya panggil dan tanya kenapa prestasi mereka kurang baik, nampaknya kerana ada banyak distraction, disebabkan dengan membeli motorbike dan sebagainya dan tiap-tiap malam keluar, keluar makan, supper dan selepas itu tidak balik hingga pukul 2.00 pagi dan sebagainya dan esok pagi mungkin tidak haqir kelas dan sebagainya.

So, inilah satu kelemahan tetapi pelajar-pelajar lain yang kurang sempat kerana tidak ada kenderaan, tidak boleh keluar dan sebagainya, mereka lebih tertumpu kepada pelajaran mereka dan prestasi itu adalah lebih baik. Jadi, ini adalah satu daripada punca kelemahan.

Soalan yang ditanya oleh Tuan Yang di-Pertua tadi macam mana sama ada lelaki sendiri tidak mengambil berat tentang perkara sendiri, mungkin mereka kata sudah sama tarat. Mereka mungkin berminat hendak menjadi househusband, bukan housewife. Bila sudah tamat belajar, duduk di rumah, isteri ke~a. jadi mungkin tidak perlulah begitu banyak tumpuan kepada pelajaran kerana pada masa ini kita lihat masyarakat kita sudah anggap dua-dua pihak ini sudah sama taraf.

Di Malaysia, kita lihat masih ada kumpulan-kumpulan di tempat-tempat tertentu yang masih tidak mengiktiraf peranan ini dan dalam belanjawan yang dicadangkan di sini, di mana pembangunan wanita diberi tumpuan yang secukupnya, saya harap jurang di Malaysia Barat dengan Malaysia Timur itu akan dikurangkan iaitu dari pihak kaum wanita di kedua-dua tempat itu. Mungkin mereka boleh diberi lebih tumpuan.

Saya tahu juga Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga akan memainkan saya peranan yang penting dan saya lihat mereka ada peruntukan yang mencukupi bagi aktiviti perkembangan wanita.

Dan kalau wanita itu diberi pengiktirafan yang mencukupi, mungkin tidak lama lagi kita boteh ada usahawan-usahawan seperti Yang Berhormat Datuk Nor Azah ini yang cukup pengalaman dan pada bila-bila masa boleh compete dengan lelaki atau mana-mana pihak jugalah kerana kekuatan sendiri.

Jadi kita mahu lihat pembangunan wanita ini akan sampai ke tahap demikian dan dengan bantuan kerajaan dalam perkara ini, saya yakin bahawa kita akan mencapai hasrat kerajaan dalam perkara ini. Dan dengan ....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato'. Benar kata Dato' bahawa Dato' perlu sambung perbahasan pada hari lsnin. Dengan itu, insya-AIIah, kita akan sambung pada hari lsnin.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini Majlis Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga ke hari lsnin, 1 0 Disember 2001 , jam 10.00 pagi.

Dewan ditanggguhkan pada puku/5.30 petang.