adat perpatih amat sinonim dengan negeri sembilan darul khusus1111
TRANSCRIPT
Adat Perpatih amat sinonim dengan Negeri Sembilan Darul Khusus. Institusi monarki Negeri
Sembilan ini berbeza dengan negeri-negeri lain khususnya dalam urusan pertabalan dan
penggantian pewaris takhta. Bagi negeri yang mengamalkan Adat Temenggong sebagai contoh
di Negeri Johor, kebiasaannya apabila berlaku kemangkatan, pengganti Sultan dilantik dari
kalangan putera Almarhum yang sulung. Walaubagaimanapun, penggantian Yang di-Pertuan
Besar dipilih berdasarkan perakuan Undang Yang Empat. Pertabalan takhta diraja berteraskan
adat istiadat Perpatih yang telah dipraktikkan sejak pemasyhuran Yang di-Pertuan Pertama iaitu
Raja Melewar. Kelangsungan pemakaian adat dan istiadat Perpatih dijamin dalam Undang-
Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Adat Perpatih merupakan adat turun temurun yang telah diwarisi oleh orang-orang Melayu di
Negeri Sembilan. Ia berasal dari Minangkabau, Sumatera Indonesia. Sekitar abad ke-14, orang-
orang Minangkabau telah datang ke Negeri Sembilan. Penghijrahan mereka akhirnya telah
menjadikan penempatan orang-orang Melayu Minangkabau serta memperkenalkan sistem adat
sebagai sistem sosial masyarakat di Negeri Sembilan dan sistem diraja.
Raja adalah simbol kedaulatan Negara. Jika di negeri-negeri lain perkataan Sultan digunakan
bagi merujuk kepada Raja. Gelaran Yang di-Pertuan Besar pula digunakan di Negeri Sembilan
bermaksud Yang di-Pertuankan atau YamTuan. Ia ada kaitan dengan bermulanya sejarah
wujudnya Institusi Diraja di Negeri Sembilan. Mengimbas kembali sejarah bagaimana
pemegang-pemegang adat ketika itu mencari seorang pemerintah yang boleh memimpin
masyarakat orang-orang Melayu Minangkabau. Negeri Sembilan ketika itu di bawah
pemerintahan Johor. Negeri Sembilan adalah salah satu wilayah yang diganggu oleh Daing
kemboja dari Bugis. Disebabkan keadaan huru-hara Undang bermuafakat mengadap Sultan
Johor meminta izin bagi mendapatkan seorang raja dari Minangkabau atau Pagar Ruyung.
Sultan Johor memberi perkenan kerana tidak berupaya menghadapi ancaman musuh yang
bertubi-tubi.
Raja Mahmud atau Raja Melewar putera kepada Sultan Abdul Jalil telah dititahkan oleh
ayahandanya untuk ke Negeri Sembilan sebagai Yang di-Pertuan Negeri Sembilan Yang
Pertama. Bagaikan suatu tradisi pemegang-pemegang adat menjemput seorang putera dari
Pagar Ruyung apabila berlaku kemangkatan Yang di-Pertuan Besar. Ia berlaku pada tiga
pemerintahan iaitu pemerintahan Raja Melewar (1773-1795), pemerintahan YamTuan Hitam
(1795-1808) dan pemerintahan YamTuan Lenggang (1808-1824). Dengan pertabalan YamTuan
Radin bermulalah era warisan takhta dari anak raja tempatan. Oleh yang demikian, pewaris
takhta hanya dilantik dari jurai keturunan Raja Radin Ibni Raja Lenggang sebagaimana
termaktub dalam Fasal 7(3), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 iaitu:-
“Tiada boleh dipilih sesiapa menjadi Yang di-Pertuan Besar bagi Negeri ini melainkan ianya
seorang Melayu laki-laki yang sempurna akal dan memeluk agama Negeri ini dan anak dalam
nikah yang berketurunan daripada Raja Radin Ibni Raja Lenggang mengikut pihak lelaki”
Selain kuasa autonomi Undang Yang Empat di luak masing-masing, kuasa tradisional Undang
Yang Empat adalah mengenai penentuan Yang di-Pertuan Besar. Tatacara pemilihan pengganti
Yang di-Pertuan Besar telah dinyatakan dalam Fasal 7(4) iaitu-
“apabila berlaku kemangkatan Yang di-Pertuan Besar dengan meninggalkan putera-puteranya,
maka Undang Yang Empat hendaklah bersegera memilih gantinya di antara putera-putera itu”.
Senario ini dapat diperhatikan semasa kemangkatan Almarhum Tuanku Ja’afar pada 27
Disember 2009. Pemasyhuran pengganti takhta Yang di-Pertuan Negeri Sembilan telah melakar
sejarah institusi diraja Negeri Sembilan, setelah hampir 42 tahun adat istiadat perpatih ini dapat
diperlihatkan kembali kepada rakyat jelata. Kuasa Undang Yang Empat dilaksanakan dalam
mesyuarat secara sulit mengenai penentuan bakal pengganti Yang di-Pertuan Besar. Calon
pengganti terdiri daripada putera-putera Almarhum Tuanku Ja’afar iaitu Tuanku Laxamana
Tunku Naquiyuddin Tunku Ja’afar, Tuanku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja’afar dan Tunku
Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar. Walaubagaimana pun tiada seorang dari
kalangan putera-putera ini dipilih sebagai pengganti.
Undang Yang Empat mempunyai kuasa untuk memilih waris lain sekiranya pada pendapat
Undang Yang Empat tiada seorang pun putera-putera itu berkelayakan dan berkebolehan maka
hendaklah dipilih keturunan kedua dan seterusnya seperti berikut-
yang pertama, kekanda atau adinda lelaki Yang di-Pertuan Besar yang mangkat,
yang kedua, ayahanda saudara sebelah ayahanda Yang di-Pertuan Besar yang mangkat,
yang ketiga, cucunda laki-laki Yang di-Pertuan Besar yang mangkat,
yang keempat, putera kekanda atau adinda laki-laki Yang di-Pertuan Besar yang mangkat,
Berdasarkan kesepakatan, Undang Yang Empat telah memilih anakanda saudara Almarhum
iaitu Tunku Mukhriz Tuanku Munawir satu-satunya putera dari enam adik-beradik daripada
perkahwinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-Sembilan iaitu Tuanku Munawir dan
Tunku Ampuan Durah.
Sehubungan itu, pada 29 Disember 2009, Tuanku Mukhriz dimasyhurkan sebagai Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Ke-Sebelas oleh Dato’ Undang Yang Empat di Balairong
Seri, Istana Besar Seri Menanti, selepas kemangkatan Tuanku Ja’afar. Sebenarnya ia bukanlah
suatu yang luar biasa pernah berlaku. Lebih tepat lagi jika dikatakan sejarah berulang kembali.
Kebenaran ini dapat dilihat daripada sejarah pelantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
sebagaimana berikut-
1. Raja Melewar (1773-1795)dijemput2. YamTuan Hitam (1795-1808)dijemput3. YamTuan Lenggang (1808-1824)dijemput4. YamTuan Radin (1831-1861) putera5. YamTuan Imam (1861-1869) adinda6. YamTuan Antah (1872-1887) putera Raja Radin7. Tuanku Muhammad (1887-1933) putera8. Tuanku Abdul Rahman (1933-1960)putera9. Tuanku Munawir (1960-1967) putera10.Tuanku Ja’afar (1967-2008) adinda11.Tuanku Mukhriz (2008- ) putera Tuanku MunawirSemasa YamTuan Radin mangkat pada 1861, Almarhum meninggalkan tiga orang putera iaitu
Tunku Besar Daud, Tunku Besar Lintau dan Tunku Antah, tetapi Undang yang Empat telah
memilih adinda Almarhum YamTuan Imam.
Begitu juga apabila berlaku kemangkatan YamTuan Imam mangkat pada 1869, Almarhum
meninggalkan putera iaitu Tunku Ahmad Tunggal, walaubagaimanapun Undang Yang Empat
telah memilih Tuanku Antah iaitu anakanda saudara Almarhum.
Peristiwa yang sama berlaku semasa kemangkatan Almarhum Tuanku Munawir ayahanda
Tuanku Mukhriz pada 1967. Tuanku Mukhriz merupakan anak waris pertama selepas
kemangkatan Almarhum Tuanku Munawir. Ketika itu, baginda berusia 18 tahun. Atas kerapatan
Dato’ Undang Yang Empat, takhta berkenaan dipersetujui dan diperkenan ke atas Almarhum
Tuanku Ja’afar. Begitulah pemilihan Yang di-Pertuan Besar dilakukan.
Ternyata pemilihan Yang di-Pertuan Besar berbeza dengan Sultan di negeri-negeri lain. Inilah
yang dikatakan uniknya amalan Adat Perpatih ini. Walaubagaimana pun, tidak dapat disangkal
Yang di-Pertuan Besar adalah simbol keadilan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Maria binti Jilani