pembinaan solidariti dan perjuangan kelas pekerja amat perlu

Click here to load reader

Post on 18-Jan-2017

256 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Barisan Nasional sekali lagi tel-ah menubuhkan kerajaan dan kabinet baru. Manakala, parli-men sudah bersidang dan 222 wakil rakyat yang terpilih dalam PRU13 sudah mengangkat sumpah berjanji menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Majoriti pengundi yang memilih mereka adalah warga pekerja yang setiap hari perlu membanting tulang di ladang atau kilang, dan bekerja keras memberikan perkhidmatan ke-pada pelanggan seperti di bank, restoran dan lain-lain untuk menyara hidup mereka dan kel-uarga. Tetapi, adakah hasrat dan keperluan mereka akan diberi-kan keutamaan oleh kerajaan dan wakil-wakil rakyat tersebut? Seperti biasa, selepas pilihan

    raya umum, isu-isu asas pekerja dan rakyat biasa seperti gaji yang mencukupi, perumahan selesa, kenaikan kos sara hidup, hak dan demokrasi di tempat kerja, dan hak kesatuan sekerja sentia-sa dipinggirkan. Walaupun ada kala isu-isu tersebut dibincang-kan, dan polisi dan undang-un-dang tertentu dibawa, semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam kerana tiadanya komitmen dan keseriusan untuk melaksanakan apa yang dipersetujui dengan berkesan. Salah satu contoh adalah Akta Gaji Minimum yang diluluskan oleh kerajaan pada tahun lalu dengan matlamat untuk men-ingkatkan taraf hidup pekerja. Sebelum pelaksanaan gaji mini-mum tersebut, Solidariti Pekerja

    telah pun menjangka kegaga-lan akta tersebut kerana kera-jaan tidak bersungguh-sungguh dalam memaksa majikan untuk melaksanakan polisi tersebut. Baru-baru ini Perdana Menteri Najib merungut dalam satu forum bahawa banyak syari-kat masih enggan membayar gaji minimum walaupun telah mendapat keuntungan besar. Manakala Menteri Sumber Ma-nusia yang baru, Richard Riot, yang diharapkan akan lebih ber-tanggungjawab daripada men-teri yang sebelum ini pula mem-beritahu, kira-kira 400 syarikat besar diberi kebenaran menang-guhkan pelaksanaan gaji mini-mum sehingga 31 Disember ini. Malahan di banyak kilang atau syarikat yang telah melak-

    sanakan gaji minimum, upah sebenar yang diterima pekerja tidak berubah. Solidariti Pekerja mendapati banyak syarikat atau kilang telah memberhentikan elaun-elaun seperti syif, ma-kanan, pengangkutan dan lain-lain. Dengan menggunakan isu gaji minimum, beberapa maji-kan menggunakan taktik pecah dan perintah di mana pekerja asing tidak diberikan gaji yang setara dengan pekerja tempatan, dan dipaksa kerja lebih masa. Isu yang lain adalah kenaikan harga rumah yang tidak terkawal oleh kerajaan. Walaupun berba-gai-bagai-bagai dasar dibincang-kan di kabinet dan parlimen untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah dan me-nengah dapat memiliki rumah

    sendiri, tetapi isu ini masih tidak mendapat penyelesaian. Ramai lagi warga pekerja dan anak muda yang tidak mampu me-miliki rumah sendiri. Manakala pihak pemaju hartanah pula mengaut keuntungan besar den-gan membina rumah mewah lebih RM 300,000 atau rumah dengan harga melebihi kemam-puan golongan berpendapatan rendah dan menengah. Hanya golongan kaya yang sudah ada rumah atau pelabur hartanah yang mampu beli rumah yang tidak mampu dimiliki oleh war-ga pekerja dan rakyat biasa.

    NASIB PEKERJA SELEPAS PRU13

    Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu Untuk Perubahan Tulen! Ravi

    ISU KE - 3 JULAI - SEPTEMBER HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

    bersambung di muka surat 2..

  • 2 BERITA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013

    dari muka hadapan..Dalam kedua-dua isu gaji mini-mum dan harga rumah tersebut, ternyata kerajaan tunduk kepa-da kehendak majikan dan pema-ju daripada membela hasrat pekerja dan rakyat biasa. Inilah sistem yang didukung oleh kerajaan yang berlandaskan ke-pada kapitalisme (keuntungan maksimum kepada kapital atau pemodal). Ini menunjukkan bahawa selagi kerajaan masih mengagungkan kepentingan keuntungan maksimum pemaju dan majikan daripada keperluan dan kebajikan rakyat, masalah sosial dan ekonomi rakyat akan terus bertapak di negara ini. Ketidakpuasan rakyat terhadap

    dasar-dasar kerajaan yang tidak berpihak kepada rakyat telah ditunjukkan dalam PRU13. Ke-menangan kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 semakin merosot jika dibandingkan den-gan PRU12. Manakala Pakatan Rakyat telah memenangi undi popular sebanyak 51 peratus walaupun berbagai-bagai taktik digunakan oleh BN untuk men-dapatkan majoriti yang lebih tinggi. Nampaknya, sokongan daripada rakyat di kawasan bandar masih kukuh bersama Pakatan, manakala BN pula terus mempergunakan jentera kerajaan dan habuan wang un-tuk memenangi undi di kawasan luar bandar terutama di negeri Sabah dan Sarawak.

    Kemerosotan undi kepada BN menunjukkan semakin ramai rakyat inginkan perubahan kera-jaan. Kemelesetan taraf hidup akibat kenaikan kos hidup ada-lah ketidakpuasan utama untuk kebanyakan rakyat yang mera-sakan keadaaan ekonomi tidak terjamin walaupun kerajaan sentiasa mempamerkan ang-ka-angka ekonomi yang baik. Manakala isu demokrasi dan ko-rupsi dalam kerajaan yang tidak terkawal pula menjadi keu-tamaan untuk rakyat di kawasan bandar selain daripada isu-isu sosial seperti kos perumahan dan kenaikan kos hidup. Walaupun kerajaan BN men-janjikan berbagai-bagai habuan selepas pilihan raya seperti

    BRIM 3.0 sebanyak RM1000, penurunan harga kereta dan lain-lain, tetapi perubahan tu-len ke atas taraf hidup rakyat biasa tidak akan tercapai selagi kerajaan berlandaskan kepada kapitalisme. Walaupun ada be-berapa wakil rakyat dalam Pa-katan Rakyat mahu membawa perubahan dalam taraf hidup rakyat dan warga pekerja, tetapi ini hanyalah angan-angan mat jenin memandangkan Pakatan juga tidak mempunyai dasar dan agenda alternatif kepada kapital-isme. Ini bermakna pembinaan soli-dariti dan perjuangan di kalan-gan pekerja harus dimulakan oleh pemimpin pekerja dan kesatuan sekerja untuk mem-

    perkuatkan hak dan kebajikan pekerja. Selain itu warga peker-ja juga perlu mencapai satu pe-nyelesaian politik ke atas isu-isu sosial dan ekonomi mereka. Selagi tiada parti politik yang ingin membawa agenda dan hasrat warga pekerja dan rakyat biasa, satu perubahan tulen un-tuk meningkatkan keperluan dan kebajikan rakyat tidak akan tercapai. Pembinaan parti ke-las pekerja yang disokong oleh anak muda dan golongan tertin-das yang lain harus dimulakan sebagai alternatif kepada parti-parti yang berlandaskan kepada kapitalisme.

    Pilihanraya umum telah habis tetapi kaum pekerja tetap dip-inggirkan oleh ahli-ahli Parli-men dan kerajaan masih tidak dapat menunjukkan jalan pe-nyelesaian yang jelas bagi masa depan para pekerja. Masalah gaji minimum, kehilangan kerja akibat penswastaan, penindasan terhadap hak berkesatuan, pem-bayaran gaji yang tidak adil dan banyak lagi masalah masih men-jadi beban pekerja di Malaysia.

    Berikutan piket bersejarah an-juran NUBE dan pekerja kesatu-an bank yang berlangsung pada 6 haribulan April lalu, NUBE meneruskan momentum per-juangan dengan melancarkan satu siri piket di seluruh Seme-nanjung Malaysia pada 16 dan 17 Mei menentang ketidakadi-lan pengurusan syarikat GLC ( syarikat yang berhubung den-gan kerajaan ).Kecewa dengan ketiadaan apa-apa tindakan oleh pihak pen-

    gurusan majikan dan kerajaan, kesatuan pekerja bank tidak ada pilihan lain selain berpiket untuk mengemukakan masalah mereka. Percubaan oleh bebera-pa pihak untuk membatalkan piket ini terbukti tidak berjaya apabila kepimpinan Kesatuan Pekerja Bank bersatu hati dalam memperjuangkan hak pekerja. Perlantikkan Datuk Richard Riot sebagai Menteri Sumber Manusia baru juga tidak dapat meyakinkan organisasi pekerja

    bahawa penindasan terhadap mereka akan berakhir. Kesatu-an Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) yang dikatakan mewakili lebih 30,000 ahli se-dang berhadapan dengan ma-jikan yang kejam dan seorang Menteri yang terbukti akan ber-pihak kepada majikan. Pada 16 dan 17 Mei sejumlah 1400 pekerja bank CIMB, May-bank dan Bank Muamalat telah menyertai piket yang berlang-sung di 7 lokasi berlainan. Piket yang diadakan serentak di seb-elah petang telah berlangsung dengan lancar dan para pengan-jur telah melakukan kerja yang memuaskan bagi menjayakan tindakan ini. Antara matlamat utama piket ini adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai akan be-berapa perkara yang dianggap tidak adil bagi pekerja dan juga pelanggan. Isu-isu utama yang dibawa adalah: - Majikan institusi kewan-

    gan dan Kementerian Sum-ber Manusia disyaki beker-

    jasama dalam percubaan untuk memusnahkan gera-kan yang melindungi peker-ja-pekerja berpendapatan rendah dalam industri per-bankan dengan mempen-garuhi unit dasar di bawah Pejabat Perdana Menteri.

    - Wang pelanggan bank sedang disalahgunakan un-tuk membiayai kerja-kerja anti kesatuan bagi melemah-kan dan menghancurkan ke-satuan pekerja.

    - Pencabulan dan peni-puan oleh pemilik Bank ter-hadap pekerja dan pelang-gan bank.

    Kejayaan piket ini telah disaksi-kan oleh ribuan rakyat yang tel-ah turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon ken-deraan mereka dan bersorak. Tahniah kepada pihak kesatuan NUBE dan pekerja-pekerja insti-tusi kewangan yang berani bagi menjayakan satu lagi siri piket yang bersejarah.

    Piket NUBE Seluruh Malaysia Yuva

    Piket NUBE di Kuala Lumpur

    Pilihan raya sudah selesai. Ka-binet baru sudah terbentuk. UMNO-BN masih mendapat mandat untuk memerintah. Jika sebelum pilihan raya rakyat ibarat isteri muda dalam sebuah bahtera rumah tangga, maka setelah proses demokrasi terse-but selesai, berakhirlah masa bulan madu di antara kerajaan UMNO-BN dengan rakyat. Sebe-

    lum pilihan raya rakyat diman-jakan dengan pelbagai bantuan tunai, habuan, dan janji-janji, tetapi kini yang selalu kita den-gar adalah perkara yang san-gat merisaukan. Kerajaan telah memberi keringanan kepada 400 buah syarikat kapitalis un-tuk menunda pelaksanaan gaji minimum. Harga rumah semak-in tidak terjangkau. Harga ayam

    dan makanan serta barangan asas yan