pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan

45
Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan. Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan. Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum. Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian- kajian lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan. Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan. Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah ‘sesuatu’ yang boleh menghasilkan ‘kejayaan’ selepas kajian dilaksanakan. Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan

Upload: sasuke

Post on 11-Dec-2015

146 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sfgsdfg

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.

Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.

Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.

Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.

Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah ‘sesuatu’ yang boleh menghasilkan ‘kejayaan’ selepas kajian dilaksanakan.

Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif penyelidik.

a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian

Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar. Menghuraikan isu/ masalah berkenaan. Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.

Page 2: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

b. Tinjauan masalah

Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis).

Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.

Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv)

berkenaan Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan

iaitu terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)

c. Analisis masalah

Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)

Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik

kepada fokus kajian/ isu keprihatinan). Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan. Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)-

Rumusan penyelidik.

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian) Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian) Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti

dan telah dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian. Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi,

kaedah, teknik, pendekatan,aktiviti, program) Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat

kajian yang dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan). Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap

pelajar, menghasilkan penulisan..

KUMPULAN SASARANMemerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.

PELAKSANAAN KAJIAN

Page 3: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

1. Perancangan langkah-langkah tindakan2. Perancangan cara mengumpul data3. Perancangan cara menganalisis data

Perancangan langkah-langkah tindakan

Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.

Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci. Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses

menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan. Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika

melaksanakan tindakan/ intervensi.

Perancangan cara mengumpul data

Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan. Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian

berkenaan ( i,ii, iii,iv). Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya

boleh membuat ‘triangulasi’. Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk

mendapatkan data. Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian

Perancangan cara menganalisis data

Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).

(Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).

Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.

Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan).

Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) – Rumusan penyelidik.

*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan.

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

a. JADUAL PELAKSANAAN KT

Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.

Page 4: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal – 5 hariiii. Menentukan Objektif/ soalan kajian – 1 hariiv. Merancang tindakan – 3 hariv. Melaksanakan tindakan – 8 harivi. Menganalisis tindakan – 2 harivii. Membuat refleksi – 1 hariviii. Menulis laporan kajian – 10 hariix. Pembentangan dapatan kajian – 2 hari

b. KOS KAJIAN

Sediakan dalam bentuk jadual: Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan Pengangkutan (Jika perlu) Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian.

TINJAUAN LITERATUR

Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian

Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian

Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian

Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan (tepat)

PENULISAN RUJUKANSila rujuk cara menulis mengikut sistem APA:

◦ Jurnal◦ Buku◦ Buku dalam buku◦ Topik dalam buku◦ ERIC document◦ Jurnal online◦ Online/ Web site/page◦ Tesis◦ Report◦ Seminar/ prosiding

Page 5: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Pernyataan Masalah Penyelidikan

APA ITU MASALAH...???Masalah merupakan isu-isu yang wujud dalam literatur, teori atau amalan yang mewujudkan keperluan pelaksanaan sesuatu penyelidikan.  Menurut Uma Sekaran(2000), masalah ialah sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan keadaan ideal.

PENYELIDIKAN DAN MASALAH PENYELIDIKAN....???Sesuatu masalah penyelidikan dapat ditentukan dan dibentuk berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian.  Pelbagai persolan pasti timbul apabila diminta untuk menyatakan dan seterusnya menulis masalah penyelidikan.  Antara persoalan yang mungkin timbul yang boleh dijadikan panduan oleh penyelidik baru untuk menulis bahagian 'Masalah Penyelidikan' dalam cadangan penyelidikan mereka adalah:i.    Adakah perkara yang dikenalpasti itu wajar dikaji?ii.   Bagaimanakah cara menulis masalah penyelidikan ini supaya pembaca dapat diyakinkan       bahawa perkara itu penting untuk dikaji?iii.  Adakah perkara yang ingin dikaji itu menyumbang kepada pengetahuan baru?iv.  Pernahkan perkara ini dikaji sebelum ini oleh penyelidik lain?  Jika ya, apakah aspek      lain berkaitan masalah yang dikenalpasti yang belum disentuh atau diteliti?v.   Adakah perkara yang akan dikaji relevan kepada amalan dalam dunia pendidikan?

MASALAH PENYELIDIKAN.....???Sesuatu masalah penyelidikan adalah suatu masalah yang ingin dikaji oleh seorang penyelidik yang menuntut perbincangan, yang perlu diperbetulkan, memerlukan penyelesaian serta maklumat lanjut yang tepat.

SUMBER MASALAH PENYELIDIKAN......???Terdpat 4 sumber utama yang menyumbang kepada sesuatu masalah untuk dikaji:

a.  Pengalaman penyelidik atau individu lain yang berkisar kepada kehidupan harian seperti     pengalaman sebagai pendidik.b.  Literatur/penyelidikan lalu- sesuatu dapatan penyelidikan yang mempunyai aspek atau hal     tertentu yang masih belum disentuh atau ditangani dan penyelidikan baru yang boleh menjadi      perangsang atau pemangkin kepada satu atau lebih penyelidikan lanjutan.c.  Teori - kekurangan dalam teori-teori yang diguna pakai turut boleh dijadikan suatu

Page 6: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

     masalah penyelidikan dan juga memandu penyelidikan melalui ramalan yang dibuat yang     membantu kepada pembinaan idea dan penyelidikan baru.d.  Isu-isu praktikal - isu-isu yang memerlukan penyelesaian seperti pemilihan buku teks, disiplin,      stress dan konsep kendiri guru.

MENGENAL PASTI MASALAH PENYELIDIKAN....???Berikut adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan oleh penyelidik dalam proses mengenal pasti masalah penyelidikan:

i.   Konteks bidang yang dikenal pasti sebagai masalah.ii.  Teori dan konsep utama serta idea terkini dalam bidang berkenaan.iii. Dasar kepada andaian-andaian dalam bidang berkaitaniv. Punca isu-isu berkaitan diberi kepentinganv.  Aspek yang memerlukan penyelesaianvi. Latar belakang, perbalahan dan persoalan yang masih belum terjawab, serta isu-isu     signifikan yang perlu diterokai.

Penyelidik harus memberi kepentingan kepada perkara-perkara di atas pada peringkat pengenalpastian masalah supaya ia dapat memikirkan masalah yang berkaitan secara analitikal,iaitu agar penyelidik turut dapat memikirkan penyeleaian yang mungkin bagi masalah tersebut.

PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN MASALAH PENYELIDIKANTerdapat 2 prinsip yang perlu difikirkan oleh seseorang penyelidik apabila ingin membentukmasalah penyelidikannya:1.  Masalah yang dikaji itu ialah masalah yang jitu dan konkrit serta memerlukan jalan     penyelesaian. Contohnya, seorang pengetua sekolah ingin mengetahui sama ada sisitem     mentor membantu guru baru atau tidak.2.  Nilai sesuatu masalah samada berfaedah kepada diri atau negara dan ia tidak boleh     dibuat secara tergesa-gesa.  Elakkan memilih masalah berdasarkan imaginasi tanpa     tinjauan karya lalu kerana ini akan menimbulkan kekaburan dalam kalangan pembaca     tentang masalah yang diselidiki.

MENGENAL MASALAHSejauh mana sesuatu penyelidikan yang dicadangkan menepati keperluan penyelidikan?Aspek-aspek berikut boleh membantu seseorang penyelidik dalam menjawab perssoalan ini:a.  Penyelidikan dalam bidang ini tidak banyak dijalankan.b.  Terdapat percanggahan dalam dapatan penyelidikan-penyelidikan tertentu terdahulu.c.  Belum ada penyelidikan yang menggunakan sampel atau lokasi yang telah dikenalpasti.

MENULIS PERNYATAAN MASALAHBerikut adalah garis panduan berkaitan dengan penulisan pernyataan masalah:1.  Perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas.2.  Harus menjelaskan apa yang hendak diselidik, cara menyelidik masalah yang dikenal     pasti serta batasan seperti setakat mana penyelidikan perlu dilakukan.3.  Menghadkan bidang penyelidikan dengan menjuruskan masalah kepada bidang-bidang     yang lebih kecil.4.  Mengandungi penjelasan berkenaan pembolehubah atau istilah.

Page 7: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

5.  Menilai andaian-andaian yang digunakan dengan memberi bukti yang menyokong     andaian.6.  Dinyatakan dalam bentuk operasi.     Contoh: Kesan masa latihan menulis ke atas pencapaian pelajar tingkatan 1 dalam     penulisan karangan.7.  Dinyatakan dalam bentuk hubungan antara dua pemboleh ubah.8.  Dinyatakan dalam bentuk soalan.     Contoh: Adakah jumlah masa latuhan mengura memberi kesan ke atas pencapaian     pelajar tingkatan 1 dalam ujian Matematik.

Maka, secara amnya, seuatu pernyataan masalah akan:a.  membincangkan isu-isu umum tentang masalahb.  menghuraikan masalah dan hubungan antara pemboleh ubahc.  menghuraikan beberapa penyelidikan lalu yang berkaitan dengan masalahd.  membincangkan kekurangan dalam penyelidikan lalue.  menutup dengan persoalan yang perlu dijawab.

Mengikut Creswell(2005), elemen-elemen yang seharusnya ada dalam sesuatu penyataanmasalah ialah:a.  tajuk atau perkara yang dikajib.  masalah yang dikajic.  bukti bagi menjustifikasikan pemilihan pemasalahan penyelidikan berkenaan, iaitu bukti     berdasarkan karya atau literatur atau bukti daripada pengalaman-pengalaman praktikald.  kekurangan dalam bukti berkaitan dengan perkara menjadi fokus penyelidikan iaitu     bukti-bukti  yang sedia ada, apa yang tertinggal atau apa yang masih perludiketahui     dengan lebih lanjute.  sasaran penyelidikan, iaitu bagaimana tindakan menangani apa yang perlu diketahui     dapat membantu penyelidik, pendidik, perancang serta individu atau kelompok lain     yang berkepentingan.

Sumber:Penyelidikan Dalam PendidikanNoraini Idris 2010

Page 8: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD

KEPERLUAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA.

1.1       Pernyataan Masalah

Bertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar dewasa ini, maka

penyelidik merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam menangani masalah pelajar yang

mengalami kemurungan.  Dengan ini kajian yang akan dilakukan penyelidik akan dapat

menjawab pelbagai persoalan berkaitan kaunseling Islam dan masalah kemurungan pelajar.

Penyelidik juga berusaha meninjau sejauh mana kaunseling Islam dapat dilaksanakan di

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia

(PSA) bagi membantu pelajar menangani masalah kemurungan yang dihadapi.

1.2       Persoalan Kajian

i.                    Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani masalah kemurungan

pelajar?

ii.                  Bagaimanakah latarbelakang pelajar yang mengalami kemurunagan?

iii.                Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar?

iv.                Apakah salah laku yang dilakukan  pelajar kemurungan?

v.                  Apakah keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani masalah kemurungan

pelajar?

1.3              Objektif Kajian

Page 9: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Berdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai Psikologi PSA mendapati

mereka lebih selesa  menggunakan pendekatan Roger dan Rational, Emotional, Behavior

Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi, pendekatan ini disesuaikan dengan

latar belakang klien dan masalah yang dihadapi. Adalah didapati bahawa sekitar 40% kes

yang dikendalikan berkaitan masalah ponteng kelas, masalah pembelajaran, pergaulan rakan

sebaya, dan  masalah keluarga yang mengakibatkan  pelajar tidak ada motivasi untuk

meneruskan pembelajaran atau pengajian dan sebagainya.  Bilangan gender pelajar lelaki dan

perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang nyata.  Hanya 30% pelajar dirujuk atas

kesalahan ponteng kuliah, merokok, tidak membuat tugasan dan sebagainya.  Walau

bagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang sukar untuk berkomunikasi, kaunselor akan

menggunakan terapi seni dan mengisi borang soal selidik agar klien lebih bersedia untuk

berkongsi permasalahan yang sedang dihadapinya.

            Penyelidik mendapati sepanjang temu bual tersebut, kaunselotr atau pegawai

psikologi tidak menggunakan pendekatan kaunseling Islam semasa sesi kaunseling

dijalankan. Oleh  itu  penyelidik bertanggungjawab untuk membantu pelajar menangani

masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam agar masalah yang dihadapi

sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau dalam erti kata penyakit kejiwaan hanya

boleh dirawat dengan pengisin rohani.

 Objektif kajian ini ialah:

i.                    Menjelaskan konsep pendekatan kaunseling yang digunakan di PSA.

ii.                  Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah kemurungan.

iii.                Menghuraikan faktor-faktor penyebab kemurungan.

iv.                Menganalisis tingkah laku yang dilakukan  pelajar kemurungan.

v.                  Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam.

1.4       Metodologi Kajian

1.4.1    Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan.

1.4.2    Lokasi Kajian

Lokasi penyelidikan  ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,

Page 10: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Selangor Darul Ehsan,Malaysia.

1.4.3    Sampel Kajian

Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada pendapat Chua

Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur

persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai

responden kajian.  Oleh yang demikin, penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan

yang mana hanya pelajar kemurungan yang dikenal  pasti melalui soal selidik inventori Beck

akan dipilih sebagai sampel kajian.

1.4.4    Pengumpulan Data

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu bual

tidak formal dan temu bual terbuka.  Merriem (1998) menyatakan pula terdapat tiga jenis

temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak

berstruktur.

             Dalam penyelidikan ini,  penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif iaitu temu

bual  dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta maklumat.  Temu bual

secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual.  Soalan temu bual dibina

oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil pelajar kemurungan, faktor-faktor

penyebab kemurungan dan salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan.

Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas berkaitan

pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah kemurungan meliputi

faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar mengalami kemungan.

 Manakala kaedah kauntitaitf juga  berbentuk soal selidik akan digunakan bagi

mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami kemurungan, menganalisis faktor-

faktor penyebab berlakunya kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami

kemurungan. Soal selidik Inventori Beck yang diubahsuai .

1.3.5    Penganalisisan Data

Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for

Sosial Science (SPSS).

Page 11: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

1.5       Limitasi Kajian

Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam  Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah yang mengalami masalah kemurungan.

1.6       Tinjauan Literatur

1.6.1 Pendekatan Kaunseling

Kaunseling merupakan satu bentuk perkhidmatan perhubungan di antara seorang klien

yangmempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien

bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.  Justeru antara masalah yang dihadapi ialah

penerokaan diri dan emosi, menilai persepsi, interaksi orang lain, penentuan masa hadapan

sebagainya.

Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang  dicirikan oleh

keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperolehi

kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan masalah atau

kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh

kepuasan kendiri yang lebih tinggi .

Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang mendapat

latihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling.  Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor

Islam dirujuk kepada sifat-sifat kenabian.  Dengan sifat-sifat kenabian sahajalah seseorang

kaunselor itu boleh memainkan peranannya dengan sempurna.

Kecekapan seorang kaunselor harus merujuk kepada ”Association For Spititual ,

Ethical and Relidions Value in Counseling (1995). Antara lain menjelaskan kaunselor yang

menggunakan  dimensi agama dan sipiritual perlu mempunyai beberapa kebolehan seperti:

i.                    Dapat  memahami perbezaan dan persamaan di antara agama dan spiritual.

ii.                  Berupaya untuk menghuraikan kepercayaan agama, spiritual dan amalan dalam konteks

budaya.

Page 12: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

iii.                Mengambil bahagian dan mempraktikkan sesuatu kepercayaan agama dan spiritual yang

dapat menpertingkatkan sensitiviti, kefahaman dan penerimaan dalam sistem kepercayaan

tertentu.

iv.                Memperlihatkan penerimaan dan sensitif kepada kepelbagaian agama dan ekspresi spiritual

dalam komunikasi klien.

v.                  Menentukan had-had tertentu atau limitasi pemahaman pegangan agama dan ekspresi 

spiritual klien.

vi.                Menilai kesesuaian agama dan tema spiritual dalam proses kaunseling yang memberikan

kebaikan kepada klien dan pilihan yang dibuat oleh klien.

1.6.2    Pendekatan Kaunseling Islam

 

Kaunseling  dalam Islam mempunyai pengertian dan kedudukan tersendiri.  Ini bersesuaian

dengan syariat Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pelaksanaan

kaunseling menurut Islam mestilah berdasarkan syariat dan bukannya sekadar proses

menolong dan membantu individu tersebut menyesuaikan diri dengan pelbagai masalah yang

dihadapinya mengikut pendekatan Barat semata-

mata (Salasiah, Zainab , Adawiyah , Nadhirah, 2011) .

Bagi Dr. Hasan Langgulung(1997), kaunseling Islam ialah, satu proses pengajaran

dan pembelajaran psiko-sosial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) anatara

kaunselor dan klien.  Dalam proses ini diaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah yang

profesional yang bertujuan menolong klien menyelesaikan masalah, mengenali diri,

memahami kebolehan-kebolehan kendiri, menggalakkan klien untuk menerima qada dan

qadar Allah S.W.T serta membuat keputusan berpandukan syariah Allah sehingga ia (klien)

sendiri menghendaki yang halal dan meninggalkan yang haram bersama keredaan Allah

S.W.T

Kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan perhubungan diantara

seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk

membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi tetapi mencakupi  hal-hal berkaitan

dengan keimanan seseorang seperti ketuhana, alam akhirat, dosa, pahala , syurga, neraka, hari

kiamat, untung baik, untung jahat dan sebagainya (Kamal,1995)

           

Page 13: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Kaunseling Islam boleh ditarifkan sebagai usaha membantu klien menangani

permasalahan  kehidupan termasuk kejiwaan dengan menghubungkaitkan hubungan dengan

Allah S.W.T . Terapi solat, wirid , doa dapat membantu memberikan ketenangan kepada

klien untuk menghadapai masalah semasa dan menyelesaikan sendiri masalah di masa

hadapan.

Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya ’ Ulumuddin dalam Mardzelah (2003), proses

kaunseling disebut sebagai Hisbat iaitu arahan mengerjakan kebaikan dan menegah

kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T  .  Ini menjelaskan bahawa pendekatan

Hisbat dalam Kaunseling Islam sebenarnya merangkumi matlamat kaunseling yang

berteraskan kepada konsep tolong menolong ke arah kebaikan dan menjauhi kemngkaran

atau dikenali sebagai al-amr bi al-ma’ruf       wa al-nahy an al-munkar.

Definisi- definisi  yang diutarakan di atas merangkumi aspek perhubungan,

pendekatan psikologi, perubahan tingkah laku, serta dimensi-dimensi lain yang menjadi

pengenalan asas kepada prinsip kaunseling.  Sifat-sifat  yang wajib ada pada seseorang

kaunselor Islam ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah .  Rasulullah S.A.W merupakan

seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh semua kaunselor (Mohamed Sharif,

1998).  Berikut dibincangkan sifat-sifat dan konsep utama yang harus menjadi landasan

kepada tugas-tugas seorang kaunselor Islam :

i.                 Beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T

ii.               Jujur dan Ikhlas

iii.             Benar (Sidiq)

iv.             Berani

v.               Adil

vi.             Pemurah dan ramah-tamah

vii.           Sabar dan tenang

viii.         Adab dan akhlak

ix.             Percakapan yang baik

x.               Tidak munafik

xi.             Menepati janji

Page 14: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Bagi Asmah Bee (2004)  berpendapat, seorang kaunselor Islam perlu melengkapkan

dirinya dengan pengetahuan asas berhubung dengan pengetahuan Islam. Yang jelas ialah apa

yang paling asas adalah menyedari kekuatan manusia tidak boleh menandingi kekuatan Allah

S.W.T.  Proses kaunseling perlulah melalui beberapa prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam

iaitu sorang kaunselor harus sentiasa peka dengan Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak  kamu ketahui   , kerana

sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya itu akan

dipertanggungjawabkan.” Al-Isra: 36.

Antara matlamat kaunseling Islam , Imam al-Ghazali (Kamal Abdul Manaf, 2000) :

i.                    Mengembangkan personaliti individu ke arah yang positif untk menyelesaikan segala

kerumitan dengan berkesan dalam kehidupannya.

ii.                  Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan menuruti masyarakat

melalui perkembangan konsep kendiri.

iii.                Membekalkan pengalaman-pengamalan baru yang dapat mewujudkan peluang-peluang

kepada klien supaya mereka memahami perbezaan diri mereka dengan kehidupan.

iv.                Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran serta

orang lain.

v.                  Dalam Islam, matlamat akhir seseorang insan adalah untuk berjaya menjadi khalifah Allah

S.W.T di bumi ini dan beribadat kepada-Nya. Seseorang kaunselor mesti memahami

matlamat khususnya yang terakhir ini.

Manakala Imam al-Ghazali berpandangan bahawa  proses kaunseling tidak

memerlukan seseorang kaunselor  menyediakan sesuatu jawapan yang khusus untuk sesuatu

permasalahan, atau  untuk mengubah sesuatu tingkah laku yang tertentu.  Sebaliknya

kaunselor membantu klien berasa lebih terbuka terhadap pelbagai pengalaman mereka dan

dapat menerima orang lain.  Perubahan klien ini  boleh dilihat sebagai seorang yang lebih

sosial dan matang. Justeru Imam al-Ghazali menganjurkan supaya kaunselor membantu klien

melalui beberapa kaedah:

i.          Menjadikannya normal supaya mereka mengenali diri dan persekitaran mereka.

ii.         Membantu klien menemui cara-cara atau pendekatan yang lebih baik

            untuk mereka menyelesaikan kerumitan yang dihadapi.

Berdasarkan  anjuran ini , maka kaunselor tidak perlu menyediakan jawapan yang

khusus untuk sesuatu tingkah laku tertentu yang perlu dilakukan klien

Page 15: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

sebagai matlamat kaunseling.

Menurut Yatimah dan Mohd. Tajudin (2008), proses kaunseling model al-Ghazali

merangkumi aspek-aspek musyararah ( menetapkan syarat), muraqabah (audit atau

semakan), mu’aqabah ( dendaan), mujahadah (bersungguh-sungguh) dan mu’atabah (celaan)

.

Langkah-langkah kaunselign model al-Ghazali bagi proses membantu klien atau

orang bermasalah menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:

i.                    Langkah 1: Pengenalan dan bina hubungan

ii.                  Langkah 2: Meneroka diri dan masalah

iii.                Langkah 3: Mengenal pasti punca dan jenis masalah.

iv.                Langkah 4: Memberi ubat yang sesuai dengan penyakit

v.                  Langkah 5: Penilaian

Manakala menurut Salaiah et.al (2011)  kemahiran kaunseling yang boleh

digunakan ialah :

i.          Kemahiran menyoal

ii.         Kemahiran membuat dorongan minimum

iii.        Kemahiran membuat konfrantasi

iv.        Kemahiran refleksi emosi

v.         Kemahiran refleksi pengalaman

vi.        kemahiran membuat prafrasa

vi.                Kemahiran membuat rumusan besar

Berdasarkan kepada kedua-dua model di atas menunjukkan adanya sedikit

perbezaan.Bagi  al-Ghazali, ia lebih menumpukan kepada proses membantu klien

menggunakan pendekatan Islam dan menumpukan kepada klien beragama Islam. Ini kerana

menurut al-Ghazali, masalah yang dihadapi oleh manusia berpunca daripada tidak memahami

tujuan sebenar kehidupan iaitu mengabdikan diri kepada Allah. 

Surah al-Anbiya’ ayat 7

Page 16: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Bermaksud: maka bertanyalah kamu kepada ahl al-Dhikr, jika kamu tidak mengetahui.

Menurut al-imam Nawawi

Maksudnya: Digalakkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah berbincang

mengenainya  dengan sesiapa yang ia percaya sama ada dari aspek agamnaya,

pengalamannya, kecerdikannya, kebijaksanaannya, kewarakannya serta ketelusannya

(empati).

Berdasarkan penelitian terhadap hadis-hadis ’kaunseling’ dapat disimpulkan di sini

bahawa kaunseling Islam mengemukakan satu pendekatan yang berorientasikan pembersihan

rohani sebagai suatu kaedah bagi menyelesaikan masalah kecelaruan jiwa . Pendedahan

terhadap amalan-amalan tertentu sebagaimana dikemukakan oleh Rasulllah S.A.W untuk

para sahabat yang menghadapi tekanan perasaan, menjelaskan bahawa dalam konteks

kaunseling Islam penyelesaian masalah bukan sahaja bergantung kepada tindakan klien

semata-mata tetapi juga berhubung rapat dengan dimensi ketuhanan dan kerohanian.        

Pendekatan kaunseling Islam dan  juga amalan-amalan seperti solat, doa, zikir

tersebut amat sesuai disarankan kepada klien dalam usaha mengatasi setiap masalah atau

menangani masalah  kemurungan dan menghindari klien daripada terus

mengalami kesedihan.  

” Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Kuperkenanakan

bagimu.sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Aku

(berdoa) alan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dan dina.”

Hadis yang menganjurkan setiap individu berdoa apabila menghadapi masalah atau

apa jua konflik yang menimpa:

Maksudnya: tidak ditimpakan kebimbangan dan kesedihan seseorang kamu, lalu ia

berkata”Wahai Tuhanku, aku hamba-Mu, anak- anak dari hamba-Mu, anak daripada hamba

perempuan-Mu, ubun-ubunya dalam gengaman-Mu berlaku padaku hukum-Mu, adil segala

Page 17: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

ketentuan-Mu, aku bermohon pada-Mu dengan segala nama yang engkau namakan dari

diriMu, yang engkau turunkan dalam kitab-Mu, yang telah engkau ajarkannya kepada

seseorang dari makhluk-Mu, Engkau sendiri yang mengetahuinya dalam ilmu ghaib-Mu,

agar Engkau jadikan al-Quran sebagai cahaya penerang dan penyejuk hatiku, penghilang

dukalara, resah gelisah dan pengikis kebimbanganku.. (H.R. Bukhari)

Menurut Mohamed Sharif (1998) doa adalah jalan yang disediakan oleh Allah S.W.T

bagi umahnya meminta sesuatu daripada-Nya, tidak kira sama ada yang berkaitan dengan

fizikal ataupun spiritual.  Dengan menyebut  nama Allah melalui  zikir dan meminta limpah

kurnia-Nya melalui doa adalah cara yang sebaik-baiknya bagi seseorang individu mencari

ketenangan hidup.

Doa

Dalam surah  Ghafir ayat 60 :” Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya

Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari

menyembah-Ku (berdoa) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”

 

”Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),

bahawasanya Aku adalah dekat.  Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila

ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan

hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-

Baqarah:186)

Menurut  Zakiah  Drajat (dalam M. Darojat , 2006) doa dapat memberikan rasa

optimis, semangat hidup dan menghilangkan perasaan putusasa ketika seseorang menghadapi

masalah. Doa mempunyai makna penyembuhan bagi stres dan gangguan kejiwaan.  Doa juga

mengundang manfaat untuk pencegahan terhadap terjadinya kegoncangan jiwa dan gangguan

kejiwaan.

Zikir

Zikir (a-dhikr) mengingati Allah juga merupakan suatu bentuk rawatan ronahi yang

amat berguna untun mengembalikan ketenagan dan ketenteraman jiwa.  Apabila dilaksanakan

secara berterusan (iltizam) dan dengan hati yang ikhlas, ia mendatangkan kesan yang tidak

Page 18: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

terhingga kepada peribadi dan tingkah laku manusia.  Ia juga sebagai perisai yang dapat

menghalang manusia daripada gangguan iblis dan syaitan .

(al-Quran :Ar- Rad: 28)

Istigafar:

Berdasarkan  penyelidikan yang dijalankan ke atas pelajar yang menjalani proses

rawatan pendekatan kaunseling Islam iaitu wirid, doa dan muhasabah diri mendapati rawatan

ini dapat mengembalikan keyakinan sampel penyelidikan yang akhirnya dapat mengurangkan

masalah kemuruangan yang mana  setanding dengan terapi Barat (Iran Herman, Asmah Bee:

2003)

Penyelidik berkeyakinan bahawa rawatan melalui pendekatan Islam seperti doa, wirid

dan solat  dapat memberikan semangat baru yang lebih positif dalam menghadapi kehidupan

dan cabaran masa hadapan.

1.6.3    Kemurungan

Olthman dan Emely (1998) mendefinisikan kemurungan sebagai :”Depression can

refer to either to a mood or clinical  syndrome a combination of emotional, cognitive and

behavioral syamptoms.  Kemurungan bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak,

malah ia boleh dialami dalam pelbagai peringkat usia dan gender.  Menurut Kauffman (2001)

kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu yang kontroversial sejak beberapa

dekad yang lalu.

Kemurungan juga dianggap sebagai penyakit zaman ini.  Ianya tidak hanya berbahaya

secara kejiwaan tetapi boleh juga  merosakkan  aspek fizikal.  Gangguan kemurungan adalah

berberapa bentuk penyakit kejiwaan,kecanduan dadah, gangguan tidur, gangguan pada kulit ,

perut dan tekanan darah dan akhirnya boleh bertindak agresif seperti membunuh orang atau

membunuh diri. 

Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang tidak

seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan dengan kekecewaan

atau tekanan dalam kehidupan harian mereka.  Menurut kajian yang dijalankan oleh

Turkington dan Kaplan (1997) dalam See Ching Mey, (2005) mendapati bahawa apabila

Page 19: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima remaja akan mengalami

kemurungan. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001) kemurungan dalam kalangan remaja

memerlukan perhatian dan intervensi yang baik.

Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan kombinasi

emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku

( Oltmanns&Emery, 1995) . Ia juga merupakan gangguan dan kecelaruan perasaan dan

termasuk penyakit minda yang memberi kesan psikologi yang mana penghidapnya akan

bertingkah laku suka menyalahkan diri sendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup.

Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan dalam kalangan remaja

memerlukan perhatian dan intervensi yang baik.  Menurut kajian yang dijalankan oleh

Turkington & Kaplan (dalam See Ching Mey, 2005) mendapati bahawa apabila seseorang 

yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima orang remaja akan mengalami kemurungan.

           

Menurut Iran Heman (2003) kajian-kajian yang dilakukan terhadap fenomena

kemurungan ini meliputi pelbagai tahap umur dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke

peringkat dewasa.  Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinik

kurang diberi perhatian. 

Manakala Iran Herman (2005)  kajian-kajian lepas yang dilakukan terhadap

fenomena-fenomena kemurungan ini meliputi tahap umur dari peringkat kanak-kanak

sehinggalah ke peringkat dewasa.  Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu

masalah klinikal kurang diberikan perhatian. Mengikut kajian Lee (1987) dalam Mohammad

Alfian ( 2006  )              mendapati 140 pelajar tahun empat universiti menunjukkan pelajar

ini mengalami kemurungan yang disebabkan kesunyian emosi dan kesunyian sosial.

Dalam bidang psikiatri pula  masalah ini tidak mendapat perhatian yang serius  dari mana-

mana pihak sehingga lewat tahun 1970-an (Iran Herman, 2003).  Kesukaran mendefinisikan

secara operasional  simptom kemurungan juga dan dalam menentukan kemurungan pada

kanak-kanak dikatakan halangan yang besar kepada penyelidikan   dalam bidang ini. 

Page 20: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Walau bagaimanapun, situasi ini telah berubah dengan cepat dan ia telah menjadi satu

usaha dan bidang kajian yang besar apabila masalah kanak-kanak mula diberikan perhatian

khusunya di Amerika Syarikat (Schulterbandt dan Raskin, 1977) .

Menurut Jamaludin et al. (2010 ) terdapat beberapa simptom kemurungan bagi

mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindrom kemurungan atau tidak. 

Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu afektif, kognitif, tingkah

laku dan fisiologi.  Setiap aspek ini berkait antara satu sama lain. Menurut Mohd. Farhan  dan

Uzair (2008) faktor utama yang menyebabkan kemurungan pelajar adalah faktor kepenatan

diikuti oleh faktor motivasi akademik, kognitif dan emosi.         

Menurut Al-Kindi ( dalam Rizal:2009) kemurungan berpunca daripada kegagalan

seseorang untuk mencapai sesuatu yang sangat dihajati dalam hidupnya.  Oleh yang demikian

boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi kesediahan dan kemurungan kerana kehendak

manusia itu tiada batasannya sedangkan ia tidak mampu untuk mencapai atau memenuhi

semua kehendak tersebut.

Menurut Al-Kindi lagi, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan faktor kerosakan,

kebinasaan , kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat disayangi oleh seseorang.

Sementelahan pula semua  faktor ini tidak boleh dipertahankan buat selamanya seperti harta,

orang yang disayangi dan dikasihi, wang ringgit

dan sebagainya.  

Kejadian masa lalu seperti kecewa akibat kematian insan yang akrab dalam kehidupan

klien telah menyebabkannya menghadapi masalah pembelajaran.Di samping itu  faktor

persekitaran kejadian masa lalu seperti jenayah rogol membawa kepada penyumbang

kemurungan. Kajian oleh Briere (dalam  Shazli Ezzat :2006) membuktikan kaitan rapat yang

wujud antara mangsa dengan kemurungan. Simptom kemurungan yang dihadapi seperti

berasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal untuk memberi tumpuan dan  lantaran tidur

yang berlebihan.

Beck (1976) telah menyenaraikan tiga faktor yang menyebabkan individu mengalami

kemurungan.  Faktor-faktornya ialah:

i.          Penyalahan diri

ii.         Kasihan diri

iii.        Rasa kasihan kepada pihak lain.

Page 21: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Menurut Beck (1976) lagi penyalahan diri bermaksud mempercepatkan seseorang

bersalah kerana kelakuan yang salah.  Apabila  perasaan menyalahkan diri ini wujud dalam

diri sendiri, maka ia cenderung untuk terus menkritik diri dan membenci diri sendiri.

Sikap seperti ini menyakinkan mereka bahawa diri mereka yang jahat dan tidak

berguna lagi.  Sikap menyalahkan diri sekiranya berterusan akan menyebabkan individu akan

berasa terganggu dan mungkin berasa ingin menangis, berdiam diri atau bersedih secara tidak

langsung yang mana akan membawa kepada kemurungan.

 Faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pelajar akan dibahagikan kepada tiga

faktor utama seperti:

i.          Kepenatan disebabkan keletihan, kurang tumpuan terhadap

                         pembelajaran dan kesukaran menyiapkan tugasan.

           

ii.         Kognitif dan emosi relajar yang tidak terlepas daripada dibelenggu dengan kekusutan

pemikiran dan emosi  dalam kehidupan mereka.

iii.        Masalah berkaitan dengan motivasi akademik seperti faktor berkaitan akademik, masalah

kelas dan masalah motivasi.

Kendatipun Ibu Sina berpendapat penyakit kemurungan yang tidak ditangani dengan

baik akan meninggalkan kesan ke atas tuntutan biologi seseorang dan

mendorong kepada perlakuan  membunuh diri (Rizal, 2009)

1.6.4   Pandangan Barat tentang  Kemurungan Dan Menangani Menurut Keagamaan

                        Menurut E. Gilman Stephen ,  Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice Garrett, dan L

Buka    Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasa zaman kanak-kanak mempunyai

kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja kelak  Hasil kajian yang dijalankan oleh

Mohamed Alfian Haris (2006) mendapati masalah kebimbangan dan punca utama

ketidakstabilan emosi pelajar disebabkan oleh pendapatan keluarga .  

Page 22: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikan bahawa amalan

agama dapat mengawal tekanan yang dirasai.  Agama dapat digunakan dengan pelbagai cara

sama ada untuk individu  menjadi asertif atau defensif, aktif atau pasif.   Agama berkait rapat

dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan.  Menurutnya lagi , agama memberikan panduan

amalan kehidupan dan tindakan individu pada setiap ketika sama ada secara perseorangan

atau kolektif.

Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenai eksperimen

yang menarik dalam ”The Medical Tribune” berhubung dengan pesakit hospital yang sama

usia dan keadaan dibahagikan kepada dua kumpulan.  Kumpulan pertama dibacakan doa oleh

beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan kedua tidak.  Hasil kajian

menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit; hanya 3 daripada 16 orang

memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari edema, berbanding orang  dengan 18

orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan perubatan;berbanding 12 orang dalam kumpulan

kedua.

Seandainya lebih bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan penuh keyakinan

dapat dapat merubah manusia dan manusia boleh membuat perubahan dalam dirinya. Herbert

Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-31 berkata:” Kuasa doa lebih kuat

daripada kombinasi yang dikawal oleh manusia; kerana doa ialah terbaik manusia dapat

mengumpulkan sumber-sumber ketuhanan.” (Septhen, 2009)

1.7       Kerangka Kerja Teoritikal

Keperluan Pendekatan Kaunseling Islam

Page 23: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

 

1.8       Signifikan Kajian

Kajian ini penting untuk mendedahkan keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam

menangani  masalah kemurungan pelajar. Pelaksanaan kaunseling Islam diharapkan dapat

membantu pelajar mengatasi kemurungan tersebut.

Kajian ini juga penting untuk pelajar  mengenal pasti emosi yang boleh membawa

kepada kemurungan dan bertindak untuk mengatasinya agar mereka  meneruskan kehidupan

yang lebih selesa.  Sebagai contoh apabila seorang pelajar mengenal pasti kemurungan yang

sedang dihadapinya  khsusnya

1.9       Definisi Operasional

 kaunseling Islam

Page 24: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Ishammuddin Ismail (1996)  mentakrifkan  kaunseling Islam sebagai suatu proses menolong

dan  membantu dengan cara membentuk perhubungan secara bersemuka antara kaunselor

dengan klien . Dengan kata lain, hubungan tersebut akan melibatkan penerokaan potensi jati

diri  klien bagi mengembangkan semula segala sumber dalaman klien untuk menerima

kebenaran (al-Haq) serta bertanggungjawab pada diri sendiri untuk mencari keredaan Allah

S.W.T

Muhd. Mansur Abdullah (1996) pula menyebut kaunseling Islam ialah suatu proses

aktif yang terjadi antara kedua-dua belah pihak yang dicorakkan melalui perhubungan  yang

intim antara kaunselor dengan klien.Yang nyata ianya bertujuan menolong menyelesaikan

masalah serta mengubah tingkah laku klien ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan

keredaan Allah S.W.T.

Kaunseling Islam ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran untuk menolong

individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi bagi membuat

keputusan dan membimbing kehidupannya bagi menghadapi kebahagiaan dunia dan akhirat

berpandukan  syariat Islam (Mohd. Sharief:1998)).Dalam kajian ini penyelidik akan

menggunakan pendekatan kaunseling Islam berdasarkan Teori Kaunseling Islam Al-Ghazali.

 Kemurungan

Kemurungan yang boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau suatu penyakit

klinikal (Dacey & Kenny, 1997) . Mana kala menurut Beck (1976) dalam  Iran Herman

(2003) telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan diri dan rasa kasihan kepada

pihak lain adalah faktor yang menyebabkan kemurungan.  Oleh yang demikian kemurungan

dapat dilihat sebagai suatu sindrom penyakit emosi yang akhirnya menzahirkan tingkah laku

atau perlakuan seperti ponteng kelas, menyendiri, tidak dapat menumpukan perhatian

sepenuhnya terhadap pembelajaran dan sebagainya.

 Dalam kajian ini kemurungan dilihat

Kesan   Kemurungan

Kesan kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar seperti ponteng kuliah, tidak

menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, suka berkhayal, sering datang lewat ke

kuliah, kerap bersendirian dan lain-lain.

Page 25: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik terjejas dan ada juga

pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan pelajaran atau pengajiannya.

Faktor Penyebab Kemurungan

Antara penyebab kemurungan ialah dikeranakan masalah emosi, masalah pembelajaran,faktor

persekiaran, latar belakang pelajar , masalah keluarga, , masalah malu, kebimbangan , tidak

berminat dengan kursus yang diikuti ,percintaan dan sebagainya.

1.8       Rujukan

BIBLIOGRAFI

Asmah Bee, Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum remaja. Widya, 23 Julai.

 Asmah Bee, Mohd. Noor, 1979. Kemurungan : Satu pendekatan teori, Majalah Psikologi, Bil. 10 hal. 87-103

Azalan Afandi.  1998.  Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadappelajar yang berprestasi rendah ke arah peningkatan pencapaian akademik.  LatihanIlmiah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas).  Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizah Lebai Nordin. 2002. Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. Tesis PhD. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Beck , 1996. Depression Inventor II . Available at: http://Marketplace psychorp.com/Psycopsychorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-US/dotcom

Beck, A.T, 1976. Depression :Cause and treatment. Philadelphia: University of

          Pennsylevinia Press

Corey, G & Corey M.S.  2002.  Groups: Process and pratice. Sixth Ed. Brooks Cole                Thomson Leraning. USA.

Corey, G.  2001.  Theory and practice of counseling and psychostherapy (6th ed.) and manual.  Pascific Grove, C.A: Brooke / Cole.

Davis , S.F and Palladino, J.J ,1997. Pschology 2. Upper Saddle River Ner Jersy:Prentice

          Hall

Page 26: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Drojat Ariyanto, 2006, Psikoterpi dan doa, SUHUF,Vol.XVIII,No 01 Mei 2006

Erickson, M. T. (1992). Behavior Disorders of Children And Adolescents: Assesement,  

             Etiology and Intervention. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Inc.

Gorenstein, C.G., Andrade, L., Zanoli, E. Dan Artes, R. 2005 . Expressive Syamptoms In A

              Nonclinical Brazilian Adolescent Sample.  The Canadian Journal On Adolescent I.

              63-91

Hassan, Langgulung, 1995. Prof. Dr, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigmam

              Selangor, HIZBI.

Hassan, Langgulung.1997.Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. D.B.P cet. Ke-2

Hassan, Langgulung ,1983. Teori-teori Kesihatan Mental:Perbandingan Psikologi Moden

              dan  Pendekatan-pendekatan Pakar-Pakar Pendidikan Islam . Selangor, Pustaka

               Huda,   

Ishammudin Ismail 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari. KL , Pusat Ilmu Jelatek,

              1996.

Muhd. Mansor, Abdullah,1996.  Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah . Selangor, Fajar

              Bakti , cet-2.

Jamaluddin Ramli, Azizi Yahya, Nordin Yahaya, Siti Zainab Md Lazim, 2010 Kemurungan 

              Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim DI Daerah Kota Baharu, Kelantan.

              Jurnal

Kamal Abdul Manad (Al_Hakam), Kaunseling isla “Perbandaingan Antara Amalan dan              Teori Kaunseling Barat”.  Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.

M. Darojat Ariyanti , Psikoterapi dengan doa, Jurnal Fakultas Agama Islam,Surakarta.

Mizan Adiliah.  1998.  Kaunseling sekolah dan gejala sosial.  Jurnal PERKAMA 7.

Muhamed Sharif , 1998  Kaunseling Islam, Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi

              Malaysia. Jilid 4. Bil. 1 April 1998 hal 19-30

Page 27: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Muhamed Alfian Harris b. Omar, Muhamed Sharif Mustffa, 2006, Tahap Kestabilan Emosi

               Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam : Satu

              Tinjaua, Jurnal Fakulti Pendidikan UTM , Skudai.

Mohd. Farhan Uzair bin Paisan, 2008 . Tinjauan Terhadap Kemurungan Dalam Kalangan               Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn, Tesis Sarjana Universiti Tun Hussein Onn.

Muhammad Alfian Hariss , Muhamed sharif Mustaffa ,2006. Tahap kestabilan emosi             pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu tinjauan. In:             National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006,             Kuala Lumpur, Malaysia. Oltmans , T.F., and Emery, R.E (1998), Abnormal Psychology upper Saddle

            River,NJ,:Prentic Hall. Cet. 2.

Rizal, Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam Apa, Mengapa dan Bagaimana.

           2009. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Schulterbandt.J.G & Raskin A. (1977) Depression In Childhood:Diagnosis. Treatmen And

            Conceptual Models. New York: Revan Press

Shazli Ezzat Ghazali, Pommusamy S, Normah Che Din dan Nik Faridah Yousef Mohd              Khan,2006.  Kesejahteraan Psikologi, kemurungan dan Sokongan Sosial di              Kalangan Mangsa Rogol ,  Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1.) 2006:99-106,              Uuniversiti Kebangsaan Malaysia.

Salasiah Hanim Hamjah, Zainab Ismail, A’sawiyah  Ismail, Nadhirah Muhammag Arib,               2011. Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling: Satu Tinjauan Awal. Jurnal,               Perkama International Convention.

Syed Hasan Ahmad, Asmah Bee,2003. Menangani Kemurungan Melalui Kaunseling               Berperspektif Islam , Prosiding Seminar Kaunseling Berperspektif Islam. 

Wan Abd. Kader& Ismail Abdul Ghani, Dakwah dan Kaunseling Islam, Penerbit Universiti               Kebangsaan Malaysia, 2006

Yatimah Sarmani & Mohd. Tajudin Haji Ninggal, 2003, Kaunseling Islam Dalam Membina               Masyarakt Madani. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen PERKAMA kali ke

     XI, Hotel Eden Garden , Johor Bahru (25-27 Jun 2003).

Yatimah Sarmani , 2005. Pendekatan Kaunseling Islam: Satu Analisis Kualitatif Model                Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali.  Tesis Doktor

    Falsafah tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor.

Zainab Ismail , 2001, Tesis PhD USM

Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak & Noriah Bachok.  2003.  Strategi kaunseling untuk

Page 28: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

menangani tingkah laku bsermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah: Satu tinjaun literatur.  Konvensyen PERKAMA Kali Ke XI. Hotel Eden Garden,  Johor Bharu.  25-27Jun

1.1              Organisasi Bab Tesis

PENGAKUANPENGHARGAANABSTRAKABSTRACTKANDUNGANJADUAL TRANSLITERASISENARAI JUDULSENARAI ILUSTRASISENARAI SINGKATAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Objektif Kajian

1.6 Limitasi Kajian

1.7 Kerangaka Konseptual

Page 29: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

1.8 Definisi Operasi Kajian

BAB II ASAS AMALAN DAN KAUNSELING ISALM DALAM MENANGANI

MASALAH KEMURUNGAN

2.1  Pengenalan

2.2  Faktor yang Mempengaruhi Kemurungan 

       2.2.1 Keluarga

       2.2.2 Masalah pembelajaran

       2.2.3 Masalah sosial

       2.2.4 Masalah kewangan

2.3  Asas Amalan Kaunseling Islam

2.4  Proses Kaunseling Islam dalam Menangani Kemurungan

       2.4.1 Definisi Kaunseling Islam

       2.4.2   Proses kaunseling Islam Menagani Kemurunga

2.5   Nilai Dakwah/Rawatan Rohani  dalam Proses Kaunseling Islam

       2.5.1   Definisi Dakwah

       2.5.2   Nilai Dakwah dalam Proses Kaunseling Islam

2.6   Etika Kaunselor Muslim      

2.7   Rumusan

BAB 3:   ORGANISASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ

SHAH DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

3.1   Pengenalan

3.2   Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

3.3   Jabatan Kejuruteraan Elektrik

3.4   Unit Bimbingan dan Kaunseling

3.5   Latar Belakang Kaunselor

3.6   Rumusan

Page 30: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

BAB 4:   LATAR BELAKANG SOSIO DEMOGRAFI DAN MASALAH KEMURUNGAN

PELAJAR

4.1      Pengenalan

4.2      Jumlah dan taburan responden

4.3      Latar belakang Responden

4.3.1   Umur dan Jantina

4.3.2        Latar belakang Pendidikan Keluarga

4.3.3        Pekerjaan Ibu Bapa

4.3.4        Pendapatan keluarga

4.4            Rumusan

BAB 5:   PROSES KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR YANG

MENGALAMI KEMURUNGAN

        5.1   Pengenalan

5.2      Persediaan Untuk Sesi Kaunseling

5.3      Langkah Dalam Proses Kaunseling

5.3.1   Mengenal Pasti Identiti dan Menerima Responden

5.3.2   Mewujudkan Suasana Mesra

5.3.3   Mendengar dan Menentukan Masalah

5.3.4   Merumuskan Kesimpulan Sementera

5.3.5   Membantu Responden Memecahkan Masalah dan Membuat Keputusan

5.3.6   Memberi penerangan Kepada Responden

5.4      Kekerapan Responden menyertai Sesi Kaunseling

5.5      Keputusan Responden Selepas Menyertai Sesi Kaunseling

5.5.1   Meneruskan pengajian

5.5.2   Berjanji Akan Berubah

5.5.3   Boleh Menerima Permasalah Keluarga

5.54    Lebih Termotivasi

5.6      Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Rohani  Dalam Proses Kaunseling

5.6.1   Hak dan Tanggungjawab Pelajar

5.6.2   Hukum Hakam Bertingkah Laku negetif

5.6.3   Kelebihan Berzikir

Page 31: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

5.6.4   kelebihan Doa

5.6.5   Kelebihan Berwirid

5.7      Rumusan

BAB 6: PENUTUP

         6.1   Pengenalan

         6.2   Ringkasan Hasil Kajian

                 6.2.1   Proses Kaunseling dan Perlaksanaannya

                 6.2.2   Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Islam dalam Kaunseling

                 6.2.3   Latar belakang Pegawai Psikologi

                 6.2.4   Latar Belakang Pelajar Yang Mengalami Kemurungan

                 6.2.5   Kemurungan

                 6.2.6   Faktor Kejayaan / Kegagalan Kaunseling

         6.3   Implikasi Hasil Kajian

         6.4   Cadangan

         6.5   Cadangan Kajian Akan Datang

RUJUKAN

LAMPIRAN

1.9       Milestone

NO PERANCANGAN1 Semester 1: September- November Kertas Cadangan Proposal

Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal

Semester 2: Januari : Mengumpulkan dan mengolah bahan penyelidikan Februari: Temu bual dengan kaunselor untuk mendapatkan maklumat pelajar yang mengalami kemurungan. Mac: Membuat soal selidik April: Mengedarkan borang soal selidik April – Ogos : Mengadakan sesi kaunseling pendekatan Islam menurut teori al-Ghazali

Semester 3: September : Mendapatkan hasil dapatan kaunseling Islam yang “ dijalankan ke atas responden.

Page 32: Pernyataan Masalah Amat Penting Dalam Penyelidikan Yang Dijalankan

Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.Semester 4: Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika perluSemester 5: Penyerahan tesis untuk kegunaan VIVA

Semester 6: VIVA

1.2              Jangkaan Penerbitan

Penerbitan dijangkakan pada akhir semester setelah menyelesaikan penambahbaikan jika

berkaitan.

(sumber:Mahnessa A. Kadir: Contoh Sebuah Proposal)