adat perkahwinan masyarakat cina bhg

3
Adat Perkahwinan Masyarakat Cina Bhg.2 Part 2 Pada pagi hari perkahwinan, upacara menghias rambut akan dijalankan ke atas pengantin perempuan. Wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik akan datang untuk menolong menghias rambut pengantin perempuan bersama-sama wanita yang masih mempunyai ibubapa, suami isteri dan anak-anak mereka. Wanita-wanita ini akan mengucapkan kata-kata yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan dalam cara wanita yang sudah berumah tangga. Upacara menutup pengantin lelaki Upacara menutup pengantin lelaki akan dilakukan di rumah keluarga pengantin lelaki di mana bapa pengantin akan meletakkan topi yang dihias dengan daun pokok saru di atas kepala pengantin lelaki. Pengantin lelaki tersebut akan membawa tandu yang mana kebanyakan masyarakat Cina hari ini lebih cenderung untuk memilih kereta mewah bersama sekumpulan saudara-mara dan kawan untuk menjemput pengantin perempuan. Permainan Pintu Permainan Pintu berasal daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina yang menggambarkan bahawa pengantin perempuan merupakan wanita yang cantik dan keluarga serta kawan-kawannya tidak sanggup berpisah dengannya. Pengantin lelaki akan dihalang oleh pintu rumah pengantin perempuan dan kawan pengantin perempuan ini akan berusaha menghalang pengantin lelaki daripada memasuki rumah dengan mengajukan beberapa soalan berkenaan pengantin perempuan. Ini bertujuan untuk menduga sejauh mana pengantin lelaki menyayangi pengantin perempuan tersebut. Manakala pihak lelaki akan cuba membayar pihak perempuan dengan memberikan LiShi iaitu duit tanda yang dibalut dengan sampul bewarna merah untuk mempertemukan pasangan terbabit. Upacara Minum Teh Pengapit perempuan akan membawa payung merah untuk melindungi pengantin perempuan ke tandu pengantin lelaki. Saudara-mara pengantin akan melontar beras, kacang merah dan kacang

Upload: ayah-ma

Post on 11-Jul-2015

108 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat perkahwinan masyarakat cina bhg

Adat Perkahwinan Masyarakat Cina Bhg.2

Part 2

Pada pagi hari perkahwinan, upacara menghias rambut akan dijalankan ke atas pengantin

perempuan. Wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik akan datang untuk menolong

menghias rambut pengantin perempuan bersama-sama wanita yang masih mempunyai ibubapa,

suami isteri dan anak-anak mereka. Wanita-wanita ini akan mengucapkan kata-kata yang baik ketika

mengikat sanggul pengantin perempuan dalam cara wanita yang sudah berumah tangga.

Upacara menutup pengantin lelaki

Upacara menutup pengantin lelaki akan dilakukan di rumah keluarga pengantin lelaki di mana bapa

pengantin akan meletakkan topi yang dihias dengan daun pokok saru di atas kepala pengantin lelaki.

Pengantin lelaki tersebut akan membawa tandu yang mana kebanyakan masyarakat Cina hari ini

lebih cenderung untuk memilih kereta mewah bersama sekumpulan saudara-mara dan kawan untuk

menjemput pengantin perempuan.

Permainan Pintu

Permainan Pintu berasal daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina yang menggambarkan

bahawa pengantin perempuan merupakan wanita yang cantik dan keluarga serta kawan-kawannya

tidak sanggup berpisah dengannya. Pengantin lelaki akan dihalang oleh pintu rumah pengantin

perempuan dan kawan pengantin perempuan ini akan berusaha menghalang pengantin lelaki

daripada memasuki rumah dengan mengajukan beberapa soalan berkenaan pengantin perempuan.

Ini bertujuan untuk menduga sejauh mana pengantin lelaki menyayangi pengantin perempuan

tersebut. Manakala pihak lelaki akan cuba membayar pihak perempuan dengan memberikan LiShi

iaitu duit tanda yang dibalut dengan sampul bewarna merah untuk mempertemukan pasangan

terbabit.

Upacara Minum Teh

Pengapit perempuan akan membawa payung merah untuk melindungi pengantin perempuan ke

tandu pengantin lelaki. Saudara-mara pengantin akan melontar beras, kacang merah dan kacang

Page 2: Adat perkahwinan masyarakat cina bhg

hijau ke arahnya. Payung merah tersebut akan melindunginya daripada roh jahat, manakala beras

dan kacang akan menarik perhatian ayam emas yang membawa tuah. Setelah pengantin perempuan

tiba di rumah pengantin lelaki, bunga api dan muzik dengan bunyi gong dan drum akan dimainkan

untuk menyambut ketibaannya. Pengantin perempuan akan melangkah di atas besen besi yang

mempunyai colok yang menyala. Ia merupakan upacara untuk membawa kebahagiaan dan

menjauhkan roh-roh jahat. Ketika di rumah pihak lelaki, pasangan pengantin tersebut akan melutut

sebanyak tiga kali kepada syurga dan bumi, nenek moyang dan ibubapa mereka. Pasangan terbabit

akan tunduk antara satu sama lain dan selepas itu, pengantin perempuan akan memberikan

minuman teh kepada keluarga dan saudara-mara mengikut pangkat. Kebiasaanya, mereka yang

menerima minuman teh akan memberikan hadiah berbentuk barang kemas atau LiShi kepada

pengantin perempuan.

Makanan Perkahwinan dan kek

Beberapa jenis makanan akan dihidangkan di majlis perkahwinan masyarakat Cina yang membawa

maksud yang tertentu seperti ikan yang melambangkan kekayaan, anak babi panggang yang

melambangkan kesucian, ayam yang dimasak dengan minyak merah melambangkan kebahagiaan,

udang galah bererti keserasian dan juga pau. Manakala "kek kebahagiaan" yang juga dikenali sebagai

kek naga dan burung phoenix akan diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk

dipersembahkan beberapa bahagian daripada kek tersebut untuk tujuan memuja nenek moyang dan

diagihkan kepada saudara dan rakan-rakan.

Pada malam perkahwinan, pasangan pengantin berkenaan akan meminum arak daripada dua cawan

yang diikat bersama oleh tali bewarna merah dan menyilangkan tangan sesama mereka. Mengikut

kebudayaan masyarakat Cina, perbuatan ini merupakan ikatan janji perkahwinan yang biasa

dilakukan ketika perkahwinan. Kemudian, pengantin perempuan akan diberikan ladu separuh masak

dan akan ditanya sama ada ia ladu tersebut mentah. Pengantin perempuan haruslah menjawab

"mentah" melambangkan dia akan melahirkan anak dan menunjukkan keluarga yang bahagia.

Sehari selepas hari perkahwinan, pengantin perempuan seharusnya bangun lebih awal dan

menyediakan makanan untuk keluarga pengantin lelaki. Ini akan menggambarkan pengantin

berkenaan diasuh dengan baik dan layak untuk menjadi isteri kepada pengantin lelaki.

Page 3: Adat perkahwinan masyarakat cina bhg

Tiga hari selepas hari perkahwinan, pengantin perempuan akan pulang melawat keluarganya

bersama-sama suaminya. Pengantin lelaki akan mempersembahkan anak babi panggang kepada

keluarga pengantin perempuan simbolik kepada kesucian, menggambarkan kesucian pengantin

perempuan. Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan makanan berkenaan kepada

saudara-mara dan jiran-jirannya.